The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL TMK MATEMATIK TAHUN 3 (EDISI JPNPP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TMK DIGITAL MOVERS, 2021-11-01 22:42:33

MODUL TMK MATEMATIK TAHUN 3 (EDISI JPNPP)

MODUL TMK MATEMATIK TAHUN 3 (EDISI JPNPP)

Keywords: TMK

MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

MATEMATIK

TAHUN TIGA

Modul Aplikasi
Modul Kemahiran

Disusun Semula Oleh :

UNIT TMK JPN PULAU PINANG

KPMEEANMLDEAINYDSTIIEKARAINAN

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi

Modul Aplikasi

MATEMATIK

Tahun 3

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi

MATEMATIK

Tahun 3

Modul Aplikasi TMK

1

9.0 Pengurusan Data Matematik
Tahun 3

Standard Kandungan Persediaan: 5 hingga 10 minit
Pengajaran: 1 jam
9.1 Mengumpul, mengelas dan menyusun data.
9.2 Carta pai.
9.3 Perkaitan antara piktograf, carta palang dan carta pai.

Standard Pembelajaran

Murid boleh:
9.1.1 Mengumpul, mengelas dan menyusun data berdasarkan situasi harian.
9.2.1 Membaca dan mendapatkan maklumat dari carta pai.
9.3.1 Membuat perkaitan antara piktograf, carta palang dan carta pai bagi mewakili suatu

maklumat.

Penerapan Kemahiran TMK

1.1 Menaip, memilih atau menyunting teks.
1.8 Mengguna atau mencipta formula dalam hamparan elektronik.
2.2 Mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat yang diperolehi.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

- Projektor LCD
- Komputer/ komputer riba
- Perisian Microsoft Excel

Bahan untuk setiap murid

- Komputer/ komputer riba (satu untuk setiap kumpulan)
- Lembaran kerja bagi setiap murid.

Persediaan

1. Guru menyediakan lembaran kerja kepada setiap murid.
2. Guru menyediakan satu komputer/ komputer riba untuk setiap kumpulan.

2

Senarai Semak Kemahiran TMK Matematik
Tahun 3

Bil Kelompok TMK Kemahiran TMK Sub-Kemahiran Menguasai/
Tidak Menguasai
1. 1.0 Mengemukakan idea
dan maklumat secara 1.1 Menaip, Memilih dan
kreatif dan inovatif memilih menaip data
melalui TMK. atau dalam Microsoft
menyunting Excel dengan
teks. betul.

Menyunting teks
mengikut
kehendak situasi.

1.8 Mengguna Menghasilkan
atau carta pai
mencipta mengikut data
formula yang dikumpul
dalam dengan betul.
hamparan
elektronik.

2. 2.0 Mencari, mengumpul, 2.2 Mengumpul, Mengumpul

memproses dan memproses data mengikut

menggunakan dan kehendak

maklumat melalui TMK. menyimpan soalan.

maklumat

yang Memproses dan

diperolehi. menyusun data

yang telah

dikumpul

dengan betul.

3

Rancangan Pengajaran Matematik
Tahun 3
Langkah Cadangan aktiviti
1. Guru mewujudkan satu situasi kepada murid. BBM/Catatan
Set Induksi
(5 minit) BBM:
- Komputer/

Komputer riba
- Projektor LCD

2. Guru membimbing murid untuk menyatakan
carta yang boleh mewakili data.

4

Matematik
Tahun 3

Langkah Cadangan aktiviti BBM/Catatan

Aktiviti 1 1. Guru menunjukkan satu piktograf yang BBM:
(20 minit) berkaitan dengan soalan di atas. - Komputer/

Pilihan Buku Golongan Perempuan Komputer riba
dan Lelaki - Projektor LCD
- Microsoft Excel
Perempuan Lelaki
Penerapan
Novel Kemahiran TMK:
Buku Komik 2.2

Mewakili 5 perempuan
Mewakili 5 lelaki

2. Guru bersoal jawab dengan murid.

Contoh Soalan Guru Contoh Jawapan Murid
25 orang
a) Berdasarkan piktograf
tersebut, berapa orang
murid perempuan yang
telah memilih novel?

b) Berapakah bilangan murid 10 orang
perempuan yang memilih
buku komik?

c) Bagi golongan lelaki pula, 5 orang
berapakah orang yang 30 orang
telah memilih buku novel?

d) Bagaimana pula dengan
bilangan murid yang
memilih buku komik?

3. Guru seterusnya menunjukkan langkah untuk
memaparkan carta pai dalam Microsoft Excel
dengan mengisi data tersebut ke dalam jadual
ringkas.

Carta pai (1):
Pilihan Buku Golongan Perempuan

Buku Komik
Novel

5

Langkah Cadangan aktiviti Matematik
Carta pai (2): Tahun 3

Pilihan Buku Golongan Lelaki BBM/Catatan

Buku Komik
Novel

4. Murid dikehendaki untuk membaca data
berdasarkan carta pai tersebut serta membuat
kesimpulan.
(Majoriti golongan perempuan memilih novel
manakala majoriti golongan lelaki memilih
buku komik).

Aktiviti 2 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. BBM:
(20 minit) 2. Setiap murid diberi satu lembaran kerja - Komputer/

Aktiviti 3 (carta palang dan beberapa soalan). Komputer riba
(10 minit) 3. Berpandukan carta palang tersebut, setiap - Perisian

kumpulan perlu mengisi data dalam bentuk Microsoft Excel
jadual dan cuba memaparkan carta pai - Lembaran kerja
dengan menggunakan perisian
Microsoft Excel. Penerapan
4. Murid membaca maklumat dan Kemahiran TMK:
menjawab soalan dalam lembaran kerja - 1.1
tersebut. - 1.8
- 2.2
Bagi murid yang memerlukan bimbingan, murid
dikehendaki meneliti beberapa carta pai dan 9.3.1 – kaitan
piktograf yang diberikan, pilih satu carta pai dan piktograf, carta
piktograf yang memaparkan data yang sama palang, carta pai
dengan carta palang tersebut.
BBM:
Guru memberikan satu situasi kehidupan harian. - Komputer/
Contohnya: Wang yang dibelanjakan dalam
seminggu. Komputer riba
- Fail Ms Excel
1. Guru memaparkan jadual yang menunjukkan
perbelanjaan murid dalam seminggu.

6

Langkah Cadangan aktiviti Matematik
Tahun 3
Penutup
(5 minit) BBM/Catatan

Perbelanjaan Jumlah wang yang dibelanjakan
Buku RM 5
Makanan RM 20
Minuman RM 5
Alat Tulis RM 10

2. Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk
menghasilkan paparan data yang berlainan

(piktograf, carta palang, carta pai).

Contohnya, kumpulan 1 ditugaskan untuk
menghasilkan piktograf.

3. Setiap kumpulan memaparkan piktograf, carta
palang dan carta pai.

4. Murid berbincang dan membuat justifikasi
cara yang manakah paling sesuai untuk
memaparkan maklumat perbelanjaan
wang murid tersebut.

Guru membuat kesimpulan dengan meminta
murid menyatakan kegunaan carta pai dalam
kehidupan harian.

7

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi

MATEMATIK

Tahun 3

Kemahiran Berfikir
Secara Komputasional

8

9.0 Pengurusan Data Matematik
Tahun 3

Standard Kandungan Persediaan: 5 hingga 10 minit
9.4 Penyelesaian masalah. Pengajaran: 1 jam
Standard Pembelajaran

Murid boleh:
9.4.1 Menyelesaikan masalah melibatkan pengurusan data dalam situasi harian.

Penerapan Kemahiran Berfikir Secara Komputasional

3.2 Mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik melalui graf, carta atau
imej.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan untuk satu kelas

- Projektor LCD
- Komputer/ komputer riba
- Perisian Microsoft Excel

Bahan untuk setiap murid

- Komputer/ komputer riba (satu untuk setiap kumpulan)
- Kertas A4

Persediaan

1. Guru memuat turun perisian Microsoft Excel.
2. Guru menyediakan satu komputer/ komputer riba untuk setiap kumpulan.

9

Rancangan Pengajaran Matematik
Tahun 3
Langkah Cadangan aktiviti
Set Induksi 1. Guru mengemukakan soalan kepada murid. BBM/Catatan

(5 minit) Soalan Jawapan BBM:
24 jam. - Komputer /
Aktiviti 1 a) Tahukah anda berapa jam dalam
(10 minit) sehari? Pergi ke sekolah, makan, Komputer riba
bermain dan sebagainya. - Slaid Ms Power
b) Apakah aktiviti yang dijalankan
oleh anda dalam masa sehari? Point
- Perisian
2. Guru dan murid bersoal jawab dan guru
memberi penerangan tentang pengurusan Microsoft Excel
masa.
Penerapan
1. Murid diberikan kertas untuk mencatat aktiviti Kemahiran CT:
seharian serta masa yang diperuntukkan untuk 3.2
setiap aktiviti. Mempersembahkan
data atau idea
2. Murid membandingkan jadual sendiri dengan secara logik dan
rakan sebelah. sistematik melalui
graf, carta atau
Guru: Bagaimanakah anda membahagikan imej.
a) masa sehari anda?
Adakah pembahagian masa bagi
b) setiap orang sama?

3. Guru memilih jadual salah seorang murid dan
memasukkan data ke dalam jadual Microsoft
Excel. Guru menunjukkan tatacara
memaparkan carta pai.

Pembahagian Masa pada Hari Sabtu

Menonton Televisyen
Makan Tengah hari
Tuisyen
Bermain Badminton
Makan malam
Membaca buku

10

Matematik
Tahun 3

Langkah Cadangan aktiviti BBM/Catatan

Aktiviti 2 1. Guru membimbing murid untuk membaca dan BBM:
(30 minit) memahami carta pai tersebut. - Komputer/

Soalan Jawapan Komputer riba
Tuisyen. - Slaid Ms
a) Berdasarkan carta pai tersebut,
apakah aktiviti yang mengambil Makan tengah hari dan PowerPoint
masa yang paling banyak? malam, menonton - Perisian
televisyen
b) Manakah aktiviti yang Ya. (Murid menyatakan Microsoft Excel
menggunakan masa yang paling pendapat sendiri)
pendek? Penerapan
Kemahiran CT:
c) Pada pendapat anda, adakah 3.2
murid ini menggunakan masanya Mempersembahkan
dengan baik? Kenapa? data atau idea
secara logik dan
2. Guru membimbing murid untuk memahami sistematik melalui
konsep penggunaan carta pai dalam graf, carta atau
menunjukkan pembahagian sesuatu seperti imej.
masa.

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. BBM:
- Komputer/
2. Guru memaparkan situasi berikut:
a) Seorang murid diberi RM10 sebagai wang Komputer riba
saku. Terdapat empat jenis perbelanjaan - Fail Ms Excel
yang boleh dipilih oleh murid tersebut. - Projektor LCD
Contohnya, makanan, alat tulis, mainan
dan tabung. Penerapan
Kemahiran CT:
Makanan Mainan 3.2
Mempersembahkan
data atau idea
secara logik dan
sistematik melalui
graf, carta atau
imej.

Alat Tulis Tabung

3. Ahli kumpulan berbincang dan memilih jenis
perbelanjaan dalam kumpulan.

4. Selepas perbincangan, mereka dikehendaki
mencatatkan hasil perbincangan dalam
jadual dengan menggunakan Microsoft Excel.

11

Matematik
Tahun 3

Langkah Cadangan aktiviti BBM/Catatan

Penutup 5. Seterusnya, setiap kumpulan
(5 minit) mempersembahan hasil mereka dalam bentuk
carta pai berdasarkan langkah yang telah
ditunjukkan oleh guru tadi.

Perbincangan dalam aspek yang berikut:
a) Adakah perbelanjaan tersebut merupakan

perbelanjaan yang bijak atau boros?
b) Mengapakah perbelanjaan tersebut dikatakan

(bijak berbelanja/ boros)?
c) Apakah cara penambahbaikan bagi

perbelanjaan tersebut?

1. Guru membimbing murid menyatakan
kegunaan carta pai dalam pengurusan data.
(Contohnya: melihat pembahagian pada
sesuatu, dan lain-lain.)

12

Aktiviti Waktu Masa (jam)

Contoh: Mengulang kaji 10 a.m. – 12 p.m. 2 jam

Pembahagian Masa Bagi Hari Sabtu
Pada pukul 10 pagi hingga 8 malam (10 jam)

Nama :___________________

Lembaran Kerja ( Warna Kegemaran Murid Kelas 3B)

1. Apakah warna yang paling digemari oleh murid Kelas 3B?
________________________________________________________

2.Apakah warna yang kurang digemari oleh murid Kelas 3B?
________________________________________________________

3. Berapa jenis warna yang digemari oleh murid Kelas 3B?
_______________________________________________________

4. Susun urutan warna kegemaran murid Kelas 3B berdasarkan
carta pai (dari warna yang kurang digemari hingga ke
warna yang paling digemari).

__________________________________________________

PAUTAN BAHAN POWER POINT TMK MATEMATIK TAHUN 3
Matematik TMK

http://tiny.cc/MTTMKTAHUN3
Matematik CT

http://tiny.cc/MTCTTMKTAHUN3

Disusun semula oleh Unit TMK Sektor Pembelajaran (SPb) JPN Pulau Pinang

PMKEEANMLDEANIYDSTIIEKARAINAN

Modul Kemahiran Asas TMK

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Tahun 2

Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2

Memasukkan Data
Ringkasan

• Pengenalan kepada perisian Microsoft Excel
• Memulakan perisian Mirosoft Excel
• Pengenalan kepada sel (cell), baris (row), lajur (column) dan

buku kerja (worksheet)
• Membuka fail yang baru
• Memasukkan teks perkataan
• Kembali kepada operasi yang sebelumnya.
• Memasukkan data secara automatik
• Keluar dari Microsoft Excel

1

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Mengenali Microsoft Excel

Microsoft Excel merupakan salah satu perisian dalam kategori helaian elektronik
(spreadsheet). Ia dapat berfungsi dengan cepat dan tepat dalam mengendalikan pengiraaan
data, analisis data dan mempersembahkan data statistik serta membentuk jadual dengan
berkesan. Kita boleh menggunakan perisian ini untuk menjalankan kiraan perbelanjaan
seharian, analisis pelaburan saham, analisis pencapaian murid melalui statistik serta
menyenangkan proses perniagaan dalam urusan jualan, stok, akaun dan penyata kewangan.

Memulakan Microsoft Excel

Klik Start > All Program > Microsoft Office > Microsoft Excel 2010, untuk memulakan
aplikasi ini.

Antaramuka Microsoft Excel

a
b

c

d

e d. Lokasi Kerja
e. Lembaran Kerja
a. Petak Arahan Pintas
b. Label
c. Ribbon yang mengandungi ikon

arahan kerja

2

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Pengenalan kepada Sel, Lajur, Baris dan Lembaran Kerja

Lajur (Column)
Lajur ini dikenali dengan huruf A
hingga IV. Terdapat sejumlah 256
lajur kesemuanya.

Sel
Setiap sel dikenali dengan nombor
baris dan lajur. Secara ringkasnya, A1
melambangkan sel di lajur A, baris 1.

Baris (Row)
Petak baris dikenali dengan nombor
1 hingga 65,536. Terdapat sejumlah
65,536 baris kesemuanya.

Lembaran Kerja
Secara default, Excel menyediakan 3
lembaran kerja di buku kerja yang baharu.

3

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Membina Fail yang baharu

Klik File > New, pilih Blank Workbook > Create.

1 3
2

4

Masukkan maklumat berikut ke dalam lokasi kerja.

Kita boleh memasukkan data yang berikut dalam lembaran kerja Excel:

• Nombor • Tarikh

• Perkataan • Masa

4

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Terdapat dua kaedah untuk memasukkan teks ke dalam lembaran kerja Excel.

Kaedah 2 Kaedah 1 Microsoft Excel

Kaedah 1:

1. PIlih sel (A2) yang diperlukan, tekan pada Formula Bar dan mula memasukkan teks
perkataan.

2. Setelah mengenal pasti teks perkataan tersebut, tekan √. Jika ada keperluan
untuk membetulkan teks atau ingin memadamkan teks, tekan ×

Kaedah 2:

1. PIlih sel (A2) dan mula memasukkan teks perkataan.

Peringatan:

Semasa memasukkan teks perkataan, tekan Enter untuk memastikan teks anda berada dalam
sel yang dipilih terlebih dahulu. Ia akan bergerak ke sel di bawah sel yang sebelumnya
supaya anda boleh memasukkan teks di sel yang baharu. Untuk menggerakkan sel ke sebelah
kanan, tekan Tab. Anda juga boleh menggerakkan cursor di sekeliling sel dengan
menggunakan papan kekunci.

Memasukkan Format Tarikh

Klik bahagian kanan pada tertikus dalam sel yang dipilih, pilih Format Cells. Kemudian, di petak
dialog Format Cells, pilih Date dan pilih format tarikh yang diingini.

Kembali ke Operasi yang sebelumnya

1. Tekan Ctrl dan Z secara serentak pada papan kekunci.
2. Klik pada butang Undo.

5

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Pengisian Automatik (Autofill)

1. Melalui teknik seretan pada lembaran kerja, data yang banyak dengan data yang
seragam dapat diisi secara automatik dengan cepat dan tepat.
(Contohnya, isi nombor siri dari 1005001 hingga ke 1005009)

2. Pilih satu sel dan isi nombor pertama dalam siri 1005001. Anda dapat perhatikan satu
petak hitam di sisi kanan bahagian bawah sel yang dipilih. Ia dikenali sebagai Fill Handle.

3. Tekan dan seret Fill Handle ke bahagian bawah. Kemudian klik Auto Fill option, pilih
fill series untuk memulakan operasi pengisian automatik.

Selain itu, anda juga boleh menyalin data yang sama ke sel lain dengan mudah.
(Contohnya, setiap sel mengandungi 5E di bawah class murid. Tekan dan seret Fill Handle
ke bahagian bawah sel.)

Keluar dari Microsoft Excel

Terdapat tiga cara untuk keluar dari Microsoft Excel.
1. Klik File > Exit.
2. Klik butang ikon Excel pada sebelah kiri atas lembaran kerja. Kemudian, tekan Close.
3. Klik pada ikon x berwarna merah yang berada di sebelah kanan atas lembaran kerja.

6

Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2

Lajur dan Baris
Ringkasan

• Ubahsuai lebar lajur
• Menyalut teks
• Menambah baris
• Menambah lajur
• Menggabungkan sel
• Menyusun atur teks
• Menyimpan dokumen

7

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Kita boleh menyediakan satu jadual untuk mempersembahkan statistik penggunaan telefon
bimbit bagi kategori umur yang berlainan. Lembaran kerja ini dibina dan disimpan dalam
dokumen.

Mengubah Suai Kelebaran Lajur (Adjust the Column Width)

Untuk membina dokumen seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah, adakah teks di
sel A1 terlalu panjang dan terpendam? Bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah
ini?

Terdapat dua cara untuk mengubah suai lebar lajur di lembaran kerja.

Cara 1:

Gerakkan kursor tetikus pada lajur utama setelah simbol kursor bertukar menjadi .
Heret kursor tersebut ke sebelah kanan dan cuba ubah suai kelebaran lajur.

Lajur pertama menjadi lebih lebar

8

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
Cara 2:
Gerakkan kursor ke lajur utama sehingga kursor tetikus bertukar kepada . Klik dua kali
supaya kelebaran lajur akan diubah suai secara automatik berpandukan kepada panjang teks
dalam lajur tersebut.

Menyalut Teks (Wrap text)

Apabila teks perkataan terlalu panjang dalam satu sel, teks tersebut akan hilang terpendam.
Untuk menampilkan teks yang terpendam, anda boleh menggunakan fungsi Wrap Text.
Pertama sekali, klik pada sel yang dikehendaki untuk fungsi Wrap Text, tekan pada butang

9

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menambah Baris

Terdapat dua kaedah untuk menambah baris:
Kaedah 1:
Pilih baris pertama, klik pada Home > Cells> Insert> Insert Sheet Rows.

Kaedah 2:
Pilih baris pertama, klik pada butang kanan tetikus dan pilih Insert.

Baris baharu ditambah Anda boleh tambah
teks perkataan dalam
baris yang baharu.

10

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menambah Lajur

Terdapat dua kaedah untuk menambah jalur yang baharu:
Kaedah 1:
Pilih lajur pertama, klik pada Home > Cells> Insert> Insert> Insert Sheet Columns.

Kaedah 2:
Setelah memilih lajur pertama, tekan butang kanan pada tetikus dan pilih Insert.

11

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
Nota Tambahan:
Jika anda perlu memadamkan satu baris atau lajur, pilih baris atau lajur tesebut, kemudian
Cara 1:
Tekan butang kanan pada tetikus dan pilih Delete.
Cara 2:
Anda boleh memilih Home > Cells > ikon Delete.

Penggabungan Teks

Kita boleh menggabungkan beberapa sel ke dalam satu sel dan mengubah suai teks ke bahagian
tengah dalam sel gabungan teks.
PIlih sel A1 ke D1 untuk digabungkan, klik pada ikon Merge & Centre, untuk menggabungkan
serta menyusun atur teks ke bahagian tengah dalam sel yang baharu.

12

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menyusun Atur Teks

Pilih sel yang diingini untuk disusun atur, klik Home > Alignment > ikon Center
Semua teks perkataan akan disusun atur ke tengah (center) sel.

Semua teks telah disusun atur ke
bahagian tengah dalam sel.

13

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menyimpan Fail

Klik File dan klik Save As untuk menyimpan dokumen.
Dalam petak dialog Save As:
a. Buka lokasi yang diingini untuk menyimpan dokumen tersebut.
b. Isi nama untuk fail tersebut.
c. Klik pada Save untuk menyimpan fail.

a

b
c

Setelah fail disimpan, kita boleh mengubah suai fail untuk disimpan melalui kaedah yang
berikut:
Kaedah 1:
Klik pada butang Save .
Kaedah 2:
Tekan Ctrl dan S pada papan kekunci secara serentak.

14

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Nota Tambahan:

Jika anda ingin memasukkan nombor yang sama atau huruf yang berulang berkali-kali pada
sel yang berlainan, anda boleh menggunakan fungsi Copy dan Paste.

Kaedah 1 :
Pilih nombor atau huruf dan tekan Ctrl dan C secara serentak pada papan kekunci untuk
menyalin (Copy). Kemudian, klik pada sel yang diingini serta tekan Ctrl dan V secara
serentak pada papan kekunci untuk menampal teks pada sel tersebut.

Kaedah 2 :
PIlih nombor dan huruf, kemudian

Tekan butang kanan pada Tekan butang kanan pada
tetikus untuk memilih sel tetikus dan pilih ikon Paste
yang diingini, pilih Copy

15

Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2

Memasukkan Gambar
Ringkasan

• Buka fail Excel
• Mengubah suai Teks
• Menukar Warna Latar Belakang
• Mengubah suai Sempadan
• Memasukkan Gambar
• Memasukkan Tajuk dan Footer

16

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Cuti sekolah sudah hampir tiba! Saya dan keluarga
merancang untuk melancong ke Pulau Langkawi. Kini, saya
boleh mencari maklumat penginapan dengan melayari
Internet!

Wah, terdapat banyak hotel untuk dipilih! Marilah kita
mengumpulkan maklumat dan mencipta satu jadual untuk
membandingkan harga mereka!

17

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Buka Fail Excel

Terdapat tiga cara untuk membuka satu fail Excel:
1. Tekan dua kali pada ikon Excel.
2. Tekan File > Open.
3. Tekan butang Open pada bar alat ringkas.

Membuka fail “holiday” pada Microsoft Excel.

a
b

Ubah suai bahagian tertentu dengan mengikut arahan.
a. Gunakan Merge & Center.
b. Selaraskan lebar lajur.
Nota: Gunakan arahan Merge & Center dan Center dengan mengikut kesesuaian.

18

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Mengubah suai Teks

Kita boleh mengubah format perkataan seperti jenis, saiz, warna dan gaya.

1. Klik pada sel perkataan yang ingin diubah.
2. Kemudian, klik butang Font pada bar alat Home.

ab

cd e f gh

a. Jenis Perkataan i
b. Saiz Perkataan
c. Tebal f. Sempadan
d. Huruf Condong g. Warna Latar Belakang
e. Garisan h. Warna Perkataan
i. Format Cell

Anda juga boleh membuka kotak dialog Format Cells (klik
pada tempat i) untuk mengubah format perkataan.

19

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

ac

b

d a. Jenis Perkataan
b. Garisan
c. Saiz Perkataan
d. Warna Perkataan
Apabila anda telah siap
mengubah suai,
klik pada butang OK.

Teks telah diubah suai dan diformat.
3. Teruskan dengan mengubah jenis, gaya, saiz dan warna pada perkataan yang lain.

20

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menukar Warna Latar Belakang

1. Untuk memilih warna latar belakang pada sel, klik-kanan pada sel tersebut dan pilih
Format Cells.

2. Dalam kotak dialog Format Cells, pilih tab Fill dan pilih warna kesukaan anda.

Ini adalah warna yang anda pilih.
Jika anda ingin menukar warna yang
lain, klik pada warna tersebut.

3. Anda juga boleh pilih Pattern Style pada kotak dialog Format Cells.
Klik OK apabila siap.

21

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
4. Teruskan dengan memasukkan warna latar belakang pada sel yang lain.

Mengubah suai Sempadan

1. Pilih seluruh jadual, klik-kanan pada jadual dan pilih Format Cells.
2. Pada kotak dialog Format Cells, pilih tab Border, kemudian pilih Line Style, Color dan

Presets.

Anda boleh menyemak hasil jadual anda di sini.

Sempadan telah muncul!

22

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
3. Teruskan dengan sempadan bahagian jadual yang lain.

Memasukkan Gambar

Untuk menunjukkan maklumat dengan lebih jelas, gambar boleh dimasukkan.
1. Tambahkan satu baris yang baru di bawah baris ke-4 dan selaraskan lebar lajur.

Kemudian klik pada Insert > Illustration > Picture.

23

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)

Tahun 3

2. Pada kotak dialog Insert Picture:

a. Buka lokasi gambar. Microsoft Excel

b. Tekan pada gambar a b
yang ingin c
dimasukkan.

c. Tekan butang Insert
untuk memasukkan
gambar.

Mengagihkan gambar ke lokasi yang
sesuai dan mengubahkan saiznya
dengan mengikut lebar lajur.

Teruskan dengan
memasukkan gambar
yang lain.

Ilmu Tambahan:

Jika terdapat dua gambar bertindih, klik-kanan pada gambar itu dan pilih Bring to Front
(gambar di atas) atau Send to Back (gambar di bawah) untuk menyesuaikan mereka.

Jika anda ingin menyalin gambar tersebut, anda boleh menekan kunci Ctrl dan
menyeretkan gambar dengan tetikus anda.

24

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Memasukkan Tajuk dan Footer

Anda boleh memasukkan tajuk pada jadual anda. Pilih
Insert> Text> Header & Footer.

Anda boleh memasukkan tajuk
“HOLIDAY LANGKAWI”.
Selepas itu, pilih sel yang anda ingin masukkan bilangan muka surat, kemudian klik
Header& Footer Design > Header & Footer Elements > Page Number.

25

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Latihan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

a Fill b Font c Klik-kanan d Picture

1. Untuk membuka kotak dialog Format Cells, _____________ tetikus.

2. Dalam kotak dialog Format Cells, pilih ____________untuk memasukkan warna latar
belakang.

3. Dalam kotak dialog Format Cells, __________ membolehkan kita untuk mengubah suai
format perkataan.

4. Untuk memasukkan gambar, boleh pilih Insert> Illustration> ______________ .

Latih Tubi

1. Masukkan maklumat di bawah dalam Microsoft Excel dan ubah suai dengan mengikut
arahan berikut:

a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:

Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.

b. Gabungkan sel bagi tajuk dalam jadual.

c. Selaraskan semua teks ke tengah.

d. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.

e. Masukkan gambar yang sesuai. Contoh
f. Masukkan tajuk “Fast Food”. Jawapan

g. Simpan fail tersebut.

26

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

2. Dengan menggunakan Microsoft Excel, buka fail “Motorola_ipad”, kemudian
ubah suai fail tersebut dengan mengikut arahan berikut:

a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.

b. Gabungkan sel bagi tajuk dalam jadual.
c. Selaraskan teks baris ke-2 ke tengah.
d. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
e. Masukkan gambar yang sesuai.
f. Simpan fail tersebut.

Contoh
Jawapan

3. Masukkan maklumat ke dalam Microsoft Excel dan ubah suai teks dengan mengikut
arahan berikut:

a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.

b. Gabungkan sel tajuk jadual.
c. Selaraskan teks baris ke-2 ke tengah.
d. Selaraskan teks Column A ke tengah.
e. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
f. Masukkan gambar yang sesuai.
g. Simpan fail tersebut.

Hari Jadual UPSR Tahun 2012 Subjek
Selasa Masa BM (Pemahaman)
BM (Penulisan)
Rabu 08:15a.m. – 09:05a.m. Matematik (Kertas 2)
Khamis 09:45a.m. – 11:00a.m. Matematik (Kertas 1)
11:45a.m. – 12.25p.m. BC (Pemahaman)
08:15a.m. – 09.15a.m. BC (Penulisan)
09:45a.m. – 10:45a.m. Sains
11:45a.m. – 1.00p.m. BI (Kertas 1)
08:15a.m. – 09.35a.m. BI (Kertas 2)
10:15a.m. – 11:05a.m.
11:45a.m. – 1.00p.m.

Contoh
Jawapan

27

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
4. Masukkan maklumat ke dalam Microsoft Excel dan ubah suai teks dengan mengikut

arahan berikut:

a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.

b. Gabungkan sel tajuk jadual.
c. Selaraskan teks mengikut format paragraph yang sesuai.
d. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
e. Masukkan gambar yang sesuai.
f. Simpan fail tersebut.

Contoh
Jawapan

28

Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2

Formula dan Fungsi
Ringkasan

• Memahami formula dan fungsi
• Mempelajari kegunaan fungsi: SUM, MAX, MIN, AVERAGE
• Mempelajari kegunaan operasi: tambah, tolak

29

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Marilah kita menggunakan Microsoft Excel untuk Microsoft Excel
menghasilkan rumusan keputusan peperiksaan dan mengira
serta menganalisis data tersebut dengan fungsi.

Peranan utama spreadsheet adalah untuk mengira dengan
cepat dan tepat. Oleh itu, formula dan fungsi dalam
spreadsheet memainkan peranan yang penting.

Apakah itu Formula dan Fungsi dalam Spreadsheet?

Formula Fungsi

Kita boleh memasukkan apa-apa Menggunakan cara pengiraan
formula yang ingin dikira, yang telah ditetapkan, asalkan
contohnya jumlah dan purata. argumen yang betul dimasukkan,
hasil pengiraan akan diperolehi.

Jika input yang salah dimasukkan, Kita tidak boleh mengubah
pengiraan akan menjadi salah. formula pengiraan yang telah
ditetapkan.
Diwakili oleh simbol,
contohnya =C2+C3 Diwakili oleh teks tertentu,
contohnya =SUM(C2:C3)

30

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)

Tahun 3

SUM – Mengira Jumlah

1. Buka fail yang baharu dan masukkan data berikut: Microsoft Excel

2. Pilih sel G3 dan pilih ∑ (Sum).

3. Kemudian akan muncul =SUM(B3:F3) dalam Formula Bar. Disebabkan tiada data pada sel
F3, maka tukarkan F kepada E.

31

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
4. Selepas itu, klik √ atau tekan kunci Enter pada papan kekunci anda.

Jumlah markah telah dikira!
5. Kita boleh tekan dan seret Fill Handle ke bawah untuk mengira jumlah markah murid

yang lain dengan cepat.

32


Click to View FlipBook Version