The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainafarhanna2005, 2023-09-28 11:03:57

Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Kuno Aina Farhanna / Alya Qistina


Penggunaan bahasa Melayu Kuno dapat dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di : Kedukan Bukit , Palembang , 683 Masihi Talang Tuwo , dekat Palembang , 684 Masihi Kota Kapur , Pulau Bangka ,686 Masihi Karang Brahi , Meringin , daerah hulu Jambi , 686 Masihi Gandasuli , daerah Kedu , Jawa Tengah , 832 Masihi


Batu Bersurat ini ditemukan di kaki Bukit Siguntang bertarikh 683 masihi Batu Bersurat tersebut merupakan bukti terawal penggunaan bahasa melayu kuno dalam bentuk tulisan Tulisan pada batu bersurat ini menggunakan huruf Palava , yang berasal dari India Selatan Kandungannya adalah mengenai kisah pelayaran seorang raja bersama dengan 20,000 orang tentera untuk mendapatkan kuasa sakti agar kerajaan Sriwijaya memperoleh kemakmuran (1) Batu Bersurat di Kedukan Bukit , Palembang


Batu Bersurat yang ditemukan di Talang Tuwo , iaitu di bahagian barat Palembang ini bertarikh 684 masihi Tulisan pada batu bersurat ini menggunakan huruf palava Kandungannya adalah tentang pembinaan sebuah taman oleh Raja Jayanasa dengan harapan tindakan baginda itu dapat memberikan kebahagiaan kepada semua makhluk Turut terkandung dalam tulisan pada batu bersurat itu ialah doa agar rakyat jelata memperoleh hasil tanaman dan ternakan yang banyak dan hidup bahagia (2) Batu Bersurat di Talang Tuwo , dekat Palembang


Batu Bersurat ini ditemukan pada tahun 686 masihi di Kota Kapur , iaitu sebuah pekan di Pulau Bangka Tulisan pada batu bersurat ini , iaitu 10 baris ayat ditulis dengan menggunakan huruf Palava Kandungannya menyeru dewa dan makhluk-makhluk tinggi yang lain agar melindungi kerajaan Sriwijaya Tulisan pada batu itu juga menyeru dewa dan makhluk-makhluk tinggi yang lain agar memberikan kebahagiaan kepada sesiapa yang mengabdikan diri kepada kerajaan Sriwijaya dan mengutuk sesiapa yang tidak setia kepada kerajaan Sriwijaya (3) Batu Bersurat di Kota Kapur , Pulau Bangka


Batu Bersurat yang ditemukan di Karang Brahi , Meringin dalam daerah hulu Jambi ini bertarikh 686 Masihi Tulisan pada batu bersurat ini juga menggunakan huruf Palava Kandungannya hampir menyamai petikan pada batu bersurat di Kota Kapur (4) Batu Bersurat di Karang Brahi , Meringin , daerah hulu Jambi


(5) Batu Bersurat di Gandasuli , daerah Kedu Batu Bersurat yang ditemukan di Gandasuli , Kedu , Jawa Tengah ini bertarikh 832 Masihi Tulisan pada batu bersurat ini menggunakan huruf Nagiri yang berasal dari utara India. (Nagiri ialah nama sebuah daerah di utara India) Batu bersurat ini memberikan gambaran bahawa bahasa Melayu Kuno bukan sahaja tersebar di kawasan yang menggunakan bahasa Melayu ( Sumatera ) tetapi juga di kawasan yang penduduknya menggunakan bahasa Jawa, khususnya di Pulau Jawa


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version