The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umkb.jkew, 2022-01-10 03:07:25

PELAN STARTEGIK PENGURUSAN KEWANGAN 2020-2030

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
PELAN STRATEGIK
PENGURUSAN KEWANGAN
DBKL 2021 - 2025 JABATAN KEWANGAN


PETIKAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, DBKL telah berjaya menyediakan Pelan Strategik Pengurusan Kewangan DBKL bagi tahun 2021 – 2025.
Pelan Strategik Pengurusan Kewangan ini diwujudkan sebagai panduan dan rujukan bagi memastikan visi DBKL dan Pengurusan Kewangan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Selain itu, Pelan Strategik Pengurusan Kewangan ini juga memberi tumpuan kepada senarai strategi yang akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran tersebut.
Pelan Strategik ini juga merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi dan merupakan tahap perancangan tertinggi dalam menentukan halatuju organisasi pada jangkamasa panjang bagi memastikan kedudukan kewangan DBKL stabil dan kukuh. Diharapkan Pelan Strategik Pengurusan Kewangan ini dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan yang jelas mengenai halatuju kewangan kepada warga kerja DBKL.
Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah
Datuk Bandar Kuala Lumpur1


PERUTUSAN PENGARAH EKSEKUTIF PENGURUSAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Penyediaan Pelan Strategik ini telah diteliti secara terperinci supaya sentiasa relevan dengan persekitaran semasa dan kehendak pemegang taruh serta pelanggan. Proses penyemakan semula Pelan Strategik ini telah dibuat berikutan dengan isu Pandemik Covid – 19 yang melanda seluruh dunia yang mana memberi kesan kepada perancangan asal yang telah ditetapkan sebelum ini. Dua perkara utama yang terkesan daripada pandemik ini adalah dari segi anggaran kutipan hasil dan perbelanjaan DBKL serta pematuhan norma baru dalam memberi perkhidmatan.
Pelan Strategik Pengurusan Kewangan ini juga menetapkan Pelan Tindakan sebagai asas dalam melaksanakan program dan indikator sasaran dalam tempoh seperti yang dirancang.
Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan Pelan Strategik Pengurusan Kewangan
2021 – 2025 ini.
2
Datuk Sr. Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh
Pengarah Eksekutif Pengurusan


RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Strategik Pengurusan Kewangan 2021 – 2025 adalah merupakan satu panduan dan rujukan bagi memastikan visi dan objektif DBKL mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Ianya juga merupakan Pelan Tindakan yang telah ditetapkan agar menjadi asas pelaksanaan dalam mencapai sasaran dalam tempoh seperti yang dirancang. Perancangan ini melibatkan semua fungsi pengurusan kewangan di DBKL.
Pelan Strategik Pengurusan Kewangan 2021 – 2025 ini menetapkan halatuju untuk tempoh 4 tahun akan datang bagi memastikan kedudukan kewangan DBKL stabil dan kukuh.
Pada amnya, Pelan Strategik Pengurusan Kewangan merangkumi dua teras utama iaitu ;
▻ Teras 1 : Pengukuhan Kedudukan Kewangan
▻ Teras 2 : Pengurusan Kewangan Yang Berkesan
Sebanyak 9 Strategi pelaksanaan telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan dalam tahun 2021 hingga 2025 yang dikategorikan mengikut teras seperti berikut ;
▻ 4 Strategi dalam Teras Pengukuhan Kedudukan Kewangan
▻ 5 Strategi dalam Teras Pengurusan Kewangan Yang Berkesan
Dalam memastikan strategi yang dirangka dapat dicapai, sejumlah 34 program akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pecahan program mengikut teras adalah seperti berikut ;
▻ 16 program dalam Teras Pengukuhan Kedudukan Kewangan
▻ 18 program dalam Teras Pengurusan Kewangan Yang Berkesan
3


ISI KANDUNGAN
M/S 1-3 PENGENALAN
M/S 5-7
LATAR BELAKANG DBKL
CARTA ORGANISASI DBKL
FUNGSI DAN PERANAN
M/S 8 VISI,MISI, MOTO DAN NILAI BERSAMA DBKL
M/S 9-10
PUNCA KUASA
PEMEGANG TARUH
M/S 11 - 13
CABARAN &
IMPLIKASI (LUAR & DALAM)
M/S 14-38
TERAS 1 PENGUKUHAN
KEDUDUKAN KEWANGAN
TERAS 2 PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
PELAN
STRATEGI &
INDIKATOR (TERAS 1 & TERAS 2)
M/S 39 PENUTUP
4
“Kecemelangan Pengurusan
Kewangan"


LATAR BELAKANG DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berperanan sebagai penguasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bandar Raya Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.
Sejarah pembukaan Kuala Lumpur (KL) dan penubuhan Dewan Bandaraya
19 19
1972
19
52
1952
Perbandaran KLtelah bertukar kepada nama Majlis
Perbandaran apabila sejumlah majoriti dari ahli perbandaran telah diperoleh melalui urusanpilihanraya.
61
1961
Halehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbir oleh satu perbadanan tunggal bermula 1 April 1961 yang diketuai oleh Pesuruhjaya Ibu Kota KLyang memiliki tugas - tugas dan kuasa-kuasa sebagai Penguasa Tempatan yang didapati dari Kanun Ordinan Perbandaran1948.
1972
KLtelah dinaiktaraf kepada Bandar Raya. Pesuruhjaya
Ibu Kota bergelar Datuk Bandar KLdan Suruhanjaya Ibu Kota dikenali sebagai DBKL.
74
1974
KLdiisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5


CARTA ORGANISASI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
6


FUNGSI DAN PERANAN
• Menyediakan sistem kewangan yang sistematik selaras dengan akta-akta yang digunapakai aturcara kewangan, peraturan-peraturan kewangan kerajaan dan juga piawaian perakaunan yang diterima umum.
• Mengutip hasil-hasil DBKL.
• Menyediakan maklumat kewangan untuk kegunaan semua pihak yang
berkepentingan.
• Menyediakan belanjawan tahunan dengan mengutamakan kemudahan untuk pembayar cukai serta warga kota.
• Mengendalikan sistem bayaran yang cekap dan teratur
• Menyediakan sistem kawalan dalaman untuk memastikan pentadbiran kewangan
selaras dengan akta dan peraturan yang digunapakai oleh DBKL.
• Menguruskan skim insurans untuk melindungi harta benda
7
7


NILAI BERSAMA
INTEGRITI
• Tegas dan Adil dalam melaksanakan tugasan
• Ketelusan dalam penyata kewangan
KUALITI
• Pematuhan piawaian
• Pelaporan kewangan
yang berkesan
REALISTIK
• Kedudukan kewangan yang stabil
• Perbelanjaan dirancang mengikut kedudukan semasa
• Kebolehcapaian dalam perancangan
AKAUNTABILITI
• Bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat
• Cekap dan berilmu
dalam pengurusan kewangan
8
VISI
Menguruskan kewangan DBKL secara berkualiti untuk menjadikan DBKL sebagai organisasi pengurusan sebuah Bandaraya bertaraf dunia.
O BJEKTI F
• Memberi nasihat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam hal ehwal kewangan.
• Menguruskan kewangan DBKL dengan cara merancang kewangan, mengkaji dan mengurus belanjawan, mengawal perbelanjaan dan pembayaran mengikut acara kewangan dan undang - undang.
• Mencari punca - punca kewangan dan menguruskan pinjaman, mengawal dan memungut hasil dengan berkesan.
• Mengakaunkan hasil transaksi kewangan mengikut prinsip - prinsip perakaunan dan menyediakan penyata kewangan tahunan.
• Menentukan bahawa harta benda DBKL telah diurus dan dikawal dengan sempurna dan mengadakan perlindungan risiko dengan cara mengambil polisi insurans yang sesuai.
• Mengadakan perkhidmatan komputer untuk proses data - data kewangan dan lain - lain data bagi mendapatkan laporan, cek dan dokumen - dokumen yang lebih pantas dan tepat untuk kegunaan semua jabatan.
MOTO
Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
VISI, MISI DAN MOTO


PUNCA KUASA
9


PEMEGANG TARUH
● Kementerian Wilayah Persekutuan
● Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
● Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
● Agensi / Jabatan Kerajaan
● Ahli Lembaga Penasihat
● Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) / Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
● Pembekal / Kontraktor / Perunding
● Penjaja / Peniaga / Pelaburan
● Persatuan Penduduk / Persatuan Komuniti
● Badan Bukan Kerajaan
● Pemaju Pembangunan
● Pembayar Cukai
● Majlis Perwakilan Penduduk
● Warga Kota Kuala Lumpur
10
10


“CABARAN & IMPLIKASI
LUAR & DALAM
11


CABARAN DAN IMPIKASI (LUAR)
CABARAN IMPLIKASI
• • •
• • •
Pertambahan peniaga tanpa lesen di sekitar Kuala Lumpur
Keengganan warga kota menjelaskan hasil dan tunggakan DBKL
Merealisasikan sasaran bandaraya rendah karbon
Meneroka sumber – sumber hasil baru Pengurusan Kewangan Patuh Syariah
Meningkatkan Kutipan Hasil &
Tunggakan 12
• Hasil lesen, sewa dan caj perniagaan dan iklan berkurangan
• Kekurangan hasil dan peningkatan tunggakan
• Peningkatan belanja kerana pematuhan rendah karbon
• Peluang untuk menjana hasil baru melalui penerimaan geran dan aktiviti baru
• Mewujudkan undang – undang yang membolehkan caj hasil dikenakan
• Mengenalpasti pengkelasan sumber pendapatan, pembiayaan dan perbelanjaan Patuh Syariah
• Pematuhan wargakota untuk menjelaskan bayaran hasil dan tunggakan. 12


CABARAN DAN IMPIKASI (DALAM)
CABARAN
IMPLIKASI
• Penerimaan warga kerja terhadap sesuatu perubahan yang diperkenalkan
• Peningkatan perbelanjaan DBKL secara keseluruhan
• Lebih banyak latihan diperlukan bagi meningkatkan kecekapan kakitangan di jabatan
• Mengemaskini dasar dan polisi kewangan mengikut perkembangan teknologi dan pasaran semasa
• Peraturan dan proses kerja lapuk masih dikekalkan
• Menjejaskan pelaksanaan fungsi – fungsi DBKL disebabkan sumber terhad
• Masa yang lebih panjang dan pertambahan kos
• Menjadikan DBKL sentiasa selari dengan teknologi dan pasaran semasa dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam
13 13


14
2 TERAS
• TERAS 1 : PENGUKUHAN KEDUDUKAN KEWANGAN
• TERAS 2 : PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
9 STRATEGI
• 4 STRATEGI : TERAS PENGUKUHAN KEDUDUKAN KEWANGAN
• 5 STRATEGI : TERAS PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
34 PROGRAM
• 16 PROGRAM : TERAS PENGUKUHAN KEDUDUKAN KEWANGAN
• 18 PROGRAM : TERAS PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN


1
1
5
4
TERAS 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN KEWANGAN


TERAS 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN KEWANGAN
16
STRATEGI 1
Me
STRATEGI 2
STRATEGI 3
STRATEGI 4
mpertingkat Kutipan Hasil
Memperkasa Pengurusan Tunggakan.
Menguruskan Perbelanjaan Berhemah.
Belanjawan Mengambilkira Keperluan Warga Kota.


17
STRATEGI 1 : MEMPERTINGKAT KUTIPAN HASIL
PROGRAM
• Melaksanakan penilaian semula harta dan semakan semula kadar cukai taksiran.
• Mempelbagaikan kaedah terimaan kutipan hasil termasuk epayment dan cashless.
• Semakan semula kadar sewa dan meningkatkan kecekapan pengurusan harta.
• Penyelesaian tunggakan hasil.
• Melaksanakan inventori lokasi iklan paparan luar, papan tanda premis perniagaan.
• Semakan semula pulangan MGP (Minimum Guaranteed Profit) bagi projek penswastaan.
• Meningkatkan kolaborasi dengan pihak swasta melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).
• Semakan semula kadar lesen secara berkala.
TERAS 1 – STRATEGI 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN KEWANGAN


STRATEGI 2 : MEMPERKASA PENGURUSAN TUNGGAKAN
PROGRAM
• Pemerkasaan Jawatankuasa Tunggakan Hasil dengan menubuhkan : - Jawatankuasa Induk
- Jawatankuasa Tindakan Kerja
• Mewujudkan Bahagian Tunggakan sebagai satu Bahagian kawalan kredit bagi memastikan tunggakan semasa dan pengurusan tunggakan semua hasil DBKL dirangka secara efisyen dan diuruskan secara berkesan.
STRATEGI 3 : MENGURUSKAN PERBELANJAAN BERHEMAH
PROGRAM
• Mengamalkan konsep ‘Value For Money’ dalam perbelanjaan.
• Jawatankuasa memantau pengurusan perbelanjaan
STRATEGI 4 : BELANJAWAN MENGAMBILKIRA KEPERLUAN WARGA KOTA
PROGRAM
• Mengawalselia dan menganalisa prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan peruntukan mengurus serta pembangunan secara berkala.
• Meningkatkan tadbir urus dalam pengurusan belanjawan tahunan.
• Menyediakan jadual perancangan perolehan dan perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan.
• Peruntukan yang sesuai untuk pembangunan sosial dan komuniti. 18
TERAS 1 – STRATEGI 2 - 4
PENGUKUHAN KEDUDUKAN KEWANGAN


PELAN TINDAKAN
(TERAS 1)
19


TERAS 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN
KEWANGAN
MEMPERTINGKAT KUTIPAN HASIL
20


TERAS 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN
KEWANGAN MEMPERKASAKANKUTIPANHASILDBKL
21


TERAS 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN
KEWANGAN
MEMPERTINGKAT KUTIPAN HASIL
22


TERAS 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN
KEWANGAN
MEMPERKASA PENGURUSAN TUNGGAKAN
23


TERAS 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN
KEWANGAN MENGURUSKAN PERBELANJAAN BERHEMAH
24


TERAS 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN
K E W A N G A N BELANJAWAN MENGAMBILKIRA KEPERLUAN WARGAKOTA
25


TERAS 1
PENGUKUHAN KEDUDUKAN
KEWANGAN
BELANJAWAN MENGAMBILKIRA KEPERLUAN WARGAKOTA
26


1
2
7
8
TERAS 2
PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN


TERAS 2
PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
STRATEGI 1
STRATEGI 2
STRATEGI 3
STRATEGI 4
STRATEGI 5
28
Memperkasa Dasar, Polisi dan Peraturan Kewangan
Penggunaan Sistem Kewangan Secara Menyeluruh
Memperkasa Kemahiran Pegawai Kewangan
Pengurusan Kewangan Patuh Syariah
Inisiatif Kewangan Menyokong Rendah Karbon


STRATEGI 1 : MEMPERKASA DASAR, POLISI DAN PERATURAN KEWANGAN
PROGRAM
TERAS 2 – STRATEGI 1 & 2
PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
• Mengendalikan kursus polisi, dasar dan peraturan kewangan.
• Menguruskan aset dengan berkesan.
• Melaksanakan “self-auditing” secara berkala berdasarkan petunjuk kawalan Indeks Akauntabiliti (AI).
• Menyediakan Polisi Perakaunan secara komprehensif mengikut MPSAS.
• Menyediakan akaun penamat mengikut standard piawaian perakaunan yang diiktiraf.
• Mendapatkan pensijilan pematuhan SAGA JANM bagi sistem kewangan DBKL.
STRATEGI 2 : PENGGUNAAN SISTEM KEWANGAN SECARA MENYELURUH
PROGRAM
• Penggunaan portal bagi urusan pelanggan.
• Melaksanakan penyediaan SOP yang seragam untuk sistem kewangan yang bersepadu.
• Melaksanakan Post Implementation Review ke atas keseluruhan Sistem Kewangan yang digunapakai setiap 5 tahun
• Perluasan kaedah pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT)
2
2
9
0


STRATEGI 3 : MEMPERKASA KEMAHIRAN PEGAWAI KEWANGAN
TERAS 2 – STRATEGI 3 - 5
PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
PROGRAM
• Meningkatkan kompetensi warga DBKL agar berdaya saing dan produktif dengan menyertai latihan yang sesuai.
• Meningkatkan kecekapan perkhidmatan melalui penggunaan ICT.
STRATEGI 4 : PEMATUHAN SYARIAH
PROGRAM
• Menyediakan Pelan Pelaksanaan Pematuhan Syariah.
• Mewujudkan Jawatankuasa Panel Syariah.
• Mengenalpasti pengkelasan sumber pendapatan, pembiayaan dan perbelanjaan.
STRATEGI 5 : INISIATIF KEWANGAN MENYOKONG RENDAH KARBON
PROGRAM
• Menyediakan peruntukan bagi menyokong perbelanjaan rendah karbon
• Mengenalpasti geran yang boleh diperolehi bagi pelaksanaan program rendah karbon
• Mengenalpasti hasil baru bagi program rendah karbon.
30


PELAN TINDAKAN
(TERAS 2)
31


TERAS 2
PENGURUSAN KEWANGAN
YANG BERKESAN MEMPERKASA DASAR, POLISI DAN PERATURAN KEWANGAN
32


TERAS 2
PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
33
MEMPERKASA DASAR, POLISI DAN PERATURAN KEWANGAN


TERAS 2
PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
PENGGUNAAN SISTEM KEWANGAN SECARA MENYELURUH
34


PENGGUNAAN SISTEM KEWANGAN SECARA MENYELURUH
TERAS 2
PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
35


TERAS 2
PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN PEGAWAI KEWANGAN
36


TERAS 2
PENGURUSAN KEWANGAN
YANG BERKESAN
PEMATUHAN SYARIAH
37
x


TERAS 2
PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN
INISIATIF KEWANGAN MENYOKONG RENDAH KARBON
x
38


PENUTUP
!Pengurusan Kewangan memainkan peranan penting dalam memastikan DBKL dapat mencapai matlamat dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya sejahtera untuk semua menjelang tahun 2040 sepertimana yang dinyatakan dalam Visi DBKL.
!Justeru, Pelan Strategik Pengurusan Kewangan yang disediakan adalah untuk memastikan halatuju pengurusan kewangan sentiasa berada dalam kedudukan yang stabil bagi mendukung pelaksanaan fungsi – fungsi DBKL dalam memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada warga kota.
39
38


PELAN STRATEGIK KEWANGAN 2021 -2025 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @ JKEW
39


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU RESEPI LOCAL DESSERT
Next Book
PENGURUSAN STRES DI TEMPAT KErJA (2)