The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazzrinzurin, 2022-03-21 11:02:19

Pantun Kiasan

Pantun Kiasan

Pantun
Kiasan

Rangkap Pantun

Tikar pucuk, tikar mengkuang, Tebang gelam, tebang kenanga,
Alas nikah raja melayu; Batangnya tumbang menimpa gelung;
Ikan busuk jangan dibuang, Kumbang mengidam nak seri bunga,
Buat perencah si daun kayu. Bunga kembang di puncak gunung.

Buah bacang masak serangkai, Pokok terap tumbuh di bukit,
Burung dekut meniti batang; Belat berbanjar panjang ke hulu;
Saya dagang tidak terpakai, Jangan diharap guruh di langit,
Macam melukut di tepi gantang. Kilat memancar hujan tak lalu.

Rangkap Pantun

Limau Bentan di tepi tingkap, Anak punai anak merbah,
Budak-budak melempar burung; Hinggap di tonggak mencari sarang;
Harimau di hutan lagi kutangkap, Anak sungai lagi berubah,
Kononlah pulak cicak mengkarung. Inikan pula hatinya orang.

Air surut memungut bayam, Rotan siput rotan berlingkar,
Sayur diisi ke dalam kantung; Anak itik patah kakinya;
Jangan diikut resmi ayam, Hujan ribut gunung terbakar,
Bertelur sebiji riuh sekampung. Embun setitik padam apinya.

Rangkap Pantun

Raut bilah pembatang taut, Bunga geti bergulai temenung,
Kail berada dalam raga; Di hari raya memakan tapai;
Tidak sudah seluang melaut, Hajat hati nak peluk gunung,
Akhirnya balik ke tepi juga. Apakan daya tangan tak sampai.

Sangkut terendak dekat beranda, Suasa bertahil emas berbungkal,
Orang Papua anyam tak sudah; Tetapi intan tiada sesaga;
Jika tidak ada berita, Kalau kail panjang sejengkal,
Masakan tempua bersarang rendah. Usah lautan hendak diduga.

Rangkap Pantun

Dang Nila memangku puan, Laksana gadis Menteri Bogor,
Berembang buah pedada; Bijak membilang ayam betina;
Adakah gila bagimu tuan, Nyawa menangis di pintu kubur,
Burung terbang dipipiskan lada. Hendak pulang ke dalam dunia.

Hari hujan puyuh mendengut, Hilir berderap mudik berderap,
Mendengut marl sepanjang jalan; Patah galah haluan perahu;
Air dalam kapar tak hanyut, Sungguh laksana bunga dedap,
Kononlah pula kemarau panjang. Cantik merah tidak berbau.

Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.

Maksud
Rangkap
Pantun

Maksud Rangkap 1 : Maksud Rangkap 4 :
Perbuatan membazir adalah suatu amalan Jangan mengharapkan sesuatu yang
yang merugikan. belum pasti.

Maksud Rangkap 2 : Maksud Rangkap 5 :
Orang yang merantau selalunya akan Sikap seseorang yang sombong dengan
merendah diri apabila berada di tempat kebolehan diri serta memandang
orang. rendah lernadap orang lain.

Maksud Rangkap 3 : Maksud Rangkap 6 :
Sebelum menginginkan sesuatu yang Jangan suka membesar-besarkan
dianggap mustahil, ketahuilah tahap kejayaan yang tidak seberapa.
kemampuan dan kebolehan diri kita lebih
dahulu.

Maksud Rangkap 7 : Maksud Rangkap 11 :
Pendirian manusia sering berubah-ubah. Menginginkan sesuatu yang besar
tetapi tidak mempunyai keupayaan.
Maksud Rangkap 8 :
Perasaan marah akan segera hilang Maksud Rangkap 12 :
dengan adanya nilai kesabaran dalam diri. Jika pengetahuan sedikit, janganlah
hendak melawan orang yang lebih
Maksud Rangkap 9 : banyak pengetahuannya.
Orang yang merantau akhirnya akan
kembali ke tempat asalnya semula. Maksud Rangkap 13 :
Sudah bersiap sedia untuk mengecap
Maksud Rangkap 10 : hasil yang belum lagi diperoleh.
Setiap perkara yang berlaku dan
diperkatakan orang tentu ada sebabnya.

Maksud Rangkap 14 : Maksud Rangkap 16 :
Jika semasa masih muda sudah Orang yang melakukan dosa
malas, apatah lagi setelah usia tetapi sudah terlambat untuk
tua; sedangkan semasa makmur bertaubat.
tidak senang, apatah lagi semasa
susah. Maksud Rangkap 17 :
Seseorang yang mempunyai
Maksud Rangkap 15 : rupa paras yang elok tetapi
Seseorang yang inginkan sesuatu tidak berbudi bahasa.
di luar kemampuannya.

Tema Pantun Kiasan

Sindiran terhadap segelintir
anggota masyarakat yang

mengamalkan sikap negatif
sehingga boleh menjejaskan
kehidupan diri sendiri dan

orang lain.

Persoalan

Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan
masyarakat.

Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.

Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan
diri.

Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti
hasilnya.

Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri
sendiri.

Persoalan

Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.

Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman
juga.

Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah
dewasa, begitu juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi
semasa susah.

Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.

Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.

Pantun ini Bentuk Bilangan baris
terdiri Pantun pada setiap
daripada
rangkap adalah
tujuh belas sama.
rangkap.

Asonansi Unsur Aliterasi
Contohnya : bunyi Contohnya,
-Alas nikah raja Melayu -Buah bacang masak
(perulangan vokal a). serangkai
(perulangan konsonan b).

- Hendak pulang ke
-Limau Bentan ditepi dalam dunia (perulangan
tingkap (perulangan konsonan d).

vokal e).




-Hujan ribut gunung
terbakar (perulangan

vokal i).

GaYa Bahasa

Hiperbola Hujan ribut gunung terbakar,
Inversi Embun setitik padam apinya.

Ikan busuk jangan dibuang;
Gila apakah ikan di laut.

Penggunaan ikan, burung, gelam,
unsur alam kenanga, kumbang, bunga.

Peribahasa Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh
sekampung;

Personifikasi nyawa menangis di pintu
kubur.
Repetisi
tikar
(rangkap 1, baris 1);

Sinkope Kilat memancar hujan tak
lalu;
Simile
Macam melukut di tepi
gantang;

Nilai dan
Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai berjimat cermat
Kita mestilah mengelakkan
Nilai kesabaran diri daripada melakukan
pembaziran.

Kita mestilah banyak
bersabar untuk

memadamkan kemarahan
dalam diri

Nilai Pengajaran
Nilai berbudi bahasa
Kita hendaklah sentiasa
Nilai merendah diri berbudi bahasa supaya
kita akan dipandang mulia

oleh masyarakat.

Kita hendaklah bersikap
merendah diri apabila
merantau ke tempat

orang.

Nilai Pengajaran
Nilai keinsafan.
Kita haruslah insaf dan
bertaubat setelah
melakukan dosa.

Sekian Terima
Kasih


Click to View FlipBook Version