PN DAHLILAWATI AHMAD
KUIM
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir sesi pembelajaran pelatih dapat:
1. Definisi bidang kejururawatan psikiatri
2. Nyatakan peranan jururawat dalam
bidang psikiatri
Definisi Bidang Kejururawatan
Psikiatri:
- Satu bidang kejururawatan
khusus untuk membantu dalam
memelihara kesihatan mental
masyarakat.
- Kesihatan mental seseorang
dapat dikesan melalui
pemerhatian dan pengetahuan
teori yang berkisar tentang
kelakuan manusia.
Sifat Seorang Jururawat Psikiatri:
peramah
sikap tolak ansur atau toleransi
berperikemanusiaan
meminati bidang psikiatri
bertindak adil
beranggapan bebas/terbuka
dalam menilai dan menerima
pesakit dan memberi
pertolongan yang sesuai.
1. Sebagai Ibu Ganti
- Beri sokongan emosi dan kefahaman
kepada pesakit tentang keperluan
basik & fizikalnya.
i. Memastikan persekitaran
pesakit bersih dan cukup
pengudaraan
ii. Mengawas kebersihan diri pesakit dan
menetapkan bahawa ianya perlu menjaga
kebersihan dirinya
iii. Mengelak dari mendapat jangkitan
- cth; kutu
iv. Mengelak kecederaan
v. Menunjuk sikap empati dan
menghormati pesakit serta
menjaga maruahnya
vi. Mententeramkan jiwa pesakit
serta memberi bantuan emosi
2. Sebagai penasihat / kaunselor.
i. Mendengar segala aduan dan
bersikap terbuka dalam segala
hal.
ii. Mendengar segala luahan
pesakit dengan penuh minat
iii. Jangan sekali-kali membongkar
rahsia pesakit kepada orang lain
tanpa pengetahuannya.
iv. Seharusnya tidak menyokong
halusinasi dan delusi pesakit.
Cuba alihkan fikirannya kealam
realiti.
v. Menggalakkan pesakit
mencurahkan segala tekanan/
seksaan jiwanya yang terpendam
vi. Memberi pandangan dan dorongan
kepada pesakit supaya ia dapat
kesedaran tentang penyakitnya.
3. Sebagai agen pergaulan sosial
(sosializing agent).
Perlu berkongsi aktiviti- aktiviti
dengan pesakit dan ajar pesakit
bercampur gaul.
i. Memberi kerjasama dalam
segala aktiviti harian yang
diadakan di wad.
ii. Mengambil bahagian dalam
permainan di wad dan juga
di luar wad.
iii. Turut melibatkan diri dalam
perbincangan sesama ahli kumpulan
semasa terapi kumpulan dijalankan.
iv. Mengambil bahagian dalam perjumpaan
sosial seperti majlis bulanan.
v. Turut bergaul dengan pelawat- pelawat
yang datang ke wad untuk mendapatkan
maklumat tentang pesakit dan
sebagainya.
vi. Mengajar pesakit adab sopan dan
kelakuan baik yang dapat diterima
dalam masyarakat
vii. Mengajar pesakit supaya berminat
dalam kemahiran baru
4. Sebagai Guru
Mengajar pesakit mengenai;
i. Kelakuan yang diterima oleh
masyarakat.
ii. Minat & kebolehan yang baru.
iii. Cara berinteraksi dengan
orang lain.
iv. Bertabiat baik seperti jagaan
kebersihan diri & cara makan.
Mengajar saudara-mara pesakit
cara-cara mengurus pesakit di
rumah.
5. Sebagai juruteknik (Jururawat
teknikal)
Menyedia alatan untuk ECT
Memberi ubatan dan
pemerhatian kesan
sampingan ubat.
Memerhati keadaan mental
dan fizikal pesakit.
Menjaga keperluan basik
pesakit.
6. Sebagai pengurus.
Tahu tentang pengurusan
serta fungsi setiap pekerja
di wad.
Sedar akan keperluan
pesakit.
Memastikan kemudahan
dalam wad mencukupi.
7. Sebagai role model
Menunjukkan sikap
dan kelakuan yang
baik dan boleh
diteladani oleh
pesakit:- ramah,
bersopan santun
Berpakaian bersih dan
kemas
8. Berperanan sebagai ‘Care giver’
i. Memberi perkhidmatan dan
memenuhi keperluan pesakit
untuk mempercepatkan
proses penyembuhan
ii. Mengadakan persekitaran
yang bersih, tenang dan
selesa untuk pesakitnya.
iii. Memahami perasaan dan
bersedia membantu jika pesakit
memerlukan bantuan
iv. Memastikan pesakit mendapat
rawatan seperti yang diarahkan.
9. Sebagai Pegawai Perhubungan
(Liaison Officer)
i. Menjadi sebagai pegawai
penghubung kepada jabatan-
jabatan lain untuk pesakit
mendapatkan rawatan
ii. Menjadi perantara diantara
pesakit dengan keluarga dan
masyarakat
iii. Menjadi penghubung di antara
badan-badan berkanun (NGO)
yang ingin memberi
perkhidmatan kepada pesakit
10. Sebagai Pegawai Pendidikan
Kesihatan (Health Education Officer)
i. Memberi pendidikan
kesihatan cara hidup sihat
kepada pesakit dan
keluarga.
ii. Memberi ceramah berkaitan
rawatan dan perkhidmatan
yang dijalankan kepada
pesakit dan masyarakat
iii. Mendidik pesakit supaya
berdikari setelah discaj
iv. Memberi dorongan dan
pendidikan kesihatan kepada
keluarga supaya mereka boleh
menerima keadaan pesakit