The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Hisyam, 2024-01-11 11:13:38

CERITA RAKYAT BEAUFORT

CERITA RAKYAT BEAUFORT

SASTERA RAKYAT SABAH HSYAMUHAMMAD MISTERI DI DAERAH BEAUFORT


HAK CIPTA Kesemua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan di mana-mana bentuk tanpa sebarang kebenaran daripada pihak penerbit kecuali daripada pihak pembaca yang boleh mengulas. Sastera Rakyat ini dibuat untuk memenuhi kompenen kursus CA10103 SEJARAH KESUSTERAAN MELAYU PENASIHAT: CIK FATIN NAJLA OMAR PENULIS / EDITOR / ILUSTRATOR i


PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang lagi pemurah lagi maha pengasihani. Segala puji bagi Nya yang telah memberikan kesempatan untuk penulis membuat tugasan buku cerita rakyat berdasarkan kisah-kisah yang ada di daerah penulis iaitu di Beaufort, Sabah. Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga kerana membantu dari segi kewangan dan memberikan kebenaran untuk melakukan kajian ini. Terima kasih juga kepada Cik Fatin Najla binti Omar dan Dr. Zainal Anwar bin Md. Dawan yang telah banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada penulis untuk membuat tugasan ini. ii


PRAKATA Kedua-dua cerita rakyat ini adalah berasal dari sebuah Daerah yang bernama Beaufort yang berada di Sabah. Penulis telahpun membuat kajian dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada InformenInformen yang telah dipilih oleh pengkaji dalam menyelesaikan kajian ini. Kedua-dua kisah ini merupakan cerita yang masih diperceritakan oleh masyarakat di Daerah Beaufort dan menjadi cerita untuk Daerah tersebut. Akhir sekali, cerita-cerita ini dapat memberi nilai-nilai pengajaran dan keberanian kepada masyarakat untuk dijadikan teladan dan semangat untuk masyarakat. Diharapkan semoga cerita-cerita ini akan memberi banyak manfaat kepada pembaca dan penulis. iii


ISI KANDUNGAN Hak Cipta...................................................i Penghargaan............................................ii Prakata......................................................iii Cerita 1 : Penunggu Sungai Padas.......1-21 Cerita 2 : Berkahwin Dengan Orang Bunian.......................................................1-24 Glosari.......................................................iv Lampiran dan Informen..........................v Biodata Penulis.........................................vi


Pada suatu hari, disebuah Sekolah daerah di Beaufort, terdapat sekumpulan remaja berumur 16 tahun yang bernama Harun, Mamat, Dulah dan Jali. Mereka berkawan sejak kecil lagi, mereka berempat sangat suka dengan aktiviti memancing. Setiap kali cuti sekolah, mereka sering pergi memancing di longkang kampung mereka. 1


2


Suatu hari, selepas tamat waktu persekolahan, mereka bercadang untuk pergi memancing di Sungai Padas iaitu merupakan sungai utama di daerah Beaufort. Namun begitu, mereka berasa ragu kerana mereka tidak pernah memancing di Sungai Padas, sebaliknya hanya memancing di longkang - longkang. 3


Pada pukul 2 petang, mereka turun ke Sungai bersama-sama, masing - masing mereka membawa joran untuk digunakan. Harun dan Dulah pun mencari kawasan yang sesuai untuk memancing manakala Mamat dan Jali pula pergi mencari umpan cacing. Setelah selesai mencari umpan, mereka pun bergegas ke tempat memancing yang telah dipilih oleh Harun dan Dulah. 4


5


Kawasan yang mereka pilih untuk dijadikan tempat memancing merupakan kawasan belukar yang banyak pokok pisang. Tanpa berpikir panjang, mereka pun masing - masing memasang umpan pada joran yang mereka bawa lalu mereka pun mula memancing. Tanpa menunggu lama, joran harun pun mengena seekor udang. Mereka pun gembira dengan hasil yang diperoleh oleh Harun, lalu mereka tambah bersemangat untuk meneruskan memancing. 6


Selepas hampir sejam mereka memancing, salah seorang daripada mereka iaitu harun hendak membuang air kecil lalu harun pun mencari kawasan yang sesuai untuk membuang air kecil dan harun pun pergi ke bahagian belakang yang merupakan kawasan yang dipenuhi dengan pokok pisang. Setelah selesai membuang air kecil, harun pun berasa lega. Sebelum harun beranjak kembali ke tempat rakannya yang lain, dia ternampak sosok seorang wanita yang lengkap berpakaian warna putih disebalik pokok pisang di hadapannya. 7


8


Harun pun tertarik dengan kecantikan perempuan itu lalu Harun terus menuju ke tempat wanita itu dan bertanya kepada wanita itu “Hai cik adik, awak pun nak pergi memancing juga?”. Namun wanita itu hanya diam dan melihat ke arah kawan - kawan Harun. Harun pun mengendahkan kelakuan pelik perempuan itu yang seolah - olah seperti tunggul kayu yang hanya berdiri tegak. 9


Tidak jauh Harun melangkah pergi, wanita itu memanggil Harun dan berkata “baliklah ke rumah kamu sebelum matahari terbenam jika tidak ingin berlaku apa-apa”. Harun pun berasa pelik dan berpikir apakah makna disebalik kata-kata wanita itu. Dengan rasa cemas Harun pun bergegas kembali ke tempat rakannya yang lain. Setiba di sana, muka Harun terlihat pucat sedangkan rakannya yang lain sedang meraihkan kegembiraan atas hasil tangkapan mereka. Harun pun menceritakan perkara yang berlaku tadi kepada rakannya tentang kata - kata wanita itu tadi. 10


....... 11


Namun rakan-rakannya mengendahkan apa yang dikatakan oleh Harun dan berkata “ ala santai lah tidak ada apa-apa juga”. Harun pun hanya menganggukkan kepalanya. Jam pun menunjukkan 6:45petang dan Harun pun mengajak rakannya untuk balik kerana perasaannya mula bercelaru akibat memikirkan apa yang dikatakan oleh wanita misteri itu tadi. Namun rakannya yang lain bercadang untuk balik pada jam7:30 petang. 12


Jam menunjukkan 7:30 petang, mereka pun mula mengemas peralatan memancing mereka untuk kembali pulang ke rumah. Semasa sedang berkemas Harun mendapati salah seorang rakannya tidak berada di kawasan itu iaitu Mamat. 13


Mereka mula berasa pelik kerana baru sebentar tadi Mamat sedang mengemas jorannya, namun begitu, selang beberapa minit Mamat tiba - tiba hilang dari pandangan mereka. Mereka pun memanggil nama Mamat beberapa kali, namun Mamat tidak memberi respon. Dulah menjumpai selipar Mamat di bahagian lereng sungai. 14


15


Selepas puas mencari Mamat tanpa sebarang petunjuk apa - apa, mereka pun bergegas balik dengan berlari dan memberitahu perkara ini kepada warga kampung. Warga kampung pun berkumpul dan mendengar apakah sebenarnya yang berlaku kepada Mamat, Harun pun menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku dan memberitahu tentang perempuan misteri yang dia jumpai siang tadi. 16


Selepas itu, Ketua kampung pun mengambil tindakan pantas dengan menghubungi pihak bomba dan polis tentang kehilangan seorang remaja di sungai padas. Penduduk kampung, polis dan pihak bomba bersamasama melakukan pencarian terhadap Mamat yang dikhuwatiri tergelincir lalu jatuh lemas di sungai. Namun begitu, pencarian mereka ke arah yang buntu kerana ketiadaan petunjuk yang kukuh untuk menyatakan bahawa Mamat jatuh lemas di sungai. 17


Kehilangan mamat menjadi misteri sehingga hari ini kerana tiada sebarang tanda ataupun petunjuk tentang kehilangannya. Setelah kejadian itu, banyak pendapat daripada pelbagai pihak bahawa Mamat yang hilang itu telah disembunyikan oleh makluk air yang besar atau dikenali sebagai penunggu sungai padas yang menjaga sungai itu. 18


19


Namun begitu, kesahihan tentang penunggu sungai padas ini tidak dapat dipastikan sama ada betul wujud ataupun sekadar mitos kerana cerita tentang penunggu ini merupakan cerita yang diceritakan turun temurun dari nenek moyang lagi. 20


Setelah kejadian itu, tidak ada lagi warga di daerah Beaufort yang berani memancing selepas waktu senja tiba kerana mereka menganggap cerita tentang penunggu sungai padas itu benar. 21


CERITA RAKYAT KEDUA BERKAHWIN DENGAN ORANG BUNIAN


Pada suatu ketika dahulu, terdapat sebuah keluarga yang tinggal di daerah Beaufort iaitu di Kampung Kebatu. Japar merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Ayah Japar merupakan seorang penoreh getah manakala ibunya pula suri rumah. 1


2


Japar ialah seorang anak yang rajin dan bertanggungjawab. Setiap kali cuti sekolah, Japar akan menolong ayahnya menoreh getah di kebun mereka seawal jam5:00 pagi. Kehidupan Japar hanya dihabiskan disekolah dan di kebun getah milik ayahnya sahaja. 3


Pada suatu hari, kesihatan Ayah Japar tidak mengizinkan untuk dia turun menoreh getah. Ayahnya menyuruh Japar untuk pergi ke kebun terlebih dahulu seawal 5:00 pagi dan berkata dia akan menyusul kemudian. Japar pun bersedia seawal 4:30 pagi untuk menyiapkan segala kelengkapan untuk 4


dibawa ke kebun. Selepas segala kelengkapan telah lengkap Japar pun bergerak ke kebun dengan menaiki sebuah basikal. Sampai di kebun Japar pun mula melakukan kerja yang biasa dilakukannya iaitu menoreh getah dan menggumpulkan segala getah yang sudah penuh iaitu getah yang sudah dibiarkan semalaman. 5


6


Berhampiran dengan kebun getah Ayahnya terdapat sebuah sungai. Ketika sedang menoreh getah Japar terdengar suara merdu yang sedang menyanyi seperti suara perempuan yang sedang menyanyi sambil menyiram seolah - olah sedang bermandi di sungai. Dia pun perlahan - lahan menuju ke arah sungai untuk melihat dan memastikan apakah ada orang yang sedang mandi di sungai. 7


Setiba di sungai, Japar melihat seorang perempuan sedang mandi sambil menyanyi. Ketika Japar melihat perempuan tersebut, perempuan itu juga melihat Japar dengan senyuman yang manis. Japar terpaku melihat kecantikan perempuan itu dan Japar pun mendekati perempuan itu lalu bertanya siapakah nama perempuan itu dan perempuan itu pun naik ke atas lalu menjawab pertanyaan Japar bahawa namanya ialah soraya. 8


9


Ketika itu Ayah Japar masih belum tiba. Japar yang masih terpesona dengan kecantikan perempuan itu mengikuti perempuan tersebut berjalan menuju ke dalam hutan. Tanpa Japar sedari, dia sudahpun masuk ke sempadan pintu alam bunian apabila melimpasi sebuah pokok besar yang seolah - olah gerbang yang dipenuhi dengan siput babi di bawahnya. 10


Ketika ayahnya sampai, Ayahnya hairan kerana tidak melihat kelibat Japar di kebun sebaliknya hanya melihat peralatan menoreh yang di bawa oleh Japar. Ayahnya dapat merasakan sesuatu yang tidak baik kerana ayahnya tahu di kebun itu ada makluk lain selain daripada manusia. Ini kerana sebelum ini Ayahnya juga pernah mendengar suara nyanyian dari sungai namun Ayahnya tidak memedulikannya. Ayah Japar mengesyaki Japar telahpun termasuk di alam bunian. 11


Ayah Japar dan penduduk kampung yang lain telah mencuba mencari Japar dengan berikhtiar melalui pelbagai cara seperti azan dan membaca ayat Al-quran. Namun begitu, tiada sebarang petunjuk yang membawa kepada penemuan Japar. 12


13


Setelah 2 bulan Japar berada di alam bunian, dia tidak menyedari bahawa dirinya sudah mengahwini wanita yang dijumpainya di sungai berhampiran kebun getah Ayahnya. Japar mulai sedar bahawa dia telah berada di alam bunian dan meminta untuk dikembalikan ke dunia asalnya. Namun puteri bunian enggan melepaskannya. 14


Namun Japar dilepaskan oleh puteri bunian itu kerana isterinya tidak sanggup melihat Japar bersedih setiap hari. Puteri bunian membuat perjanjian dengan Japar bahawa dia mesti berjumpa 2 bulan sekali setiap kali bulan mengembang dan perlu tidur bersamanya. 15


Kembalinya dia ke dunia asalnya, dia pun menceritkan kisahnya kepada ibu dan ayahnya bahawa dia telahpun berkahwin dengan orang bunian dan dia terikat dengan perjanjian orang bunian. 16


Namun, Japar melanggar perjanjian terhadap puteri bunian tersebut dan membuatkan puteri bunian marah dan berjanji akan membalas dendam atas perbuatan yang dilakukan oleh Japar. 17


18


Puteri bunian pun mengarahkan orangnya untuk membuat kekacauan di kebun ayah Japar dengan menganggu hasil tanaman ayah Japar di kebun mereka. 19


Hal ini menyedarkan japar bahawa yang berlaku ini merupakan balasan atas perjanjian yang dilanggarnya terhadap puteri bunian tersebut. 20


Setiba bulan mengembang Japar kembali ke alam bunian dan memohon maaf kepada puteri bunian atas kesalahan yang dilakukannya kerana melanggar perjanjianyang di oleh mereka. 21


22


Akhirnya, Puteri bunian pun memaafkan kesalahan Japar yang melanggar perjanjian dan setelah itu, Puteri bunian tersebut pun mengembalikan kesuburan hasil tanaman ayah Japar. 23


Click to View FlipBook Version