The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1289-24-bonia, 2021-11-08 04:03:51

BONIA DONA GKEB1072 TUGASAN 2

BONIA DONA GKEB1072 TUGASAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PPISMP

-KERJA KURSUS-

KURSUS: KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS: GKEB1072

KANDUNGAN: i.
ii.
Bahagian A: Penghasilan Produk
Bahagian B: Penulisan Akademik

Markah: Nama Guru Pelatih : BONIA DONA MORERA MELECIO
KRITERIA No. Kad Matrik : P21074344
Kumpulan : PPISMP BMSK4
Pemeriksa 1 Ambilan : JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Pemeriksa 2 Semester/Sesi : 1 September 2021
No. Telefon Bimbit : 0146561847
Alamat E-mel : [email protected]

Nama Pensyarah Kursus : Pn. Jaslinah Makantal

40% 40% Jumlah
Penghasilan Produk Penulisan (80 %)
Akademik

A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat
didalamnya.Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.

Tandatangan pelajar: Tarikh: 8/11/2021

B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)

GKEB1072

KEMAHIRAN
BERFIKIR

TUGASAN 2

Bonia Dona Morera Melecio
PPISMP BM SK 4

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah
dan kurniaNya dapat saya menyiapkan
kerja kursus Kemahiran Belajar tugasan dua
(GKEB1072). Ucapan khusus ditujukan
kepada Puan Jaslinah Makantan, yang tidak
jemu memberi tunjuk ajar serta
memberikan sokongan kepada kerja-kerja
penyemakan hasil kerja kursus ini. Di
kesempatan ini, saya juga ingin
merakamkan penghargaan kepada semua
pihak iaitu ibu bapa dan rakan sekelas yang
telah memberi bimbingan dan dorongan
atas penyiapan kerja kursus ini secara
langsung mahupun tidak langsung.

Kandungan

1
1.0 Pengenalan

2.0 Kepentingan kemahiran 2-3
berfikir
3.0 Justifikasi pemilihan alat 4
berfikir 5
4.0 Pemilihan alat berfikir 6
5.0 Penutup 7
6.0 Rujukan

1.0 Pengenalan
kemahiran berfikir

Menurut kamus dewan, berfikir mendefinisikan sesuatu yang
menggunakan akal dan bekerja dengan otak untuk
menyelesaikan atau membuat sesuatu keputusan. Kemahiran
berfikir merupakan salah satu teknik yang efisien untuk
meningkatkan lagi kemahiran belajar seseorang, iaitu
instrumen yang membantu kita berfikir dan mengurus proses
pemikiran dari aspek visual dan terkawal. Kemahiran berfikir ini
sangat digalakkan terutama sekali kepada generasi di abad
ke-21 ini. Selain itu, alat kemahiran berfikir ini berupaya
membantu kita berfikir secara mendalam dan berkesan
mengenai pelbagai elemen. Faktor kegagalan biasanya berlaku
dengan individu yang masih belum mahir tentang strategi-
strategi yang sistematik. Terdapat beberapa alat berfikir
dalam kemahiran berfikir antaranya peta minda.

1

2.0 KEPENTINGAN
KEMAHIRAN BERFIKIR

Penguasaan kemahiran berfikir yang sistematik dan baik
memberikan impak yang berfaedah kepada individu
terutama sekali semasa kuliah. Ia dapat membantu
seseorang menggunakan akal dan mindanya dengan
lebih bijak dan berkesan. Pemikiran yang strategik,
tersusun, luas, jelas membolehkan kita tidak terlalu
terburu-buru untuk menyelesaikan sesuatu. Alat ini
membantu setiap individu apabila akal kita sedang
menghadapi situasi yang menggunakan pemikiran
secara kritis dan kreatif. Bukan itu sahaja, kemahiran
berfikir juga dapat disimpulkan sebagai tujuan kita
menggunakan minda sama ada untuk mencari makna
dengan lebih mendalam, memahami sesuatu dengan
lebih jelas atau befikir secara waras.






2

Walau bagaimanapun, setiap jenis kemahiran berfikir ini
mempunyai tujuannya yang tersendiri. Contohnya
pemikiran lateral, ia membantu dalam penyelesaian
masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan
secara logik atau tradisional serta untuk mencari jalan
terpantas dan lebih berkesan untuk menyelesaikan
masalah yang menepati kriteria yang dikehendaki.
Pemikiran kritis pula untuk membantu mengkaji situasi,
fenomena, dan persoalan untuk menghasilkan rumusan
yang merangkumi semua maklumat yang ada.
Seterusnya pemikiran kreatif. Pemikiran ini dapat
mengembangkan idea atau mencipta idea, hasil,
metafora, analogi dan definisi ataupun mereka-cipta
sesuatu yang baru. Akhir sekali pemikiran reflektif. Satu
cara pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah
secara peringkat, kritis, kreatif, imbas kembali
pengalaman yang berkaitan dan penilaian terhadap
kemungkinan penyelesaian atau refleksi.




3

3.0 Justikasi alat
kemahiran berfikir

Alat berfikir yang saya pilih ialah peta minda. Menurut
Bletsas (2011), peta minda berperanan untuk membantu kita
semasa mengorganisasi maklumat dengan berstruktur,
memahami, mensintesis, ingat kembali dan membantu
menghasilkan idea-idea bernas yang baru dengan mudah.
Dengan perkataan lain, melalui penggunaan peta minda
dapat membantu otak kita untuk berfungsi dengan cepat
dan pantas. Penggunaan peta minda juga mengimbangkan
penggunaan otak kiri dan kanan kita, iaitu melalui dari segi
kita menggambar dan menganalisis nota-nota. Menurut
Tony Buzan (2006), kanak-kanak lebih suka akan benda
yang berwarna-warni dan melukis. Dengan itu, mereka akan
lebih gemar dan kerap melakukan peta minda kaya dengan
warna, simbol, gambar dan secara tidak langsung ini sudah
mempertingkatkan daya ingatan mereka. Justeru itu, peta
minda dapat membantu perkembangan kreativiti, memori
dan khususnya peringatan maklumat seseorang. Bukan itu
sahaja, peta minda juga dapat membantu kita untuk
mancatat nota dengan mudah dan ringkas. Sebagai contoh,
apabila guru sedang mengajar di kelas, kita tidak dapat
menulisnya semua dengan cepat dan lebih menjimatkan
masa dalam proses pembelajaran. Selain itu, ia dapat
membantu kita semasa dalam pembentangan mahupun
dalam merangka penulisan karangan. Hal ini dikatakan
demikian, semasa kita membentang kita hanya
memaparkan isi utama dan menghuraikan sendiri. Hal ini
juga sekaligus dapat menjana idea-idea baru semasa kita
membentang.

4

4.0 PEMILIHAN ALAT BERFIKIR

5

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, untuk mencapai aspirasi

melahirkan insan modal yang kreatif, inovatif dan

berintelektual, setiap individu haruslah menguasai

teknik-teknik kemahiran berfikir melalui peta

minda agar dapat menkonsepsi, membuat

keputusan atau menyelesaikan masalah dengan

rasional dan baik untuk menjulang

kecemerlangan. Guru harus bijak untuk

menggunakan kemahiran pemikiran agar dapat

membantu proses pembelajaran dengan berkesan.

Pemikiran yang kritis dan kreatif juga perlu guru

serapkan supaya dapat membantu murid-murid

mengembangkan bakat mereka secara holistik.

6

6.0 Rujukan

1. Bletsas, F. (2011). The importance of mind

maps. http://my-mind-maps.com/

2. Buzan,T. (2006). The mind map book: Full
colour illustrated edition. London: BBC
Active.

3. Kamus Dewan. Edisi keempat (2010), Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi
kedua (1987), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

5. Sim, W. L., & Sharaai, A. H. (2012).
Penggunaan Peta Minda Untuk
Meningkatkan Daya Mengingat dan Minat
Mengulang Kaji bagi Pelajar Tahun 4 dalam
Topik Pembiak Tumbuhan. Selangor:
Universiti Putra Malaysia.

7


Click to View FlipBook Version