The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T1 NOR SYAFIKAH BINTI SHAMSURRIJAL PKDK3273

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PKMD30622 Nor Syafikah Binti Shamsurrijal, 2023-03-08 11:14:23

T1 NOR SYAFIKAH BINTI SHAMSURRIJAL PKDK3273

T1 NOR SYAFIKAH BINTI SHAMSURRIJAL PKDK3273

BAHASA MELAYU KOD TANGAN (BMKT) Disediakan Oleh : Nor Syafikah Binti Shamsurrijal PT1S2-1 E-PORTFOLIO


I S I K A N D U N G A N PENGENALAN ASAL USUL DAN SEJARAH PRINSIP-PRINSIP BAHASA MELAYU KOD TANGAN RUJUKAN Kata Dasar Kata Majmuk Kata Ganda Kata Ringkas Kata Seerti 3 4 5-12 13


Bahasa Malaysia Kod Tangan adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota manusia termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. Bahasa isyarat ini dicipta untuk 40 orang pekak dan mula diperkenalkan pada tahun 1978 di sekolah-sekolah yang membabitkan pelajar-pelajar pekak di Malaysia. Bahasa Malaysia Kod Tangan ini bukan Bahasa Malaysia Isyarat Tangan (Malay Sign Language). Bahasa Malaysia Kod Tangan ini menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Malaysia sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Apabila Bahasa Malaysia Kod Tangan ini diperturunkan ke dalam bahasa tulisan maka tiada apaapa perbezaan pun tentang struktur dan semantik dalam Bahasa Malaysia. Ayat-ayat yang diberi kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu akan sama maknanya. Seseorang kanak-kanak pekak yang dapat menguasai Bahasa Malaysia Kod Tangan akan dapat “bercakap” Bahasa Malaysia (Kod Tangan) dan menulis bahasa yang lazim dengan rakan-rakannya yang boleh mendengar. PENGENALAN


ASAL USUL & SEJARAH Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) Awal permulaan kewujudan kod tangan adalah pada tahun 1973 dan Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) telah digubal dan siap pada tahun 1978 Pada tahun 1982, kursus BMKT yang pertama telah diadakan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang kepada guru-guru Pendidikan Khas Pulau Pinang Selepas kursus pertama yang dilaksanakan, Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur, Persatuan Pekak Negeri-negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka serta guru-guru telah mengambil satu langkah positif dengan menerbitkan buku Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) edisi 1979 yang diguna pakai sehingga masa kini


PRINSIP-PRINSIP BAHASA MELAYU KOD TANGAN


PRINSIP-PRINSIP BMKT Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) yang dihasilkan oleh jawatankuasa kerja komunikasi seluruh tidak hanya merupakan komunikasi yang dilakukan dengan isyarat tangan, malahan menitikberatkan asas-asas tatabahasa dan prinsipprinsip bahasa Malaysia.


KATA DASAR Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan. Kata dasar merupakan kata yang boleh dikenakan penambahan (Asmah Omar, 1993). cakap Sebuah perkataan yang boleh berdiri sendiri dan juga boleh menerima imbuhan. Ia juga disebut sebagai akar kata untuk perkataan. CONTOH : faham dengar scan qr code untuk contoh isyarat


KATA MAJMUK Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), kata majmuk dapat didefinisikan sebagai gabungan dua atau tiga perkataan yang mempunyai satu pengertian. jam tangan Sebuah perkataan terbentuk apabila dua atau lebih kata dasar digabungkan atau dirangkaikan untuk mencipta makna yang tertentu. CONTOH : jalan raya air mata scan qr code untuk contoh isyarat


KATA GANDA Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2017), kata ganda dapat ditakrifkan sebagai kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya. Sebuah kata yang terhasil apabila wujud proses pengulangan perkataan. Setiap kata ganda mesti dieja menggunakan tanda sempang (-) kecuali kata ganda separa. scan qr code untuk contoh isyarat di sebelah


JENIS KATA GANDA BERGANDA SAMA Semua perkataan berganda sama ini diulang berdasarkan kod awal perkataan. CONTOH : mata-mata kanak-kanak BERGANDA TAK SAMA (BERUBAH) Semua perkataan berganda tak sama ini menggunakan kod perkataan mula dan huruf awal pada perkataan berikutnya. CONTOH : BERGANDA SEPARUH Semua perkataan berganda separuh ini hendaklah didahulukan dengan huruf dan diikuti dengan kodnya. CONTOH : BERGANDA TAMBAHAN Semua perkataan ini dilakukan seperti perkataan berganda sama iaitu diulangi kod dasarnya dengan diberi awalan atau akhiran pada mana-mana perkataan yang berkenaan. CONTOH : jimat-cermat jongkang-jongkit dedawai dedaun bantu-membantu sayang-menyayang


KATA RINGKAS hakis (habis kikis) Kata ringkas ialah sebuah kata yang dicantum dan dipendekkan menjadi satu perkataan. CONTOH : tiada (tidak ada) cikgu (encik guru) Semua perkataan ringkas tidak diberi kod tetapi hendaklah dieja kecuali pada perkataan-perkataan yang lazim scan qr code untuk contoh isyarat


KATA SEERTI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), kata seerti merupakan kata-kata yang sama ertinya dalam sesuatu bahasa. jalan = lebuh/denai Konsepnya adalah mengumpulkan perkataanperkataan yang sama maksud ke dalam satu kumpulan yang menggunakan satu Kod Kata Dasar dimana ia dibezakan menggunakan huruf awal. CONTOH : jatuh = gugur/luruh tua = lama/purba/usang scan qr code untuk contoh isyarat


Asmah Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Kata dasar. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kata+dasar&d=102572& Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Kata majmuk. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kata+majmuk Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Kata ganda. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kata+ganda Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Kata seerti. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kata%20seerti Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Kerajaan Malaysia, Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh & Jawatankuasa Kerja Komunikasi Seluruh. (1985). Buku komunikasi seluruh Bahasa Malaysia Kod Tangan. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version