The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulalis_azizi, 2022-01-24 02:23:46

REFLEKSI PEP

REFLEKSI PEP

REFLEKSI:
PENGHAYATAN
RUKUN NEGARA

TAJUK:MEMPERKASAKAN MORAL
DAN ETIKA REMAJA DI MEDIA
SOSIAL

NAMA PENSYARAH:MOHD
FARADI BIN MOHAMED GHAZALI

KOD KURSUS: MPU 31072
KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
PROGRAM: ISM DIETETIK
KUMPULAN: 10

NAMA: NURUL ALIS BINTI AZIZI

NO. MATRIKS: 066800

PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN Perkembangan teknologi informasi, internet, gajet dan jejaring sosial
semakin mengubah bentuk pergaulan dan cara berkomunikasi. Masalah
remaja dan pemanfaatan jejaring sosial kini menjadi aspek penting yang
perlu dikaji, kerana merupakan alat komunikasi yang digunakan remaja
untuk mengakses informasi yang mudah, pantas serta tepat. Walau
bagaimanapun, penggunaan media sosial yang berlebihan dan tidak
terkawal boleh menyebabkan berlakunya gejala sosial dan implikasi
negatif terhadap remaja. Isu sosial sebegini banyak berlaku dalam
kalangan remaja kerana mereka mempunyai perasaan ingin mencuba
sesuatu perkara baru. Hal ini demikian kerana, remaja boleh didefinisikan
sebagai golongan yang baru ingin menuju kearah kematangan dan
mereka akan mengalami perubahan dari segi emosi, sosial, serta fizikal.
Justeru, melalui program e-Sulam ini adalah untuk memberi kesedaran
kepada golongan remaja mengenai isu berkaitan penghayatan Rukun
Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Topik ini akan
memfokuskan kepada usaha bagi memperkasakan moral dan etika
remaja dalam penggunaan media sosial.

OBJEKTIF

i) Memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang
kepentingan beretika dan beradab semasa menggunakan media
sosial.

ii) Melahirkan remaja yang berintelektual tinggi dan bijak dalam
mengaplikasikan media sosial dengan betul.

ANALISIS DAN Kajian kerja lapangan bagi topik ini menggunakan dua kaedah
PERBINCANGAN pengumpulan data iaitu melalui kaedah soal selidik dan temu bual.
Kaedah soal selidik dilakukan menerusi platform ‘Google form’ dan
disebarkan diaplikasi WhatsApp serta berjaya memperoleh seramai 185
orang responden. Bagi kaedah temu bual ianya telah dijalankan
menerusi platform ‘Google Meet’ bersama dua orang tetamu jemputan
iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan juga seorang guru
akademik di sekolah harian. Temu bual ini telah berlangsung pada tarikh
24 dan 26 November 2021. Terdapat dua bahagian pada soal selidik di
‘Google form’ iaitu bahagian pertama adalah untuk menguji tahap
kefahaman responden mengenai prinsip Rukun Negara yang ke-5
manakala bahagian kedua adalah mengenai penggunaan media sosial
dalam kalangan remaja. Terdapat 16 soalan diajukan pada kaedah soal
selidik dan 6 soalan di kaedah temu bual. Antara soalan yang diajukan
melalui kaedah soal selidik ialah berkenaan bilangan prinsip Rukun
Negara dan responden harus menandakan 5 prinsip Rukun Negara yang
betul serta memilih Rukun Negara yang-5 iaitu Kesopanan dan
Kesusilaan. Kesemua responden seramai 185 orang telah memberikan
jawapan yang betul. Hal ini menunjukkan kesemua responden
mempunyai pengetahuan yang tepat mengenai Rukun Negara di
Malaysia. Ini dapat menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang
prihatin dengan hal-hal yang terkandung didalam prinsip Rukun Negara.
Meskipun kesemua responden memberi jawapan yang tepat namun tidak
semestinya remaja menghayati sedalam-dalamnya prinsip Rukun

Negara yang ke-5. Jika benar-benar mendalaminya maka isu seperti
menghina dan memaki hamun individu lain serta membangkitkan
kebencian kaum ataupun menuunjukkan perkara yang tidak senonoh
tidak akan berlaku. Hal ini demikian, menunjukkan bahawa remaja harus
diberi pendedahan dan kesedaran agar mereka lebih peka dan
mendalami prinsip Rukun Negara yang ke-5. Topik ini adalah relevan
agar remaja dapat menjaga moral dan etika mereka dalam
menggunakan media sosial yang kini tanpa batasan sempadan.
Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, terdapat banyak
pengetahuan baru yang telah diperoleh dan dapat diaplikasikan dalam
menggunakan media sosial dengan teliti. Tambahan lagi, dapat
menyebarkan kepentingan perilaku yang baik dalam penggunaan media
sosial kepada remaja serta semangat kerja berkumpulan dalam kalangan
sesama ahli. Dalam pada itu, projek yang telah dijalankan ini turut
mempunyai kelemahan seperti kesukaran dalam memilih tarikh untuk
mengadakan proses temu bual. Hal ini demikian kerana, kajian ini telah
dijalankan di atas talian dan sedikit sukar untuk menemui waktu yang
senggang untuk kesemua ahli kumpulan serta tetamu undangan bagi
menjalankan temu bual. Namun hal ini dapat diatasi dengan adanya ahli
kumpulan yang memberi kerjasama yang baik dan tetamu undangan
yang mampu meluangkan masa mereka untuk memudahkan kerja bagi
kajian yang telah dilakukan.

KESIMPULAN Secara konklusinya, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen serta
RUJUKAN mewar-warkan tentang kepentingan etika dan moral remaja dalam
penggunaan media sosial. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan semua
masyarakat bukan sahaja remaja agar mereka mampu menghormati
individu lain serta tidak mempamerkan sisi buruk dalam diri mereka
sendiri di dalam platform media sosial. Harapan daripada kajian yang
telah dijalankan ialah golongan remaja dapat menjadi golongan yang
berguna buat negara serta mampu membentuk keperibadian diri yang
baik terutama dalam menggunakan media sosial. Jika mereka mampu
menjaga moral dan etika dalam penggunaan media sosial maka mereka
mampu menjadi rakyat yang berpegang teguh dengan prinsip Rukun
Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Hasil dari kajian ini
telah memberikan impak yang positif dan dapat mencapai objektif yang
telah dinyatakan.

i) Utami, A. S. F., & Baiti, N. (2018). Pengaruh media sosial

terhadap perilaku cyberbullying pada kalangan

remaja. Cakrawala-Jurnal Humaniora, 18(2), 257-262.

ii) Sannusi, S. N., Ibrahim, F., Shaari, A. H., & Subhi, N. (2019).

Penggunaan media Sosial Dalam Kalangan remaja b40 di Sekitar

Lembah klang (the use of social media among B40 adolescents

in Klang Valley). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication, 35(4), 101–118.

iii) Putri, W. S. R., Nurwati, N., & Budiarti, M. (2016). Pengaruh

media sosial terhadap perilaku remaja. Prosiding Penelitian dan

Pengabdian kepada Masyarakat, 3(1).

iv) Gani, A. G. (2020). Pengaruh Media Sosial Terhadap

Perkembangan Anak Remaja. JURNAL MITRA

MANAJEMEN, 7(2).

NAMA: ANNISA’ BINTI AZURA SYARIZAN

NO MATRIKS: 068251

PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etika ialah prinsip moral yang
menjadi pegangan individu atau sesuatu kumpulan manakala moral
ialah ajaran atau pegangan yang wujud dalam sesebuah masyarakat
yang bukan dengan buruk baiknya sesuatu perbuatan. Etika dan moral
dapat dikaitkan dengan pembinaan asas yang mempengaruhi tingkah
laku manusia, menetapkan watak dan keperibadian manusia
disamping mendidik cara terbaik untuk bertindak dan berkelakuan
dalam masyarakat. Berdasarkan pengertian ini, etika dan moral secara
ringkasnya amat penting dalam kehidupan seharian seseorang
individu tanpa mengira budaya, bangsa dan agama termasuklah ketika
berinteraksi menggunakan media sosial fokusnya golongan remaja.

OBJEKTIF i) Memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang
kepentingan beretika dan beradab semasa menggunakan
media sosial.

ii) Melahirkan remaja yang berintelektual tinggi dan bijak dalam
mengaplikasikan media sosial dengan betul.

ANALISIS DAN Berdasarkan kajian yang bertajuk Memperkasakan Moral dan Etika
PERBINCANGAN Remaja dalam Penggunaan Media Sosial yang telah dijalankan secara
soal selidik kepada masyarakat berusia 13 sehingga 26 tahun ke atas
berkenaan masa yang mereka habiskan di media sosial sehari,
dicatatkan peratusan tertinggi dengan 37.3% daripada 185 orang
responden meluangkan masa selama lima hingga lapan jam sehari di
media sosial. 33.5% daripada 185 orang responden pula
menghabiskan masa selama tiga hingga empat jam sehari di media
sosial. Hal ini kerana media sosial merupakan platform yang
membolehkan mereka berkongsi dan bertukar pendapat, imej, video
dan maklumat antara satu sama lain menerusi rangkaian tertentu
dengan pantas di hujung jari. Pelbagai ilmu bermanfaat dan informasi
penting berkaitan pelajaran mahupun perkembangan dunia terbukti
lebih mudah diakses menyebabkan majoriti responden meluangkan
masa yang lama di media sosial. Hasil soal selidik turut menyatakan
16.2% daripada 185 orang responden memerlukan masa yang singkat
sahaja dalam menggunakan media sosial sehari iaitu kurang dari dua
jam disebabkan oleh ketidakbergantungan seseorang itu melibatkan
diri dalam media sosial kerana tiada keperluan yang penting.
Peratusan terendah dengan 13% daripada 185 orang responden
menghabiskan masa lebih dari sembilan jam sehari di media sosial
berpotensi kerana ketagihan melampau terhadap media sosial
mahupun atas keperluan diri bagi berurusan dengan sistem atas talian
dengan lebih mudah.

Soal selidik yang dijalankan menerusi projek e-SULAM ini turut
menjawab persoalan berkenaan kepelbagaian platform media sosial
yang sering digunakan oleh responden iaitu 95.7% daripada 185 orang
responden menggunakan aplikasi WhatsApp. Platform kedua tertinggi
yang digunakan oleh responden ialah Instagram dengan 71.4% diikuti

Telegram, Tiktok dan Twitter. Penggunaan platform media sosial ini
didapati memberi kepentingan kepada responden dalam menjalani
kehidupan seharian dari aspek kemudahan dalam berinteraksi dengan
ibu bapa yang tinggal jauh daripada mereka, rakan-rakan serta sebagai
sumber hiburan dengan cara yang betul. Sepanjang menjalankan
projek e-SULAM ini, terdapat pelbagai kesedaran dapat dipupuk
dengan melihat kefahaman responden sekaligus membuka mata
tentang kepentingan etika dan moral dalam menggunakan media
sosial. Menerusi projek ini, terbukti responden mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam beretika dan bermoral di media sosial.

KESIMPULAN Tuntasnya, isu berkaitan etika dan moral dalam menggunakan media
sosial tidak seharusnya dipandang enteng khususnya bagi golongan
remaja kini agar diri dapat menjadi modal insan yang berkualiti. Amalan
menuding jari perlu dielakkan sebaliknya perlu berganding bahu dalam
melaksanakan langkah berkesan seperti remaja menggunakan bahasa
yang baik dalam berkomunikasi serta bergaul dengan kelompok yang
bersopan santun tinggi. Ibu bapa berperanan dalam menasihati
manakala pihak sekolah mencurahkan ilmu dan remajalah perlu bijak
dalam membezakan perkara baik dan buruk semasa menggunakan
media sosial dengan mengaplikasikan ilmu dipelajari.

RUJUKAN i) Dewan, B. P. (2008). Kamus dewan edisi keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

ii) Hashim, N., & Razali, A. (2019). Teknologi dan media sosial
dalam komunikasi ibubapa dan anak-anak. Jurnal Komunikasi:
Malaysian Journal of Communication, 35(4).

iii) Ramli, F. N. A., & Wahid, A. (2018). Pendidikan Sastera Melayu
memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar. Jurnal
Peradaban Melayu, 13, 1-14.

NAMA: MUHAMMAD ANIL HAIZAD BIN MOHD ISA

NO MATRIKS: 066799

PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN Pada masa kini, pengunaan aplikasi media sosial begitu meluas dalam
golongan remaja. Media sosial merujuk kepada penggunaan medium
internet untuk membuat hubungan sosial atau interaksi sesama
manusia. Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah
menjadi peneraju dalam interaksi sesama manusia terutamanya dalam
kalangan remaja. Kekerapan remaja menggunakan rangkaian media
sosial telah mencetuskan pelbagai kritikan sosial yang mengundang
wacana daripada masyarakat umum. Oleh itu adalah menjadi tujuan
kajian ini untuk memperkasakan moral dan etika remaja dalam
penggunaan media sosial.

OBJEKTIF i) memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang
kepentingan beretika dan beradab semasa menggunakan
media sosial.

ii) melahirkan remaja yang berintelektual tinggi dan bijak dalam
mengaplikasikan media sosial dengan betul.

ANALISIS DAN Berdasarkan kerja lapangan yang telah dijalankan, kaedah
PERBINCANGAN pengumpulan data yang digunakan adalah melalui soal selidik dan
temu bual secara maya. Kaedah soal selidik telah dijalankan melalui
borang soal selidik yang disediakan menerusi google form. Borang soal
selidik ini telah diedarkan oleh semua ahli kumpulan menerusi aplikasi
WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook. Borang soal selidik ini
mengandungi 15 soalan keseluruhannya. Melalui kaedah ini, kumpulan
kami berjaya memperoleh seramai 185 bilangan responden. Dapatan
borang soal selidik mendapati bahawa etika remaja semasa
menggunakan media sosial berada ditahap yang membimbangkan.Hal
ini kerana moral dan etika remaja yang semakin lusuh. Amani Nawi
(2020) menyatakan adab dalam penggunaan media sosial menjadi
runcing dan kritikal apabila penggunaanya memberi kebebasan
kepada mereka dan ruang yang besar bagi komunikator menggunakan
kata-kata yang kurang beradab dengan pengaruh emosi yang ada
pada mereka. Majoriti bersetuju bahawa moral dan etika remaja dalam
penggunaan media sosial semakin berkurangan. Sepanjang
menjalankan e-sulam ini, terdapat pelbagai ilmu yang telah saya
pelajari. Walaupun e-sulam ini agak mencabar dan mempunyai
pelbagai rintangan semasa menjalankannya, tetapi saya tetap berjaya
menamatkan e-sulam ini. Sungguhpun perkara yang susah itulah bakal
mendidik seseorang agar bersungguh-sungguh dan menjadi insan
yang lebih cemerlang.

KESIMPULAN Kesimpulannya, rangkaian sosial begitu penting dalam kehidupan
remaja lalu cara menggunakannya perlulah betul.
Kegagalan untuk menggunakannya dengan tepat dan berfaedah akan
membawa pelbagai impak seperti kes jenayah dan masa akan
dihabiskan sia-sia. Saya harap kerajaan bersama-sama masyarakat
perlu bersikap terbuka dalam isu ini untuk memperkasakan moral dan
etika remaja dalam media sosial kerana dunia remaja

RUJUKAN memang penuh dengan internet terutamanya rangkaian sosial.
Peribahasa ukur baju di badan sendiri seolah-olah
menekankan kepentingan remaja menilai sendiri keperluan mereka
dalam penggunaan media sosial itu

i) Ramli, R. (2020). KESAHAN KONSTRUK ITEM KAJIAN
EMOSI KOMUNIKATOR, DAN BUDI BAHASA KOMUNIKASI
MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA. Asian People
Journal (APJ), 3(SI1), 33-40.

ii) Shaari, A. H., & Kamaluddin, M. R. (2019). Buli Siber:
Ketidaksantunan Bahasa dan Etika Media Sosial dalam
Kalangan Remaja Malaysia. e-Bangi, 16(6).

iii) Ismail, H. (2015). Media sosial sebagai medium terkini
pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar/Aina Sabariah
Md. Isa and Huzaimah Hj Ismail.

NAMA: NUR INTISYAR ILMA BINTI ZAIDIN

NO MATRIK: 066444

PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN Pada era globalisasi zaman kini, etika dan moral dalam
OBJEKTIF penggunaan media sosial sangat perlu diterapkan bagi
mewujudkan satu masyarakat yang menghormati antara
satu sama lain dan menjaga sensitiviti tidak kira agama
dan kaum. Menurut Bertens terdapat dua pengertian etika
iaitu sebagai praktis dan sebagai refleksi. Sebagai praktis,
etika berarti nilai- nilai dan norma- norma moral yang baik
yang dipraktikkan atau tidak dipraktikkan. Etika sebagai
praktis pula sama maksud dengan moral atau moralitas
iaitu apa yang harus dilakukan, tidak boleh dilakukan, patut
dilakukan, dan sebagainya. Etika sebagai refleksi pula
adalah pemikiran moral.

i) Memberikan kesedaran kepada golongan
remaja tentang kepentingan beretika dan
beradab semasa menggunakan media sosial

ANALISIS DAN ii) Melahirkan remaja yang berintelektual tinggi

PERBINCANGAN dan bijak dalam mengaplikasikan media sosial

dengan betul

Bagi projek e-sulam kali ini, kaedah pengumpulan data

yang digunakan adalah dengan menggunakan borang soal

selidik menerusi platform google form dan kaedah

temubual. Bagi kaedah boring soal selidik, terdapat 15

soalan secara keseluruhan. Terdapat 185 responden yang

telah berjaya dikumpulkan menerusi kaedah ini. Bagi

soalan 10 di dalam borang soal selidik ini iaitu sama ada
responden pernah melihat remaja menggunakan bahasa
yang kasar untuk menegur individu lain, terdapat 74
responden yang sering melihat perbuatan ini di media
sosial. Menerusi website Illuminasi karya Rai Illani,
Malaysia berada di tangga ke 6 di dunia dan tangga ke 2 di
Asia dalam masalah buli siber ini. Seterusnya, beralih pada
soalan 11 dalam borang soal selidik ini iaitu melihat
remaja mempamerkan imej yang tidak sopan dengan
berpakaian seksi atau melakukan tarian yang menjolok
mata di platform media sosial. Seramain 97 responden
sering melihat perbuatan ini di media sosial. Ini sangat
membimbangkan kerana media sosial sepatutnya
digunakan dengan bijak dan baik bukan sebaliknya.

Dapatan dari borang soal selidik ini, penerapan moral dan
etika dalam kalangan remaja masih tidak memuaskan. Ini
menunjukkan bahawa perlu ada inisiatif untuk
menerapkan moral dan etika ini sebagai contoh aktiviti
Youth Development bagi membangunkan dan
menghidupkan potensi anak-anak muda kini. Respons dan
cadangan dari responden-responden ini sangat membantu
bagi tajuk projek e-sulam yang dipilih ini. Sepanjang
menjalankan projek e-sulam ini, tiada sebarang masalah

KESIMPULAN dari segi pengumpulan data melalui google form kerana
RUJUKAN kebanyakan responden sudah biasa dengan platform ini
memandangkan pembelajaran ketika pandemik Covid 19
ini banyak dijalankan secara online.

Projek e-sulam yang dijalankan banyak memberi saya
pengetahuan dan pengalaman baru dari segi pembinaan
google site sehingga pengumpulan data. Cadangan saya
agar lebih banyak aktiviti atau program-program
bermanfaat yang dapat dijalankan oleh masyarakat
terutama pada remaja masa kini. Hal ini demikian kerana,
pembentukan jati diri remaja dan penggilapan potensi diri
perlu dilakukan dari awal bagi kalangan remaja agar dapat
melahirkan remaja yang mempunyai moral dan etika yang
tinggi. Akhir sekali, harapan saya agar pengunaan media
sosial ini dapat digunakan sebaiknya agar dapat
mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
harmoni dan aman.

i) Pradana, R. E. Etika Informatika Dalam Penyalah
Gunaan Media Sosial. Etika Informatika Dalam
Penyalah Gunaan Media Sosial.

ii) Ningrum, D. (2018). Kemerosotan moral di
kalangan remaja: Sebuah penelitian mengenai
parenting styles dan pengajaran
adab. Unisia, 37(82), 18-30.

iii) Shaari, A. H., & Kamaluddin, M. R. (2019). Buli
Siber: Ketidaksantunan Bahasa dan Etika Media
Sosial dalam Kalangan Remaja Malaysia. e-
Bangi, 16(6).

NAMA: SYABRINA NURIN BINTI REFEI

NO MATRIK: 066443

PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN e-SULAM merupakan satu inisiatif pengajaran dan pembelajaran di
mana melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi
menyelesaikan sesuatu permasalahan.Topik kajian ini tertumpu
kepada memperkasakan moral dan etika remaja dalam penggunaan
media sosial dimana ia juga mempunyai kaitan dengan Rukun Negara
yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.Media sosial merupakan
salah satu media yang berkembang pesat sehingga kini.Ramai remaja
yang lebih suka untuk menghabiskan masa di sosial media seperti
Twitter,Tik Tok,Instagram dan pelbagai lagi malah pada musim
pendemik ini penggunaan media sosial semakin meningkat.Namun
begitu ,dapat dilihat penggunaan media sosial ini meningkatkan gejala
sosial yang memberi impak negatif kepada remaja.Oleh itu,kajian ini
memberi penekanan kepada masalah ini dan cara penyelasaiannya.

OBJEKTIF i) Memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang
kepentingan beretika dan beradab semasa menggunakan
media sosial.

ii) Melahirkan remaja yang berintelektual tinggi dan bijak dalam
mengaplikasikan media sosial dengan betul.

ANALISIS DAN Kajian kerja lapangan ini telah dibuat dengan dua kaedah untuk
PERBINCANGAN mengumpul data iaitu menerusi kaedah temu bual dan soal
selidik.Kaedah temu bual ini telah dijalankan melalui platform ‘Google
meet’ bersama dua orang panel jemputan iaitu seorang pelajar ijazah
sarjana muda undang-undang dan seorang guru sekolah harian.Temu
bual ini telah dijalankan pada 24 dan 26 November 2021 yang
lalu.Terdapat 6 soalan temu bual yang telah diajukan kepada panel.
Proses soal selidik pula telah dijalankan secara atas talian dengan
mengedarkan pautan ‘Google form’ di aplikasi WhatsApp selama 4 hari
dan berjaya memperoleh responden seramai 185 orang.Terdapat
sebanyak 16 soalan yang diajukan dan terbahagi kepada dua
bahagian.Bahagian pertama bertujuan untuk menguji kefahaman
responden terhadap prinsip Rukun Negara yang ke-5 manakala di
bahagian kedua untuk mengetahui tentang penggunaan media sosial
oleh golongan remaja.Antara soalan yang diajukan ialah berkenaan
dengan remaja melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti
menyebarkan video merosakkan harta benda awam,video lucah dan
sebagainya.Secarai keseluruhan seramai 70 orang responden memilih
kadang-kadang dan seramai 53 orang responden memilih sering.Hal ini
menunjukkan bahawa remaja masih belum mendalami apa itu
kesopanan dan kesusilaan.Perkara ini sering berlaku kerana
kurangnya pemantauan dari ibu bapa yang merupakan orang terdekat
dengan remaja .Remaja masih memerlukan pemantauan ibu bapa
kerana pada peringkat remaja ini mereka mula untuk mecari identiti diri
dan hubungan sosial.Seterusnya menurut hasil soal selidik juga, 94
orang respondan memilih untuk bertindak ingin melaporkan aktiviti yang
tidak bermoral manakala 62 orang respondan akan memberi nasihat,23
orang respondan memilih hanya untuk melihat dan tidak akan berbuat
apa-apa. Respondan yang selebihnya memberi pendapat masing-
masing iaitu dengan cara mendoakan dan tidak menyokong kandungan

media sosial seperti perbuatan diatas. Hal ini menujukkan bahawa ada

rakyat yang prihatin untuk mengambil tindakan yang sepatutnya dan ini

sedikit sebanyak dapat membantu memberi kesedaran kepada para

remaja.Topik kajian ini sangat relevan untuk dibincangkan kerana

seperti yang dikaji ramai responden yang bersetuju bahawa remaja ini

kurangnya moral dan etika melalui cara mereka berinteraksi di sosial

media.Semasa menjalankan kajian ini ada kesukaran yang dihadapi

seperti sukarnya untuk berbincang bersama ahli kumpulan kerana

pengajaran dan pembelajaran di rumah.Namun hal ini dapat diatasi

kerana ahli kumpulan yang memberi kerjasama dan menepati masa

semasa membuat perbincangan secara atas talian .

KESIMPULAN Tuntasnya, pihak kerajaan perlulah membuat kempen atau iklan
RUJUKAN
melalui televisyen supaya ibu bapa dan seluruh rakyat sedar dan

memberi perhatian tentang penggunaan media sosial para remaja dan

menerapkan etika dan moral yang sepatutnya.Harapan daripada kajian

ini ialah supaya golongan remaja sedar akan perbuatan mereka di

media sosial dan lebih bijak untuk membuat sesuatu tindakan.Hal ini

kerana remajalah yang akan menjadi pemimpin negara suatu hari

nanti.Melalui kajian ini banyak cara yang telah dicadangkan dan

pengetahuan yang telah diperoleh daripada soal selidik dan temu bual

mengenai cara untuk mengatasi masalah ini.Jika diaplikasikan dalam

kehidupan seharian masalah ini dapat dibendung dan tidak berlarutan.

i) Gani, A. G. (2020). Pengaruh Media Sosial Terhadap

Perkembangan Anak Remaja. JURNAL MITRA

MANAJEMEN, 7(2).

ii) Octavia, S. A. (2020). Motivasi belajar dalam perkembangan

remaja. Deepublis.

iii) Iswidharmanjaya, D. (2014). Bila Si Kecil Bermain Gadget:

Panduan bagi orang tua untuk memahami factor-faktor

penyebab anak kecanduan gadget (Vol. 1). Bisakimia.

iv) Putri, W. S. R., Nurwati, N., & Budiarti, M. (2016). Pengaruh

media sosial terhadap perilaku remaja. Prosiding Penelitian dan

Pengabdian kepada Masyarakat, 3(1).

NAMA: ARIENI MAISARA BINTI MOHD YUSRI
NO MATRIKS: 066300
PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, moral bermaksud sikap atau
OBJEKTIF cara berkelakuan yang berasaskan atau diukur dari segi baik buruk
sesuatu akhlak manakala etika pula didefinisikan sebagai prinsip moral
atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan. Remaja ialah mereka yang berumur 10 sehingga
19 tahun. Kini, penggunaan media sosial bukan sesuatu yang asing
dalam kalangan masyarakat termasuk golongan remaja. Kebanyakan
remaja menggunakan media sosial untuk bersosial, mencari perhatian
serta menayangkan imej diri dan kehidupan seharian. Terdapat banyak
manfaat yang dapat diperoleh daripada penggunaan media sosial.
Namun, kebanyakan remaja kini terlalu ketagih dan leka meluangkan
masa di media sosial sehingga menyumbang kepada impak-impak
yang negatif. Semestinya, moral dan etika golongan remaja dapat
dilihat dan dinilai melalui cara dan tujuan mereka menggunakan media
sosial. Oleh sebab itu, usaha untuk memperkasakan moral dan etika
positif ketika menggunakan media sosial dalam kalangan remaja perlu
digiatkan.

i) Memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang
kepentingan beretika dan beradab semasa menggunakan
media sosial.

ii) Melahirkan remaja yang berintelektual tinggi dan bijak dalam
mengaplikasikan media sosial dengan betul.

ANALISIS DAN Kajian ini dijalankan kerana isu akhlak remaja dalam media sosial
PERBINCANGAN sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat sama ada secara realiti
atau di media sosial. Sebahagian masyarakat berpendapat bahawa
kebanyakan remaja kini menggunakan media sosial secara berlebihan
sehingga mengakibatkan impak yang negatif dalam kehidupan
mereka. Kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu
temu bual dan soal selidik. Dua orang informan telah ditemu bual.
Temu bual pertama bersama seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda
Undang-Undang berusia 19 tahun dari Universiti Teknologi MARA
(UiTM) diadakan menggunakan platform ‘Google Meet’ pada 9.30 pagi
sehingga 10.30 pagi bertarikh 24 November 2021. Pada 26 November
2021, temu bual bersama Puan Owi Kim Huei, seorang Guru Akademik
Biasa DG48 dari SMK Gombak Setia diadakan dari 5 petang sehingga
5.30 petang. Kedua-dua informan menerima 6 soalan. Kaedah soal
selidik dijalankan dengan cara menyebarkan pautan borang soal
selidik di aplikasi ‘Whatsapp’ selama 4 hari. Seramai 185 responden
menjawab 15 soalan soal selidik. Dapatan daripada soalan ke-14, 132
responden bersetuju bahawa masalah moral dalam kalangan remaja
berpunca daripada kurang penghayatan prinsip Rukun Negara kelima
iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Namun, 3 orang responden tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala 50 responden
mempertimbangkan kemungkinan kebenaran pernyataan tersebut.
Daripada hasil dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan
responden mementingkan penghayatan dan pengamalan Rukun
Negara Kesopanan dan Kesusilaan. Soalan ke-15 adalah berkenaan

pendapat responden tentang tahap kefahaman remaja terhadap
Rukun Negara kelima. Seramai 130 responden bersetuju bahawa
remaja di Malaysia belum memahami Rukun Negara tersebut dengan
baik, 49 responden memilih kemungkinan remaja memahaminya
dengan baik dan 6 responden berpendapat remaja memiliki tahap
kefahaman yang baik tentang Kesopanan dan Kesusilaan. Oleh itu,
dapat dirumuskan bahawa remaja masih belum sepenuhnya
memahami dan menghayati Rukun Negara tersebut.

KESIMPULAN Antara kelebihan melaksanakan kajian ini ialah pelajar dapat
RUJUKAN mempelajari teknik menggunakan ‘Google Site’, mengamalkan sikap
bekerjasama dalam kumpulan dan mengambil iktibar daripada tajuk
kajian. Kelemahan yang terdapat sepanjang pelaksanaan kajian ialah
kesukaran mencari informan yang dapat menyesuaikan jadual mereka
dengan jadual yang dirancang oleh ahli kumpulan.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah memainkan peranan penting
dalam menangani masalah moral dan etika remaja di media sosial.
Masalah ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa dan dipandang
enteng. Ibu bapa memainkan peranan besar dalam mengawal
kegiatan anak-anak di rumah. Pihak media pula perlu menyebarkan
kesedaran tentang penggunaan media sosial secara positif dan betul.
Pihak kerajaan mestilah mewujudkan organisasi yang
bertanggungjawab untuk menyekat remaja daripada melayari hiburan
yang tidak sesuai di media sosial untuk mengelakkan mereka daripada
terpengaruh dengan perkara-perkara negatif. Tuntasnya, masalah
moral ini dapat dikawal dan dikurangkan sekiranya semua pihak
berganding bahu menanganinya.

i) Keempat, K.D.E. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

ii) Felita, P., Siahaja, C., Wijaya, V., Melisa, G., Chandra, M., &
Dahesihsari, R. (2016). Pemakaian media sosial dan self
concept pada remaja. Manasa-old, 5(1), 30-41.

iii) Ayun, P.Q. (2015). Fenomena remaja menggunakan media
sosial dalam membentuk identitas. Jurnal Channel, 3(2), 1-16.

NAMA: NUR AINA BINTI HUZAIRI

NO MATRIKS: 068328

PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN Media massa merupakan satu inovasi yang diciptakan bagi
menghubungkan perhubungan. Di samping itu, ia juga membolehkan
OBJEKTIF interaksi sosial dan komunikasi dilakukan dengan mudah. Media
ANALISIS DAN sosial dapat diterjemahkan sebagai rangkaian perhubungan atas
PERBINCANGAN talian yang membenarkan semua penggunanya dapat mengakses
mana mana medium rangkaian sosial dengan mudah seperti
berkongsi gambar dan aktiviti harian, bertukar-tukar pendapat
menerusi penggunaan blog, wiki, forum dan dunia virtual tanpa
batasan. Terdapat tiga media sosial utama yang sering digunakan
oleh masyarakat di Malaysia, iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.
Remaja merupakan pengguna media sosial terbanyak di Malaysia
selain golongan dewasa dan kanak-kanak. Penggunaan media sosial
banyak memberikan kemudahan kepada remaja lebih-lebih lagi di
zaman pandemik Covid-19 yang melanda negara Malaysia sejak
tahun 2020 dimana pembelajaran dan pengajaran dilakukan secara
atas talian (PdPr). Media sosial juga membolehkan penggunanya
untuk berkongsi perkembangan terkini mereka dengan berkongsikan
gambar dan video kehidupan seharian mereka. Namun begitu,
terdapat sesetengah golongan yang menyalahgunakan media sosial
dengan menggunakannya untuk buli siber, menyebarkan gambar dan
video lucah serta terlibat dengan jenayah siber

i) memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang
kepentingan beretika dan beradab semasa menggunakan
media sosial

ii) melahirkan remaja yang berintelektual tinggi dan bijak
dalam mengaplikasikan media sosial dengan betul

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan terhadap pemahaman
tentang Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan
dalam kalangan masyarakat di Malaysia, kajian mendapati bahawa
kebanyakan responden mengatakan bahawa Kesopanan dan
Kesusilaan ialah sifat saling menghormati sesama rakyat tanpa
mengira bangsa, agama,kaum dan pangkat serta keturunan.
Ada juga sesetengah reponden yang memahami prinsip Rukun
Negara kelima sebagai sikap sopan santun dan berbudi bahasa
semasa berkomunikasi dengan orang lain seperti tunduk apabila
hendak lalu di hadapan orang yang lebih tua dan tidak meninggikan
suara semasa bercakap dengan mereka yang lebih berusia serta
menggunakan perkataan yang baik sahaja. Sesetengah responden
memahami prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dengan mengamalkan
nilai murni dalam kehidupan seharian seperti hormat-menghormati,
baik hati dan hemah tinggi di samping menjaga maruah diri apabila
berada di negara luar kerana ianya menunjukkan identiti rakyat
Malaysia. Kesemua responden bersetuju bahawa prinsip Rukun
Negara penting bagi negara Malaysia untuk memastikan keamanan
dan keharmonian negara tanpa sebarang perbalahan dan
persengketaan antara kaum di Malaysia. Prinsip Kesopanan dan
Kesusilaan penting bagi melahirkan rakyat yang bersopan santun dan
beretika tinggi demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia sebagai
negara berbilang kaum.

KESIMPULAN Selain itu, soal selidik yang dijalankan mengenai cadangan untuk
RUJUKAN memupuk dan memberi kesedaran kepada golongan remaja supaya
mereka sentiasa menitikberatkan prinsip Rukun Negara yang ke-5
dalam penggunaan media sosial turut mendapat respons yang
memberangsangkan dari pihak responden. Antara cadangan yang
paling banyak dicadangkan ialah ibu bapa perlu memberikan didikan
awal kepada anak-anak sejak mereka masih kecil seperti mengajar
mereka cara menggunakan media sosial dengan beradab dan
beretika. Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak di media
sosial dan mengehadkan masa penggunaan gajet agar mereka tidak
mudah terpengaruh dengan perkara yang melalaikan dan ketagihan
bermain gajet. Para responden juga mencadangkan agar pihak
sekolah mengadakan ceramah atau kempen berkaitan tentang prinsip
Rukun Negara terutamanya mengenai kesopanan dan kesusilaan
untuk memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang
kepentingan beradab dan beretika dalam kehidupan. Pihak sekolah
juga boleh mengadakan pertandingan semasa kempen berlangsung
untuk menarik minat pelajar untuk menyertai program tersebut. Pihak
kerajaan khususnya kementerian media dan komunikasi untuk
menetapkan had umur bagi penggunaan bahasa yang tidak
sepatutnya dan menapis gambar dan video yang disebarkan di media
sosial. Kementerian Pendidikan Malaysia patut mewajibkan
pengambilan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi
pelajar sekolah dan subjek Etika dan Peradaban bagi pelajar
universiti supaya dapat melahirkan mahasiswa yang beradab dan
bertauliah.

Media sosial memberikan impak positif dan impak negatif bagi diri
seseorang lebih-lebih lagi remaja yang baru ingin mengenal dunia
luar. Remaja perlulah menetapkan had semasa menggunakan media
sosial dan mengetahui batas sesuatu perkara serta tidak melupakan
tugas sebagai seorang remaja iaitu belajar bersungguh-sungguh
demi kejayaan pada masa hadapan. Semua pihak memainkan
peranan penting dalam mencegah pengaruh media sosial dalam
kalangan remaja supaya dapat melahirkan remaja yang bersopan
santun dan berperilaku baik. Hal ini kerana remaja merupakan aset
penting negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan
datang.

i) Putri, W. S. R., Nurwati, N., & Budiarti, M. (2016). Pengaruh
media sosial terhadap perilaku remaja. Prosiding Penelitian
dan Pengabdian kepada Masyarakat, 3(1).

ii) Ainiyah, N. (2018). Remaja Millenial dan Media Sosial: Media
Sosial Sebagai Media Informasi Pendidikan Bagi Remaja
Millenial. Jurnal Pendidikan Islam Indonesia, 2(2), 221-236.

iii) Nazir, M. I., Noh, C., Zikri, M. I., & Basiron, B. (2019). Media
Sosial dan Wanita Menurut Islam. In Prosiding Seminar Sains
Teknologi Dan Manusia (Vol. 32, No. 2016, pp. 1527-1536).

NAMA: NUR HAFSAH BINTI MOHAMED ZOHARI
NO MATRIKS: 068188
PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN Media sosial merupakan medium atas talian yang

OBJEKTIF membolehkan penggunanya meluahkan pendapat,memuat
ANALISIS DAN
PERBINCANGAN naik gambar dan berkomunikasi.Contohnya,Twitter,Facebook

dan Whatsapp.Antara pengguna utama media sosial ialah

remaja.Kebanyakkan remaja tidak menitikberatkan moral dan

etika dalam penggunaan media sosial.Remaja yang tidak

mementingkan etika dan moral dalam penggunaan media

sosial ini membawa kepada banyak

keburukan.Contohnya,perbalahan dan

pembulian.Justeru,kajian ini dijalankan bagi memberi

tumpuan kepada moral dan etika remaja dalam penggunaan

media sosial.

-Memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang

kepentingan beretika dan beradab semasa menggunakan

media sosial.

-Melahirkan remaja yang berintelektual tinggi dan bijak dalam

mengaplikasikan media sosial dengan betul.

Tujuan tajuk ini dipilih adalah untuk memperkasakan

moral dan etika remaja dalam penggunaan media

sosial.Justeru,sesi temu bual dan soal selidik telah

dijalankan.Kaedah soal selidik telah dijalankan menerusi
pengedaran pautan ‘Google Form’ di media sosial.Kaedah ini

telah memperolehi seramai 185 responden. Sesi temu bual
telah dijalankan melalui platform ‘Google Meet’ untuk

menemu bual seorang guru kaunseling dan seorang pelajar

universiti.Setiap sesi temu bual tersebut mengandungi enam

soalan dan terdapat pelbagai pandangan dan pendapat

mengenai soalan tersebut.Kedua-dua tetamu jemputan

menyatakan bahawa semasa remaja menggunakan media

sosial ,remaja perlu peka dan berhati-hati untuk menyatakan

pendapat.Selain itu,remaja perlu menggunakan perkataan-

perkataan yang sopan semasa menyatakan pendapat di

media sosial.Hal ini untuk mengelakkan perbalahan daripada

berlaku.Seterusnya,kedua-dua tetamu juga menyatakan

bahawa cara yang paling bagus untuk menegur remaja

yang bersikap tidak sopan di media sosial adalah dengan

menegur secara peribadi.Pihak tetamu juga menyatakan

bahawa mencari masa yang sesuai untuk menegur remaja

yang bersikap tidak sopan di media sosial ialah sangat

penting.Hal ini dikatakan demikian supaya remaja berada

dalam keadaan yang bersedia untuk menerima

teguran.Sepanjang kajian ini dilaksanakan ,terdapat satu

kelemahan iaitu masalah Internet yang dihadapi salah satu

panel temu bual semasa menemu ramah seorang tetamu

jemputan.Kajian ini juga mempunyai kelebihan iaitu dapat

menyedarkan remaja bahawa kebebasan bersuara di media

sosial ini mempunyai had dan mengajar remaja cara yang

betul untuk menggunakan media sosial dengan sebaiknya.

KESIMPULAN Kesimpulannya,etika dan moral amatlah penting dalam
RUJUKAN penggunaan media sosial.Setiap remaja perlu berhati-hati
dalam meluahkan pendapat di media sosial.Media sosial
mempunyai banyak manfaat dan perlu digunakan
sebaiknya.Setiap pihak perlu bersatu padu dalam
memastikan remaja menitikberatkan moral dan etika dalam
penggunaan media sosial.Didikan moral dan agama perlu
diajar secukupnya kepada semua remaja supaya dapat
melahirkan remaja yang beretika dalam kehidupan.
Ainiyah, N. (2018). Remaja Millenial dan Media Sosial: Media
Sosial Sebagai Media Informasi Pendidikan Bagi Remaja
Millenial. Jurnal Pendidikan Islam Indonesia, 2(2), 221-236.
https://doi.org/10.35316/jpii.v2i2.76

Endah, T., Dimas, A., & Akmal, N. (2017). Kajian dampak
penggunaan media sosial bagi anak dan remaja (Vol. 1, No.
1). Puskakom UI.

Priambada, S. (2015). Manfaat penggunaan media sosial
pada usaha kecil menengah (UKM). SESINDO 2015, 2015.

NAMA: NIVETHA A/P RAMACHANDRAN

NO MATRIKS: 066743

PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN Pada era moden,tidak dapat dinafikan bahawa semua golongan

masyarakat terutama remaja bergantung kepada media sosial dalam

kehidupan mereka.Antara media sosial yang sering digunakan oleh

remaja adalah ‘Whatsapp’,Facebook’,’Twitter’ dan

‘Instagram’.Golongan remaja menghabiskan kebanyakkan masa

dalam media sosial untuk mengisi masa lapang mereka dan hidup di

alam maya.Penggunaan media sosial memberi manfaat pada masa

yang sama ia juga memberi kesan kepada golongan remaja.Oleh

itu,kajian ini dijalankan untuk merperkasakan moral dan etika remaja

dalam penggunaan media sosial.

OBJEKTIF i. Memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang
kepentingan beretika dan beradab semasa menggunakan
media sosial.

ii. Melahirkan remaja yang berintelektual tinggi dan bijak dalam
mengaplikasikan media sosial dengan betul

ANALISIS DAN Kajian yang dilakukan sepanjang projek e-sulam telah menggunakan
PERBINCANGAN dua kaedah iaitu kaedah soal selidik dan temu bual.Kaedah soal
selidik telah dijalankan atas talian dengan mengedarkan borang soal
selidik yang mengandungi 15 soalan selama 4 hari menerusi aplikasi
‘Whatsapp’.Seramai 185 orang responden iaitu 167 perempuan dan
18 lelaki telah menjawab soal selidik tersebut.Seterusnya,kaedah
temu bual dijalankan melalui platform ‘Google meet’ pada 24
November dan 25 November.Seramai dua orang informen telah
ditemu bual pada hari tersebut.Panel pertama ialah seorang pelajar
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi
Mara.Panel kedua ialah seorang guru Akademik Biasa DG48 dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.Tambahan
pula,sebanyak 6 soalan yang sama dikemukakan dalam kedua dua
sesi temu bual tersebut.

Antara soalan pertama yang diajukan dalam sesi temu bual adalah
permasalahan kes pembulian siber yang kini kian meningkat,adakah
golongan remaja turut menyumbang kepada peningkatan kes
tersebut?Panel temu bual pertama bersetuju dengan pertanyaan dan
juga berpendapat bahawa terdapat golongan lain menyumbang
kepada kes pembulian tersebut. Panel temu bual kedua pula
menyatakan persetujuannya bahawa golongan remaja merupakan
salah satu faktor peningkatan kes pembulian siber dimana bukan
sahaja terdapat catatan rekod disiplin menunjukkan remaja terlibat
dengan kes tersebut, tetapi juga dinyatakan dalam artikel dan jurnal.
Beliau turut menyambung bahawa kes tersebut tercetus disebabkan
oleh remaja yang meluahkan perasaan di medium media sosial

KESIMPULAN dengan menganggap medium tersebut merupakan ruang yang
RUJUKAN selamat bagi mereka membalas dendam, meluahkan ketidakpuasan
hati, memaki hamun serta menyebarkan gambar mangsa
menggunakan akaun palsu yang sukar dikesan oleh pihak berkuasa.
Seiring dengan ledakan teknologi ditambah pula dengan perintah
berkurung di rumah, remaja semakin kerap menggunakan teknologi
internet yang membolehkan mereka mengakses dan menyebarkan
maklumat dengan pantas tanpa memastikan kesahihannya.

Soalan seterusnya adalah adakah kes tersebut berkait rapat dengan
kekurangan etika dan adab dalam diri sendiri seseorang? Panel temu
bual pertama bersetuju dengan pertanyaan tersebut malah
menambah bahawa etika dan peradaban memainkan peranan dalam
kehidupan seseorang remaja.Panel kedua pula bersetuju etika dan
adab remaja berkait rapat dengan punca berlakunya kes pembulian
siber ini. Didikan agama contohnya, membolehkan remaja
mengetahui tentang tatasusila penggunaan media sosial seterusnya
membantu mengurangkan kes tersebut. Namun demikian, remaja
sering memandang remeh terhadap etika dan adab dalam memuat
naik sesuatu informasi dan mengutarakan pendapat mereka.

Secara keseluruhanya,golongan remaja perlulah bijak berfikir tentang
cara penggunaan media sosial dan menggunakan hanya untuk
perkara yang memberi manfaat.Bukan itu sahaja,ibu bapa sewajarnya
memantau anak anaknya semasa menggunakan media sosial dan
sentiasa mengingatkan tentang kesan baik dan kesan buruk media
sosial.Harapan daripada kajian ini adalah remaja dapat menyedari
tentang kesan baik dan kesan buruk penggunaan media
sosial.Dengan ini,sikap moral dan etika terhadap penggunaan media
sosial dapat dikawal dan tidak memudaratkan diri sendiri dan pihak
lain.

i. Agianto, R., Setiawati, A., & Firmansyah, R. (2020). Pengaruh
Media Sosial Instagram Terhadap Gaya Hidup dan Etika
Remaja. TEMATIK-Jurnal Teknologi Informasi Dan
Komunikasi, 7(2), 130-139.

ii. Shaari, A. H., & Kamaluddin, M. R. (2019). Buli Siber:
Ketidaksantunan Bahasa dan Etika Media Sosial dalam
Kalangan Remaja Malaysia. e-Bangi, 16(6).

iii. Cholilah, P. F. (2021). Etika Menggunakan Media Sosial Bagi
Generasi Milenial. Pendidikan.

NAMA: ASNA NURRINA BINTI NOR AZMAN

NO MATRIKS: 068321

PROGRAM: ISM DIETETIK

PENGENALAN Kajian kerja lapangan yang dijalankan bertajuk ‘Memperkasakan Moral
dan Etika Remaja dalam Penggunaan Media Sosial’ yang dapat
OBJEKTIF dikaitkan dengan penghayatan rukun negara yang ke-5 iaitu
ANALISIS DAN kesopanan dan kesusilan. Pada era globalisasi ini, kemajuan teknologi
PERBINCANGAN internet dan medium untuk berkomunikasi seperti telefon bimbit dan
komputer riba juga turut seiring berkembang. Hal ini memberi impak
yang besar terhadap kemajuan media sosial dimana menimbulkan
fenomena besar terhadap arus kemodenan teknologi maklumat bukan
sahaja di negara-negara maju bahkan di negara kita Malaysia. Media
sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan Instagram kini boleh
dilayari hanya di hujung jari tidak kira masa dan tempat. Menurut
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua, remaja dapat
didefinisikan sebagai golongan muda atau golongan yang mula
dewasa dan sudah akil baligh. Oleh hal yang demikian, pemilihan
remaja bagi tajuk yang dipilih ini merupakan golongan komuniti yang
sesuai untuk dibincangkan kerana remaja merupakan generasi yang
bakal memimpin negara kelak.

i) Memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang
kepentingan beretika dan beradab semasa menggunakan media
sosial.

ii) Melahirkan remaja yang berintelektual tinggi dan bijak dalam
mengaplikasikan media sosial dengan betul.

Data bagi kajian kerja lapangan ini dikumpul dengan menggunakan
kaedah google form dan temubual. Terdapat 15 soalan di google form
yang bertanyakan mengenai pengalaman masyarakat dalam
menggunakan media sosial serta pemahaman masyarakat mengenai
rukun negara. Seterusnya terdapat juga 3 soalan yang berkisarkan
mengenai pendapat masyarakat mengenai penggunaan media sosial.
Kaedah kajian di platform google form telah berjaya mendapat
responden seramai 185 orang. Bagi kaedah temubual pula, terdapat
dua tetamu yang telah ditemu bualkan iaitu seorang guru akademik
dan seorang pelajar universiti bagi mengupas mengenai isu moral dan
etika remaja dalam penggunaan media sosial. Terdapat enam soalan
temu bual dan pandangan tetamu terhadap soalan tersebut. Bagi
soalan temubual yang kelima iaitu kepentingan etika dan moral bagi
seseorang remaja dalam menggunakan platform media sosial yang
pelbagai seperti Instagram, Twitter dan Tiktok, kedua-dua panel
memberi pandangan bahawa etika dan moral amat penting
terutamanya bagi remaja dalam menggunakan media sosial. Panel
temubual yang pertama berpendapat bahawa etika dan moral sebagai
panduan bagi seseorang remaja dalam menggunakan media sosial.
Misalnya, menyusun kata-kata yang sopan dalam menyatakan
pendapat di media sosial. Selain itu, panel temu bual juga
mengingatkan bahawa kebebasan suara juga mempunyai had.
Contohnya, tidak menulis isu-isu yang sensitif di media sosial. Pada
pandangan panel temubual yang kedua pula beliau menekankan
bahawa etika dan moral amat penting terutamanya bagi remaja dalam
menggunakan media sosial memandangkan ianya mencerminkan
peribadi seseorang itu, membawa nama diri, keluarga dan negara

KESIMPULAN termasuklah menghapuskan pandangan skeptikal masyarakat
RUJUKAN terhadap budaya, agama dan bangsa individu tersebut. Soalan
temubual yang keenam pula bertanyakan mengenai cara yang terbaik
bagi golongan remaja untuk memanfaatkan penggunaan media sosial
dalam kehidupan seharian. Panel temu bual pertama memberi
pandangan bahawa cara yang terbaik bagi seseorang remaja
memanfaatkan penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian
ialah dengan kekal berhubung dengan rakan-rakan. Selain itu,
seseorang remaja itu dapat peka dengan isu semasa dengan
menggunakan media sosial. Panel yang kedua pula berpendapat
bahawa golongan remaja hendaklah berwaspada dalam
menggunakan media sosial dengan cara tidak menyebarkan informasi
yang mengandungi unsur sensitif seperti perkauman dan keagamaan
yang mampu menggoyahkan ketenteraman negara kita. Selain itu,
remaja perlu sentiasa mengkaji sesuatu maklumat dengan terperinci
iaitu mengesahkan sumber yang dipercayai sebelum dikongsikan
kepada orang lain. Seterusnya, remaja disarankan untuk menghargai
hasil karya orang lain seperti poster, lukisan, nyanyian atau video
dengan cara tidak melakukan plagiat bagi menghormati usaha keras
pengkarya asal. Akhir sekali, remaja ditegaskan untuk tidak
mendedahkan maklumat privasi berkaitan diri sendiri dan keluarga
bagi mengelakkan sebarang kejadian yang berbahaya. Terdapat
beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam menjalankan kajian
kerja lapangan ini iaitu gangguan talian Internet yang berlaku
sepanjang menjalankan temubual. Namun begitu, masalah itu dapat
diatasi dan kajian kerja lapangan ini dapat diselesaikan.

Kesimpulannya, kajian kerja lapangan ini amat penting dalam memberi
kesedaran dan kefahaman konsep Rukun Negara yang kelima iaitu
kesopanan dan kesusilaan dalam pembentukan masyarakat majmuk
yang harmoni dan bertolenrasi di antara satu sama lain. Walaupun
dengan peratusan 100% menunjukkan kefahaman yang kukuh akan
konsep Rukun Negara, namun setiap individu perlu mempraktikkannya
dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, ianya merupakan aset
penting dalam mengukuhkan persepsi masyarakat terutamanya dalam
penggunaan media sosial dengan sebaiknya.

i) Siti Norayu, M. B., Junainor, H., Shuhairimi, A., & Hassad, H.
(2014). persepsi pelajar terhadap konsep rukun negara melalui
pengajaran subjek hubungan etnik: kajian kes di Universiti
Malaysia Perlis.

ii) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (Edisi 2). (2008). Dewan Bahasa
dan Pustaka.

iii) Johari, M. H., Baharuddin, A. S., & Ihwani, S. S. (2019). Media
Sosial dan Kelestarian Penggunaan Menurut Islam. In Prosiding
Seminar Sains Teknologi dan Manusia (pp. 61-86).


Click to View FlipBook Version