MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK)
MODUL APLIKASI
PENDIDIKAN
ISLAM
Tahun satu
BASIC LOGO & IDENTITY GUIDELINES KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA / MINISTRY OF EDUCA
Color scheme Black & white
C 100 % C 0% Black : 100% Black : 30%
M 91.82 % M 34.85 %
Y 18.82 % Y 81.13 %
K 5.99 % K 0%
Dark background
2017
Kata-kata aluan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 akan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat bermula di Tahun 1 pada 2017. Salah satu fokus utama dalam
kurikulum ini adalah Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Modul TMK adalah berfokuskan kepada Kemahiran Pemikiran Komputasional (KPK)
sejajar dengan perubahan trend global. Modul TMK akan disepadukan dalam mata
pelajaran di sekolah rendah secara berperingkat bermula dengan Tahun 1. Melalui
KPK murid dilatih berfikir secara logik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah
dengan menggunakan prinsip asas sains komputer melalui kemahiran yang terdapat
dalam perisian pemproses kata, persembahan, hamparan elektronik, penyuntingan
audio, penyuntingan video, penyuntingan grafik, pengaturcaraan dan algoritma.
Pelaksanaan Modul TMK dalam KSSR (Semakan 2017) adalah bertujuan bagi memastikan
murid berupaya mengaplikasi kemahiran, mengukuhkan pengetahuan dan menghayati
nilai serta etika dalam penggunaan TMK agar dapat melahirkan murid yang boleh
mencipta dan berinovasi.
Saya bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak terlibat terutamanya kepada Perbadanan
Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam penyediaan Modul TMK ini. Saya berharap
usaha murni ini dapat memenuhi visi pendidikan dan aspirasi murid untuk keperluan
negara pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
PENDAHULUAN
Modul Aplikasi ialah modul yang mengandungi kemahiran TMK yang diajar melalui
pengintegrasian dalam mata pelajaran sedia ada. Sekolah hendaklah melaksanakan
Modul TMK yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang bersesuaian dengan mata
pelajaran tersebut.
Modul Aplikasi yang disediakan perlu dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru
mata pelajaran masing-masing dalam peruntukan waktu mata pelajaran. PdP Modul
TMK boleh dilaksanakan di makmal komputer atau dalam bilik darjah mengikut kesesuaian
kemahiran TMK yang hendak diajar. Guru perlu merujuk Buku Panduan Pelaksanaan
Modul TMK yang memperincikan kaedah pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Buku tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang http://bpk.moe.gov.my/.
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
Tahun 1 (2017) yang terlibat dalam pengintegrasian kemahiran TMK adalah seperti
berikut:
PENDAHULUAN
1
Standard Standard Komponen Kemahiran Perkakasan /
Kandungan Pembelajaran TMK TMK Perisian yang
digunakan
1.15 1.15.3 1.0 1.11 i. Sound recorder
Menghafaz dan Memperdengarkan Mengemukakan Menghasil dan ii. Perisian
mengamalkan hafazan surah idea dan maklumat menyunting imej,
surah al-Fatihah al-Fatihah dengan secara kreatif dan audio atau video. persembahan
dengan betul dan betul dan inovatif dengan
bertajwid. bertajwid. menggunakan TMK.
2
Tahun satu
modul
Standard Pembelajaran 1.15.3
PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN SATU
Standard Pembelajaran 1.15.3
Memperdengarkan hafazan surah al-Fatihah dengan
betul dan bertajwid
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Senarai Semak 4
Kemahiran Asas 5
11
TMK 12
Rancangan
Pengajaran
Lembaran
Kerja 1
Rubrik
Pentaksiran
3
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
Senarai Semak Kemahiran Asas TMK :
Sebelum memulakan PdP, guru hendaklah mengenal pasti samada murid telah
menguasai kemahiran asas seperti berikut:
Bil. Kemahiran Asas TMK
1 Merekod audio menggunakan perisian Sound Recorder
2 Menyisip audio dalam perisian Microsoft Power Point
4
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
1.15
SURAH AL-FATIHAH
Rancangan Pengajaran
Standard Kandungan Persediaan:
1.15 Menghafaz dan mengamalkan 5 hingga 10 minit
surah al-Fatihah dengan betul dan
bertajwid. Pengajaran:
1 jam
Standard Pembelajaran
Murid boleh Penerapan Kemahiran TMK:
1.2 Menyisip kotak teks, imej, jadual, audio
1.15.3 Memperdengarkan hafazan
surah al-Fatihah dengan betul dan atau video. Menghasil dan menyunting
bertajwid. imej, audio atau video.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) 1.11 Menghasil dan menyunting imej, audio
Bahan untuk satu kelas atau video.
i. Projektor LCD
ii. Komputer/komputer riba
Bahan untuk setiap murid
i. Fail Microsoft Powerpoint PI1 surah al-Fatihah dalam bentuk soft copy
ii. Set kad imbasan dari Lembaran 1.
Persediaan
i. Guru memuat turun fail Microsoft PowerPoint PI1.
ii. Guru menyediakan bahan set induksi berikut:
a. Setiap kumpulan disediakan satu Lembaran 1.
b. Gunting potongan kalimah surah al-Fatihah.
c. Laminat hasil guntingan supaya boleh diguna pakai berulang kali.
d. Simpan setiap set dalam beg plastik untuk memudahkan guru waktu menyebarkan.
e. Bahan pada murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pemetaan Modul Kemahiran Asas
i. Modul Microsoft PowerPoint 1: Teks dalam PowerPoint.
ii. Modul Perisian Sound Recorder.
5
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
SET INDUKSI
1. Guru menayangkan video bacaan surah al-Fatihah pelbagai Qari untuk menarik minat murid.
Contoh:
i. https://www.youtube.com/watch?v=RXYtgfWVswU
ii. https://www.youtube.com/watch?v=o-YIfnW1GTg
iii. https://www.youtube.com/watch?v=hv6Q7O1zeO0
iv. https://www.youtube.com/watch?v=kSee3OsQ338
v. https://www.youtube.com/watch?v=uoaeI2XFc0Y
INDUKSI
6
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
AKTIVITI 1
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan (4 murid setiap kumpulan).
2. Setiap kumpulan diberikan satu set kad imbasan kalimah surah al-Fatihah (Lampiran 1).
3. Dalam kumpulan masing-masing, murid mesti menyusun kad imbasan kalimah surah
al-Fatihah untuk membentuk ayat dan surah yang lengkap.
4. Wakil murid setiap kumpulan diminta untuk membaca berdasarkan potongan kalimah
yang telah disusun.
5. Guru membetulkan susunan ayat dan sebutan setiap bacaan jika perlu.
BBM
i. Kad Imbasan kalimah
surah al-Fatihah (Lampiran 1)
AKTIVITI
7
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
AKTIVITI 2
1. Setiap kumpulan melantik seorang murid turus untuk mendengar dan membimbing rakan sebaya
untuk membaca surah al-Fatihah.
2. Murid turus kumpulan akan mendengar dan mencatat nama ahli kumpulan yang berjaya
membaca dan menghafal dengan betul.
3. Guru memberikan pemulihan bacaan kepada murid-murid yang tidak boleh menguasai
bacaan surah al-Fatihah.
4. Bagi ahli kumpulan yang sudah menghafal surah al-Fatihah, mereka akan melafaz dan merekod
surah al-Fatihah bersama-sama menggunakan perisian Sound Recorder.
(rujuk Modul Kemahiran Asas TMK)
5. Setiap kumpulan membuka fail Microsoft Powerpoint PI1 al-Fatihah yang telah disediakan.
6. Fail Microsoft Powerpoint PI1 al-Fatihah sudah pun dilengkapi dengan ayat surah al-Fatihah
pada setiap slaid.
7. Pada slaid pertama PowerPoint, taipkan semua nama ahli kumpulan.
8. Setiap slaid dalam fail telah pun dilengkapi dengan setiap ayat daripada Surah al-Fatihah.
9. Setiap murid dalam ahli kumpulan akan bergilir-gilir untuk menyisip bacaan ayat yang telah
dirakam pada setiap slaid pada fail PowerPoint.
BBM
i. Komputer riba
ii. Perisian Microsoft PowerPoint
iii. Fail Microsoft Powerpoint Pl1
al Fatihah
PENERAPAN
KEMAHIRAN TMK
i. 1.2
AKTIVITI
8
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
AKTIVITI TAMBAHAN
1. Setiap kumpulan akan bertukar fail perisian Microsoft PowerPoint masing-masing dengan
kumpulan lain.
2. Ahli kumpulan lain akan mendengar hasil rekod audio rakan-rakan daripada kumpulan lain.
3. Murid akan memberikan markah 1 hingga 4 pada bahagian nota slaid perisian Microsoft
PowerPoint.
Contoh cara memberi markah
4. Selepas semua rekod bacaan audio telah didengar, kembalikan fail pada kumpulan
audio tersebut.
5. Setiap kumpulan melihat markah yang diberi oleh rakan dari kumpulan lain.
6. Murid bincang dalam kumpulan cara untuk membaiki bacaan masing-masing.
BBM
i. Komputer riba
ii. Perisian Microsoft PowerPoint
iii. Fail Microsoft Powerpoint Pl1
AKTIVITI PENERAPAN
KEMAHIRAN TMK
i. 1.2
ii. 1.11
9
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
REFLEKSI
1. Guru mendapatkan semula perhatian murid.
2. Guru meminta beberapa murid untuk memainkan hasil rekod audio mereka yang mendapat
markah tinggi oleh rakan mereka.
3. Guru meminta beberapa murid untuk berkongsi cara membaiki bacaan supaya menjadi lebih
baik lagi.
REFLEKSI
10
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
LEMBARAN KERJA 1
Arahan kepada guru: Gunting setiap kotak di bawah untuk dijadikan kad imbasan.
Pastikan guru membuat salinan cukup untuk setiap kumpulan.
LEMBARAN KERJA
11
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
Rubrik Pentaksiran
Nama :
Tarikh :
Bil. Komponen Kemahiran R
TMK TMK
1. 1.0 1.2 Murid b
Mengemukakan Menyisip kotak menyis
idea dan teks, imej, jadual, mengg
maklumat secara audio atau video. perisia
Record
kreatif dan inovatif
melalui TMK. meruju
Modul
Asas d
meme
bimbin
Tahun :
Rendah Tahap Cemerlang
1 3
Mahir
2
berjaya Murid berjaya Murid melepasi
sip audio menyisip audio tahap
gunakan menggunakan penguasaan
an Sound perisian Sound mahir dengan
der setelah Recorder dengan memaparkan
uk kepada sedikit bimbingan kemahiran tanpa
Kemahiran guru dan tanpa merujuk kepada
dan merujuk kepada Modul Kemahiran
erlukan Modul Kemahiran Asas dan tanpa
ngan guru. Asas TMK. bimbingan guru.
12
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
Bil. Komponen Kemahiran
TMK TMK
2. 1.0 1.11 Murid
Mengemukakan Menghasil dan mere
idea dan menyunting imej, meng
maklumat secara audio atau video. peris
Reco
kreatif dan inovatif
melalui TMK. meru
Modu
Asas
mem
bimb
Rendah Tahap Cemerlang
1 3
Mahir
2
d berjaya Murid berjaya Murid melepasi
ekod audio merekod audio tahap
ggunakan menggunakan penguasaan
sian Sound perisian Sound mahir dengan
order setelah Recorder dengan memaparkan
ujuk kepada sedikit bimbingan kemahiran tanpa
ul Kemahiran guru dan tanpa merujuk kepada
s dan merujuk kepada Modul Kemahiran
merlukan Modul Kemahiran Asas dan tanpa
bingan guru. Asas TMK. bimbingan guru.
13
Standard Pembelajaran 1.15.3 | PEND. ISLAM TAHUN 1
PAUTAN BAHAN POWER POINT TMK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
PI1 Al-Fatihah
http://tiny.cc/PIALFATIHAHTMKTAHUN1
Disusun semula oleh Unit TMK Sektor Pembelajaran (SPb) JPN Pulau Pinang
Modul teknologi maklumat
dan komunikasi
Modul KEMAHIRAN ASas
TMK
2017
Kata-kata aluan
Ketua pengarah pelajaran malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 akan dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat bermula di Tahun 1 pada 2017. Salah satu fokus utama dalam kurikulum ini adalah Modul
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Modul TMK adalah berfokuskan kepada Kemahiran Pemikiran Komputasional (KPK) sejajar dengan
perubahan trend global. Modul TMK akan disepadukan dalam mata pelajaran di sekolah rendah secara
berperingkat bermula dengan Tahun 1. Melalui KPK murid dilatih berfikir secara logik dan sistematik
dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip asas sains komputer melalui kemahiran
yang terdapat dalam perisian pemproses kata, persembahan, hamparan elektronik, penyuntingan
audio, penyuntingan video, penyuntingan grafik, pengaturcaraan dan algoritma.
Pelaksanaan Modul TMK dalam KSSR (Semakan 2017) adalah bertujuan bagi memastikan murid
berupaya mengaplikasi kemahiran, mengukuhkan pengetahuan dan menghayati nilai serta etika
dalam penggunaan TMK agar dapat melahirkan murid yang boleh mencipta dan berinovasi.
Saya bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak terlibat terutamanya kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam
penyediaan Modul TMK ini. Saya berharap usaha murni ini dapat memenuhi visi pendidikan dan
aspirasi murid untuk keperluan negara pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
PENGENALAN
Modul Kemahiran Asas TMK ialah modul yang mengandungi kemahiran asas TMK yang perlu dikuasai oleh
murid untuk melaksanakan Modul Aplikasi. Bagi murid yang masih belum menguasai kemahiran TMK, murid
akan menggunakan Modul Kemahiran Asas yang bertepatan dengan kemahiran dalam Modul Aplikasi yang
digunakan oleh guru pada hari tersebut. Guru hendaklah membimbing murid dengan menggunakan Modul
Kemahiran Asas yang disediakan.
Modul Kemahiran Asas yang akan dilaksanakan oleh murid Tahun 1 mulai 2017 adalah seperti berikut:
i) Modul Perisian Microsoft PowerPoint
ii) Modul Perisian Microsoft Word
iii) Modul Perisian Microsoft Paint
iv) Modul Sound Recorder
v) Modul Pelayar Web
Modul Kemahiran Asas yang disediakan dilaksanakan dalam peruntukan waktu mata pelajaran sedia ada. PdP
boleh dilaksanakan di makmal komputer atau dalam bilik darjah mengikut kesesuaian kemahiran asas yang
hendak diajar. Guru perlu merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Modul TMK yang memperincikan kaedah
pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku tersebut boleh dimuat turun di laman
sesawang http://bpk.moe.gov.my/.
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat
Komputer Pertama Saya 1
Microsoft Paint 22
Microsoft PowerPoint 69
Microsoft Word
Pelayar Web 203
Sound Recorder 270
295
Perincian
modul Kemahiran asas
KOMPUTER PERTAMA SAYA
MICROSOFT PAINT
1. Modul Kemahiran Asas Microsoft Paint.
2. Modul Perisian Microsoft Paint 1:
Menghasilkan Bentuk.
3. Modul Perisian Microsoft Paint 2:
Menghasilkan Lukisan dengan Gabungan Bentuk.
4. Modul Perisian Microsoft Paint 3:
Melukis Menggunakan Fungsi “Pencil”.
Komputer Pertama Saya 1
microsoft powerpoint
1. Modul Kemahiran Asas PowerPoint.
2. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 1:
Teks dalam Perisian Microsoft PowerPoint.
3. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 2:
Bentuk dalam Perisian Microsoft PowerPoint.
4. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 3:
Jadual dalam Perisian Microsoft PowerPoint.
5. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 4:
Imej dalam Perisian Microsoft PowerPoint.
6. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 5:
Audio dalam Perisian Microsoft PowerPoint.
Komputer Pertama Saya 2
microsoft WORD
1. Modul Kemahiran Asas Microsoft Word.
2. Modul Perisian Microsoft Word 1:
Teks dalam Perisian Microsoft Word.
3. Modul Perisian Microsoft Word 2:
Jadual dalam Perisian Microsoft Word.
4. Modul Perisian Microsoft Word 3:
Imej dalam Perisian Microsoft Word.
SOUND RECORDER
1. Perisian Sound Recorder
PELayar WeB
1. Pelayar Web
Komputer Pertama Saya 3
MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK)
MODUL KEMAHIRAN ASAS TMK
VOLUME BASS POWER
2017
Komputer Pertama Saya 4
AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER
Hai, nama saya Daniel! Saya akan membantu
anda mengenali perkakasan komputer seperti
rajah 1.
Mari kita menerokanya bersama Lily.
Rajah 1
Adakah anda mempunyai sebuah 5
set komputer di rumah?
Gambar di atas adalah contoh
sebuah set komputer.
Komputer Pertama Saya
AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER
Berikut adalah gambar
perkakasan komputer.
Unit Pemacu
sistem DVD-ROM
Port Bas
Bersiri Semesta
(Port USB)
Komputer Pertama Saya 6
AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER
Papan kekunci
Monitor
POWER
VOLUME BASS
Pembesar suara
Tetikus
Komputer Pertama Saya 7
AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER
Terdapat pelbagai jenis mikrofon
dan fon telinga pada komputer.
Mikrofon
Set fon telinga
bersama mikrofon
Fon telinga Fon
telinga
Mikrofon
Komputer Pertama Saya 8
AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER
Adakah anda pernah
melihat sebuah monitor?
Ini sebuah
monitor.
Melalui monitor, anda boleh melihat
gambar dan membaca teks.
Komputer Pertama Saya 9
AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER
Kenapa kita
memerlukan tetikus?
Tetikus digunakan untuk
mengawal penuding (pointer)
( ) di skrin komputer.
Komputer Pertama Saya 10
AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER
Adakah anda pernah
melihat papan kekunci?
Ini papan kekunci.
Papan kekunci digunakan untuk
menaip abjad, nombor dan simbol.
Ini contoh simbol-simbolnya:
!@#$%^&*()
Komputer Pertama Saya 11
AKTIVITI 2:
MENGHIDUPKAN KOMPUTER DENGAN
CARA YANG BETUL
Sekarang, saya akan mengajar
anda bagaimana menghidupkan
komputer dengan cara yang betul.
Langkah 1: Tekan butang pada unit sistem
seperti rajah 2.
Langkah 1
Rajah 2 Nota:
Kedudukan
butang adalah
berlainan mengikut sistem
unit masing-masing.
Komputer Pertama Saya 12
AKTIVITI 2:
MENGHIDUPKAN KOMPUTER DENGAN
CARA YANG BETUL
Langkah 2: Tekan butang pada monitor seperti
rajah 3.
Langkah 2
Monitor
Rajah 3
Satu paparan seperti rajah 4 di bawah akan muncul.
Monitor Sekarang, komputer
anda bersedia untuk
Rajah 4
digunakan.
Komputer Pertama Saya 13
AKTIVITI 3:
MENGGUNAKAN TETIKUS
(KLIK DAN KLIK DUA KALI)
Seterusnya, biar saya
terangkan kepada anda
tentang tetikus.
Butang kiri Butang kanan
Ini ialah tetikus.
Tetikus mempunyai dua butang.
Mari kita cuba klik dan terokai tetikus.
Lihat pada tetikus anda.
Tetikus mempunyai pelbagai rekaan.
Komputer Pertama Saya 14
AKTIVITI 3:
MENGGUNAKAN TETIKUS
(KLIK DAN KLIK DUA KALI)
Saya akan tunjukkan pada
anda cara memegang
tetikus dengan betul.
Langkah 1: Lihat rajah 5 di bawah, pegang dan gerakkan tetikus.
Rajah 5 Nota:
Pegang tetikus, kemudian cuba
gerakkan dan kawal penunding.
Apabila anda gerakkan tetikus,
penuding ( ) akan turut
bergerak di skrin komputer.
Komputer Pertama Saya 15
AKTIVITI 3:
MENGGUNAKAN TETIKUS
(KLIK DAN KLIK DUA KALI)
Langkah 2: Cuba klik tetikus seperti rajah 6 dan 7.
Rajah 6 Klik sekali
Rajah 7
Klik dan lepaskan
butang kiri
Klik dua kali
Klik dua kali dengan
cepat dan lepaskan
butang kiri.
Komputer Pertama Saya 16
AKTIVITI 4:
LATIHAN MENGGUNAKAN TETIKUS
Mari berlatih klik dan klik dua kali
dengan menggunakan tetikus.
Nyatakan apa yang berlaku.
Lihat rajah 8.
Klik Klik semula
Gerakkan Klik dua kali ikon
penuding arah My Computer
ke butang pada desktop
dan klik.
Rajah 8
Komputer Pertama Saya 17
AKTIVITI 5:
MENUTUP KOMPUTER DENGAN
CARA YANG BETUL
Pembelajaran sudah hampir
tamat. Saya akan tunjukkan
bagaimana menutup komputer
dengan cara yang betul.
Langkah 1: Klik dengan menggunakan tetikus.
Sila lihat rajah 9.
Langkah 2: Pilih Shut Down seperti rajah 9.
Langkah 1 Langkah 2
Klik Klik Shut Down
Rajah 9
Komputer Pertama Saya 18
AKTIVITI 5:
MENUTUP KOMPUTER DENGAN
CARA YANG BETUL
Langkah 3: Tunggu sehingga paparan di skrin monitor
menjadi gelap. Kemudian, tekan butang
seperti rajah 10.
Langkah 3
Monitor
Rajah 10
Komputer Pertama Saya 19
AKTIVITI 6:
KENAL PASTI KEDUDUKAN KEKUNCI ABJAD,
KEKUNCI NOMBOR DAN KEKUNCI ARAH
Ayuh, ikut saya
meneroka papan kekunci.
a) Kenal pasti kekunci
pada papan kekunci.
Esc (Escape) Kekunci nombor Backspace
Esc F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12 Prt Scr Scroll Pause
Lock Break
~
` ! @ # $ % ^ & * ( ) _ + Backspace Insert Home Page Num / *-
Up 9+
Tab Lock 6
123 456 7 890- = 3 Enter
Caps 78 .
Lock Q WE R T Y U I OP { } | Delete End Page
Shift Down 45 Del
Crtl [ ]\ 12
A S D F G H J K L : " Enter 0
;' Ins
Z X C V B N M < > ? Shift
,./
Alt Alt Ctrl
Kekunci abjad Kekunci arah
Palang penjarak
Enter
Komputer Pertama Saya 20
AKTIVITI 6:
KENAL PASTI KEDUDUKAN KEKUNCI ABJAD,
KEKUNCI NOMBOR DAN KEKUNCI ARAH
b) Kemahiran menaip pada kekunci abjad.
i) Mula menaip dengan meletakkan lapan jari
anda pada abjad A S D F dan J K L ;
Esc F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12
~ ! @ # $ % ^ & * ( ) _ + Backspace
`
123 456 7 890- =
Tab
Q WE R T Y U I OP { } |
Caps
Lock [ ]\
Shift A S D F G H J K L : " Enter
Crtl ;'
Z X C V B N M < > ? Shift
,./
Alt Alt Ctrl
ii) Gunakan jari yang betul pada setiap kekunci.
Cuba jangan melihat pada papan kekunci
ketika menaip.
Komputer Pertama Saya 21
MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK)
MODUL KEMAHIRAN ASAS TMK
Asas Microsoft
PowerPoint
2017
Asas MS PowerPoint 619
Prasyarat
Prasyarat
Murid boleh:
● menaip menggunakan papan kekunci
(Modul Komputer Pertama Saya : Aktiviti 6)
● menggunakan tetikus
(Modul Komputer Pertama Saya : Aktiviti 3)
Kemahiran
● Melancarkan perisian Microsoft PowerPoint
● Menyimpan fail menggunakan “Save As”
● Menutup perisian Microsoft PowerPoint
syahira
Lutfi
Asas Microsoft PowerPoint 70
Subjek Terlibat
● Bahasa Inggeris: Standard Pembelajaran 3.3.1 dan 4.4.1
● Bahasa Melayu: Standard Pembelajaran 2.3.1 dan 3.3.1
● Pendidikan Islam: Standard Pembelajaran 1.15.3
● PJK (Komponen Kesihatan):
Standard Pembelajaran 1.1.1 dan 2.1.1
● Pendidikan Kesenian (Komponen Seni Visual):
Standard Pembelajaran 1.1.1 , 1.1.2, 1.1.4 dan 3.1.1
● Pendidikan Kesenian (Komponen Muzik):
Standard Pembelajaran 3.2.1
● Sains: Standard Pembelajaran 6.1.1 dan 6.1.4, 7.1.4, 8.1.1,
8.1.2 dan 8.1.3
Perisian Setara & Rujukan
Tambahan
Perisian lain yang boleh digunakan selain daripada perisian
Microsoft PowerPoint serta tutorial video sebagai rujukan
tambahan:
● Google Slide:
Pengenalan Google Slide:
https://www.youtube.com/watch?v=4Pkxh2JndxE
Asas Microsoft PowerPoint 71
Perjalanan Menggunakan
Perisian Microsoft
PowerPoint
1 1 MULAMelancarkan perisian Nazrol
Microsoft PowerPoint
Cara 1 2 TUGASAN
Cara 2 2 Rujuk Modul
Microsoft PowerPoint
1, 2, 3, 4, dan 5
3 SIMPAN FAIL
Save As
3
5 BERJAYA ! Qari
Berjaya sehingga
4 Cara 1 peringkat terakhir
Cara 2
Cara 3 5
PENUTUP 4
Tutup Microsoft
PowerPoint
Asas Microsoft PowerPoint 72
Melancar Perisian
Microsoft PowerPoint
1 1 MULAMelancarkan perisian Fairuz
Microsoft Powerpoint
Cara 1 2 TUGASAN
Cara 2 2 Rujuk Modul
Microsoft PowerPoint
1, 2, 3, 4, dan 5
3 SIMPAN FAIL
Save As
3
5 BERJAYA ! Qari
Berjaya sehingga
4 Cara 1 peringkat terakhir
Cara 2
Cara 3 5
PENUTUP 4
Tutup Microsoft
PowerPoint
Asas Microsoft PowerPoint 73
Cara Pertama Melancarkan
Perisian Microsoft
PowerPoint
1 1 MULAMelancarkan perisian Johan
Microsoft PowerPoint
Cara 1 2 TUGASAN
Cara 2 2 Rujuk Modul
Microsoft PowerPoint
1, 2, 3, 4, dan 5
3 SIMPAN FAIL
Save As
3
5 BERJAYA ! Qari
Berjaya sehingga
4 Cara 1 peringkat terakhir
Cara 2
Cara 3 5
PENUTUP 4
Tutup Microsoft
PowerPoint
Asas Microsoft PowerPoint 74