The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by f60276027, 2020-05-08 23:48:51

KATA TUGAS (KUMP 5)

KATA TUGAS (KUMP 5)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI: KATA TUGAS

BIL. NAMA NO MATRIK
1. JEREMY EMMANUEL BIN KISUI D20181082349
2. D20181082308
3. NURUL ANIS AMRAL D20181082313
4. NUR HASLIN BINTI SALEH @ AB RAHMAN D20172079892
5. D20172079900
NATASHA NUR SURAYA BINTI MUSA
FATIN NUR SYAFIQAH BINTI MOHD FADHIL

NAMA PENSYARAH:
MOHD RA’IN BIN SHAARI

JABATAN:
Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Kumpulan: C

1

1.0 PENDAHULUAN
Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama iaitu fonologi, tatabahasa dan semantik. Tatabahasa
terdiri dua komponen utama iaitu morfologi dan sintaksis. Oleh itu, tajuk yang dipilih bagi
tugasan berkumpulan dalam menyiapkan kerja kertas ialah kata tugas. Dalam tugasan ini,
pengkaji telah membuat rujukan melalui buku Tatabahasa Asas Edisi Kedua dan Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga. Tatabahasa Asas Edisi Kedua telah dikaryakan oleh Ahmad Khair Mohd
Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail dan Ton Ibrahim yang diterbitkan bersama Pustaka
Salam Sendirian Berhad Sdn. Bhd dan Persuratan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia pada
Januari 2015. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga pula dikaryakan oleh Nik Safiah Karim,
Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood diterbitkan Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur pada tahun 2008.
1.0 DEFINISI /KONSEP
Istilah morfologi dipinjam daripada bahasa Inggeris morphology. Morph membawa pengertian
bentuk, manakala logy bermaksud pengetahuan atau ilmu. Menurut Nik Safiah Karim et al.
(2010) menjelaskan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari
segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil yang
mempunyai makna dan menjadi unsur dalam pembentukan kata. Morfem boleh bersifat bebas
dan terikat. Morfem bebas dapat berdiri sendiri sebagai kata penuh yakni tanpa perlu bergabung
dengan morfem lain manakala morfem terikat ialah morfem yang tidak dapat berdiri sendiri
tanpa kata.

Nik Safiah Karim et al. (2009), telah menggolongkan perkataan kepada empat golongan
utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Melalui buku Tatabahasa Dewan

2

Edisi Ketiga mendefinisikan kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata
yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa
endosentrik, frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau
frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang,
penentu, pemeri atau tugas-tugas lain. Di samping itu, kata tugas perlu hadir bersama-sama
dengan kata lain untuk mendukung fungsi tertentu. Sesetengah perkataan dapat memikul tugas
yang berlainan dalam ayat yang berlainan dan tergolong dalam golongan kata yang berlainan.
Sehubungan dengan itu, ada kata tugas yang boleh mempunyai lebih daripada satu fungsi.
Contohnya, saya datang kerana dia. (kerana bertugas sebagai kata sendi nama kerana hadir
dalam ayat tunggal).

Sehubungan dengan itu, ciri-ciri kata tugas iaitu kata tugas tidak dapat berfungsi sebagai
unsur inti bagi frasa, hampir semua kata tugas tidak mengalami perubahan bentuk dan
kebanyakkannya tidak boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata major. Tambahan
itu, kata tugas juga merupakan kelas kata yang tertutup dan kata tugas tidak dapat berdiri sendiri
sebagai ayat minimal tanpa bantuan perkataan lain. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2010) kata
tugas dibahagikan kepada empat kelompok yang setiap satunya terdiri daripada beberapa jenis.
Kelompok itu ialah kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa, dan kata
pascakata. Oleh itu, dalam menyediakan kertas kerja Modul Tatabahasa Pedagogi, kumpulan
kami telah memilih kata tugas di bahagian yang sebahagiannya kata prafrasa/ pascafrasa dan kata
pascakata.

3

1.0 DAPATAN KAJIAN
1.1 KATA PEMERI

i. Konsep Kata Tugas penahu-penahu tersohor
Menurut Abu Bakar & Jalaluddin (2017), menyatakan bahawa kata pemeri merupakan unsur
yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Kata pemeri terbahagi kepada dua bentuk di dalam Bahasa Melayu iaitu ialah dan adalah.

Kata pemeri ialah berada sebelum frasa nama dan berfungsi untuk menjelaskan definisi. Ialah
tidak boleh digunakan bersama kata nafi iaitu ‘bukan’. Contohnya:

 (ialah + frasa nama)
 Ibu ialah doktor pakar sakit puan.
 Nama kucing Shamin ialah Comel.

Kata pemeri adalah berada sebelum frasa adjektif dan frasa sendi nama serta digunakan untuk
memberikan penerangan atau menghuraikan subjek yang hadir sebelum itu. Adalah tidak boleh
digunakan di hadapan kata kerja dan kata nafi ‘bukan’ tetapi boleh digunakan bersama kata nafi
iaitu ‘tidak’. Contohnya:

 (adalah + frasa adjektif)
 Makanan seimbang adalah bagus untuk kesihatan.
 Berita yang disampaikan Amna adalah benar.

 (adalah + frasa sendi nama)
 Novel ini adalah untuk orang dewasa sahaja.
 Arahan pemberhentian kerja adalah dari Ketua Eksekutif.

ii. Contoh Kata Tugas berdasarkan bahan berkonteks (akhbar, video, dll)
4

Contoh kegunaan kata pemeri (ialah + frasa nama):

(Sumber: Berita Harian, 2020)
Contoh kegunaan kata pemeri (adalah + frasa sendi nama):

(Sumber: Berita Harian, 2020)
5

iii. Aktiviti (aktiviti pdp untuk murid berdasarkan kata tugas)

Kenal pasti kata pemeri, frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

1. Nama Pengetua di sekolah saya ialah Ahmad Sirajuddin.

Kata Pemeri ?

Jawapan: Frasa Nama

2. Kerja sampingan Encik Ahmad ialah polis bantuan.
? Frasa Nama

Jawapan: Kata Pemeri

3. Warna bendera Negeri Perak adalah putih, kuning dan hitam.
? Frasa Adjektif

Jawapan: Kata Pemeri
4. Baju yang dipakai oleh Aireen adalah cantik sekali.

??

Jawapan: Kata Pemeri dan Frasa Adjektif
5. Kerusi yang dibeli itu adalah daripada kayu jati.

??

Jawapan: Kata Pemeri dan Frasa Sendi Nama
6. Pasar yang dibuka di kampung itu adalah untuk kemudahan penduduk kampung di situ.

? Frasa Sendi Nama

6

Jawapan: Kata Pemeri

iv. Latihan peneguhan:
I. Bulatkan kata pemeri yang sesuai.

1. Hari ini (ialah/adalah) Hari Raya Aidilfitri.
2. Minuman kegemaran ayah (ialah/adalah) milo ais dan teh tarik.
3. Kempen Anti Dadah (ialah/adalah) anjuran bersama Kelab Anti Dadah dari Universiti

Malaya.
4. Perempuan yang bertudung labuh itu (ialah/adalah) sepupu saya.
5. Sumbangan untuk mangsa banjir itu (ialah/adalah) daripada penduduk Kampung

Mastar.

Jawapan:

1. ialah 2. ialah
3. adalah 4. ialah
5. adalah

II. Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai
1. Ucapan yang diberikan oleh Ketua Pengawas ……………….. sangat ringkas.
2. Kereta mewah itu ……………….. kepunyaan Perdana Menteri Malaysia.
3. Kucing yang berkeliaran di depan rumah saya ……………….. kucing Amira.
4. Khabar angin mengenai wabak COVID-19 ……………….. benar sekali.
5. Ayah ………………. Pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jawapan:

7

1. Adalah 2. ialah

3. ialah 4. adalah

5. ialah

2.2 KATA ARAH

i. Konsep Kata Tugas penahu-penahu tersohor

Sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk
menunjukkan hala atau jurusan (Karim, Onn, Musa & Mahmood, 2008). Contohnya:

Atas Bawah Dalam Kiri Kanan
Utara
Hadapan Belakang Timur Barat Pangkal
Sebelah
Selatan Hujung Hulu Hilir Sudut
Bucu
Pinggir Puncak Antara Samping

Sebalik Segi Sekitar Sisi

Tengah Tepi Sekeliling Celah

Kata arah: (frasa sendi nama + kata arah + frasa nama) Contoh ayat:

1) Atas : Darlia membuat persembahan sempena Hari Guru di atas pentas
sekolahnya.
2) Bawah : Pembaris Mia terjatuh di bawah meja.
3) Dalam : Mei Ling memasukkan barang yang ingin dibelinya ke dalam bakul.
4) Kiri : Pemandu yang ingin membawa kenderaan dengan perlahan perlulah ke
lorong kiri jalan.
5) Kanan : Aiman terpaksa membelokkan kenderaanya ke kanan untuk
mengelakkan daripada terlanggar kucing yang sedang melintas.
6) Hadapan : Kucing itu berkeliaran di hadapan rumah saya.

8

7) Belakang : Rumah Aina berada di belakang kedai Pak Samad.
8) Timur : Negara itu terletak di timur laut Australia.
9) Barat : Pusat membeli belah itu terletak kira-kira 20 kilometer di barat Perlis
10) Utara : Alor Setar merupakan bandar raya di utara Malaysia.
11) Selatan : Negeri Johor terletak di selatan Semenanjung Malaysia.
12) Hujung : Badrul pergi ke hujung kampung untuk melihat kebunnya.
13) Hulu : Penduduk kampung berkumpul di hadapan rumah penghulu yang
terletak di hulu kampung itu.
14) Hilir : Terdapat beberapa pokok yang sangat besar di hilir sungai itu.
Anak tupai berjalan di pangkal pokok manggis untuk memetik buah
15) Pangkal : manggis.
Ibu mengajak kami berkelah di pinggir Sungai Slim.
16) Pinggir : Zaris dan rakan-rakannya berjaya mendaki ke puncak Bukit Putih
17) Puncak : selama satu jam.
Izzati berdiri di antara sofia dan balqis semasa perhimpunan pagi di
18) Antara : sekolahnya.
Ardela duduk di samping ayahnya ketika menonton televisyen di
19) Samping : rumah.
Mona berjalan di sebelah suaminya semasa menuju ke pentas
20) Sebelah : penyampaian hadiah.
Si Comel menyorok di sebalik pintu bilik saya.
21) Sebalik : Atuk sangat menjaga kesihatan dirinya terutama dari segi pemakanan.
Jiran di sekitar rumah saya sering membuat gotong royong.
22) Segi :

23) Sekitar :

9

24) Sisi : Wani berada di sisi kakaknya ketika melintas jalan raya.

25) Sudut : Abang menggantung gambar perkahwinannya di sudut dinding bilik.

26) Tengah : Justin membaling bola ke tengah padang.

27) Tepi : Najmi memberhentikan motosikalnya di tepi jalan untuk

menyelamatkan kucing yang berada di tengah jalan.

28) Sekililing : Terdapat banyak pokok berduri di sekeliling rumah saya.

29) Celah : Ibu mengambil barang yang terjatuh di celah almari.

30) Bucu : Kaki adik luka kerana tersepak pada bucu katil di biliknya.

ii. Contoh Kata Tugas berdasarkan bahan berkonteks (akhbar, video, dll)

Contoh penggunaan kata arah:

(Sumber: Berita Harian, 2020)
10

iii. Aktiviti (aktiviti pdp untuk murid berdasarkan kata tugas)
I. Teka kata arah di dalam gambar berikut:

Antara Bawah Dalam Tepi Belakang
Kiri Sebelah Kanan Atas

Jawapan: 2. Tepi (Sumber: Azalea, 2013)
5. Antara
1. Dalam 8. Kanan 3. Atas
4. Belakang 6. Bawah
7. Kiri 9. Sebelah

II. Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.

Hadapan Sebelah Belakang Bawah
Dalam Atas Antara Tepi

11

(Sumber: Azalea, 2013)

Jawapan: 2. Atas 3. Hadapan 4. Belakang
6. Bawah 7. Antara 8. Sebelah
1. Dalam
5. Tepi

iv. Latihan peneguhan:

I. Pilih kata arah yang paling sesuai.

1. Maisarah menyimpan bajunya di ……………….. almari

a) bucu b) dalam

c) depan d) belakang

2. Khairul menggantung penyapu di ……………….. pintu

a) dalam b) belakang

c) atas d) antara

3. Ibu duduk di ……………….. ayah di dalam kereta

a) sebelah b) bucu

12

c) pangkal d) pinggir

4. Amni dan rakannya berkelah di ……………….. pantai

a) sisi b) tepi

c) celah d) dalam

5. Samy sedang berteduh di ……………….. sebatang pokong yang rendang sambil

mendengar lagu

a) bawah b) dalam

c) atas d) antara

Jawapan:

1. c) dalam 2. b) belakang

3. a) sebelah 4. b) tepi

5. a) bawah

II. Gariskan kata arah yang sesuai dengan melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1. Saya duduk di (hilir/antara/pangkal) Zara dan Umi ketika makan di kantin sekolah.

2. Zarif meletakkan telefon bimbitnya di (atas/puncak/segi) meja.

3. Rumah usang yang terletak di (tepi/bawah/hulu) kampung itu kepunyaan nenek.

4. (antara/hujung/samping) jarinya luka akibat terkena pisau yang tajam.

5. Anjing liar berkeliaran di (sudut/sisi/sekitar) taman perumahan itu.

Jawapan:

1. antara 2. atas
3. hulu 4. hujung
5. sekitar

13

2.3 KATA BILANGAN

i. Konsep kata tugas penahu-penahu tersohor
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan
hadir sebelum frasa tersebut. Menurut Asmah Haji Omar, kata bilangan dapat dibahagikan
kepada beberapa jenis mengikut ciri maknanya.

a) Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu
b) Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu
c) Kata bilangan yang membawa maksud himpunan
d) Kata bilangan yang membawa maksud pisahan
e) Kata bilangan yang membawa maksud pecahan
f) Kata bilangan tingkat/ kata bilangan ordinal
a) Kata bilangan tentu sifatnya disebut bilangan kardinal dengan menyatakan jumlah yang
sebenar apabila membilang dan menggunakan penjodoh bilangan selepasnya.
 Contohnya: dua. Dua puluh, tiga ratus, sepuluh ribu, sejuta dan sebagainya.
b) Kata bilangan tak tentu mendukung konsep jamak, maka kata nama yang mengikutinya
tidak perlu digandakan tetapi penjodoh bilangan ada masanya boleh dan tidak boleh
digunakan selepas kata bilangan ini.
 Contohnya: segala, semua, para, beberapa, sekalian , seluruh, banyak, sedikit dan sebagainya.
c) Kata bilangan himpunan menunjukkan bilangan yang terkumpul tetapi dalam bentuk
himpunan dan ada yang jenisnya berbentuk gandaan. Kata bilangan ini disertakan dengan
imbuhan ke- dan ber-. Penjodoh bilangan ada masanya boleh dan tidak boleh digunakan
selepas kata bilangan ini.

14

 Contohnya:beratus-ratus,ketiga-tiga,berhari-hari,berabad-abad, bermacam-macam, dan
sebagainya.
d) Kata bilangan pisahan juga membawa maksud terkumpul tetapi dipisah-pisahkan iaitu
secara berasingan. Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan selepas kata bilangan ini.

 Contohnya: masing-masing, setiap, tiap-tiap, dan sebagainya.
e) Kata bilangan pecahan pula menunjukkan sebahagian atau beberapa bahagian daripada
keseluruhan. Kata bilangan ini boleh menerima awalan per- tetapi penjodoh bilangan
tidak boleh digunakan selepas kata bilangan ini,

 Contohnya setengah, sepertiga, separuh, seperempat, dua pertiga, dan sebagainya.
ii. Contoh kata tugas berdasarkan bahan berkonteks (akhbar,video dll)
a) Kata bilangan tentu

b) Kata bilangan tak tentu
c) Kata bilangan himpunan

d) Kata bilangan pisahan

15

e) Kata bilangan pecahan

f) Kata bilangan tingkat/ kata bilangan ordinal

iii. Aktiviti (aktiviti Pdp untuk murid berdasarkan kata tugas)
Kenali frasa nama bagi ayat-ayat dibawah dan gariskannya.

pecahan tingkat tentu pisahan tak tentu himpunan

1. Ibu menyuruh Arman ke pasar untuk membeli beberapa kilogram kerang untuk membuat
sambal tumis kerang.

2. Setiap pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di hospital perlu membuat pendaftaran
diri terlebih dahulu.

3. Iman Hafiz adalah pelajar yang pertama tiba di sekolah pada awal pagi Isnin lalu.
4. Kedua-dua kaki bayi tersebut lumpuh ketika ia masih kecil lagi.
5. Ali akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang komputer selama empat tahun di kolej

swasta itu.
6. Ayah selalu bersarapan pagi dengan sepinggan telur goreng setengah masak dan secawan

teh panas.
iv. Latihan peneguhan

16

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
satu beberapa tiap-tiap bertahun-tahun sebahagian keempat

1. Farid meminta izin daripada ibu dan ayahya untuk makan angin di Thailand selama

hari.

2. Hanya terdapat jenis barangan makanan dan minuman yang dijual dikedai runcit

itu.

3. kawasan lapang di belakang rumah Pak Bakar terdapat kebun sayur-sayuran.

4. Zamarul mendapat tempat dalam pertandingan lumba lari pada Hari Sukan di

sekolahnya.

5. hari Azhar, Fahmi dan Suraya pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

6. Shuib sudah tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga kerana dia

suka merantau.

2.4 KATA ADVERBA

i. Konsep kata tugas penahu-penahu tersohor

Kata adverba hanya dilakukan berdasarkan empat tokoh terkemuka dalam bidang Bahasa dan

linguistik Melayu iaitu Za’ba (1965), Asmah (2008;2009), Abdullah Hassan (2006;2008) dan

Nik safiah Karim et al. (2008) sahaja ketika melakukan kajian tinjauan awal.

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata-kata, kata adjektif, kata nama dan frasa

sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.

Bentuk Kata Adverba

Kata adverba terbahagi kepada empat bentuk iaitu:

a) Kata adverba jati

17

b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif
c) Kata adverba yang asalnya kata kerja
d) Kata adverba bentuk gandaan

a) Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang berfungsi sebagai penerang kepada
golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa
adjektif atau frasa sendi nama yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata
lain.
Contohnya: semalam, esok, lusa, kelmarin.

b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif berasal daripada kata adjektif yang berfungsi
sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya
adalah seperti perkataan yang dimiringkan dibawah:

Kata adverba Kata adjektif/kerja/frasa sendi nama

ketawa besar besar

sakit kuat kuat
besar panjang panjang
berjalan laju laju

c) Kata adverba yang asalnya kata kerja berasal daripada kata kerja yang berfungsi

sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya dapat

di lihat pada perkataan yang dicetak miring dibawah:

Kata adverba Kata kerja/adjektif/frasa sendi nama

18

berjalan mengiring mengiring
terbang meninggi meninggi
hitam berkilat berkilat
merah menyala menyala

d) Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan

yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.Kata adverba

berganda terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:

i. Kata adverba penggandaan penuh

ii. Kata adverba penggandaan separa

iii. Kata adverba penggandaan bentuk

(i) Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil dari proses menggandakan

seluruh kata dasarnya:

Kata adverba Kata dasar

betul-betul betul

laju-laju laju

diam-diam diam

tinggi-tinggi tinggi

(ii) Kata adverba penggandaan separa jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata
dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa mengandakan imbuhannya.Kata adverba ini juga
telah terbahagi kepada dua iaitu :
 Kata adverba penggandaan separa berawalan
 Kata adverba penggandaan separa berakhiran

19

 Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasilnya daripada

proses menggandakn kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya.Terdapat juga kata adverba

penggandaan separa yang setelah menerima bentuk -nya.

Contoh:

Kata adverba Kata dasar Proses

bermalam-malamnya malam ber + malam-malam + nya

terkedek-kedeknya kedek ter + kedek-kedek + nya

setinggi-tingginya tinggi se + tinggi-tinggi + nya

sekali-kalinya kali se + kali-kali + nya

 Kata adverba penggandaan separa berakhiran pula ialah perkataan yang terhasil

daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya.

Contoh:

Kata adverba Kata dasar Proses

gila-gilaan gila gila-gila + an

habis-habisan habis habis-habis + an

mati-matian mati mati-mati + an

besar-besaran besar besar-besar + an

(iii) Kata adverba penggandaan berentak bermaksud perkataan yang terhasil daripada proses

menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu seperti:

Kata adverba Kata dasar Proses
menangis sedu-sedan sedu sedu → sedan

berbunyi hingar-bingar hingar hingar → bingar

20

berlari susup-sasap susup susup → sasap
lari lintang-pukang lintang lintang → pukang
datang serta-merta serta serta → merta

ii. Contoh kata tugas berdasarkan bahan berkonteks (akhbar, video, dll)
(a) Kata adverba jati

(b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif

(c) Kata adverba yang asalnya kata kerja

(d) Kata adverba bentuk gandaan
(i) Kata adverba penggandaan penuh

21

(ii) Kata adverba penggandaan separa
 Awalan

 Akhiran

(iii) Kata adverba penggandaan berentak

iii. Aktiviti (aktiviti Pdp untuk murid berdasarkan kata tugas)
Gariskan jawapan bagi kata tugas kata adverb dibawah.

1. Encik Azman baru sahaja keluar daripada hospital semalam.(Adjektif / Jati)
2. Abu berjalan laju apabila dia merasakan sesuatu sedang mengikutinya dari belakang.

(Kerja / Adjektif)
3. “Merah menyala sungguh baju Cheongsam yang dipakai Mei Ling pada perayaan Tahun

Baru Cina” kata Linda kepada Mimi. (Kerja / Gandaan)
4. Setinggi-tingginya pokok Durian, tinggi lagi pokok Tualang. (Gandaan, Jati)

22

iv. Latihan peneguhan
Kenal pasti jenis kata-kata adverba dalam ayat dibawah

1. “Rahimah tidak hadir ke sekolah pada hari ini kerana dia demam panas” kata Juhara
kepada Cikgu Maimun. ,

2. Adik berlari lintang-pukang dikejar dua ekor anjing liar ketika pulang dari sekolah.
3. Ayah ketawa besar melihat telatah pelawak komedi di televisyen.
4. Encik Ahmad terlupa akan temu janjinya dengan doctor kelmarin.
2.5 KATA SENDI NAMA

i. Konsep kata tugas penahu-penahu tersohor
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baru (Nik Safiah Karim et. Al : 2004:252)
menjelaskan bahawa kata sendi nama ialah perkataan yang harus memiliki frasa nama di
hadapan. Kata sendi nama ini ialah kata yang akan digunakan bagi menyambung frasa nama
dengan kata ataupun frasa dan ayat. Namun begitu, bagi sesetengah ahli bahasa tidak
menggunakan istilah ‘kata sendi nama’ tetapi menggunakan ‘kata sendi’ sahaja. Hal ini demikian
kerana, kata sendi juga boleh berada di depan kata adjektif. Sebagai contohnya dengan lambat.
Melalui pecahan kata sendi nama ini, ia boleh terdiri dalam bentuk tunggal, terbitan, dan majmuk.
1. Kata sendi nama dalam bentuk
tunggal

2. Kata sendi nama dalam bentuk terbitan:

23

3. Kata sendi nama dalam bentuk majmuk :

Kata sendi nama juga boleh bertindak sebagai golongan kata yang lain mengikut penggunaan
dan pembinaan sesebuah ayat. Misalnya :

AKAN ; 1.Saya tidak tahu akan perkara itu (perkataan akan bertindak sebagai KSN)

2. Saya akan pergi ke sana (perkataan akan bertindak sebagai kata bantu)

Kata kerja juga dapat berfungsi sebagai kata sendi nama pada sesetengah situasi. Contohnya :

1. Cerita itu mengenai kekejaman perang.

2. Kereta itu bergerak menuju utara.

Kata sendi nama akan hadir dalam ayat dan mempunyai makna tertentu. Berikut ialah
pembahagian jenis-jenis kata sendi nama.

Kata sendi nama Fungsinya Contoh penggunaannya
di  Menunjukkan tempat i. di utara, di dapur

ke  Tempat / arah tumpuan i. ke tepi pantai, ke barat

 Arah waktu ii. ke petang, ke subuh

dari  Arah permulaan tempat i. dari atas, dari dasar laut

 Arah permulaan masa ii. dari pukul tiga, dari hari

ahad

daripada  Punca atau sumber (berkaitan i. daripada mereka
manusia,haiwan,benda) ii. berus daripada sabut
iii. mahal sikit daripada harga
 Asal kejadian biasa
 Perbandingan

24

kepada  menyatakan sasaran i. kepada pengetua, kepada
ii. sekolah, kepada binatang
(manusia,haiwan,institusi) iii. dibahagikan kepada dua,
dipecahkan kepada lima
 menunjukkan pecahan bertambah kepada 50
orang, berubahnya kepada
 Menunjukkan perubahan paras bahaya

keadaan

pada  keterangan waktu i. pada petang itu
untuk/ bagi  Mengikuti kata “ada” (untuk ii. ada pada haiwan
iii. pada penilaian saya
manusia dan haiwan) iv. hinggap pada dahan
 Digunakan pada sesuatu
i. derma untuk khairat masjid
abstrak ii. kek untuk adik, wang untuk
 menunjukkan tempat sesuatu
emak
perbuatan itu dilakukan
 tujuan menggunakan sesuatu
 menunjukkan bahagian yang

dikhaskan atau yang
dimanfaatkan

demi  membawa maksud tujuan i. demi kemakmuran negara
 menjadi unsur penegas ii. demi Allah, demi rasul
tentang/ mengenai  menunjukkan maksud urutan iii. halaman demi halaman
 sebagai rujukan bagi sesuatu
Seperti/bagai/ i. bertengkar tentang hal yang
Umpama/laksana/ yang umum/mujarad
bukan-bukan, berbincang
macam
mengenai masalah

penduduk.

 menunjukkan maksud i. gayanya seperti orang

perbandingan dan senarai kaya, wajahnya macam ibu

25

 menunjukkan maksud i. Anis mahu berhadapan
dengan kamu
bersama-sama atau berserta
ii. Haslin menolak cadangan
dengan  menunjukkan cara sesuatu dia dengan baik
Sejak/semenjak
dilakukan iii. Dia menulis dengan pensil
terhadap 2B
akan  menunjukkan maksud
i. Dia mula bermain
oleh memakai atau menggunakan badminton sejak tujuh
dalam/antara tahun yang lalu
 Sebagai penanda permulaan
i. Guru haruslah bersikap adil
waktu terhadap semua anak
muridnya.
 Menunjukkan maksud rujukan
i. Kita dididik supaya cinta
yang melibatkan penyambut akan Negara.

yang terdiri daripada manusia, ii. Adik amat sayang kepada
kucingnya.
haiwan dan benda

 Menghubungkan kata adjektif

yang bersifat emotif dengan

kata nama atau frasa nama

yang merujuk kepada manusia

 Kata sendi nama “akan” boleh

digantikan dengan kata sendi

nama “kepada” dalam konteks

tertentu.

 Menunjukkan pelaku dalam i. Bakul itu dianyam oleh

ayat pasif neneknya
ii. Pelajar itu cemerlang
 Menunjukkan hubungan yang

membawa maksud “sebab” oleh kegigihannya.

 Menunjukkan lingkungan yang i. Malaysia berjaya dalam
bidang ekonomi
tidak mempunyai ruang atau

jarak ii. Antara punca kegagalan
adik ialah kurang
 Menunjukkan maksud

pemilihan antara beberapa mengulang kaji

26

pelajaran.

hingga/sampai  Membawa maksud perihal i. Dia membaca hingga

peringkat dan had masa, waktu larut malam.

dan tempat ii. Ketika kami sampai dia

 Catatan: sampai juga berfungsi sedang mandi.

sebagao kata kerja

Melalui, menerusi  Membawa maksud arah laluan i. Borang itu dihantar

atau tempat melalui pengetua.

Latihan Pengukuhan

KATA SENDI NAMA

1. Banyak manfaat yang kita peroleh ceramah itu.

A. Daripada

B. Akan

C. Antara

D. Dari

2. Yang manakah padanan yang betul antara kata sendi nama dan fungsinya?

Kata sendi Fungsinya
nama

I bagi P Menunjukkan tujuan

II Seperti Q Menunjukkan punca atau
sumber

III Dengan R Menunjukkan maksud
perbandingan

IV Daripada S Menunjukkan cara sesuatu

27

dilakukan

I II III IV
AP SQ R
BS PR Q
CP RS Q
DS QP R

2.6 KATA PEMBENAR

Kata pembenar ialah kata yang digunakan bagi mengeyakan sesuatu pernyataan atau menyokong
kebenaran, atau kesasihan tentang sesuatu. Contoh kata pembenar dalam Bahasa Melayu ialah:

Contoh penggunaan dalam ayat :
1. Ya, saya yang menelefon kamu tadi.
2. Benar, dia tidak mengambilnya.
3. Betul, orang itulah yang saya suka.
Latihan Pengukuhan
Pilih jawapan yang sesuai
1.Pilih penggunaan kata pembenar yang bersesuaian dengan pembinaan ayat.
A. Ya, Lili ahli kelab Pengakap.
B. Benar, dia bukan ketua pengawas sekolah saya

28

C. Betul, itu bukan kasut yang saya beli.
D. Benar, kucing tidak makan rumput.
KATA PASCAKATA
Kata pascakata merupakan unsur kata yang tidak dapat berdiri sendiri, sebaliknya hadir selepas
sesuatu perkataan. Unsur kata yang dimaksudkan ialah partikel –nya yang berfungsi sebagai
penekan dan pembenda. Unsur ini tidak berfungsi sebagai kata ganti nama diri.
2.7 KATA PEMBENDA
Mengikut Tatabahasa Asas Edisi Kedua iaitu kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan
sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya,
lantangnya. Contohnya dalam ayat seperti berikut:

 Bukan kepalang sakitnya.
 Dia berhujah dengan lantangnya.
 Datangnya wabak covid-19 secara mendadak

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga iaitu partikel –nya berfungsi sebagai pembenda
apabila digabungkan dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Kata
tersebut menjadi kata nama setelah menerima partikel –nya. Contohnya:

 Jalannya macam itik nila.
 Datangnya macam kilat.

Dalam contoh ayat di atas, kata yang berhuruf condong itu berfungsi sebagai frasa nama
walaupun kata asalnya bukan kata nama. Kata yang menerima partikel –nya yang berfungsi
sebagai pembenda ini kerap menduduki subjek ayat.

29

ii. Aktiviti (aktiviti Pdp untuk murid berdasarkan kata tugas)
AKTIVITI

 Dikenali juga sebagai partikel
 Berfungsi untuk memberikan penekanan kepada bahagian tertentu dalam ayat.

Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah ayat yang mengandungi kata tugas yang menepati

pernyataan di atas?

i. Wanita itu tentu menyesali perbuatannya.

ii. Itulah harapan bapa saya sejak dahulu lagi

iii. Kini, kemasukan warga asing makin bertambah

iv. Memang pelajar itu tekun dalam semua pekerjaannya.

a) I dan IV

b) I dan III Jawapan: A

c) II dan IV

d) III dan IV

(Sumber: Model Kertas Peperiksaan STPM Bahasa Melayu, 2017)

30

Yang manakah ayat yang mengandungi perkataan yang menggunakan kata pascakata kata

penekan?

i. Pemenang pidato itu sewajarnya Ali.

ii. Kesopanannya menarik minat sesiapa sahaja

iii. Beliau nampaknya belum mahir berbahasa Melayu

iv. Tiada bandingan langsung tampannya penulis muda itu.

a) I dan II

b) I dan III Jawapannya: B

c) II dan IV

d) III dan IV

(Sumber: Model Kertas Peperiksaan STPM Bahasa Melayu, 2017)

iii. Latihan peneguhan
 kata arah, kata pembenda, kata penekan, kata sendi nama
 kata prafrasa, , kata pascakata

31

i. Namakan jenis kata tugas di atas dalam petak yang disediakan
ii. Tulis contoh kata tugas di atas dalam petak X.

2.8 KATA PENEKAN
ii. Konsep kata tugas penahu-penahu tersohor

Menurut Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusuf dalam buku
Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis kata penekan merupakan
salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan melekat selepas perkataan seperti -
nya, yang dapat berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Penjelasan tentang -nya sebagai kata
penekan ialah sebagai kata yang memberikan penegasan kepada kata yang memberi penegasan
kepada kata yang bergabung dengannya. Ahli Bahasa yang lain menggolongkan -nya jenis ini
sebagai -nya penegas. Penanda wacana yang menggunakan -nya juga berfungsi sebagai penekan.
Kehadiran penanda wacana yang disertai oleh -nya terletak pada awal ayat, dan mengikuti ayat
sebelumnya. Perkataan -nya juga tergolong sebagai kata nama dan berfungsi sebagai kata ganti
nama diri ketiga yang sepadan dengan dia.

32

iii. Contoh FN berdasarkan bahan berkonteks (akhbar,video dll)
Kata penekan -nya untuk memberikan penegasan

"Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala
Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan
ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak
Kpatearlpuenbeaklaikn k-neyaassreabmagaailapgein.aTnudnagwgaucadnualu
Tegasnya, sayang kepada bangsa perlu diterjemahkan melalui

kemajuan masyarakat yang sentiasa bersaing..

Kata penekan -nya sebagai kata ganti nama diri

Selepas 13 hari berada di wad isolasi, beliau dan isterinya
akhirnya bebas daripada jangkitan COVID-19 dan
ivd.ibAenkatirvkitai n(apktuivlaitni gPdppaduant1u5k Mmuarcidlabluer. dasarkan FN)

Kenali frasa nama bagi ayat-ayat dibawah dan gariskannya kata yang mempunyai kata penekan.

1. Yang datang tadi sebenarnya imam masjid.
2. Bahawasanya, dia memang tidak bersalah.
3. Anak Sulung Pak Mat membantunya berniaga
4. Biasanya,golongan tua akan bersenam setiap petang di situ.
5. Langit nampaknya hendak hujan.
6. Ibu itu berdoa supaya anak-anaknya sentiasa selamat.
7. Budak itu menjerit dengan kuatnya.
8. Kita haruslah menurut kehendaknya supaya tidak dihukumnya
9. Semasa perintah kawalan, rakyat Malaysia tidak sepatutnya keluar sesuka hati untuk

beriadah secara berkumpulan.

33

10. Ibu dan rakan-rakanya sedang berbincang tentang cara untuk menangani masalah gejala
vandalisme di Kawasan perumahan kita.
v. Latihan Pengukuhan

Sila kenal pasti ayat-ayat di bawah sama ada terdiri daripada golongan kata tugas penekan atau
kata tugas pembenda. Gariskan contoh yang cepat. Contohnnya:
Lajunya ialah 100 km sejam. (kata penekan/kata pembenda)
1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin nipis. (kata penekan/kata pembenda)
2. Orang itu tentunya sangat rajin. (kata penekan/kata pembenda)
3. Dia berhujah dengan lantangnya. (kata penekan/kata pembenda)
4. Pokok durian itu nampaknya akan berbuat lebat. (kata penekan/kata pembenda)
5. Pulangnya secara tiba-tiba. (kata penekan/kata pembenda)

34

3.0 KESIMPULAN
Setiap kata tugas mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kata pemeri ialah kata yang berfungsi
sebagai pemerihal atau perangkai antara subjek dan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata sendi
nama ialah perkataan yang hadir sebelum kata nama atau frasa nama.Kata pembenar ialah
perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.Kata adverba ialah perkataan
yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi masa, cara
dan tempat. Kata penekan ialah kata yang bergabung dengan partikel -nya dan digunakan
untuk memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Kata penekan ialah kata
yang bergabung dengan partikel -nya dan digunakan untuk memberi penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya.
Kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat
frasa nama, predikat frasa kerja, mahupun predikat frasa adjektif. Kata tugas ialah sejenis
perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, sama ada sebagai penghubung, sesuatu tugas intaksi
tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu,
penengas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas yang lain. Dapat kita lihat bahawa ,setiap
fungsi kata mempunyai keistimewaannya tersendiri yang tiada di dalam bahasa yang lain ada
pada Bahasa Melayu sahaja.

35

BIBLIOGRAFI
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman & Ton

Ibrahim. (2012). Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan
Bahasa Melayu Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bibliografi:

Abu Bakar, K, T., & Jalaluddin, N, H., (2017). Kata Pemeri Ialah dan Adalah: Analisis
Pragmatik. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Linguistik, 21 (1), 014-028.

Ahmad, S. (2020, Mac). Rakyat Malaysia dari Iran tiba pagi esok. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667565/rakyat-malaysia-dari-
iran-tiba-pagi-esok

Azalea. (2013, Julai). Kata Arah. Singapura. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/azalea74/kata-arah

Ruzki, R., (2020, Mac). COVID-19: RM100 bilion bantuan penangguhan babit institusi
kewangan. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668954/covid-19-rm100-bilion-
bantuan-penangguhan-babit-institusi-kewangan
Sufian, M, Z., (2020, Mac). Wanita rentung dalam kebakaran hamil 5 bulan – adik. Dimuat turun daripada

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/668772/wanita-rentung-dalam-
kebakaran-hamil-5-bulan-adik

36

3.8 juta isi rumah terima BSH 2020 bermula 20 Januari. (2020)
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/644546/amp

COVID-19: Perutusan khas Perdana Menteri mengenai perintah kawalan pergerakan. (2020).
https://www.google.com./amp/s/www.bharian.com.my/node/665970

Keputusan SPM lebih baik bukti usaha KPM berhasil – PM. (2020)
https://www.bharian.com.my/node/662200/amp

Mohamad,Z., 2017. Remaja tahfiz imamkan Siti, keluarga sepanjang Ramadan.
https://www.bharian.com.my/node/295306

COVID-19: Bekalan makanan negara stabil, terkawal. (2020)
https://www.google.com/amp/s/www/bharian.com.my/node/666516/amp

Bahasa Melayu, Sistem Bahasa Tahun 4. (2020)

37


Click to View FlipBook Version