The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Engku Amir Hamzah, 2020-10-27 09:20:09

Slide1-converted-merged

Slide1-converted-merged

‫ أغراض التشبيو‬:‫الدرس الرابع‬
)Tujuan tasybih(

‫) إمكانية وجود المشبو‬1
)Kebolehan wujud musyabbah(

‫ فيأتي المشبو بو‬،‫ فيظن المستمع أنو غير ممكن التحقق‬،‫أن المتكلم يأتي بالمشبو‬
.‫ليثبت ىذا الإمكان ويبرىن عليو‬

Bermaksud sesuatu yang sangat aneh disandarkan kepada
musyabbah, dan keanehan itu tidak boleh dihilangkan daripada

pemikiran seseorang melainkan diungkapkan dalam bentuk
perbandingan dengan perkara lain iaitu musyabbah bih

:)Contoh( ‫مثال‬

‫ فَإ َّن الِمسْ َك بّع ُض دَِمّ الْغََزاِل‬# ْ‫فَإ ْن تَفُِق الأنَامَ وَاَن َت ِمنهُم‬

Jika engkau mengatasi manusia lain sedangkan kamu daripada
golongan mereka, sesungguhnya kasturi itu asalnya sebahagian darah

kijang

Kesimpulannya, penyair mendakwa kelebihan orang yang dipujinya
itu mengatasi orang lain, sedangkan dia juga sama seperti mereka

pada kejadiannya

Penyair membandingkan keadaan kasturi dengan darah kijang,
walaupun berasal daripada satu unsur yang sama, namun kasturi
lebih bernilai dan berharga daripada darah tersebut

‫) بيان حال المشبو‬2
)Menerangkan keadaan musyabbah(

Bermaksud menjelaskan musyabbah yang tidak diketahui sifatnya

sebelum ini dengan cara gaya perbandingan.

:)Contoh( ‫مثال‬
‫ ِإذَا طَلَعَ ْت لَمْ يَبْدُ ِمنْهُ َّن َك ْوَك ُب‬# ‫َكأََنّ َك شَمْسٌ والمُلُوُك َك َواِك ٌب‬

Tuanku bagaikan mentari sedangkan raja-raja lain ibarat bintang-
bintang, apabila matahari terbit tiada sebarang bintang akan muncul

lagi

- Kesimpulannya, penyair membandingkan keadaan rajanya dengan
raja-raja yang lain. Rajanya seperti matahari dan raja-raja lain ibarat

bintang-bintang

‫) بيان مقدار حال المشبو‬3
)Menerangkan kadar keadaan musyabbah(

Bermaksud perbandingan yang diungkapkan menjelaskan kadar dan
tahap keadaan sifat musyabbah, kerana setiap sesuatu itu mempunyai
kadar yang tidak sama dengan perkara yang lain.

:)Contoh( ‫مثال‬

" ‫" وَمَآ أَمرُ ال َّساعَِة إلَاّ َكلَمْ ِح الْبَصَِر أَ ْو ىُ َو أَقْرَ ُب‬

dan tiadalah hal kedatangan hari Qiamat itu melainkan sekelip mata
atau ia lebih cepat lagi

Kesimpulannya, Allah S.W.T membandingkan tahap berlakunya hari
Qiamat pada kadar yang amat cepat seperti kerlipan mata atau lebih

cepat lagi daripada itu

‫) تزيين المشبو‬4
)Mengindahkan keadaan musyabbah(

Bermaksud mengelokkan keadaan musyabbah dengan menzahirkan
aspek kebaikan dan keindahannya

‫مثال‬
:)Contoh(

" ‫" َكأََنّهُ َّن اليَاقُو ُت وَالْمَ ْرجَا ُن‬

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dab
marjan. – (al-Rahman: 58)

Kesimpulannya, kecantikan bidadari yang tidak ada tolok bandingnya
seperti cantiknya permata delima, intan, berlian dan mutiara yang
bergemerlapan

‫) تقبيح المشبو‬5
)Memburukkan keadaan musyabbah(

Bermaksud menzahirkan keburukan dan kecacatan musyabbah

:)Contoh( ‫مثال‬
‫ ضَنْ ٌك تُقَاِر ُب قُطْرَاهُ فَقَ ْد ضَاقَا‬# ُ‫ِليْ مَنِْزٌل َك ِوجَاِر الْ َكْل ِب أَنِْزلُو‬

Rumah yang kudiami bagaikan sarang (rumah) anjing, terlalu sempit
dan kedua-dua sisinya terlalu hampir; memang ia benar-benar sempit

Kesimpulannya, penyair membandingkan keadaan rumah sempit
yang didiaminya seperti sarang (rumah) anjing. Gambaran
perbandingan ini menunjukkan betapa hinanya dan daifnya rumah
tersebut


Click to View FlipBook Version