The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dalam E-folio ini kami menerangkan tentang adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum yang ada di Malaysia. Ini bertujuan untuk mengetahui dan melihat adat kaum-kaum yang ada di Malaysia dengan lebih mendalam.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ehsanmubarak07, 2023-12-06 12:37:02

ADAT RESAM PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA DALAM MEMBINA KEDAULATAN NEGARA

Dalam E-folio ini kami menerangkan tentang adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum yang ada di Malaysia. Ini bertujuan untuk mengetahui dan melihat adat kaum-kaum yang ada di Malaysia dengan lebih mendalam.

Keywords: Adat Resam

1 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032) TAJUK: Adat resam pelbagai kaum di Malaysia dalam membina kedaulatan Negara NAMA PENSYARAH: USTAZ AHMAD SYU’AIB BIN ZUKHRI NAMA NO. MATRIK AHMAD SALIHIN BIN ZULKIFLI 33DPC21F1089 EHSAN MUBARAK BIN ABD KADIR 33DPC21F1079 MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL RASHID 33DPC21F1083 DANISH IRFAN BIN NORHAIZAR 33DPC21F1080


2 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif 4 3.0 Definisi Adat Resam 4 3.1 Adat Resam Kaum Melayu 5-10 3.2 Adat Resam Kaum Cina 10-14 3.3 Adat Resam Kaum India 14-18 4.0 Kesan 18-19 5.0 Refleksi 19 6.0 Pengajaran 19 7.0 Kesimpulan 20 8.0 Rujukan 20


3 1.0 Pengenalan Bertahun lama, Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum mempunyai adat resam dan kebudayaan masing-masing yang boleh diamalkan dengan aman dan damai. Adat secara umumnya didefinasikan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang merangkumi segala tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Ianya juga satu peraturan yang diamalkan secara turun temurun dalam masyarakat sehingga menjadi suatu hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Peraturan ini menjadi kebiasaan dan tabiat manusia semula jadi serta kemestiaan yang diikuti dari satu generasi ke generasi yang lain bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu. Adat ialah peraturan yang sudah lama diamalkan yang merangkumi selutuh aspek kehidupan seperti kelahiran , perkahwinan dan kematian. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat mengambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Di Malaysia, adat resam dan kebudayaan dapat dilihat dalam kehidupan bagi setiap ras seperti adat resam masyarakat Melayu, Cina dan India. Tidak lari daripada ayat tersirat mahupun peribahasa yang dapat digambarkan tentang adat resam disini tidak lain dan tidak bukan “Biar mati anak, jangan mati adat”. Peribahasa tersebut memberi impak yang besar tergadap seluruh pelusuk manusia yang menunjukkan sesuatu adat resam yang telah ditetapkan bagi kaum masing-masing itu adalah kuat. Adat resam yang tidak diamalkan kadang menjadi sebuah tanda tanya mengapa ia tidak dipraktikkan ? Selain itu, kitab oleh kaitkan peribahasa yang berbunyi ‘ Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah ‘. Ia memberi maksud bahawa kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang-orang besarnya, kekuatan orang-orang besarnya kerana rakyat-rakyatnya yang bersatu padu. Pertelingkahan antara kaum jarang didengari oleh kerana perhubungan yang saling memahami antara kaum yang membawa atau membina kedaulatan Negara. Rajah 1


4 2.0 Objektif ➢ Mengetahui asas tentang adat resam dalam berbilang kaum ➢ Menyenaraikan 3 adat resam utama dalam kaum Melayu, India dan Cina ➢ Mengetahui nilai-nilai murni yang terkandung dalam pengamalan adat resam ➢ Menghormati adat resam perkauman lain 3.0 Definisi Definisi adat resam • Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun. • Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangan dan telah diterima oleh masayarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi • Manakala perkataan adat resam Bahasa Inggeris iaitu custom memberi maksud suatu adat kebiasaan Rajah 2: Menunjukkan contoh adat resam setiap kaum di Malaysia


5 3.1 Adat Resam Kaum Melayu Adat kelahiran Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dlam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. 1. Lenggang perut atau kirim perut Adat resam ini dilakukan kepada ibu yang hamil tujuh bulan. Bidan yang melakukan upacara tersebut akan memastikan usia bayi dalam kandungan sama ada sudah cukup kiraan bulan atau belum. Alat yang perlu disediakan untuk upacara ini ialah tujuh helai kain tujuh warna, segantang beras, sebiji kelapa, beberapa lembar utas benang mentah, damar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, beberapa batang lilin, tapak sirih yang lengkap isinya Rajah 3 Bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain secara melintang dengan berlapis lapis. Dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut, bidan mengurut badan ibu hamil dalam masa yang teretntu. Selanjutnya, bidan menagmbil buah kelapa lalu digolekkan dari atas ke bawah sebanyak tujuh kali. Bidan memerhati ‘mata’ kelapa tersebut, jikalau mata kelapa itu menghadap ke atas maka anak tersebut anak lelaki dan sebaliknya.


6 2. Memotong Pusat dan Tanggal Pusat Selepas bayi selamat dilahirkan, bidan memotong tali pusatnya dengan sembilu buluh. Tali pusat itu dialaskan di atas sekeping wang perak RM1. Sebelum pemotongan dilakukan, iaitu lebih kurang tiga jari dari perut, tali pusat itu diikat erat dengan benang putih. Benang itu juga diikat pada jarak satu jari hingga tujuh kali ikat benang. Di antara ikatan yang keenam dengan ketujuh itulah tali pusat akan dipotong. Rajah 4: Proses memotong tali pusat 3. Membelah Mulut, Cukur Rambut dan Memberi Nama Anak Upacara ini dilakukan dengan mencicip air manisan atau madu lebah, buah kurma atau yang seumpamanya pada langit-langit bayi. Bayi dibelah mulutnya dengan cincin emas yang telah dicicpkan dengan air sirih pinang.seterusnya nama anak akan dibagi. Rajah 5: Majlis cukur jambul


7 Adat Perkahwinan Adat perkahwinan tradisional masyarakat melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik, meninjau, pinangan, menghantar tanda, hantaran belanja, menjemput, nikah, berinai, bersanding dan jemput menantu. 1. Merisik atau meninjau Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khusunya ibubapa. Setelah lelaki dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih, usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada Wanita tersebut sudah berpunya ataupun tidak. Rajah 6: Gambaran merisik Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si lelaki. Apabila diketahui si gadis belum berpunya, upacara peminangan akan diaturkan oleh pihak lelaki. 2. Upacara menghantar tanda Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaanya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak lelaki untuk disarungkan pada jari tunangnya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah si gadis. Rajah 7: Cincin pertunangan melambangkan tanda


8 Cincin ini disebut sebagai tanda dimana Wanita tersebut telah dimiliki oleh si lelaki.ia biasanya diiringi wang hantaran sebagai wang hantaran belanja.tarikh perkahwinan juga akan dibincangkan bersama. 3. Menjemput Waris bakal pengantin (ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampung itu untuk memberitahu tentang hari perkahwinan tersebut. Rajah 8 Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin Perempuan. 4. Upacara nikah Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali Perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pengantin Perempuan dan menjadi haknya. Rajah 9: Gambaran proses perniakahan


9 5. Berinai besar Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin Perempuan dengan iringan Arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin Perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki. Rajah 10: Tangan yang sudah berinai 6. Hari persandingan Di hari persandingan jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin Perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin Perempuan. Hantaran akan dibawa Bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu. Rajah 11: Gambaran majlis bersanding 7. Jemput Menantu Majlis jemput menantu atau menyambut menantu diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.


10 Adat Kematian Adat kematian dalam Islam dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan mengikut adat dan tafsiran setempat. Terdiri daripada empat proses iaitu: 1) Memandikan Jenazah - Perkara utama ialah membersihkan jenazah secara fizikal. Sehelai kain diletakkan ke atas badannya kemudian disiram. Alat sulit jenazah harus ditutup sepanjang proses mandian dijalankan. 2) Mengkafan Jenazah – Perkara utama ialah memelihara kehormatan dalam proses membalut jenazah supaya bahagian aib atau sulit tidak dilihat oleh orang lain. Bagi mengelakkan jenazah berbau, minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol akan disapu ke seluruh badan sebagai contoh ialah kapur barus. Rajah 12: Proses mengkafankan jenazah dan memakaikan wangi-wangian 3.2 Adat Resam Kaum Cina Bagi orang-orang Cina kelahiran anak juga merupakan satu peristiwa penting. Seorang ibu bagi kaum Cina sangat mengambil berat terhadap diri mereka sendiri sebelum melahirkan anak. Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya, di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah-ubah, terutamanya katil. Memaku di dinding dalam rumah tidak dibenarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat terutamanya (terkejut dan terpengaruh) dengan benda-benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira sebulan selepas bersalin. Seperti orang Melayu, orang Cina tidak suka bayi yang kecil dipuji berat badannya . Sebaliknya, kata-kata pujian seperti gemuk dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila sudah berumur sebulan. Saudara mara dan handai memberi hadiah yang boleh digunakan oleh bayi. Hadiah-hadiah itu dibalut dalam kertas merah.


11 Adat Perkahwinan Perkahwinan dalam Masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melalui keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam Masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dapat dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit yang sama ada oleh ibu-bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan Perempuan diberi diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya, adat resam perkahwinan Masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. 1) Merisik. Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang perempuan yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil tentang agama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku Perempuan yang diinginkan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si Perempuan. Sebahagian Masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan Bersama ini amat penting dalam Masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan hubungan diantara kedua belah keluarga. Perbincangan Ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan. Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing- masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin Perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. 2) Bertunang. Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuai dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan menghadapi kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang


12 yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinanatau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya. ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran maskahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. Rajah 13: Gambaran pertunangan kaum Cina 3) Majlis Perkahwinan Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapatkematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan padatahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinansewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan padamasa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akandiiringi oleh pengiring masingmasing.


13 Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantinakan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkankeluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan.la merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantinakan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan..Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.Tetamu- tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahlikeluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akanmenandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Rajah 14: Gambaran majlis perkahwinan bagi kaum Cina ADAT KEMATIAN Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian. Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta disapu denganminyak wangi dan disolek. Selepas itu, tubuh mayat akan dipakaikan baju Kafan dandimasukkan ke dalam keranda.Saudara-mara dan kawan-kawan si mati akan diberitahu tentang berita kematian si matidan mereka akan menghadirkan diri ke upacara pemakaman dengan membawa hadiahdan wang derma sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati.


14 Lagu agama atau lagu tradisional masyarakat Cina akan dimainkan dengan kuat sebagai lambang kesedihan dan wang kertas yang disalut logam akan dicampak di sepanjang perjalanan.Setelah sampai ke tanah perkuburan, mayat akan dikebumikan apabila tepat padamasanya. Selepas itu, upacara menyembah kubur dan pembakaran barang persembahan buatan kertas akan dijalankan seperti pembakaran wang kertas dan pakaian kertas. Rajah 15: Gambaran adat kematian bagi kaum Cina 3.3 Adat Resam Kaum India Adat Kelahiran Kelahiran anakjuga merupakan suatu peristiwa yang penting dikalangan kaum India. Setelah bayi itu dilahirkan, si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handal tentang kelahiran tersebut secara lisan atau melalui surat. Pada masa kini, banyak lagi alat komunikasi yang boleh digunakan. Selama enam belas hari, bermula bayi dilahirkan, keluarga itu dianggap tidak suci. Suatu upacara diadakan pada hari yang ke enam belas umyuk merasmikan penamaan anak itu. Pada hari itu, rumah dan buaian dihiasi dan kenduri khas diadakan untuk para jemputan. Nama yang akan diberi kepada bayi itu, biasanya dipilih dengan teliti setelah merujuk kepada takwim Hindu dan menentukan bintang hari kelahirannya. Nama yang diberikan kepada bayi itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut. Waktu memberi nama, bayi itu dipangku oleh orang-orang tua bergilir-gilir dengan iringan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kaum wanita. Adat Perkahwinan Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklafikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikattirumanam, tamil tirumunam, eliyat tirumunam. Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya. 1) Merisik Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti factor etnik, sub etnik, kasta dan agama, Selain itu, factor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek


15 seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Rajah 16 2) Kunjungan ke rumah pengantin Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai ThirumanamPoruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. 3) Prosedur ikat janji atau Niccayam Ia dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti buah kelapa, sirih pinang, binga-bingaan, buahbuahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulanmarrutal. 4) Adat Parisa Ia terbahagi kepada dua iaitu parisamnbiasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisma adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pangantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami Sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat purana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar


16 oleh seseorang wanita lain ke ruang tamu. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya, kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkawinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambing keharmonian. Rajah 17 5) Adat Mukuurtakkal Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtakaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk manjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurttakaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Rajah 18 6) Upacara Kanggenam Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda denga berdoa supaya pengantin hidup Bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijiran setelah selesai acara menyarung cincin.


17 Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mentua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mentua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Adat Kematian Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali kea lam barzakh. Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan. Antaranya, apabila seorang individu meninggal dunia, ahli keluarganya atau waris terdekat perlu mendapatkan sijil kematian dan permit untuk melangsungkan upacara pembakaran mayat. Selepas mendapat permit, ahli keluarga atau waris perlu menghubungi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan upacara kematian bagi menentukan masa dan tempat jenazah boleh dibakar. Selain itu, kenderaan untuk mambawa keranda ke tempat pembakaran juga perlu ditempah. Jenazah akan diletakkan diruang tamu dengan kepala jenazah menghadap ke arah selatan, ibu jari kedua-dua kaki diikat Bersama dan keduadua tangan diletakkan di atas dada dengan ibu jari kedua-dua tangan diikat bersama. Jenazah ditutup sampai ke paras leher dengan kain putih untuk lelaki atau janda atau kain berwarna jingga, kuning atau merah untuk wanita yang berkahwin atau bujang. Sebelum jenazah dimandikan, ahli keluarga terdekat akan menyapu minyak dan serbuk “seeka” pada dahi jenazah. Hanya kaum lelaki akan memandikan jenazah jika si mati adalah lelaki dan begitu juga jika si mati adalah seorang wanita. Selepas dimandikan, jenazah akan dipakaikan pakaian kegemarannya atau pakaian pakaian yang digunakan ketika majlis perkahwinan. Jenazah kemudian akan dimasukkan dalam keranda dan diletakkakan di anjung rumah dengan kaki si mati menghala ke pintu masuk rumah. Ahli keluarga dan kawan akan memberi penghormatan terakhir dengan mendengdangkan lagu-lagu sembahyang, meletakkan beras dan duit berdekatan dengan mulut jenazah dan berjalan keliling keranda sebnayak 3 kali. Ketika ini, cucu-cucu si mati akan berdiiri dikeliling keranda dengan memgang pandam, iaitu batang pisang yang diiikat dengan kain yang direndam dalam minyak sapi dan dinyalakan. Keranda kemudian diarak keluar dan di masukkan kedalam kenderaaan khas untuk jenazah


18 dengan diiringi anak lelaki atau waris yang akan melangsungkan upacara pembakaran dan kaum lelaki sahaja. Kaum wanita tidak dibenarkan ke tempat pembakaran mayat. Di tempat pembakaran, mula-mula, orang yang membantu dalam upacara kematian akan berjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali bermula dari kaki jenazah diikuti dengan ahli keluarga lelaki yang akan mengelilingi keranda hanya sekali. Bacaan doa akan dilakukan dan seterusnya, anak lelaki atau waris akan mengangkut sebuah pasu tembikar berisi air di bahu kirinya dan berjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali. Diakhir setiap pusingan, waris terdekat akan membuat satu lubang pada pasu dan di pusingan akhir belanga itu dijatuhkan ke tanah. Selepas itu, jenazah akan dibakar oleh anak lelaki atau waris. Di rumah, kaum wanita akan membersihkan rumah dan segala alatan yang digunakan untuk upacara kematian akan dibuang. Keesokan hari, anak lelaki atau waris dan beberapa orang yang terlibat dengan upacara pembakaran akan mengumpul abu dan tulang jenazah dan membawanya ke laut atau sungai dan dikocakkan dalam air. Selepas itu, pada hari ke 10, 12,16 atau 31, anak lelaki akan ke kuil dan sembahyang. Tempoh berkabung adalah selama setahun dan orang yang melakukan upacara pembakaran tidak akan ke luar negara, sembahyang di kuil atau menyambut sebarang perayaan. Rajah 19: Proses pengebumian bagi kaum India 4.0 Kesan Adat resam pelbagai kaum di Malaysia memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan kedaulatan negara dengan menyumbangkan kepada kesatuan, kepelbagaian budaya, serta pemahaman antara masyarakat berbilang etnik. Ia mengukuhkan identiti negara Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya yang berbeza tetapi bersatu dalam keharmonian. Adat resam ini turut membina asas kepercayaan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, yang merupakan elemen penting dalam pembangunan negara yang mampan. Seterusnya, adat resam pelbagai kaum di Malaysia juga membantu dalam pembentukan nilai-nilai kebersamaan, toleransi, dan saling hormat-menghormati antara masyarakat berbilang budaya. Ini memperkukuhkan asas untuk persefahaman yang lebih baik di kalangan kaum yang berbeza, menyumbang kepada keamanan sosial dan kestabilan


19 negara. Selain itu, adat resam ini turut menjadi tarikan pelancongan dan memperkukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya yang unik. 5.0 Refleksi Adat resam pelbagai kaum di Malaysia merupakan cerminan kepelbagaian budaya yang memperkukuhkan kekuatan negara melalui pengiktirafan dan penghayatan terhadap warisan serta tradisi masing-masing. Kelestarian adat resam ini menjadi asas kepada integrasi sosial yang harmoni, mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang etnik, serta menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan negara. Dengan menonjolkan keunikan budaya setiap kaum, Malaysia memperlihatkan kekayaan warisan yang menjadi satu identiti bersama, membina kedaulatan negara dalam keberagaman. Adat resam pelbagai kaum di Malaysia juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti kebangsaan sambil menerima perbezaan budaya antara masyarakatnya. Penghargaan terhadap adat istiadat setiap kaum menyumbang kepada wujudnya keserasian dalam kepelbagaian, memupuk rasa kesetiaan dan kesetiaan kepada negara. Ini memperkukuhkan kedaulatan negara dengan menyatukan rakyat di sebalik perbezaan budaya, bahasa, dan kepercayaan, serta membina asas yang kukuh bagi kemajuan bersama sebagai sebuah negara yang progresif dan harmoni. 6.0 Pengajaran Pengajaran yang diamalkan dalam pengamalan adat resam pelbagai kaum di Malaysia adalah: 1) Kita mestilah percaya kepada Tuhan mengikut agama dan kepercayaan masing-masing. 2) Kita hendaklah mengeratkan hubungan silaturrahim dan saling menyayangi sesama ahli keluarga. 3) Kita haruslah mengekalkan tradisi kekeluargaan supaya tradisi yang dibina keluarga tidak dilupakan. 4) Kita sepatutnya bertolak ansur dalam menghormati adat resam kaun lain supaya tidak berlaku persefahaman antara kaum. 5) Kita mestilah menghargai warisan budaya dan menghormati adat turun temurun kerana sesuatu warisan tersebut amat berharga.


20 7.0 Kesimpulan Negara ini memiliki kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lain yang lebih kecil populasinya lalu mewarnai kehidupan negara yang unik ini. Adat resam sering digunakan sebagai pengukur betapa tingginya kebudayaan sesbuah bangsa. Peranan paling dominan yang mampu dimainkan oleh adat resam ialah adat menonjolkan budaya sesuatu kaum itu. Sikap mengutamakan adat resam menjadikan semua pihak melihat adat resam sesuatu yang penting umpama bahan Sejarah yang harus dipelihara dan dihargai serta dijadikan panduan Ketika mealkukan sesuatu perkara. Pengalaman adat resam memberikan satu harapan bahawa budaya sesuatu masyarakat itu akan terus wujud dalam dunia ini dan tanpa pengalamannya sudah pasti sesuatu kaum itu akan hilang dari muka bumi ini. Sesungguhnya, adat resam memberi satu sebab supaya budaya kaum diteruskan dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa adat mampu mengubah kehidupan masyarakat. Kesimpulannya, adat resam perlu disanjung dan dilihat sebagai sesuatu yang berharga dalam kehidupan bermasyarakat kini. Sudah acap kali kita melihat remaja melupakan adat resamnya kerana menganggap adat resam tidak mampu untuk hidup seiring dengan perubahan zaman. Memang ada adat resam yang sudah ketinggalan tetapi adat resam masih terus menjadi satu pegangan yang kukuh dalam diri seseorang itu kerana tanpa adat resam tiadalah manusia. 8.0 Rujukan 1) Ramli, M. A., & Jamaludin, M. A. (2011). Uruf Majmuk: konsep dan amalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Jurnal Fiqh, 8(1), 45–64. https://doi.org/10.22452/fiqh.vol8no1.3 2) Aliff Hakim. (2019). Adat resam pelbagai kaum di Malaysia dalam membina kedaulatan Negara https://anyflip.com/explore?q=adat/resam/pelbagai/kaum/di/malysia 3) Azman Kadir. (2020). Keunikan adat resam di Malaysia https://anyflip.com/explore?q=keunikan adat/resam/pelbagai/kaum/di/malysia


21


Click to View FlipBook Version