Teknik menulis karangan Bahagian C
Apakah yang perlu dilakukan sebelum menulis karangan?
1. Kamu hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan.
2. Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk
karangan yang hendak ditulis.
3. Kegagalan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk
karangan yang hendak ditulis menyebabkan karangan kamu
kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk.
4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk
karangan.
5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling
penting ditulis dahulu dikuti dengan isi yang kurang penting.
Apakah yang Perlu Dilakukan
Semasa Menulis Karangan?
Karangan yang baik mestilah
ada tiga bahagian utama:
Pendahuluan
● Karangan kamu hendaklah dimulakan dengan
pendahuluan dalam satu perenggan sahaja.
● Pendahuluan mestilah berkaitan dengan
kehendak soalan dan ada daya penarik.
● Perenggan pendahuluan adalah mencukupi
dengan dua atau tiga baris ayat sahaja.
● Jangan masukkan isi ke dalam perenggan
pendahuluan.
Isi
Bahagian isi adalah bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan
●
Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah mempunyai empat isi utama.
●
Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan.
●
Isi-isi penting haruslah diutamakan.
●
Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yang
●
menarik.
Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi
●
karangan kamu mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan.
●
Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal.
●
Penutup
● Setiap karangan haruslah mempunyai penutup
● Penutup yang baik merupakan kesimpulan
tentang apa yang telah kamu tuliskan
sebelumnya.
● Penutup juga tidak perlu ditulis dengan panjang
lebar. dua atau tiga baris ayat sudah memadai
untuk menulis penutup.
Apakah yang perlu dilakukan
sesudah menulis karangan?
1. Semak dan baca semula karangan kamu setelah
selesai menulisnya.
2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan
tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan dan
tanda baca.
4. Betulkan setiap kesilapan tersebut.
5. Baiki tulisan cakar ayam dan sukar dibaca.
CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK
Pemahaman terhadap tajuk mestilah tepat, iaitu segala keterangan dan
1.
penjelasan serta contoh yang diberi mestilah tidak terkeluar daripada
tajuk.
Setiap karangan mestilah mempunyai isi yang menepati maksud atau
2.
kehendak soalan. Sebuah karangan yang baik dan menepati kehendak
pemeriksa mesti mempunyai empat isi utama.
Pendahuluan sesebuah karangan mestilah sesuai dengan isi dan
3.
menepati tajuk serta dapat menarik pembaca untuk membaca karangan
itu sehingga selesai.
Isi karangan mestilah dikembangkan dengan baik. Isi yang mencukupi
4.
belum tentu dapat menjadikan karangan kamu itu menarik sekiranya
kamu tidak pada menghuraikan isi-isi tersebut dengan baik.
1. Untuk bahagian penutup pula, kamu hendaklah menulis suatu
kesimpulan yang kemas tentang karangan yang telah kamu
tuliskan itu.
2. Penggunaan tatabahasa yang betul dalam karangan dapat
mempengaruhi markah karangan kamu. Oleh itu, cara kamu
membentuk ayat-ayat dalam karangan mestilah berpandukan
tatabahasa yang betul.
3. Karangan kamu hendaklah menggambarkan bahawa
penulisnya mempunyai fikiran atau pendapat yang matang.
4. Pengolahan karangan hendaklah menarik sehingga dapat
memberi kesan di hati pembaca.
TAMAT
MUALLIMAH SITI KHADIJAH ALI
TAHUN 6 2020