The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PALS 1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RBT2-0623 Lee Jia Hui, 2023-06-22 23:21:38

KONSEP SPONGE CITY DALAM MENGATASI ISU BANJIR

PALS 1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

PALS 1012 ASAS KELESTARIAN TEKNOLOGI HIJAU KONSEP 'SPONGE CITY' DALAM MENGATASI ISU BANJIR NAMA : LEE JIA HUI ANGKA GILIRAN : 2022162310074 NAMA PENSYARAH : Dr. Hairiah Binti Munip KUMPULAN : PPISMP RBT 2


isi kandungan 1.0 Pengenalan Kepada Isu Banjir 2.0 Pengenalan Kepada Sponge City 3.0 Proses Sponge City 4.0 Kebaikan dan Keburukan 5.0 Cara Kerajaan Menangani Banjir 6.0 Kesimpulan 1.1 Punca Banjir 1.2 Kesan Banjir 2.1 Smart Tunnel 2.2 Elemen Sponge City 2.2.1 Permeable Pavement 2.2.2 Jalan Raya 2.2.3 Penanaman Tumbuhan Hijau 2.2.4 Sungai 3.1 5 Proses 3.1.1 Penembusan 3.1.2 Bertakung 3.1.3 Menyimpan 3.1.4 Penapisan 3.1.5 Mengguna Semula 4.1 Kebaikan 4.1.1 Mengurangkan Masalah Banjir 4.1.2 Peningkatan Bekalan Air Bersih 4.1.3 Nilai Estetika 4.1.4 Kepentingan Biodiversiti 4.2 Keburukan 4.2.1 Kos Yang Tinggi 4.2.2 Tapak Pembinaan Yang Luas 4.2.3 Teknologi Dan Kemudahan Yang Canggih 7.0 Rujukan


1.0 Pengenalan Kepada Isu banjir Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, banjir bermaksud keadaan air menenggelami atau menggenangi sesuatu kawasan yang luas. Banjir adalah satu fenomena alam sekitar yang sering berlaku di seluruh dunia. Definisi Banjir di Johor pada tahun 2023 1


Menurut Laporan Banjir Tahunan 2020 dan 2021, kita telah mendapati jumlah bilangan kejadian banjir telah bertambah daripada 869 kes pada tahun 2020 ke 1057 kes pada tahun 2021. Terdapat pertambahan kes bilangan kejadian banjir berlaku di beberapa negeri Malaysia iaitu negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Jadual 1 menunjukkan Laporan Banjir Tahunan 2020 Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia Kementerian Alam Sekitar Dan Air Jadual 2 menunjukkan Laporan Banjir Tahunan 2021 Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia Kementerian Alam Sekitar Dan Air 2


1.1 Punca banjir 1.Hujan Kilat Banjir berlaku apabila kandungan air di atas permukaan bumi adalah berlebihan dan banjir disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan. Jika hujan lebat secara berterusan berlaku dalam tempoh masa yang panjang, paras air akan menaik sehingga air longkang berlimpahan. Gambar 1 menunjukkan Hujan lebat di Pahang Sumber : myStar Terkini Gambar 2 menunjukkan Hujan lebat di Pantai Timur Sumber : Sinar Harian 3


1.1 Punca banjir 1.Hujan Kilat Banjir berlaku apabila takungan air di atas permukaan bumi yang berlebihan. Selain itu, banjir itu berlaku akibat hujan lebat yang berterusan dan paras air longkang meningkat secara mendadak. Gambar 1 menunjukkan Hujan lebat di Pahang Sumber : myStar Terkini Gambar 2 menunjukkan Hujan lebat di Pantai Timur Sumber : Sinar Harian 3


Hujan lebat yang berterusan merupakan faktor utama bagi berlakunya banjir. Rajah di bawah menunjukkan purata hujan harian tertinggi semasa berlaku kes banjir bagi tahun 2020 dan 2021 mengikut negeri. Rajah 1 menunjukkan Laporan Banjir Tahunan 2020 Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia Kementerian Alam Sekitar Dan Air Rajah 2 menunjukkan Laporan Banjir Tahunan 2021 Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia Kementerian Alam Sekitar Dan Air 4


1.1 Punca banjir 2. Kerosakan pada empangan air Empangan air dibina untuk menghalang air sungai yang berlebihan melimpah ke kawasan bandar. Apabila empangan air rosak, air sungai yang sepatutnya disekat akan melimpah ke kawasan bandar dan berlakunya kes banjir. Gambar 3 menunjukkan Empangan air di China Sumber : Utusan Malaysia Gambar 4 menunjukkan Empangan air di KL Sumber : Berita Harian 3. Kawasan hijau berkurangan Hutan adalah kawasan tadahan air dan berperanan mengawal aliran air di permukaan bumi. Apabila hujan lebat, air hujan akan diserap oleh pokok untuk menghalang air terus mengalir ke kawasan bandar. Jika kawasan hutan berkurangan, maka air hujan akan terus mengalir ke darat dan menyebabkan banjir berlaku. Gambar 5 menunjukkan Tadahan air Ulu Muda, Kedah Sumber : myStar Terkini Gambar 6 menunjukkan Hutan tadahan air di Pahang Sumber : Khabar Pahang 5


Lemas Renjatan Elektrik Cedera Hipotermia Nyawa Terkorban 1.2 Kesan banjir 6


Berdasarkan carta di atas, kos kerugian banjir telah memecah sebanyak RM6.1 bilion. Jumlah kerugian yang paling tinggi ialah sebanyak RM 2 bilion iaitu aset awam dan infrastruktur. Hal ini telah menyebabkan pihak kerajaan perlu belanja lebih banyak peruntukkan untuk membaikpulih infrastruktur yang telah rosak. Carta 1 menunjukkan Jumlah Kerugian Disebabkan Banjir di Malaysia 2021 Sumber : Utasan Malaysia Jadual 3 menunjukkan kes penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa banjir Sumber : Berita Harian Menurut jadual di atas, terdapat sebanyak 43 kes penyakit berjangkit berlaku dalam kalangan mangsa banjir pada tahun 2022. 7


Berdasarkan jadual di sebelah, kita telah mendapati kejadian banjir telah menyebabkan sebanyak 12 kes kematian berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu. Jadi, kita perlulah segera menyelesaikan masalah banjir untuk menjaga keselamatan masyarakat di negara. Jadual 4 menunjukkan Jumlah Hujan Bulanan Tertinggi Tahun 2022 Sumber : Laporan Banjir Tahunan 2022 8


2.0 PENGENALAN KEPADA 'SPONGE CITY' 'Sponge city' merupakan sesuatu konsep bandar baharu yang mampu menyelesaikan masalah banjir dan ia juga dapat melindungi alam sekitar. KENAPA 'SPONGE CITY'? 'Sponge City' ini umpama satu span. Apabila hujan, 'sponge city' dapat menembus, bertakung, menyimpan, menapis dan menggunakan semula air hujan. Bukan itu sahaja, air hujan yang telah dikumpul ini juga boleh digunakan dalam kehidupan harian kita. 9 Gambar 7&8 menunjukkan Sponge City di China Sumber : China Daily


2.1 'SMART TUNNEL' Smart Tunnel adalah salah satu komponen bagi 'Sponge City'. 'Smart Tunnel' merupakan suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Panjang terowong adalah 9.7 km tetapi laluan untuk kenderaan hanya 3.3 km sahaja. Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir dan mengurangkan kesesakan trafik. 10 Gambar 9&10 menunjukkan Smart Tunnel di Kuala Lumpur Sumber : The Star


2.2.1 Permeable Pavement 2.2 KOMPONEN 'SPONGE CITY' 'Permeable Pavement' adalah strategi utama untuk meminimumkan kesan hujan lebat dan banjir kilat. ‘Permeable Pavement’ boleh mencepatkan aliran air dan mengelakkan air bertakung di permukaan jalan. Infrastruktur teknologi hijau seperti ‘Permeable Pavement’ bertujuan untuk menapis dan menyerap air hujan. Infrastruktur ini memendekkan jarak pengaliran air hujan sebelum air diserap melalui proses semula jadi. Infrastruktur teknologi hijau terbukti lebih menjimatkan kos berbanding pengurusan air hujan konvensional kerana infrastruktur teknologi hijau lebih murah untuk menguruskan air hujan pada skala yang kecil daripada membina projek longkang untuk jumlah air yang lebih besar. 11


KEBAIKAN 'PERMEABLE PAVEMENT' ‘Permeable Pavement’ bersifat kurang licin dan hal ini dapat memberikan manfaat kepada pejalan kaki, penunggang basikal dan pemandu supaya dapat mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh jalan terlalu licin. KEBURUKAN PERMEABLE PAVEMENT Walaupun ciptaan yang hebat tetapi masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu dipertimbangkan. Berbanding dengan permukaan turapan tradisional, ‘Permeable Pavement’ lebih mahal untuk dipasang serta lebih sukar untuk diselenggara. Zarah-zarah halus seperti pasir mungkin menyekat ruang antara liang-liang di permukaan dan hal ini akan menyebabkan air bertakung di atas turapan. 12


REKA BENTUK RUMPUT Konsep bagi reka bentuk rumput ialah rumput perlu dibina dalam bentuk yang lengkung. Apabila air hujan, air akan mengalir ke lengkung rumput tersebut. Tujuan ini adalah untuk mengehadkan atau melambatkan air mengalir di permukaan lantai. Pada masa yang sama, rumput yang berbentuk lengkung tersebut akan menyerap air dengan sepenuhnya dan air menembus ke tanah. 13


2.2.2 Jalan Raya Hujan berterusan dan kes banjir akan menyebabkan air hujan bertakung di jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan jalan raya dibangunkan di sekeliling bandar yang mempunyai banyak bangunan dan rumah, kekurangan tumbuhan dan sungai menyebabkan air hujan sukar mengalir ke tempat lain. Kesannya, air hujan yang ditakung di jalan raya akan merosakkan kualiti jalan raya dan kerajaan perlu mengeluarkan wang yang berlebihan untuk membaiki kemudahan yang telah rosak tersebut. Gambar 7 menunjukkan Jalan utama di Johor Sumber : Berita Harian Gambar 8 menunjukkan Jalan raya di Kuala Lipis Sumber : myStar Terkini 14


Untuk mengatasi masalah tersebut, saluran air boleh dibina ditepi jalan raya supaya air dapat mengalir keluar dan tidak bertakung di jalan raya. Bukan itu sahaja, paip air boleh disambung dengan saluran air untuk tujuan guna semula air hujan. Jalan raya boleh dibina condong sedikit supaya air mudah mengalir keluar melalui saluran air. Air yang dikumpul daripada jalan raya boleh diguna untuk menyiram bunga dan pokok. 15


Tumbuh-tumbuhan hijau merupakan salah satu elemen penting bagi ‘Sponge City’ dalam proses penyerapan air. Tumbuhan hijau boleh menembus, menyerap dan menapis air hujan. Fungsi tumbuhan hijau dalam konsep ‘Sponge City’ adalah mengurangkan aliran air di permukaan lantai. Selain itu, tumbuhan hijau membantu menyerap air hujan yang berlebihan. Akar tumbuhan hijau mempunyai kapasiti penyimpanan air yang kuat dan ia boleh menyerap sejumlah besar air hujan semasa musim tengkujuh. Kapasiti penyerapan air bagi tumbuhan hijau boleh mencapai 20 kali ganda daripada tanah kosong. 2.2.3 Penanaman tumbuh-tumbuhan 16


BUMBUNG HIJAU Satu kajian yang dilakukan oleh jurutera awam Universiti Toronto Jenny Hill dan penyelidik bersama di Makmal Ujian Inovatif Roof Green sekolah (Makmal GRIT) menunjukkan bahawa bumbung hijau mempunyai kapasiti untuk menangkap purata 70 peratus hujan sepanjang masa, melegakan sistem air hujan bawah tanah dan melepaskan air hujan kembali ke atmosfera. Bumbung hijau berupaya untuk mengurangkan kesan pulau haba bandar, melambatkan kadar pengaliran air hujan, mengurangkan pencemaran bunyi, meningkatkan kualiti udara dan biodiversiti, di samping membantu meningkatkan kadar penyerapan karbon dioksida oleh tumbuh-tumbuhan yang terdapat di bumbung hijau. 17


2.2.4 Pembinaan Sungai Pembinaan sungai atau mendalamkan sungai adalah sesuatu langkah yang biasa bagi negara kita untuk mengatasi isu banjir. Sungai sebagai salah satu tempat penyimpanan air. Semasa hujan lebat secara berterusan, air hujan boleh mengalir keluar ke sungai. Sungai akan menampung jumlah kapasiti air yang agak besar. Dalam konsep ‘Sponge City’ , pembinaan sungai bukan sahaja menjadi tempat penyimpanan air malahan juga menjadi sebuah tempat pelancongan. Pada pendapat saya, pembinaan sungai boleh dibuka di tempat hiburan seperti taman rekreasi. Hal ini dikatakan demikian kerana sungai memberikan ketenangan kepada manusia. Jadi, tempat rekreasi bukan sahaja hanya ada penanaman tumbuhan hijau malahan juga sungai juga boleh dibuka. 18


3.1 5 PROSES 3.1.1 Penembusan Meningkatkan penanaman tumbuhan di sekitar bandar Membina laluan jalan kaki, tempat letak kereta dan dataran dengan menggunakan bahan turapan telap Untuk mengurangkan air di permukaan lantai 3.0 penerangan proses berlaku dalam 'sponge city' Apabila air hujan menurun ke atas lantai, jalan raya atau tumbuhan hijau, air akan ditembus ke bawah tanah secara semula jadi. Kelebihan pada proses ini adalah mengelakkan pengaliran air di permukaan lantai. Pada masa yang sama, proses ini dapat memulihara air bawah tanah dan mengatasi kekurangan air bawah tanah. Bukan itu sahaja, proses ini juga dapat membersihkan kualiti air melalui tanah. Terdapat pelbagai cara untuk meresap air hujan, terutamanya menukar jalan raya kepada bahan turapan telap dan membina bumbung hijau. 19


3.1.2 Bertakung Menanam tumbuhan hijau dengan berbentuk lengkung atau berlapis-lapis. Bentuk yang sukar menyebabkan air mengalir Untuk melambatkan pengaliran air Fungsi utama pada proses ini adalah untuk melambatkan pengaliran air hujan dalam tempoh yang singkat. Sebagai contoh, semasa hujan, air hujan dikumpulkan di satu tempat atau lubang yang ada tanaman tumbuhan hijau dan air akan diserap oleh tumbuhan hijau. Jika tidak, air hujan akan terus mengalir ke sungai, sungai mungkin tidak dapat menampung jumlah kapasiti air hujan yang banyak ini dan hal ini akan menyebabkan banjir berlaku. 20


3.1.3 Menyimpan Proses menyimpan air hujan Apabila hujan, air hujan akan diturun ke bawah kemudian memasuki tangki simpanan bawah tanah melalui sistem paip air yang dibina. Tangki simpanan bawah tanah air hujan terdiri daripada tangki, saluran masuk tangki dan saluran keluar tangki. 21


3.1.4 Penapisan Menapis air hujan Mengurangkan pencemaran air Melalui penyusupan tanah dan tumbuh-tumbuhan, kualiti air dapat dibersihkan. Oleh itu, air harus disimpan, disucikan, dan digunakan semula. Proses penapisan air hujan dibahagikan kepada dua proses. Salah satu proses ialah tangki penulenan utama iaitu menapis air hujan tanpa penyusupan tanah. Proses yang kedua ialah tangki penulenan sekunder, iaitu menapis lagi air hujan yang dilepaskan dari tangki penulenan utama dan air hujan yang dilepaskan oleh penyusupan tanah. Air hujan yang telah dilapis akan dialirkan ke dalam tangki air jernih atau terus dinaikkan oleh pam ke tangki simpanan gunung. 22


3.1.5 Mengguna semula Menggunakan semula air hujan yang telah ditapis dengan bersih Air hujan boleh diguna semula selepas ditapis oleh sistem penapisan air hujan. Air boleh digunakan untuk menyiram, mencuci kereta dan kegunaan kehidupan harian. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlulah menggunakan air secara efektif supaya tidak membazirkan air. 23


4.1 KEBAIKAN 4.1.1 Mengurangkan masalah banjir Sebenarnya, terdapat banyak kebaikan pembinaan 'Sponge City'. Pertama sekali ialah 'Sponge City' dapat mengurangkan risiko banjir. Hal ini dikatakan demikian kerana bandar ini membekalkan banyak kawasan yang mampu menyerap air secara semula jadi seperti lantai yang menggunakan bahan turapan telap, penyerapan air daripada tumbuhan dan sistem pengaliran air yang sistematik. 4.0 KEBAIKAN & KEBURUKAN 'SPONGE CITY' X 4.1.2 Peningkatan Bekalan Air Bersih 'Sponge city' mampu membekalkan air bawah tanah yang lebih bersih melalui sistem penapisan air hujan di samping mampu mengelakkan pencemaran air. Air bersih bukan sahaja penting untuk manusia bahkan juga penting untuk haiwan. Bekalan air bersih dapat menjamin kesihatan kita. 24


4.1.3 Nilai Estetika Reka bentuk dan seni bina bagi 'Sponge City' yang berasaskan unsur alam semula jadi seperti penanaman pokok dan bunga akan meningkatkan nilai estetika bandar. Hal ini dikatakan demikian kerana penanaman tumbuh-tumbuhan akan memberikan suasana bandar menjadi ketenangan dan keselesaan hati kepada manusia. Bukan itu sahaja, peningkatan nilai estetika akan menarik minat pengunjung asing datang ke bandar ini. 4.1.4 Kepentingan Biodiversiti Penanaman tumbuh-tumbuhan di 'Sponge City' dapat memperkayakan biodiversiti kerana telah mewujudkan lebih banyak habitat kepada flora dan fauna. Pada masa yang sama, masalah kepupusan flora dan fauna dapat diatasi. Kewujudan organisma tersebut mampu mengawal interaksi ekosistem. Interaksi antara pelbagai hidupan ini mampu menjamin kehidupan yang berkualiti melalui keseimbangan ekosistem dan pengurangan kesan bencana alam. 25


4.2 KEBURUKAN 4.2.1 Kos yang tinggi 'Sponge City' memerlukan modal yang banyak untuk menampung kos pembinaan bandar ini. Kos yang tinggi diperlukan untuk membina infrastruktur, kemudahan dan reka bentuk yang sesuai dengan 'Sponge City' seperti sistem penyimpanan air, sistem penapisan air, sistem pengaliran dan penanaman tumbuhtumbuhan. Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlulah memberikan perhatian terhadap sistem tersebut agar sentiasa melakukan pemeriksa terhadap fungsinya dan membuat penyelenggaraan. 4.2.2 Tapak pembinaan yang luas 'Bagi melaksanakan projek 'Sponge City' , tapak pembinaan yang luas diperlukan untuk membina tangki penyimpanan air, tumbuhan hijau dan kemudahan lain yang berkaitan. Jika tapak pembinaan yang tidak mencukupi akan menjejaskan keberkesanan 'Sponge City'. Bukan itu sahaja, 'Sponge City' perlu mengubahsuai landskap sesuatu kawasan pembinaan kepada kawasan yang dipenuhi tumbuhan hijau. Projek ini bukan sesuatu perkara yang mudah dan memerlukan masa, tapak serta kos yang banyak untuk menyiapkan bandar ini. Sebagai contoh, salah satu konsep 'Sponge City' adalah membina kolam, sungai atau tasik untuk menguatkan pengaliran air. 26


4.2.3 Teknologi dan kemudahan yang canggih Pembinaan 'Sponge City' merupakan suatu projek yang memerlukan teknologi dan kemudahan yang canggih. Sebagai contoh, projek ini memerlukan sistem pintar bagi pemantauan ketinggian air, sistem pintar kawalan air, sistem pengumpulan air, sistem pengagihan air hujan dan sebagainya. Pembangunan projek ini akan mengalami cabaran dan kesukaran teknikal terutamanya dalam kawasan yang sumber terhad. Sumber tenaga manusia yang tidak mahir juga akan menjadi salah satu halangan dalam pembangunan ini. 27


Antara cara menangani isu banjir ialah Jabatan Pengairan dan Saliran membina lencongan air sungai, kolam takungan, pintu air, ampang jajar dan rumah pam untuk mengurangkan risiko banjir dengan mengawal kadar aliran air sungai. Lencongan air sungai Pintu air Ampang jajar Rumah pam 5.0 Cara kerajaan menangani isu banjir Bukan itu sahaja, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mewujudkan 'kota takungan pinggir sungai' seperti di Belanda, pemantauan banjir menerusi kamera litar tertutup (CCTV), memindahkan kampung tepi sungai yang berisiko banjir ke kawasan lain. 28


Di samping itu, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hendak menganjurkan program pembersihan sungai di Johor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan qualiti kebersihan sungai supaya sungai dapat berfungsi dengan baik dan tidak tersumbat. 29


Menasihatkan pihak berkuasa tempatan untuk memantau dan mengawal kerja pembinaan dan pemaju perlu mewujudkan pelan hakisan dan kawalan sedimen ditapak. Membaik pulih struktur ban yang rosak atau pecah. 5.1 Alternatif bagi mengatasi isu banjir Melaksanakan kajian dan projek tebatan banjir bagi kawasan-kawasan yang kerap berlakunya banjir. Menasihatkan pihak berkuasa tempatan untuk menaik taraf sistem saliran supaya dapat menampung air ketika hujan lebat berlaku. 30


Menyediakan kolam takungan sementara untuk menahan air semasa hujan lebat. Kaedah ini akan dapat mengatasi masalah ketidakupayaan kapasiti sistem saliran sedia ada. Menyediakan pelan induk (master plan) sistem saliran bagi kawasan-kawasan berisiko banjir dengan mengambil kira taburan hujan semasa atau terkini dan kapasiti saliran sedia ada. Jadual 5 menunjukkan Taburan hujan 2021 ( Laporan Banjir Tahunan 2021 ) 31


6.0 Kesimpulan Kesimpulannya, ‘Sponge City’ merupakan suatu projek perbandaran yang sangat bagus kerana ‘Sponge City’ mempunyai pelbagai kegunaan dan dapat mengatasi banyak masalah alam sekitar. Sebagai contoh, kegunaan ‘Sponge City’ seperti menembus, bertakung, menyimpan, menapis dan guna semula air hujan. Kegunaan ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah banjir malahan juga dapat menyelesaikan isu kekurangan sumber air. Hal ini dikatakan demikian kerana air hujan merupakan sumber yang tidak akan habis dan boleh guna semula secara berterusan melalui konsep ‘Sponge City’. Selain itu, ‘Sponge City’ dapat mengatasi banyak masalah alam sekitar seperti isu pemanasan global. Penanaman tumbuhan hijau dalam konsep ‘Sponge City’ dapat menangani masalah pemanasan global. Hal ini dikatakan demikian kerana tumbuhan hijau akan membantu menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan oksigen kepada kita. Masalah dan isu alam sekitar dapat diatasi, maka imej negara kita akan dipertingkatkan. Jadi, pembinaan ‘Sponge City’ juga akan meningkatkan imej negara kita. Pelabur asing akan datang untuk melabur di negara kita. Kesannya, pendapatan negara kita akan meningkat dan negara kita akan maju, harmoni dan sejahtera. 32


rujukan AbdMutalib, Z. (2022, January 8). 43 kes penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa banjir. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/909342/43- kes-penyakit- berjangkit-dalam-kalangan-mangsa-banjir Admin. (2023, April 13). Info banjir terkini 2023 malaysia, statistik ramalan kawasan. Mypt3. https://mypt3.com/info-banjir-terkini Alkaf, S. (2021, March 2). Air selangor perkenal projek takungan air pinggiran sungai terbesar di malaysia! SirapLimau.com. https://siraplimau.com/air-selangor- perkenal-projek-takungan-airpinggiran-sungai-terbesar-di-malaysia/


rujukan anyflip.com. (2022). SPONGE CITY PROGRAMME(SCP) DALAM ISU BANJIR - flip eBook pages 1-32 | AnyFlip. https://anyflip.com/avzpg/bfad/basic anyflip.com. (2022a, May 29). PALS1012 TUGASAN 2 ALIYAH BASYIRAH - flip eBook pages 1-46 | AnyFlip. https://anyflip.com/ekfss/yxjx/basic Bernama. (2022). Banjir akibatkan kerugian ekonomi sehingga RM6.5 bilion. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/05/842929/banjir-akibatkankerugian-ekonomi-sehingga-rm65-bilion


rujukan Interesting Engineering. (2021, September 24). The genius of china’s sponge cities [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch? v=8gLl50h8YWk Noh, N. C. (2022, March 14). 'kerajaan selangor perlu lebih serius tangani masalah banjir' - sultan sharafuddin. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/933859/kerajaanselangor- perlu-lebih-serius-tangani-masalah-banjir-sultan Pinang, M. P., & Pinang, M. P. (2022, March 12). AKIBAT BANJIR: INI KESAN YANG PERLU ANDA TAHU. Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/12/31179/


rujukan Terra Mater. (2022, March 11). How china’s Flood-Proof mega cities work | earth explained! [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch? v=dsXd4hOue-I Universiti Kebangsaan Malaysia. (n.d.). Banjir di malaysia. http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stag3072/kump% 209/ut ama.html


Thankyou for playing


Click to View FlipBook Version