The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifahsakina12, 2022-11-29 08:06:31

PAI E MAJALAH masyarakat majmuk

PAI E MAJALAH masyarakat majmuk

MALAYSIA MASYARAKAT
BERBILANG KAUM

PENGAJIAN ISLAM
KOD :MPU23012
NAMA PENSYARAH :NURSOBRIAH BINTI ABU BAKAR
SESI :2022/2023

AHLI KUMPULAN

NAMA NO.MATRIK

SITI NURHANIYAH BINTI MOHD IRUS 03DPR21F2038

SHARIFAH SAKINA BINTI SYED ABDULLAH 03DPR21F2037

CHE AYUNI MAISARAH BINTI ZAINUL 03DPR21F2046
`ABIDIN

NUR SYAZWANI BINTI SHAFIE 03DPR21F2047

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada
masyarakat
berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan,
Iban dan sebagainya dapat hidup dalam keadaan harmoni. Banyak negara di
dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana
masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa,
agama dan budaya. Hal ini demikian kerana kebijaksanaan pemimpin kita
yang menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan bagi membina sebuah
negara bangsa yang maju menjelang tahun 2020 nanti. Pada pendapat saya,
banyak kepentingan yang dapat
diperoleh jika perpaduan kaum dapat dikukuhkan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik
dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak
keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti
kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya kepada
pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah,
Timur Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih
dekat kebudayaan pelbagai kaum. Sebagai buktinya, pada tahun lalu seramai 25
juta orang pelancong asing datang ke negara kita hasil daripada usaha kerajaan
yang bersungguh-sungguh mempromosikan keunikan yang terdapat di Malaysia
khususnya kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di sini.

MASYARAKAT MAJMUK

● Masyarakat majmuk sejatinya ialah penggambaran atas kehidupan yang terdiri
dari berbagai bentuk kelompok sosial yang hidup dan tinggal bersama dalam
suatu tempat (wilayah atau negara), namun terpisah secara garis budaya
masing-masing.

● Sehingga sistem sosial terkait dengan kehidupan dalam masyarakat majmuk ini
memiliki berbagai dampak positif dan negatif. Namun yang pasti, jikalau setiap
pihak menjiwai arti toleransi maka akan menimbulkan integrasi sosial untuk
memilih hidup bersama-sama.

CARA UNTUK MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN DI MALAYSIA

1. Menganjurkan majlis rumah terbuka
• Dengan usaha kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat

negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum datang menghadirkan
diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam
majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.

2. Mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam komuniti

• Usaha ini telapun dipraktikikan oleh masyarakat kita dari zaman dahulu iaitu
dengan mengadakan gotong-royong. Dalam mendepani situasi ekonomi yang tidak
menentu pada hari ini, kita tidak boleh sahaja mengharapkan bantuan atau insentif
daripada kerajaan. Tetapi masyarakat yang mempunyai rezeki berlebihan seharusnya
turut sama membantu melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu mereka yang
dalam kesusahan. Nilai kemanusiaan ini jika diterapkan dalam setiap individu pastinya
perpaduan antara kaum tidak akan menjadi masalah kepada masyarakat kita.

3. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian

• Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India
yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh
mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum
lain dari aspek seperti pemakanan, pemakaian, peradaban sebagai contoh
yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat Malaysia antaranya
adalah seperti semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju
tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah
di universiti. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati
oleh kaum-kaum yang lain. Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada
kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu
dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan
kaum masing-masing.

4. Usaha dari pihak sekolah

• pihak sekolah haruslah menyuruh guru-guru pendidikan moral mendidik
pelajar-pelajar tentang perpaduan kaum supaya pelajar akan mengetahui
cara-cara memupuk perpaduan kaum dan kepentingannya.Guru-guru
pendidikan moral boleh mengadakan aktiviti kumpulan dan membahagikan
pelajaran dalam kumpulan yang mempunyai kaum yang berbeza untuk
menghasilkan poster perpaduan kaum. Dengan ini, pelajar dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dengan kawan-kawan yang berbeza
kaumnya. Hakitatnya, guru-guru moral haruslah mendidik pelajar
tentang perpaduan kaum di sekolah



CARA RASULULLAH MEMIMPIN MASYARAKAT MAJMUK:

Mendirikan masjid Masjid Quba’ dan Masjid An-Nabawi digunakan untuk beribadat malah
menjadi tempat perbincangan, pusat pentadbiran, pusat pengajian, kegiatan sosial dan aktiviti-
aktiviti lain.
Mempersaudarakan masyarakat Islam merangkumi golongan Ansar dengan Muhajirin bertujuan
menghapuskan jurang perbezaan yang menjadi amalan masyarakat Quraisy jahiliah dalam
menentukan darjat yang berbeza-beza dalam setiap suku kaum.
Pembentukan Piagam Madinah iaitu perjanjian antara masyarakat Islam dengan bukan Islam
yang menerangkan perhubungan golongan Muhajirin dan Ansar serta perjanjian dengan kaum
Yahudi.

Kesan terhadap masyarakat dan negara

Kejayaan Baginda S.A.W membawa mesej Islam ke bumi Madinah tidak terhenti setakat ditikar solat,
bahkan Baginda menterjemahkannya ke dalam masyarakat melalui sistem pemerintahan Islam yang
menawarkan keadilan sosial buat semua penduduk. Sebab itu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sering
menegaskan, Islam ini bukan diterjemahkan mengikut fahaman Barat iaitu religion, (agama yang sempit
pemahamannya) tetapi ia adalah suatu cara hidup yang meliputi segenap aspek.
Untuk membentuk kesepakatan sebuah negara yang unggul, Baginda S.A.W memperkenalkan perjanjian
yang melibatkan semua pihak, Muhajirin dan Ansar dari kalangan umat Islam, qabilah Bani Nadhir,
Qainuqa’ dan Quraizah yang mewakili masyarakat bukan Islam (Yahudi) bahkan golongan Munafiq juga
turut dibenarkan menyertainya. Persefahaman ini dipanggil Piagam Madinah yang kita sebut pada hari ini
sebagai Perlembagaan.

Asas utama bagi piagam ini berdasarkan frasa perjanjian:

– .‫وانه ما كان من بين هذه اهل الصحيفة من حدث او استجار يخاب فساده فمرده الى الله والى رسول الله‬
“Dan apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan di kalangan mereka yang terlibat dengan perjanjian ini sama
ada daripada orang Islam ataupun bukan Islam, yang dibimbangi merosakkannya, hendaklah dikembalikan kepada
Allah ( Al Quran) dan kepada Nabi S.A.W (Hadith).”
Ini menunjukkan asas utama bagi sebuah Negara Islam adalah meletakkan Al Quran dan Hadith sebagai rujukan
utamanya. Apa-apa yang bercanggah dengan keduanya dikira terbatal, sama ada di pihak pemutus ataupun pelaksana.

Kenapa islam mengalakkan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan
harmoni

Untuk mencipta keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang agama seperti

di negara kita ini, kita perlulah ada sifat saling hormat menghormati antara satu

sama lain walaupun berbeza dari segi agama dan kepercayaan.

Khasnya kepada umat Islam diwajibkan menghormati penganut agama lain, ini
adalah ajaran Al Quran seperti mana dalam surah, Al-An’aam ayat 108:

‫أُ َّم ٍة َع َملَ ُه ْم ثُ َّم‬ ‫َم ِعْ ْرل ٍ ِمج ۗعُ َكُه َٰ َذْم ِل َفَكيُ َن َبِزئيَُّنَّ ُها ْم ِل ِبُك َِملا‬ ‫َع ْد ًوا ِبغَ ْي ِر‬ ‫َّلَّل َا‬ ‫فَيَ ُسبُّوا‬ ‫َّلَّل ِا‬ ‫ُدو ِن‬ ‫ِم ْن‬ ‫َي ْد ُعو َن‬ ‫الَّ ِذي َن‬ ‫تَ ُسبُّوا‬ ‫َوََل‬
‫َكانُوا يَ ْع َملُو َن‬ ‫إِلَ َٰى َربِ ِه ْم‬

“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana

mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan.

Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal

perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu
Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Kesimpulan

Amat jelas Islam menolak prinsip yang tidak toleransi dalam kehidupan
bermasyarakat. Allah SWT menciptakan umat manusia bagi menghuni seluruh
permukaan bumi dengan berbagai macam suku bangsa, ras, agama serta etnik.
Oleh yang demikian Allah SWT juga mengajarkan konsep toleransi dengan tujuan
agar keharmonian wujud dalam kalangan umat manusia. Ayat berkenaan
menjelaskan bahawa umat Islam wajib menghormati masyarakat bukan Islam.
Jika umat Islam mencemuh atau mengejek masyarakat berlainan agama akan
mendorong mereka membalas penghinaan tersebut dan hal ini Allah SWT tidak
membenarkannya, inilah konsep toleransi yang diajarkan Islam.

RUJUKAN

● © Sumber Asal Informasi Dari :
https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/

● https://www.academia.edu/8085185/Usaha_usaha_mewujudkan
_perpaduan_kaum_di_Malaysia

● https://pasirdamai.wordpress.com/2020/11/28/usaha-usaha-
untuk-mengekalkan-perpaduan/

SEKIAN TERIMA
KASIH !


Click to View FlipBook Version