The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulerin1516, 2020-12-21 01:51:24

HARIMAU DAN KUCING

HARIMAU DAN KUCING

HARIMAU
DAN

KUCING

NURUL IMAN RAZALI

Ketika wilayah kita

ini belum diduduki ramai
orang dahulu, Kucing
dan Harimau adalah
kawan karib. Mereka
gemar tinggal bersama
kerana bulu mereka
seakan sama iaitu halus
dan berwarna-warni.
Kedua-duanya suka
makan daging. Oleh itu,
mereka kerap kali pergi
memburu. Bagi
haiwan-haiwan lain
kehadiran
mereka amat
menggerunkan.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Harimau dan
Kucing mahir
bergerak dalam
hutan secara senyap
sambil mengintai
mangsa-mangsa
mereka. Mangsa
Harimau ialah Rusa,
Kijang dan Pelanduk.
Sementara Kucing
suka menangkap
Tikus, Tupai, Katak
dan Ikan. Usaha
mereka memburu
jarang sekali
menghampakan.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Pada suatu hari,
mereka terperanjat
mendapati tiga orang
pemburu sedang
menggalas seekor Rusa.

“Cuba kau perhatikan
ke mana pemburu itu
membawa bangkai
Rusa itu. Mungkin ada
serpihan daging
tertinggal nanti, “kata
Harimau. Air liur Harimau
meleleh daripada
tepi mulutnya
tanpa
disedarinya.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Harimau dan Kucing
mengekori pemburu itu
perlahan-lahan sambil
menyusuri sebatang
denai. Kelihatan
bangkai Rusa itu
diletakkan di atas tanah,
beralaskan daun-daun
kering.

Dua orang jejaka
telah diarahkan oleh
ketua mereka supaya
mendapatkan
beberapa
batang
kayu untuk
dibuat tungku.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Tidak lama kemudian,
dua orang jejaka itu
kembali membawa
beberapa batang kayu
dan rotan. Mereka
lantas mendirikan
tungku. Sebentar
kemudian, mereka pun
menghidupkan api.
Harimau dan Kucing
tidak tahu apa
sebenarnya api.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Kemudian Harimau
dan Kucing mendapati
pemburu itu meletakkan
badan Rusa di atas
tungku. Api pantas
menjilat bulu Rusa dan
menyebabkan daging
Rusa mendidih dan
berbau sedap.

Kemudian, badan
Rusa telah dipotong dan
anggota dalamnya
dikeluarkan.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Seorang pemburu
telah mengerat sedikit
daging di bahagian
badan Rusa dan
mencampakkannya ke
dalam semak samun.
Harimau dan Kucing
bergegas serta
menerkam daging itu.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Waah! Betapa
sedapnya daging bakar
ini. Sungguh beruntung
Manusia kerana memiliki
api,” kata Harimau.

Harimau dan Kucing
balik perlahan-lahan ke
tempat persembunyian
mereka. Mereka masih
teringat-ingat akan
daging bakar yang
begitu lazat itu.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Alangkah baiknya
jika kita tahu
menggunakan api,”
keluh Harimau.

“Jika kita memilikinya,
macam mana kita nak
tahu menggunakannya
pula,” jawab Si Kucing.

“Cuba kau dapatkan
api,” cadang Harimau.

“Eh, mana boleh.
Nanti diketahui oleh
kaum manusia.” jawab Si
Kucing dalam
ketakutan.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Apa yang
ditakutkan? Kau berhati-
hatilah. Cuba perhatikan
pergerakan mereka.
Selepas itu, kau masuk
ke dalam pondok
mereka,” cadang
Harimau.

Kucing menggigil
memikirkan betapa
sukarnya tugas yang
akan dipikul.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Kenapa kau belum
pergi lagi?” sergah
Harimau yang terus
mengaum kuat.

“Aku akan pergi esok.
Malam ini kita sama-
sama berdoa supaya
mendapat mimpi-mimpi
yang baik,” jelas Kucing.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Pada keesokan
harinya, awal-awal lagi
Kucing memulakan
perjalanannya ke arah
rumah keluarga kaum
Manusia. Harimau
mengekori Kucing dari
belakang. Si Kucing
kemudiannya
memerhatikan
pergerakan keluarga
Manusia tersebut.
Ketika itu, suasana
begitu sunyi
dan sepi.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Pasti keluarga
Manusia sudah pergi ke
tempat lain,” fikir Kucing.
Kucing lantas mara
perlahan-lahan. Harimau
menunggu di satu
tempat berdekatan
untuk memerhatikan
apa yang telah berlaku.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Kucing sedang
menjejaki anak tangga
pondok. Dia dengan
pantas naik ke atas.
Waktu berada di anjung
pondok itu, dia
ternampak pintu rumah
terbuka sedikit dan
seterusnya mencuri
masuk ke dalam.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Di dalam pondok,
keluarga Manusia
sedang menikmati
hidangan makanan yang
diletak ke dalam mangkuk-
mangkuk beberapa
keping pinggan di tengah-
tengah tempat hidangan.
Di dalam mangkuk,
terdapat beberapa kerat
daging bersama kuahnya.
Kucing belum berjaya
mendapatkan penggores
api. Seorang ahli
keluarga Manusia
bangun
untuk memukul
Kucing.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Jangan pukul dia
ayah! Biar dia masuk.
Banyak tulang ni,” kata si
anak. Bapa itu terus
memberi nasi
bercampur kuah daging
Rusa.

“Alangkah sedapnya
makanan ini,” kata
Kucing terkenang akan
Harimau.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Sejurus kemudian,
seorang ahli keluarga
Manusia lantas
membelai-belai Kucing.
Kucing tahu keluarga itu
sukakannya.
“Ada baik jika dia
menetap di sini. Kita
tidak akan diganggu
oleh tikus lagi,” kata
seorang ahli keluarga.
Mereka memberi Kucing
makan sekali lagi.
Kucing merasakan
daging itu
sungguh
enak.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Selepas makan,
Kucing berehat dan
tertidur. Dia terperanjat
mendengar ngauman
Harimau.
“Wahai Kucing. Keluar
kau dari pondok itu.
Dimana api yang aku
suruh kau ambil?
Kenapa kau tidak
kembali dengannya?
Aku telah menunggu
kepulangan kau
begitu lama,”
rungut Harimau.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Aku tidak berjaya
mendapatkan api.
Sebenarnya aku tidak
memerlukan api. Aku
tidak ingin kembali ke
dalam hutan lagi. Aku
senang hidup di sini,”
beritahu Kucing.
“Kau lupakan kawan
selepas kau menjadi
senang. Kita seharusnya
taat dan setia kepada
janji. Berat sama dipikul,
ringan sama
dijinjing,” kata
Harimau.
Kucing tidak
menjawab.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Kau tidak boleh
diharap. Kau mungkir
janji. Aku akan sentiasa
mengintai kau. Jika aku
dapatkan kau, maka
akan kumakan kau
habis-habisan. Bukan
sahaja kaki tapi seluruh
tubuh badan akan
kumakan juga,” kata
Harimau. Harimau pun
beredar dari situ dengan
perasaan marah.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Setiba Harimau di
puncak gunung, ia
mengaum begitu kuat.
Kucing amat takut dan
bersembunyi di satu
sudut dalam pondok itu.
Ketika dia keluar, dia
amat berhati-hati.
Setiap kali dia
membuang air besar,
dia segera menimbus
tahinya. Dia tidak
lagi memburu
pada waktu
siang.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Akibat perbuatan
Kucing pada masa
lampau, wujudlah satu
pepatah bagaikan Kucing
menimbus tahinya,
seumpama
menyembunyikan kesalahan
diri. Harimau pun menyimpan
dendam terhadap kaum
Manusia. Justeru, Harimau
memasang umpanan buah-
buahan di dalam hutan untuk
mengenakan Manusia.
Umpanan itu jika
disentuh, boleh
menyebabkan
seseorang itu
dibaham oleh
Harimau.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

PENGAJARAN


Maksud: Seseorang yang
kita terlalu percaya dan
boleh diharapkan telah
mengkhianati kita.


Click to View FlipBook Version