PMKEEANMLDEAINYDSTIIEKARAINAN
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
Modul Aplikasi
SAINS
(KOMPONEN SAINS)
Tahun 3
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
SAINS
(KOMPONEN SAINS)
Tahun 3
Modul Aplikasi TMK
1
3.0 MANUSIA Sains
Tahun 3
Standard Kandungan
3.1 Gigi Persediaan: 5 hingga 10 minit
Pengajaran: 1 jam
Standard Pembelajaran
Murid boleh:
3.1.1 Memerihalkan jenis gigi dan fungsinya.
3.1.2 Melabelkan struktur gigi.
Penerapan Kemahiran TMK
2.3 Menghasilkan dokumen elektronik yang menggabungkan teks dan
grafik.
4.2 Bertoleransi dengan rakan sekelas semasa menggunakan komputer.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Bahan untuk satu kelas
- Projektor LCD
- Komputer/ komputer riba
- Fail Microsoft PowerPoint
Bahan untuk setiap kumpulan
- Komputer/ komputer riba (satu untuk setiap kumpulan)
- Fail Microsoft PowerPoint (satu untuk setiap kumpulan)
- Lembaran Kerja (satu untuk setiap murid)
Persediaan
1. Guru memuat turun fail Microsoft PowerPoint
a) Fail Pengajaran Sains
b) Fail Aktiviti Kumpulan
2. Guru menyediakan satu komputer/ komputer riba untuk setiap
kumpulan.
2
Senarai Semak Kemahiran TMK Sains
Tahun 3
Bil Kelompok TMK Kemahiran TMK Sub-Kemahiran Menguasai/
Tidak Menguasai
1. 2.0 Mencari,
mengumpul, 2.3 Menghasilkan Menaip teks
memproses dan dokumen menggunakan
menggunakan elektronik yang perisian Microsoft
maklumat melalui menggabungkan PowerPoint.
TMK. teks dan grafik.
Membina peti teks
menggunakan
perisian Microsoft
PowerPoint.
1 Menghasilkan peta
minda dalam
2. 4.0 Mengamalkan sikap 4.2 Bertoleransi perisian Microsoft
PowerPoint.
bertanggungjawab dengan rakan
Berbincang
dan beretika dalam sekelas dengan rakan
sekelas.
TMK. semasa
Mendengar dan
menggunakan memberi
pendapat.
komputer.
Menghasilkan hasil
perbincangan
dengan
menggunakan
komputer.
3
Rancangan Pengajaran Sains
Tahun 3
Langkah Cadangan aktiviti
BBM/Catatan
Set Induksi 1. Guru memaparkan slaid PowerPoint kepada
(5 minit) murid. BBM:
- Komputer/
Komputer riba
- Projektor LCD
Pilih makanan yang bersesuaian
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang
gambar di atas.
Contoh Soalan Guru Contoh Jawapan Murid
Apakah perbezaan antara gigi Gigi tidak lengkap
kedua-dua orang tersebut? Gigi lengkap
Cuba padankan makanan yang Ayam goreng – gigi lengkap
bersesuaian dengan mereka. Bubur – gigi tidak lengkap
Mengapa? Tiada gigi untuk memotong dan
mengoyak daging ayam.
Aktiviti 1 1. Guru memaparkan gambar gigi BBM:
(5 minit) manusia. (Melalui Slaid PowerPoint) - Komputer/
Gigi taring Komputer riba
Gigi geraham - Projektor LCD
Gigi kacip
- Fail Microsoft
PowerPoint
2. Murid menyatakan perbezaan 3 jenis gigi.
(Seterusnya gambar tiga jenis gigi dipaparkan
supaya semua murid dapat memahaminya
dengan lebih jelas.)
3. Guru bersoal jawab dengan murid untuk
mengenal pasti fungsi gigi manusia.
4
Langkah Cadangan aktiviti Sains
4. Guru memaparkan struktur gigi manusia. Tahun 3
BBM/Catatan
enamel gusi
dentin salur darah
saraf
5. Murid menyatakan struktur gigi manusia.
Aktiviti 2 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. BBM:
(Aktiviti - Komputer/
Kumpulan) Aktiviti 1
(25 minit) a) Dalam kumpulan, murid perlu membuat peta Komputer riba
- Projektor LCD
minda tentang jenis gigi dan fungsi gigi - Microsoft
manusia.
PowerPoint
b) Murid menggabungkan hasil kerja mereka
dalam slaid PowerPoint dan Penerapan
mempersembahkan kepada kelas. Kemahiran
TMK:
Aktiviti 2 - 2.3
Dalam kumpulan, murid melabelkan struktur gigi - 4.2
dan mempersembahkan hasil perbincangan
menggunakan persembahan slaid PowerPoint. BBM:
- Lembaran Kerja
Aktiviti 3 Murid menjalankan latihan pengukuhan tentang
(Pengukuhan) struktur gigi dan fungsi gigi.
(10 minit)
Penutup 1. Guru bersoal jawab dengan murid.
(5 minit)
2. Murid membuat ramalan berdasarkan soalan
yang berikut:
a) Apakah yang akan berlaku sekiranya
manusia tidak mempunyai gigi taring?
b) Apakah yang akan berlaku jika
manusia tidak mempunyai gigi?
c) Apakah yang akan berlaku jika kita tidak
menjaga kesihatan gigi?
5
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
SAINS
(KOMPONEN SAINS)
Tahun 3
Kemahiran Berfikir
Secara Komputasional
6
3.0 MANUSIA Sains
Tahun 3
Standard Kandungan Persediaan: 5 hingga 10 minit
3.1 Gigi Pengajaran: 1 jam
Standard Pembelajaran
Murid boleh:
3.1.3 Membanding dan membezakan set gigi susu dan set gigi kekal
Penerapan Kemahiran TMK
3.1 Menganalisis data melalui pengecaman corak.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Bahan untuk satu kelas
- Projektor LCD
- Komputer/ komputer riba
- Fail Microsoft PowerPoint
Bahan untuk setiap kumpulan
- Komputer/ komputer riba
- Fail Microsoft PowerPoint
Persediaan
1. Guru menyediakan satu komputer/ komputer riba untuk setiap
kumpulan.
2. Memuat turun fail Ms Power Point sebagai bahan mengajar.
a) Fail Pengajaran
b) Fail aktiviti kumpulan
7
Rancangan Pengajaran Sains
Tahun 3
Langkah Cadangan aktiviti
1. Guru menunjukkan gambar kepada murid. BBM/ Catatan
Set Induksi
(5 minit) BBM:
- Komputer/
Komputer riba
- Projektor LCD
- Fail Microsoft
PowerPoint
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
Contoh Soalan Guru Contoh Jawapan Murid
Apakah yang Gigi budak itu telah
ditunjukkan dalam tanggal.
gambar tersebut?
Selepas tanggal, adakah Ya.
gigi akan tumbuh
semula?
Tahukah anda, Tidak.
sebenarnya ada
perbezaan antara gigi
yang tanggal dan gigi
yang tumbuh semula
itu?
Aktiviti 1 1. Guru memaparkan gambar dua jenis set gigi BBM:
(5 minit) kepada murid. - Komputer/
Komputer
riba
- Projektor LCD
- Fail Microsoft
PowerPoint
2. Murid memerhati gambar dan menyatakan Penerapan
perbezaan mereka. Kemahiran TMK:
3.1 Menganalisis
3. Guru memperkenalkan set gigi susu dan set gigi data melalui
kekal kepada murid melalui paparan slaid pengecaman
PowerPoint. corak.
8
Langkah Cadangan aktiviti Sains
Slaid Penjelasan : Tahun 3
Set Gigi Susu Set Gigi Kekal BBM/ Catatan
Mula tumbuh ketika Gantikan gigi susu
berumur 6 bulan
Tempoh penggantian
Tanggal mula 6 tahun gigi lengkap kira-kira 21
tahun.
Mempunyai 3 jenis gigi:
gigi kacip, gigi taring, Mempunyai 3 jenis gigi:
gigi geraham gigi kacip, gigi taring,
gigi geraham
Slaid set gigi susu dan gigi kekal:
Gigi susu Gigi kekal
Aktiviti 2 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. BBM:
(Aktiviti - Komputer/
Kumpulan) 2. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengenal
pasti perbezaan antara gigi susu dan gigi kekal Komputer riba
(30 minit) dari segi bilangan gigi, saiz gigi, kekuatan gigi - Projektor LCD
dan jangka hayat gigi. - Fail Microsoft
(Murid diberikan komputer riba dan fail Microsoft
PowerPoint: Aktiviti Kumpulan) PowerPoint
3. Setiap kumpulan juga diberi satu jadual set gigi Penerapan
susu dan gigi kekal. Kemahiran TMK:
3.1 Menganalisis
data melalui
pengecaman
corak.
9
Langkah Cadangan aktiviti Sains
Tahun 3
BBM/ Catatan
4. Murid perlu membincang dan
mencatatkan hasil perbincangan itu
dalam bentuk fail Microsoft PowerPoint.
Aktiviti 3 1. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil BBM:
(Pengukuhan) perbincangan mereka kepada kelas. - Komputer/
(10 minit) Komputer riba
- Projektor LCD
2. Murid yang lain memberikan pandangan
terhadap persembahan mereka.
3. Guru membuat rumusan tentang topik gigi susu
dan gigi kekal dengan slaid persembahan.
Gigi Susu Gigi Kekal
Mula tumbuh ketika berumur
6 bulan Gantikan gigi susu
Tanggal mula 6 tahun Bilangan lengkap mencecah
umur 21 tahun
Mempunyai 3 jenis gigi: gigi Mempunyai 3 jenis gigi: gigi
kacip, gigi taring, gigi kacip, gigi taring, gigi
geraham geraham
Bilangan: 20 batang
Bilangan: 32 batang
Saiz kecil dan kurang kuat
Saiz lebih besar dan lebih
kuat
Penutup 1. Murid menyatakan kepentingan gigi dan cara
(5 minit) menjaga gigi sebagai kesimpulan.
10
PAUTAN BAHAN POWER POINT TMK SAINS TAHUN 3
Pengajaran Sains Tahun 3 CT_
http://tiny.cc/SNCTTMKTAHUN3
Pengajaran Sains Tahun 3 TMK
http://tiny.cc/SNTMKTAHUN3
Disusun semula oleh Unit TMK Sektor Pembelajaran (SPb) JPN Pulau Pinang
PAUTAN BAHAN POWER POINT TMK SAINS TAHUN 3
Aktiviti Kumpulan Sains CT
http://tiny.cc/SNGROUPCTTMKTAHUN3
Aktiviti Kumpulan Sains TMK
http://tiny.cc/SNGROUPTMKTAHUN3
Disusun semula oleh Unit TMK Sektor Pembelajaran (SPb) JPN Pulau Pinang
PAUTAN BAHAN POWER POINT TMK SAINS TAHUN 3
Lembaran Kerja Sains TMK
http://tiny.cc/SNLATIHANTMKTAHUN3
Disusun semula oleh Unit TMK Sektor Pembelajaran (SPb) JPN Pulau Pinang
PMKEEANMLDEANIYDSTIIEKARAINAN
Modul Kemahiran Asas TMK
MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Tahun 2
Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel
MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2
Memasukkan Data
Ringkasan
• Pengenalan kepada perisian Microsoft Excel
• Memulakan perisian Mirosoft Excel
• Pengenalan kepada sel (cell), baris (row), lajur (column) dan
buku kerja (worksheet)
• Membuka fail yang baru
• Memasukkan teks perkataan
• Kembali kepada operasi yang sebelumnya.
• Memasukkan data secara automatik
• Keluar dari Microsoft Excel
1
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Mengenali Microsoft Excel
Microsoft Excel merupakan salah satu perisian dalam kategori helaian elektronik
(spreadsheet). Ia dapat berfungsi dengan cepat dan tepat dalam mengendalikan pengiraaan
data, analisis data dan mempersembahkan data statistik serta membentuk jadual dengan
berkesan. Kita boleh menggunakan perisian ini untuk menjalankan kiraan perbelanjaan
seharian, analisis pelaburan saham, analisis pencapaian murid melalui statistik serta
menyenangkan proses perniagaan dalam urusan jualan, stok, akaun dan penyata kewangan.
Memulakan Microsoft Excel
Klik Start > All Program > Microsoft Office > Microsoft Excel 2010, untuk memulakan
aplikasi ini.
Antaramuka Microsoft Excel
a
b
c
d
e d. Lokasi Kerja
e. Lembaran Kerja
a. Petak Arahan Pintas
b. Label
c. Ribbon yang mengandungi ikon
arahan kerja
2
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Pengenalan kepada Sel, Lajur, Baris dan Lembaran Kerja
Lajur (Column)
Lajur ini dikenali dengan huruf A
hingga IV. Terdapat sejumlah 256
lajur kesemuanya.
Sel
Setiap sel dikenali dengan nombor
baris dan lajur. Secara ringkasnya, A1
melambangkan sel di lajur A, baris 1.
Baris (Row)
Petak baris dikenali dengan nombor
1 hingga 65,536. Terdapat sejumlah
65,536 baris kesemuanya.
Lembaran Kerja
Secara default, Excel menyediakan 3
lembaran kerja di buku kerja yang baharu.
3
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Membina Fail yang baharu
Klik File > New, pilih Blank Workbook > Create.
1 3
2
4
Masukkan maklumat berikut ke dalam lokasi kerja.
Kita boleh memasukkan data yang berikut dalam lembaran kerja Excel:
• Nombor • Tarikh
• Perkataan • Masa
4
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Terdapat dua kaedah untuk memasukkan teks ke dalam lembaran kerja Excel.
Kaedah 2 Kaedah 1 Microsoft Excel
Kaedah 1:
1. PIlih sel (A2) yang diperlukan, tekan pada Formula Bar dan mula memasukkan teks
perkataan.
2. Setelah mengenal pasti teks perkataan tersebut, tekan √. Jika ada keperluan
untuk membetulkan teks atau ingin memadamkan teks, tekan ×
Kaedah 2:
1. PIlih sel (A2) dan mula memasukkan teks perkataan.
Peringatan:
Semasa memasukkan teks perkataan, tekan Enter untuk memastikan teks anda berada dalam
sel yang dipilih terlebih dahulu. Ia akan bergerak ke sel di bawah sel yang sebelumnya
supaya anda boleh memasukkan teks di sel yang baharu. Untuk menggerakkan sel ke sebelah
kanan, tekan Tab. Anda juga boleh menggerakkan cursor di sekeliling sel dengan
menggunakan papan kekunci.
Memasukkan Format Tarikh
Klik bahagian kanan pada tertikus dalam sel yang dipilih, pilih Format Cells. Kemudian, di petak
dialog Format Cells, pilih Date dan pilih format tarikh yang diingini.
Kembali ke Operasi yang sebelumnya
1. Tekan Ctrl dan Z secara serentak pada papan kekunci.
2. Klik pada butang Undo.
5
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Pengisian Automatik (Autofill)
1. Melalui teknik seretan pada lembaran kerja, data yang banyak dengan data yang
seragam dapat diisi secara automatik dengan cepat dan tepat.
(Contohnya, isi nombor siri dari 1005001 hingga ke 1005009)
2. Pilih satu sel dan isi nombor pertama dalam siri 1005001. Anda dapat perhatikan satu
petak hitam di sisi kanan bahagian bawah sel yang dipilih. Ia dikenali sebagai Fill Handle.
3. Tekan dan seret Fill Handle ke bahagian bawah. Kemudian klik Auto Fill option, pilih
fill series untuk memulakan operasi pengisian automatik.
Selain itu, anda juga boleh menyalin data yang sama ke sel lain dengan mudah.
(Contohnya, setiap sel mengandungi 5E di bawah class murid. Tekan dan seret Fill Handle
ke bahagian bawah sel.)
Keluar dari Microsoft Excel
Terdapat tiga cara untuk keluar dari Microsoft Excel.
1. Klik File > Exit.
2. Klik butang ikon Excel pada sebelah kiri atas lembaran kerja. Kemudian, tekan Close.
3. Klik pada ikon x berwarna merah yang berada di sebelah kanan atas lembaran kerja.
6
Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel
MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2
Lajur dan Baris
Ringkasan
• Ubahsuai lebar lajur
• Menyalut teks
• Menambah baris
• Menambah lajur
• Menggabungkan sel
• Menyusun atur teks
• Menyimpan dokumen
7
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Kita boleh menyediakan satu jadual untuk mempersembahkan statistik penggunaan telefon
bimbit bagi kategori umur yang berlainan. Lembaran kerja ini dibina dan disimpan dalam
dokumen.
Mengubah Suai Kelebaran Lajur (Adjust the Column Width)
Untuk membina dokumen seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah, adakah teks di
sel A1 terlalu panjang dan terpendam? Bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah
ini?
Terdapat dua cara untuk mengubah suai lebar lajur di lembaran kerja.
Cara 1:
Gerakkan kursor tetikus pada lajur utama setelah simbol kursor bertukar menjadi .
Heret kursor tersebut ke sebelah kanan dan cuba ubah suai kelebaran lajur.
Lajur pertama menjadi lebih lebar
8
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Cara 2:
Gerakkan kursor ke lajur utama sehingga kursor tetikus bertukar kepada . Klik dua kali
supaya kelebaran lajur akan diubah suai secara automatik berpandukan kepada panjang teks
dalam lajur tersebut.
Menyalut Teks (Wrap text)
Apabila teks perkataan terlalu panjang dalam satu sel, teks tersebut akan hilang terpendam.
Untuk menampilkan teks yang terpendam, anda boleh menggunakan fungsi Wrap Text.
Pertama sekali, klik pada sel yang dikehendaki untuk fungsi Wrap Text, tekan pada butang
9
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Menambah Baris
Terdapat dua kaedah untuk menambah baris:
Kaedah 1:
Pilih baris pertama, klik pada Home > Cells> Insert> Insert Sheet Rows.
Kaedah 2:
Pilih baris pertama, klik pada butang kanan tetikus dan pilih Insert.
Baris baharu ditambah Anda boleh tambah
teks perkataan dalam
baris yang baharu.
10
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Menambah Lajur
Terdapat dua kaedah untuk menambah jalur yang baharu:
Kaedah 1:
Pilih lajur pertama, klik pada Home > Cells> Insert> Insert> Insert Sheet Columns.
Kaedah 2:
Setelah memilih lajur pertama, tekan butang kanan pada tetikus dan pilih Insert.
11
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Nota Tambahan:
Jika anda perlu memadamkan satu baris atau lajur, pilih baris atau lajur tesebut, kemudian
Cara 1:
Tekan butang kanan pada tetikus dan pilih Delete.
Cara 2:
Anda boleh memilih Home > Cells > ikon Delete.
Penggabungan Teks
Kita boleh menggabungkan beberapa sel ke dalam satu sel dan mengubah suai teks ke bahagian
tengah dalam sel gabungan teks.
PIlih sel A1 ke D1 untuk digabungkan, klik pada ikon Merge & Centre, untuk menggabungkan
serta menyusun atur teks ke bahagian tengah dalam sel yang baharu.
12
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Menyusun Atur Teks
Pilih sel yang diingini untuk disusun atur, klik Home > Alignment > ikon Center
Semua teks perkataan akan disusun atur ke tengah (center) sel.
Semua teks telah disusun atur ke
bahagian tengah dalam sel.
13
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Menyimpan Fail
Klik File dan klik Save As untuk menyimpan dokumen.
Dalam petak dialog Save As:
a. Buka lokasi yang diingini untuk menyimpan dokumen tersebut.
b. Isi nama untuk fail tersebut.
c. Klik pada Save untuk menyimpan fail.
a
b
c
Setelah fail disimpan, kita boleh mengubah suai fail untuk disimpan melalui kaedah yang
berikut:
Kaedah 1:
Klik pada butang Save .
Kaedah 2:
Tekan Ctrl dan S pada papan kekunci secara serentak.
14
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Nota Tambahan:
Jika anda ingin memasukkan nombor yang sama atau huruf yang berulang berkali-kali pada
sel yang berlainan, anda boleh menggunakan fungsi Copy dan Paste.
Kaedah 1 :
Pilih nombor atau huruf dan tekan Ctrl dan C secara serentak pada papan kekunci untuk
menyalin (Copy). Kemudian, klik pada sel yang diingini serta tekan Ctrl dan V secara
serentak pada papan kekunci untuk menampal teks pada sel tersebut.
Kaedah 2 :
PIlih nombor dan huruf, kemudian
Tekan butang kanan pada Tekan butang kanan pada
tetikus untuk memilih sel tetikus dan pilih ikon Paste
yang diingini, pilih Copy
15
Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel
MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2
Memasukkan Gambar
Ringkasan
• Buka fail Excel
• Mengubah suai Teks
• Menukar Warna Latar Belakang
• Mengubah suai Sempadan
• Memasukkan Gambar
• Memasukkan Tajuk dan Footer
16
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Cuti sekolah sudah hampir tiba! Saya dan keluarga
merancang untuk melancong ke Pulau Langkawi. Kini, saya
boleh mencari maklumat penginapan dengan melayari
Internet!
Wah, terdapat banyak hotel untuk dipilih! Marilah kita
mengumpulkan maklumat dan mencipta satu jadual untuk
membandingkan harga mereka!
17
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Buka Fail Excel
Terdapat tiga cara untuk membuka satu fail Excel:
1. Tekan dua kali pada ikon Excel.
2. Tekan File > Open.
3. Tekan butang Open pada bar alat ringkas.
Membuka fail “holiday” pada Microsoft Excel.
a
b
Ubah suai bahagian tertentu dengan mengikut arahan.
a. Gunakan Merge & Center.
b. Selaraskan lebar lajur.
Nota: Gunakan arahan Merge & Center dan Center dengan mengikut kesesuaian.
18
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Mengubah suai Teks
Kita boleh mengubah format perkataan seperti jenis, saiz, warna dan gaya.
1. Klik pada sel perkataan yang ingin diubah.
2. Kemudian, klik butang Font pada bar alat Home.
ab
cd e f gh
a. Jenis Perkataan i
b. Saiz Perkataan
c. Tebal f. Sempadan
d. Huruf Condong g. Warna Latar Belakang
e. Garisan h. Warna Perkataan
i. Format Cell
Anda juga boleh membuka kotak dialog Format Cells (klik
pada tempat i) untuk mengubah format perkataan.
19
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
ac
b
d a. Jenis Perkataan
b. Garisan
c. Saiz Perkataan
d. Warna Perkataan
Apabila anda telah siap
mengubah suai,
klik pada butang OK.
Teks telah diubah suai dan diformat.
3. Teruskan dengan mengubah jenis, gaya, saiz dan warna pada perkataan yang lain.
20
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Menukar Warna Latar Belakang
1. Untuk memilih warna latar belakang pada sel, klik-kanan pada sel tersebut dan pilih
Format Cells.
2. Dalam kotak dialog Format Cells, pilih tab Fill dan pilih warna kesukaan anda.
Ini adalah warna yang anda pilih.
Jika anda ingin menukar warna yang
lain, klik pada warna tersebut.
3. Anda juga boleh pilih Pattern Style pada kotak dialog Format Cells.
Klik OK apabila siap.
21
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
4. Teruskan dengan memasukkan warna latar belakang pada sel yang lain.
Mengubah suai Sempadan
1. Pilih seluruh jadual, klik-kanan pada jadual dan pilih Format Cells.
2. Pada kotak dialog Format Cells, pilih tab Border, kemudian pilih Line Style, Color dan
Presets.
Anda boleh menyemak hasil jadual anda di sini.
Sempadan telah muncul!
22
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
3. Teruskan dengan sempadan bahagian jadual yang lain.
Memasukkan Gambar
Untuk menunjukkan maklumat dengan lebih jelas, gambar boleh dimasukkan.
1. Tambahkan satu baris yang baru di bawah baris ke-4 dan selaraskan lebar lajur.
Kemudian klik pada Insert > Illustration > Picture.
23
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)
Tahun 3
2. Pada kotak dialog Insert Picture:
a. Buka lokasi gambar. Microsoft Excel
b. Tekan pada gambar a b
yang ingin c
dimasukkan.
c. Tekan butang Insert
untuk memasukkan
gambar.
Mengagihkan gambar ke lokasi yang
sesuai dan mengubahkan saiznya
dengan mengikut lebar lajur.
Teruskan dengan
memasukkan gambar
yang lain.
Ilmu Tambahan:
Jika terdapat dua gambar bertindih, klik-kanan pada gambar itu dan pilih Bring to Front
(gambar di atas) atau Send to Back (gambar di bawah) untuk menyesuaikan mereka.
Jika anda ingin menyalin gambar tersebut, anda boleh menekan kunci Ctrl dan
menyeretkan gambar dengan tetikus anda.
24
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Memasukkan Tajuk dan Footer
Anda boleh memasukkan tajuk pada jadual anda. Pilih
Insert> Text> Header & Footer.
Anda boleh memasukkan tajuk
“HOLIDAY LANGKAWI”.
Selepas itu, pilih sel yang anda ingin masukkan bilangan muka surat, kemudian klik
Header& Footer Design > Header & Footer Elements > Page Number.
25
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
a Fill b Font c Klik-kanan d Picture
1. Untuk membuka kotak dialog Format Cells, _____________ tetikus.
2. Dalam kotak dialog Format Cells, pilih ____________untuk memasukkan warna latar
belakang.
3. Dalam kotak dialog Format Cells, __________ membolehkan kita untuk mengubah suai
format perkataan.
4. Untuk memasukkan gambar, boleh pilih Insert> Illustration> ______________ .
Latih Tubi
1. Masukkan maklumat di bawah dalam Microsoft Excel dan ubah suai dengan mengikut
arahan berikut:
a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.
b. Gabungkan sel bagi tajuk dalam jadual.
c. Selaraskan semua teks ke tengah.
d. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
e. Masukkan gambar yang sesuai. Contoh
f. Masukkan tajuk “Fast Food”. Jawapan
g. Simpan fail tersebut.
26
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
2. Dengan menggunakan Microsoft Excel, buka fail “Motorola_ipad”, kemudian
ubah suai fail tersebut dengan mengikut arahan berikut:
a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.
b. Gabungkan sel bagi tajuk dalam jadual.
c. Selaraskan teks baris ke-2 ke tengah.
d. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
e. Masukkan gambar yang sesuai.
f. Simpan fail tersebut.
Contoh
Jawapan
3. Masukkan maklumat ke dalam Microsoft Excel dan ubah suai teks dengan mengikut
arahan berikut:
a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.
b. Gabungkan sel tajuk jadual.
c. Selaraskan teks baris ke-2 ke tengah.
d. Selaraskan teks Column A ke tengah.
e. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
f. Masukkan gambar yang sesuai.
g. Simpan fail tersebut.
Hari Jadual UPSR Tahun 2012 Subjek
Selasa Masa BM (Pemahaman)
BM (Penulisan)
Rabu 08:15a.m. – 09:05a.m. Matematik (Kertas 2)
Khamis 09:45a.m. – 11:00a.m. Matematik (Kertas 1)
11:45a.m. – 12.25p.m. BC (Pemahaman)
08:15a.m. – 09.15a.m. BC (Penulisan)
09:45a.m. – 10:45a.m. Sains
11:45a.m. – 1.00p.m. BI (Kertas 1)
08:15a.m. – 09.35a.m. BI (Kertas 2)
10:15a.m. – 11:05a.m.
11:45a.m. – 1.00p.m.
Contoh
Jawapan
27
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
4. Masukkan maklumat ke dalam Microsoft Excel dan ubah suai teks dengan mengikut
arahan berikut:
a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.
b. Gabungkan sel tajuk jadual.
c. Selaraskan teks mengikut format paragraph yang sesuai.
d. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
e. Masukkan gambar yang sesuai.
f. Simpan fail tersebut.
Contoh
Jawapan
28
Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel
MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2
Formula dan Fungsi
Ringkasan
• Memahami formula dan fungsi
• Mempelajari kegunaan fungsi: SUM, MAX, MIN, AVERAGE
• Mempelajari kegunaan operasi: tambah, tolak
29
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Marilah kita menggunakan Microsoft Excel untuk Microsoft Excel
menghasilkan rumusan keputusan peperiksaan dan mengira
serta menganalisis data tersebut dengan fungsi.
Peranan utama spreadsheet adalah untuk mengira dengan
cepat dan tepat. Oleh itu, formula dan fungsi dalam
spreadsheet memainkan peranan yang penting.
Apakah itu Formula dan Fungsi dalam Spreadsheet?
Formula Fungsi
Kita boleh memasukkan apa-apa Menggunakan cara pengiraan
formula yang ingin dikira, yang telah ditetapkan, asalkan
contohnya jumlah dan purata. argumen yang betul dimasukkan,
hasil pengiraan akan diperolehi.
Jika input yang salah dimasukkan, Kita tidak boleh mengubah
pengiraan akan menjadi salah. formula pengiraan yang telah
ditetapkan.
Diwakili oleh simbol,
contohnya =C2+C3 Diwakili oleh teks tertentu,
contohnya =SUM(C2:C3)
30
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)
Tahun 3
SUM – Mengira Jumlah
1. Buka fail yang baharu dan masukkan data berikut: Microsoft Excel
2. Pilih sel G3 dan pilih ∑ (Sum).
3. Kemudian akan muncul =SUM(B3:F3) dalam Formula Bar. Disebabkan tiada data pada sel
F3, maka tukarkan F kepada E.
31
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
4. Selepas itu, klik √ atau tekan kunci Enter pada papan kekunci anda.
Jumlah markah telah dikira!
5. Kita boleh tekan dan seret Fill Handle ke bawah untuk mengira jumlah markah murid
yang lain dengan cepat.
32
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
MAX - Cari nombor yang tertinggi dalam kumpulan
1. Untuk mencari markah yang tertinggi bagi setiap subjek, pilih sel B10. Kemudian, klik
pada panah di sebelah ∑ (Sum) dan pilih Max daripada menu yang muncul.
*=MAX(B3:B9) akan mumcul dalam Formula Bar.
Memandangkan sel B9 tidak mempunyai data,
kita tukarkan 9 kepada 8.
Selepas itu, klik √ atau tekan kunci Enter pada papan kekunci anda.
33
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Gunakan Fill Handle untuk menyalin formula tersebut supaya markah tertinggi bagi subjek
yang lain dapat ditentukan.
Inilah markah tertinggi bagi semua subjek!
MIN – Cari nombor yang paling rendah dalam kumpulan
Langkah yang sama dengan MAX. Untuk mencari markah yang paling rendah, pilih MIN.
Tukarkan “=MIN(B10)
kepada “=MIN(B3:B8)
di Formula Bar.
34
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)
Tahun 3
Inilah markah paling rendah
bagi semua subjek!
AVERAGE – Mengira purata bagi nilai
Langkah yang sama dengan MIN dan MAX. Pilih AVERAGE untuk mengira purata.
Inilah nilai purata bagi semua subjek.
35