The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dahlilawati, 2019-09-12 02:34:51

19.CARA PULIH KERJA ‘OCCUPATIONAL’

19.CARA PULIH KERJA ‘OCCUPATIONAL’

PN DAHLILAWATI AHMAD
NUR 2202

MENTAL HEALTH NURSING
KUIM

OBJEKTF PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pembelajaran pelatih dapat:
1.Definisikan cara pulih kerja
2.Nyatakan tujuan cara pulih kerja
3.Nyatakan jenis-jenis cara pulih kerja
4.Nyatakan faedah cara pulih kerja

CARA PULIH KERJA

•Ialah istilah yang digunakan dalam
membimbing seseorang pesakit ke
arah melakukan sesuatu aktiviti
tertentu.
•Aktiviti-aktiviti ini boleh
membantu menyembuhkan pesakit
dari penyakit atau kecederaan yang
dialaminya.

TUJUAN

1. Untuk membantu dalam penyembuhan
penyakit.

2. Untuk menilai pesakit dari segi
penyesuaian serta pergaulan sosial.

3. Untuk mengubah kelakuan pesakit dan
tabiat suka bekerja dan dapat
memenuhi masa lapangnya serta
mengelakkan kebosanan.

4. Untuk melatih kebolehan yang
sediada pada pesakit, supaya tidak
mundur dan kembalinya kepada cara
kehidupan dan pekerjaan semula cth:-
menaip, melukis, menulis, memasak,
kraftangan d.l.l

5. Untuk membina toleransi terhadap
kerja

6. Untuk mengalih perhatian pada
dirinya dan masalahnya seperti
khayalan, obsesif, hipokondriasis yang
menganggunya.

7. Untuk meningkatkan keyakinan
pesakit terhadap kebolehan diri
sendiri

8. Untuk mengelak pesakit dari
bergantung kepada hospital.

Jenis-jenis cara pulih
kerja

1. Aktiviti kehidupan harian.
Tujuan:
- untuk membantu pesakit
berdikari, mengajar pesakit
menjaga kebersihan diri.

2. Aktiviti-aktiviti pekerjaan.

Tujuan:
i. untuk melatih pesakit kemahiran
yang boleh digunakan dalam
ii. Ppeeskaekrijtaabno.leh menggunakan
kemahiran ini sebagai sumber
pendapatan kemudian, cth:
pertukangan kayu, jahitan
berkebun, menganyam

3. Aktiviti kesenian dan pertukangan.

Tujuan:
- memberi peluang kepada
pesakit untuk meluahkan
perasaan.
- membantu pesakit menghiburkan
dirinya dan menggunakan masanya
dengan lebih berfaedah.
cth. Kesenian : lukisan
Pertukangan: menganyam,
membuat bakul

4. Kerja wad.

Tujuan:
untuk melatih pesakit membuat
pekerjaan rumah apabila discaj.
Cth.Mencuci pinggan mangkok,
mengemas katil, sapu sampah, lap
lantai

Faedah cara pulih kerja:

1. Mengalakkan pergaulan sosial kerana
semasa bekerja secara berkumpulan
mereka terpaksa berinteraksi antara
satu sama lain

2. Penumpuan dalam aktiviti dan
interaksi akan menghalang dan alihkan
fikiran dari simtom hipokondriasis dan

hallucination.

3. Memberi peluang untuk mencungkil
kebolehan yang sedia ada pada pesakit

4. Latihan yang diberi semasa terapi
merupakan persediaan awal cara
untuk mencari nafkah apabila discaj

5. Memberi peluang untuk mencapai
kejayaan, memulih keyakinan
terhadap kebolehan diri sendiri
apabila berjaya

6. Memberi latihan gerak fizikal dan
membantu untuk pemulihan semula
setelah menjalani latihan kerja
pemulihan

7. Mengurangkan kebosanan dan dapat
bergaul dengan bebas

8. Terapist dapat menilai tabiat dan
kemahiran kerja pesakit serta
keadaannya

9. Memberi peluang kepada pesakit
untuk meluahkan perasaannya
melalui aktiviti yang diminatinya.

Panduan melaksanakan

aktiviti terapi pekerjaan

1. Ases ciri-ciri kelakuan yang perlu di
ubah. cth. suka merenung, kurang
tumpuan pada pekerjaan.

2. Ases kebolehan untuk bekerja. Ini
bergantung pada pengalaman dan
minat pesakit.

3. Galakkan pesakit memilih aktiviti
yang disukai atau pilih cara kerja
yang terdapat di hospital.

4. Lengkapkan bengkel dengan
peralatan dan berbagai aktiviti untuk
menarik perhatian dan minat pesakit
serta mengelakkan kebosanan

5. Aktiviti yang diberi dapat di
sempurnakan dalam masa yang
singkat dan boleh dicapai oleh
pesakit untuk memberi keyakinan
dan pesakit berpuas hati dengan
hasil kerjanya.

6. Tukar kepada aktiviti/pekerjaan
yang sukar secara beransur-ansur –

7. Berikan tugas yang boleh di siap
dalam masa yang singkat untuk
mengelak kebosanan

8. Beri kepujian apabila sesuatu aktiviti
atau kelakuan dapat dilaksanakan
dengan baik.


Click to View FlipBook Version