ANUGERAH KHAS KETUA MENTERI SARAWAK
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
ENROLMEN 150 KE ATAS
PERIWAYATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LIMBANG
KANDUNGAN PERIWAYATAN
1. SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LIMBANG..............3
2. PENCAPAIAN SEKOLAH .................................................................6
2.1 ASPEK KURIKULUM (AKADEMIK) ...............................................6
2.2 ASPEK KOKURIKULUM ..............................................................12
2.3 ASPEK SAHSIAH MURID .........................................................22
3. PENUTUP.........................................................................................24
2|
1. SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LIMBANG
Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang dibina pada awal 1970an dan dikenali
sebagai Melayu Pusat No.2. Pada tahun 1983, SRK Melayu Pusat telah
merobohkan bangunan lama berdekatan dengan masjid Limbang sebagai
persediaan untuk menampung pertambahan jumlah murid.
Pejabat Pelajaran Bahagian Limbang menempatkan sementara murid
Tahap ll SRK Melayu Pusat ke sekolah ini sehingga bangunan baharu SRK Melayu
Pusat siap dibina di bawah pengawasan Cikgu Wahie bin Nata, Penolong Kanan
Pentadbiran.
Pada tahun, 1984 murid-murid di SRK Melayu Pusat No.2 pindah semula
ke SRK Melayu Pusat, Limbang. Selepas itu, Encik Mohd Zain bin Abang Ismail,
Pegawai Pelajaran Limbang meluluskan pembukaan SK Bandar dengan mengambil
lebih kurang 50 orang murid-murid tahun satu dan tahun dua dari SRK ST Edmund
dan SRK Melayu Pusat, Limbang sebagai murid ambilan pertama.
Murid-murid ambilan pertama tinggal di kampung berdekatan seperti
Kampung Penapak,Kampung Nauran dan Kem PGA. Pada bulan Januari 1985, SRK
Bandar Limbang mula beroperasi secara rasmi sebagai sebuah sekolah dengan
sistem pentadbiran sendiri. Encik Wahie bin Nata dilantik sebagai Guru Besar
pertama bersama empat orang guru.
Enrolmen murid bertambah setiap tahun. Sekarang jumlah murid
mencapai 204 orang (prasekolah – tahun 6) dengan tenaga pengajar seramai 17
orang dan anggota kakitangan pelaksana seramai empat orang. Sekolah
Kebangsaan Bandar Limbang telah banyak mengecapi kejayaan dalam bidang
akademik dan kokurikulum serta pertumbuhanan fasiliti yang membanggakan untuk
kemudahan warga sekolah. Berpegang kepada motto ‘Maju Terus Maju’ menjadi
harapan SK Bandar Limbang terus cemerlang dalam pelbagai aspek.
3|
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT
DI SK BANDAR LIMBANG
1. Encik Wahie bin Nata
2. Encik Gani bin Matusin
3. Encik Umar bin Ali
4. Encik Japar bin Judin
5. Puan Dayang Rohana binti Abd Karim
6. Puan Aminah binti Bangkol
7. Encik Sahat bin Osman
8. Encik Wahie bin Nata
9. Hajah Noraya binti Basar
10. Tuan Haji Said bin Haji Matzain
11. Tuan Haji Taip bin Haji Maknon
4|
VISI SEKOLAH
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
RAKYAT SEJAHTERA
MISI SEKOLAH
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MOTTO
MAJU TERUS MAJU
KEBITARAAN SEKOLAH
NILAM
Kesenian
5|
2. PENCAPAIAN SEKOLAH
Berpaksikan motto ’Maju Terus Maju’, warga Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang
memberikan tumpuan khusus ke arah kemenjadian murid melalui tiga agenda utama
iaitu bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Kesungguhan dan komitmen
bertunjangkan motto ini dapat dibuktikan apabila Sekolah Kebangsaan Bandar
Limbang telah berjaya melonjakkan kecemerlangan sehingga ke peringkat
antarabangsa dalam tiga bidang utama iaitu kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
kokurikulum sepanjang tahun.
2.1 ASPEK KURIKULUM (AKADEMIK)
Pencapaian akademik adalah salah satu aspek yang sangat dititikberatkan dalam
memastikan kecemerlangan sekolah. Pencapaian akademik terutamanya dalam
peperiksaan awam seperti UPSR menunjukkan lonjakan yang sangat ketara bagi
tiga tahun terakhir ini. Bagi pencapaian UPSR pada tahun 2017, Gred Purata
Sekolah (GPS) yang dicapai ialah 3.03 dengan peratus pencapaian tahap minimum
63.89%. Pencapaian ini terus meningkat secara mendadak pada tahun 2018 kepada
2.78 dengan peratus pencapaian tahap minima 83.33%. Pada tahun tersebut pihak
sekolah telah berjaya melahirkan seorang calon UPSR yang memperoleh semua A
dalam semua mata pelajaran. Keputusan UPSR pada tahun 2019 juga amat
memberansangkan iaitu peratus pencapaian tahap minimum terus meningkat
kepada 87.90% walaupun GPS mengalami sedikit penurunan iaitu 2.8.
6|
Keputusan UPSR yang cemerlang pada tahun 2019 tersebut telah
berjaya melayakkan Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang untuk menerima
Anugerah atas Keputusan Cemerlang (Peningkatan Tahap Penguasaan Minimum
Berbanding Tahun 2018) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di
peringkat Negeri Sarawak. Selain itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
juga telah menganugerahkan Anugerah atas Keputusan Cemerlang (Pencapaian
Tahap Penguasaan Minimum Sekolah Lebih Baik daripada Tahap Penguasaan
Minimum Peringkat Daerah) selain Sijil Usaha Gigih kerana Menunjukkan
Peningkatan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Peringkat Negeri
Sarawak.
Kejayaan yang dikecapi bukan datang dengan mudah tanpa berbekalkan
usaha. Setiap kejayaan yang diperoleh pasti berpaksikan usaha gigih dan ketekunan
warga sekolah. Justeru pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program
kecemerlangan sebagai menyokong usaha ke arah peningkatan pencapaian
akademik murid. Antara program efisien yang membantu murid bagi mencapai
keputusan UPSR yang menggalakkan ialah Program Peningkatan Kecemerlangan
UPSR dan Program Permata Gemilang iaitu pihak sekolah telah menjemput guru-
guru fasilitator terbaik untuk berkongsi tips dan teknik menjawab soalan yang efektif
serta Program Pecutan UPSR iaitu kelas intensif berfokus untuk semua subjek
UPSR. Pihak sekolah turut tidak mengabaikan murid yang belum menguasai dalam
menerajui lonjakan pencapaian UPSR. Justeru itu, Program Guru Muda telah
dilaksanakan bagi membantu pencapaian murid-murid kurang kecerdasan di
samping mengamalkan konsep ‘mengajar sambil belajar’ dalam kalangan murid.
Program yang dilaksanakan bermula pada tahun 2019 ini telah membantu dalam
peningkatan pencapaian GPS sekolah daripada 3.03 (Ujian AR2) kepada 2.8 dalam
UPSR sebenar.
Di samping itu, setiap panitia juga gigih menjalankan program masing-
masing bagi membantu peningkatan pencapaian mata pelajaran. Antara program
yang giat dijalankan adalah seperti program ' BAS DSS' : Membina Ulasan Mantap
dan Gramatis, program 'Aku Mahu 'A', program S.A.L.A.M + S.U.K.A dan program
Bijak Tatabahasa, Celik Peribahasa. Program-program anjuran Panitia Bahasa
Melayu ini ternyata membuahkan hasil yang berbaloi apabila berjaya mencapai
kelulusan 100% dalam UPSR 2019. Selain Panitia Bahasa Melayu, program Vocab
Attack yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris juga banyak membantu dalam
peningkatan GPMP subjek tersebut daripada 3.27 (UPSR 2018) kepada 3.15 (UPSR
2019) bagi kertas Bahasa Inggeris Penulisan. Program Bijak Matematik anjuran
7|
Panitia Matematik juga berjaya membantu dalam peningkatan GPMP yang
mendadak kepada 3.42 dalam UPSR 2019 berbanding 4.27 dalam Ujian Percubaan
AR3. Tidak ketinggalan juga Program Cerdik Sains yang dianjurkan oleh Panitia
Sains turut melonjak ke GPMP 2.72 dalam UPSR 2019 berbanding 2.87 pada tahun
sebelumnya.
Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman UPSR 2017-2019
Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017-2019
8|
Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Pemahaman UPSR 2017-2019
Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Penulisan UPSR 2017-2019
9|
Pencapaian Mata Pelajaran Matematik UPSR 2017-2019
Pencapaian Mata Pelajaran Sains UPSR 2017-2019
10 |
Pencapaian cemerlang sekolah dalam akademik tidak akan dapat dicapai
tanpa usaha gigih guru prasekolah yang banyak mencurah ilmu tanpa jemu dalam
memastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Hasil usaha gigih tersebut amat bermakna apabila menyaksikan peningkatan
pencapaian murid prasekolah meningkat saban tahun. Program Membaca dengan
Menggunakan Kaedah Fonik yang dilaksanakan oleh prasekolah telah membantu
murid-murid mencapai 100% bagi subjek Bahasa Melayu selama dua tahun berturut-
turut, peningkatan peratus bagi subjek Bahasa Inggeris daripada 86% kepada 93%
dan seterusnya peningkatan pencapaian yang amat memberansangkan bagi subjek
Matematik iaitu peratusan kekal 100% selama tiga tahun berturut-turut. Hal ini telah
membuktikan bahawa kecemerlangan pencapaian akademik sekolah tidak hanya
tertumpu pada peperiksaan awam sahaja. Sesungguhnya, pihak sekolah amat
menekankan pencapaian yang cemerlang bermula sejak fasa prasekolah.
11 |
2.2 ASPEK KOKURIKULUM
Dalam sistem pendidikan Malaysia dan global, kokurikulum ialah pelengkap kepada
kurikulum. Kokurikulum mempunyai peranan dan pengaruh sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Oleh yang demikian,
dalam mengejar kecemerlangan kurikulum, pihak sekolah tidak pernah memandang
enteng akan pencapaian yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Keprihatinan
pihak sekolah dalam bidang ini telah memberi galakan kepada murid-murid untuk
meneroka kecemerlangan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang amat aktif dalam penglibatan sukan
dan olahraga. Berpaksikan kejituan dalam semangat kesukanan, Sekolah
Kebangsaan Bandar Limbang telah berjaya melahirkan beberapa orang atlet yang
terpilih beraksi sehingga ke peringkat negeri menerusi acara olahraga dalam
Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSS 2017. Dalam kejohanan tersebut, atlet
pasukan Bahagian Limbang yang diwakili oleh murid Sekolah Kebangsaan Bandar
Limbang telah berjaya merangkul Pingat Gangsa dalam acara 80m lari berpagar.
Atlet tersebut juga telah berjaya menempatkan diri dalam Kejohanan Pembangunan
Olahraga Peringkat Negeri pada tahun yang sama. Atas dasar percaya akan potensi
diri dan kemampuan yang ditonjolkan, Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang terus
mengorak langkah dengan menghantar pasukan olahraga ke Kejohanan Olahraga
dan Balapan setiap tahun dan telah meraih beberapa kemenangan yang
membanggakan pihak sekolah di peringkat Daerah dan Bahagian Limbang.
PENCAPAIAN DALAM BIDANG OLAHRAGA DAN BALAPAN
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
1 Kejohanan Balapan dan Padang Negeri 2017 Pingat Perak
MSSS 2017(Jabah-80mlp) 2017
2017 Penyertaan
Kejohanan Pembangunan Olahraga Negeri 2017
2 (Zaquan-100m dan 200m 11TKB) 2017 Penyertaan
2017
3 Kejohanan Pembangunan Olahraga Negeri Pingat Perak
(Jabah- 90m dan 200mlp) Pingat Emas
dan Gangsa
4 Kejohanan Olahraga MSSB (Mexl Bahagian/ Pingat Emas
Emanuel-70mlp) Daerah
5 Kejohanan Olahraga MSSB Bahagian/
(Zaquan-100m Dan 200m) Daerah
Kejohanan Olahraga MSSB (Jabah- Bahagian/
6 80mlp) Daerah
12 |
7 Kejohanan Pembangunan Olahraga Bahagian/ 2017 Pingat Gangsa
(Jabah-90mlp) Daerah 2017 Pingat Perak
2018 Pingat Perak
Kejohanan Olahraga (Erica-Lontar Bahagian/ 2019
8 Peluru) Daerah 2019 Gangsa
Penyertaan
9 Kejohanan Balapan dan Padang Negeri
Msss 2018 (Jabah-80mlp)
Bahagian/
10 Kejohanan Olahraga Mssb Limbang Daerah
2019 (Alwinna)
Bahagian/
11 Kejohanan Olahraga Pembangunan Daerah
MSSB Limbang (Zaquan)
Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang terus mencapai kegemilangan dengan
penglibatan aktif dalam permainan bola sepak. Pihak sekolah telah berjaya
mencungkil potensi murid dalam permainan ini dan telah melahirkan beberapa orang
jaguh bola sepak yang telah terpilih untuk beraksi sehingga ke peringkat negeri.
Kerancakan dalam pembangunan kecemerlangan permainan bola sepak
terus menyerlah apabila pasukan bola sepak sekolah banyak terlibat dengan
perlawanan persahabatan bersama sekolah lain dalam daerah. Pencapaian yang
paling membanggakan ialah apabila pasukan bola sepak sekolah berjaya
menembusi peringkat antarabangsa dengan mengadakan Perlawanan
Persahabatan Bola Sepak bersama pasukan dari Sekolah Rendah Sultan Hashim
Batu Apoi, Temburong, Brunei Darussalam pada tahun 2018.
PENCAPAIAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
Perlawanan Persahabatan Penyertaan
1 bersama Sekolah Rendah Sultan Antarabangsa 2018 Johan
Hashim Batu Apoi, Temburong, Johan
Johan
Brunei Darussalam Penyertaan
Penyertaan
1 Pertandingan Bola Sepak Piala Negeri 2017
Perak 11TKB (Zaquan) Negeri 2018 13 |
Negeri 2019
2 Kejohanan Bola Sepak MSSS Negeri 2019
2018 (Zaquan-11TKB) Negeri 2019
3 Kejohanan Bola Sepak Yayasan
Sarawak 11TKB (Zaquan)
4 Kejohanan Bola Sepak Yayasan
Sarawak 11TKB (Garcia Jarop)
5 Kejohanan Bola Sepak MSS
Sarawak di Serian (Zaquan)
Selain itu, sekolah juga turut menempa kejayaan yang cemerlang dalam
sukan permainan yang lain. Antaranya ialah:
PENCAPAIAN DALAM SUKAN DAN PERMAINAN
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
Penyertaan
1 Program Pembangunan Badminton Negeri 2017 Naib Johan
Perodua (Alvindance Owien) 2017
Bahagian/ 2019 Johan
2 Kejohanan Sepak Takraw MSSB Daerah 2019 Naib Johan
(Gibson-12TKB)
Bahagian
3 Kejohanan Bola Baling MSSB
Limbang 20-19 (Zairul Zaquan) Bahagian/
Daerah
4 Kejohanan Badminton MSSRD
Limbang 2019 (Alvindance Owien)
Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang juga sangat aktif dalam Unit Beruniform
seperti Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Persatuan Pengakap dan Persatuan
Bulan Sabit Merah (PBSM). Penglibatan Unit Beruniform ini telah menjangkau ke
peringkat kebangsaan.
PENCAPAIAN DALAM UNIT BERUNIFORM
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
1 Perkhemahan Unit Beruniform Kebangsaan 2019 Penyertaan
TKRS (Pantai Menumbok, Sabah) Penyertaan
2 Ujian Lencana Keris Gangsa Daerah 2019
Persatuan Pengakap (8 orang)
Tidak hanya dalam bidang kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Bandar
Limbang turut cemerlang dalam bidang koakademik murid. Antara pencapaian yang
paling memberansangkan adalah apabila murid-murid berani menyahut cabaran
untuk menyertai pertandingan Kangaroo Maths Malaysia yang merupakan
pertandingan bertaraf antarabangsa. Pada tahun 2018 dan 2019, penyertaan
sekolah dalam pertandingan ini telah berjaya melahirkan seorang pemenang Bronze
Medal Award. Selain Pertandingan Kangaroo Maths Malaysia, sekolah juga turut
14 |
menghantar penyertaan dalam Pertandingan Kancil Sains selama dua tahun
berturut-turut.
Pertandingan yang bertaraf kebangsaan ini bertujuan untuk mencabar pengetahuan
Sains murid-murid melalui fikiran yang kritikal dan penyelesaian masalah. Seramai
13 orang murid telah terlibat dalam pertandingan tersebut.
PENCAPAIAN KOAKADEMIK DALAM PERINGKAT ANTARABANGSA DAN
KEBANGSAAN
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
1 Kangaroo Maths Malaysia (19 Antarabangsa 2018 Bronze Medal
orang) Kebangsaan 2018 (individu)
Antarabangsa 2019
2 Kancil Science Competition (13 Kebangsaan 2019 Penyertaan
orang)
Bronze Medal
3 Kangaroo Maths Malaysia (individu)
4 Kancil Science Competition Penyertaan
Pada tahun 2017, Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang telah menyertai
program Coding@School iaitu salah satu usaha dalam Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Startup Malaysia bagi mendedahkan murid-murid dengan dunia perkomputeran dan
pengaturcaraan (programming). Pihak sekolah telah menghantar penyertaan dalam
pembinaan projek menggunakan coding. Penyertaan tersebut telah membuahkan
hasil apabila satu kumpulan telah terpilih untuk mempertandingkan projek aplikasi
coding yang dicipta ketika Demo Day yang berlangsung peringkat negeri di Kuching.
Minat dan kemahiran dalam coding tersebut tidak disia-siakan apabila pihak sekolah
terus menghantar penyertaan pada tahun berikutnya dalam Hour of Code. Seramai
81 orang murid telah berjaya mengikuti program tersebut.
15 |
PENCAPAIAN DALAM PROGRAM CODING@SCHOOL
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
1 Kem Coding at School Kebangsaan 2017 Penyertaan
2 Demo Day: Coding@School
3 Hour of Code (81 orang) Negeri 2017 Penyertaan
Kebangsaan 2018 Penyertaan
Di samping itu, Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang mengecapi
pencapaian yang paling memberansangkan dalam program NILAM yang juga
merupakan kebitaraan sekolah ini. Pencapaian dalam program NILAM pada tiga
tahun kebelakangan ini amat membanggakan pihak sekolah. Terdapat peserta
Tokoh Anugerah NILAM sekolah telah berjaya menempah nama sehingga ke
peringkat negeri dalam pertandingan tersebut.
PENCAPAIAN DALAM PROGRAM NILAM
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
1 Anugerah Tokoh Nilam-Bahasa Melayu Negeri 2017 Penyertaan
(Nurul Uzma) 2017 Johan
Bahagian/ 2017 Ketiga
2 Anugerah Tokoh Nilam-Bahasa Melayu Daerah 2018
(Nurul Uzma) 2018 Penyertaan
Bahagian/ 2018 Johan
3 Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Melayu Daerah 2018
(Danish Qawiem) Naib Johan
Negeri Ketiga
4 Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Inggeris 16 |
(Liung Racha) Bahagian
5 Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Daerah
(Liung Racha)
Bahagian/
6 Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Daerah
(Liung Racha)
7 Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Melayu
(Danish Qawiem)
8 Anugerah Tokoh Nilam - Format Bahasa Bahagian 2019 Keenam
(Heszanthia Renie Anthony) Daerah 2019 Ketiga
Daerah 2019 Keenam
9 Anugerah Tokoh Nilam - Format Bahasa
(Heszanthia Renie Anthony)
10 Anugerah Tokoh Nilam - Format Bahasa
(Prescillia Heleziana Anak Wilson)
Selain program NILAM, sekolah juga aktif dalam pertandingan Kesenian
Islam dalam bahagian nasyid khususnya. Setiap kali menyertai pertandingan nasyid
pasukan sekolah pasti akan berjaya menempatkan diri dalam kedudukan tiga
teratas. Kehebatan pasukan nasyid di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam ini
adalah hasil usaha gigih guru-gurunya melatih dan bakat semula jadi yang terdapat
dalam diri guru mahupun murid-muridnya. Antara kejayaan yang berjaya diraih ialah:
PENCAPAIAN DALAM FESTIVAL KESENIAN ISLAM
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
Pertandingan Nasyid Sempena Daerah 2017 Naib Johan
1 Festival Kesenian Islam Daerah Daerah
Daerah
Limbang 2017. Daerah
Daerah
Pertandingan Nasyid Sempena 2018 Naib Johan
2 Festival Kesenian Islam Daerah Daerah
Limbang. Daerah
Pertandingan Nasyid sempena Majlis 2018 Tempat Ketiga
3 tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat
Daerah Limbang.
Pertandingan Nasyid Sempena 2019 Naib Johan
4 Festival Kesenian Islam Daerah
Limbang.
Pertandingan Nasyid Sempena Majlis 2019 Tempat Ketiga
5 Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat
Daerah Limbang.
Tempat Ketiga Keseluruhan,
Anugerah Khas Lirik Terbaik Kategori
6 Kontemporari dan Anugerah Khas 2019 Tempat Ketiga
Lagu Terbaik Kategori Kontemporari
Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ)
Peringkat Daerah Limbang.
Pertandingan Nasyid Sempena Majlis 2019 Tempat Ketiga
7 Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat
Bahagian 2019.
17 |
Bukan setakat dalam pertandingan nasyid, aktiviti kelolaan Panitia Pendidikan
Islam ini juga berjaya melahirkan murid yang mahir bercerita dan mampu
mengeluarkan idea bernas serta petah berhujah. Perkara ini terbukti apabila setiap
penyertaan yang dihantar dalam pertandingan bercerita pasti akan beroleh
kemenangan.
PENCAPAIAN DALAM PERTANDINGAN BERCERITA
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
Pertandingan Bercerita Perempuan Daerah 2019 Johan
1 Tahun 1-3 Sempena Festival Daerah
Daerah 2019 Naib Johan
Kesenian Islam Daerah Limbang. Daerah
Daerah 2019 Naib Johan
Pertandingan Bercerita Lelaki Tahun
2 1-3 Sempena Festival Kesenian Islam 2019 Tempat Ketiga
Daerah Limbang. 2019 Naib Johan
Pertandingan Bercerita Lelaki Tahun
3 4-6 Sempena Festival Kesenian Islam
Daerah Limbang.
Pertandingan Bercerita Perempuan
4 Tahun 4-6 Sempena Festival
Kesenian Islam Daerah Limbang.
Pertandingan Bercerita Kisah dari Al-
5 Quran Lelaki Majlis Tilawah Al-Quran
(MTQ) Peringkat Daerah Limbang.
18 |
Kejayaan demi kejayaan juga berjaya dirangkul dalam pertandingan Seni
Khat. Ternyata bakat murid-murid dalam seni khat ini berjaya dicungkil dan diasah
sehingga membuahkan hasil kemenangan.
PENCAPAIAN DALAM PROGRAM KHAT SENI PALING AGUNG
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
1 Pertandingan Khat Festival Kesenian Daerah 2018 Naib Johan
Islam Daerah Limbang 2018 Daerah
Daerah
2 Ketiga Pertandingan Khat Majlis Daerah 2018 Tempat Ketiga
tilawah al-Quran (MTQ)
3 Pertandingan Khat Majlis tilawah al- 2018 Naib Johan
Quran (MTQ) Daerah Limbang 2018
Pertandingan Khat sempena Ihtifal 2018 Johan
4 Kem Bestari Solat dan Kem
Cemerlang Jawi 2018
Pencapaian kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang dalam
bidang koakademik turut menyerlah dalam pertandingan Karnival Bahasa yang
dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Limbang bagi kategori Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Setiap tahun, pihak sekolah akan menghantar penyertaan
dalam setiap pertandingan yang diadakan.
PENCAPAIAN DALAM KARNIVAL BAHASA/KARNIVAL KESENIAN
(BAHASA MELAYU)
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
Pertandingan Pidato Tahap 2 Daerah 2017 Tempat Ketiga
1 Sempena Karnival Bahasa Peringkat Daerah
Daerah 2018 Johan
Daerah Limbang. Daerah
2018 Tempat Ketiga
Pertandingan Pantun dalam Karnival
2 Kesenian peringkat Daerah Limbang
- Pemantun Terbaik Pesta Pantun
Pertandingan Bercerita Bahasa
3 Melayu Tahap 2 dalam Karnival
Bahasa Peringkat Daerah Limbang.
4 Pertandingan Pantun Sempena Karnival 2019 Tempat Keempat
Kesenian Peringkat Daerah Limbang.
19 |
PENCAPAIAN DALAM KARNIVAL BAHASA
(BAHASA INGGERIS)
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
Pertandingan Story Telling dalam Daerah 2017 Penyertaan
1 Karnival Bahasa Peringkat Daerah 2017 Penyertaan
Daerah 2018
Limbang. 2018 Johan
Daerah 2018 Penyertaan
Pertandingan Public Speaking dalam 2018 Penyertaan
2 Karnival Bahasa Peringkat Daerah Bahagian/ 2019 Penyertaan
Daerah 2019
Limbang. 2019 Johan
Bahagian/ 2019 Johan
3 Pertandingan Scrabble dalam Karnival Daerah Penyertaan
Bahasa Peringkat Daerah Limbang. Penyertaan
Bahagian/
Pertandingan Poetry Recitation dalam Daerah
4 Karnival Bahasa Peringkat Daerah
Bahagian/
Limbang. Daerah
5 Pertandingan Action Song dalam Karnival Bahagian/
Bahasa Peringkat Daerah Limbang. Daerah
Pertandingan Public Speaking dalam Bahagian/
6 Karnival Bahasa Peringkat Daerah Daerah
Limbang. Bahagian/
Daerah
Pertandingan Poetry Recitation dalam
7 Karnival Bahasa Peringkat Daerah
Limbang.
8 Pertandingan Scrabble dalam Karnival
Bahasa Peringkat Daerah Limbang.
Pertandingan Public Speaking dalam
9 Karnival Bahasa Peringkat Daerah
Limbang.
10 Pertandingan Story Telling dalam Karnival
Bahasa Peringkat Daerah Limbang.
Pertandingan kokurikulum lain yang sentiasa meraih kemenangan adalah
dalam bidang nyanyian. Sekolah Kebangsaan Bandar mempunyai ramai murid yang
mempunyai bakat besar dalam bidang seni suara. Oleh yang demikian, pihak
sekolah sentiasa menghantar penyertaan dalam pertandingan tersebut terutamanya
sewaktu Karnival Kesenian dan Kebudayaan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah
Limbang.
20 |
PENCAPAIAN DALAM PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
Bil. Aktiviti yang disertai Peringkat Tahun Pencapaian
Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Bahagian/ 2018 Naib Johan
1 Rendah Kategori Lelaki (Eric Calvian Daerah 2018 Penyertaan
2019 Naib Johan
Anak Joseph) Bahagian/
Daerah
2 Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah
Rendah (Hezdea Ardhallyn Hezkia) Bahagian/
Daerah
3 Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah
Rendah (Hezdea Ardhallyn Hezkia)
21 |
2.3 ASPEK SAHSIAH MURID
Keseimbangan akademik dan kokurikulum tidak akan lengkap tanpa pemantapan
sahsiah. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk menyediakan
pelbagai program pembangunan sahsiah murid dalam usaha mendokong aspirasi
Falasafah Pendidikan Kebangsaan bagi mewujudkan murid yang holistik.
Dalam tiga tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dan alternatif yang
dilakukan demi membangunkan murid yang berakhlak tinggi dan sahsiah yang
mapan. Salah satu aspek yang sangat dititikberatkan ialah kehadiran murid ke
sekolah.
Tahun 2017 2018 2019
Peratus 94.68 94.01% 93.43
Jika diperhatikan daripada jadual tersebut, peratus kehadiran murid ke
sekolah mengalami penurunan sedikit demi sedikit. Namun begitu, pihak sekolah
tidak pernah menutup mata akan permasalahan ini dan terus mengambil langkah
proaktif bagi membendung penurunan peratus tersebut. Antara program yang giat
dijalankan ialah Program Ziarah Cakna iaitu pihak sekolah akan menziarahi murid-
murid yang dikenalpasti mengalami masalah kehadiran dan memberi sokongan
moral kepada ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah. Selain itu, pihak sekolah
mengadakan program Jom ke Sekolah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam usaha
mewujudkan suasana sekolah yang selamat dan bebas jenayah dalam kalangan
murid dengan harapan agar murid-murid akan berasa seronok untuk datang ke
sekolah. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kerana Sekolah Kebangsaan Bandar
Limbang bebas daripada kes-kes disiplin yang berat.
Dalam membentuk kemenjadian murid, pengisian rohani amat dititikberatkan.
Pihak sekolah terutamanya Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral
telah merangka dan melaksanakan pelbagai program dalam menyumbang ke arah
kecemerlangan sahsiah murid. Program Ampuni Aku, Restui Aku dan
Perkenankanlah Doaku merupakan acara tahunan dan antara program sekolah yang
terpenting. Program ini memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa
22 |
memohon bantuan daripada Yang Maha Esa di samping meningkatkan ilmu dalam
mengerjakan solat hajat serta memupuk dan mengeratkan hubungan antara pihak
sekolah dengan PIBG.
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) sangat memainkan peranan penting dalam
pembentukan aspek sahsiah murid ini. Menerusi Program 3K (Kebersihan,
Keceriaan dan Keselamatan), Unit HEM telah melaksanakan banyak program bagi
membantu murid-murid meningkatkan sahsiah diri. Antara program penting yang
dijalankan ialah:
Nama Program Objektif Program Aktiviti Impak Program
Latihan Kecemasan
dan Kebakaran Murid didedahkan Latihan Murid mengetahui
(Bomba) tentang cara kebakaran, tindakan yang perlu
diambil dalam situasi
Kempen mencegah menyelamatkan diri aktiviti
HMFD ( Pegawai ketika berlaku menyelamat dan kecemasan.
Kesihatan) kecemasan dan
kebakaran. penggunaan Murid Tahun 1
Pertandingan alat pemadam mengetahui cara
Keceriaan Kelas dan Memastikan murid api bersama ahli mencuci tangan
Bulan Kemerdekaan tahun 1 mengetahui dengan betul serta
cara mencuci tangan bomba. mencuci tangan
dengan betul untuk sebelum dan selepas
mencegah penyakit Tunjuk cara 7
langkah cara makan dalam
HMFD. mencuci tangan kehidupan seharian.
dengan betul
Memupuk nilai bersih oleh pegawai Murid sentiasa
dan ceria di dalam kelas menanamkan sikap
kesihatan bertanggungjawab
serta memupuk Limbang.
semangat patriotisme dalam menjaga
dalam kalangan murid. Penghakiman keceriaan kelas.
pertandingan
keceriaan kelas
oleh Guru Besar
bersama tiga
orang penolong
kanan.
Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid
serta menjadi role model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan
berakhlak mulia. Oleh itu, guru mempunyai peranan paling penting, khususnya
dalam mengawal keseimbangan moral murid dan bertanggungjawab dalam
mengawasi disiplin murid.
23 |
3. PENUTUP
Sebagai rumusan, peningkatan kemenjadian murid menunjukkan
perkembangan yang positif dalam tiga aspek utama ini bertitik tolak daripada
kesungguhan pentadbir sekolah dan warga sekolah yang lain. Pencapaian ini
merupakan hasil kesepaduan semua pihak yang sentiasa bekerjasama dan
menumpukan komitmen tinggi dalam semua perkara sehingga dapat melonjakkan
pencapaian sekolah dan murid. Dalam pada itu, kerjasama padu daripada PIBG dan
agensi luar juga memainkan peranan penting. Pihak sekolah sangat berbesar hati
kerana mendapat kerjasama dan komitmen padu daripada kedua-dua pihak
tersebut. Sesungguhnya, warga Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang berharap
agar kecemerlangan ini akan berterusan sehingga ke suatu tahap yang
membanggakan bukan sahaja di peringkat negeri malah hingga ke peringkat
antarabangsa. Semoga Sekolah Kebangsaan Bandar Limbang menjadi pemangkin
kecemerlangan dunia pendidikan serantau kelak.
24 |
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LIMBANG
25 |