1 PEMBENTANGAN TAJUK KULIAH SUBUH PROGRAM KOTA SUFI SE-NUSANTARA AHAD, 27 OGOS 2023 DI MASJID SRI SENDAYAN KEHIDUPAN PARA AULIA DI ALAM BARZAKH MD NASIR OTHMAN
2 KEHIDUPAN PARA AULIA DI ALAM BARZAKH بسم اهلل الرحمن الرحيم الحمد هلل والصالة والسالم عمى رسول اهلل وعمى آلو وصحبو ومن وااله، أما بعد: IJMAK ULAMAK BAHAWASANYA ADA KEHIDUPAN ARWAH DI ALAM BARZAKH Kehidupan arwah di alam barzakh itu ditulis oleh ramai ulamak seperti : Ibnu Sina, Ibnu Rusyd , Ibnu Al Qayyim , Ibnu Maskawih, Imam Al Ghazali, Al Qusyairi, Al Qastalani , Al Asqalani ,Al Imam Fakhru Ar Razi , Imam Ad Dabbagh dan Al Manawi . Tulisan ulamak yang mutaakhirin seperti kitab “ Al Arwah” oleh Al Marhum Syeikh Tantawi Jauhari. Kitab “ Sabilus Saadah “ oleh Syeikh Yusuf Ad Dijwi. Kitab” Al Matalib Al Qudsiah fil Ahkam Ar Ruh wa Athariha Al Kauniah “ oleh Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf. Semua kitab tersebut menjelaskan bahawasanya adanya kehidupan di alam barzakh .
3 Sesungguhnya Ruh-ruh manusia di alam barzakh itu saling berjumpa , saling berziarah diantara satu sama lain , bersembang ,belajar , beribadat , menunaikan haji , umrah dan solat yang bukan ibadat taklif tetapi kerana berlazat-lazat dengan ibadat tersebut. (ms 179 Kehidupan ruh selepas mati ) Syeikh Zaki Ibrahim . Firman Allah ي َن ) ِ ُمَق َّرب ۡ ِن َكا َن ِم َن ٱل َّمآ إ َ َفأ 88( ٖ ِ ( َف 88 ن َكا َن َرۡو ٞح َو َرۡي َحاٞن َو َجنَّ ُت َن ِعيم َّمآ إ َ ( َوأ ِن ) َي ِمي ۡ ِب ٱل ۡص َح َٰ َ ِن ِم 89ۡ ( ن أ َي ِمي ۡ ِب ٱل ۡص َح َٰ َ َك ِمۡن أ َّ ٞم ل َٰ ِ ( َف 89 ن َكا َن ِم َن َسلَ َّمآ إ َ ( َوأ ي َن ) ِّ ي َن ٱل َّضآل ِ ب ُمَكذِّ ( َفن ) ُ ُز ٱل 89ٞ ل ۡ ٖ ِّمۡن 89َ ح ِميم ٍ َج ِحيم ( َو (94َ (ت ۡصلَِيةُ Jika [yang mati itu] daripada orang-orang “Muqarrabin”, maka [ia akan beroleh] rehat kesenangan, dan Rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. Dan jika ia dari puak kanan, maka [akan dikatakan kepadanya]: “Selamat sejahtera kepadamu, [kerana engkau] dari puak kanan.” Dan jika ia dari [puak kiri] yang mendustakan [rasulnya], lagi sesat, maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, serta bakaran api neraka. 68 Surah al-Waqi„ah 56:8-14.
4 Ibn Qayyim menyebut bahawa bahawa roh manusia itu terbahagi kepada tiga peringkat: Golongan muqarrabin, ashab al-yamin dan mukazzibin. Golongan muqarrabin tempatnya di dalam syurga, golongan ashab al-yamin dijamin daripada siksaNya, sementara golongan mukazzibin tempatnya di dalam air panas dan bahang neraka Jahannam. Beliau turut membawa pendapat yang dipersetujui oleh para ulama‟ salaf dan khalaf iaitu roh orang mukmin berada di „Illiyyin iaitu di langit ketujuh, sementara roh orang kafir berada di Sijjin iaitu di lapisan bumi yang ketujuh. Roh di alam barzakh itu berada di tempat-tempat yang sungguh berbeza-beza iaitu; i. Roh yang berada di tempat tertinggi di „Illiyyin, iaitu roh para nabi. ii. Roh yang berada di dalam burung hijau yang berterbangan di dalam syurga, iaitu roh sebahagian para syuhada‟. iii. Roh yang terperangkap di hadapan pintu syurga. iv. Roh yang terperangkap di dalam kubur. v. Roh yang tempatnya di pintu syurga. vi. Roh yang terperangkap di bumi. vii. Roh di dalam sungai darah dan lain-lain lagi
5 SIAPAKAH WALI ? Wali adalah hamba Allah yang solihin . Mereka adalah golongan yang kita memberikan salam ke atasnya setiap kali solat ketika tasyahhud , di kalangan umat nabi Muhammad ,termasuk juga golongan yang bersama Nabi Nuh yang menaiki kapal,juga golongan yang bersama Nabi Musa , dan golongan hawariyyun penyokong Nabi Isa,termasuk para ulamak yang solohin di kalangan umat Nabi Muhammad . Semua mereka itu adalah para aulia yang disebut di dalam Al Quran . ْولَِيا َء ََّّللاِ َ َّن أ ِ ََل إ َ أ و َن ......... ْم َوََل ُه ْم َي ْح َزنُ ِ ْيه ََل َخْو ٌف َعلَ "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan bagi mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati…….." (QS Yunus 62-63 Syarat-syarat pada wali adalah: Iman, taqwa sebagaimana ayat al quran : تقُو َن﴾ نوا َيَّ نوا َو َكاُ ﴿... ِذي َن آ َمُ َّ ال Orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa.
6 TANDA-TANDA WALI ALLAH 1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt. Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya: “Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingati mereka.”Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu‟aim dalam Hilya jilid I hal. Dari Said ra, ia berkata: “Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya‟ dan Abu Nu‟aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6). 2. Mereka bertakwa kepada Allah. Allah swt berfirman: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”13 Surah Yunus: 62 – 64
7 Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana.”Hadisriwayat.Al Mafakhiril „Aliyah hal 104 3. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya. Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.” Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orangorang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbarmimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.” Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada
8 kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” Hadis riwayat Abu Nu‟aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5 4. Mereka selalu sabar, wara‟ dan berbudi pekerti yang baik. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa“Rasulullah saw bersabda: “Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara‟ dan berbudi luhur kepada orang lain.” Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya‟ 5. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana. Dari Ibnu Umar ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang.” Hadis riwayat Abu Nu‟aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6
9 6 . Hati mereka selalu terkait kepada Allah. Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha‟i: “Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da‟I kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.” Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80 7. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya. Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda:“Berapa banyak manusia lemah dan miskin yang selalu dihina orang,
10 tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra‟ ibnu Malik, salah seorang di antara mereka.” Ketika Barra‟ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai Barra‟, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra‟ berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.” Maka Barra‟ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan. Di dalam satu medan peperangan , Barra‟ berdo‟a: “Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra‟ gugur sebagai syahid. KEHIDUPAN AULIA SELEPAS EMPAT PULUH HARI DI DALAM KUBUR Riwayat daripada Athar An Nabawi bahawasanya Ahli khawas di kalangan aulia tidak kekal berada di dalam kubur selepas empat puluh hari, kemudian akan di bawa ke hadrat Ilahi ( tempat yang mulia ).
11 DALIL QURAN DAN SUNNAH KEHIDUPAN ALAM BARZAKH DAN RAHSIANYA اۗ ِ اَ ْمَواتً ِل َّّللا َٰ ْي ِ ْوا فِ ْي َسب ُ ِتل ِذْي َن قُ َّ َوََل َت ْح َسَب َّن ال ْو َن ْم ُي ْر َزقُ ِ َد َرِّبه ٌء ِعنْ ۤ َب ْل اَ ْحَيا Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki, Mati di jalan Allah itu ,bukanlah hanya terhad kepada orang yang mati berjihad dengan pedang dan senjata Sahaja. Jalan Allah itu termasuk ; Semua yang diperintah dan yang dilarang oleh agama . Di antaranya termasuk Jihad hawa nafsu . Para syuhada dan yang mengikuti mereka mendapat rezki di sisi Allah, sebaliknya orang yang celaka dan yang mengikutinya mendapat azab َشَّد َ ٓوا َءا َل ِف ْر َعْو َن أ ُ ْد ِخل َ أ ا ۖ َوَيْو َم َتقُو ُم ال َّسا َعةُ ا َو َع ِشّيً ْي َها ُغُدّوً ا ُر ُي ْعَر ُضو َن َعلَ النَّ ا ِب َعذَ ْ ال Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam api neraka yang bersangatan azabnnya!” . Ghafir: Ayat 46
12 PERANAN ROH LEBIH BERKESAN SESUDAH KEMATIANNYA ( KITAB ROH IBNUL QAYYIM ) Di antara yang patut diketahui lagi, bahwa segala yang kami sebutkan dari hal-ehwal roh itu, dia itu sangat berbeza menurut keadaan roh masing-masing antara yang kuat dan lemah, yang besar dan kecil. Bagi roh yang besar dan gagah mempunyai keupayaan apa yang tiada pada roh yang lemah. Anda juga telah lihat hukum-hakam roh di dunia, bagaimana perbezaannya di antara satu dengan yang lain menurut keupayaannya, kekuatannya, kelambatannya, kecepatannya, dan pertolongannya. Roh yang sudah terbebas dari penawanan badan dan pertanggungannya mempunyai daya dan upaya yang luar biasa, bersemangat dan dapat melaksanakan apa saja, cepat meningkat kepada Allah, dan memperhubung denganNya lebih dari apa yang dapat dibuat oleh roh yang hina yang masih tertawan di dalam penanggungan badan. Kalau inilah gambarannya, sedang ia tertahan di dalam badannya, maka bagaimana pula apabila dia telah terbebas daripada badan, dan terpisah daripadanya sehingga semua kekuatan dan keupayaannya bersatu dan kembali kepada keadaan asalnya yang merupakan roh yang tinggi yang bersih suci, kuat pengaruhnya dan mempunyai semangat yang tinggi. Jelaslah
13 bahwa roh itu, sesudah berpisah dengan badan mempunyai keadaannya yang lain dan kelakonannya yang lain juga. Telah menjadi suatu berita yang mutawatir pada bangsa bani Adam dari hal apa yang dapat diperbuat oleh roh-roh sesudah kematian jasad- jasadnya banyak yang tidak mampu diperbuat seumpamanya ketika roh- roh itu masih berada pada jasad-jasad tersebut, yakni sebelum mati, umpamanya ia dapat mengalahkan suatu bala tentera yang besar hanya dengan seorang, atau dua orang, ataupun dengan bilangan yang kecil saja, atau sebagainya. Betapa kerapnya Nabi s.a.w. yang bersama-sama dengannya Abu Bakar dan Umar bermimpi melihat bahwa roh-roh mereka telah dapat mengalahkan askaraskar kufur dan aniaya, maka dengan tiba-tiba bala-tentera musuh itu benar-benar telah dikalahkan dan dihancurkan, padahal bilangan mereka dan senjata-senjata mereka lebih banyak dan lebih besar, sedang kaum Mu'minin amat lemah dan bilangan mereka pun sedikit saja. Dan yang lebih menakjubkan lagi, bahwa roh-roh kaum Mu'minin yang berkasih-kasihan dan berkenal-kenalan itu sentiasa bertemu, padahal antara mereka terdapat jarak yang jauh, maka mereka akan sama-sama merasa sedih, bertegursapa, dan yang satu mengenali yang lain seolah-olah dia berada di sebelahnya dan sentiasa duduk dengannya, kemudian apabila
14 ditakdirkan Tuhan, bahwa mereka akan bertemu niscaya batang tubuh mereka mengenali, antara satu dengan yang lain persis seperti yang dikenali roh mereka sebelum pertemuan itu. Berkata Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya roh-roh kaum Mu'minin itu bertemu pada jarak perjalanan satu hari, padahal batang tubuh yang satu tidak melihat batang tubuh yang lain sama sekali, dan dirafakkan kata-kata ini kepada Nabi s.a.w. Berkata Ikrimah dan Mujahid: Apabila manusia itu tidur, sesungguh- nya akan muncul sebab-musabab di mana rohnya akan keluar berenang, manakala asalnya akan tetap di dalam jasad, maka ia akan pergi ke mana- mana saja yang ditakdirkan Allah selama ia bepergian itu, sedang batang tubuh manusia itu tetap tidur nyenyak. Apabila roh itu kembali semula kepada batang tubuhnya, niscaya manusia itu akan tersedar. Roh itu adalah diumpamakan dengan sinaran cahaya matahari yang turun ke bumi, manakala puncanya bersambung dengan matahari itu sendiri. KELEBIHAN AULIA DAN KARAMAHNYA ( KITAB TANWIRUL QULUB – SYEIKH AMIN ALKURDI ) Hadis riwayat Saidina Omar RA Nabi Saw bersabda;
15 وِ َّ الم ادِ َ ِعب ْ إِ َّن مِن َ م ْ َو ي ُ اء َ د َ ال ُّشي َ و ُ اء َ بِي ْ َْلَن ا ُ م ُ بِطُي ْ غ َ ، ي َ اء َ د َ َال ُشي َ و َ اء َ بِي ْ بِأَن ْ م ُ ا ى َ ا م ً اس َ ََلُن َ بِم ةِ َ ام َ ي ِ َ ال ى ْق ال َ َع ت وِ َّ الم َ مِن ْ ِيم ِ َكان ُوا ال َ . ق وِ َّ و َل الم ُ َس ا ر َ َل : ي : ا َ . ق ْ م ُ ْ ى ن َ ا م َ ن ُ ُ ْخبِر ، ت ٌ م ْ َو ق ْ م ُ ى َى م َ وِ ع َّ وِح الم ُ ابُّوا بِر َ َح ت ْ م ُ َي ُوى ج ُ إِ َّن و وِ َّ الم َ َو ا، ف َ َي ن ْ اطَو َ َع ت َ ٍل ي ا َ و ْ َال أَم َ ، و ْ م ُ َي ن ْ ي َ ب امٍ َ ْح ِر أَر ْ َغي ْ َح َال ي َ ُس، و َف الَّنا َخا َذا إِ َ ُون َ َخاف ُوٍر، َال ي َى ن م َ ْ ع م ُ َِّني ا َ ، و ٌ ُور َن ُس ل الَّنا َ ِزن َ َذا ح إِ َ ُون ن َ ز . ةَ َ ْْلي ا ِ ه ذِ َ أَ ى َ َر ق َ و َ اء َ لِي ْ َال إِ َّن أَو : أَ َ ُون ن َ ْ ز َح ي ْ م ُ َال ى َ و ْ ِيم ْ َي م َ ٌف ع ْ َال َخو وِ َّ الم “Sungguh Allah mempunyai hamba-hamba yang dicemburui para Nabi dan Syuhada karena kedekatan kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat, tapi mereka bukanlah nabi dan syuhada.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, beritahulah kepada kami siapakah mereka? Nabi Saw bersabda: “Merekalah yang saling mencintai dengan ruh Allah, bukan karena hubungan rahim ataupun harta yang saling mereka bagi. Demi Allah, sungguh wajah mereka itu bercahaya. Mereka juga berada dalam cahaya. Saat umat manusia merasa takut dan sedih, mereka tidak merasakannya. Dan beliau membaca ayat ini, “Ketahuilah, para wali Allah itu tidak ada ketakutan dan tidak merasa sedih”. (HR. Abu Dawud) Zahirnya karamah kepada wali itu adalah harus pada akal dan dalil naqal. Adapun dalil akal adalah tidak mustahil bagi Allah yang maha berkuasa. Bahkan ianya termasuk di dalam perkara yang mungkin seperti zahirnya mukjizat bagi nabi-nabi . Harus berlaku karamah itu ketika hidup dan selepas mati seperti mana
16 pendapat jumhur ulamak ahli sunnah wal jamaah. Tiadalah di dalam mazhab muktabar yang empat pendapat yang menafikan berlaku karamah selepas kematian seorang wali . Bahkan zahirnya karamah selepas kematian lebih patut kerana dirinya menjadi lebih suci daripada segala kekeruhan dunia. Dikatakan oleh ulamak tasawuf : Jika seorang wali itu tidak zahir karamahnya selepas kematiannya maka tidaklah dia seorang yang benar . Berkata sebahagian masyayikh : Sesungguhnya Allah mewakilkan di kubur wali itu seorang malaikat yang menunaikan hajat-hajat dan terkadang wali itu sendiri yang keluar dari kuburnya untuk menunaikan hajat tersebut. SYEIKH ABU HASAN ALI BIN JAAFAR AL KHARQANI MENDAPAT ILMU DARIPADA MAKAM WALI Ketika Syeikh Hasan Al Kharqani berziarah ke makam Syeikh Abu Yazid Al Bustami dia mengambil tarekat secara Rohani daripada makamnya . Sentiasalah Syeikh Hasan Al Kharqani berulang alik setiap pagi ke makam Syeikh Abu Yazid mengusapusap mukanya ke makam. Kekal berdiri menghadap makam sambil berhubung hatinya dengan Roh sohibul makam dan mendapatkan ilmu dan makrifat-makrifat Ilahi.
17 Berkata Syeikh Muhammad Amin Al Kurdi : Perkara yang berlaku kepada Syeikh Hasan Al Kharqani ini adalah kerana adanya hubungan ruh orang yang hidup di dunia dengan ruh (aulia) di alam barzakh dengan perhubungan yang khusus. Maka berlakulah perhubungan kerohanian di antara roh yang memberi dan yang menerima . Allah SWT menjadikan roh yang menerima mendapat ilmu daripada roh yang memberi dari alam barzakh . Dengan syarat jiwanya bersedia untuk menerima lempahan ilmu itu dengan persediaan hati yang sempurna suci dan bersih . DALIL QURAN BAHAWA ARWAH PARA AULIA MASIH BERPERANAN Imam Fakhrurazi dalam Tafsir (al-Nazi‟at:5) menjelaskan bahawa apabila manusia meninggal dunia, maka roh manusia mempunyai keselarian alam dengan malaikat, justeru antara nama gelaran bagi malaikat ialah roh suci (Ruh al-Quds) dan sebagaimana malaikat ditugaskan untuk mengurus hal-ehwal urusan alam, maka demikian jugalah dengan roh manusia. Di dalam al-Qur‟an, Allah Ta‟ala telah bersumpah dengan tentera-tenteranya yang bertugas sebagai pentadbir urusan langit dan bumi dalam firman-Nya:
18 ْمًرا َ ُمَدِّب َرا ِت أ ْ َفال “Demi para pentadbir urusan” (Surah al-Nazi‟at:5) Para Mufassirin seperti Imam Fakhru al-Razi, Imam alBaydawi, Imam Ibnu Ajibah dan Imam Isma‟il Haqqi dalam Tafsir mereka ketika menafsirkan ayat di atas menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan pentadbir urusan selain para malaikat ialah para arwah yang sudah meninggal dunia daripada kalangan aulia dan soihin. Imam al-Alusi dalam Ruh al-Ma‟ani (al-Nazi‟at:5) menyatakan bahawa orang-orang yang menziarahi kubur orangorang saleh lalu memohon pertolongan kepada Allah dengan bertawassul dengan mereka, maka tidak mustahil untuk si penziarah mendapat bantuan rohani dengan keberkatan orangorang saleh tersebut. Imam Fakhrurazi dalam al-Matalib al-„Aliyah (7/275, alFasl al-Thamin al-„Ashar) menjelaskan bahawa untuk memahami perhubungan antara roh orang yang sudah meninggal dengan orang yang masih hidup, hendaklah memahami 3 perkara asas iaitu:
19 1. Roh manusia tetap terus hidup walau setelah kematian jasadnya. 2. Roh manusia yang meninggal di alam barzakh lebih kuat dalam memberi kesan berbanding ketika ia masih bersama jasad di dunia. 3. Roh manusia tetap mempunyai jalinan hubungan dengan jasadnya yang dikebumikan di dalam tanah. Imam Fakhrurazi mengatakan bahawa apabila seseorang sudah memahami perkara-perkara di atas, maka seseorang akan memahami bahawasanya apabila seseorang menziarahi kubur orang saleh yang mempunyai keutamaan, maka terjadilah pertemuan antara roh orang yang masih hidup dengan roh yang sudah meninggal. Hasil pertemuan itu dapat menatijahkan berlakunya limpahan kerohanian dari roh orang yang meninggal kepada orang yang masih hidup dan limpahan dari orang yang hidup kepada orang yang meninggal. Sehingga pertemuan itu saling membawa manfaat dengan Izin Allah untuk kedua-duanya baik kepada penziarah dan yang diziarahi. Limpahan kerohanian tersebut terjadi tanpa mengurangi kerohanian masing-masing. Demikian itulah manfaat dari pensyariatan ziarah kubur orangorang saleh, selain dari mengingati mati, terdapat banyak rahsia yang mendalam yang terkandung di dalamnya. .
20 KESIMPULANNYA Golongan sufi tidak kecewa ( berputus asa ) daripada Para aulia yang sudah mati sebagaiman orang kafir berputus asa terhadap saudara mereka yang kafir yang sudah mati . كما يئس الكفار من أصحاب القبور . 99 الممتحنة Sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir daripada ahli kubur. Golongan sufi berkeyakinan bahawasa: Para aulia yang diberikan kemuliaan pada hati dan rohnya, dengan limpahan Rabbani dan kurniaan daripada Allah tiada terkait dengan jasad mereka semata-mata. Para Aulia itu selepas kematiannya bertambah meningkat kemuliaannya dan bertambah meningkat lempahan Rabbani ke atas rohnya .
21 RUJUKAN 1- Kitab Arwah ba’da maut – Syeikh Zaki Ibahim 2- Kitab Al Ifham wal Ifkham – Syeikh Zaki Ibrahim 3- Kitab Abjadiah At Tasawuf – Syeikh Zaki Ibrahim 4- Kitab Tanwirul Qulub – Syeikh Amin Al Kurdi 5- Kitab Al Mawahib As Sarmadiah – Syeikh Amin Al Kurdi 6- Kitab Roh - Ibnul Qayyim 7- Artikel Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari