MODEL
PENGAWALAN KEBERADAAN MURID
DI PINTU PAGAR SEKOLAH
Mod Pergerakan Murid Di Luar Kawasan Sekolah
• Mod pergerakan murid datang dan balik dari sekolah ialah dengan kaedah;
❖ Berjalan kaki
❖ Berbasikal
❖ Kenderaan ibu bapa ,
❖ Menaiki bas atau van,
❖ Bermotosikal dan lain-lain
• Kaedah ‘social distancing’ ini sukar dikawal kerana ianya bergantung kepada disiplin dan kemudahan murid
itu sendiri
• Murid perlu terus balik ke rumah selepas tamat sesi persekolahan
PERANAN PENTADBIR DAN GURU
1. Memastikan perancangan telah disediakan berkaitan murid balik dari sekolah.
2. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh pihak sekolah.
3. Memastikan murid tidak berkumpul/bersesak di luar pagar sekolah tanpa mematuhi SOP.
4. Memastikan kerjasama daripada Polis/Rela/PBT/PIBG/ALUMNI/Sukarelawan (ibu bapa
dan komuniti)
PERANAN MURID
1. Memastikan pergerakan balik adalah dalam keadaan selamat (berjalan kaki atau menaiki
kenderaan berdasarkan SOP).
2. Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai diri dalam perjalanan pulang dari
sekolah.
3. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.
PERANAN IBU BAPA
1. Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
2. Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
3. Menasihatkan anak supaya mematuhi peraturan sekolah dan SOP yang telah ditetapkan.
4. Sebagai sukarelawan sekolah (bagi yang berkemampuan) – kawalan murid balik dari
sekolah
PENGAWALAN KEBERADAAN MURID
DI PINTU PAGAR SEKOLAH
MODEL 1
RUANG MENUNGGU DI DALAM KAWASAN SEKOLAH
RUANG MENUNGGU DI DALAM KAWASAN SEKOLAH
DEWAN SEKOLAH DEWAN TERBUKA KANTIN SEKOLAH
RUANG TERBUKA GELANGGANG
(DISEDIAKAN PERMAINAN
BERBUMBUNG
KHEMAH/KANOPI)
1 MODEL
KESESUAIAN MODEL 1 :
1. Sekolah yang mempunyai kepadatan/enrolmen tinggi
2. Mempunyai ruang menunggu yang besar dan berdekatan dengan pintu pagar sekolah
3. Peralatan pembesar suara mencukupi
KAEDAH PELAKSANAAN MODEL 1 :
1. Murid menunggu di ruang menunggu di dalam kawasan sekolah dan dikelompokkan
berdasarkan mod pergerakan murid
2. Susunan kedudukan murid mengikut kelas, lokaliti atau kenderaan dan bersurai
mengikut arahan yang jelas
3. Penyediaan jadual pergerakan pulang murid
4. Guru bertugas khas (perlu mencukupi) untuk mengawal pergerakan/penyuraian murid
5. Kenderaan ibu bapa tidak boleh menunggu di depan pintu pagar sekolah
6. Kad imbas (flash card) disediakan oleh ibu bapa / penjaga semasa mengambil murid
7. Kerjasama pihak PIBG / PIBK / KSIB / PIBKS
MODEL 1
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA
PPD KOTA SETAR, JPN KEDAH
(KBA2085)
SESI PERSEKOLAHAN : 1 SESI
Murid berkumpul di ruang menunggu dalam sekolah yang ditetapkan
dan bersurai dalam keadaan yang selamat dan teratur
BIL KELAS PRASEK DARJAH 1 DARJAH 2 DARJAH 3 DARJAH 4 DARJAH 5 DARJAH 6 JUMLAH
BIL MURID 2 655556 34
50
154 177 167 140 184 161 1,033
PENGAWALAN KEBERADAAN MURID
DI PINTU PAGAR SEKOLAH
MODEL 2
LALUAN TERARAH SEHALA
LALUAN MASUK DAN LALUAN KELUAR
MESTI JELAS
2 MODEL
KESESUAIAN MODEL 2 :
1. Sekolah yang mempunyai kepadatan/enrolmen tinggi
2. Sesuai untuk sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 pintu (Masuk dan Keluar)
3. Jalan depan pintu pagar utama sekolah adalah jalan sehala
4. Sesuai untuk alternatif hari hujan
KAEDAH PELAKSANAAN MODEL 2 :
1. Jadikan jalan sehala dan papan tanda sehala perlu disediakan dengan jelas
2. Sediakan papan tanda untuk masa menurun atau mengambil murid kepada penjaga murid
3. Penyediaan zon menunggu murid mengikut kelas, lokaliti atau kenderaan
4. Kenderaan ibu bapa tidak boleh menunggu atau bersinggah lama dalam kawasan sekolah
PENGAWALAN KEBERADAAN MURID
DI PINTU PAGAR SEKOLAH
MODEL 3
KAWALAN KEBERADAAN MURID OLEH POLIS/RELA/
PBT/PIBG/ALUMNI/PIBK/KSIB SUKARELAWAN (IBU
BAPA DAN KOMUNITI)
SEMASA MURID MASUK / KELUAR KAWASAN SEKOLAH
JADUAL BERTUGAS DAN SENARAI NAMA SUKARELAWAN DISEDIAKAN
3 MODEL
KESESUAIAN MODEL 3 :
1. Sekolah yang mempunyai kepadatan/enrolmen tinggi
2. Pegawai bertugas yang mencukupi untuk mengawal pergerakan/penyuraian murid
KAEDAH PELAKSANAAN MODEL 3 :
1. Kerjasama dengan pihak Polis / RELA / PBT / PIBG / Alumni / PIBK / KSIB /
Sukarelawan (ibu bapa dan komuniti)
2. Menyediakan jadual tugasan pengawalan murid
3. Menyediakan senarai nama pegawai bertugas
4. Pemakluman kepada ibu bapa atau penjaga murid tentang kaedah penyuraian murid
dengan kerjasama pegawai bertugas
5. Kad imbas (flash card) disediakan oleh ibu bapa / penjaga semasa mengambil murid
PENGAWALAN KEBERADAAN MURID
DI PINTU PAGAR SEKOLAH
MODEL 4
PENYURAIAN MURID SECARA BERPERINGKAT
1. MURID BERSURAI SECARA BERPERINGKAT MENGIKUT TINGKATAN/DARJAH
2. MURID BERSURAI SECARA BERPERINGKAT MENGIKUT BLOK BANGUNAN
DAN ARAS BANGUNAN
4 MODEL
KESESUAIAN MODEL 4 :
1. Sekolah yang mempunyai kepadatan/enrolmen tinggi
2. Sesuai untuk sekolah yang mempunyai lebih daripada 2 pintu pagar sekolah
3. Sesuai untuk sekolah yang mempunyai banyak blok bangunan
KAEDAH PELAKSANAAN MODEL 4 :
1. Penyuraian murid mengikut darjah, lokaliti dan mod pergerakan murid
2. Tempoh masa penyuraian murid antara 5 minit hingga 10 minit mengikut tingkatan / darjah
3. Guru kelas bagi mata pelajaran waktu terakhir perlu menunggu untuk menguruskan murid
bergerak keluar dari kelas. (Kawalan di bangunan/kelas)
4. Guru bertugas khas dan pengawal keselamatan akan bertugas di pintu-pintu pagar sekolah
untuk memastikan pergerakan murid dengan teratur
5. Kerjasama pihak PIBG / PIBK / KSIB / PIBKS
MODEL 4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA
PPD KUALA SELANGOR, JPN SELANGOR
(BEA3084)
SESI PERSEKOLAHAN : 2 SESI
Murid bersurai secara berperingkat mengikut tingkatan, blok bangunan,
aras bangunan dan pintu sekolah yang ditetapkan secara teratur
PPKI TING 1 TING 2 TING 3 TING 4 TING 5 JUMLAH
BIL KELAS 8 23 22 19 16 16 104
BIL 55 714 670 666 552 567 3,224
MURID
PENGAWALAN KEBERADAAN MURID
DI PINTU PAGAR SEKOLAH
MODEL 5
MENUNGGU DI DALAM BILIK DARJAH – SISTEM
PANGGILAN
PENYURAIAN MURID MENGIKUT TINGKATAN/
DARJAH
5 MODEL
KESESUAIAN MODEL 5 :
1. Sekolah yang mempunyai kepadatan/enrolmen sederhana atau rendah
2. Sesuai untuk mod pengangkutan kenderaan ibu bapa, bas/van sekolah dan
pengangkutan awam
KAEDAH PELAKSANAAN MODEL 5 :
1. Penyediaan kemudahan siaraya / walkie-talkie
2. Penyediaan jadual tugasan guru di bilik darjah untuk mengawal murid
3. Penyediaan jadual tugasan guru / pengawal keselamatan di lokasi pintu pagar
utama sekolah untuk membuat panggilan
4. Kerjasama pihak PIBG / PIBK / KSIB / PIBKS
KESESUAIAN MODEL
Penggabungan model boleh
dilaksanakan mengikut kesesuaian
sekolah
PENGGABUNGAN MODEL
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YUK CHOY
PPD KINTA UTARA, JPN PERAK
(ABC2100)
SESI PERSEKOLAHAN : 1 SESI
DARJAH 1 DARJAH 2 DARJAH 3 DARJAH 4 DARJAH 5 DARJAH 6 JUMLAH
BIL KELAS 9 9 9 9 9 9 54
BIL MURID 240 312 282 260 296 261 1,651
Model 1 : Model 2 : Model 4 :
Ruang Menunggu Di Laluan Terarah Sehala Penyuraian Murid
Dalam Kawasan Sekolah Secara Berperingkat
(Hari Hujan)
Kantin Sekolah Pintu A (Masuk) Pintu A Pintu B
Koridor Panjang & Pondok Pintu B (Keluar) Darjah 1 : 1.00 pm Darjah 2 : 1.00 pm
Darjah 3 : 1.15 pm Darjah 5 : 1.15 pm
Dewan Sekolah Darjah 4 : 1.30 pm Darjah 6 : 1.30 pm
(Ikut Blok Bangunan) (Ikut Blok Bangunan)
Model 5 : Ruang Kedai Buku
Sistem Panggilan (Dikawal oleh Guru
(Kelewatan Ibu Bapa / Bertugas Harian dan
Pengawal Sekolah)
Penjaga)
Maklumat Penting
• Model perlu diperhalusi dengan mengambil kira pusingan lengkap
daripada murid keluar kelas hingga balik (pintu pagar) sama ada
▪ dijemput oleh ibubapa
▪ menaiki kenderaan sewaan/sebagainya
▪ Dan lain-lain
• Panduan lengkap setiap langkah pergerakan (sistem ini) perlu disediakan.
• Sediakan sekolah sebagai model untuk rujukan.
• Sekolah perlu memilih mana-mana model yang difikirkan sesuai untuk
kebolehlaksanaan.
• Model ini perlu dipantau apabila dilaksanakan nanti.
• Data pilihan model perlu disediakan.
• Penambahbaikan model-model juga mengikut kesesuaian untuk sekolah
rendah
• Terdapat pelan alternatif untuk hari hujan (Model 2)
• Larangan berkumpul dari pintu pagar sekolah adalah dalam jarak 50m
hingga 100m
• Penggunaan Kad Imbas (flash card) untuk ibu bapa semasa mengambil
murid
• Penyediaan Pelan Laluan Pergerakan Terarah / Sehala (6.2.12 GPPPS)
SEKIAN, TERIMA KASIH