PAMERAN BERTEMA
HARI kebangsaan
KALI KE-64
PUSAT SUMBER
SK LKTP AYER HITAM
ISI KANDUNGAN
Sejarah Kemerdekaan
Kronologi Malaysia Mencapai
Kemerdekaan
Senarai Nama Perdana Menteri
Malaysia
Kenali Jalur Gemilang
Lima Prinsip Rukun Negara
SEJARAH KEMERDEKAAN
Pada tanggal 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan
dengan kehadiran Sabah dan Sarawak menganggotai
Malaysia
Namun, kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos
setiap tahun.
Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap
tahun.
KRONOLOGI MALAYSIA
MENCAPAI KEMERDEKAAN
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama
dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada
Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955 Anggota Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955. Duduk dari kiri: C.J.
Thomas (Setiausaha Kewangan), H. S. Lee (Menteri Pengangkutan),
Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri), Donald MacGillivray (Pesuruhjaya Tinggi), D.J. Watherson
(Ketua Setiausaha), J.P. Hogan (Peguam Negara), dan Dr. Ismail Abdul
Rahman (Menteri Hasil Bumi). Berdiri dari kiri: Bahaman Samsuddin
(Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Abdul Razak Hussein
(Menteri Pelajaran), O.J. Spencer (Setiausaha Ekonomi), Abdul Aziz
Ishak (Menteri Pertanian), A.H.P. Humphrey (Setiausaha Pertahanan),
Sulaiman Abdul Rahman (Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan
dan Perancangan Bandar), V. T. Sambanthan (Menteri Buruh), Sardon
Jubir (Menteri Kerjaraya), Leong Yew Koh (Menteri Kesihatan), Ong
Yoke Lin (Menteri Perhubungan, Telekom dan Pos), A.S.H. Kemp
(Setiausaha Negeri), dan Too Joon Hing (Timbalan Menteri Pelajaran).
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai
oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos
1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di
Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera
Union Jack diturunkan di hadapan
Bangunan Sultan Abdul Samad dan
diganti dengan bendera Persekutuan
Tanah Melayu tanda negara mencapai
kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
SENARAI PERDANA MENTERI
Tunku Abdul Rahman (1955-1970)
Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai
Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein.
Tun Abdul Razak (1970-1976)
Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato'
Haji Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau
berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu
Allahyarham Tun Dr. Haji Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham
Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn.
Tun Hussein Onn (1976-1981)
Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Haji
Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh
timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Tun Dr. Mahathir (1981-2003)
Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar
sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau
mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah
Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin Baba, Dato' Seri
Anwar bin Dato' Seri Haji Ibrahim dan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi.
Tun Abdullah Badawi (2003-2009)
Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh
timbalannya iaitu, Dato' Seri Haji Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-2018)
Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul
Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.
Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian
digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.
Tun Dr. Mahathir (2018-2020)
Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa
yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan
Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanyak
7 Kabinet. Kabinet Mahathir Ketujuh merupakan Kabinet Malaysia yang dibentuk
pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail.
Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Perdana Menteri Malaysia ke-8, iaitu
Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin
Haji Muhammad Yassin.
Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
selepas desakan pemimpin Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri ke-7
menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim dan melakukan tindakan kontroversi,
Langkah Sheraton, bersama Ahli Pembangkang dan beberapa Ahli Kabinet yang lain
yang menyebabkan Perdana Menteri ketika itu meletak jawatan berkuat-kuasa serta
merta kerana kehilangan kepercayaan terhadap ahli kabinetnya sendiri.
Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik tanpa melalui pilihan
raya umum untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional setelah mendapat
sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14.
Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2021-kini)
Perdana Menteri Malaysia ke-9, iaitu Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Beliau
dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada ahli-ahli parlimen.
KENALI
JALUR GEMILANG
Haji Mohamed bin Hamzah (Jawi: ﻣﺤﻤﺪ
;ﺑﻦ ﺣﻤﺰه5 Mac 1918 - 19 Februari
1993) merupakan seorang pereka
bentuk bendera dan arkitek
Malaysia.
Beliau merupakan pencipta Jalur
Gemilang, iaitu Bendera Malaysia.
Beliau bertugas sebagai seorang
arkitek di negeri Johor dan telah
ditugaskan untuk membina banyak
struktur dan bangunan kerajaan di
negeri tersebut.
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang
mempunyai 14 jalur merah dan putih.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang- Lambang jalur pada Bendera Malaysia
benderang dan cemerlang menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju
yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh
rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam
menuju kegemilangan bangsa dan negara.
Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu
melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang
kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara.
Fakta Jalur Gemilang
Pencipta : Pak Ngah Suhaimi Lagu Jalur Gemilang
Senikata : Siso
Gubahan : Pak Ngah
Penyanyi : Swara Empat belas melintang jalurnya
Terbitan : Pak Ngah Production Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Merah mu bara semangat waja Itu sumpah warga berdaulat
Putih mu bersih budi pekerti Jalur gemilang di bawah naungan mu
Kuning berdaulat payung negara Jalur gemilang kami semua bersatu
Biru perpaduan kami semua Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Puncak dunia telah kau tawan Jalur gemilang megah kami terasa
Lautan luas telah kau redah Jalur gemilang kibarkanlah wawasan
Membawa semangat jiwa merdeka Merah putih biru kuning
Semarak jaya kami warganya Jalur semangat kami semua
LIMA PRINSIP
RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia
telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan
Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei
1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman
negara.
RUKUN NEGARA
Ideologi ini tercetus dalam mesyuarat pertama MPN pada 27
Januari 1970 dan diisytihar secara rasmi oleh YDPA pada 31
Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.
Objektif Rukun Negara adalah seperti yang berikut:
a) Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
b) Memelihara satu cara hidup yang demokratik.
c) Melahirkan sebuah masyarakat yang adil supaya dapat menikmati kemakmuran bersama.
d) Membentuk masyarakat liberal terhadap kebudayaan masing – masing.
e) Membina masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
DISEDIAKAN OLEH
NUR SAADAH BINTI MD SULI
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SK LKTP AYER HITAM