The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FARIDA MP, 2021-07-03 10:30:54

BICARA BIJAK CAKNA BAHASA

BICARA BIJAK CAKNA BAHASA

KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA

1. Kesalahan ejaan
2. Kesalahan tanda baca
3. Kesalahan imbuhan
4. Kesalahan hukum tatabahasa
5. Kesalahan struktur ayat
6. Kesalahan kata majmuk
7. Kesalahan kata sendi nama
8. Kesalahan ayat pasif



Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung,
mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan dengan sebuah

kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu,
tambahan pula pada masa itu hujan renyai-renyai dan dalam sayup-sayup
malam mereka terdengar bunyi burung hantu dan ketukan dari kawasan

perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datangnya bunyi
itu.

Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan
ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan dengan menggunakan

tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,
orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,
ingatkan Pak cik ni hantu tadi,

Pak cik, pak cik, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :
"Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah...

"Bodoh betul dia orang ni !
Dia orang salah eja nama aku !"

1. Kata nama dan frasa nama
- Ramai pelajar-pelajar ………
- Kebanyakan negara-negara…….
- Pelajar-pelajar USM…….
- Para-para atlet……….
- Rakyat-rakyat Malaysia……….

2. Ganti nama tanya “ apa “ dalam ayat penyata.
- Apa yang anda saksikan sebentar tadi……… .
- Apa yang mengganggu fikirannya……………. .
- Apa yang menjadi masalah …………………….. .

3. Kata ganti nama “ ia “ dan “ nya “ sebagai kata ganti nama
diri yang ketiga.
-terdiri daripada beberapa unsur…… .

4. Kata Pemeri
- “ ialah ’’ FN + FN ( Subjek dan Predikat )
Contoh: Thailand adalah jiran Malaysia.
Sepatutnya: Thailand ialah jiran Malaysia.

- “ adalah “ FN + FA dan FN + FS
Contoh: a. Bangunan KOMTAR adalah tinggi.
b. Surat ini adalah daripada Kementerian Kesihatan.

- Kata pemeri tidak boleh dimasukkan dalam FN + FK
Contoh: a. Adalah dimaklumkan bahawa pemohonan tuan telah ditolak.
b. Tuan-tuan adalah dijemput untuk menikmati jamuan….

Kata Sendi nama dan Frasa Sendi nama

a. Kata sendi nama “ di “ ( pengertian geografi dan arah sahaja tidak boleh masa)
- Ahmad berada di kedai runcit itu.
- Rumah Aminah terletak di kiri jalan itu.
- Di zaman Jepun, ramai orang yang menderita.

b. Kata sendi nama “ pada “ ( keterangan waktu dan tempat bukan geografi/ruang )
-Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.
-Notis itu ditampal pada papan kenyataan.

c. Kata sendi nama “ dari “ ( menyebut tempat, arah, masa dan waktu )
- Ayah dan ibu bari sampai dari Kota Bharu.
- Bola itu ditendang dari penjuru padang.
- Dia tidak berhenti menulis dari pukul 12.00 tengah malam tadi.

d. Kata sendi nama “ daripada “(menyebut asal kejadian, abstrak dan perbandingan)
- Tali pinggang itu diperbuat daripada kulit buaya.
- Kejayaan itu diperoleh daripada usaha yang gigih.
- Kain sutera itu lebih mahal daripada kain kapas.

e. Kata sendi nama “ ke “ (menyebut tempat, arah dan waktu)
- Mereka akan bertolak ke Pulau Pinang esok.
- Burung-burung itu terbang ke selatan.
(Kata sendi nama “ ke“ juga digunakan untuk mengimbangi kata sendi nama “dari”
- dari hati ke hati, dari semasa ke semasa, dari penjuru kiri ke penjuru kanan.

f. Kata sendi nama “ sebagai “ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
untuk menyatakan hubungan antara frasa nama dengan kata kerja sebelumnya
dengan menggunakan perkataan seperti “ kesan, akibat, hasil, bukti, tindak
balas dan seumpamanya.

a. Ahmad dipilih sebagai ketua rombongan itu.
b. Rakyat Palestin menderita sebagai akibat kekejaman Zionis.
b. Penduduk dunia bertambah sebagai hasil kemajuan dalam bidang perubatan.

g. Kata sendi nama “ dalam “ ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak)
a. Dalam kalangan pelajar itu, dialah yang paling baik.
b Dalam hal ini, kita semua telah bersepakat.
( Kata “ dalam “ juga digunakan sebgai kata adjektif )
Contoh: Sungai itu sangat dalam.

h. Kata sendi nama “ di dalam “ ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang
konkrit)
a. Mereka belajar di dalam Makmal Bahasa 2.
b. Dia kehilangan kad pengenalan semasa di dalam bas.

i. Kata sendi nama “ untuk “ ( digunakan untuk menyatakan tujuan)
a. Derma untuk anak yatim itu sedang dipungut.
b. Dia menelefon kepada polis untuk melaporkan kemalangan itu.

j. Kata sendi nama “ bagi “ ( menyatakan maksud bukan untuk tujuan )
a. Bagi kami, kalah menang memang adat pertandingan.

j. Kata sendi nama “ akan “ ( digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang
menyatakan perasaan kasih, benci, sayang, takut dan seumpamanya)
Kata sendi nama “ akan “ tidak boleh disingkatkan menjadi –kan atau digabungkan
dengan kata adjektif sebelumnya.
a. Saya sayang akan keluarga saya.
b. Orang Malaysia gemar akan buah durian.

k. Kata sendi nama “ di antara “ ( kedudukan kata arah yang ada jarak ruang fizikal )
a. Jambatan itu terletak di antara Georgetown dengan Butterworth.
b. Dia duduk di antara Ahmad dan Aminah.

l. Kata sendi nama “ antara “
i. membuat perbandingan – diikuti dengan kata “dengan” bukannya “ dan “.
a. Antara Johor dengan Singapura ada banyak persamaan.

ii. diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.
a. Antara lagu persembahannya ialah Dondang Sayang dan Joget Lambak.

iii. mengikuti kata nama yang mengalami penggandaan separa.
a. Mereka berbincang antara adik beradik.

iv. diikuti oleh kata bilangan tentu dan tak tentu.
a. Perhubungan antara kedua-dua negara itu bertambah baik.
b. Mereka adalah antara beberapa pelajar yang cemerlang.

v. diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita, -nya.
a. Antara kita semua ada banyak persamaan.
b. Ramai antara mereka telah keluar daripada parti.

Kata sendi nama “ oleh ”, “ kerana”, dan “ oleh sebab ”
( tidak boleh digunakan sebagai “ oleh kerana ”)
( “ oleh sebab ” boleh dipendekkan menjadi “oleh ” tetapi tidak boleh dipendekkan
menjadi kata “ sebab ” kerana “ sebab ” ialah kata nama ).

a. Dia dihukum oleh guru kerana kenakalannya.
b. Oleh sebab kelaparan, dia sanggup mencuri.

Contoh ayat :

1. Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti sebab kematian
pesakit itu.



KESALAHAN UMUM STRUKTUR

A. Besar kemungkinan projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan.
Kemungkinan besar projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan.

B. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala
RM 3000 untuk penerima hadiah khas.
Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala
penerima hadiah khas bernilai RM 3000 .

C. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja.
Soal ini juga urusan rakyat.
Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja.
Soal ini urusan rakyat juga.

D. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 18 Ogos hingga 27 Nov.2006
Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 18 Ogos hingga 27
Nov.2006

E. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
(Engkau, kamu) Bersembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.

KESALAHAN UMUM TANDA BACA

1. Tanda sempang ( - )

a. Awalan se – diikuti oleh Kata nama Khas ( huruf awalnya huruf besar)
Contohnya: se – Malaysia, se - Nusantara

b. untuk menulis kata ulang ( kata Ganda )
Contohnya: anak-anak, gunung-ganang

c. untuk memperjelaskan ungkapan
Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi.

d. untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama
( bentuk terikat diikuti dengan kata nama khas)
Contohnya: anti-Amerika, hamba-Mu, pro-Iran, rahmat-Nya

e. untuk merangkaikan imbuhan “ ke ” dengan angka
Contohnya: ke – 20 ( kedua belas), ke- 2000 (kedua ribu)

f. untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun akhiran –an
Contohnya: tahun 90-an ( tahun sembilan puluhan)

g. untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkaikata
setara tertentu/rangkai kata istilah/kata majmuk.
Contohnya: alat pandang-dengar

1. Bila / Apabila
2. Antara / di antara
3. Bermula / Mulai
4. Dalam / di dalam
5. Apa / apa-apa
6. Boleh / dapat
7. Berasa / merasa
8. Rindu akan / rindukan
9. Di mana / ianya
10. Di zaman / pada zaman
11. Oleh kerana / oleh sebab
12. Di kalangan / dalam kalangan

13. Selain daripada itu / selain itu
14. Mengenai / tentang / terhadap
15. Ialah / adalah / merupakan
16. Suatu / sesuatu / satu
17. Menghadiahkan / menghadiahi
18. Bagi / untuk / demi
19. Berbagai / pelbagai / berbagai-bagai
20. Yang mereka hasilkan / Yang dihasilkan oleh mereka
21. Yang saya baca / Yang dibaca oleh saya
23. Kami tidak akan lupakan / Tidak akan kami lupakan

24. Adakah / apakah
25. Bukan / tidak
26. pedalaman / pendalaman
27. banyak / ramai
28. Dia senyum kepada saya ../ Dia tersenyum kepada saya…..
29. Dia memberikan saya sebatang pen./ Dia memberi saya sebatang pen.
30. Saya bertemu Ali … / saya bertemu dengan Ali…
31. Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi.
32. Soalan inilah paling sukar sekali.

33. Berdasarkan pada keterangan itu.

34. Jawaban / jawapan
35. semakin kecil / semakin mengecil.
36. berbanding dengan……. / jika dibandingkan dengan…..
37. Saling membantu / saling bantu -membantui
38. Merbahaya / berbahaya
39. Kamu ingin bertemu dekan esok
40. Surat itu saya akan balas

41. Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu

42. Kami membincangkan tentang masalah itu
43. Para hadirin sekalian diminta berdiri.

44. Buku cerita itu ada dengan Haryati.
45. Penghawa dingin / pendingin hawa
46. Temu janji / janji temu
47. Beliau ditahan lokap untuk membantu siasatan
48. Tokoh Korporat itu mempunyai banyak kereta mewah.
49. Bintang-bintang berkerdipan di langit.

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya.
Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi
itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata:
"Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu
yakin, hingga perkataan insya'Allah pun pak cik tak sebut?".

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK,
kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

KESALAHAN UMUM TATABAHASA
26 contoh kesalahan penggunaan kata

1. bila / apabila

bila – Merupakan sejenis kata tanya yang merujuk kepada masa
Hanya boleh digunakan dalam ayat tanya sahaja
Contoh ayat: Sampai bila kamu akan terus begini?

apabila – Merupakan kata hubung yang menghubungkan ayat besar
dengan ayat kecil dan digunakan dalam ayat penyata sahaja.
Contoh ayat: Mereka sungguh gembira apabila menerima berita itu

2. antara / di antara

Antara – (i) menunjukkan perbandingan, kata nama
Contoh ayat: Banyak perbezaan antara Ali dengan Abu.
(ii) mengikuti kata nama yang tidak perlu diulang
Contoh ayat: Antara lagu yang dipersembahkan ialah dikir barat

di antara - menunjukkan ruang / jarak yang konkrit
Contohnya ayat: Bangunan itu terletak di antara bank dengan pasar.

3. bermula / mulai

bermula – bentuk kata kerja tak transitif
Contoh : Ekspo kampus akan diadakan bermula pada hari Ahad ini.

mulai – (i). bentuk kata kerja pasif yang pelakunya terdiri daripada
ganti nama diri pertama dan kedua
Contoh : Dia mulai majlis ini dengan bacaan doa.

(ii). Menunjukkan ayat perintah
Contoh : Anda boleh mulai menjawab kertas peperiksaan sekarang.

4. dalam / di dalam

dalam – (i). kata sendi nama yang digunakan sebagai kata adjektif
Contoh ayat: Lombong itu sangat dalam.

(ii). Digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak
Contoh: Dalam hal ini kita tidak boleh bertindak membabi buta.

di dalam - digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang konkrit
Contoh: Di dalam rumah itu terdapat perabot yang mahal-mahal.

5. apa / apa-apa

apa – merupakan kata ganti nama tanya
dan tidak boleh digunakan dalam ayat penyata
Contoh : Apa gunanya anda datang ke sini?

Apa-apa – merupakan kata nama am- sesuatu, segala apa
Contoh: Mintalah apa-apa sahaja yang anda suka.

6. boleh / dapat

boleh – menyatakan keizinan atau kebenaran
Contoh: Negara itu tidak boleh dilawati kerana berlaku peperangan.

Dapat – menyatakan keupayaan atau kesanggupan
Contoh : Dia tidak dapat datang kerana banjir.

. 7. berasa / merasa

berasa – mempunyai atau memperoleh rasa
( terutama yang dialami oleh badan)
Contoh: Kedua-dua kakinya berasa lenguh dan kebas.

Merasa – mengecap untuk mengetahui rasa makanan
atau minuman dengan lidah.
Contoh : Nenek hendak merasa bubur yang saya buat itu.

8. Oleh kerana –Penggunaannya adalah salah.
Kata oleh dan kata kerana ialah kata sendi
dan tidak boleh digabungkan bersama-sama.

Oleh sebab –Penggunaannya adalah betul.
Kerana kata oleh ialah kata sendi nama
Manakala kata sebab ialah kata nama.

9. di kalangan / dalam kalangan

di kalangan –penggunaanya adalah salah.
Perkataan kalangan bermakna kelompok, kumpulan, atau golongan
Jadi adalah salah kalau kita katakan di kelompok, di kumpulan atau
di golongan.

dalam kalangan – penggunaannya adalah betul.
Iaitu dalam kelompok, dalam kumpulan atau dalam golongan

10. selain daripada itu / selain itu

selain daripada itu –Kata sendi nama ini salah
kerana perkataan ‘selain’ dan ‘daripada’ kedua-duanya
merupakan kata sendi nama. Begitu jugalah perkataan
‘selain’ dan ‘dari’ atau selain dari itu adalah salah.

Jadi perkataan ‘Selain itu’ adalah tepat dan gramatis

11. di zaman / pada zaman

Perkataan ‘di zaman’ adalah salah dari segi tatabahasa
Perkataan ini hanya digunakan dalam sastera/penulisan kreatif sahaja.

Penggunaan perkataan ‘pada zaman’ adalah tepat dan gramatis
Kata sendi nama ‘pada’ merujuk kepada masa/waktu dan tempat.

12. menghadiahkan / menghadiahi

Perkataan ‘menghadiahkan’ bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah.
Contoh: Bapa menghadiahkan basikal kepada adik.

Perkataan ‘menghadiahi’ bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang.
Contoh: Bapa menghadiahi adik sebuah basikal.

13. rindukan / rindu akan

Perkataan ‘rindukan’ adalah salah sepatutnya ‘rindu akan’
kerana sebarang perkataan yang membawa maksud perasaan/emotif
seperti ‘ marah’, ‘sayang’, ‘benci’,’ rindu’ perlu diikuti dengan
kata sendi nama ‘akan’. Contohnya:
perkataan “rindu akan’ bermaksud rindu buat, rindu pada, rindu untuk
(perkataan ‘rindukan’ hanyalah bentuk bahasa lisan )

14. dari sudut / daripada sudut

Perkataan ‘dari’ digunakan untuk menyatakan arah, tempat, waktu
atau masa. Contohnya: dari kanan, dari Pasir Mas, dari subuh.

Perkataan ‘daripada’ digunakan untuk menyatakan punca, sumber,
dan perbandingan. Contohnya: daripada beruang, daripada logam,
daripada harga barangan.

Jadi perkataan ‘dari sudut’ adalah tepat dan gramatis.

15. perlaksanaan / pelaksanaan

Kata perlaksanaan bermaksud hasil melaksanakan.
Contoh: _ _ _ _ _ meninjau perlaksanaan projek

Kata pelaksanaan bermaksud perbuatan melaksanakan.
Contoh: Pelaksanaan KBSR sedang dijalankan_ _ _ _

16. ialah / adalah / merupakan

Kata ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama secara persamaan/ekuatif.
Contoh: Dia ialah seorang pensyarah/ Dia pensyarah

Kata ‘adalah’ hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
Contoh: Dia adalah sangat peramah/ Dia peramah

Kata ‘merupakan’ bermaksud menggambarkan sesuatu perkara
dan bukannya kata pemeri tetapi kata kerja transitif.

17. mengenai / tentang/ terhadap

Perkataan ‘mengenai’ bermaksud ‘kena pada’
Contoh: Bola itu mengenai tiang gol.
Perkataan ‘tentang’ bermaksud ‘berkenaan dengan’
Contoh: Kuliah ini berkisar tentang tatabahasa bahasa Melayu
Perkataan ‘terhadap’ bermaksud rujukan/berkenaan
Contoh: Kerajaan memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat

18. bagi / untuk / demi

BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYI
Antara “demi”,” untuk” dan “bagi” yang mengelirukan

Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA.( MUNSYI DEWAN DBP)

1. Rakyat Malaysia mestilah bersatu padu demi untuk menjaga kestabilan negara.
2. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan dan disiplin yang

ditetapkan demi untuk mengelakkan daripada kemalangan jalan raya.

Kata sendi nama “demi” membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan
kata nama atau frasa nama. Contohnya:

1. Demi kestabilan dan keamanan negara, marilah kita bersama-sama
berganding bahu menentang musuh negara.

2. Rakyat Malaysia mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain
demi perpaduan dan kesejahteraan negara.

Selain itu, “demi” digunakan juga sebagai unsur penegas dalam ungkapan atau
ayat. Contohnya:
Demi Allah, aku tidak akan berlumba haram lagi.
Demi cinta suciku, akan kuserahkan jiwa dan ragaku.

“Demi” juga digunakan dalam ungkapan atau ayat untuk menghasilkan makna
urutan satu atau kumpulan. Contohnya:
1. Dia menterjemah perkataan itu satu demi satu.
2. Mereka menang setelah menewaskan pasukan
demi pasukan yang sememangnya kuat-kuat belaka.

Kata sendi nama “untuk” dan “bagi” digunakan di hadapan kata nama atau
frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu iaitu menunjukkan kegunaan
untuk sesuatu. Contohnya:

1. Rumah untuk/bagi orang tua itu sudah uzur.
2. Kenderaan pacuan empat roda itu untuk/bagi

kegunaan rasmi kerajaan negeri sahaja.

Selain berfungsi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu kata sendi nama
“untuk” juga berfungsi menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau
diperuntukkan. Dalam konteks ini kata sendi nama “untuk” tidak boleh ditukar
ganti dengan kata sendi nama “bagi”. Contohnya:

1. Cenderahati itu kubeli khas untukmu.
2. Pakaian itu untuk pelarian Bosnia.

Jelaslah, kata sendi nama “untuk” dan “bagi” mempunyai makna yang sama
tetapi perbezaannya hanya terletak pada penggunaannya dalam ayat. Bagi
penutur jati bahasa Melayu ,secara umumnya mereka tidak mempunyai
masalah untuk menggunakan kata sendi nama “untuk” atau “bagi”. Hal ini
disebabkan oleh rasa bahasa atau intuisi seseorang penutur itu yang dapat
membezakan fungsi dan penggunaannya berdasarkan kelaziman dalam
pertuturan atau ujaran

19. Yang mereka hasilkan / yang dihasilkan oleh mereka

Yang mereka hasilkan – salah
Sepatutnya mereka menghasilkan_ _ _ _
Yang dihasilkan oleh mereka – betul
Kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan

20. Yang saya baca / yang dibaca oleh saya

Yang saya baca – betul ( ayat pasif kata ganti nama diri pertama)
Yang dibaca oleh saya – salah
Kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh dipasifkan
Hanya kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan

21. kami tidak akan lupakan / tidak akan kami lupakan

kami tidak akan lupakan – salah
sepatutnya- kami tidak akan melupakan budi baik…(Ayat aktif)
tidak akan kami lupakan – betul ( Ayat pasif )

22. berbagai / pelbagai / berbagai-bagai

Perkataan ‘berbagai’ bermaksud tandingan atau saingan.
Perkataan ‘pelbagai’ bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis
Perkataan ‘berbagai-bagai’ bermaksud berjenis-jenis

Jadi disyorkan penggunaan perkataan ‘pelbagai’ dalam
kebanyakan hal dan dianggap lebih ekonomik.

23. mengandungi banyak protein / banyak mengandungi protein

mengandungi banyak protein – salah
mengandungi protein yang banyak – betul
banyak mengandungi protein - betul

24. penggunaan kata majmuk

Kata majmuk mengandungi dua kata dasar atau dua morfem
bebas atau lebih. Namun begitu terdapat beberapa kata
majmuk yang utuh dan mantap dan dieja sabagai satu
perkataan. Contohnya:

antarabangsa bumiputera beritahu
sukacita dukacita sukarela
kakitangan kerjasama warganegara
pesuruhjaya setiausaha tanggungjawab
suruhanjaya tandatangan
matahari jawatankuasa

BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYI
" Di manakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ?

Hukum Aneksi Persona Bahasa Melayu

Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA(Munsyi Dewan DBP)

Salam bicara bersama Munsyi, Bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah Munsyi merenung seketika,
teringatlah Munsyi akan beberapa peristiwa bahasa yang tidak dapat Munsyi lupakan. Namun begitu, pada
kali ini Munsyi ingin berkongsi satu peristiwa yang Munsyi alami sendiri ketika bersama-sama pelajar asing
dari luar negara yang begitu berminat belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu.
Katanya " Dimanakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ? Tersentak
juga Munsyi apabila mendengar soalan yang sedemikian apatah lagi pertanyaan itu datangnya daripada
pelajar asing yang tidak Munsyi sangka-sangkakan tahu akan adanya hukum aneksi persona dalam bahasa
Melayu.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada beberapa hukum tatabahasa yang begitu penting dalam bidang
sintaksis atau binaan ayat. Namun begitu terdapat dua hukum yang sering digunakan iaitu hukum DM
( diterangkan dan menerangkan) dan hukum aneksi persona.

Hukum DM merujuk kepada frasa atau struktur sesuatu perkataan atau ayat iaitu 'diterangkan' mendahului
'menerangkan' Sebagai contohnya dalam frasa “buku tebal”, “rumah panjang” atau “kereta besar”. Kata
adjektif atau kata sifat ‘teba’l, ‘panjang’ atau ‘besar’ yang menerangkan kata nama ‘buku’, ‘rumah’ atau
‘kereta’ tidak boleh didahulukan menjadi ‘tebal buku’, ‘panjang rumah’ atau ‘besar kereta’ seperti struktur
bahasa Inggeris.

Hukum aneksi persona pula ialah hukum pembentukan frasa dengan kata kerja pasif
yang tidak boleh dipisahkan atau disisipkan dengan sesuatu kata yang lain.

Sebagai contohnya:

a. Buku itu kamu sudah baca ( x ) Buku itu sudah kamu baca. ( /)

b. Alasan itu saya tidak dapat terima ( x ) Alasan itu tidak dapat saya terima ( / )

Dari segi hukum aneksi persona, dua patah kata iaitu ‘kamu baca’ dan ‘saya terima’.
merupakan bentuk paduan aneksi atau bentuk frasa yang terikat erat tidak boleh terpecah
ikatannya oleh sebarang sisipan seperti ‘sudah’ dalam ayat a. atau ‘dapat’ dalam ayat b.
Sekiranya ayat a. dan b. diterima sebagai ayat yang betul maka kita sudah melanggar
hukum tatabahasa dan ayat tersebut juga tidak gramatis atau sempurna kerana ayat atau
ujaran yang gramatis dan sempurna mestilah suatu binaan yang terjadi oleh sebab adanya
susunan atau struktur tertentu yang menurut ketetapan yang dikenali sebagai sistem atau
hukum bahasa.

Di sinilah indahnya dan terpesonanya bahasa Melayu kerana tidak mengambil bulat-bulat

struktur bahasa lain malah sederhana dalam mengambil kira aspek-aspek yang dapat

meningkatkan lagi susunan dan struktur bahasa sehingga menjadi sistem atau hukum

bahasa yang mantap, utuh dan berwibawa sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan

bahasa sejagat. Diharapkan sidang pembaca dan pelajar tadi ( dari negara matahari terbit)

faham dan bertambah faham dengan hukum aneksi persona dan terus terpesona dengan

bahasa Melayu yang mempesonakan. Nota: (Perkamusan)
persona - istilah bahasa
mempesona - menggoda, mengagumkan



Nyatakan dengan jelas perbezaan ayat-ayat di bawah ini.

1. Jalan itu tidak dapat dilalui kerana tanah runtuh.
2. Jalan itu tidak boleh dilalui kerana tanah runtuh.

"Kata bantu "boleh" bermakna "diizinkan atau dibenarkan".
Kata bantu "dapat" bermaksud "berupaya atau berpotensi".
Sekarang ini kedua-dua kata tersebut digunakan orang dengan maksud
yang sama sehingga ketepatan makna terjejas.

Misalnya tidak betul jika kita mengatakan:

* Adik saya yang berumur tiga belas tahun "'boleh" memandu kereta,
tetapi betul jika kita mengatakan:
Adik saya yang berumur tiga belas tahun "dapat" memandu kereta.

26. penggunaan imbuhan menge- ( kata ekasuku)

Terdapat banyak kata ekasuku (satu sukukata) dalam bahasa
Melayu. Kesemua perkataan ini menerima imbuhan ‘menge-’
Contohnya:

cat - mengecat bukannya mencat
cas - mengecas bukannya mencas
bom - mengebom bukannya membom
pos - mengepos bukannya mempos
pin - mengepin bukannya menpin
pam - mengepam bukannya mempam

* terdapat 118 kata ekasuku dalam perkamusan bahasa Melayu
yang aktif dan efektif digunakan secara meluas.

KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting,
walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam
pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna bahasa Melayu sering
keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.

Kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut
dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:

(i). "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii). "Adalah" diisytiharkan bahawa hari Raya Puasa jatuh pada hari Rabu.
(iii). Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.

Ayat-ayat yang salah di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut:

(i). Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii). Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya puasa jatuh pada han Rabu.
(iii). Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu.

Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu
wujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan.
Contoh:
(i). Gadis yang pintar itu ialah anak Pak Ahmad.
(ii). Pakaian yang dipakai oleh artis itu adalah terlalu mahal.

APAKAH PERBEZAANNYA ANTARA ‘DI ANTARA’ DENGAN ‘ANTARA’,?

A. Perkataan ‘antara’ dapat berfungsi sebagai kata sendi nama.

...antara adik beradik
...antara sektor awam dengan sektor swasta
...antara mereka

B. Perkataan ‘antara’ yang menunjukkan arah atau kedudukan seperti ‘atas,
bawah, tengah, depan, belakang, luar,dalam, antara dan seumpamanya.’
Kata arah ‘antara’ hanya dapat bergandingan dengan kata sendi nama
dalam pembentukan frasanya.

i. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
ii. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkat tiga.

C. Frasa-frasa ‘Johor Bahru dan Kota Bharu’, tingkat dua dengan tingkat lima’,
‘Shahrul dengan Shahril ’, kedua-dua ibu bapanya’, boleh mengikuti kata
sendi nama antara di dalam ayat yang menunjukkan perbandingan.
Contohnya:

i. Antara Johor Bahru dengan Kota Bharu, banyak perbezaannya.
ii. Antara tingkat dua dengan tingkat lima,tingkat lima lebih baik kedudukannya.
iii. Banyak persamaannya antara Shahrul dengan Shahril.
iv. Antara kedua-dua ibu bapanya sudah tidak ada persefahaman lagi.

D. Kata sendi nama ‘antara’ yang biasanya diikuti oleh kata nama am tidak
perlu diulang. Kesilapan yang selalu berlaku ialah kata nama am yang
mengikutinya diulang. Contohnya:

SALAH

1. Hubungan politik, ekonomi, kebudayaan dan keagungan wujud di antara
wilayah-wilayah ini terus berkekalan sehingga ke hari ini.

2. Di antara jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh USM pada sesi 2004/2005
ialah Bijak Cakna Bahasa.

3. Antara lagu-lagu persembahannya ialah ’Sayang-Sayang’, Getaran Jiwa’,
Engkau Laksana Bulan’...

BETUL
1. ...hubungan antara kedua-dua insan istimewa yang penuh bermakna.

2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara kedua-duanya.

3. Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga...

F. kata sendi nama ‘antara’ boleh juga diikuti oleh kata bilangan tentu
(seperti ‘dua, tiga, sepuluh, seribu dan seumpamanya.’),
kata bilangan tidak tentu (seperti ‘beberapa, semua dan seumpamanya.’),
dan kata bilangan himpunan (seperti ‘kedua-dua, keenam-enam, beratus-
ratus, berjuta-juta dan seumpamanya').
SALAH

1. ...hubungan antara kedua insan istimewa yang penuh bermakna.

2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara keduanya.

3. Di antara ketiga patukan ini, patukan ketiga...

BETUL
1. ...hubungan antara kedua-dua insan istimewa yang penuh bermakna.

2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara kedua-duanya.

3. Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga...

G. Kata sendi nama ‘antara’ juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri
seperti ‘mereka, kita dan -nya’. Contohnya:

1. Antaranya, kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju dengan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
dengan apa-apa yang ada, dengan apa-apa yang dicapai, gagah
menghadapi pelbagai masalah.

ii. Malah ramai antara mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial
yang melampau sehingga ada yang dibuang daripada parti.

iii. Antara kita, sememangnya banyak yang sama.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1. HUKUM DM ( Diterangkan dan Menerangkan)

Hukum ini mestilah dimulakan oleh inti yang bertindak sebagai unsur yang
diterangkan” manakala “menerangkan” bertindak sebagai penerang

kepada inti.

SALAH BETUL

a. cili sos
b. Jaya Klinik
c. lain-lain hal

2. KATA PENGUAT BETUL

SALAH

a. sangat tinggi sekali
b. paling indah sekali
c. amat menakutkan sekali
d. terbesar sekali

3. KATA BILANGAN
SALAH

1. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
2. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

4. PENGGUNAAN “ di “

SALAH BETUL

a. diSarawak a. di Sarawak
b. di makanb. b dimakan

5. PENGGUNAAN “KE” SALAH 5. PENGGUNAAN “KE” BETUL
a. Imran mendapat tempat ke tiga a. Imran mendapat tempat ketiga
b. Imran mendapat tempat ke 3 b. Imran mendapat tempat ke-3
c. Kearah melahirkan masyarakat cakna c. Ke arah melahirkan masyarakat cakna
d. Kedua ibu bapa saya telah tiada d. Ibu bapa saya telah tiada

6.PENGGUNAAN “adakah”/ “apakah “

Adakah - untuk mendapat jawapan Ya atau Tidak
Contoh ayat: Adakah benar cerita awak itu ?
Adakah kamu sakit ?

Apakah _ untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda,
keterangan tentang sesuatu dan bertanyakan sesuatu yang khusus.
Contoh ayat: Apakah nama haiwan dua alam ?
Apakah benda di atas meja itu ?

7. PENGGUNAAN “ bukan “/ “ tidak “

bukan - diikuti oleh kata nama atau frasa nama sahaja
Contoh ayat: Dia bukan adik saya
: Lili bukan anak perempuan En. Ahmad

tidak – diikuti oleh frasa kerja dan frasa adjektif
Contoh ayat: Saya tidak pergi ke kuliah hari ini.
: Beg itu tidak berat

8. “Pedalaman”/ “Pendalaman“
pedalaman –
pendalaman –

9. Penggunaan Kata Adjektif pada bentuk jamak
SALAH

(a). Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka.
(b). Anak-anak Pak Mat pandai-pandai belaka.

10. Penggunaan kata sendi nama pada imbuhan “ber___an”

SALAH

(a). Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan………….
(b). Bertanyakan tentang khabar berita di kampung………….

11. BETUL
SALAH

a. Hasil daripada kajian ini…
b. Akibat daripada peristiwa itu..
c. Ekoran daripada kejadian tersebut..
d. Susulan daripada penemuan itu..
e. Kesan daripada penyelidikan ini..

BAHAGIAN B : MEMBETULKAN AYAT ( 30 MARKAH )
Arahan: Betulkan ayat-ayat yang berikut dari aspek imbuhan, ejaan
kata dan struktur ayat.

1. Krisis ekonomi yang sedang Malaysia dan lain-lain negara Asia hadapi
pada masa kini amat memeritkan sekali. Ini kerana pembangunan negara
yang terlibat tersebut terbantut.

Krisis ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara Malaysia dan
negara Asia yang lain pada masa ini amat memeritkan. Hal ini
kerana pembangunan negara yang terlibat turut terbantut.

2. Akibat daripada tabiat merokok yang kerap, masalah yang lebih serius
seperti kanser paru-paru yang boleh membawa maut akan timbul.

Sebagai akibat tabiat merokok yang kerap menyebabkan penyakit
kanser paru-paru akan menjadi lebih serius atau membawa maut.

3. Sebagai seorang kanak-kanak saya amat takut sekali dengan mati
terutama sekali bila memikirkan tentang ajal saya nanti, hinggakan ini
menyebabkan saya mengigau di waktu tidur.

Sebagai kanak-kanak, saya amat takut mati terutamanya apabila
saya memikirkan ajal hingga menyebabkan saya mengigau pada
waktu malam.

4. Kita pernah kemukakan memorandum penyelesaian ekonomi pada bulan
Jun lalu dan kita telah rangka memorandum itu hasil daripada
pandangan mereka yang pakar dalam ekonomi yang dibincangkan
bersama.

Kita telah mengemukakan memorandum itu berdasarkan
pandangan pakar ekonomi yang berbincang bersama-sama
dan kita merangka memorandum penyelesaian ekonomi
pada bulan Jun lalu.

2/5


Click to View FlipBook Version