The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kecik860429, 2019-05-30 22:06:12

Minit Mesyuarat staf sokongan bil 1/2019

minit mesyuarat 1 2019

MESYUARAT STAF SOKONGAN BIL 1/2019

Tarikh : 23 Januari 2019
Masa : 2.30 petang – 4.15 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Taman Inderawasih

KEHADIRAN :- - Pengetua (Pengerusi)
1. Tn. Hj. Ramli Bin Ahmad - Guru Kanan Bahasa
2. Pn. Anne Louisa A/P Arokasamy - Guru Kanan Sains Matematik
3. Pn. Rosnah Binti Othman - Guru Kanan Teknik Vokasional
4. Pn. Asimah Binti Saat - Ketua Pembantu Tadbir N22
5. Pn.Norsia Binti Ismail - Ketua Pembantu Makmal C22
6. Pn. Suraiya Binti Abd Samad
(Setiausaha) - Pembantu Tadbir N19
7. Pn. Nor Rizan Binti Abdul Rahim - Pembantu Makmal C22
8. Pn.Raba’yah Binti Abdul Wahab - Pembantu Makmal C19
9. Pn. Emilia Binti Hamzah - Pembantu Makmal C19
10. Pn. Sofiah Binti Husin - Pegawai Operasi N11
11. En. Abu Bakar Bin Zakaria - Pegawai Operasi N11
12. En. Afandi Bin Ab. Aziz

Tidak Hadir :

1. Aidi Bin Arifin - PK Pentadbiran(Mesyuarat)
2. Zarman Bin Zainal Abidin - PK Hem(perjumpaan waris)
3. Nor Hana Binti Ghazali - PK KOKO(Cuti Sakit)
4. Pn. Wan Basthiah Binti Abdul Rahman - Guru Kanan Kemanusiaan(ke hospital)
5. Cik Fadhilah Binti Shafee - Pembantu Makmal C19 (CR)

1. Ucapan Aluan Pengerusi
Tuan pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan
seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru
penolong kanan, semua guru kanan dan semua kakitangan sokongan.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat
Pn. Norizan Binti Abd Rahim mencadangkan minit mesyuarat staf sokongan Bil
2/2018 diterima dan disokong oleh Pn. Norsiah binti Ismail.

3. Perlantikan setiausaha
Pn.Norsiah mencadangkan Pn.Suraiya sebagai setiausaha bagi tahun 2019
menggantikan Pn Sofiah.

1. Perkara Berbangkit
4.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua kakitangan SMKTI supaya
menepati waktu bekerja yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1/2007.

Bil Nama Pegawai Waktu Bertugas Waktu Rehat

1 Tn. Hj. Ramli Bin Ahmad Isnin - Jumaat Isnin- Khamis Jumaat
(Pengetua)
7.30am - 4.30pm 1.30pm -2.30pm 12.15pm - 2.45pm
2 Abu Bakar Bin Zakaria
7.00am - 4.00pm 1.00 pm - 2.00pm 12.15pm - 2.45pm

3 Pn. Norsia Binti Ismail 8.00am -5.00pm 1.00 pm - 2.00pm 12.15pm - 2.45pm

4 Pn.Nor Rizan Binti Abdul 8.30am -5.30pm 1.00 pm - 2.00pm 12.15pm - 2.45pm
Rahim 8.00am -5.00pm 1.00 pm - 2.00pm 12.15 pm - 2.45pm

5 Afandi Bin Ab. Aziz

6 Pn. Suraiya Binti Abd 7.30am - 4.30pm 12.00 pm - 1.00pm 12.30 pm - 3.00pm
Samad (Makmal Kimia 2) 7.30am - 4.30pm 1.00 pm - 2.00 pm 12.30 pm - 3.00pm
7.30am - 4.30pm 2.00 pm - 3.00 pm 12.30 pm - 3.00pm
7 Pn. Emilia Binti Hamzah 7.30am - 4.30pm 12.00 pm - 1.00 pm 12.30 pm - 3.00pm
(Makmal Kimia 1) 7.30am - 4.30pm 1.0 m - 2.00 pm 12.30 pm - 3.00pm

8 Pn. Raba’yah Binti Abdul (Tindakan : Makluman)
Wahab ( Makmal Biologi 2)

9 Pn. Sofiah Binti Husin
(Makmal Biologi 1)

10 Cik Fadhilah Binti Shafee
(Makmal Fizik 1 dan 2)

4.2. Pengerusi juga memaklumkan berkenaan fail yang akan digunakan
sahaja di bawa keluar dan disimpan di tempat yang selamat.
(Tindakan : Makluman)

4.3. Berkenaan lampu tandas di blok C aras bawah belum diambil tindakan.
Pembantu tadbir telah membuat surat pemberitahuan berkenaan perkara
tersebut kepada pihak JKR dan masih belum mendapat surat
maklumbalas.
(Tindakan : Pembantu Tadbir)

4.4. Pembersihan makmal sains di sekolah telah dilaksanakan oleh pekerja
syarikat pembersihan swasta. Kerja-kerja pembersihan perlu
dilakukan mengikut keperluan penggunaan makmal.
(Tindakan : Pembantu Tadbir)

5 Laporan Prestasi Kerja
5.1 Pemohonan Cuti
Sebarang pemohonan cuti perlulah dirancang dengan teliti dan harus
berbincang dengan tuan pengetua terlebih dahulu sebelum mengisi
borang cuti dan sistem hrmis.AKP juga perlu maklumkan cuti rehat
atau cuti sakit dalam whatsapp group.

(Tindakan : Makluman)
5.2 Keseragaman dan kekemasan pemakaian.

Kakitangan sokongan yang telah dibekalkan pakaian uniform lengkap dan
kasut rasmi haruslah digunakan semasa waktu bertugas.

(Tindakan : Makluman)
5.3 Sistem penghantaran surat dan dokumen.

Proses pengambilan dan penghantaran surat atau dokumen rasmi
berkaitan pentadbiran sekolah haruslah dilakukan dalam waktu bertugas.
E-mel sekolah hanya boleh dibuka oleh Pembantu Operasi dan Pembantu
Tadbir. Pengerusi juga memaklumkan segala dokumen cuti atau
mesyuarat disimpan di tempat yang selamat.

(Tindakan : Makluman)

6 Hal-hal lain
6.1 Puan Norizan selaku ajk KKGS 2019 memohon untuk menggunakan
ruang makan di bahagian belakang bilik guru di jadikan ruang rehat
guru.Beliau juga mencadangkan satu bilik khas untuk penyimpanan alatan
panitia yang terlibat.
(Tindakan : Makluman)

6.2 Pengerusi mencadangkan untuk menyediakan bahan bacaan atau
rujukan di ruang rehat guru.
(Tindakan : Makluman)

6.3 Puan Suraiya memohon untuk membeli skrin putih untuk kegunaan
makmal fizik 2 dan kimia 1.Perkara ini telah mendapat perhatian tuan
pengerusi dan beliau mengarahkan supaya guru kanan Sains dan
Matematik membuat surat permohonan sumbangan kepada pihak PIBG
dan Koperasi sekolah.
(Tindakan :Pn.Rosnah)

6.4 Puan Suraiya juga memohon pihak sekolah untuk membuat pendawaian
semula di makmal kimia 1 kerana sering berlaku litar pintas.
(Tindakan : Makluman)

6.5 Pengerusi memaklumkan segala pembelian runcit mesti mendapat
kelulusan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.
(Tindakan : Makluman)

6.6 Tuan pengerusi juga menjemput semua AKP untuk hadir pada hari LDP
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kehadiran diwajibkan, sekiranya
AKP tidak dapat hadir mereka perlu mengemukakan surat tunjuk sebab.
(Tindakan : Makluman)

6.7 Pn.Norsia memaklumkan semua AKP boleh mula menyalin LNPT dari
sistem HRMIS masing-masing bermula 23 januari 2019 dan perlu
disimpan hingga dimaklumkan kemudian .
(Tindakan : Makluman)

7 Penutup
Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15
petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

…………………….. ……………………….
(Suraiya Binti Abd Samad) Tn. Hj. Ramli Bin Ahmad
Setiausaha Pengetua
Pembantu Makmal (C22-kup) SMK Taman Inderawasih


Click to View FlipBook Version