The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MALAY DESERT
NYONYA DESSERT
INDIAN DESSERT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by taemyung02, 2021-05-31 07:57:33

BUKU RESEPI

MALAY DESERT
NYONYA DESSERT
INDIAN DESSERT

BUKU RESEPI
LOCAL DESSERT

1

SENARAI KANDUNGAN

KUIH TALAM Nama Muka surat
PENGAT
Malay dessert 1-2
3-4
Talam seri muka 5
Talam suji mocha 6
7
Apam seri ayu 8
9
Pengat pisang 10
Pengat labu 11
12
Pengat jagung
13
Keria 14

Kuih ketayap 15-16
17-18
Onde-onde

Kuih bom

Nyonya Dessert

Tang yuan

Angkoo

Indian Dessert

Laddu

Kesari

MALAY DESSERT

TALAM SERI MUKA

BAHAN-BAHAN

Beras pulut 60 gram
Santan segar 500 gram
Garam 1/2 tsp
Telur 200 gram
Tepung gandum 20 gram
Tepung jagung 20 gram
Pandan emulco
Pewarna makanan hijau

CARA-CARA

1. Sapukan minyak jagung pada acuan/bekas yang hendak digunakan.
2. Letakkan plastik pada acuan/bekas supaya senang di angkat.
3. Masukkan beras pulut yang telah direndam semalaman ke dalam acuan/bekas.
4. Letakkan beras pulut separuh dibahagian bawah ,tekan dan ratakan .Separuh bahagian atas akan

di isi dengan adunan pandan.
5. Selain itu,masukkan 1/2 tsp garam ke dalam santan.Kacau sebati
6. Masukkan santan ke dalam pulut tadi.
7. Isikan sehingga paras pulut sahaja.Ratakan
8. Masukkan pulut kedalam pengukus.(Bekas tidak boleh terlalu besar,perlu mempunyai ruang kiri

dan kanan pengukus supaya wap boleh naik ke atas)
9. Setiap pulut siap dikukus,letakkan gandum di atas pulut dan ratakan.(Ianya berfungsi untuk

meletakkan adunan pandan dan pulut)
10. Letakkan plastik di atas pulut dan tekan bagi mengelakkan adunan pandan turun ke bawah.
11. Ratakan tepung
12. Seterusnya,letakkan pandan emulco ke dalam santan dan kacau sebati.
13. Masukkan pewarna makanan.Kacau sebati.

1

14. Kemudian,Kacau telur,masukkan gula ke dalam telur dan kacau sebati.
15. Masukkan santan tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung (20 gram tepung gandum dan 20

gram tepung jagung)kacau sebati dan masukkan ke dalam telur.
16. Masukkan semua lebihan santan tadi dan kacau hingga sebati.
17. Masukkan 1/2 tsp garam,sebatikan.
18. Tapis adunan dan letakkan di atas api perlahan.Kacau adunan hingga ianya menjadi pekat.
19. Tapiskan adunan dan letakkan diatas pulut.
20. Kukus semula sehingga adunan santan masak.

2

TALAM SUJI MOCHA

BAHAN-BAHAN 1 cawan
1 tsp
BAHAN BAGI BAHAGIAN BAWAH 3 tbsp
6 cawan
Gula 2 cawan
Pewarna makanan kuning
Tepung gandum
Santan cair
Tepung suji

BAHAN BAGI BAHAGIAN ATAS 1 tbsp
3 biji
Mocha paste 3 cawan
Telur 1 1/2 cawan
Santan kotak besar 4 tbsp
Gula
Tepung gandum

CARA-CARA

BAHAGIAN BAWAH

(Sediakan periuk yang bersaiz sederhana).
1. Campurkan semua bahan kering iaitu tepung gandum,tepung jagung dan gula ka dalam satu

bekas.
2. Setelah campurkan ,masukkan ke dalam periuk.
3. Masukkan pula santan cair ke dalam periuk,masukkan secara perlahan dan sedikit demi

sedikit.Kacau sebati hingga ianya tidak berketul.
4. Masukkan pewarna telur sambil kacau sehingga dpat warna yang sempurna.
5. Tapiskan adunan sebelum ianya di masak (supaya ianya tidak berketul)
6. Letakkan periuk di atas api yang perlahan dan gaul sehingga ianya pekat.
7. Setelah siap,biarkan ianya sejuk dahulu.Sediakan acuan/bekas (alaskan acuan/bekas dengan

plastik/kertas supaya ianya mudah untuk dikeluarkan )
8. Seterusnya,isikan adunan yang telah sejuk tadi ke dalam acuan/bekas secara perlahan-

lahan.Ratakan.

3

BAHAGIAN ATAS
1. Kacau telur dan masukkan ke dalam santan.Sebatikan
2. Masukkan gula ,kacau sebati dan masukkan tepung gandum.
3. Masukkan mocha paste ke dalam adunan.Kacau sebati(masukkan mocha paste hingga mendapat

warna yang di ingini )
1. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Letakkan di atas api yang perlahan ,kacau hingga ianya menjadi pekat.
3. Setelah siap,masukkan terus ke dalam acuan/bekas tadi.Ratakan(supaya ianya tidak menjadi bukit)
4. Kemudian,masukkan ke dalam pengukus selama 15 minit.

4

APAM SERI AYU

BAHAN-BAHAN

BAHAGIAN BAWAH 230 gram
5 biji
Tepung naik sendiri 20 gram
Telur 230 gram
Santan kotak 1 tsp
Gula kastor 2 tsp
Pandan Emulco dan air pandan
Ovallate

BAHAGIAN ATAS 1 tsp

Kelapa parut
Garam
Tepung gandum

CARA-CARA

UNTUK ADUNAN

1. Pertama,masukkan telur,santan,pandan emulco yang bercampur dengan air pandan,gula kastor ,
tepung naik sendiri dan ovalatte ke dalam pengadun.

2. Adunkan bahan bahan tersebut sehingga sebati
3. Bagi bahagian atas pula,kelapa parut dicampurkan dengan garam dan sedikit tepung gandum.
4. Kemudian,kukuskan kelapa parut selama 10 minit.
5. Masukkan kelapa parut ke dalam acuan dan tekankan sedikit .Ulang langkah tersebut sehingga

bekas acuan habis.
6. Setelah adunan sebati ,masukkan ke dalam bekas acuan yang telah diisi kelapa parut.
7. Masukkan ke dalam pengukus.Pastikan angkat penutup dan lap sekiranya penutup terdapat

banyak wap air.

5

PENGAT PISANG

BAHAN-BAHAN 3 biji
100 gram
Pisang tanduk 2 tbsp
Gula melaka 1/2 cawan
Gula kastor 2 bungkus
Sagu 1 tsp
Santan segar 2 helai
Garam
Daun pandan

CARA-CARA

1. Potong pisang kecil - kecil dan rendamkan ke dalam air.
2. Didihkan sagu sehingga warna nya menyadi clear.Buang air sagu dengan mengunakan

penapis.(untuk buang kanji supaya bubur tidak terlalu pekat)
3. Masukkan pisang yang direndam ke dalam periuk.
4. Masukkan santan,gula kastor,gula melaka dan garam.Kacau sehingga sebati dan masukkan sagu.
5. Sebatikan dan letakkan periuk di atas api yang perlahan sehingga ianya mengeleggak.

6

PENGAT LABU

BAHAN-BAHAN 1 kotak
1/2 biji
Santan 1 tsp
labu 2 tbsp
Garam 1/3
Gula putih 1/2 cawan
Gula melaka 2 helai
Sagu 1/2 cawan
Daun pandan
Air

CARA-CARA

1. Rebuskan labu sehingga ianya lembut.
2. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan labu.
3. Masukkan santan ke dalam periuk sedikit demi sedikit.
4. Kemudian,masukkan gula putih ,gula melaka , garam dan sagu kedalam periuk.
5. Kacau sebati dan letakkan periuk di atas api yang perlahan sehingga ianya mengeleggak.

7

PENGAT JAGUNG

BAHAN-BAHAN 4 tbsp
2 kotak
Gula melaka 6 tongkol
Santan 1 tsp
Jagung 6 tbsp
Garam 1/2 cawan
Gula kastor
Sagu

CARA-CARA

1. Potong jagung dari tongkol .Masukkan jagung yang telah di potong ke dalam periuk.
2. Masukkan santan dan kacau sebati.
3. Masukkan gula kastor,gula melaka dan garam ke dalam periuk .Kacau sebati dan masukkan sagu.
4. Sebatikan dan letakkan periuk di atas api yang perlahan sehingga ianya mengelegak.

8

KERIA

BAHAN-BAHAN 2kg
200 gram
Keledek putih 20 gram
Tepung gandum 200 gram
Shortening 100 gram
Gula kastor
Air

CARA-CARA

1. Potong ubi keledek menjadi dadu .
2. Rebuskan ke dalam air yang mendidih.
3. Setelah siap,lenyekkan sehingga lumat.
4. Apabila ianya sejuk sedikit,masukkan shortening dan tepung .Gaul sehingga sebati
5. Kemudian,bentukkan adunan menjadi bentuk keria.
6. Panaskan minyak ,masukkan adunan satu persatu . Kacau supaya ianya tidak hangit.
7. Angkat keria setelah ianya bertukar menjadi keemasan.
8. Untuk sira ,masukkan air dan gula ke dalam kuali .Gaul sehingga inaya berbuih dan masukkan

keria tadi.
9. Gaul sehingga gula melekat pada keria.

9

KUIH KETAYAP

BAHAN-BAHAN
ADUNAN

Tepung gandum 250 gram
Santan kotak 200 gram
Air pandan 400 gram
Telur 1 biji
Garam 1/2 tsp

INTI

Kelapa parut 1kg
Air gula melaka 200 gram
Gula pasir 200 gram
Tepung gandum dan tepung jagung 1 tsp

CARA-CARA
1. Masukkan santan ke dalam air pandan.Kacau sehingga sebati

2. Masukkan ke dalam pengisar, masukkan telur dan tepung gandum

3. Kisar bahan-bahan tersebut.Setelah siap ,biarkan adunan tersebut diperam sekejap

INTI KETAYAP
1. Masukkan kelapa parut ke dalam kuali.

2. Kemudian masukkan air gula melaka,gula pasir.Masakkan sehingga pekat

3. Apabila sudah pekat masukkan tepung gandum dan tepung jagung.

KULIT KETAYAP
1. Panaskan kuali leper (griskan sedikit minyak jika kuali itu mudah melekat)
2. Tuangkan adunan menggunakan 1/2 cup dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke

kanan supaya ianya menjadi bulat.
3. Biarkan ianya masak sehingga warna kekuningan sedikit dan boleh digerakkan semasa

mengangkat kuali.
4. Gunakan spatula untuk mengangkatnya
5. Setelah siap masukkan inti kelpa yang telah disejukkan ke dalam kulit ketayap.
6. Gulungkan sedikit,kemudian lipat kedua-dua bahagian tepi dan gulung semula.Ulang langkah

tersebut sehingga kulit ketayap habis.

10

ONDE - ONDE

BAHAN-BAHAN 1 kg
1/2 cawan
Tepung pulut 1 kg
Tepung gandum
Air
Gula melaka yang telah dipotong kecil

CARA-CARA

1. Mula-mula masukkan tepung pulut yang telah di ayak di dalam bekas yang besar dan masukkan
tepung gandum.Gaul sehingga sebati.

2. Kemudian,masukkan air pandan yang telah di kisar sedikit demi sedikit.
3. Gaul sehingga sebati.Tambah air pandan dan uli sehingga ianya menjadi doh.
4. Sediakan tray dan taburkan sedikit tepung supaya doh yang telah dibentuk tidak melekat.
5. Ambilkan sedikit doh tersebut,leperkan sedikit dan masukan gula melaka yang telah di potong

kecil ke dalamnya.Bulatkan doh tersebut menjadi bulat yang cantik.Ulang langkah tersebut
sehingga doh habis.
6. Setelah itu,panaskan air ke dalam periuk sehingga mendidih,masukkan bebola tepung tadi ke
dalam periuk dan tunggu sehingga ianya timbul.
7. Apabila ianya timbul,angkat dan golekkan ke dalam isi kelapa yang telah di kukus.

11

KUIH BOM

BAHAN-BAHAN

Tepung pulut 1 cawan
Tepung gandum 1/2 cawan
Garam 1 tsp
Bijan 1/2 cawan
Air

CARA-CARA

(Boleh gantikan keledek jika tiada tepung pulut )
1. Campurkan tepung pulut ,tepung gandum ,garam dan air .Gaul sehingga ianya menjadi doh .
2. Leperkan doh dan masukkan inti kelapa.Bentukkan ianya bulat.
3. Kemudian,golekkan ke dalam bekas yang di isi bijan.
4. Gumpalkan lagi supaya bijan melekat pada adunan tadi.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
6. Angkat dan sejukkan .

12

NYONYA DESSERT

TANG YUAN

BAHAN - BAHAN 1 liter
1/2 cawan
AIR GULA 1/2 cawan
2 helai
Air
Gula kastor 1 tbsp
Gula pasir 2 cawan
Daun pandan 200 ml

UNTUK TANG YUAN

Gula kastor
Tepung pulut
Air
Pewarna

CARA-CARA

AIR GULA

1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Masukkan gula kastor dan gula pasir.Kemudian, masukkan daun pandan.
3. Letakkan periuk di atas api,masak sehingga gula hancur.

UNTUK TANG YUAN

1. Masukkan gula kastor ke dalam adunan tepung pulut dan masukkan air sedikit demi sedikit
2. Uli sehingga menjadi doh.Bahagikan kepada dua dan warnakan (kami gunakan warna merah dan
hijau)
3. Kemudian,bentuk doh menjadi bulat.Setelah siap dibentuk.
4. Panaskan air dan masukkan doh yang siap dibentuk tadi.Tunggu ianya timbul dipermukaan dan
angkat.

13

KUIH ANGKOO

BAHAN-BAHAN

Keledek 200 gram
Tepung pulut 300 gram
Tepung ubi kayu 1/2 tbsp
Gula kastor 2 tbsp
Minyak masak 2 tbsp
Air 160 ml
Inti kacang merah

CARA-CARA

1. Rebuskan keledek dan lenyekkan.
2. Seterusnya satukan tepung pulut,tepung ubi dan keledek tadi .Gaul hingga sebati.
3. Sementara itu,bulatkan inti kacang merah
4. Kemudian,Masukkan minyak dan air sedikit demi sedikit kedalam adunan yang siap di gaul

tadi.Gaul sebati.
5. Setelah ianya menjadi doh.Sediakan daun pisang(lap pada bahagian depan dan belakang).
6. Potong daun pisang mengikut saiz acuan kuih angkoo
7. Sapukan minyak pada acuan kuih angkoo (supaya memudahkan adunan di keluarkan)
8. Ambil sedikitdoh dan leperkan ,masukkan inti ditengah dan bulatkan.Letakkan didalam

acuan,tekan dan kemaskan.
9. Keluarkan acuan ke atas daun pisang untuk di kukus.Ulang langkah tersebut sehingga selesai.

14

INDIAN DESSERT

LADDU

BAHAN-BAHAN

Tepung 200 gram
Gula 300 gram
Ghee 2 tbsp
Kacang gajus (potong dadu dan dihiris halus) 50 gram
Kismis (potong dadu dan dihiris halus) 50 gram
Kacang badam (potong dadu dan dihiris dadu0 50 gram
Serbuk buah pegaga 1/4 tbsp
Serbuk halia kering 1/4 tbsp
Soda 1 tbsp
Pewarna makanan kuning 3 titis
Pewarna makanan hijau dan merah 1 titis
Secubis kapur barus yang boleh dimakan

CARA-CARA

MENYEDIAAN BOODI
1. Dalam mangkuk pengadun tambahkan tepung,pewarna makanan kuning dan soda .Masukkan
semua campuran dengan betul.
2. Tuang air sedikit demi sedikit dan campurkan adunan hingga pekat namun berair.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng boondi.Minyak harus dipanaskan pada tahap sederhana
tinggi untuk hasilnya.
4. Boleh menambahkan sedikit ghee ke dalam minyak untuk menambahkan lebih banyak rasa pada
boondi.Gunakan senduk boondi untuk menggoreng .Letakkan senduk di atas minyak panas pada
ketinggian 3 hingga 4 inci dan tuangkan adunan perlahan-lahan.Dengan menggunakan senduk
lain,buat gerakkan bulat pada adunan dan ketuk perlahan.Boondi yang bersaiz kecik akan jatuh dalam
minyak (jangan terlalu minyak)(satu sudu senduk cukup untuk setiap pusingan)
5. Pastikan adunan berada pada konsistensi yang tepat untuk membentuk bulat mutiara.
6. Goreng boondi kurang dari 1 minit.Tidak boleh garing .Pastikan boondi dimasak ,tetapi harustetap
lembut.Keluarkan dan letak diatas tisu.

15

7. Ulang langkah hingga adunan habis .Lap bahagian belakang boondi untuk dapatkan boondi yang
sekata selepas setiap pusingan lain.Anda juga boleh mencampurkan dan menyediakan sebilangan
kecil adunan pewarna hijau dan merah,jika disukai untuk menambahkan lebih banyak warna pada
ladoo anda.
MENYEDIAKAN SYRUP GULA
1. Masukkan gula kedalam kuali dan masukkan air hingga gula merendam.
2. Pada api sedang ,sirap gula akan menggelegak dan mulai menebal dalam sekitar 5-7 minit
3. Pastikan kosistensi sirap gula yang betul tercapai.Periksa sama ada sirap gula mempunyai
konsistensi (sapu bahagian belakang senduk dan sentuh sirap dengan telunjuk dan ibu jari)satu tali
akan terbentuk.
4. Matikan api dan masukkan serbuk buah laga dan serbuk halia kering .Tambahkan kapur barus yang
boleh dimakan.
MENYEDIAKAN LADOO BOONDI
1. Masukkan semua boondi yang telah disediakan kedalam sirap gula.Biarkan sebentar untuk

menyerap sirap gula dengan baik
2. Sementara itu,kacang gajus dan kismis panggang perlahan bersam cengkih dalam ghee .
3. Campurkan hingga pekat dan perlahan-lahan .Anda mungkin mula menggulung ladoo ketika ianya

cukup panas.Ambil boondi dan bentukkan bulat .Ulang langkah ini sehingga boondi habis.
4. Simpan dalam bekas kedap udara .Ianya akan kekal baik selama 5-7 hari.

16

KESARI

BAHAN-BAHAN 300 gram
300 gram
Tepung suji 3 cawan
Gula 3 cawan
Air suam 2 cawan
Susu 200 gram
Ghee 100 gram
Kacang gajus 50 gram
Kacang badam
Kismis
Garam
Pewarna makanan jingga

CARA-CARA

MENYIAPKAN TEPUNG SUJI
1. Panggang tepung suji dia atas api yang perlahan selama 3 atau 4 minit.Setelah aroma

naik,masukkan secawan ghee dan gaul rata.
2. Kacau secara kosisiten selama 2 hingga 3 minit dan berhati-hati kerana campuranya mudah

dimasak.
3. Ketepikan campuran.

MENYIAPKAN BAHAN HIASAN

1. Pada kuali yang berbeza,tambahkan 2 sudu ghee dan panggang kacang dengan api perlahan dan
kismis hingga coklat keemasan .Sekali lagi,berhtai-hati kerana kacang dan kismis juga mudah terbakar.

MENYIAPKAN KESARI

1. Dalam kuali yang sama ,masukkan air suam dia biarkan mendidih.Kemudian,masukkan susu hingga
mendidih.
2. Masukkan segenggam kacang gajus dan badam yang telah dipanggang ke dalam campuran.(Sisa
kacang dan kismis dapat ditambah setelah tepung suji ditambah)
3. Semasa campuran mula mendidih perlahan-lahan,tuangkan tepung suji dan ghee.Berhati-hati
dalam menuangkan tepung untuk mengelakkan pembentukan ketulan tepung.

17

4. Kacau rata .Kesari hampir selesai apabila cecair menguap dan campuran kental seperti halwa
bentuk.Terus kacau kesari dapat mengeras di bawah bahagian kuali.
5. Tambahkan ghee dan kacau.Masukkan lebih banyak kacang dan kismis .Ghee yang ditambah akan
menghasilkan rasa susu yang kaya dan manis untuk kesari.
6. Kesari boleh dibiarkan sejuk di kuali yang sama atau kuali yang berbeza untuk dihidangkan panas
kepada para tertamu.
7. Penyampaian kesari yang lebih baik kepada para tertamu adalah dengan potongan bentuk
berlian .Untuk melakukan ini ,tuangkan campuran ke dalam bekas atau dulang kaca ghee.Tekan
campuran dengan mengunakan tanggan atau gelas kecil.Masukkan ghee untuk memastikan kesari
ditekan dengan baik.Biarkan kesari menyejuk dan memotongnya menjadi kepingan berbentuk berlian
sebelum dihidangkan.

18


Click to View FlipBook Version