MODUL LATIHAN PEMAHAMAN DAN KESEDARAN TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL © Institut Sosial Malaysia Semua pertanyaan berkaitan buku ini perlu dirujuk kepada: Institut Sosial Malaysia (ISM) Lot PT 13856 KM6, Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur Tel : 603 7985 3333 Faks : 603 7985 3300 Website : www.ism.gov.my Tahun Penerbitan : 2023 Tiada sebahagian daripada penerbitan ini boleh disalin atau disiarkan dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada secara mekanikal atau elektronik, termasuk fotokopi dan rakaman, tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Sosial Malaysia.
KANDUNGAN APRESIASI i PENDAHULUAN ii JAWATANKUASA PENILAIAN PEMBANGUNAN MODUL iii JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL iii JAWATANKUASA KUMPULAN KERJA iii T1: PENGENALAN KEPADA GANGGUAN SEKSUAL 1.1) Pengenalan ...................................................................................................................................2 1.2) Definisi Gangguan Seksual ...........................................................................................................2 1.3) Jenis-Jenis Gangguan Seksual.....................................................................................................2 1.4) Jenis-Jenis Pelaku.........................................................................................................................4 1.5) Peranan Dan Perbezaan Jantina ..................................................................................................5 1.6) Kesan Dan Impak Gangguan Seksual ..........................................................................................6 1.7) Mitos Dan Fakta Berhubung Gangguan Seksual..........................................................................9 1.8) Punca Gangguan Seksual.......................................................................................................... 10 T2: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG/ PERATURAN SEDIA ADA BAGI KES GANGGUAN SEKSUAL 2.1) Kanun Keseksaan [Akta 574] ..................................................................................................... 16 2.2) Akta Kerja 1955 [Akta 265] - Seksyen 2 – Tafsiran ................................................................... 18 2.3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - Seksyen 233(1) - Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian Atau Perkhidmatan Rangkaian, Dan Lain-Lain ................................... 19 2.4) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792]........................................... 19 2.5) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Pindaan 2002............. 23 2.6) MyPPSM (Ceraian PO.3.1.2) - Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam............................................................................ 24 2.7) Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999 ..... 25 2.8) Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual Di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia................................................................................................................... 27 2.9) Kod Sukan Selamat - Garis Panduan Pengendalian Kod Sukan Selamat ................................ 28 2.10)Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak tahun 2022 - Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.................................... 30 2.11)Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2021 - Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Negeri Sabah..................................................................................... 32 T3: AKTA ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2022 [AKTA 840] 3.1) Pengenalan Kepada Akta........................................................................................................... 35 3.2) Objektif Penggubalan Akta......................................................................................................... 38 3.3) Kelebihan Akta 840 .................................................................................................................... 39 3.1 Tribunal Antigangguan Seksual ................................................................................................. 40
T4: MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL 4.1) Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Semua Pihak Yang Berkaitan Mengenai Gangguan Seksual....................................................................................................................................... 43 4.2) Tindakan Pencegahan Gangguan Seksual Oleh Organisasi..................................................... 45 4.3) Tindakan Kesedaran Gangguan Seksual................................................................................... 52 RUJUKAN 54
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat i APRESIASI YBRS. DR. FARIDAH AWANG PENGARAH INSTITUT SOSIAL MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah dan setinggi – tinggi syukur serta puji saya rafakkan ke hadrat Ilahi atas kejayaan Institut Sosial Malaysia (ISM) dalam menghasilkan dan menerbitkan “Modul Latihan Kesedaran dan Pemahaman Terhadap Gangguan Seksual” sebagai panduan kepada Perunding Latihan ISM dan penceramah yang bakal mengendalikan Bengkel Kesedaran dan Pemahaman Terhadap Gangguan Seksual kelak. Penghasilan modul ini selaras dengan komitmen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhubung pewartaan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] pada 18 Oktober 2022 yang menekankan program advokasi dan kesedaran masyarakat terhadap isu serta cabaran dalam mengendalikan kes – kes gangguan seksual yang berlaku di Malaysia. Kejayaan menghasilkan modul ini merupakan hasil kerjasama semua pihak yang terlibat iaitu Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Universiti Sains Malaysia (USM) secara yang terlibat secara tidak langsung dalam Pembangunan modul ini. Semoga Modul Latihan Kesedaran dan Pemahaman Terhadap Gangguan Seksual ini dapat menjadi rujukan kepada Perunding Latihan ISM serta para penceramah untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan antigangguan seksual dan meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa gangguan seksual perlu dihindari dan dicegah di setiap peringkat masyarakat dengan mengguna pakai modul latihan ini. Semoga ianya memberi manfaat. “ILMU • SEJAHTERAKAN • MASYARAKAT”. Selamat membaca. Sekian, terima kasih.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat ii PENDAHULUAN ISM ditubuhkan pada tahun 2002 untuk menggantikan fungsi dan peranan Institut Latihan Kuala Kubu (ILK) sebagai sebuah Pusat Latihan Awam bagi penjawat awam dan pengamal sosial dalam bidang sosial, penyelidikan dan networking serantau. Pelan Transformasi KPWKM 2015-2018, ISM disasarkan untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan bagi latihan dan penyelidikan dalam bidang sosial dan pembangunan sosial. Selain itu, Kementerian berhasrat agar ISM di landasan sebagai peneraju kecemerlangan dalam bidang sosial dan pembangunan sosial. Ini seiring dalam usaha memperkasakan pekerja sosial dan pengamal sosial agar menjadi lebih dinamik dan kompeten melalui latihan berkualiti. Selain latihan dan penyelidikan serta perkongsian strategik dalam bidang sosial, ISM turut aktif dalam aspek penerbitan berkaitan polisi sosial dan pembangunan sosial. Penggubalan Akta Antigangguan Seksual (AAGS) 2022 sebagai satu perundangan khusus berkenaan gangguan seksual adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran supaya dapat mengelakkan berleluasanya gangguan seksual. AAGS ini adalah sebahagian usaha Kerajaan bagi meningkatkan pengupayaan rakyat terutamanya wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran supaya masyarakat tidak lagi menormalisasikan gangguan seksual bagi mewujudkan persekitaran kerja dan tempat awam yang selamat. AAGS telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 11 Ogos 2022. Akta ini telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Oktober 2022 dan diwartakan pada 18 Oktober 2022. Mesyuarat Penyelarasan Rang Undang - Undang Antigangguan Seksual Bilangan 2 Tahun 2022 bertarikh 2 September 2022 telah bersetuju agar ISM membangunkan kurikulum yang bersesuaian bagi melaksanakan Kursus Kejurulatihan Antigangguan Seksual. Pihak ISM dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) KPWKM, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Unit Undang - Undang KPWKM serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah membangunkan Kurikulum Bengkel Kejurulatihan Bagi Gangguan Seksual pada November 2022.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat iii JAWATANKUASA PENILAIAN PEMBANGUNAN MODUL Dr. Faridah Binti Awang Institut Sosial Malaysia (ISM) Pn. Mini Panggi Institut Sosial Malaysia (ISM) YBrs. Datin Izzatul Shima Binti Md Thahir Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Pn. Nur Masturah Binti Shafie Yayasan Kebajikan Negara (YKN) JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL Pn. Salwana Binti Mahmood Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Pn. Aliah Atiqah Binti Hj Razali Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Pn. Nor 'Ashikin Binti Abdull Razak Institut Sosial Malaysia (ISM) Pn. Maisarah Binti Hashim Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Dr. Amran Bin Hassan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dr. Azura Binti Hamdan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Pn. Noor Asyikin Binti Shamsuri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pn. Siti Noridah Binti Md Ayob Polis Diraja Malaysia (PDRM) Professor Dr Hajar Binti Abdul Rahim Universiti Sains Malaysia (USM) JAWATANKUASA KUMPULAN KERJA Pn. Nor 'Ashikin Binti Abdull Razak Institut Sosial Malaysia (ISM) Pn. Nur Ayu Hayati Binti Saufi Institut Sosial Malaysia (ISM)
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 1 T1: PENGENALAN KEPADA GANGGUAN SEKSUAL
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 2 1.1) Pengenalan Gangguan seksual memberi kesan yang buruk kepada emosi mangsa, kerjaya, rumah tangga serta kehidupan mangsa khususnya kaum wanita dan merupakan suatu fenomena global yang boleh berlaku dalam persekitaran tempat kerja[1] . Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] telah digubal sebagai suatu alternatif dalam menangani perlakuan gangguan seksual di samping perundangan dan dasar sedia ada meliputi semua lapisan masyarakat. Seksyen 25 Akta 840 telah menjelaskan keperluan untuk melaksanakan apa-apa aktiviti atau program bagi menggalakkan pencegahan dan meningkatkan kesedaran terhadap gangguan seksual[8] . 1.2) Definisi Gangguan Seksual Seksyen 2 Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840], gangguan seksual ditakrifkan sebagai apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual dalam apaapa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya[8] . a) Mangsa gangguan seksual Seseorang atau mana-mana individu yang menjadi sasaran tindakan gangguan seksual. b) Pelaku gangguan seksual Seseorang atau mana-mana individu yang melakukan tindakan gangguan seksual. 1.3) Jenis-Jenis Gangguan Seksual Jenis-jenis gangguan seksual adalah seperti berikut: a) Lisan Gangguan ini dapat dilihat apabila terdapat di dalamnya penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual yang
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 3 dinyatakan secara terang-terangan atau terselindung (berkias) sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina, terugut atau terganggu untuk berurusan dengan seseorang. Contoh: Pernyataan, komen, usikan tentang rupa paras atau tubuh badan wanita. Memberi komen tentang saiz buah dada atau punggungnya. Permintaan, cadangan untuk hubungan atau layanan seksual. b) Bukan Lisan Pandangan atau kerlingan yang memberikan bayangan niat atau keinginan berbentuk seksual. Contoh: Jelingan atau pandangan yang membayangkan niat ke arah seksual dan menimbulkan ketidakselesaan kepada mangsa. c) Visual Menghantar atau menunjukkan mesej berunsur seksual menerusi media elektronik, atas talian atau secara berhadapan contohnya seperti menghantar gambar, video lucah/porno atau bahan grafik, menghantar mesej menggunakan emoji berunsur seks, menghantar teks berunsur seks/lucah, menganggu mangsa secara seksual semasa live chat, meletakkan mesej yang berunsur seksual dalam komen laman web, membangunkan laman web atau penulisan blog yang berunsur seksual. Contoh: Menunjukkan alat kelamin, menunjuk, mempamer atau mengedar gambar, lakaran, bahan berunsur lucah atau menghantar dan mengirim surat/nota bertulis yang berunsur seksual d) Isyarat Menggunakan isyarat yang membayangkan perlakuan seks atau lain-lain berkaitan. Contoh: Menjilat bibir, menunjukkan isyarat tangan, memegang atau makan makanan dengan cara yang menggoda.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 4 e) Fizikal Segala bentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, menggesel, mengeletek, memeluk, menepuk, mengusap, menggosok, mencubit, memicit, mencium, meraba atau sebarang bentuk sentuhan lain yang berunsur seksual yang tidak diingini sehingga menyebabkan pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut. Contoh: Seseorang memberi pelukan atau sengaja berada terlalu hampir atau mereka yang sentiasa menyentuh dengan cara yang tidak menyenangkan semasa berurusan. 1.4) Jenis-Jenis Pelaku Jenis-jenis pelaku untuk gangguan seksual terdiri seperti yang berikut: a) The Great Gallant Pelaku jenis ini biasanya melakukan gangguan lisan secara memberikan pujian berlebihan dan membuat komen peribadi yang tidak wajar atau memalukan penerima. Kebiasaannya, pelaku jenis ini memberikan pujian atau komen dengan perasaan bangga disertai lirikan mata yang berahi. Mereka menganggap dirinya sebagai dominan dan bebas untuk berkata apa saja, tetapi penerima pujian menerimanya sebagai tindakan yang mengaibkan[10] . b) The Bravado Pelaku jenis ini biasanya dikaitkan dengan keberanian melakukan gangguan secara individu atau berkumpulan. Mereka cenderung untuk memalukan mangsa melalui komen, pujian yang tidak diingini, penilaian fizikal, jenaka, isyarat dan bahan lucah. Perlakuan ini boleh mewujudkan persekitaran yang canggung dan tidak selesa. Walaupun perlakuan ini tidak lebih daripada gangguan lisan dan visual, kebanyakan mangsa merasakan perlakuan ini sebagai memalukan dan mengganggu emosi[10] . c) The Opportunist Pelaku jenis ini biasanya memilih mangsa secara rambang dan bertindak apabila mendapat peluang. Apabila pelaku bersendirian dengan mangsa dalam
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 5 keadaan seperti di dalam lif, duduk bersebelahan di dalam kenderaan atau majlis, pelaku akan mengambil kesempatan untuk mengganggu secara lisan, renungan bernafsu, melangkaui ruang peribadi atau sentuhan yang melampaui batas. Gangguan seperti ini boleh berlaku di khalayak ramai seperti di majlismajlis keraian dan kelihatan seperti aktiviti sosial. Jika tidak dihalang, gangguan boleh berakhir dengan perkara yang memudaratkan kehormatan diri mangsa. Pelaku jenis ini akan meletakkan kesalahan kepada mangsa sekiranya ditegur atas perbuatannya[10] . d) The Power-Player Gangguan jenis ini berorientasikan permainan kuasa, di mana seseorang yang mempunyai kuasa atau kedudukan menggunakannya untuk mendapatkan nikmat seksual sebagai pertukaran yang memberi faedah kepada mangsa. Gangguan ini juga dikenali sebagai gangguan "quid pro quo" (something for something), dan berkait rapat dengan pemerasan. Pelaku jenis ini secara jelas memberi kesan kepada mangsa dan juga organisasi yang diwakilinya[10] . e) The Serial Harasser Pelaku jenis ini paling sukar untuk dikenal pasti dan ditangani kerana personaliti yang kompulsif serta mempunyai masalah psikologi yang serius. Pelaku adalah seorang yang licik dengan perwatakan yang baik. Gangguan dilakukan secara halus dan sukar untuk dibuktikan[10] . f) The Situational Harasser Tingkah laku pelaku ini dipengaruhi oleh faktor situasi semasa. Insiden sering dikaitkan dengan situasi kehidupan yang melibatkan masalah emosi atau perubatan, seperti perceraian, ketidakseimbangan hormon, atau gangguan psikiatri seperti Alzheimer dan ketagihan alkohol. Jika keadaan berubah atau penyakit dapat dikawal, gangguan biasanya berhenti[10] . 1.5) Peranan Dan Perbezaan Jantina Pelbagai pendekatan yang relevan dan boleh diaplikasikan dengan masalah gangguan seksual berkaitan dengan peranan dan perbezaan jantina. Terdapat beberapa teori dan model yang boleh digunakan untuk memahami bagaimana gangguan seksual boleh berlaku[3]. Antaranya adalah seperti berikut:
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 6 a) Teori Seksualiti - teori ini menjelaskan perkembangan hidup dan tingkah laku manusia adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti. b) Model Biologikal – model ini mengandaikan bahawa gangguan seksual merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh individu atas dorongan seks dan bersifat semulajadi, di mana mengandaikan kaum lelaki lebih kuat kemahuan seksualnya berbanding kaum wanita. c) Model Organisasi – model ini pula mengandaikan bahawa gangguan seksual di tempat kerja berlaku adalah akibat daripada peluang-peluang tertentu yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi. Gangguan seksual ini boleh melalui hierarki dan hubungan autoriti yang khusus yang mana, individu boleh menggunakan kuasa atau statusnya untuk mendapatkan kepuasan seksual daripada orang bawahannya. d) Model Sosio-Budaya – model ini mengandaikan bahawa gangguan seksual sebagai satu manifestasi kepada patriarchy system, di mana lelaki dianggap sebagai pemerintah dan masyarakat secara umumnya harus mengesahkan pemerintahannya. 1.6) Kesan Dan Impak Gangguan Seksual Gangguan seksual memberikan kesan negatif dan trauma yang berpanjangan merangkumi aspek psikologi, fizikal dan kompetensi serta produktiviti kepada mangsa khususnya kerana agak sukar mengatasi kesan dari gangguan seksual tersebut. Peningkatan kes gangguan seksual turut mempengaruhi pencapaian tahap kesaksamaan antara lelaki dan wanita kerana masyarakat dianggap menormalisasikan gangguan seksual. Seterusnya, perlakuan ini akan memberikan kesan buruk kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan[4]. Kesan dan impak gangguan seksual boleh dibahagikan kepada mangsa, pelaku dan organisasi seperti berikut: a) Kesan dan impak kepada individu i) Psikologi • Hilang minat dalam sesuatu perkara atau dirinya sendiri. • Mempunyai perasaan untuk membunuh diri. • Perubahan tingkah laku termasuk mengasingkan diri dan suka menyendiri. • Mengalami kemurungan dan trauma.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 7 • Merasa rendah diri dan bersalah. • Sentiasa gelisah dan dalam ketakutan. ii) Emosi • Ketidakstabilan emosi termasuk rasa terancam dan terhina. • Kurang motivasi, hilang harga diri dan keyakinan serta hilang kepercayaan. • Merasa dirinya tidak lagi sempurna dan menjijikkan. • Menanggung malu kerana masyarakat akan memandang serong terhadap mereka. • Memberi kesan negatif terhadap kerjaya. iii) Fizikal • Hilang tumpuan dan tidak bermaya. • Masalah seksual. • Serangan panik. • Gangguan gastrousus (pencernaan). • Gangguan tidur. • Mimpi ngeri. • Reaksi dermatologi (kulit, rambut dan kuku). • Berat badan tidak menentu. • Sakit kepala yang serius. • Lesu tubuh badan. iv) Kewangan • Kos pemulihan mangsa untuk tempoh masa yang lama. • Kebajikan mangsa yang tidak lagi bekerja. • Kos perundangan sekiranya melibatkan perbicaraan. • Kos kepada majikan untuk melatih pekerja baharu. v) Kerjaya • Menjejaskan produktiviti dan kehadiran bekerja. • Melepaskan peluang kerjaya dan berhenti kerja. • Memberi imej/persepsi buruk kepada majikan yang terlibat.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 8 b) Kesan dan impak kepada pelaku i) Penghinaan awam - Public humiliation Menjatuhkan imej pelaku dan menjejaskan reputasi kerana masyarakat mula memandang serong dan tidak mahu berurusan dengan pelaku. ii) Pemecatan - Dismissal Pelaku gangguan seksual akan dibuang kerja jika disabitkan dengan kesalahan di bawah akta dan peraturan yang berkaitan. iii) Disaman - Law suit Mangsa boleh memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap pelaku kerana gangguan seksual yang dilakukan. iv) Perpecahan Keluarga - Family break-up Keluarga pelaku akan merasa malu dan rasa tidak mampu berhadapan dengan masyarakat. Ini akan menjejaskan institusi kekeluargaan apabila suami atau isteri mula merasa tidak selesa untuk berinteraksi dan sebagainya. v) Penyumbaleweng - Pervert Gelaran kepada pelaku sebagai seseorang yang tidak bermoral dan membuat perbuatan yang berlawanan dengan norma masyarakat. vi) Kehilangan kawan-kawan - Loss of friends Pelaku akan kehilangan rakan atau disisihkan kerana perbuatan yang dilakukan amat mengecewa dan memalukan. vii) Dipenjarakan - Jail time Pelaku boleh dikenakan hukuman penjara akibat dari tindakan undangundang yang diambil oleh mangsa gangguan seksual. viii) Penghalang kerjaya - Career stopper Pelaku yang disabitkan dengan tindakan undang-undang akibat dari melakukan gangguan seksual, akan menjejaskan peluang kerjayanya sama ada hilang pekerjaan atau menjejaskan peluang kenaikan pangkat.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 9 ix) Tidak dihormati - Not respected Pelaku tidak dihormati oleh individu dan masyarakat akibat dari tindakan gangguan seksual yang dilakukan olehnya. c) Kesan dan impak kepada organisasi i) Kemerosotan produktiviti organisasi. ii) Mencetuskan konflik dalaman organisasi. iii) Kepuasan kerja menurun. iv) Kehilangan pekerja dan kepakaran. v) Peningkatan kos penjagaan kesihatan pekerja dan kos guaman. vi) Imej organisasi akan terjejas. 1.7) Mitos Dan Fakta Berhubung Gangguan Seksual Kebanyakan masyarakat mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang kurang tepat berkaitan gangguan seksual[4]. Sehubungan itu, antara fakta yang perlu didedahkan kepada semua adalah seperti di Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Mitos Dan Fakta Berhubung Gangguan Seksual Bil. Mitos Fakta 1. Cara berpakaian dan perlakuan yang seksi membuka ruang untuk berlakunya gangguan seksual. Mangsa gangguan seksual tidak dipengaruhi oleh rupa fizikal, jenis pakaian, umur dan tingkah laku. 2. Gangguan seksual adalah perkara kecil dan menyeronokkan terutama kepada wanita walaupun mereka berpura-pura tidak menyukainya. Gangguan seksual tidak mempunyai kaitan dengan hubungan seksual atau minat seksual atau sosial antara mangsa dan pelaku. Pelaku yang mempunyai kuasa turut menggunakan gangguan seksual untuk merendahkan mangsa. 3. Gangguan seksual hanya berlaku kepada wanita muda. Gangguan seksual boleh berlaku kepada wanita dan lelaki tanpa mengira usia, penampilan fizikal atau status perkahwinan.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 10 Bil. Mitos Fakta 4. Pelaku akan menghentikan gangguan seksual sekiranya mangsa tidak menghiraukan atau mengabaikan gangguan berkenaan. Gangguan seksual akan terus berlaku sekiranya mangsa tidak mengambil sebarang tindakan atau mengabaikannya dan mungkin dianggap sebagai persetujuan atau dorongan untuk pelaku terus melakukannya. 5. Gangguan seksual jarang berlaku. Kes gangguan seksual berlaku dengan kerap dan ia memberi kesan kepada kehidupan mangsa. 6. Gangguan seksual hanya dilakukan oleh individu berlainan jantina. Gangguan seksual boleh berlaku di kalangan jantina yang sama. 7. Mangsa tidak mempunyai masalah untuk membuat laporan. Mangsa lebih suka mengambil sikap berdiam diri dan tidak mengemukakan laporan kerana bimbang impak dan pandangan negatif dari orang sekeliling. 8. Pelaku tidak sengaja melakukannya. Gangguan seksual merupakan tindakan yang disengajakan dan pelaku mempunyai niat untuk melakukannya. 9. Aduan berkenaan gangguan seksual merupakan satu cara untuk membalas dendam atau memfitnah orang lain. Mangsa tidak akan membuat aduan atau laporan kerana merasa aib atau malu atau terancam. Kebiasaannya setiap aduan mempunyai asas yang kukuh. 1.8) Punca Gangguan Seksual Punca gangguan seksual berbeza-beza dan maklumat yang diberi merangkumi beberapa faktor utama. Ini adalah kerana banyak punca saling berkaitan, dikaitkan dengan budaya dan nilai dalam masyarakat dan dengan peranan, kuasa relatif dan status lelaki dan wanita berkenaan. a) Tarikan fizikal dan personaliti Individu yang mmpunyai keterampilan yang moden dan perwatakan menarik ini mungkin menyebabkan mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 11 sekerja dan juga pihak atasan. Individu ini mungkin menjadi punca berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian dengan tingkah laku dan keperihatinan. Menurut, Fiske dan Glick (1995), perawakan wanita yang menampakkan ciriciri tradisi kurang terdedah kepada gangguan seksual ini. Personaliti dan perawakan seseorang wanita itu menjadi faktor penarik kepada perlakuan gangguan seksual. Personaliti wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik juga boleh mempengaruhi persepsi orang ketiga terhadap perbuatan gangguan seksual[5] . b) Kuasa Teori organisasi telah menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh struktur organisasi dalam sesebuah syarikat yang sering menempatkan lelaki dalam kedudukan yang lebih berkuasa berbanding wanita. Oleh yang demikian, pegawai atau kakitangan lelaki cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari pekerja bawahan mereka terutama wanita[5] . c) Pertandingan dan ego Terdapat juga punca gangguan seksual yang berlaku kerana pertaruhan atau pertandingan, menunjukkan ego dan bimbang kehilangan status dan kuasa. Lelaki akan bersikap ego apabila dicabar oleh rakan-rakan dan mahu dilihat hebat di mata lelaki lain. Wanita mungkin dianggap sebagai barang pertaruhan untuk menunjukkan dominasi dan pelaku akan merasa puas serta bangga sekiranya berjaya memenangi pertaruhan berkenaan dengan cara melakukan perlakuan berunsur seksual[5] . d) Perbezaan hormon Teori biologi telah menjelaskan bahawa gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan, di mana komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Keadaan ini menyebabkan lelaki lebih terdedah untuk menjadi seorang pelaku gangguan seksual dan berlaku seolah-olah di luar kawalan pelaku tersebut.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 12 Walau bagaimanapun, tingkah laku pelaku berlaku secara tidak langsung dan secara tersembunyi serta tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang di khalayak ramai[5] . e) Komposisi lelaki dan wanita Punca gangguan seksual juga boleh dilihat menggunakan teori demografi. Teori demografi pula mengutarakan bahawa ia berlaku kerana komposisi lelaki dan wanita di tempat kerja yang tidak seimbang. Perkara tersebut seterusnya meningkatkan risiko berlakunya gangguan seksual di tempat kerja. Sekiranya tempat kerja tersebut di dominasi oleh kaum lelaki, maka kaum wanita di tempat kerja tersebut akan cenderung mengalami gangguan seksual[5] . f) Sistem yang membezakan peranan lelaki dan wanita Peranan dan tanggungjawab lelaki dan wanita adalah berbeza dan mempunyai garis pembahagi yang ketara. Lelaki dipertanggungjawabkan dengan tugas yang lebih besar dan dilihat sebagai lebih dominan serta agresif berbanding wanita. Ini menyebabkan penindasan terhadap wanita terus berlaku termasuk dalam bentuk gangguan seksual[5] . g) Sosialisasi Cara individu dibesarkan akan mempengaruhi cara pemikiran dan pandangan berhubung gangguan seksual antaranya seperti berikut: i) Membudayakan diskriminasi terhadap individu disebabkan perbezaan jantina, bangsa, budaya, agama, gaya hidup, keyakinan politik, atau penyalahgunaan kuasa serta menganggap gangguan seksual adalah sesuatu yang normal. ii) Lelaki yang dibesarkan dengan kepercayaan macho (maskulin/gagah) yang diumpamakan seperti "lelaki yang tidak mudah menangis", "peluk dan cium perempuan adalah normal", dengan mudah akan membawa nilai sosial dalam kehidupan. Kebanyakan individu sering menganggap kenyataan berbaur seksual sebagai pujian. iii) Ramai wanita dibesarkan dan mempercayai tugas utama mereka adalah untuk menggembirakan lelaki dan menganggap populariti dikalangan lelaki merupakan satu kejayaan atau "wanita sebenar perlu kelihatan seksi".
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 13 Sesetengah wanita pula melihat seksualiti sebagai satu-satunya asas kuasa mereka dan boleh dijadikan senjata untuk mencapai sesuatu kejayaan. Walaupun penyelidikan telah membuktikan bahawa wanita yang begitu sebagai minoriti kecil, tingkah laku mereka boleh menggalakkan gangguan seksual terhadap wanita lain. iv) Wanita yang melihat diri mereka bergantung kepada lelaki, atau mempunyai nilai yang lebih rendah daripada lelaki, atau tidak tegas akan menghadapi kesukaran untuk menghentikan pelaku. h) Menggunakan kuasa Sesetengah individu merasa tercabar dan terancam terhadap pencapaian individu lain kerana beranggapan mereka lebih berkuasa dan lebih berhak untuk mendapatkan kejayaan itu. Individu ini akan menyalahgunakan kuasa termasuk melakukan gangguan seksual bagi menghentikan dan merendahkan moral mangsa bagi mengekalkan dominasi terhadap kuasa yang dimiliki. i) Nilai moral, perceraian dan perbezaan budaya i) Apabila terjadinya keruntuhan moral dan lemahnya institusi kekeluargaan, boleh menjadi punca seseorang itu melakukan gangguan seksual. ii) Tekanan perkahwinan dan perceraian boleh menjadi tekanan emosi yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada gangguan seksual. iii) Perbezaan budaya tentang apa yang boleh atau tidak boleh di dalam sesuatu bangsa juga boleh menyebabkan berlakunya gangguan seksual. j) Kredibiliti dan menyalahkan mangsa Kredibiliti mangsa sering dipersoalkan apabila kenyataan yang diberikan selalunya bertentangan dengan kata-kata pelaku. k) Keagresifan atau keberanian Lelaki yang berkumpulan berpotensi untuk melakukan gangguan seksual terhadap wanita yang bersendirian. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut mungkin "tidak berbahaya" atau kurang berani melakukan gangguan seksual jika bersendirian.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 14 l) Polisi agensi/syarikat yang tidak ketat Banyak agensi/syarikat tidak mempunyai dasar, cara aduan dan prosedur tatatertib yang jelas untuk menangani gangguan seksual. Jika ada pun, mereka tidak melaksanakannya dan terdapat mangsa yang terpaksa meletakkan jawatan kerana mereka tidak tahu ke mana hendak pergi atau jika mereka mengadu, sama ada ia dianggap sebagai jenaka, atau tiada tindakan diambil oleh pihak pengurusan.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 15 T2: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG/ PERATURAN SEDIA ADA BAGI KES GANGGUAN SEKSUAL
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 16 2.1) Kanun Keseksaan [Akta 574] Semua jenis kesalahan jenayah di Malaysia, kebanyakannya akan disiasat berpandukan kepada Kanun Keseksaan termasuklah kes-kes serangan, penderaan dan gangguan seksual. Seksyen-seksyen di bawah Kanun Keseksaan yang melibatkan kes gangguan seksual adalah seperti berikut: Rajah 1: Seksyen Yang Melibatkan Kes Gangguan Seksual
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 17 a) Seksyen 292 - Menjual, dsb., buku-buku, dsb., yang lucah Suatu perbuatan menjual, menyewakan, mengimport, mengeksport, mengedar, mengiklan dan menunjukkan secara awam bahan lucah kepada orang ramai. Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. b) Seksyen 354 – Cabul Suatu perbuatan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan melakukan seperti memeluk, mencium, menggeselkan tubuh badan, menyentuh payudara dengan tanpa kerelaan orang tersebut. Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu. c) Seksyen 377D - Melanggar kesopanan i) Suatu perbuatan melakukan apa-apa perbuatan kelucahan melampau seperti menunjuk kemaluan, menyebut alat kelamin, menunjukkan jari hantu kepada orang lain sama ada di tempat awam atau di tempat persendirian. ii) Perbuatan ini boleh terjadi sama ada dilakukan oleh pelaku secara bersendirian atau secara bersubahat bersama-sama dengan pelaku yang lain. Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun. d) Seksyen 377E - Merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau Suatu perbuatan merangsang kanak-kanak di bawah umur empat belas tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau seperti memegang kemaluan, memeluk, mencium, menghisap kemaluan, berbogel dengan pelaku atau dengan orang lain.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 18 Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, dan boleh juga dikenakan sebat. e) Seksyen 507A - Menghendap Sesiapa yang berulang kali melakukan sebarang tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan atau mengetahui bahawa berkemungkinan menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada seseorang mengenai keselamatannya, boleh disabitkan melakukan kesalahan menghendap. Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Nota: Terdapat peruntukan Perintah Perlindungan di bawah seksyen 98A Kanun Prosedur Jenayah bagi melindungi mangsa daripada penghendap. f) Seksyen 509 - Perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang Suatu perbuatan yang melibatkan perkataan, isyarat, intai, video lucah seperti menjilat bibir, memegang, makan makanan dengan cara menggoda, pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan. Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. 2.2) Akta Kerja 1955 [Akta 265] - Seksyen 2 – Tafsiran a) Gangguan seksual bermaksud sebarang kelakuan yang tidak diingini yang bersifat seksual, sama ada lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal yang ditujukan kepada seseorang sehingga boleh menyinggung perasaan atau memalukan atau mengancam kesejahteraan orang tersebut yang timbul dari dan semasa dia bekerja. b) Pindaan tahun 2012 telah mewujudkan Bahagian XVA yang mana seksyen 81 menjelaskan secara terperinci mengenai prosedur atau tatacara tindakan ke atas aduan mengenai gangguan seksual dan kewajipan majikan tangani gangguan seksual.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 19 c) Pindaan tahun 2022 melibatkan kewajipan majikan untuk mempamerkan notis kesedaran gangguan seksual serta pindaan di bawah seksyen 81F daripada denda RM10 ribu kepada RM50 ribu. 2.3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - Seksyen 233(1) - Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian Atau Perkhidmatan Rangkaian, Dan Lain-Lain Seseorang yang menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk membuat atau memulakan hantaran berbentuk komen, permintaan, komunikasi lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain. Hukuman: Boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. 2.4) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] Akta ini mula berkuat kuasa pada Julai 2017 dengan menyediakan peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang tertentu dan hukumannya sebagai tambahan kepada kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang lain dan hukumannya dalam undang-undang bertulis yang lain, dan berhubung dengannya untuk mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran keadilan bagi kanak-kanak dan perkara yang berkaitan. a) Seksyen 5 - Membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, dsb., pornografi kanak-kanak Membuat, menghasilkan pornografi kanak-kanak, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, ambil bahagian, menyertai / terlibat, melalui apa-apa cara, dalam pembuatan dan penghasilan pornografi kanak-kanak. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang dari enam sebatan.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 20 b) Seksyen 6 - Membuat persediaan untuk membuat, menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak Membuat, menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. c) Seksyen 7 - Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan atau penghasilan, dsb., pornografi kanak-kanak Menggunakan atau menyebabkan kanak-kanak digunakan dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan pornografi kanak-kanak. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan. d) Seksyen 8 - Bertukar-tukar, menerbitkan, dsb., pornografi kanak-kanak i) Tukar, terbit, cetak, hasil semula, jual, sewa, edar, tunjuk, iklan, hantar, import, eksport, pindah, tawar atau ada apa-apa pornografi kanak-kanak; ii) Peroleh, kumpul atau meminta apa-apa pornografi kanak-kanak; atau iii) Ambil bahagian atau menerima keuntungan daripada perniagaan yang berkaitan dengan pornografi kanak-kanak. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan. e) Seksyen 9 - Menjual, dsb., pornografi kanak-kanak kepada kanak-kanak Jual, sewa, edar, tunjuk, iklan, hantar, galakkan, tawar atau mengadakan, apaapa pornografi kanak-kanak kepada seseorang kanak-kanak. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 21 f) Seksyen 10 - Mengakses, dsb., pornografi kanak-kanak Mengakses, atau dalam milikannya atau mengawal apa-apa pornografi kanakkanak. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya. g) Seksyen 11 - Berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak i) Berkomunikasi atau menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi secara seksual. ii) Berkomunikasi secara seksual di mana melibatkan aktiviti yang bersifat seksual dan dengan pandangan yang munasabah bahawa komunikasi itu adalah berbentuk seksual. iii) Pengecualian – jika komunikasi itu adalah bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. h) Seksyen 12 - Pengantunan kanak-kanak (Child grooming) i) Berkomunikasi dengan kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Seksyen 5, 6, 7, 8, 14 ,15 atau kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual. ii) Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta mengenai kesalahan di bawah Seksyen 5, 6, 7, 8, 14 atau 15 atau mana-mana kesalahan dalam Jadual yang telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat. i) Seksyen 13 - Berjumpa selepas pengantunan kanak-kanak (Meeting following child grooming) i) Setelah berkomunikasi dengan seseorang kanak-kanak, berjumpa dengan kanak-kanak itu dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 22 perlakuan mana-mana kesalahan di bawah fasal 5, 6, 7, 8,15 atau kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual terhadap kanak-kanak itu; ii) Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta mengenai kesalahan di bawah Seksyen 5, 6, 7, 8, 14,15 atau mana-mana kesalahan dalam Jadual yang telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. j) Seksyen 14 - Amang seksual fizikal atas kanak-kanak (Physical sexual assault on a child) Mana-mana orang yang bagi maksud seksual: i) Menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak; ii) Membuatkan kanak-kanak itu menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu (pelaku) atau orang lain; iii) Membuatkan kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanakkanak itu sendiri; atau iv) Melakukan apa-apa perbuatan yang melibatkan sentuhan fizikal dengan kanak-kanak tanpa persetubuhan. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. k) Seksyen 15 - Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak (Non physical sexual assault) Mana-mana orang yang bagi maksud seksual: i) Mengatakan apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi, gerak isyarat, tunjuk apa-apa objek, badannya atau bahagian badannya dengan niat perbuatan itu hendaklah didengari, atau dilihat oleh kanak-kanak itu; • Membuatkan kanak-kanak menunjukkan badannya atau bahagian badannya supaya dapat dilihat oleh orang itu atau orang lain; • Berulang kali atau secara kerap mengikut atau memerhati atau menghubungi kanak-kanak dengan apa-apa cara; ii) Ugutan untuk menggunakan gambar badan atau bahagian badan kanakkanak yang terlibat dalam aktiviti bersifat seksual, samada bentuk visual,
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 23 audio, bertulis, dengan cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik atau secara manual atau gabungan apa-apa cara; iii) Melakukan aktiviti bersifat seksual di hadapan kanak-kanak; iv) Menyebabkan kanak-kanak melihat orang lain melakukan aktiviti berunsur seksual atau menyaksikan melalui media atau cara lain yang menggambarkan orang lain melakukan aktiviti yang berunsur seksual; atau v) Membuatkan kanak-kanak melakukan aktiviti bersifat seksual. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya. 2.5) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Pindaan 2002 a) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/93] – Kategori gangguan seksual adalah: i) Cubaan untuk merapati orang lain secara seksual. ii) Meminta layanan seksual daripada orang lain. iii) Gangguan seksual yang mengugut. iv) Gangguan seksual yang menyinggung atau menghina. v) Perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain: • Termasuklah penyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan orang lain itu sama ada penyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa yang lain. • Perlakuan perbuatan gangguan seksual di tempat kerja atau di dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan perkhidmatan awam.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 24 b) Peraturan 38 Hukuman Tatatertib - Bergantung kepada keseriusan kesalahan, boleh dikenakan satu atau gabungan dua/ lebih hukuman: i) Amaran; ii) Denda; iii) Lucut hak emolumen; iv) Tangguh pergerakan gaji; v) Turun gaji; vi) Turun pangkat; atau vii) Buang kerja. 2.6) MyPPSM (Ceraian PO.3.1.2) - Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian ini bertujuan menjelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam mengendalikan kes gangguan seksual di tempat kerja[9] . a) Latar Belakang Gangguan seksual merupakan salah satu perkataan yang dilarang mengikut peraturan 4A Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993]. Sekiranya seseorang Pegawai Awam didapati telah melakukan gangguan seksual, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d) P.U(A)395/1993. Gangguan seksual ditakrifkan sebagai sebarang kelakuan berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal, atas sebab yang munasabah setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung, terhina atau terugut. Gangguan seksual boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sama ada berlainan sesama jantina. b) Pelaksanaan Bagi menambah baik prosedur sedia ada dalam mengendalikan kes gangguan seksual dan mempercepatkan proses tindakan tatatertib yang boleh diambil ke
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 25 atas pegawai awam yang disyaki terlibat, Kerajaan telah bersetuju supaya garis panduan sedia ada ditambah baik. Garis panduan ini turut mengandungi huraian lanjut berhubung kategori dan jenis perlakuan gangguan seksual, kesan gangguan seksual dan program pencegahan gangguan seksual di tempat kerja. Melalui garis panduan ini, ia diharap dapat mendidik dan memberi kefahaman kepada pegawai serta ketua jabatan dalam usaha memelihara perhubungan di tempat kerja agar menjadi lebih harmoni, saling hormat menghormati dan meningkatkan nilai budi bahasa serta integriti pegawai. Garis Panduan ini mengandungi penerangan berhubung pengendalian kes gangguan seksual di tempat kerja dari aspek: (a) Peraturan - Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993]; (b) Kategori dan Jenis Perlakuan Gangguan Seksual; (c) Tindakan Pengadu Yang Mengalami Gangguan Seksual; (d) Tindakan Pegawai Yang Menerima Aduan Di Unit Integriti (UI); (e) Tindakan Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi Yang Mengendalikan Kes Gangguan Seksual; (f) Tindakan Jawatankuasa Siasatan Bebas Yang Menjalankan Siasatan Kes Gangguan Seksual; (g) Tanggungjawab Ketua Jabatan; (h) Menangani Kesan Gangguan Seksual; dan (i) Program Pencegahan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Walau apapun peruntukan dalam Garis Panduan ini, ia tidak menghadkan kuasa mana-mana Pihak Berkuasa Tatatertib dan mana-mana peruntukan dalam P.U.(A)395/1993. 2.7) Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999 Kod ini diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi menangani gejala gangguan seksual di tempat kerja sektor swasta. Kod ini secara amnya
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 26 mendefinisikan gangguan seksual dan memperkenalkan mekanisme dalaman untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Kod ini tidak mempunyai kuasa undang-undang (bermaksud ia tidak membawa kesan perundangan (legal effect) dan hanya memberi garis panduan untuk syarikatsyarikat, di mana mereka mempunyai pilihan sama ada untuk mengikutinya atau mengabaikannya[6] . a) Artikel 4 i) Definisi gangguan seksual membahagikan gangguan seksual kepada dua bahagian. ii) Dua bahagian yang termaktub adalah gangguan seksual yang berbentuk paksaan (sexual coercion) dan gangguan yang berbentuk gusaran (sexual annoyance). iii) Gangguan seksual yang berbentuk paksaan (sexual coercion) memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, pegawai yang mempunyai pangkat lebih tinggi dan berautoriti dalam menaikkan pangkat mengugut pekerja bawahan supaya memberi layanan dalam bentuk seksual. iv) Gangguan yang berbentuk gusaran (sexual annoyance) seperti tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan. Dasarnya ia adalah perlakuan yang mengganggu suasana kerja di mana ia ditahan oleh penerima. Jenis ini selalunya berlaku dalam kalangan pekerja sama pangkat. b) Artikel 15 i) Kod Amalan menerangkan bahawa majikan harus mempunyai tatacara aduan dan keluhan yang berlainan untuk urusan berkenaan aduan gangguan seksual. ii) Tidak mengandungi sebarang garis panduan untuk siasatan dibuat. Majikan diberi kebebasan dalam menetapkan proses bagaimana aduan disiasat dan dikendalikan, dengan syarat ianya dijalankan mengikut prinsip keadilan asasi.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 27 2.8) Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual Di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Garis panduan ini bertujuan menjadi rujukan kepada semua pihak berkepentingan di institusi pendidikan dalam menjelaskan tatacara pengurusan salah laku seksual. Garis panduan ini juga memberikan kefahaman tentang salah laku seksual, implikasinya dan peranan pihak yang terbabit dalam pengurusan salah laku seksual di institusi pendidikan[2] . Garis panduan ini hendaklah terpakai kepada institusi pendidikan seperti yang berikut: a) Sekolah kerajaan; b) Sekolah bantuan kerajaan; dan c) Kolej vokasional. Sekiranya terdapat percanggahan antara peruntukan dalam garis panduan ini dengan mana-mana peruntukan dalam garis panduan, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) atau surat siaran terdahulu yang masih berkuat kuasa, garis panduan ini hendaklah mengatasi setakat mana percanggahan itu. Garis panduan ini menjelaskan mengenai pengurusan salah laku seksual berdasarkan skop berikut: a) Salah laku seksual Topik ini menjelaskan mengenai definisi salah laku seksual, jenis, punca dan kesan salah laku seksual terhadap mangsa. Salah laku seksual ditakrifkan sebagai apa-apa kelakuan yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. Salah laku seksual juga boleh berlaku sesama jantina atau berlainan jantina.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 28 b) Pihak pengurusan kes salah laku seksual Menjelaskan mengenai peranan pengetua/guru besar sebagai pihak berkuasa disiplin, perlantikan dan tanggungjawab guru penyiasat, penubuhan, keanggotaan dan fungsi jawatankuasa disiplin serta penubuhan, tujuan dan peranan jawatankuasa pemuafakatan. c) Tatacara pengendalian kes salah laku seksual Tatacara pengendalian oleh institusi pendidikan merangkumi kejadian salah laku seksual yang melibatkan murid, sama ada sebagai mangsa atau pelaku, yang berlaku di dalam atau di luar kawasan institusi pendidikan. Sekiranya kejadian salah laku seksual melibatkan guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau orang awam (termasuk ahli keluarga) sebagai pelaku, kejadian tersebut hendaklah dilaporkan terus kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Pengetua atau Guru Besar (PGB). Bagi kes yang melibatkan guru atau AKP sebagai pelaku, PGB hendaklah juga merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Negeri (JPN). d) Pelaksanaan intervensi bagi kes salah laku seksual Intervensi merupakan usaha untuk memberikan pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran psikomotor dan sebagainya kepada murid dan juga keluarga sebaik sahaja sesuatu masalah atau isu salah laku seksual dapat dikesan. e) Terdapat empat jenis intervensi utama yang boleh dilaksanakan bagi menangani salah laku seksual, iaitu: i) Intervensi pencegahan; ii) Intervensi perkembangan; iii) Intervensi pemulihan; dan iv) Intervensi krisis. 2.9) Kod Sukan Selamat - Garis Panduan Pengendalian Kod Sukan Selamat Kod Sukan Selamat merupakan suatu garis panduan yang dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memberi panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan dalam sukan[7] .
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 29 Kod ini menerangkan bentuk penderaan, gangguan, keganasan dan keselamatan yang mungkin berlaku dalam persekitaran sukan merangkumi kelakuan yang tidak sesuai (inappropriate acts) sama ada secara seksual, psikologi dan fizikal serta peranan dan tanggungjawab semua pemegang taruh yang terlibat. Kod ini adalah terpakai kepada mana-mana orang yang terlibat dalam sebarang aktiviti sukan. Kod ini menjelaskan mengenai skop salah laku seperti berikut: a) Gangguan seksual Gangguan seksual boleh ditafsirkan sebagai apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya. b) Salah laku psikologi Merujuk kepada corak tingkah laku yang tidak betul atau tidak sepatutnya terhadap mental dan pemikiran seseorang. c) Salah laku fizikal Sebarang tingkah laku yang melibatkan sentuhan yang menyebabkan atau secara munasabah mengancam untuk menyebabkan kemudaratan fizikal kepada individu lain seperti kesalahan melibatkan sentuhan (contact violation) seperti menumbuk, memukul, menggigit, mencekik atau menampar orang lain termasuk dengan objek seperti peralatan sukan. d) Buli Buli bermaksud tingkah laku yang menyakiti, menganiayai atau menakuti seseorang dengan cara mendera, mengugut atau mengancam secara emosi, fizikal atau seksual. e) Antun seksual (sexual grooming) Antun seksual bermaksud tindakan mewujudkan kepercayaan dan hubungan emosi dalam hubungan individu bagi menghasilkan persekitaran di mana
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 30 individu menerima satu bentuk perhubungan yang tidak patut. Ia boleh berlaku secara fizikal atau maya. Bab 5 Kod ini menjelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab semua pihak pemegang taruh sebagaimana berikut: a) Peranan dan Tanggungjawab Atlet. b) Peranan dan Tanggungjawab Badan Sukan. c) Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa, Penjaga dan Pengiring. d) Peranan dan Tanggungjawab Organisasi. e) Peranan dan Tanggungjawab Jurulatih dan Pegawai Teknikal. Penerangan secara terperinci berkenan Pengurusan Aduan, Mekanisme Pengaduan serta Kerahsiaan di mana semua pihak yang terlibat harus dihormati dan dilindungi serta semua dokumen yang terlibat adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kecuali bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis. 2.10)Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak tahun 2022 - Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak a) Garis panduan ini menjelaskan mengenai pengendalian gangguan seksual di tempat kerja dari aspek: i) Perlakuan gangguan seksual; ii) Pengecualian perlakuan, keadaan atau perbuatan yang terjumlah kepada gangguan seksual; iii) Tindakan pengadu; iv) Peranan pegawai/pihak yang terlibat dalam mengendalikan aduan gangguan seksual; v) Pengurusan tindakan tatatertib perlakuan gangguan seksual dalam perkhidmatan awam Negeri Sarawak; dan vi) Kerahsiaan.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 31 b) Perkara 4 Perlakuan gangguan seksual adalah perlakuan, keadaan atau perbuatan yang terjumlah kepada gangguan seksual termasuklah secara lisan, isyarat (bukan lisan), visual, fizikal. c) Perkara 5 Pengecualian perlakuan, keadaan atau perbuatan gangguan seksual memberi pujian atau persalaman yang disenangi, pemberian memo atau surat tahniah kerana melakukan tugas dengan baik, perbincangan seksual secara akademik dan relevan kepada bidang tugas yang dilakukan dengan suci hati tidak terjumlah kepada gangguan seksual. d) Perkara 6 Sekiranya perbuatan gangguan seksual itu terjumlah kepada kesalahan jenayah, seperti mencabul kehormatan di bawah Seksyen 354 dan 509 Kanun Keseksaan (Akta 574) meminta layanan seksual sebagai suapan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Malaysia 2009 (Akta 694) dan sebagainya, pengadu hendaklah terus membuat laporan kepada polis atau agensi yang berkaitan. e) Perkara 7 Sekiranya kes wujud, tindakan tatatertib hendaklah diambil mengikut KaedahKaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (KKSPA) 1996, dan sekiranya kes tidak wujud, aduan hendaklah ditutup dan memaklumkan keputusan tersebut kepada pengadu. f) Perkara 8 Dalam mengendalikan dan menguruskan kes gangguan seksual di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, prosedur tindakan tatatertib adalah seperti yang diperuntukkan dalam KKSPA 996, dan Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri (PAPAN) 1996. Nota: Peraturan ini hanya terpakai untuk penjawat awam di bawah lantikan negeri Sarawak.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 32 2.11)Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2021 - Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Negeri Sabah a) Garis panduan ini menjelaskan mengenai pengendalian gangguan seksual di tempat kerja dari aspek: i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/93] (Peraturan Pegawai Awam); ii) Kategori dan jenis perlakuan gangguan seksual; iii) Tindakan pengadu yang mengalami gangguan seksual; iv) Tindakan pegawai yang menerima aduan di Unit Integriti (UI); v) Tindakan pegawai psikologi yang mengendalikan kes gangguan seksual; vi) Tindakan Jawatankuasa Siasatan Bebas yang menjalankan siasatan kes gangguan seksual; vii) Tanggungjawab Ketua Jabatan; viii) Menangani kesan gangguan seksual; dan ix) Program pencegahan gangguan seksual di tempat kerja. b) Peraturan 4A i) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual di mana termasuklah: • Cubaan merapati secara seksual, atau meminta layanan seksual; atau • Melakukan perbuatan bersifat seksual berhubung menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung, terhina atau terugut. ii) Perbuatan gangguan seksual yang memburukkan atau mencemarkan perkhidmatan awam boleh terjadi dalam keadaan-keadaan berikut: • Di dalam suatu mesyuarat atau ceramah yang mengandungi kenyataan atau jenaka berunsur seksual; atau • Perlakuan gangguan seksual tersebut dilihat oleh orang lain yang tiada penglibatan tetapi menyebabkan orang itu berasa tersinggung, terhina atau terugut. iii) Perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain termasuklah penyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan orang lain itu sama ada
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 33 penyataan itu dibuat secara fizikal, lisan, bukan lisan, isyarat, visual, bertulis atau psikologi. c) Pengecualian Bermaksud perlakuan, keadaan atau perbuatan gangguan seksual memberi pujian atau persalaman yang disenangi, pemberian memo atau surat tahniah kerana melakukan tugas dengan baik, perbincangan seksual secara akademik dan relevan kepada bidang tugas yang dilakukan dengan suci hati tidak terjumlah kepada gangguan seksual. d) Peraturan 38 Hukuman Tatatertib - Bergantung kepada keseriusan kesalahan, boleh dikenakan satu atau gabungan dua/ lebih hukuman: i) Amaran; ii) Denda; iii) Lucuthak emolumen; iv) Tangguh pergerakan gaji; v) Turun gaji; vi) Turun pangkat; atau vii) Buang kerja. Nota: Peraturan ini hanya terpakai untuk penjawat awam di bawah lantikan negeri Sabah.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 34 T3: AKTA ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2022 [AKTA 840]
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 35 3.1) Pengenalan Kepada Akta Rajah 2: Kronologi Ke Arah Pewartaan Akta 840 Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022. Seterusnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga telah membentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Negara dan diluluskan pada 11 Ogos 2022. Akta 840 seterusnya telah menerima perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) pada 8 Oktober 2022 dan diwartakan sebagai suatu Akta baharu pada 18 Oktober 2022. Akta ini kini telah dikuatkuasakan secara berperingkat mulai 28 Mac 2023 bagi seksyen 1, 2, 24, 25 dan 26. Penguatkuasaan fasa pertama melibatkan takrifan gangguan seksual, elemen kesedaran dan pencegahan mengenai gangguan seksual kepada masyarakat mengambil kira kepentingan untuk mendidik dan meningkatkan pemahaman serta kesedaran rakyat tentang betapa seriusnya isu yang melibatkan gangguan seksual sebelum Akta ini dikuatkuasakan sepenuhnya. Gangguan seksual juga boleh mendorong kepada perlakuan jenayah seksual yang lebih berat dan serius seperti serangan atau keganasan seksual termasuk rogol. Menerusi penguatkuasaan Akta 840 akan mengurangkan kejadian gangguan seksual sama ada di tempat kerja mahupun di tempat awam, terutamanya bagi kaum wanita agar orang ramai merasakan lebih selamat. Secara tidak langsung, ini
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 36 akan dapat meningkatkan penyertaan khususnya golongan wanita dalam pasaran buruh dan seterusnya bersama-sama membangunkan negara[8] . a) Kekangan perundangan dan dasar sedia ada Rajah 3: Kekangan Perundangan Dan Dasar Sedia Ada Berdasarkan perundangan yang disenaraikan dan dijelaskan dalam Rajah 2 di atas, aduan gangguan seksual boleh dibuat di bawah perundangan sedia ada. Namun begitu, berdasarkan penelitian yang dibuat oleh Kementerian, beberapa kekangan telah dikenal pasti berkaitan peruntukan dan pengendalian isu gangguan seksual. Mangsa yang mengalami gangguan seksual boleh membuat laporan menerusi perundangan dan dasar sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Kerja 1955 dan Kod Amalan Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja bagi sektor swasta serta MyPPSM (Ceraian PO.3.1.2) iaitu Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 37 Menerusi penelitian ke atas perundangan dan dasar sedia ada tersebut, Kementerian telah mengenal pasti beberapa kekangan yang melibatkan peruntukan dan pengendalian isu gangguan seksual seperti berikut: i) Di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574], definisi bagi gangguan seksual yang digunakan adalah terlalu luas atau tidak jelas. ii) Seksyen 354 dan 509 Kanun Keseksaan [Akta 574] memerlukan pembuktian elemen mens rea atau niat jahat seseorang yang sering kali sukar dibuktikan dalam kes-kes gangguan seksual dan membabitkan standard pembuktian (standard of proof) yang lebih tinggi iaitu tanpa keraguan munasabah (beyond reasonable doubt). Pembuktian di bawah undang-undang jenayah turut mengambil masa yang panjang dan tiada redress atau remedi khusus iaitu tebus rugi kepada mangsa. iii) Kebanyakan kes aduan yang didengar di bawah Kanun Keseksaan akan melibatkan kos pengurusan yang tinggi kepada mangsa mengambil kira akan terdapat keperluan untuk melantik peguam cara untuk mewakili mangsa di mahkamah. iv) Selain itu juga, gangguan seksual di tempat kerja turut ditangani melalui Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan MyPPSM (Ceraian PO.3.1.2) iaitu Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam. Pemakaian akta dan pekeliling ini yang terhad kepada sektor pekerjaan sahaja hanya melibatkan tindakan/hukuman ke atas pekerjaan pelaku sahaja. Di samping itu, Akta 265 hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia sahaja. v) Keputusan untuk menentukan sesuatu aduan gangguan seksual di tempat kerja ini adalah bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara majikan. MyPPSM (Ceraian PO.3.1.2) Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam (oleh Jabatan Perkhidmatan Awam) juga tidak mengikat daripada segi perundangan, kecuali jika telah sabit kesalahan dan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. vi) Kod amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia pula tidak mengikat dari segi perundangan dan ianya kurang digunakan oleh sektor
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 38 swasta sejak pindaan Akta Kerja 1955 pada tahun 2012 yang telah memasukkan peruntukan khusus mengenai gangguan seksual. Perlu juga ingat bahawa perundangan dan dasar sedia ada yang wujud di Malaysia tidak hanya terhad kepada 4 contoh yang diberikan. Antara perundangan lain yang ada adalah Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanakkanak 2017 [Akta 792], Seksyen 211 (kandungan jelik) dan seksyen 233 (penggunaan tidak wajar) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] serta Tort Gangguan Seksual di Mahkamah Sivil[8] . 3.2) Objektif Penggubalan Akta Objektif penggubalan Akta 840 adalah seperti berikut: a) Meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat tentang perlakuan gangguan seksual dan kesan-kesannya terhadap mangsa serta menghapuskan budaya patriarki dan misogini yang menyebabkan gangguan seksual sering dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat Malaysia; b) Menyumbang ke arah mewujudkan ekosistem dan persekitaran yang selamat dan kondusif serta menyokong potensi rakyat terutamanya wanita untuk menyumbang secara aktif dalam pembangunan negara; c) Akta 840 juga merupakan satu manifestasi penting untuk menunjukkan bahawa Kerajaan prihatin dan serius dalam menangani isu gangguan seksual dan sebarang bentuk diskriminasi atau keganasan khususnya terhadap wanita; d) Pemakaian yang lebih meluas untuk menangani kekangan perundangan dan dasar sedia berkenaan gangguan seksual yang terhad kepada sektor pekerjaan sahaja; e) Merealisasikan obligasi antarabangsa Malaysia sebagai negara anggota yang antaranya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) dan negara pihak Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women - CEDAW) ke arah mengurangkan perlakuan gangguan seksual yang merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi ke atas seseorang individu; dan f) Menangani isu under-reporting atau kurang kes yang dilaporkan disebabkan kesukaran mangsa untuk membuktikan kes di bawah perundangan sedia ada
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 39 selain mempunyai perasaan malu dan takut untuk tampil ke hadapan untuk membuat laporan. 3.3) Kelebihan Akta 840 Akta ini digubal supaya pengadu atau mangsa mempunyai forum alternatif untuk melaporkan kejadian gangguan seksual yang berlaku terhadap mereka. Kelebihan Akta 840 merangkumi tiga (3) perkara utama iaitu mampu, mudah dan cepat[8] . Rajah 4: Kelebihan Akta 840 a) Mampu Kos yang ditanggung lebih rendah kerana hanya melibatkan borang dan fi pendaftaran sahaja (Seksyen 10 Akta 840). b) Mudah Pembuktian aduan gangguan seksual adalah secara imbangan kebarangkalian (balance of probabilities) dan tiada keperluan untuk melantik peguam bela atau peguam cara (Seksyen 13 Akta 840). c) Cepat Award perlu dikeluarkan dalam tempoh 60 hari dari hari pertama pendengaran tanpa kelengahan dan jika dapat dilaksanakan (Seksyen 19 Akta 840).
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 40 Selain dari itu faktor privasi kes dan kerahsiaan maklumat pengadu serta prosiding yang dilaksanakan secara tertutup dapat mendorong mangsa untuk tampil ke hadapan dan mengemukakan aduan. 3.1 Tribunal Antigangguan Seksual Tribunal bagi antigangguan seksual adalah komponen penting di bawah Akta 840 yang merupakan satu platform alternatif bagi orang ramai untuk mengemukakan aduan berhubung salah laku gangguan seksual. Tribunal akan diwujudkan sebagai satu entiti berasingan di bawah KPWKM terdiri daripada panel Tribunal yang bertanggungjawab untuk mendengar dan menentukan sesuatu aduan gangguan seksual yang dibuat di bawah Akta 840 ini kelak[8] . Keanggotaan panel tribunal adalah dari kalangan: a) Anggota atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; b) Peguam bela dan peguam cara, dan menjalankan amalan selama tidak kurang daripada tujuh (7) tahun; atau c) Pegawai yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal berkaitan gangguan seksual. Tribunal apabila menerima aduan gangguan seksual dari pengadu, akan menetapkan tarikh bagi sesi pendengaran bagi mendengar dan menentukan keputusan (award) bagi aduan tersebut. Selepas sesi pendengaran, tribunal akan mengeluarkan award dalam tempoh 60 hari dari hari pertama pendengaran. Berdasarkan Akta 840, tafsiran “pengadu” adalah “seseorang yang memulakan suatu prosiding di hadapan Tribunal”. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, “pengadu” adalah mangsa gangguan seksual yang mengemukakan aduan terhadap pelaku kepada Tribunal. Tafsiran “responden” menurut Akta 840 pula adalah “seseorang yang terhadapnya suatu prosiding dimulakan oleh pengadu”. Dalam bahasa mudah, “responden” adalah pelaku gangguan seksual yang dilaporkan oleh pengadu kepada Tribunal.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 41 Pengadu dan responden tidak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara dalam sesi pendengaran tersebut, melainkan jika Tribunal berpandangan aduan dan isu melibatkan isu undang-undang yang kompleks. Sekiranya satu pihak dibenarkan diwakili oleh peguam bela dan peguam cara, pihak yang satu lagi juga berhak diwakili oleh peguam bela dan peguam cara. Tribunal bagi Antigangguan Seksual yang akan ditubuhkan mempunyai kuasa untuk membuat satu atau lebih perintah berikut: a) Pernyataan permohonan maaf kepada pengadu; b) Penyiaran permohonan maaf kepada pengadu sekiranya gangguan seksual dibuat dilakukan di khalayak ramai. Namun, perkara ini bergantung kepada budi bicara dan kesesuaian keadaan; c) Ganti rugi tidak melebihi RM250,000.00 bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh pengadu kerana gangguan seksual tersebut; atau d) Menghadiri apa-apa program yang bersesuaian seperti kaunseling atau perkhidmatan perubatan lain.
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 42 T4: MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL
ISM, 2023 Pemahaman Dan Kesedaran Gangguan Seksual || Muka Surat 43 4.1) Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Semua Pihak Yang Berkaitan Mengenai Gangguan Seksual Jadual 2 di bawah adalah cara-cara yang perlu dilakukan oleh mangsa, pelaku, pihak berkuasa dan orang ketiga ketika menghadapi gangguan seksual, membuat gangguan seksual dan membantu serta menerima aduan berkaitan gangguan seksual[4] . Jadual 2: Tindakan Yang Boleh Diambil Oleh Mangsa, Pelaku, Pihak Berkuasa Dan Orang Ketiga Tindakan untuk mencegah gangguan seksual (mangsa dan pelaku) Bil. Perkara 1 Ambil serius sebarang bentuk gangguan. 2 Bersikap proaktif dengan mengambil inisiatif atau langkah bersesuaian untuk mengelakkan terdedah kepada gangguan seksual. 3 Ambil tahu dan sedar hak sebagai mangsa (jangan rasa bersalah). 4 Jangan menerima gangguan seksual sebagai hanya gurauan atau jenaka yang membawa kepada normalisasi. 5 Jangan membiasakan diri dengan perlakuan kurang sesuai terhadap sesiapa sahaja. 6 Jangan memulakan sebarang perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual. 7 Jangan mencemuh atau memberikan komen berkaitan fizikal atau bentuk tubuh seseorang. 8 Jangan memberikan komen, menghina, sindiran, kiasan atau bahasa tubuh menyentuh perkara seksual. 9 Jangan menggunakan perkataan lucah atau membawa maksud lucah. 10 Jangan memberikan pandangan yang menimbulkan ketidakselesaan kepada seseorang. 11 Jangan melakukan sentuhan fizikal tanpa kebenaran atau sebab yang bersesuaian. 12 Jangan berkongsi sebarang gambar, mesej atau material yang menjurus kepada perlakuan seksual. 13 Sedar tentang perlakuan berkaitan gangguan seksual dan hindari dari melakukannya.