KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH
UNTUK PROGRAM IMUNISASI TAHUN SATU SEKOLAH SEMASA PANDEMIK
COVID DENGAN INTERAKSI BERSAMA IBU BAPA
OLEH :
PN. CHAN SUI YIN ( PK HEM SEKOLAH )
SJKC MIN SIN
86, JALAN TUN DR. AWANG, RELAU 11900, PULAU PINANG.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan faktor dan keberkesanan kehadiran terhadap pelajar
yang menerima suntikan dalam Program Imunisasi Tahun Satu ke sekolah. Kajian ini melibatkan 110
orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu di SJKC Min Sin dan 3 orang guru kelas yang
menolong untuk mengutip data murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian,
iaitu melalui pengumpulan maklumat pelajar yang bersetuju menerima suntikan dalam Program
Suntikan Tahun Satu dengan menggunakan Borang Maklumat Pelajar yang telah dikumpul oleh kerani
sekolah. Objektif kajian ini iaitu peningkatan kesedaran berkenaan penerimaan Program Suntikan
Tahun Satu telah ditingkatkan dan dicapai melalui kajian tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa
terdapat perubahan terhadap bilangan kehadiran pelajar yang menerima suntikan Program Imunisasi
Tahun Satu setelah tindakan sewajarnya telah diambil.
1.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU
Negara kita pernah digemparkan dengan kemunculan wabak difteria semasa tahun 2016
dengan 26 kes difteria dilaporkan di seluruh negara termasuk lima kematian. Kemunculan
semula penyakit difteria ini membimbangkan ramai pihak kerana ia adalah penyakit yang
boleh dikawal menerusi pemberian imunisasi. Peningkatan ketara golongan anti vaksin,
mereka yang menolak pemberian imunisasi kepada anak masing-masing adalah antara
punca munculnya kembali penyakit cegahan vaksin ini.
Program Suntikan Tahun Satu melibatkan pemberian vaksin DT dan MR kepada
pelajar-pelajar Tahun Satu. DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap
Difteria dan Tetanus. Manakala MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap
Measles (campak) dan Rubella. Keciciran pelajar mendapat suntikan di bawah Program
Suntikan Tahun Satu merupakan salah satu gejala biasa bagi segelintir pelajar sekolah harian,
memandangkan pandemik Covid-19 yang sedang melanda Malaysia. Pada masa yang sama,
kehadiran pelajar yang kurang memuaskan ketika ini juga antara sebab Program Suntikan
Tahun Satu dirintangi dengan masalah. Tambahan pula, sesetengah ibu bapa atau penjaga
juga menganggap tindakan pihak sekolah ini sebagai sesuatu perkara yang remeh.
Dalam sesebuah institusi persekolahan, Program Imunisasi Tahun Satu memainkan
peranan penting ke arah pembentukan kesihatan para pelajar. Kesihatan murid adalah teras
dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Oleh itu, sekolah ini juga tidak terlepas dengan
isu yang berkaitan dengan kesihatan seperti ketidakhadiran dalam program suntikan
kesihatan dan sebagainya.
Namun isu yang paling membimbangkan saya sebagai pihak pentadbir adalah
masalah pelajar yang tidak mendapat suntikan kerana tidak hadir ke sekolah. Sebagai
pentadbir, saya perlu bertindak bagi mengurangkan masalah pelajar yang tercicir program ini
dengan menjalankan kajian tindakan ini bersama-sama guru-guru kelas Tahun Satu. Oleh itu,
kami telah menjalankan kajian tindakan untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah bagi
mendapatkan suntikan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini adalah dijalankan untuk menangani masalah pelajar yang bersetuju
menerima suntikan tetapi enggan hadir ke sekolah. Matlamat utama kajian ini adalah
bertujuan meningkatkan kesedaran para pelajar untuk datang ke sekolah menerima suntikan
Program Imunisasi Tahun Satu serta menanam amalan menghargai jasa pihak berkuasa
seperti Pusat Kesihatan yang memberi perkhidmatan suntikan percuma. Secara tidak
langsung, para pelajar ini akan mempunyai sikap penghargaan yang tinggi dan tidak akan
ketinggalan Program Imunisasi Tahun Satu di dalam sekolah.
Manakala, ibu bapa pula memandang remeh ataupun tidak prihatin terhadap
kesihatan pelajar Tahun Satu, turut menyebabkan mereka enggan menerima suntikan di
sekolah. Mereka tidak menunjukkan reaksi yang positif apabila isu ini diketengahkan kepada
mereka. Mereka menganggap perkara ini adalah tidak penting kepada anak-anak mereka.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah supaya pelajar boleh
menghargai dan mendapat perkhidmatan suntikan yang diberi oleh Jabatan Kesihatan.
3.2 Objektif Khusus
i) Memastikan jumlah pelajar yang datang untuk mendapat suntikan di sekolah
mencapai kadar 100%.
ii) Meningkatkan motivasi pelajar untuk menghargai jasa mendapat suntikan dan
menepati masa.
iii) Meningkatkan kehadiran pelajar sekolah dalam Program Imunisasi Tahun Satu.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian Tindakan yang dijalankan ini melibatkan 110 orang pelajar yang merupakan murid
Tahun Satu dan layak menerima suntikan Program Imunisasi tahun ini. Responden kajian ini
terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki dan 60 orang pelajar perempuan. Responden ini juga
terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Pihak sekolah telah membuat tinjauan masalah berdasarkan pemerhatian. Data-data pelajar
yang bersetuju menerima suntikan dan tidak bersetuju menerima suntikan telah dikutip sejak
awal tahun melalui Borang Maklumat Murid. Setiap pelajar yang bersetuju menerima suntikan
dan tidak bersetuju menerima suntikan telah mengisi borang dan ditunjukkan kepada Guru
Kelas. Jikalau Borang tidak diterima atau tidak diisi dengan lengkap, walaupun pandemik
Covid 19, ibu bapa dikehendaki mengisi semula serta memberi alasan yang kukuh untuk
menjelaskan tentang keengganan mereka membenarkan anaknya menerima suntikan di
sekolah.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Pelbagai kesimpulan dapat dibuat, berdasarkan pemerhatian dan pengumpulan maklumat
dengan pelajar dan ibu bapa. Guru-guru kelas telah mengambil inisiatif untuk menghubungi
ibu bapa dan mendapati bahawa majoriti ibu bapa khuatir anak akan menghadapi kesakitan
semasa menerima suntikan dan berkemungkinan menghadapi trauma.
Selain itu, terdapat juga yang takut akan anaknya akan menjangkiti Covid-19 jikalau
menerima Program Imunisasi Tahun Satu kerana ketakutan anaknya tidak mampu untuk
mematuhi SOP jarak sosial.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Tindakan pertama yang diambil bagi melancarkan kajian ini adalah melalui pengumpulan data
pelajar yang enggan menerima suntikan Tahun Satu. Setelah data-data dikumpul, guru-guru
kelas akan menghubungi ibu-bapa berkenaan dengan segera untuk memahami sebab-sebab
keengganan menerima suntikan Tahun Satu serta merekodkan nama pelajar ke dalam Rekod
Kehadiran Murid.
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Hasilnya
5.4.1 Tindakan Pertama
Pelajar yang enggan datang ke sekolah untuk menerima suntikan telah dicatat nama, diberi
nasihat dan diminta datang lebih awal ke sekolah pada hari suntikan dijalankan untuk
mengelakkan keciciran.
5.4.2 Tindakan Kedua
Guru Kelas telah menjalankan kaunseling dan bimbingan kepada pelajar -pelajar beberapa
hari sebelum hari sebenar suntikan. Video dan amalan kesihatan yang baik telah dimainkan
oleh guru untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar, memupuk sikap tanggungjawab
dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan menerima suntikan tersebut.
5.4.3 Tindakan Ketiga
Pihak sekolah juga mengambil tindakan dengan membuat panggilan telefon kepada ibu bapa
pelajar yang enggan memberi kebenaran kepada anaknya untuk menerima suntikan . Dengan
ini, pihak ibu bapa akan mengetahui perkara sebenar mengenai anak-anak mereka.
5.4.4 Tindakan Keempat
Selain itu, para pelajar yang tidak datang untuk menerima suntikan pada hari sebenar juga
dibuat panggilan kepada ibu bapa mereka seorang demi seorang oleh guru -guru kelas.
Peluang diberi sekali lagi oleh anaknya untuk hadir ke sekolah keesokan hari untuk menerima
suntikan.
5.4.5 Tindakan Kelima
Gambar-gambar pelajar-pelajar Tahun Satu mematuhi SOP dan mendapatkan suntikan telah
digambarkan untuk lebih menyakinkan ibu bapa yang bimbang akan keselamatan anak-
anaknya di sekolah. Gambar-gambar tersebut boleh dirujuk di lampiran yang disertakan.
5.5 Refleksi kajian
Statistik pelajar yang hadir pada hari sebenar suntikan dijalankan adalah optimum. Ini
bermakna usaha dan panggilan guru-guru kelas kepada ibu bapa telah berjaya mencapai
objektif kajian. Kaedah ini telah menyedarkan pelajar dan ibu bapa tentang tanggungjawab
mereka sebagai seorang pelajar dan ibu bapa serta menimbulkan kesedaran antara diri
pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan menerima suntikan di sekolah.
6.0 JADUAL PELAKSANAAN Mac April Mei
Februari
Mengumpulkan borang
maklumat murid.
Menyemak dan
mengedar balik borang
yang tidak lengkap bagi
tujuan pengisian semula
oleh ibu bapa.
Menghubungi ibu bapa
berkenaan untuk
memahami masalah
mereka.
Pelaksanaan program
suntikan oleh pihak
kesihatan
Februari Mac April Mei
Follow up untuk
menyemak status
Program Suntikan Tahun
Satu
Penulisan kajian
tindakan
7.0 ANGGARAN KOS
Kos Panggilan Telefon: RM30
8.0 PENILAIAN
Bagi menilai keberkesanan Program Imunisasi Tahun Satu ini, data kehadiran kumpulan
murid-murid sasaran telah dibuat rumusan. Seramai 19 orang daripada 110 orang
keseluruhan Tahun Satu atau 17.27 % daripada Tahun Satu telah menunjukkan masalah
enggan menerima Program Imunisasi Tahun Satu.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan bilangan murid yang menghadapi masalah
enggan menerima Program Imunisasi Tahun Satu sebelum dan selepas kajian.
Kelas Bilangan murid yang Peratus Bilangan murid yang Peratus
1M menghadapi masalah enggan 100
menerima Program Imunisasi menghadapi masalah enggan
Tahun Satu (sebelum kajian)
menerima Program Imunisasi
5
Tahun Satu (selepas kajian)
1 20
1K 9 100 3 33
1B 5 100 1 20
Berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan murid-murid tersebut, dapat dibuat
kesimpulan bahawa mereka sebenarnya telah menjadi lebih berani setelah menerima
suntikan. Mereka berasa diri sendiri tidak begitu takut untuk menerima suntikan.
Kami mendapati bahawa murid-murid tersebut lebih mempunyai kesedaran tentang
kepentingan menerima suntikan. Mereka juga berhasrat untuk menjaga kesihatan diri sendiri.
Berdasarkan objektif kajian ini iaitu memastikan 100% pelajar datang ke sekolah untuk
menerima suntikan nampaknya tidak berjaya kerana masih ada 20% - 33% yang tidak berjaya
dibantu dan dibimbing untuk menghadiri Program Imunisasi Tahun Satu ini.
9.0 REFLEKSI
Setelah kajian ini selesai dijalankan, kami masih tidak berpuas hati kerana masih tidak dapat
mencapai objektif kajian dengan sepenuhnya. Kami telah cuba sedaya upaya dan cuba
membantu kumpulan sasaran yang kecil ini namun masih belum berjaya untuk membantu
mereka. Langkah-langkah penambahbaikkan perlu diberi penekanan agar kajian ini lebih
memperlihatkan keberhasilannya yang lebih berkesan.
Banyak pengajaran yang dapat diperolehi dalam mempertingkatkan usaha ini iaitu
1. Usaha berterusan akan dilakasanakan dengan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti
jemu dalam membendung masalah pelajar tidak menerima suntikan di sekolah.
2. Murid-murid perlu diberi perhatian dan pengiktirafan dalam keberanian untuk
membentuk jati diri mereka dan membimbing mereka ke arah sahsiah terpuji.
10.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Berdasarkan hasil daripada kajian yang telah diperolehi, beberapa cadangan telah diberikan
bagi membantu pihak sekolah yang berminat untuk mengurangkan pelajar yang tercicir dalam
Program Imunisasi Tahun Satu. Diharapkan cadangan yang diberikan di bawah dapat
membantu dalam memperolehi maklumat yang berguna dalam menangani masalah pelajar
yang enggan hadir menerima suntikan di sekolah.
1) Menggunapakai teknik kaunseling dan bimbingan oleh guru-guru kelas kepada
pelajar-pelajar kelas untuk memastikan pelajar datang ke sekolah dan
mempunyai semangat tinggi dan bermotivasi untuk menerima suntikan.
2) Mewujudkan program-program yang lebih meningkatkan kesedaran kesihatan
pelajar seperti Kursus Peningkatan Kesedaran Kesihatan Pelajar dan Motivasi
Pembangunan Diri.
3) Menyediakan hadiah untuk kelas yang merekodkan semua pelajar menerima
suntikan.
4) Mewujudkan kerjasama yang erat antara Ibu Bapa dan Guru-Guru Kelas dalam
memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi dan kesedaran
kesihatan pelajar.
5) Mengeratkan hubungan PIBG dengan pihak sekolah untuk sama-sama
memantau pelajar.
Bibliografi
Hanim, H. (2016, Julai 22). Suntikan Imunisasi Murid Tahun 1 (2016) | Mira kena cucuk!.
Retrieved from https://www.hanimhashim.com/2016/07/suntikan-imunisasi-murid-
tahun-1-2016.html
Jean Mc Niff & Jack W. (2006). All You Need to Know about Action Research an Introduction.
London: Sage Publications.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (n.d.). Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.
Retrieved from http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/52-sektor-kesihatan-sekolah
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021, Mei 11). Jadual Imunisasi. Retrieved from
http://www.myhealth.gov.my/jadual-imunisasi/
Mohamad, H.F. (2016, Julai 26). Peringkat Imunisasi Peringkat Global. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/07/176941/program-imunisasi-peringkat-
global
Omardin Ashaari. (2002). Pengurusan Sekolah. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Lampiran
Gambar-gambar pelajar-pelajar Tahun Satu mematuhi SOP dan mendapatkan
suntikan Program Imunisasi Tahun Satu.