1
2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 ATUR CARA MAJLIS 3 2 SENARAI AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-50 4-8 3 MINIT MESYUARAT AGUNG AJK PIBG KALI KE-49 9-20 4 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 21 5 MAKLUMAT AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 22 6 KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA PIBG KE MESYUARAT PIBG SESI 2023/2024 23 7 LAPORAN AKTIVITI PIBG 24-25 8 PENYATA KIRA-KIRA PIBG SESI 2023/2024 26-32 9 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2024/2025 33 10 SENARAI USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KE-50 34-38 11 LAMPIRAN 39
3 ATUR CARA MAJLIS MASA PERKARA 7.30 pagi Pendaftaran Guru 8.00 pagi Pendaftaran Ibu bapa Jamuan VIP Tayangan Video Korporat 8.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa 8.45 pagi Ucapan YDP PIBG – Pn. Norsalizah binti Mohd Noor 9.00 pagi Ucapan Perasmi – Pn. Siti A’ida binti Joned 9.30 pagi Cabutan bertuah sesi 1 9.40 pagi AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 Mesyuarat Agung Tahunan 2023/2024 dimulakan. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu. Pembentangan dan penerimaan laporan tahunan. Pembentangan Penyata Kewangan Tahunan. Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2023/2024. Pembubaran AJK Tahun 2023/2024 oleh YDP PIBG. 10.15 pagi Cabutan bertuah sesi 2 10.25 pagi Pelantikan Pengerusi Sementara 10.30 pagi Pemilihan ahli jawatankuasa PIBG tahun 2024/2025 • Yang Dipertua PIBG • Naib Yang Dipertua PIBG • Ahli Jawatankuasa (5 orang AJK Ibu Bapa) 11.15 pagi Ucapan YDP PIBG baharu 11.30 pagi Membentang dan membahaskan usul-usul 12.15 tengah hari Ucapan Penangguhan 12.25 tengah hari Sesi fotografi 12.30 tengah hari Bersurai
4 SENARAI AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 8.1. Penyelaras : 1. Puan Noor Maziah binti Jalil (PK Petang) TINDAKAN TUGAS SETIAUSAHA: Zulaida binti Hasan PENOLONG SETIAUSAHA: Qistina binti Mohd Jais 1. Menyediakan kertas konsep untuk Mesyuarat Agung PIBG. 2. Menguruskan hal surat menyurat dan borang usul. 3. Menyediakan Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 4. Memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar. BENDAHARI: Adeline Banan 1. Membuat tuntutan kewangan untuk Mesyuarat Agung PIBG pada mesyuarat AJK PIBG 2. Menyerahkan penyata kewangan PIBG sesi 2023/2024 kepada setiausaha untuk dimuatkan dalam buku program selewatlewatnya pada 22 April 2024 AJK SAMBUTAN VIP/ TETAMU: Tuan Pengetua YDP PIBG Naib YDP PIBG Semua barisan Penolong Kanan Semua GKMP AJK PIBG Pengawas (10 orang) 1. Menyambut tetamu dan mengiring tetamu/VIP dan ibu bapa ke dewan. 2. Mengiring dan menemani tetamu VIP ke jamuan di bilik jamuan. FLOOR MANAGER: Norziana binti Zakaria Ahmad Tarmizy bin Hasan 1. Mengawal selia sepenuhnya majlis yang dijalankan. 2. Memastikan suasana kondusif selama acara berlangsung. 3. Memastikan semua persiapan majlis lengkap sehari sebelum majlis berlangsung. PENGURUSAN CABUTAN BERTUAH: Asmi Aira binti Abdullah Nor Ain ‘Sha bt Nawi AJK Ibu Bapa: Puan Siti Sofea Hanim Binti Abdullah Puan Zahela Binti Zainun Puan Zaiha Binti Mat Nor En. Abd Rauff Hisyam En. Vignesweran Nadarajan 1. Menyediakan dan bersama-sama mencari sumbangan untuk cabutan bertuah daripada peruntukan PIBG dan sumbangan pihak luar. 2. Menyediakan kad cabutan bertuah. 3. Menguruskan penyerahan hadiah cabutan bertuah.
5 8.2. Penyelaras : 1. Puan Ponitha A/P Subramaniam (PK Pentadbiran) 2. Puan Zunainun binti Che Pa (PK HEM) TINDAKAN TUGAS PENGACARA MAJLIS: Nooraqma Aqmal Bin Yunos Umi Najaa Binti Mohd Suhaimi 1. Menyediakan teks pengacara majlis dan disemak oleh Penyelaras 2 hari sebelum majlis berlangsung. 2. Memastikan majlis berjalan lancer. 3. Menyerahkan salinan teks ucapan kepada Ajk dokumentasi. BACAAN DOA: Nik Mohd Zuhdi Bin Nik Mohd Fadzil 1. Memimpin bacaan doa semasa majlis berlangsung. PENGERUSI SEMENTARA: Normidah Binti Tunggal 1. Mengelola Mesyuarat Agung PIBG SMKSB kali ke-50. 2. Memastikan agenda mesyuarat dipatuhi dan mesyuarat berjalan lancar. PENCATAT MINIT: Fadiah Binti Ahahary Aina Nabilah Binti Mohd Zaharim Siti Fatimah binti Abd. Rashid 1. Mencatat dan menyediakan minit Mesyuarat Agung PIBG 2. Menyerahkan minit yang bertaip dalam tempoh satu minggu selepas Mesyuarat Agung kepada Setiausaha PIBG 2024/2025. LAPORAN DAN DOKUMENTASI: Hasnor Izzati Binti Che Razali Nur Izzati Binti Mohd Zuber Nur Syamimi Binti Hussin 1. Menyediakan dokumentasi yang bertaip (2 salinan) dan diserahkan kepada setiausaha PIBG dalam tempoh satu minggu selepas Mesyuarat Agung DISIPLIN/ LALULINTAS/ LETAK KERETA Norhisham Bin Johari Abdullah Khir Bin Mohd Johar Vanitha A/P Subramaniam 1. Memastikan keadaan majlis terkawal tanpa sebarang gangguan. 2. Menentukan tempat letak kereta tetamu, ibu bapa dan guru. 3. Menyediakan anggota kadet polis untuk mengawal lalu lintas.
6 8.3. Penyelaras : 1. Puan Mazlina bt Ismail (GKMP Teknik dan Vokasional) 2. Pamila Binti Salleh (Gkmp Sains dan Matematik) TINDAKAN TUGAS PENDAFTARAN: Wan Azamma Bt Mamat Nurul Ehsan Binti Mohd Zain Rokhini A/P Permal 1. Menyediakan borang pendaftaran. (dapatkan daripada setiausaha PIBG) 2. Pastikan meja-meja beralas dan mempunyai label pendaftaran. 3. Mendaftarkan nama ibu bapa yang hadir. 4. Mengedarkan buku program kepada tetamu selepas pendaftaran. 5. Mula beroperasi pada pukul 7.20 pagi. 6. Menyerahkan semula borang pendaftaran kepada setiausaha PIBG. TEKNIKAL DAN SIARAYA: Ahmad Bunyamin Bin Yusuf Imran Bin Shamsuddin Mohd Zahier Bin Othman Muhammad Khairil Bin Hamran 1. Menyediakan peralatan yang diperlukan sistem mesyuarat 2. Mikrofon yang mencukupi, speaker dll. 3. Bekerjasama dengan AJK video korporat dan selingan sebelum program. 4. Menguruskan dan memastikan sistem audio dapat berfungsi dengan baik sepanjang majlis berlangsung. PENYEDIAAN VIDEO KORPORAT: Nor Atilia Suraya Binti Azmi Suliati Marina Binti Mat Rani 1. Menyediakan video korporat SMKSB untuk ditayangkan sementara menunggu mesyuarat bermula. 2. Menyerahkan video 2 hari sebelum majlis untuk disemak oleh penyelaras. 8.4. Penyelaras: 1. Puan Roslaily binti Nasir (PK Kokurikulum): 2. Puan Vasanthi A/P Velu (GKMP Bahasa) TINDAKAN TUGAS TEKS PERASMIAN DAN YDP: Irmawati Binti Sadin Shaibah Binti Daud 1. Menyediakan teks ucapan perasmi dan YDP. 2. Menyerahkan teks ucapan 2 hari sebelum majlis kepada penyelaras dan penasihat(pengetua) untuk semakan. 3. Mencetak teks ucapan yang telah disemak dan dimasukkan ke dalam folder dan diserahkan kepada Penasihat dan YDP PIBG. PERSIAPAN PENTAS Halawati Binti Fouzi Siti Nur Azyan Binti Wahab Intan Anis Idayu Binti Sudin Nur A’in Fatihah Binti Taharuddin Noorhaliza Bt Baharuddin 1. Mendapatkan banner daripada ajk banner 2 hari sebelum majlis. 2. Memastikan backdrop dipasang dengan baik sebelum majlis bermula.
7 PERSIAPAN TEMPAT: SEBELUM: Mohd Zul Fahmi Bin Abd Rashid Muhammad Nor Amry Bin Abd Majid Nik Muhammad Amir Bin Nik Soh Pengawas (3 orang) SELEPAS: Ahmad Mokhlis Bin Inngam Mohd Nur Izadi Bin Mahmad Muhammad Aliff Syukri Bin Mohd Norgi Pengawas (3 orang) 1. Memastikan tempat dalam keadaan bersih sebelum dan selepas mesyuarat. 2. Menyediakan meja utama yang beralas dan kerusi yang mencukupi untuk mesyuarat. 3. Menyediakan kerusi banquet AJK PIBG dan pentadbir 4. Melabel kedudukan kerusi mengikut protocol 5. Menyediakan meja VIP dengan beralas dan hiasan jambangan bunga 6. Menyediakan minuman dan gelas. 7. Mengembalikan kerusi dan meja ke tempat asal selepas digunakan. JAMUAN MAKAN JAMUAN VIP Fazlinda Binti Fadzil @ Sadir(K) Rozilawti Binti Ali Siti Nur Hidayah Binti Mohd Ali Khan Nurul Nazatul Suhaila Binti Abdul Rashid Pramusaji (4 Orang) JAMUAN GURU/IBU BAPA/TETAMU Halina Binti Yusof Elmi Wahyuni bt Manaf Raesah Bt Che Ali Roslina Binti Sulaiman 1. Menyediakan jamuan untuk tetamu-tetamu Majlis Mesyuarat Agung PIBG. 2. Berbincang menu dengan penyelaras dan anggaran perbelanjaan. 3. Menyediakan makanan dan minuman (packing) untuk guru , ibu bapa dan murid pembantu dan mengagihkan makanan sebelum majlis bermula. 4. Memastikan tempat berada dalam keadaan yang bersih. 8.5. Penyelaras: Puan Maryati binti Md Khalid (PK Pendidikan Khas) TINDAKAN TUGAS PENYEDIAN SIJIL: Ibadiah Binti Ahmad 1. Menyediakan sijil kepada AJK PIBG 2. Menyerahkan sijil kepada AJK cenderahati. PENYEDIA CENDERAHATI/HADIAH: Nur Faizatul Ain Binti Borhan Nurulain 'Afifah Binti Rusli Nur Adila Binti Rosdi 1. Menyediakan cenderahati bernilai RM30.00 kepada AJK PIBG sesi 2023/2024. 2. Menyediakan cenderahati perasmi yang sesuai. 3. Berbincang dengan penyelaras untuk pemilihan cenderahati perasmi. BANNER DAN E-BANNER: Amirul Syamil b Mohamad Nizami Hazirah Binti Hapizuddin 1. Menyediakan design banner dan menyerahkan kepada Penasihat/Penyelaras untuk semakan 2. Menempah banner dan menggantung dipagar sekolah seminggu
8 sebelum majlis. 3. Menyerahkan kepada AJK hiasan pentas untuk digantung di pentas 3 hari sebelum majlis. MENYEDIAKAN BUKU ACARA RASMI Norehano Binti Mohd Hasan 1. Menyediakan buku acara rasmi dan pen untuk ditandatangani oleh perasmi. 2. Menghantar semula buku tersebut ke pejabat. FOTOGRAFI: Nik Hazwani Yusri Binti Nik Mohd Yusoff Nuratikah Binti Kamarudin Ajk Sidred (3 Orang) 1. Mengambil gambar-gambar sepanjang majlis. 2. Menyerahkan gambar kepada Ajk dokumentasi 3 hari selepas majlis. PENGIRA UNDI DAN PENCATAT En Mohd Ariff b. Sulaiman (P.U) En Mohamad Sofyan bin Mohamad Dani (P.U) Fadzil Bin Othman(P.U) Arifin bin Jolis(P.U) Pn Siti Norhasima Binti Abd Karim (P) 1. Menyediakan dan memastikan papan putih/ papan pencatat diletakkan di dataran sehari sebelum majlis. 2. Membantu mencatat nama-nama pencalonan ketika Mesyuarat Agung PIBG 3. Membantu mengira undi calon ketika Mesyuarat Agung PIBG
9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMKSB KALI KE-49 SMK SELAYANG BHARU Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari Tempat : Secara dalam talian (Google Meet) Kehadiran : 451 orang( Rujuk lampiran) 1.0 Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 1.1 YDP PIBG sesi 2022/2023 mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan juga kepada Jawatankuasa Pelaksana yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Selayang Bharu ke-49. 1.2 YDP PIBG memohon maaf kerana kesulitan yang dialami oleh ibu bapa atas kelewatan memulakan mesyuarat. 1.3 YDP PIBG mengingatkan ibu bapa tentang penjagaan tandas sekolah supaya ibu bapa boleh menyampaikan kepada anak-anak tentang kepentingan menjaga kebersihan tandas. 1.4 YDP PIBG merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah terhadap kemenjadian murid SMK Selayang Bharu dari segala aspek. Tindakan: Makluman 2.0 Ucapan Perasmian Penasihat PIBG SMK Selayang Bharu Sesi 2022/2023 2.1 Pengetua mengalu-alukan kehadiran murid-murid dan ibu bapa dari SMK Taman Selayang yang baru mengenali sekolah ini. 2.2 Pengetua mengingatkan ibu bapa supaya menggalakkan kehadiran anak-anak ke sekolah supaya mereka boleh ditaksir sepanjang tahun seperti mana yang ditetapkan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 2.3 Pengetua mengalu-alukan pelibatan ibu bapa dalam membantu mendidik anak-anak murid. 2.4 Pengetua menekankan isu ketidakhadiran murid ke sekolah membimbangkan yang melibatkan terutamanya murid-murid Tingkatan empat dan Tingkatan lima dengan purata peratus kehadiran sebanyak 82 peratus. 2.5 Pengetua mengemukakan data penurunan peratus kehadiran secara terperinci dari Tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan lima. 2.6 Pengetua menyeru ibu bapa supaya menerangkan anak-anak peri pentingnya pendidikan dalam kehidupan mereka.
10 2.7 Pengetua memaklumkan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) akan memberikan anugerah kehadiran penuh dan kehadiran cemerlang kepada murid-murid yang memenuhi syarat. 2.8 Pengetua akan mengeluarkan Sijil Akuan Sekolah kepada murid-murid tingkatan lima yang memenuhi syarat iaitu kehadiran melebihi 90% dan tiada isu atau tindakan disiplin selama dua tahun. 2.9 Pengetua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa yang sanggup hadir menyumbangkan wang dan tenaga untuk membaiki prasarana dan kemudahan di kelas anak masing-masing. 2.10 Pengetua memohon maaf jika ibu bapa mendengar aduan daripada anak-anak berkaitan prasarana sekolah yang tidak kondusif. 2.11 Pihak sekolah ingin meminta tambahan sumbangan bagi membaiki prasarana sekolah yang uzur dan rosak. 2.12 Pengetua menekankan kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. 2.13 Pengetua berharap barisan AJK yang akan dipilih pada kali ini akan meneruskan perancangan yang dibuat pada tahun-tahun sebelum ini. 2.14 Pengetua berharap ibu bapa akan menyokong aktiviti sekolah demi kesejahteraan murid. 2.15 Pengetua merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Selayang Bharu kali ke-49 tahun 2023. Tindakan : Makluman 3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-48 3.1 Pn. Qistina binti Mohd Jais (Penolong Setiausaha PIBG) membentangkan Minit Mesyuarat Kali ke-48 (rujuk halaman 8 hingga 20) Tindakan : Makluman 4.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke -48 4.1 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-48 dicadang untuk disahkan oleh Dato’ Mohd Alias bin Hamzah dan disokong oleh Puan Zaiha binti Mat Nor. Tindakan: Makluman 5.0 Pembentangan dan Penyata Tahunan/ Laporan Aktiviti 5.1 Pn. Qistina binti Mohd Jais (Penolong Setiausaha PIBG) membentangkan Laporan Tahunan bagi sesi 2022/2023 (rujuk halaman 28 hingga 30). 5.2 Penolong Setiausaha PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sama dalam menyumbang tenaga dan masa bagi membantu aktiviti sekolah. Tindakan: Makluman
11 6.0 Pengesahan Penyata Tahunan/ Laporan Aktiviti 6.1 Penyata Tahunan dicadang untuk disahkan oleh Encik Abd Rauff bin Hisham dan disokong oleh Puan Zaiha binti Mat Nor. Tindakan: Makluman 7.0 Pembentangan Laporan Kewangan 7.1 Puan Adeline Banan (Bendahari PIBG) membentangkan Laporan Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 (rujuk halaman 31 hingga 33). 7.2 Bendahari PIBG membentangkan penyata penerimaan dan pembayaran bagi bulan berakhir 30 April 2023. Tindakan: Makluman 8.0 Pengesahan Laporan Kewangan 8.1 Laporan Kewangan dicadang untuk disahkan oleh Encik Imran bin Shamsudin dan disokong oleh Puan Hayati binti Abd Wahab. Tindakan: Makluman 9.0 Perkara Berbangkit 9.1 Tiada 10.0 Penyampaian Penghargaan Kepada AJK PIBG SMKSB Sesi 2022/2023 10.1 Pengerusi menjemput semua hadirin menyaksikan penyampaian penghargaan kepada barisan AJK PIBG SMK Selayang Bharu sesi 2022/2023. Tindakan: Makluman 11.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 dan Pelantikan Pengerusi Sementara 11.1 Pengerusi mengumumkan secara rasminya pembubaran barisan AJK PIBG SMKSB Sesi 2022/2023 dan memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang sesi pengurusan yang lepas. 11.2 Dato’ Mohd Alias bin Hamzah dilantik sebagai Pengerusi Sementara untuk meneruskan mesyuarat. Tindakan: Makluman 12.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SMKSB Sesi 2023/2024 12.1 Pengerusi sementara memaklumkan bahawa pemilihan pada hari ini adalah bertujuan untuk memilih penyandang jawatan YDP, NYDP, 7 orang AJK dalam kalangan ibu bapa dan seorang Pemeriksa Kira-Kira (ibu bapa). 12.2 Pengerusi sementara membacakan peraturan pemilihan calon dan undian serta menerangkan cara-cara untuk mengundi.
12 12.3 Encik Mohamad Sofyan bin Mohamad Dani mencadangkan Puan Norsalizah binti Mohd Noor sebagai calon YDP PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Puan Zaiha binti Mat Nor. 12.4 Encik Abd Rauff bin Hisham mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Puan Zaiton binti Apit. Oleh itu, Puan Norsalizah binti Mohd Noor dilantik sebagai YDP PIBG SMKSB sesi 2023/2024 menang tanpa bertanding atas persetujuan semua yang hadir. 12.5 Puan Fazlinda binti Fadzil mencadangkan Encik Kamaruddin bin Said sebagai calon NYDP PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Puan Siti Noorazwanee binti Abdul Rahman. 12.6 Encik Annathurai a/l Karuppan mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Puan Norlizawati. Encik Kamaruddin bin Said dilantik sebagai NYDP PIBG sesi 2023/2024 setelah menang tanpa bertanding atas persetujuan semua yang hadir. 12.7 Encik Mohd Fadzil bin Othman mencadangkan Puan Siti Sofia Hanim binti Abdullah sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Puan Zaiha binti Mat Nor. Puan Siti Sofia Hanim binti Abdullah dilantik sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dengan keputusan undian sebanyak 170 undian. 12.8 Puan Ruzaimah binti Mustafar mencadangkan Puan Zaiha binti Mat Nor sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Puan Nilamkesuma binti Abd Rahim. Puan Zaiha binti Mat Nor dilantik sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dengan keputusan undian sebanyak 155 undian. 12.9 Puan Normidah binti Tunggal mencadangkan Encik Vignesweren a/l Nadrajan sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Puan Nilamkesuma binti Abd Rahim. Encik Vignesweren a/l Nadrajan dilantik sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dengan keputusan undian sebanyak 142 undian. 12.10 Puan Qistina binti Mohd Jais mencadangkan Puan Zahela binti Zainun sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Puan Santhadewi. Puan Zahela binti Zainun dilantik sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dengan keputusan undian sebanyak 158 undian. 12.11 Encik Mohmad Fadly bin Noordin mencadangkan Encik Rudy bin Mohd Nasir sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Encik Annathurai a/l Karuppan. Encik Rudy bin Mohd Nasir dilantik sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dengan keputusan undian sebanyak 108 undian. 12.12 Puan Maryati binti Md Khalid mencadangkan Encik Abdu Rauff bin Hisham sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Encik Vignesweren a/l Nadrajan. Encik Abdu Rauff bin Hisham dilantik sebagai AJK Ibu Bapa sesi 2023/2024 dengan keputusan undian sebanyak 131 undian. 12.13 Keputusan bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SMKSB bagi sesi 2023/2024 selepas proses pembuangan undi adalah seperti berikut: Yang Dipertua : Puan Norsalizah binti Mohd Noor Naib Yang Dipertua : Encik Kamaruddin bin Said AJK (Ibu Bapa) : Puan Siti Sofea Hanim binti Abdullah : Puan Zaiha binti Mat Nor : Encik Vignesweren a/l Nadrajan
13 : Puan Zahela binti Zainun : Encik Abdul Rauff bin Hisham Pemeriksa Kira-Kira : Encik Rudy bin Mohd Nasir (Ibu Bapa) 12.14 Pengetua mengesahkan AJK Guru bagi PIBG SMKSB sesi 2023/2024 iaitu; Setiausaha : Puan Zulaida Binti Hasan Bendahari : Puan Adeline Banan AJK (Guru) : Puan Qistina binti Mohd Jais : Encik Mohamad Sofyan bin Mohamad Dani : Dato’ Mohd Alias bin Hamzah : Encik Mohd Fadzil Bin Othman : Encik A.Peter a/l Arokiasamy : Puan Asmi Aira binti Abdullah Pemeriksa Kira-Kira : Puan Nor Anida Binti Rathuan Tindakan: Makluman 13.0 Ucapan Pengetua Cemerlang /Penasihat PIBG SMKSB 13.1 Puan Pengetua Cemerlang mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang hadir dalam mesyuarat hari ini kerana telah melancarkan proses pencalonan dan pengundian bagi memilih jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024. 13.2 Puan Pengetua Cemerlang berharap agar semua berlapang dada dengan keputusan yang telah diperoleh. Ucapan tahniah dan syabas kepada semua AJK yang telah terpilih untuk menerajui sesi yang akan datang dan anggaplah ini sebagai suatu amanah dan mengucapkan sekalung penghargaan kepada mantan AJK Ibu Bapa bagi sesi 2022/2023. 13.3 Beliau menyuarakan keyakinan kepada mandat yang diberi dan mengucapkan selamat datang kepada semua barisan AJK ibu bapa dan AJK guru yang baharu. 13.4 Puan Pengetua Cemerlang memberi pesanan kepada pihak ibu bapa agar tidak ketinggalan untuk menyertai setiap pautan kumpulan di aplikasi telegram seterusnya sentiasa cakna dengan setiap makluman dan aktiviti sekolah melalui aplikasi tersebut. Tindakan: AJK PIBG Sesi 2023/2024 14.0 Ucapan YDP PIBG Sesi 2022/2023 14.1 YDP PIBG memberi ucapan alu-aluan dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk sama-sama menghadirkan diri dalam mesyuarat Agung tahunan PIBG SMK Selayang Bharu bagi tahun 2023 ini dengan jayanya.
14 14.2 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui kepimpinan PIBG SMK Selayang Bharu bagi sesi 2023/2024. Beliau memaklumkan bahawa jawatan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang berat perlu dipikul bukan sahaja oleh dirinya tetapi secara bersama dengan pihak pengurusan sekolah dan juga barisan AJK yang telah dilantik. 14.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua barisan AJK yang telah dilantik dan mengharapkan sokongan, dokongan agar apa jua yang diimpikan untuk dilaksanakan bagi menjamin kecemerlangan pendidikan di sekolah. 14.4 Beliau juga menyeru kepada pihak ibu bapa agar bersedia untuk melibatkan diri dan menyokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam era yang mencabar ini. 14.5 Beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ibu bapa dan guru kerana telah meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini. 14.6 Beliau menyeru sekali lagi atas bantuan dan kerjasama khususnya daripada pihak sekolah dan juga ibu bapa dalam menghadapi era mencabar ini, iaitu sistem pendidikan abad ke-21. Peranan dan penglibatan ibu bapa adalah amat penting dalam menjayakan apa jua program yang dijalankan di sekolah. 14.7 Beliau memaklumkan bahawa beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memimpin dan mengetuai PIBG dengan bantuan pihak sekolah dan AJK yang baru dilantik. 15.0 Pembentangan dan Pembahasan Usul BIL NAMA PENCADANG USUL YANG DITERIMA 15.1 En Kamarudin bin Said 1. Cadangan menambah sebanyak RM30.00 bagi tujuan penyelenggaraan prasarana. Usul disokong oleh Pn Sulochnavathy a/p Selvar Raja 15.2 Pn Ponitha A/P Subramaniam (Penolong Kanan Pentadbiran) 1. Kutipan RM100 setiap seorang murid Tingkatan 5 SPM 2023 untuk bayaran bahan dan ceramah untuk program-program peningkatan akademik untuk pencapaian sekurang-kurangnya layak mendapat sijil (LMS), lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dan mencapai sekurang-kurangnya 6A dalam keputusan SPM 2023. Anggaran pendapatan: 330 orang murid x RM 100 = RM 33,000 Kegunaan:
15 Bagi semua program akademik seperti bengkel, teknik menjawab, kelas tambahan secara bersemuka dan online dan lain-lain program peningkatan akademik . Program peningkatan akademik dijalankan mengikut tahap murid iaitu: i. Mutiara Bestari Ii . Mutiara Lestari Iii. Mutiara Aspirasi. Usul disokong oleh Pn Zaiton Binti Apit 2. Kutipan RM50 setiap orang murid Kelas Peralihan, Ting 1, Ting 2, Ting 3 Dan Ting 4 Kegunaan: Bahan-bahan bengkel dan bayaran penceramah untuk program-program peningkatan prestasi akademik dan membolehkan murid-murid menguasai tahap minima (MTM) sesi 2023/24. Respon Penolong Kanan Pentadbiran berkaitan pertanyaan tentang program Menguasai Tahap Minima (MTM) Program yang bersesuaian dirancang dan akan dijalankan bagi memastikan murid mampu mencapai sekurang-kurangnya minima Tahap 3 bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Usul disokong oleh Pn Rosmawati Binti Maklin 3. Kutipan tambahan juga akan dibuat jika program-program khas SPM diadakan ,contoh Perkampungan Ilmu bagi Tingkatan 5 diadakan di luar kawasan sekolah. Bayaran dikenakan mengikut keperluan semasa. Respon Pengetua Cemerlang Pihak sekolah telah merancang pelbagai program yang menarik dan memberi impak yang tinggi lebih-lebih lagi jika program tersebut dijalankan di luar sekolah. Walau bagaimanapun, di dalam mesyuarat ini, pihak sekolah mengambil pendekatan untuk memaklumkan perkara ini terlebih kepada para ibu bapa dan waris bagi mendapatkan persetujuan majoriti. Usul disokong oleh Pn Nila Kesuma Binti Abdul Rahim 15.3 Pn. Zunainun Binti Che Pa (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 1. Denda RM5/buku kepada murid Tingkatan 5 yang lewat memulangkan buku teks. (Penyelaras SPBT: Pn. Fazlinda bt. Fadzil). Usul disokong oleh Pn Norazima Binti Mohd Salleh 2. Unit HEM mencadangkan kutipan tambahan kepada muridmurid yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti khas.
16 Respon Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Murid-murid yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti khas seperti program motivasi, kem kepimpinan dan pelbagai program lain sangat memerlukan bayaran tambahan bagi membiayai kos pengangkutan dan bayaran sewa tempat program. Jumlah kutipan adalah bergantung kepada kos dan jenis program yang diadakan. Respon YDP PIBG sentiasa memberi sokongan dan dana disalurkan kepada aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Respon Pengetua Cemerlang Murid yang kurang berkemampuan boleh memaklumkan kepada guru yang terlibat jika ingin menyertai program yang dianjurkan dan akan dibantu oleh PIBG Usul disokong oleh Pn Norazima Binti Mohd Salleh 15.4 Pn. Roslaily binti Nasir (Penolong Kanan Kokurikulum) 1. Sumbangan majalah sekolah sebanyak RM15 untuk 1 keluarga diteruskan. Respon Pengetua Cemerlang Jika terdapat murid yang belum menerima majalah, murid diminta berhubung dengan guru kelas pada tahun berikut bagi mendapatkan majalah tersebut. Usul disokong oleh Pn Zaiton Binti Apit 2. Cadangan Perkhemahan Perdana Unit Uniform pada 26-28 Ogos di luar sekolah.Unit kokurikulum mencadangkan kutipan tambahan kepada murid-murid yang terlibat dengan aktivitiaktiviti khas. (Contoh perkhemahan perdana, kem kepimpinan, klinik sukan dan permainan). Usul disokong oleh Pn Nila Kesuma Binti Abdul Rahim 3. Markah Amalan Baik (SSDM) akan diberikan kepada murid sekiranya ibu bapa terlibat dan mengambil bahagian dengan program kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Respon Penolong Kanan Kokurikulum Pihak sekolah berbesar hati dan amat menggalakkan ibu bapa terlibat secara langsung dalam usaha untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa seperti menyediakan minuman dan sebagainya sewaktu aktiviti Merentas Desa dan lain-lain Respon Pengetua Cemerlang Pihak sekolah melihat kedinginan kehadiran ibu bapa dalam beberapa aktiviti sekolah yang telah dianjurkan. Jadi, langkah ini diambil bagi menggerakkan lagi KSIB dalam sama-sama membantu melancarkan program-program yang dianjurkan
17 kerana murid-murid akan lebih bersemangat jika waris hadir ke sekolah bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka. Penglibatan ibu bapa bukan sahaja diambil kira dari segi kehadiran ke sekolah tetapi pihak sekolah turut mengalualukan sumbangan dari aspek perkongsian idea, material dan sebagainya bagi melancarkan program sekolah. Tiada paksaan dalam kehadiran waris ke sekolah. Usul disokong oleh Pn Masniwati Binti Mohd Zin 15.5 Pn. Maryati Binti Md Khalid (Penolong Kanan Pendidikan Khas) 1. Kutipan sumbangan daripada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) PPKI SMK Selayang Bharu sebanyak RM20 setiap bulan diteruskan bagi sesi persekolahan 2023-2024. Pecahan penggunaan dana sumbangan bertujuan untuk program kemenjadian murid PPKI (RM15) dan (RM5) untuk keperluan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur di PPKI. Usul disokong oleh Pn Norlizawati Binti Mohmad Nor 15.6 En. Mohmad Fadly bin Noordin (Penolong Kanan Petang) 1. Mengadakan program-program mencari dana untuk membantu sekolah meningkatkan infrastuktur & kemudahan murid-murid. Respon YDP Pencaraian dana sangat diperlukan. Banyak infrastruktur dan kemudahan yang perlu dibaiki. YDP juga bersetuju dengan idea Encik Mahathir Bin Kaveettil Abdu yang menyarankan sekolah melakukan pementasan teater sempena kemerdekaan bagi menambahkan dana sekolah. Respon Pengetua Cemerlang Agenda utama yang diharapkan dan diberi penekanan oleh AJK PIBG yang baharu adalah untuk melaksanakan programprogram yang meningkatkan jumlah dana sekolah. Segala kutipan yang melibatkan kewangan, pihak sekolah ada mengeluarkan surat pemakluman kepada waris. Usul disokong oleh idea Encik Mahathir Bin Kaveettil Abdu 2. Menjadikan beberapa kawasan sekolah sebagai kawasan angkat PIBG. Usul disokong oleh Encik Mahathir Bin Kaveettil Abdu 3. Mewujudkan jawatankuasa dikalangan ibu bapa mengikut kelas. Respon YDP Cadangan yang bagus kerana jika timbul sebarang permasalahan boleh terus dirujuk kepada guru kelas tersebut. Ibu bapa diminta untuk menyertai kumpulan KSIB di aplikasi Telegram Respon Pengetua Cemerlang
18 Sumbangan idea dan material oleh ibu bapa sangat dialualukan. Dengan ini, hubungan baik antara guru kelas dan ibu bapa dapat diwujudkan. Wakil ibu bapa setiap kelas ini perlu sertai kumpulan KSIB di aplikasi Telegram Usul disokong oleh Pn Sithiramoly a/p Muniandy 15.7 Saro Gopalan (Sutheesan Al/ Perumal - 3 Cekal) 1. Mohon adakan subjek Moral masa waktu persekolahan. Subjek Moral kini dijalankan selepas waktu sekolah. Ini untuk memudahkan urusan pengangkutan anak-anak. Respon YDP Matapelajaran Moral diajar waktu persekolahan kecuali bagi murid menengah rendah (Tingkatan 1-3). 2 waktu akan diadakan aktiviti Moral di luar jadual waktu di bawah KSSM. Aktiviti moral selepas waktu persekolahan dijalankan selama 32 jam setahun, satu hari dalam seminggu. Murid Tingkatan 3 akan pulang lewat. Murid Tingkatan 1 dan 2 akan dating awal ke sekolah. 15.8 Tharani Loganathan (Navhinaash Thiyagu - 1 Ehsan) 1. Keselamatan murid semasa melintas jalan perlu pengawasan. Respon Pengetua Cemerlang Pengetua akan meminta bantuan dan ehsan pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan murid-murid melintas jalan. Murid juga diingatkan untuk berhati-hati ketika melintas jalan. 15.9 Wan Rozainie Binti Wan Muhamad (Ahmad ‘Aakif Mikhael - 1Ehsan) 1. Mencadangkan supaya subjek Bahasa Cina dibuka kepada bekas murid SJKC tanpa mengira latar belakang murid. Ini membolehkan mereka dapat menyambung pembelajaran Bahasa Cina di peringkat menengah supaya dapat melatih murid untuk memperbaiki kemahiran dalam membaca, menulis dan bertutur. Respon YDP Bahasa Cina dijadualkan sekali dengan Pendidikan Agama Islam. Semua murid Islam wajib mengambil mata pelajaran tersebut. Sekiranya murid ingin mengikuti kelas Bahasa Cina, ibu bapa boleh berjumpa Guru Mata Pelajaran Bahasa Cina. 15.10 Norida (Nurul Aul’ya - 2 Falah Mohd Amirul Iman - 1 Amanah) 1. Pintu pagar 3 seharusnya dibuka pada waktu puncak iaitu pada pukul 12 tengah hari untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Respon YDP Pagar 3 tidak boleh dibuka untuk kegunaan murid petang (12.00 tengah hari) kerana ini merupakan laluan khas pulang murid sesi pagi (1.05 tengah hari). Sekiranya pagar tersebut dibuka, dikhuatiri berlaku kes ponteng murid sesi pagi dan petang. Pagar ditutup bagi memudahkan pemantauan. 2. Ramai murid melepak di hadapan sekolah selepas waktu persekolahan. Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas.
19 Respon YDP Di luar kuasa pihak sekolah. 15.11 Rosmawati Binti Maklin (Wan Muhammad Isyraf B. Wan Mohd Shaker -1 Amanah) 1. Buku tulis saiz kecil / garis satu f5. Beli kuantiti 20 pcs, tapi sehingga kini tak digunakan. Kuantiti telah ditetapkan semasa membeli di kedai buku untuk Tingkatan 1 (buku Tingkatan 1 sudah siap dibungkus), agak membazir jika tidak digunakan. Guru-guru mata pelajaran lebih banyak menggunakan buku latihan bersaiz A4. Jika ianya tidak begitu digunakan, sebaiknya pihak Kedai Buku tidak menetapkan kuantiti sebanyak itu, untuk ibu bapa membelinya terutama ibu bapa Tingkatan 1 yang tiada pengalaman anak bersekolah di SMK Selayang Bharu. Respon YDP Pihak sekolah akan mengambil berat isu ini dan pihak sekolah akan berbincang dengan Guru Mata Pelajaran tentang keperluan buku latihan bersaiz kecil dan besar. 15.12 Shamsul Bin Fathil (Akmal Zulfakar - 2 KAA) 1. Mohon adakan locker untuk menyimpan buku di dalam kelas. Respon YDP Diharapkan inisiatif dan sumbangan ibu bapa kelas tersebut untuk adakan locker kerana kapisiti murid yang ramai. Respon Pengetua Cemerlang Kos yang sangat besar diperlukan jika pihak sekolah ingin meletakkan locker di setiap kelas dan memerlukan dana yang besar daripada PIBG. Cadangan locker yang disediakan dikhaskan bagi murid yang berada di sekolah bagi tempoh yang agak lama seperti murid kelas KAA. Jika locker disediakan, locker tersebut akan disewakan dengan kadar bayaran tertentu kepada murid yang berminat untuk menggunakannya. 15.13 Marina Binti Hamzah (Muhammad Umair - 2 Amanah) 1. Loceng masa perlu diwujudkan. Respon YDP Sistem pendawaian perlu dibaiki dan ianya memerlukan dana yang tinggi dan juga perlu penambahan loceng lagi di blok baharu. 16.0 Hal-hal lain 16.1 Tiada 17.0 Penangguhan Mesyuarat Agung
20 17.1 YDP PIBG mengucapkan tahniah atas pelantikan baharu AJK PIBG SMK Selayang Bharu Sesi 2023/2024 dan mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada semua. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ditangguh pada jam 12.55 tengahari. Disediakan oleh, Disemak oleh, (ZULAIDA BINTI HASAN) Setiausa PIBG Sesi 2023/2024 SMK Selayang Bharu (NORSALIZAH BINTI MOHD NOR) Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024 SMK Selayang Bharu
21 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2023/2024 SMK SELAYANG BHARU Penasihat : PUAN SITI A’IDA BINTI JONED Yang DiPertua : PN. NORSALIZAH BINTI MOHD NOOR Naib Yang DiPertua : EN. KAMARUDDIN BIN SAID Setiausaha : PN. ZULAIDA BINTI HASAN Penolong Setiausaha : PN. QISTINA BINTI MOHD JAIS Bendahari : PN. ADELINE BANAN Penolong Bendahari : EN. MOHAMAD SOFYAN BIN MOHAMAD DANI Ahli Jawatankuasa Ibu bapa : 1. PN. SITI SOFEA HANIM BINTI ABDULLAH 2. PN. ZAIHA BINTI MAT NOR 3. PN. ZAHELA BINTI ZAINUN 4. EN. VIGNESWERAN NADARAJAN 5. EN. ABD RAUFF HISYAM Ahli Jawatankuasa Guru : 1. DATO’ MOHD ALIAS BIN HAMZAH 2. EN. A. PETER A/L AROKIASAMY 3. EN. MOHD FADZIL BIN OTHMAN 4. PN ASMI AIRA BINTI ABDULLAH Pemeriksa Kira-kira (Ibu Bapa) : EN. RUDY BIN MOHD NASIR Pemeriksa Kira-kira (Guru) : PN. NOR ANIDA BINTI RATHUAN
22 MAKLUMAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2023/2024 SMK SELAYANG BHARU NAMA JAWATAN DALAM PIBG PEKERJAAN NAMA ANAK/KELAS SITI A’IDA BINTI JONED PENASIHAT PENGETUA TIADA NORSALIZAH BINTI MOHD NOOR YANG DIPERTUA SETIAUSAHA EKSEKUTIF TIADA KAMARUDDIN BIN SAID NAIB YANG DIPERTUA TECHNICAL TURBO MACHINERY ROVING GANG SUPERVISOR TIADA ZULAIDA BINTI HASAN SETIAUSAHA GURU TIADA ADELINE BANAN BENDAHARI GURU TIADA ZAHELA BINTI ZAINUN AJK IBU BAPA KERANI JKR WPKL SHARIFAH ALYAA HAYANI BINTI SYED ABDULLAH (5 DAIE) ZAIHA BINTI MAT NOR AJK IBU BAPA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT NUR RHAUDAH MAT ALI (5 ALFA) SITI SOFEA HANIM BINTI ABDULLAH AJK IBU BAPA JURURAWAT PERIBADI NORSYAZLINA AREANA BINTI MOHD RAPIZA (PPKI) ABD RAUFF HISYAM AJK IBU BAPA PEKERJA SWASTA DANIA NURSAFIYA (4 EKUITI) VIGNESWERAN NADARAJAN AJK IBU BAPA PEGAWAI INSURANS PRITHIVIRAAJ (4 KREATIF) MOHAMAD SOFYAN BIN MOHAMAD DANI AJK GURU GURU TIADA MOHD ALIAS BIN HAMZAH AJK GURU GURU TIADA A. PETER A/L AROKIASAMY AJK GURU GURU TIADA MOHD FADZIL BIN OTHMAN AJK GURU GURU TIADA QISTINA BINTI MOHD JAIS AJK GURU GURU TIADA ASMI AIRA BINTI ABDULLAH AJK GURU GURU TIADA RUDY BIN MOHD NASIR PEMERIKSA KIRAKIRA (IBU BAPA) PEGAWAI BANK QAYRA IMAN AMANI (4 ALFA) NOR ANIDA BINTI RATHUAN PEMERIKSA KIRAKIRA (GURU) GURU TIADA
23 KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KE MESYUARAT PIBG SESI 2023/2024 SMK SELAYANG BHARU / : HADIR CB : CUTI BERSALIN CS : CUTI SAKIT X : TIDAK HADIR HK : HAL KELUARGA UK : URUSAN KERJA B : BERSARA NAMA TARIKH 08.07.23 07.12.23 30.12.23 28.02.24 23.04.24 JUMLAH PUAN SITI A’IDA BINTI JONED (PENGETUA CEMERLANG) / / / / / 5/5 PUAN NORSALIZAH BINTI MOHD NOOR / / / / / 5/5 ENCIK KAMARUDDIN BIN SAID UK UK / / X 2/5 PUAN ZULAIDA BINTI HASAN / / CB CB / 3/5 PUAN ADELINE BANAN / / / / / 5/5 ENCIK MOHAMAD SOFYAN BIN MOHAMAD DANI / / / / X 4/5 ENCIK PETER A/L AROKIASAMY HK / / / / 4/5 PUAN QISTINA BINTI MOHD JAIS / / / / / 5/5 ENCIK MOHD FADZIL BIN OTHMAN / / / / X 4/5 DATO’ MOHD ALIAS BIN HAMZAH / / / HK B 3/5 PN ASMI AIRA BT ABDULLAH HK / / HK / 3/5 PUAN NOR ZAHELA BINTI ZAINON HK / / / X 3/5 PUAN ZAIHA BINTI MAT NOR / / X / / 4/5 SITI SOFEA HANIM BINTI ABDULLAH / / / / / 5/5 VIGNESWERAN NADARAJAN / HK / / / 4/5 ENCIK ABD RAUFF HISYAM / / / HK X 3/5
24 LAPORAN AKTIVITI PIBG SMK SELAYANG BHARU SESI 2023/2024 BIL AKTIVITI TARIKH 1. MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 08.07.2023 2. MESYUARAT AJK KALI KEDUA 07.12.2023 3. MESYUARAT AJK KALI KETIGA 30.12.2023 4. MESYUARAT AJK KALI KEEMPAT 28.02.2024 5 MESYUARAT AJK KALI KELIMA 23.04.2024 MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA (8 JULAI 2023) BIL PERKARA DEBIT (RM) KREDIT (RM) 1. Sumb. Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Aliran Agama RM 345 .00 2. Sumb. Hamper dan Tag Nama Ketua Kelas RM 670.00 3 Sumb. Program Precious Time RM 140.00 4 Sumb. Hadiah Hari Guru RM 3,000.00 5 Sumb. Majlis Anugerah Cemerlang RM 5,550.00 6 Sumb. Pengangkutan ke Charm Of Leadership RM 400.00 7 Sumb. Empire Canopy (Kanopi Arabian dan Gutter) RM 2,700.00 8 Sumb. Lawatan Sambil Belajar PPKI RM 1, 000.00 9 Sumb. Sewaan Coway (3unit) RM 336.00 JUMLAH RM 14,141.00 MESYUARAT AJK PIBG KALI KEDUA (7 DISEMBER 2023) BIL PERKARA DEBIT (RM) KREDIT (RM) 1. Sumb. Sewaan Coway (3unit) RM 336.00 2. Sumb. Pengangkutan (Panitia Bhs Tamil) RM 175.00 3. Sumb. Yuran Penyertaan UKP Sarjan KRS RM 420.00 4. Sumb. Majlis Anugerah Permana Citra RM 3,360.00 5. Sumb. Pengangkutan Ke Jab. P'akauanan UiTM RM 500.00 6. Sumb. Makan Minum Calon SPM RM 5,446.00 7. Sumb. Sewaan Coway (3 unit) RM336.00 8 Sumb. Pemasangan CCTV RM 780.00
25 9 Sumb. Majlis Graduasi RM 1,200.00 10 Sumb. Lawatan Sambil Belajar ke P.Pinang RM 1,000.00 11 Sumb. Penginapan Murid Techlympics RM 500.00 12 Sumb. Yuran Penyertaan Karnival Bahasa Tamil RM 100.00 13 Sumb. Selenggara Tandas Perempuan Blok H RM 990.00 JUMLAH RM 15,143.00 MESYUARAT AJK PIBG KALI KETIGA (30 DISEMBER 2023) BIL PERKARA DEBIT (RM) KREDIT (RM) 1 Sumb Program Bahasa Tamil - Van RM230.00 2 Sumb. Makan Minum Calon SPM 2023 RM2,625.00 3 Sumb. Kejohanan Bola Baling RM1,432.00 4 Sumb. Majlis Sentuhan Kasih PPKI RM1,500.00 5 Sumb. Kerja Selenggara Jalan Tar Dalam Sekolah RM2,800.00 6 Sumb. Kerja Selenggara Tandas Lelaki Blok D RM790.00 7 Sumb. Langsir Kelas RM1,000.00 8 Sumb. Meja Kerusi Kantin RM2,000.00 9 Sewaan Penapis Coway (3 unit) Jan - Feb RM 672.00 JUMLAH RM 13,049.00 MESYUARAT AJK PIBG KALI KEEMPAT (28 FEBRUARI 2024) BIL PERKARA DEBIT (RM) KREDIT (RM) 1. Sumb. Guru Berpindah (4 orang) RM 1,200.00 2 Sumb. Guru Bersara (1 orang) RM 500.00 3 Sewaan Penapis Coway (3 unit) RM336.00 4 Sumb. Fogging RM870.00 5 Sumb. Pembangunan Sofbol RM3,000.00 6 Sumb . Program Amalan Guru Penyayang RM1,570.00 7 Sumb. Karnival Info dan Kerjaya - Bas RM400.00 8 Sumb. Kerja Selenggara Tandas Blok B RM920.00.00 9 Sumb. Kerja Selenggara Tandas Sekolah RM2,500.00 10 Sumb. Makan Minum Murid Hari Orientasi T1 2024 RM900.00 JUMLAH RM 12,196.00
26 PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 SMK SELAYANG BHARU
27
28
29
30
31
32
33 SENARAI AHLIJAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2024/2025 SMK SELAYANG BHARU PENASIHAT : PUAN SITI A’IDA BINTI JONED YANG DIPERTUA : NAIB YANG DIPERTUA : SETIAUSAHA : DR. HASNOR IZZATI BT CHE RAZALI BENDAHARI : PUAN ADELINE BANAN AJK (IBU BAPA) : : : : : AJK (GURU) : PUAN NURUL ESHAN BT MOHD ZAIN : PUAN NORMIDAH BT TUNGGAL : PUAN NUR IZZATI BT ZUBER : PUAN VANITHA A/P SUBRAMANIAM : ENCIK MOHD ZAHIER BIN OTHMAN : PUAN NUR SYAMIMI BT HUSSAIN PEMERIKSA KIRA-KIRA (IBU BAPA) : PEMERIKSA KIRA-KIRA (GURU) : PUAN NOR ANIDA BINTI RATHUAN
34 SENARAI USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KE-50 NAMA PENCADANG USUL YANG DITERIMA Ponitha A/P Subramaniam (Penolong Kanan Pentadbiran) 1. Kutipan RM100 setiap seorang murid Tingkatan 5 SPM 2024 untuk bayaran bahan dan ceramah bagi program-program Peningkatan Akademik untuk pencapaian sekurangkurangnya Layak Mendapat Sijil (LMS), lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dan mencapai sekurang-kurangnya 6A dalam keputusan SPM 2024. Anggaran pendapatan: 385 orang murid x RM 100 = RM 38,500. Kegunaan: Bagi semua program akademik seperti bengkel, teknik menjawab, kelas tambahan secara bersemuka dan online dan lain-lain program peningkatan akademik. Program peningkatan akademik dijalankan mengikut tahap murid iaitu: I. Mutiara Bestari II. Mutiara Lestari III. Mutiara Aspirasi. 2. Kutipan RM50 setiap orang murid Kelas Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Kegunaan: Bahan -bahan bengkel dan bayaran penceramah untuk program-program peningkatan prestasi akademik dan membolehkan murid-murid menguasai tahap minima (MTM) sesi 2024/2025. 3. Kutipan tambahan juga akan dibuat jika program-program khas SPM diadakan, contoh Perkampungan Ilmu bagi Tingkatan 5 yang akan diadakan di luar kawasan sekolah. Bayaran dikenakan mengikut keperluan semasa. Puan Zunainun Binti Che Pa (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 1. Mengenakan denda sebanyak RM5 kepada setiap kelas yang kotor. Puan Roslaily Binti Nasir (Penolong Kanan Kokurikulum) 1. Sumbangan E-majalah sekolah sebanyak RM5 untuk 1 keluarga. 2. Cadangan Perkhemahan Perdana Unit Uniform pada 27-28 Julai di Ulu Yam. Unit Kokurikulum mencadangkan kutipan RM140 seorang untuk murid yang terlibat dengan Perkhemahan Perdana tersebut bagi menampung kos tambahan seperti makanan, peralatan, pengangkutan dan tempat tinggal. 3. Penglibatan ibu bapa dalam Kejohanan Merentas Desa, Sukan Tahunan, Karnival Kokurikulum dan lain-lain aktiviti kokurikulum amat diperlukan untuk mewujudkan sarana ibu bapa. Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah dalam pengurusan makanan dan minuman murid.
35 4. Kutipan RM20 untuk Kem Kepimpinan SEBAR pada 11 Mei 2024 untuk menampung sebahagiann kos makan dan minum. 5. Sempena Kejohanan Sukan Tahunan (KOT) pada 16 Mei di Stadium MPS, guru kelas akan membuat kutipan RM5-RM10 (bergantung kepada jenis makanan) untuk tempahan makanan dan minuman murid memandangkan di stadium penjualan makanan amat terhad. 6. Memohon sumbangan PIBG untuk menampung kekurangan kos aktiviti Kokurikulum seperti Merentas Desa, Kejohanan Olahraga dan Kejohanan MSSD, MSSS dan lain-lain aktiviti kokurikulum untuk kemenjadian murid. Puan Maryati Binti Md Khalid (Penolong Kanan Pendidikan Khas) 1. Kutipan bayaran dicadangkan untuk penglibatan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bagi menyokong pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) melibatkan beberapa Ebai pentaksiran di luar bilik darjah yang telah dirancang dan ditakwimkan. Berikut pelaksanaan Ebai yang dicadangkan: Bil. Perkara Tarikh Perlaksanaan Anggaran Perbelanjaan Per Murid (RM) 1. EBAI:17 Pengangkutan Awam 2 Mei 2024 20.00 2. EBAI 5: Boling 10 Jun 2024 20.00 3. EBAI 16: Mobiliti Pasar Raya 24 Jun 2024 20.00 4. EBAI 37: Memancing 22 Julai 2024 20.00 5. EBAI 2: Jamuan Majlis Santunan Kasih 14 September 2024 50.00 6. EBAI 12: Lawatan Sambil Belajar (3 hari 2 malam) 16 Oktober 2024 150.00 JUMLAH (MURID YANG TERLIBAT) 280.00 Ishak Ibrahim (Nur Aleesya Safiyah – 1F) Pintu pagar bagi laluan balik murid-murid harus terus dibuka bagi memudahkan urusan ibu bapa untuk mengambil anak-anak dari sekolah. Respon: Akan dimaklumkan kepada pengawal keselamatan sekolah.
36 Mallikah Gunesekaran (Jeevabarathi A/L Thiagarajan – 4 Kapital) Terdapat beberapa tandas murid perempuan pintu tiada kunci, paip rosak, ada juga yang tiada pintu. Diharapkan pihak sekolah dapat baiki dengan kadar segera. Respon: Telah dibaiki masa ke masa dan peruntukan naik taraf tandas telah dibuat tetapi tandas sentiasa rosak kerana sikap murid yang tidak bertanggungjawab. Anizan Binti Ab Rahman (Nur Farisya Dania Binti Mohd Faizal – 2G) Mohon pihak sekolah pertimbangkan agar aktiviti sukan di sekolah ditangguhkan dahulu buat sementara waktu memandangkan keadaan cuaca sekarang tidak mengizinkan untuk murid2 terdedah dengan cuaca panas sekarang ini yang boleh menjejaskan kesihatan Respon: Merujuk kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 tahun 2023, menerangkan tentang garis panduan perlaksanaan aktiviti luar Institusi pendidikan bawah KPM semasa cuaca panas. KPM menetapkan bahawa aktiviti luar bilik darjah boleh dilaksanakan dalam keadaan suhu kurang daripada 35c tetapi dengan langkah kawalan dan tahap berjaga-jaga. Pihak sekolah sentiasa merujuk MET Malaysia ,mengingatkan murid untuk membawa dan minum air secukupnya. Keselamatan dan kebajikan murid diutamakan. Norashikin Basri (Nur Syamimi Mohd ishak – 1C) Keceriaan kelas Respon: Bergantung pada kelas dan guru kelas masing-masing. Kerjasama dari ibu bapa dari segi sumbangan amat dialukan.Pertandingan Kelasku Ceria juga telah dilancarkan untuk sepanjang tahun bermula 1.4.2024 Leela Thanapal (Deepeish A/L Murugan – 1A) Mempertimbangkan untuk murid menyimpan buku teks di dalam kelas. Contoh, menyediakan kabinet buku ikut nama pelajar di belakang kelas ataupun mengurangkan nombor matapelajaran yang diajar dalam sehari. Beg sekolah terlampau berat. Respon: Buku teks tidak dibenarkan disimpan di dalam kelas kerana berkongsi kelas dengan murid pagi. Penyediaan kabinet menggunakan kos yang agak tinggi. Rozezan Rahim (Nur Dania Afrina Mohd Lazim – 1B) Latih tubi untuk anak-anak setiap bulan. Mengurangkan aktiviti kokurikulum dan sukan setiap minggu. Membenarkan anak-anak fokus akademik kerana pembelajaran anak terlalu merosot. Respon: Latihan (kerja rumah) telah diberi kepada murid setiap minggu. Aktiviti kokurikulum sudah ada ketetapan iaitu 12 kali perjumpaan setahun.
37 Abdul Ghafar Sayuti (Myra Elyana Binti Abdul Ghafar – 2B) Mencadangkan untuk mewujudkan pasukan futsal remaja perempuan. Respon: Akan dipertimbangkan mengikut keperluan. Siti Sofea Hanim Binti Abdullah (Norsyazlina Arena Binti Mohd Rapiza - 2 Camelia) Sumbangan daripada badan Permuafakatan Ibu bapa dan Guru PPKI (BPIBG) sebanyak RM20 diteruskan bagi sesi 2024/2025 untuk membantu menampung kos program yang akan dijalankan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Pembahagian keperluan daripada sumbangan yang dicadangkan ialah RM15 untuk pelaksanaan program dan RM5 untuk penyelenggaraan di bangunan PPKI. Respon: Setuju Tariq Bin Zainol Rashid (Nur Thifal Aafiya Binti Tariq – 1KAA) Isu kantin - Anak (termasuk rakan-rakan lain) mengadu sukar untuk membeli makanan disebabkan terlalu ramai yang beratur. Sesak dan sempit untuk membeli. Mereka hanya membeli makanan ringan di Koperasi Sekolah sejak bermula sesi persekolahan. Respon: Akan dipantau dan diperhalusi isu kantin.Telah berbincang dengan pengusaha kantin masa ke masa. Noor Farhana Binti Majdi (Nurin Qistina Binti Mohd Rahmat – 1H) Permudahkan murid untuk mendapatkan baju sukan dan keperluan sekolah dari koperasi. Respon: Tempahan baju dan seluar sukan adalah melalui guru tingkatan bagi murid tingkatan 1 iaitu semasa orentasi. Tingkatan lain boleh membeli terus di koperasi sekolah Muhamad Akmal Bin A. Karim (Aina Maheera Binti Muhamad Akmal – 1 Jasmine) Wujudkan drop off berbumbung bagi anak-anak berkerusi roda atau menggunakan walker. Respon: Kertas Cadangan Usul telah dijalankan sejak tahun 2021. Syed Bahari Ramadzan Bin Syed Adnan (Syarifah Aneesa binti Syed Bahari Ramadzan – 1KAA) Kelas tambahan. Respon: Akan dilaksanakan dari masa ke semasa secara bersemuka atau online. Effendi Bin Jaafar (Putri Salwa Aninda Binti Effendi – 1H) Perbaharui kipas di kelas. Respon: Memerlukan kos yang tinggi untuk menggantikan yang baru. Hanya yang tidak berfungsi yang dapat diganti buat masa ini.
38 Suguna Subramaniam (Tanujaa Shri Suresh – 2A) Makanan kantin terlalu mahal Respon: Telah dimaklumkan dan dibincangkan bersama pengusaha kantin. Sabariah Binti Yahya (Nuraini Ashnisa Adawiyah Binti Abdul Hakim – 5 DAI’) Kelas tambahan untuk murid Tingkatan 5 Respon: Akan dilaksanakan dari masa ke semasa secara bersemuka atau online.
39 LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN AHLI MAT PIBG KALI KE- 49 TAHUN 2023
40