OLEH: AIMAN HASHIM PENTAKSIRAN Analisis ALTERNATIF
PENGHARGAAN Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pentaksiran ini juga dirangka berdasarkan maklumat kursus, soalan pentaksiran dan rubrik. Saya juga telah mendapat taklimat pentaksiran berterusan untuk kursus ini dengan jelas dan terperinci sebelum memulakan pentaksiran. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Dr. Mohd Azmi bin Mat Yusoff, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan kerana telah melancarkan urusan pentaksiran berterusan ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Puan Aminawati Zahara binti Mohamad yang mengajar saya dalam kursus EDUP3153 Pentaksiran Dalam Pendidikan. Pensyarah saya telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya serta telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang menyediakan saya dengan pemudahcara untuk menyiapkan pentaksiran berterusan ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya melaksanakan tugasan ini. Oleh itu, pentaksiran ini berjaya disiapkan mengikut ketetapan yang diperuntukkan. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Mereka juga merupakan tempat untuk berkongsi pendapat dan membuka fikiran dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
KANDUNGAN PENGHARGAAN KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 JUSTIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF 2.1 Instrumen Pentaksiran Pertama 2.2 Instrumen Pentaksiran Kedua 2.3 Instrumen Pentaksiran Ketiga 3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF 3.1 Instrumen Pentaksiran Pertama 3.2 Instrumen Pentaksiran Kedua 3.3 Instrumen Pentaksiran Ketiga 4.0 PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN
Pendahuluan 01 BAB
1.0 PENDAHULUAN Pentaksiran merupakan salah satu komponen penting yang wujud dalam pendidikan. Pentaksiran wujud untuk menilai tahap penguasaan murid. Menurut Anniliza Mohd Isa (2020), menyatakan bahawa pentaksiran bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Hal ini dapat membantu guru untuk mengambil tindakan susulan yang sesuai sama ada untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran murid. Di samping dapat memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Pentaksiran yang digunakan dalam organisasi pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran sumatif dan pentaksiran formatif. Pentaksiran sumatif merupakan pentaksiran formal untuk mengesan pencapaian murid yang melibatkan beberapa unit pembelajaran manakala pentaksiran formatif pula bertujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan bagi membaiki kelemahan dalam satu unit pembelajaran atau kemahiran. Pentaksiran formatif ini juga kebiasaannya dilakukan secara tidak formal namun adakalanya formal. Seterusnya, dalam pelaksanaan pentaksiran formatif ini terdapat beberapa pentaksiran alternatif yang boleh dilakukan. Menurut Mohd Haidzir Yusof@Jusoh dan Norasmah Othman (2019), menyatakan bahawa Pentaksiran Alternatif merupakan salah satu sistem pentaksiran baharu yang digunakan untuk menilai kebolehan dan pencapaian murid secara holistik dan auntentik. Terdapat 13 strategi pentaksiran alternatif yang boleh digunakan dalam menilai penguasaan murid. Perancang kepada pembelajaran iaitu guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai bagi memastikkan pentaksiran yang digunakan benar-benar dapat menilai murid secara holistik. Oleh itu, pentaksiran alternatif memainkan peranan yang cukup vital dalam mengenal pasti kemampuan murid. Sungguhpun begitu, sejauh manakah penggunaan instrumen pentaksiran alternatif ini dapat menentukan tahap pengguasaan murid. Oleh itu, penulis akan merungkai tiga instrumen pentaksiran alternatif berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH).
Justifikasi Instrumen Pentaksiran Alternatif 02 BAB
2.0 JUSTIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF Pelbagai instrumen pentaksiran alternatif boleh digunakan untuk menilai kemahiran membaca dalam subjek Bahasa Melayu. Justifikasi instrumen ini dilakukan berdasarkan RPH yang dilampirkan di lampiran. 2.1 Instrumen Pentaksiran Pertama Rajah 1
Instrumen pentaksiran yang digunakan berdasarkan RPH ialah bacaan melalui penilaian sebutan dan intonasi. Namun berdasarkan strategi pentaksiran alternatif, kaedah ini tidak termasuk daripada 13 strategi yang ada. Sungguhpun begitu, berdasarkan langkah yang diberikan di dalam RPH penulis menafsirkan kaedah pentaksiran alternatif yang digunakan ialah pentaksiran rakan sebaya. Hal ini disebakan kerana aktiviti PdP keempat yang menyatakan murid lain diminta memberi maklum balas berdasarkan sebutan dan intonasi bacaan murid lain. Seterusnya, pentaksiran yang dilakukan ini bersesuai dalam menilai tahap penguasaan murid seperti yang dinyatakan di objektif pertama. Hal ini kerana, objektif tersebut menekan kepada perbuatan verbal atau lisan yang seharusnya dinilai oleh pelbagai pihak kerana setiap orang memiliki persepsi berbeza terhadap bacaan dan intonasi dalam menyampaikan maklumat atau dalam konteks aktiviti PdP di atas ialah berita mengenai banjir. Maklum balas yang diperoleh daripada murid-murid lain akan menjadi justifikasi kepada tahap penguasaan murid tersebut dalam menguasai standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Di samping itu, terdapat satu kelompong daripada pentaksiran yang dilakukan iaitu tiada senarai semak yang disediakan untuk menjadi eviden kepada pentaksiran yang dilakukan. Hal ini akan menjadikan pentaksiran rakan sebaya kurang efisien kerana murid lain diberi peluang untuk menilai murid yang membaca berita tersebut dalam skop yang luas. Secara tidak langsung, aspek yang difokuskan berkemungkinan besar tidak dinilai oleh murid lain. Tambahan pula, guru juga tidak memberi sebarang arahan tambahan untuk membantu murid menilai elemen-elemen yang perlu.
2.2 Instrumen Pentaksiran Kedua Rajah 2 Cara pentaksiran yang digunakan berdasarkan RPH ialah gaya penyampaian. Sungguhpun begitu, instrumen pentaksiran ini tidak terkandung dalam mana-mana strategi pentaksiran alternatif yang ada. Berdasarkan langkah 2 aktiviti PdP, penulis dapat menaksirkan bahawa perancang RPH ingin menilai murid dari aspek gaya penyampaian. Gaya penyampaian membawa kepada dua perkara iaitu lisan yang merujuk kepada lontaran suara dan sebagainya serta bukan lisan yang merujuk kepada bahasa badan, ekpresi muka dan lain-lain. Maka, daripada aktiviti yang dijalankan, perancang RPH tersebut ingin menaksir murid melalui kaedah pemerhatian.
Di samping itu, kaedah pemerhatian sangat sesuai digunakan dalam menilai tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Hal ini kerana, murid bukan hanya ingin dinilai dari segi kebolehan membaca tetapi gaya penyampaian itu sendiri. Gaya penyampaian tidak mampu ditaksir sekiranya guru tidak melakukan pemerhatian yang baik. Contohnya, pergerakan badan serta ekspresi muka tidak boleh dinilai dengan hanya mendengar atau menggunakan pancaindera telinga. Oleh yang demikian, pemerhatian juga akan menjadi pilihan utama untuk mentaksir secara holistik. Seterusnya, pemerhatian yang dilakukan tidak akan menjadi satu pentaksiran yang sempurna sekirannya tiada bahan bukti yang sediakan ataupun eviden. Hal yang demikian menyebabkan pentaksiran ini memiliki satu kelompongan dari segi borang penilian yang tidak disediakan oleh guru. Setelah menilai secara keseluruhan RPH yang disediakan serta instrumen pentaksiran, tiada borang penilaian yang dilampirkan bersama sebagai eviden kepada pentaksiran yang dilakukan. Borang penilaian cukup penting bagi instrumen pemerhatian kerana aspek yang dinilai perlu sama dan guru mempunyai rujukan untuk membantu murid menguasai kandungan pengajaran samada melalui aktiviti pengayaan, pengukuhan mahupun pemulihan.
2.3 Instrumen Pentaksiran Ketiga Rajah 3
Instrumen pentaksiran ketiga ialah tugasan bertulis. Instrumen ini menepati strategi pentaksiran alternatif yang ada. Instrumen ini digunakan untuk menilai tahap murid memahami bahan bacaan tersebut. Dalam pentaksiran ini, murid akan menulis maksud rangkap sajak ataupun ilmu yang terdapat dalam sajak. Walaupun kemahiran fokus yang ditekankan dalam RPH ini ialah kemahiran membaca, hal ini tidak menghalang murid daripada menulis untuk mengukur tahap penguasaan tersebut. Hal ini disebabkan kerana, objektif pembelajaran yang digariskan ialah menyatakan kandungan teks sastera atau dalam konteks ini ialah sajak. Maka instrumen yang sesuai ialah tugasan bertulis. Selain itu, tugasan bertulis akan disemak oleh guru. Berdasarkan lampiran yang disediakan, guru telah menyediakan lampiran hasil kerja murid mengikut kategori lemah, sederhana dan cemerlang. Hal ini sangat baik kerana guru mempunyai eviden hasil daripada pentaksiran yang dijalankan. Sungguhpun begitu, tugasan bertulis ini dilakukan secara kumpulan. Hal ini akan meragui keputusan pentaksiran kerana kemungkinan besar hasil kerja tersebut tidak disumbangkan oleh semua murid yang ada dalam kumpulan tersebut memandangkan ini merupakan tugasan bertulis dan bukannya pentaksiran kumpulan. Berdasarkan ketiga-tiga instrumen pentaksiran, kesemuanya memiliki rubrik dalam menetapkan tahap penguasaan murid yang bermula daripada tahap satu hingga tahap enam. Rubrik yang disediakan tersebut digabungkan untuk kesemua aspek yang dinilai. Sekirannya dua pentaksiran yang dilakukan untuk menilai objektif pembelajaran maka, kedua-dua pentaksiran itu dinilai mengunakan satu rubrik sahaja. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru menilai murid secara keseluruhan penguasaan bukannya berdasarkan satu-satu standard pembelajaran atau objektif pembelajaran. Sungguhpun begitu, rubrik yang dibina cukup baik kerana mampu memberi panduan kepada guru dalam memberikan markah atau penilaian kepada murid.
Cadangan Penambahbaikan Instrumen Pentaksiran Alternatif 03 BAB
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF Pentaksiran yang dilakukan sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk ditambah baik bagi memastikan kualiti pentaksiran semakin meningkat. Berdasarkan justifikasi intrumen pentaksiran diatas terdapat beberapa perkara dapat ditambah baik selaras meningkatkan lagi mutu penilaian. 3.1 Instrumen Pentaksiran Pertama Penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam instrumen pertama ialah penyediaan senarai semak. Senarai semak ini diperlukan bagi membantu murid untuk menilai rakan mereka berdasarkan kriteria yang sepatutnya dinilai oleh murid. Hal ini segali gus dapat membantu guru untuk mendapatkan penilai daripada murid yang lebih menjurus kepada kehendak dan objektif pembelajaran. Contoh senari semak ialah seperti berikut: No. Nama Intonasi (5) Sebutan (5) Catatan 1. Ismail Zawawi 3 4 Bacaan tiada lenggok PETUNJUK 1 – Lemah 2 – Memuaskan 3 – Sangat Memuaskan 4 – Baik 5 – Cemerlang Selain itu, kriteria yang digunakan ini perlu diterangkan terlebih dahulu oleh guru agar penilaian yang dilakukan oleh murid lebih berfokus. Senarai semak ini tidak perlu diedarkan kepada semua murid. Cukup sekadar satu salinan pada guru. Selepas maklum balas yang diberikan oleh murid, guru boleh mengisi terus senarai semak ini yang bakal menjadi eviden kepada pentaksiran yang dilakukan. Contohnya, selapas Ismail membaca berita, murid lain akan memberikan maklum balas secara umum dan diakhir maklum balas murid akan menyatakan skor yang layak diberikan kepada Ismail daripada satu hingga 5.
3.2 Instrumen Pentaksiran Kedua Instrumen pentaksiran kedua boleh ditambah baik dengan penyediaan borang penilaian. Borang penilaian tersebut perlu meliputi aspek yang ingin diukur berdasarkan objektif pembelajaran. Dalam melengkapkan lagi pentaksiran, guru harus memiliki rubrik khusus untuk borang penilaian ini. Contoh borang penilaian yang boleh digunakan ialah seperti berikut: No Nama Gaya Penyampaian Lisan (10) Bukan Lisan (10) 1. Zulhimi Shamsudin 8 6 Selain itu, pentaksiran ini boleh digabungkan dengan beberapa strategi pentaksiran alternatif yang lain seperti amali dan sebagainya. Hal ini kerana, semua murid dalam setiap kumpulan akan memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penyampaian berita tersebut. Kaedah tersebut dapat juga digunakan tetapi yang paling sesuai ialah pemerhatian kerana guru dapat melihat secara keseluruhan semua murid yang terlibat. 3.3 Instrumen Pentaksiran Ketiga Penambahbaikan yang dapat dilaksanakan dalam instrumen pentaksiran ketiga ialah melaksanakan tugasan bertulis secara individu. Hal ini bertujuan menilai kefahaman murid tentang sajak secara lebih terperinci. Dengan ini, tahap kefahaman setiap murid dapat diketahui. Memahami kandungan sajak ialah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Sungguhpun begitu, murid telah pun diberikan penerangan oleh guru dan tidak menjadi masalah yang besar sekiranya tugasan ini dilakukan secara individu. Sekirannya murid benar-benar fokus, maka mereka mampu memahami kandungan dan seterunya memenuhi objektif pembelajaran. Oleh yang demikian, murid perlu dinilai secara individu agar kelemahan setiap orang dapat dikesan seterusnya diambil tindakan. Dengan ini, tiada isu keciciran pembelajaran berlaku.
Seterusnya, pentaksiran ini juga boleh ditambah baik dengan melakukan pentaksiran berkumpulan. Memandangkan aktiviti pembelajaran telah dilakukan secara berkumpulan, pentaksiran berkumpulan juga sesuai digunakan. Hal ini kerana, murid diminta untuk menyediakan bahan bertulis pada kertas mahjong seterusnya dibentangkan di dalam kelas. Setiap kumpulan perlu membentangkannya. Oleh itu, pentaksiran berkumpul sangat sesuai digunakan kerana guru dapat menilai murid bukan sahaja berdasarkan objektif tetapi kemahiran insaniah juga dapat digilap. Selain itu, aktiviti berkumpulan ini dapat memberi murid lebih semangat untuk bersaing antara satu sama lain sekaligus murid keluar membentang dengan hasil yang lebih baik. Pemahaman setiap individu berdasarkan sajak cukup berbeza. Dengan kerja berkumpulan hasil tersebut mungkin diluar jangka dan lengkap kerana terbentuk daripada perbincangan. Secara tidak langsung murid akan lebih menguasai topik yang dipelajari.
Penutup 04 BAB
4.0 PENUTUP Pelbagai instrumen pentaksiran dapat digunakan sebagai kayu ukur kepada tahap penguasaan murid. Sungguhpun begitu, bukan semua pentaksiran sesuai digunakan untuk menilai sesuatu hasil pembelajaran. Oleh itu, guru sebagai perancang pembelajaran perlu bijak memilih strategi yang sesuai agar elemen yang hendak dinilai dapat dinilai sebaik mungkin tanpa gangguan faktor luaran. Kemahiran guru dalam melakukan pentaksiran perlu dititikberatkan. Penggunaan mana-mana strategi pentaksiran mestilah lengkap dan bermutu. Tuntasnya, pentaksiran dalam pendidikan cukup penting kepada murid dan guru dalam usaha menambah baik kualiti pendidikan hasil daripada data yang diperoleh melalui pentaksiran yang dilakukan.
Rujukan
RUJUKAN Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin, Abdul Ghani Kanesan Abdullah, & Wan Fadhlurrahman E. Md Rasidi. (2020). Transformasi pendidikan tahap 1: Peperiksaan ke pentaksiran bilik darjah (PBD), kesan terhadap autonomi guru. Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussein, & Zakirah Imana Ho Abdullah (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Local Publications (M) Sdn Bhd. Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah OthmanYusof. (2019). Isu dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan Antrabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 24-25. Nurul Fadly Habidin, Tuan Waheda Tuan Chik, Sharon Yong Yee Ong, Ummu Aiman Muhammad, & Nursyazwani Mohd Fuzi. (2020). Isu dan cabaran dalam pendidikan: Strategi dan inovasi (pp.218–231). Kaizentrenovation Sdn. Bhd.
Lampiran
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4 BAHASA MELAYU SK Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 4 Avicenna Bilangan murid : / 40 orang Tarikh : 31 Januari 2024 Hari : Rabu Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi Tema : Kelestarian Alam Tajuk : Banjir Kemahiran Fokus : Kemahiran Membaca Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat berita di kaca televisyen. Standard kandungan : 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. Standard pembelajaran : 2.3.2 Membaca karya sastera, dan karya bukan sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai. Objektif PdP : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Membaca petikan teks berita “Banjir di Johor Bahru” dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang sesuai. 2. Menyampaikan berita berdasarkan teks berita “Banjir di Johor Bahru” dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian sesuai. Kriteria Kejayaan (Selepas Induksi) : Pada akhir pembelajaran, saya dapat: 1. Membaca petikan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Menyampaikan berita menggunakan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian sesuai. 3. Menyatakan cara menjaga keselamatan sewaktu banjir
Sistem Bahasa : - Kosa kata : - Sebutan dan intonasi Kemahiran Berfikir KBAT : - Mengaplikasi - Menganalisis Elemen merentas kurikulum : - Nilai murni - Pendidikan alam sekitar Penerapan Nilai : - Kasih sayang (alam sekitar) - Kerjasama Amalan Pedagogi Masa Kini : - Kompetensi 6C: Komunikasi - Pembelajaran Kontekstual Terarah Kemahiran Insaniah : - Kemahiran Komunikasi - Kemahiran Sosial (Kerja Berpasukan) - Pemikiran Kritis dan Kemahiran Penyelesaian Masalah Bahan bantu belajar (BBB) : Bil. Perkara 1. Video Youtube “Banjir Puchong (Drone view)” 2. Video rakaman Cikgu Amira “Banjir di Johor Bahru” 3. Teks berita “Banjir di Johor Bahru” 4. TikTok jadian 5. Payung 6. Mikrofon 7. Wheel of names Pentaksiran PdP : Bacaan (Teks berita), Penyampaian
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan Pendahuluan (±1 minit) Pengurusan Bilik Darjah Set induksi (± 4 minit) Pengenalan tajuk 1. Tayangan video Youtube. 2. Soal jawab Soalan guru dan jangkaan jawapan murid: i. Guru: Apakah bencana yang ditunjukkan dalam video sebentar tadi? Murid: Banjir ii. Guru: Apakah kesan banjir kepada manusia? Murid: Rumah tenggelam, kereta rosak 3. Topik pembelajaran 1. Murid-murid melihat tayang video tersebut dengan teliti. 2. Murid menjawab soalan guru berdasarkan tayangan video. 3. Murid bersama guru mengaitkan perkara yang dibincangkan dengan topik pembelajaran BBB Video Youtube “Banjir Puchong (Drone view)” https://www.youtube. com/watch?v=Aalvmc L0TYw Teknik Soal jawab
Langkah 1 (± 25 minit) Bacaan teks berita 1. Tayangan video contoh pembaca berita. 2. Kenal pasti gaya penyampaian pembaca berita 3. Bacaan teks berita oleh murid 4. Maklum balas murid 1. Murid dikehendaki untuk mendengar dan melihat dengan teliti pada contoh video yang ditunjukkan. 2. Murid mengenal pasti tentang sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang digunakan oleh pembaca berita di dalam video. 3. Beberapa wakil murid dipilih secara rawak menggunakan “Random Name Picker” bagi membaca teks berita. 4. Murid lain diminta memberi maklum balas terhadap sebutan dan intonasi bacaan rakan OP1 KK1 KBAT Menganalisis Teknik Permainan Bahasa, Lakonan EMK Nilai Murni - Kasih-sayang (alam sekitar) Kemahiran Insaniah - Kemahiran komunikasi - Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah Amalan Pedagogi Masa Kini - Kompetensi 6C: Komunikasi BBB - Petikan Video rakaman Cikgu Amira - Teks berita “Banjir di Johor Bahru” - mikrofon mudah alih - Random Name Picker Pentaksiran Bacaan (sebutan dan intonasi)
Langkah 2 (± 25 minit) Persembahan pembaca berita 1. Pembaca berita 2. Pelakon tambahan 3. Maklum balas rakan 4. Soalan tambahan berdasarkan petikan. 5. Maklum balas guru 1. Kumpulan murid dipilih secara rawak bagi melaksanakan aktiviti main peranan pembaca berita. 2. Kumpulan yang sama juga perlu memilih beberapa murid lain untuk terlibat sebagai pembantu bagi menjayakan bacaan berita. 3. Murid-murid memberikan komen terhadap persembahan kumpulan. 4. Murid diminta menyatakan caracara menjaga keselamatan diri ketika banjir. 5. Guru memberi maklum balas terhadap keseluruhan persembahan dan pilihan murid. OP2 KK2 KBAT Menganalisis EMK Nilai Murni - Tolong-menolong Kemahiran Insaniah - Kemahiran komunikasi - Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah - Kemahiran Sosial (Kerja Berpasukan) Amalan Pedagogi Masa Kini - Kompetensi 6C: Komunikasi, Kritis, Kolaborasi BBB - teks berita “Banjir di Johor Bahru” - TikTok jadian - payung - mikrofon Pentaksiran Gaya penyampaian
Penutup (± 5 minit) Penutup Kognitif 1. Rumusan isi pelajaran: i. Guru: Apakah yang kamu pelajari pada hari ini? Murid: Banjir ii. Guru: Apakah pengajaran pada pembelajaran hari ini? Murid: Kita hendaklah sentiasamenjaga kebersihan. Penutup Sosial 2. Pujian sosial diberikan kepada murid. i. Terima Kasih Guru: Terima kasih muridmurid atas kerjasama yang baik. ii. Tahniah: Guru: Tahniah murid-murid berjaya menyelesaikan PdP. 1. Murid mengingat kembali isi-isi penting pelajaran dengan bantuan guru. 2. Murid diterapkan dengan nilainilai yang positif. 3. Guru memberikan pujian atas sikap murid dalam pembelajaran pada hari tersebut. 4. Murid diminta memberikan tepukan tangan untuk diri sendiri kerana berjaya menamatkan PdP. EMK Nilai Murni - Kasih sayang (alam sekitar)
Refleksi:
Ulasan Guru Pembimbing: Ulasan Pensyarah Penyelia:
Lampiran 1 Teks Berita “Banjir di Johor Bahru” Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, saya ______________ melaporkan untuk Berita ___________. Kampung Baru Pandan, Johor Bahru telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Johor Bahru. Ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Dalam paparan klip video, dapat kita saksikan beberapa warga penduduk sibuk menghadapi banjir sebelum ke pusat pemindahan. Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat juga mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung. Mereka juga dinasihatkan untuk tidak berada di kawasan air bertakung dan tiang elektrik bagi mengelakkan renjatan elektrik. Banjir ini berpunca apabila air Sungai Pandan telah melimpah lalu menenggelamkan beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat di kampung tersebut. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir. Sekian untuk laporan berita pada hari ini.
Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4 Tarikh / Hari : 31 Januari 2024 (Rabu) Tajuk : Banjir Kemahiran Fokus : Kemahiran Membaca Standard kandungan : 2.3 Standard pembelajaran : 2.3.2 BIL NAMA Tahap 1 2 3 4 5 6 1 ADAM RAYYAN BIN ZULKARNAIN 2 AFRINA QAISARA FIRZAN BINTI AMIR SHAFRIZAN 3 AISY ARYAN BIN MOHD HISYAM 4 ALEXANDER DARWISY HAKIMI BIN MOHD NADZRI 5 AQIL HAZIQ BIN ARIF AIMAN 6 ASHRAFF HAKYMIE BIN MOHD. ALIF 7 BRENHAM ENTABAN ANAK BONJOVI 8 FAHIM DANIYAL BIN MOHD DAUD ALIMIN 9 HAFNY BINTI MUNIF 10 IMAN ZARA ARIANNA BINTI MOHD HANIZAM 11 KHAIR NAWFAL ABBASY BIN AHMAD SOFIAN 12 KHALEEL HADIF BIN MOHD KHIR 13 LUQMAN BIN CHE ISMAIL 14 MUHAMMAD ADAM BIN MUHAMMAD HAKIMI 15 MUHAMMAD ADWA RAMDHANI BIN MOHD FAIROL AZWAN 16 MUHAMMAD AMMAR ZAFRAN BIN MOHD ROSDI 17 MUHAMMAD AMSYAR SYAHMI BIN MOHD SHAFIQ
18 MUHAMMAD AQIL ZIQRI BIN ZAIREE EZZAM 19 MUHAMMAD FIRAS RIZQI BIN MOHAMED AZWAN 20 MUHAMMAD IMRAN ARYAN BIN MUHAMMAD FAIDZ 21 MUHAMMAD QAIZER MIKHAIL HAKIMI BIN ABDULLAH 22 NUR SOFEYA QETRENNA BINTI MOHD FAHMI 23 NUR SOFIA FARHANAH BINTI AHMAD SYAWALRUDIN 24 NUR SUFI ARISSA BINTI SUFFIAN 25 NURUL IMAN BINTI SAAIFUL AZHAR 26 NURUL SYAZA AQILAH BINTI SAHHABILLAH 27 RIFA ZAHRA BINTI MOHD RAZIF 28 SAFURA BINTI SALLEH SHUKOR 29 SITI KHADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN 30 SOFIA BATRISYA BINTI SAIFUL BAHRI 31 SORAYA AZZAHRA BINTI REIZAL ARIF 32 SYAFIQ IKHWAN BIN SUILMI 33 SYAIFUL MUSLIM BIN SYAIFULLAH 34 UBAI HAMIZAN AF LAH BIN ARWAN 35 UMAR NAUFAL BIN IZHAM 36 UMAR SAFWAN BIN MOHD GHAZALI 37 WAN IRSYAD BIN WAN MOHD LOKMAN 38 WAN MUHAMMAD FARIS BIN WAN HASRUL 39 WAN NUR QAISHARA BINTI WAN MUHD HAZWAN 40 ALLY
Rubrik Tahap Tahap Kriteria 6 - Membaca petikan teks dengan sebutan yang sangat jelas. - Membaca dengan intonasi yang sesuai dan betul. - Gaya penyampaian yang sangat baik. 5 - Membaca petikan teks dengan sebutan yang jelas. - Membaca dengan intonasi yang sesuai dan betul. - Gaya penyampaian yang sederhana. 4 - Membaca petikan teks dengan sebutan yang jelas. - Membaca dengan intonasi yang sesuai. - Gaya penyampaian yang sederhana. 3 - Membaca petikan teks dengan sebutan yang sederhana jelas. - Membaca dengan intonasi yang sederhana. - Gaya penyampaian yang kurang. 2 - Membaca petikan teks dengan sebutan yang kurang jelas. - Membaca tanpa intonasi. - Tanpa gaya penyampaian. 1 - Membaca petikan teks dengan sebutan yang tidak jelas. - Membaca tanpa intonasi. - Tanpa gaya penyampaian.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 6 BAHASA MELAYU SK 1. Mata pelajaran : Bahasa Melayu 2. Tahun : 4 Hikmah 3. Bilangan murid : / 23 orang 4. Tarikh : 30 Januari 2024 5. Hari : Selasa 6. Masa : 11.40 pagi – 12.40 tengah hari (60 minit) 7. Tema : Integriti 8. Tajuk : Seruan Alam 9. Kemahiran Fokus : Kemahiran menbaca 10. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat tong kitar semula. 11. Standard kandungan : 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 12. Standard pembelajaran : 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera, dan karya bukan sastera. 13. Objektif PdP : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan nada yang sesuai. 2. Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul.
Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4 Hikmah Tarikh / Hari : 30 Januari 2024 (Selasa) Tajuk : Seruan Alam Kemahiran Fokus : Kemahiran Membaca Standard kandungan : 2.3 Standard pembelajaran : 2.3.1 BIL NAMA Tahap 1 2 3 4 5 6 1 AHMAD HAZRIL BIN SAHLAN 2 AIMI BALQIS BINTI NORHAFIZ 3 AMSYAR ARIFF BIN AWIS QURNI 4 AUNI BALQIS BINTI NORHAFIZ 5 AUNI NABILAH BINTI HAIRI 6 FATIN NUR NABIHA BINTI MUHAMAD ALHAFFIZ 7 HAMIM ZAFFRI BIN MOHD TAUFIQ 8 HANA DARWISYAH BINTI MOHAMMAD AMIRUDDIN 9 HARRIS IMAN BIN DZULKHAIRI 10 INAS ZARA SUFIYA BINTI MOHD TAUFIK 11 MUHAMMAD ZYAN HAZIQ BIN MOHD SHAFIQ 12 NUR ADENI SUFIA BINTI NORAZLISHAM 13 NUR AYRA ERRYNA BINTI MASHIRWAN 14 NUR DANIA QISTINA BINTI MOHAMAD FAIRUZ 15 NUR DAYANA BINTI JOHANIZAM 16 NUR QISTINA BATRISYIA BINTI FIRDAUS 17 NURIN SYAZANA BINTI FAZLI
18 NURKHAIRINA BINTI KHAIRULNIZAM 19 NURMYAZARA SOFIA BINTI MOHD SANUSI 20 QISYA ARISSA BINTI MOHD HELMI 21 SOFEA ZARRA BINTI SALMIZAN 22 WAFIQAH ALYA BINTI JAMAL YUSOF 23 WAN FATIN RAFIQAH IWANI BINTI WAN AHMAD ASMADY 24 WAN HAMIMI BINTI EDDRIN NIZAM
Rubrik Tahap Tahap Kriteria 6 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang sangat jelas, intonasi yang sangat betul dan nada yang sangat sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan sangat betul dan sangat tepat. - Gaya penyampaian yang sangat baik. 5 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan nada yang sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul dan tepat. - Gaya penyampaian yang baik. 4 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang jelas, intonasi dan nada yang sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul dan tepat. - Gaya penyampaian sederhana. 3 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang sederhana jelas, intonasi dan nada yang sederhana sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul. - Gaya penyampaian kurang sesuai. 2 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang kurang jelas, intonasi dan nada yang kurang sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan kurang betul. - Tanpa gaya penyampaian.
1 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang tidak jelas, intonasi dan nada yang tidak sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan kurang betul. - Tanpa gaya penyampaian.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN 30 JANUARI 2024 6 HIKMAH CEMERLANG (TUGASAN BERKUMPULAN)
SEDERHANA (TUGASAN BERKUMPULAN)
LEMAH (TUGASAN BERKUMPULAN)