BOLA BALING
TINGKATAN 5
LELAKI
NAMA: 1) ABRISAM ABASSY BIN SHAIFUL NASRI
2) MUHAMMAD AQIL RAZIQ BIN AZMAN
3) MUHAMMAD ALIF HAKIMI BIN MUSTAFA AL BAKRI
4) MOHAMAD NOOR AIMAN BIN MOHD NOOR AZLAN
A) JENIS & UKURAN GELANGGANG
B) JENIS BOLA BALING
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu
keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga
475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun
sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm
hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12
tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52
cm.
C) PEMAIN
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa
permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol
akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh
menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa
dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu
sebelum pemain pengganti masuk.
D) KEMAHIRAN ASAS
I. Menghadang Pihak Lawan
Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau tanpa bola.
Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut
atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain
pertahanan semasa membuat jaringan.
II. Balingan ke Dalam
Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di udara yang disentuh
oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu
keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada
pada jarak 3 meter dari pembaling.
III. Balingan ke dalam di sudut
Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol.
Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan
sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter
dari pembaling.