1 SUMBANGAN SYEIKH ABDUL WAHAB ROKAN TERHADAP PENYEBARAN TAREKAT SUFIYYAH DI RANTAU NUSANTARA Zikmal Fuad MUQADDIMAH Salah satu wilayah yang menjadi tempat penyebaran dakwah Islam dan tarekat di Nusantara masa lalu dan sekarang ini adalah Besilam Langkat Sumatera Utara Indonesia atau yang lebih dikenali dengan Besilam Langkat. Dari sini kemudian muncul sejumlah tokoh dan ulama besar yang keilmuan dan kemasyhuran nama mereka menjangkau ke seluruh dunia Melayu. Di antara ulama-ulama yang berasal dari daerah tersebut ialah Syeikh Abdul Wahab Rokan (1815-1926).atau yang lebih dikenali dengan Tuan Guru Besilam Langkat. Syeikh Abdul Wahab Rokan adalah seorang ulama yang cukup terkenal hingga sekarang dan ajarannya masih terus diamalkan di Rantau Nusantara. Tulisan ini menghadkan pada perkembangan Tarekat Naqshabandiyah dan sumbangan Syeikh Abdul Wahab Rokan terhadap penyebaran tarekat sufiyyah di rantau Nusantara. PERKEMBANGAN TAREKAT NAQSHABANDIYAH Tarekat Naqshabandiyah merupakan salah satu tarekat muktabarah (yang bersambung sanadnya kepad Nabi Muhammad SAW). Pendiri tarekat ini Syeikh Muhammad Bin Baha al-Din Bukhari al-Naqshabandiy. Beliau dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan tahun 717H/1317H, dan wafat pada tahun 791H/1388M di Bukhara (Imran Abba 1980: 26). Dalam perkembangannya di dunia Islam, tarekat Naqshabandiyah berjaya mendapatkan pengikut dari pelbabai belahan dunia, disebabkan sikap para pembawanya (kaum sufi) yang tasamuh dan penuh kasih sayang dalam
2 menyebarkan ajarannya. Di sisi lain ajaran yang dibawa kaum sufi mampu menyesuaikan diri dengan budaya tempatan. Para sufi berusaha dengan hati-hati dan bijaksana merubah kebiasaankebiasaan lama yang bercanggah dengan ajaran Islam. Selain itu, tarekat Naqshabandiyah disebarkan secara sistematik dan terorganisir dengan baik, bahkan tarekat ini mempunyai ciri-ciri tertentu. Sri Mulyati (2004: 91) dalam bukunya Tarekat-Tarekat Muktabaroh di Indonesia memberikan ciri-ciri yang menonjol dalam tarekat ini, iaitu : 1. Mengikuti syariat secara ketat, ketaatan dalam beribadah dan menolak muzik dan tari dalam ibadah dan lebih menyukai berzikir dalam hati. 2. Memberi perhatian dan pengaruh kepada kehidupan dan pemikiran golongan penguasa, mendekatkan negara pada agama, serta berusaha untuk mengubah pandangan mereka melalui gerakan politik. 3. membebankan tanggung jawab yang sama kepada para penguasa sebagai usaha untuk memperbaiki masyarakat. Kegemilangan gerakan tarekat tentu sahaja tidak terlepas dari peranan dan sumbangan tokoh-tokoh tarekat yang memiliki sifat dan watak bertolak ansur dan penuh kasih sayang. Dakwah Islam dan ajaran tarekat yang disebarkan oleh kaum sufi berkembang dan berjaya dengn pantasnya. Kejayaan itu ditentukan oleh pergaulan mereka dengan kelompok-masyarakat dari segenap lapisan masyarakat. Keteladanan dalam kesalehan dan ketekunan dalam memberikan pelayananpelayanan sosial, sumbangan, dan bantuan dalam semangat kebersamaan dan rasa persaudaraan murni. Perkembangan tarekat bermula di kawsan Asia Tengah sehingga sampai ke India dan Turki. Kemudian tarekat ini berkembang dengan cepat merentas ke pelbagai daerah-daerah kecil dan besar di antaranya Samarkand, Cina, Turkestan, Afganistan, Iran, India dan daerah-daerah lainnya (Brunissen 1995: 34). Hal lain yang mempengaruhi perkembangan tarekat Naqshabandiyah dengan cepat ialah munculnya cabang baharu dalam tarekat, seperti tarekat
3 Naqshabandiyah Khalidiyah. Tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah ini telah mengalami pembaharuan pada zaman Syeikh Khalid al-Baghdadi (1779M/1193H1827M-1242) (Masyhuril Abdul Aziz 2011: 179). Pembaharuan yang dilakukan oleh Syeikh Khalid al-Baghdadi ialah membawa tarekat ke arah yang lebih moden dan tidak fokus dalam masalah keagamaan sahaja. Para murid tarekat Naqshabandiyah dituntut untuk lebih peduli terhadap aspek keduniaan; seperti peduli terhadap dunia politik dan peduli tentang kemaslahatan umat Sri Mulyati (2004: 91). Namun tidak dinafikan ada sesetengah dari kalangan pengikut tarekat ini yang tetap bertahan dengan sistem yang lama. Syeikh Khalid al-Baghdadi memiliki peranan penting dalam perkembangan tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah, bahkan keturunan dan pengikut beliau dikenali sebagai Khalidiyah. Syeikh Khalid al-Baghdadi disebut sebagai tokoh pembaharu Islam pada abad ke-13 (Masyhuril Abdul Aziz 2011: 179). Pengaruh Syeikh Khalid al-Baghdadi mencapai puncaknya pada abad ke-19 dan abd ke-20. Tarekat ini tersebar luas ke pelbagai daerah di Arab, Afrika, Asia Tengah bahkan sampai ke Asia Tenggara utamanya Indonesia dan Malaysia (Hamid Algar 1976:149). Adapun ulama yang menyebarkan tarekat Naqshabandiyah di Sumatera Indonesia adalah Syeikh Ismail al-Minangkabawi. Beliau dilahirkan di Teluk Belanga, Simabur Tanah Datar, Sumatera Barat pada tahun 1712M. Wafat di tempat kelahiranya pada tahun 1844M dalam umur 132 tahun (H.M. Bibit Suprapto 2009: 436). Syeikh Ismail al-Minangkabawi disebut sebagai pelopor ajaran tarekat Naqshabandiyyah khalidiyyah di Minangkabawi khusunya di Indonesia dan Malaysia. Beliau adalah ulama ahli feqah, kalam dan tasawuf (H.M. Bibit Suprapto 2009: 436). Selepas pemergian Syeikh Ismail al-Minangkabawi tampil seorang tokoh kenamaan iaitu Syeikh Abdul Wahab Rokan. Beliau dilahirkan pada 19hb Rabi‟ul
4 Akhir 1230H. bertepatan dengan 28hb September 1811 M. di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sakti, Riau. Wafat pada 21hb Jamadil awal 1345H. bertepatan dengan 27hb Disember 1926 M. di Babussalam, Tanjungpura, Langkat Sumatera Utara (Hasan Muarif Ambary 1999: 322). Menurut W. Muhd. Shaghir (1985: 62), Syeikh Abdul Wahab Rokan adalah wali kenamaan, „Syeikh Murshid Kammil Mukammil‟ (penyempurna ajaran tarekat Syeikh Ismail al-Minangkabawi) yang memiliki karamah yang banyak. Beliau adalah murid kesayangan seorang ulama yang sangat terkenal, iaitu Syeikh Sulayman Zuhdi di Jabal Abi Qubais, Mekah. Syeikh Abdul Wahab Rokan (1811-1926M) atau biasa disebut dengan Tuan Guru Besilam Langkat adalah satu dari ulama Nusantara yang punya nama besar dan mendunia melampaui tanah kelahiran dan daerah asalnya. Bagi masyarakat Langkat Sumatera Utara, Syeikh Abdul Wahab Rokan adalah lambang peradaban dan perkembangan keislaman. Ketokohan Syeikh Abdul Wahab Rokan sebenarnya tidak jauh berbeza dengan ulama-ulama Nusantara lainnya, seperti Abdul Shamad al-Falimbani, Hamzah al-Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf al-Singkili dan Yusuf alMakasari dan lain-lain. Kealiman, kezuhudan, aktiviti dan produktivitinya dalam berkarya dan berdakwah meninggalkan khazanah yang serasa tidak pernah habis digali oleh generasi sekarang. Tokoh sejarawan Belanda, Martin Van Bruinessen (1992: 135) menulis tentang Syeikh Abdul Wahab Rokan: “Seorang Syeikh Melayu (Abdul Wahab Rokan), hanya dengan sendirian sahaja mempunyai pengaruh di kawasan Sumatera dan Malaya sebanding dengan apa yang dicapai para Syeikh Minangkabaw seluruhnya”. W. Mohd Shaghir (1985: 62) menyebutnya seorang ulama yang sangat menonjol di pesisir Timur Sumatera hingga ke Malaysia terutama Johor dan Singapura.
5 Murid Syeikh Abdul Wahab Rokan sangat ramai, di antara murid beliau yang giat menyebarkan tarekat Naqshabandiyah al-Khalidiyah di Malaysia adalah Syeikh Umar bin Haji Muhammad al-Khalidi, Syeikh Junet Tola, Khalifah Haji Muhammad dan Khalifah Haji Zakaria (Johor). Khalifah Haji Muhammad Said al-Kalantani (Kelantan). Khalifah Haji Muhammad Saleh (Kelang, Selangor), dan Khalifah Muhammad Syarif (Perak) (Zikmal Fuad 2002: 31). Oleh itu, kajian tentang tasawuf dan tarekat di nusantara tidak dapat dipisahkan dari bumi Melayu Besilam Langkat Sumatera Utara Indonesia. Wilayah tersebut merupakan sentral penyebaran dakwah dan ajaran tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah di Sumatera sehingga ke Malaysia. Bahkan 85% ajaran tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah di Malaysia, khususnya di Selangor muaranya adalah dari Besilam (Zikmal 2018). SUMBANGAN SYEIKH ABDUL WAHAB ROKAN Syeikh Abdul Wahab Rokan merupakan seorang ulama yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat Islam. Apabila menerusi sejarah hidup beliau, maka akan diketahui bahawa sumbangan yang diberikan dalam menyebarkan agama Islam dan ajaran tarekat. Sumbangan Syeikh Abdul Wahab Rokan dapat dilihat dari beberapa sudut secara ringkas: Politik; Pada tahun 1913 M, menjalin kerja sama dengan tokoh-tokoh Sarikat Islam di Jawa. (Hasan Mua‟arif Ambary 1999: 323). Syeikh Abdul Wahab Rokan memberi bantuan kepada sarikat Islam 500 RM (Ahmad Fuad 1999: 99). Pendidikan; Memberikan biasiswa dan fasiliti kepada pelajar yang cerdas dan berprestasi, untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri, seperti Mekkah, Madinah, Mesir, Syria, India, Turki, Tiangkok, Thailand, dan Malaysia, di samping itu beliau juga melakukan hubungan perniagaan (Ahmad Fuad 2000: 9). Membangun Pesantren Tarekat Babussalam atau yang lebih dikenal dengan Rumah Sulûk. Ekonomi; Sumbangan dalam bidang ekonomi adalah memprakarsai dibukanya perkebunan jeruk atau limau, mengelola pertanian dan perkebunan, mengelola tambak ikan
6 dan mengkoordinir kaum nelayan, mengelola peternakan sapi dan kambing (Ahmad Fuad 1999: 17). Sosial Kemasyarakatan; membangun asrama untuk orang-orang yang tidak mampu. Karya tulis; Karya-karya Syeikh Abdul Wahab Rokan terdiri dari “kumpulan khutbah-khutbah Jumaat (berjumlah 11 tajuk), Munâjat, Syair Sindiran, Syair Burung Garuda, dan Wasiat. Murid-murid; Berdasarkan hasil kajian sementara penulis jumlah keseluruhan khalifah Tuan Guru adalah 118 orang khalifah. Khalifah–khalifah yang telah diangkat oleh Tuan Guru Syeikh Abdul Wahab Rokan yang tersebut di atas, kemudian melanjutkan dakwah Islam di berbagai pelusok di Aceh, Sumatera utara, Riau, Malaysia, Thailand dan China. PENUTUP Sumbangan Syeikh Abdul Wahab Rokan sangat besar dalam penyebaran tarekat sufiyyah di Rantau Nusantara. Sepanjang hayatnya, beliau gunakan dalam usaha menyebarkan ajaran Islam dn tarekat kepada masyarakat. Beliau telah mewakafkan dirinya dan amal usahanya dalam bidang keagamaan, pendidkan, politik, ekonomi dan sosial budaya. Beliau telah melakukan perkara yang tidak mampu dilakukan oleh sebahagian besar ulama yang sezaman dengannya.
7 RUJUKAN Ahmad Fuad Said. 1999. Hakikah Tarikat Naqsyabandiyah. Cet. 3. Jakarta: PT alHusna Zikra. Al-Khani, Muhammad Ibn Abdullah. 2005. Al-Bahjah al-Saniyyah. Istanbul, Maktabah Haqiqah. Al-Kurdi, Amin. 1384. Tanwir al-Qulub. Al-Qahirah. Mathbaah al-Sa‟adah. Hamid Algar. 1979. The Naqsyabandi Order: A Preliminary Survei Of Its History and Signicance. Jakarta : Studi Islamika, No 44. H.M. Bibit Suprapto. 2009. Enseklopedi Ulama Nusantara. Gelegar Media Indonesia. Imran Abba. 1980. Disekitar Masalah Tarekat Naqsyabandiyah. Kudus: Menara Kudus. Ismail Royan. 2017. 2007. Ajaran Tarekat Naqshabandiyah di Malaysia. Bandar Seri Putra, Bangi. Temu bual, 12 September 2017. Martin Van Bruinessen. 1995. Kitab Kuning: Pesantren dan tarekat. Bandung: Mizan. Mochtar Effendi DR. S.E. 2000. Ensiklopedi Agama dan Filsafat, Cet. 9. Universitas Sriwijaya: PT. Widyadara, Buku I Entri A-B. Masyhuril Abdul Aziz. 2011. Ensiklopedi 22 Aliran Dalam Tasawuf. Surabaya: Imtiyaz. Muhammad Yaqdum. 2007. Ajaran Tarekat Naqshabandiya. di Besilam. Babussalam Langkat. Temu bual, 16 Februari 2017. Sri Mulyati. 2004. Tarekat-tarekat Muktabarah di Indonesia. W. Muhd. Shaghir Abdullah, H. 1985. Syekh Ismail al-Minangkabawi penyiar Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah. Cet. Ke-1. Solo: CV Ramadhani.