The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazzrinzurin, 2022-06-08 23:22:24

TUGASAN 3 PALS1012-SYAZZRIN (BM2)

TUGASAN 3 PALS1012-SYAZZRIN (BM2)

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

TUGASAN KERJA KURSUS
(PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU)

NAMA : SYAZZRIN SYUHADDAH BINTI KAMARUDDIN
ANGKA GILIRAN : 2021292310033
NO. TELEFON : 011-39603662
OPSYEN : BAHASA MELAYU 2 (SK)
AMBILAN : JUN 2021
KOD KURSUS : PALS1012
NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA PENSYARAH : PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN
JABATAN/UNIT : JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
TARIKH SERAHAN DAN INOVASI
: 26 MEI 2022

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar: _____ _ Tarikh: _____26 MEI 2022____

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 ISU PENCEMARAN UDARA DARIPADA BAHAN BAKAR
4
KENDERAAN
5
3.0 ISU PENGGUNAAN PLASTIK YANG BANYAK 6
8
4.0 ISU KEBAKARAN HUTAN 9
5.0 KESIMPULAN
RUJUKAN

2

1.0 PENGENALAN
Alam sekitar membawa maksud kepada keadaan di sekeliling ataupun lingkungan dan alam
sekitar ini merupakan perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Alam sekitar juga
melibatkan segala komponen hidup iaitu biosis dan benda bukan hidup iaitu abiosis. Biosis ini
melibatkan haiwan dan tumbuhan manakala abiosis pula merujuk kepada tanah, cuaca dan
juga bentuk muka bumi. Alam sekitar memainkan peranan yang amat penting dalam
kehidupan seluruh benda yang wujud secara semula jadi di muka bumi ini. Alam sekitar yang
sihat dan juga seimbang ini penting supaya manusia dapat memperoleh piawai hidup yang
selesa, aman dan kepuasan. Kehidupan manusia amat berkait rapat dengan alam sekitar
kerana alam sekitar memberikan pelbagai kemudahan kepada mereka dan sumber-sumber
ini bertujuan untuk pembangunan ekonomi sehingga manusia tidak sedar bahawa perkara
tersebut mampu memberikan kesan kepada alam sekitar serta kepupusan sumber-sumber
asli kini kian ketara (Jamilah et al.,2011). Aktiviti yang dijalankan oleh manusia seperti
perindustrian dan juga pembalakan pada masa kini telah menyebabkan alam sekitar semakin
terancam. Bukan itu sahaja, dalam mengejar kemodenan negara dan usaha meningkatkan
taraf hidup rakyat, kegiatan ekonomi dan pelbagai projek pembangunan sesebuah negara
telah menyebabkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul.
Pelbagai kesan yang negatif akibat daripada proses pembangunan yang terburu-buru ini dan
menyebabkan keadaan alam sekitar semakin hari semakin merosot. Malahan, kesan-kesan
negatif ini juga telah menggugat kesihatan manusia dan juga benda hidup yang lain. Tinjauan
yang diperolehi mendapati bahawa sebanyak 33,000 artikel jurnal telah dihasilkan dalam
konteks masyarakat Malaysia mengenai isu alam sekitar dari tahun 2016 sehingga kini
(D’Silva et al., 2021). Hal ini menunjukkan bahawa data tersebut membuktikan isu alam sekitar
di Malaysia kini semakin serius. Oleh itu, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan ini
seharusnya diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam bagi
mengurangkan kesan-kesan negatif akibat pembangunan tersebut ke atas alam sekitar.

3

2.0 ISU PENCEMARAN UDARA DARIPADA BAHAN BAKAR KENDERAAN

Antara punca pencemaran udara yang berlaku adalah disebabkan oleh gas-gas daripada
bahan tercemar. Pencemaran udara ini mampu untuk memberikan kesan yang negatif kepada
kesihatan manusia terutama sekali akibat daripada bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh
kenderaan bermotor. Menurut Mastura dan Huraizah (2009), hampir 56 peratus jumlah
keluaran karbon dioksida di seluruh dunia adalah disebabkan pembakaran bahan api yang
menghasilkan asap kenderaan dan menjadikan perkara ini sebagai punca penyumbang
terbesar kepada pencemaran udara. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kenderaan
bermotor ini mempunyai gas-gas toksik yang mampu membahayakan nyawa manusia seperti
karbon monoksida, hidrokarbon, nitrogen dioksida, dan juga sulfur dioksida. Pendedahan
kepada bahan pencemar ini mampu memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan iaitu
asma, bronkitis dan radang paru-paru. Masalah ini lebih berisiko kepada kanak-kanak, warga
emas, serta individu yang bekerja di luar kawasan bangunan seperti polis trafik, penjual
makanan dan pekerja pembinaan. Namun sekiranya keracunan gas ini diberikan pendedahan
yang lebih teruk, ianya mampu untuk memberikan masalah yang ketara pada jantung dan
sistem sarat pusat serta mampu membawa maut. Menurut Siti Haslina dan Mastura (2020),
komponen-komponen gas yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor ini mampu untuk
mempengaruhi secara langsung kepekatan pencemar dalam persekitaran dan menjadi punca
pencemar tetap serta berlakunya pembakaran terbuka. Malahan, keadaan ini juga seterusnya
menyebabkan kualiti udara semakin merosot dan kewujudan fenomena jerebu, pemanasan
global serta perubahan iklim. Terdapat juga gas-gas seperti sulfur dioksida dan nitrogen
dioksida yang bergabung dengan air hujan ini mampu membentuk hujan asid. Hujan asid
merupakan hujan yang mampu untuk membunuh tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik
serta menghakis, pakaian, kertas dan cat-cat pada bangunan.

Punca pencemaran udara akibat daripada kenderaan bermotor dapat diatasi dengan
menggunakan produk teknologi hijau seperti kenderaan ataupun kereta hibrid. Misi utama
kereta hibrid ini ialah untuk mewujudkan kenderaan yang mampu untuk menjadi salah satu
pengangkutan yang lestari. Kereta hibrid merupakan kenderaan yang tidak hanya bergantung
kepada kuasa bateri atau petrol sahaja tetapi kereta ini menggunakan enjin pembakaran
dalaman bagi memacu generator elektrik untuk pemanduan secara langsung. Enjin utama
dalam kereta hibrid masih menggunakan petrol sebagai bahan api tetapi kereta ini mempunyai
sistem motor elektrik yang secara automatik diaktifkan bagi tujuan penjimatan minyak.
Menurut Nizamuddin et al. (2017), penggunaan kenderaan hibrid ini merupakan salah satu
cara bagi mengurangkan impak kepada pemanasan global yang merosakkan persekitaran
dan kenderaan ini juga merupakan penyumbang kepada pengurangan kesan rumah hijau.
Antara kelebihan kereta hibrid juga adalah dapat mengurangkan pembebasan gas karbon

4

dioksida berbanding dengan menggunakan kenderaan biasa. Hal ini dikatakan demikian
kerana, kenderaan ini mengurangkan pembebasan asap sewaktu melewati perjalanan. Enjin
petrol dan motor elektrik yang digunakan oleh kereta ini dapat menjimatkan bahan bakar serta
hanya menghasilkan asap tercemar pada tahap yang rendah. Bukan itu sahaja, kenderaan
jenis hibrid ini juga dapat memberikan penggunanya menikmati pemanduan dengan lebih
senyap dan fokus. Kereta ini juga mempunyai ukuran enjin yang kecil, namun masih
menampung kapasiti yang sama seperti kereta konvensional. Oleh hal yang demikian,
penggunaan produk teknologi hijau seperti ini dapat mengurangkan pencemaran udara yang
semakin mengancam alam sekitar pada hari ini.

3.0 ISU PENGGUNAAN PLASTIK YANG BANYAK

Selain itu, isu penggunaan plastik yang banyak juga merupakan salah satu isu semasa
global. Di Malaysia telah timbul pelbagai kebimbangan tentang penggunaan plastik yang
mampu memudaratkan alam sekitar hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat
seringkali menggunakan plastik ketika membeli-belah barangan dapur dan juga
menggunakan straw ketika minum serta membungkus makanan menggunakan pembungkus
plastik. Lebih menyedihkan lagi apabila plastik-plastik ini di buang di ke merata tempat
sehingga menyebabkan alam sekitar tercemar dan mengganggu habitat di darat serta di
lautan. Perkara ini juga turut di sokong oleh Syahirah dan Norshamliza (2021), yang
menyatakan bahawa plastik bersifat ringan dan mudah diterbangkan oleh angin dan akhirnya
ke lautan serta menyebabkan hidupan marin seperti penyu sering termakan sisa plastik ini
kerana bentuknya yang kelihatan seperti obor-obor. Punca daripada perkara sebegini juga
telah menyebabkan populasi penyu dan kura-kura di Malaysia saban hari semakin
berkurangan. Melalui isu penggunaan plastik ini juga turut menghasilkan pencemaran udara
kerana masyarakat menganggap dengan membakar plastik dapat menghancurkan dengan
cara yang cepat oleh kerana plastik yang dibuang memerlukan masa sehingga 1000 tahun
untuk terurai. Pembakaran plastik ini tidak dibenarkan sekali kerana prosesnya menghasilkan
bahan toksik yang berbahaya bagi kesihatan manusia. Bukan itu sahaja, ketika melakukan
pembakaran plastik secara terbuka ini ianya akan menyebabkan asap tebal bertoksik yang
mencemarkan alam sekitar dari segi perubahan iklim melalui pembebasan karbon fosil.
Kesan-kesan yang bakal diperolehi kepada manusia juga adalah batuk, masalah pernafasan,
pendarahan hidung, kerengsaan mata, dan masalah kulit seperti kegatalan dan ruam.
Golongan seperti kanak-kanak dan warga tua adalah golongan yang mudah terjejas lebih
teruk iaitu dengan menghadapi penyakit pernafasan seperti bronkitis, asma serta isu-isu kulit
seperti ekzema.

5

Bagi mengatasi isu ini, produk teknologi hijau yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan
Malaysia bagi menguruskan sisa pepejal dengan lebih cekap adalah dengan menggunakan
produk biodegradasi. (Berita Harian, 30 Disember 2016) Timbalan Menteri Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Dr. Loga Bala Mohan, telah
menyatakan bahawa penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan telah
dilaksanakan bagi menggantikan penggunaan plastik dan polistirena. Biodegradasi
merupakan proses penguraian sesuatu bahan melalui proses biologi menerusi agen pengurai
seperti mikrob, fungus dan proses kimia yang berlaku secara semula jadi. Proses ini juga
merupakan proses yang penting dalam pereputan bahan bagi membolehkan bahan tersebut
dikompos serta diuraikan semula menjadi elemen yang semula jadi. Perkara ini juga turut
disokong oleh Madya Nor Azowa Ibrahim (2020), yang merupakan penyelidik dari Universiti
Putra Malaysia (UPM) menyatakan bahawa plastik biodegradasi ini direka daripada poli iaitu
asid laktik dan agen pemplastik yang merupakan berasal daripada tumbuhan. Biodegradasi
juga menguraikan sesuatu bahan seperti plastik, kertas dan tin yang dijalankan melalui proses
yang dilakukan oleh organisma mikrob ataupun proses tindakan enzim yang akan
memecahkan struktur kimia sesuatu bahan. Kelebihan produk biodegradasi ini tidak akan
menghasilkan sisi kerana produk ini merupakan bahan semula jadi yang dapat dimakan oleh
mikroorganisma tanpa sebarang kesukaran. Produk ini juga tidak mengandungi toksin kerana
penggunaan bahan biodegradasi ini tidak membenarkan pergantungan seperti penggunaan
bahan lain yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih tinggi serta pencemaran yang
serius. Tambahan juga produk ini mudah untuk di kitar semula dan tidak memerlukan proses
yang rumit untuk merawatnya. Oleh itu, bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar sebaik-
baiknya pihak yang terlibat seperti restoran, gerai makan dan premis penjualan makanan lebih
menggunakan produk biodegradasi ini.

4.0 ISU KEBAKARAN HUTAN

Seterusnya, isu pencemaran udara seperti kebakaran hutan juga turut menjadi isu yang
semakin serius dan menjadi satu krisis antarabangsa pada masa kini. Dunia kini telah
berulang kali mengalami kebakaran yang teruk seperti di Australia, Turki, Hawaii dan
Indonesia yang berlaku baru-baru ini. Hal ini dikatakan berpunca daripada perbuatan tangan-
tangan manusia menerusi aktiviti pembalakan hutan bagi tujuan membersihkan kawasan
pertanian dan pembangunan kawasan baru. Kebakaran hutan ini mampu menyebabkan
ekosistem serta flora dan fauna yang tumbuh di hutan ini musnah. Haiwan-haiwan liar yang
hidup di dalam hutan juga turut kehilangan tempat tinggal mereka dan hal ini menyebabkan
nyawa manusia terancam. (Sinar Harian, 24 Januari 2020) kebakaran hutan yang berlaku

6

pada September dua tahun lepas itu telah menyebabkan 30 kematian serta anggaran satu
bilion haiwan dan kira-kira 2,500 rumah turut musnah. Bukan itu sahaja, asap yang
terkandung di udara juga menyebabkan pelbagai penyakit pada saluran pernafasan seperti
asma, penyakit paru-paru dan penyakit kronik yang lain. Malahan, asap tebal daripada
pembakaran hutan ini juga menyebabkan kenderaan di udara seperti kapal terbang dan
helikopter mengalami gangguan jarak pandang untuk mengendalikan kenderaan tersebut.
Menurut Shaharuddin dan Noorazuan (2006), pelepasan daripada sisa pembakaran ke udara
dalam keadaan yang tinggi mampu menyebabkan proses sebaran udara tidak berupaya untuk
bercampur serta mengangkut bahan tercemar tersebut secara efektif dan perkara ini
menyebabkan wujudnya fenomena pencemaran udara seperti jerebu. Kebakaran hutan juga
menyebabkan gas seperti karbon dioksida dan gas-gas lain bercampur di udara dan
menyebabkan pemanasan global serta perubahan iklim. Akibat daripada kebakaran hutan ini
juga hutan menjadi kekurangan pokok-pokok dan menyebabkan tiada tempat untuk
menampung air ketika hujan serta menjadi faktor kepada terjadinya tanah runtuh ataupun
banjir.

Namun, pembenihan awan mampu mengani isu yang melanda tersebut. Pembenihan awan
merupakan campur tangan antara manusia dan juga alam semula jadi tentang kaitan cuaca.
Bagi membentuk titisan awan yang lebih besar daripada molekul wap air sedia ada ianya
memerlukan ejen buatan iaitu Cloud Condensation Nuclei (CCN) yang mempunyai ciri-ciri
higroskopik bagi membantu menarik, menyerap dan mengekalkan wap air di atmosfera. Salah
contohnya adalah ejen higroskopik yang merupakan garam biasa ataupun natrium klorida.
Antara tujuan utama bagi pembenihan awan ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan
proses mikro fizik awan yang terlibat dalam pembentukan titisan air hujan daripada molekul
wap air yang sedia ada. Proses ini seterusnya akan mengembangkan saiznya kira-kira satu
juta kali ganda untuk menghasilkan titisan hujan. (Sarawak News Network, 2019, September
17) Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah,
pada waktu itu berkata, operasi pembenihan awan hanya melibatkan kira-kira 150 sehingga
200 kilogram garam makanan yang dilarutkan di dalam 1,500 liter air dan teknologi tersebut
tidak mendatangkan sebarang tindak balas kimia kerana air garam tersebut disembur ke awan
hanya untuk memberatkan awan dan seterusnya menghasilkan air hujan. Pembenihan awan
ini akan berfungsi sekiranya jumlah awan cukup bagi menghasilkan hujan dan proses ini juga
memerlukan sedikit masa bagi mencari awan yang sesuai dengan mendapatkan bantuan dari
ahli meteorologi. Manfaat pembenihan awan ini juga dapat mengurangkan kekeringan serta
kemarau dan mampu untuk meningkatkan semula paras sumber air bersih bagi keperluan di
rumah. Oleh itu, melalui pembenihan awan ini kebakaran hujan dapat ditangani dengan
segera dan musim hujan juga tiba lebih awal serta terdapat perubahan terhadap tiupan angin.

7

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, alam sekitar yang telah dikurniakan oleh tuhan ini seharusnya dijaga

dengan baik. Sebagai individu yang mempunyai nilai bertanggungjawab seharusnya
memainkan peranan untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar ini
haruslah didedahkan kepada setiap generasi supaya pembangunan lestari dapat dikekalkan.
Bagi menggalakkan pembangunan yang lestari, kerajaan Malaysia telah menetapkan
kerangka undang-undang dan institusi bagi perlindungan alam sekitar. Malahan, menurut
Hidayah et al. (2013), guru dan sekolah juga perlu memainkan peranan yang penting dengan
menyebarkan dan menerapkan ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar terhadap murid-
murid. Namun, peranan ibu bapa juga turut diambil kira kerana mereka merupakan model
utama dalam pembentukan anak-anak. Kesedaran ibu bapa terhadap tanggungjawab dalam
menjaga alam sekitar ini memberikan petanda yang positif kepada anak-anak untuk bersama-
sama melestarikan alam sekitar. Sekiranya nilai prihatin dapat dipupuk, tidak mustahil bahawa
suatu hari nanti kualiti alam sekitar akan bertambah baik. Rakyat Malaysia haruslah
berganding bahu bagi memastikan negara ini kekal bersih dan kualiti udaranya kekal sihat
bagi menjadikan negara ini setanding dengan negara maju seperti negara Jepun. Sekiranya
negara ini mempunyai kualiti alam sekitar yang baik, sudah pasti pelancong lebih tertarik untuk
datang ke Malaysia. Oleh hal yang demikian, kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar seharusnya menjadi sebahagian daripada matlamat hidup setiap individu supaya
khazanah yang bernilai ini tidak terus dimusnahkan malahan dapat digunakan untuk
kelangsungan generasi akan datang.

8

RUJUKAN

Adibasuf. (2019, September 17). Pembenihan Awan Teknologi Paling Selamat- Abu Bakar
Diah. Sarawak News Network.

https://sarawaknewsnetwork.com/pembenihan-awan-teknologi-paling-selamat-abu-
bakar-diah/

Bernama. (2020, Januari 24). Kebakaran hutan: Malaysia tunggu jawapan Australia.
Sinarharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/67321/BERITA/Nasional/Kebakaran-hutan-
Malaysia-tunggu-jawapan-Australia

Jamilah Hj. Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul Wahab (2011).
Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar.
Jurnal Akademika, 81(3), 103-115. https://core.ac.uk/download/pdf/199246548.pdf

D’Silva, J. L., Haliza Abdul Rahman & Dzuhailmi Dahalan (2021). Analisis Status Alam Sekitar
semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Pandemik COVID-19 di
Malaysia. Jurnal Sains Malaysiana, 50(3), 869-878. http://dx.doi.org/10.17576/jsm-
2021-5003-27

Madya Nor Azowa Ibrahim. (2020, April 15). Resin Plastik Biodegradasi. Upm.edu.my.
https://ion2.upm.edu.my/artikel/resin_plastik_biodegradasi-56492

Mastura Mahmud & Nuur Huraizah Abu Hanifiah (2009). Kajian Pencemaran Udara
Berikutan Peristiwa Jerebu Pada Tahun 2005: Kajian Kes di Perai, Pulau Pinang,
Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 5(2), 1-15.
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/1.2009-2-mastura%26huraiza-
melayu.pdf

Mohamad Helmi. (2014, Julai 16). Definisi Alam Sekitar. Scribd.com. Definisi Alam Sekitar |
PDF (scribd.com)

Nizamuddin Zainuddin, Ezanee M. Elias, Mustakim Melan & Rohafiz Sabar (2017). Aplikasi
Teknologi Kelestarian (HYBRID) APLIKASI TEKNOLOGI KELESTARIAN (HYBRID)
Pada Pengangkutan Awam (Bas) di Satu Pendekatan Diskriptif. Journal of Technology
and Operations Management, Special Issue, 71-87.

https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jtom/article/view/9494

9

Nur Adleena Ezzaty Md Noor. (2021, Mei 19). Penggunaan Plastik Memudaratkan Alam
Sekitar. Upm.edu.my.
https://k10.upm.edu.my/artikel/penggunaan_plastik_memudaratkan_alam_sekitar-
61512

Nurul Hidayah Liew Abdullaha, Haryati Shafiia & Seow, T. W. (2013). Pengetahuan Murid
dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal. Jurnal
Teknologi, 64(1), 51-57.
https://journals.utm.my/jurnalteknologi/article/view/1501/1545

Shaharuddin Ahmad & Noorazuan Md Hashim (2006). Kebakaran Hutan dan Isu
Pencemaran Udara di Malaysia : Kes Jerebu Pada Ogos 2005. Jurnal e-Bangi, 1(1),
2-19. https://core.ac.uk/reader/11490610

Siti Haslina Mohd Shafie & Mastura Mahmud (2020). Aplikasi Kerangka Konseptual DPSIR
USEPA Bagi Pencemaran Udara Bandar Daripada Kenderaan Bermotor : Kajian Kes
Kuala Lumpur, Malaysia. Journal Of Social Scienes and Humanities, 17(2), 77-90.
http://journalarticle.ukm.my/14602/1/38263-120996-1-SM.pdf

Syahirah Che Lah & Norshamliza Chamhuri (2021). Tinjauan Awal Gelagat Pengguna
Malaysia Terhadap Isu Penggunaan Beg Plastik. Jurnal Akademika, 91(1), 25-38.
https://doi.org/10.17576/akad-2021-9101-03

Wan Nur Faliqha Wan Hazani. (2016, Disember 30). Penggunaan produk biodegradasi wajib
mulai Ahad ini. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2644/2016/12/228611/penggunaan-
produk-biodegradasi-wajib-mulai-ahad-ini

10


Click to View FlipBook Version