The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul TMK untuk mata pelajaran PJPK Tahun 3. Disusun semula oleh unit TMK Sektor Pembelajaran (SPb) JPN Pulau Pinang.

Menggabungkan modul aplikasi dan kemahiran dalam satu set terbitan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TMK DIGITAL MOVERS, 2021-09-04 08:33:39

MODUL TMK PJPK TAHUN 3

Modul TMK untuk mata pelajaran PJPK Tahun 3. Disusun semula oleh unit TMK Sektor Pembelajaran (SPb) JPN Pulau Pinang.

Menggabungkan modul aplikasi dan kemahiran dalam satu set terbitan.

Keywords: TMK

PMKEEANMLDEAINYDSTIIEKARAINAN

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi

Modul Aplikasi

PENDIDIKAN JASMANI &
PENDIDIKAN KESIHATAN

(KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

Tahun 3

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi

PENDIDIKAN JASMANI

(KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)
Tahun 3

Modul Aplikasi TMK

1

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Jasmani)

Tahun 3

Standard Kandungan Persediaan: 5 hingga 10 minit
Pengajaran: 1 jam
1.4 Melakukan pelbagai corak pergerakan
mengikut irama.

2.4 Mengaplikasikan konsep pergerakan dalam
pergerakan berirama.

5.4 Membentuk kumpulan dan bekerjasama
dalam kumpulan.

Standard Pembelajaran

Murid boleh:

1.4.1 Melakukan pelbagai langkah lurus mengikut tempo muzik yang didengar seperti
step-close, schottische, polka dan grapevine.

2.4.2 Memilih langkah lurus yang sesuai digunakan untuk merekacipta rangkaian
pergerakan mengikut tempo muzik yang didengar.

5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan.

Penerapan Kemahiran TMK:

3.1 Menganalisis data melalui pengecaman corak.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan untuk satu kelas

- Komputer riba
- Pembesar Suara
- Muzik

Persediaan
1. Guru menyediakan sebuah komputer riba dan pembesar suara.
2. Guru menyediakan muzik yang akan digunakan semasa pengajaran.

2

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Jasmani)

Tahun 3

Rancangan Pengajaran 1 Cadangan aktiviti BBM/Catatan
Langkah

Set Induksi 1. Guru membimbing murid membuat aktiviti
(5 minit) memanaskan badan.

Aktiviti 1 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kemahiran TMK:
(10 minit) - 3.1
2. Murid di kumpulan A akan belajar langkah
lurus step-close dan schottische manakala BBM:
kumpulan B pula belajar langkah lurus Komputer riba,
grapevine dan polka. pembesar suara,
video
3. Guru mendemonstrasikan langkah lurus
tersebut kepada setiap kumpulan.

4. Murid-murid berlatih dan mengecam cara
menari dengan langkah lurus.

5. Selepas 5 minit, kumpulan-kumpulan kecil
dibentuk yang setiap satunya terdiri
daripada dua orang murid dari kumpulan A
dan dua orang murid dari kumpulan B.

6. Dalam setiap kumpulan kecil, wakil
kumpulan A dan wakil kumpulan B mengajar
satu sama lain tentang langkah lurus yang
telah dipelajari semasa dalam kumpulan
besar tadi. (Setiap ahli kumpulan perlu
memastikan semua ahli kumpulan
mempelajari langkah step-close, grapevine,
schottische dan polka.)

*Guru boleh menonton video di bawah
sebagai rujukan.

Video pengajaran Grapevine:

https://www.youtube.com/watch?v=Xx6L6tgH6ew&in-
dex=3&list=PLYYvEB D2Y7BhcVaA0uhZ00aVvOI_T6O
https://www.youtube.com/watch?v=Nc4osOrwC4A

Video pengajaran Step-close,
Schottische, Polka dan Grapevine:

https://www.youtube.com/watch?v=NAgwWbEDr8E

3

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Jasmani)

Tahun 3

Rancangan Pengajaran 1 Cadangan aktiviti BBM/Catatan
Langkah

Permainan (Simon Says)

1. Guru memainkan muzik dengan pembesar suara.

2. Murid-murid diberi tempoh 5 minit untuk
membuat latihan langkah lurus step-close,
grapevine, schottische dan polka dengan
mengikuti tempo muzik.

Aktiviti 2 3. Seterusnya, murid-murid perlu membuat langkah BBM:
(10 minit) lurus yang dinyatakan oleh guru dengan tepat. - Komputer riba
Guru akan memberi isyarat secara spontan - Pembesar suara
dengan berubah-ubah di antara 4 jenis - Muzik
langkah lurus.
Kemahiran TMK:
4. Murid yang tidak dapat mengikut arahan guru - 3.1
akan disingkirkan daripada saringan
permainan tersebut.

5. Lima orang murid yang dapat mengikut arahan
sampai ke saringan terakhir akan diberi ganjaran.

*Cadangan muzik:

https://www.youtube.com/watch?v=JYDnQ-8Ly-
HI&list=PLYYvEB D2Y7BhcVaA0uhZ00aVvOI_T6O

Penutup 1. Guru membimbing murid membuat aktiviti
(5 minit) menyejukkan badan

* Guru boleh menjalankan aktiviti dengan murid pada waktu pengajaran seterusnya sebagai
pengukuhan.

4

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Jasmani)

Tahun 3

Rancangan Pengajaran 2 Cadangan aktiviti BBM/Catatan
Langkah

Set Induksi 1. Guru membimbing murid membuat aktiviti
(5 minit) memanaskan badan.

Aktiviti 1 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan.
(10 minit)
2. Murid membuat perbincangan dalam
kumpulan untuk mereka cipta rangkaian
pergerakan dengan menggunakan 4 jenis
langkah lurus yang telah dipelajari (step-
close, grapevine , schottische, dan polka)
untuk tempoh (1 minit).

3. Rangkaian tersebut perlu melibatkan Kemahiran TMK:
sekurang-kurangnya 4 set langkah lurus - 3.1
step-close dan 4 set langkah lurus
grapevine.

4. Murid menyenaraikan rangkaian mereka
pada sekeping kertas.

Contoh :
step-close – grapevine - step-close - step-close
grapevine - grapevine – step-close - step-close

*Contoh:
https://www.youtube.com/watch?v=2W636Qgqvqo

Aktiviti 2 1. Guru memainkan muzik dengan pembesar BBM:
(10 minit) suara. - Komputer riba
- Pembesar
2. Setiap kumpulan mempersembahkan
rangkaian mereka secara bergilir-gilir. suara
- Muzik
3. Kumpulan yang lain melihat dan menyemak
sama ada kumpulan yang mempersembahkan Kemahiran TMK:
tarian mereka telah mengikut urutan yang - 3.1
betul berpandukan kepada rangkaian yang
dipaparkan di hadapan kelas.

5

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Jasmani)

Tahun 3

Rancangan Pengajaran 2

Langkah Cadangan aktiviti BBM/Catatan

4. Keseluruhannya, 10 markah akan diberi
kepada setiap kumpulan berdasarkan
persembahan yang ditarikan. Setiap
kesilapan akan dipotong 1 markah.

5. Murid berbincang dan memilih kumpulan
yang terbaik.

Penutup 1. Guru membimbing murid membuat aktiviti
(5 minit) menyejukkan badan

6

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi

PENDIDIKAN KESIHATAN

(KOMPONEN PENDIDIKAN KESIHATAN)
Tahun 3

Kemahiran Berfikir
Secara Komputasional

7

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)

Tahun 3

Standard Kandungan Persediaan: 5 hingga 10 minit
Pengajaran: 1 jam
7.1 Kemahirankecekapan psikososial untuk
menjaga keselamatan diri.

Standard Pembelajaran
Murid boleh:

7.1.1 Menyatakan maksud ancaman sekeliling.

7.1.2 Membincangkan persekitaran yang boleh mengancam keselamatan diri.

7.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah mengelakkan situasi yang boleh mengancam
keselamatan diri.

Penerapan Kemahiran TMK:
4.4 Menerapkan amalan teknologi hijau dalam TMK.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Bahan untuk satu kelas

- Projektor LCD
- Komputer/ komputer riba
- Pembesar Suara
- Fail Microsoft PowerPoint (Pengajaran)

Persediaan
1. Guru memuat turun fail video https://www.youtube.com/watch?v=zdIgNDQYAz8

8

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)

Tahun 3

Rancangan Pengajaran 2

Langkah Cadangan aktiviti BBM/Catatan

Set Induksi 1. Guru menulis perkataan “KESELAMATAN DIRI“
(5 minit) di atas papan putih.

2. Murid memberi pandangan tentang maksud
perkataan tersebut.

3. Guru membimbing murid menyatakan tempat
atau situasi yang membahayakan diri.

4. Guru menjelaskan ancaman sekeliling.

Aktiviti 1 1. Guru memainkan tayangan video tentang BBM:
(20 minit) ancaman di persekitaran sekolah. - Komputer/
https://www.youtube.com/watch?v=zdIgNDQYAz8
Komputer riba
2. Murid mencatatkan jenis ancaman - Projektor LCD
sekeliling berdasarkan tayangan - Tayangan video
video tersebut.

3. Guru memainkan semula tayangan
video supaya murid dapat meneliti isi
kandungan video.

Ancaman Sekeliling:

- Laluan kaki lima sekolah.

- Kawasan tangga

- Padang sekolah

- Stor sukan

- Makmal sains

9

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)

Tahun 3

Langkah Cadangan aktiviti BBM/Catatan

4. Guru membimbing murid menyatakan Penerapan TMK:
ancaman sekeliling selain daripada isi 4.4 Menerapkan
kandungan tayangan video. Contoh amalan teknologi
jawapan : hijau dalam TMK.

- Orang yang tidak dikenali bercakap
dengan anda.

- Orang yang tidak dikenali mengekori
anda semasa berjalan bersendirian.

5. Guru memaparkan jadual tentang jenis emel
yang diterima oleh pengguna emel. Murid
memerhati dan membuat keputusan sama
ada murid akan membuka emel atau
memadamkan emel tersebut dengan
memberi justifikasi.

Pengirim Subjek Buka/ Padam

Amin Apa khabar?
M el1990@g m ail.c om Hi from Melvin
Freegames.com Free games for you!
[email protected] Congratulations .You
won RM 2000

Guru membimbing murid berbincang tentang
kesan membuka atau membalas emel yang
mendatangkan ancaman kepada pengguna emel.

10

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)

Tahun 3

Langkah Cadangan aktiviti BBM/Catatan

Aktiviti 2 1. Dalam kumpulan, murid memilih salah satu BBM:
(Aktiviti ancaman sekeliling yang ditunjukkan dalam - Komputer/
Kumpulan) tayangan video atau hasil perbincangan kelas.
(30 minit) Komputer riba
2. Murid perlu berbincang dan menyenaraikan - Projektor LCD
langkah-langkah untuk mengelakkan situasi - Ms PowerPoint
yang boleh mengancam keselamatan diri.
Penerapan TMK:
3. Hasil perbincangan akan dicatatkan dalam 4.4 Menerapkan
Microsoft PowerPoint. amalan teknologi
hijau dalam TMK.
Aktiviti alternatif:
Murid boleh mempersembahkan hasil
perbincangan melalui lakonan.

Penutup 1. Guru menerangkan kepentingan menjaga Nilai :
(30 minit) keselamatan diri. Berhati-hati

2. Murid boleh memainkan aplikasi
permainan di laman web untuk lebih
memahami ancaman siber dalam
kehidupan harian.

https://www.esafety.gov.au/kids-quiz/

11

PMKEEANMLDEANIYDSTIIEKARAINAN

Modul Kemahiran Asas TMK

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Tahun 2

Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2

Memasukkan Data
Ringkasan

• Pengenalan kepada perisian Microsoft Excel
• Memulakan perisian Mirosoft Excel
• Pengenalan kepada sel (cell), baris (row), lajur (column) dan

buku kerja (worksheet)
• Membuka fail yang baru
• Memasukkan teks perkataan
• Kembali kepada operasi yang sebelumnya.
• Memasukkan data secara automatik
• Keluar dari Microsoft Excel

1

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Mengenali Microsoft Excel

Microsoft Excel merupakan salah satu perisian dalam kategori helaian elektronik
(spreadsheet). Ia dapat berfungsi dengan cepat dan tepat dalam mengendalikan pengiraaan
data, analisis data dan mempersembahkan data statistik serta membentuk jadual dengan
berkesan. Kita boleh menggunakan perisian ini untuk menjalankan kiraan perbelanjaan
seharian, analisis pelaburan saham, analisis pencapaian murid melalui statistik serta
menyenangkan proses perniagaan dalam urusan jualan, stok, akaun dan penyata kewangan.

Memulakan Microsoft Excel

Klik Start > All Program > Microsoft Office > Microsoft Excel 2010, untuk memulakan
aplikasi ini.

Antaramuka Microsoft Excel

a
b

c

d

e d. Lokasi Kerja
e. Lembaran Kerja
a. Petak Arahan Pintas
b. Label
c. Ribbon yang mengandungi ikon

arahan kerja

2

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Pengenalan kepada Sel, Lajur, Baris dan Lembaran Kerja

Lajur (Column)
Lajur ini dikenali dengan huruf A
hingga IV. Terdapat sejumlah 256
lajur kesemuanya.

Sel
Setiap sel dikenali dengan nombor
baris dan lajur. Secara ringkasnya, A1
melambangkan sel di lajur A, baris 1.

Baris (Row)
Petak baris dikenali dengan nombor
1 hingga 65,536. Terdapat sejumlah
65,536 baris kesemuanya.

Lembaran Kerja
Secara default, Excel menyediakan 3
lembaran kerja di buku kerja yang baharu.

3

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Membina Fail yang baharu

Klik File > New, pilih Blank Workbook > Create.

1 3
2

4

Masukkan maklumat berikut ke dalam lokasi kerja.

Kita boleh memasukkan data yang berikut dalam lembaran kerja Excel:

• Nombor • Tarikh

• Perkataan • Masa

4

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Terdapat dua kaedah untuk memasukkan teks ke dalam lembaran kerja Excel.

Kaedah 2 Kaedah 1 Microsoft Excel

Kaedah 1:

1. PIlih sel (A2) yang diperlukan, tekan pada Formula Bar dan mula memasukkan teks
perkataan.

2. Setelah mengenal pasti teks perkataan tersebut, tekan √. Jika ada keperluan
untuk membetulkan teks atau ingin memadamkan teks, tekan ×

Kaedah 2:

1. PIlih sel (A2) dan mula memasukkan teks perkataan.

Peringatan:

Semasa memasukkan teks perkataan, tekan Enter untuk memastikan teks anda berada dalam
sel yang dipilih terlebih dahulu. Ia akan bergerak ke sel di bawah sel yang sebelumnya
supaya anda boleh memasukkan teks di sel yang baharu. Untuk menggerakkan sel ke sebelah
kanan, tekan Tab. Anda juga boleh menggerakkan cursor di sekeliling sel dengan
menggunakan papan kekunci.

Memasukkan Format Tarikh

Klik bahagian kanan pada tertikus dalam sel yang dipilih, pilih Format Cells. Kemudian, di petak
dialog Format Cells, pilih Date dan pilih format tarikh yang diingini.

Kembali ke Operasi yang sebelumnya

1. Tekan Ctrl dan Z secara serentak pada papan kekunci.
2. Klik pada butang Undo.

5

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Pengisian Automatik (Autofill)

1. Melalui teknik seretan pada lembaran kerja, data yang banyak dengan data yang
seragam dapat diisi secara automatik dengan cepat dan tepat.
(Contohnya, isi nombor siri dari 1005001 hingga ke 1005009)

2. Pilih satu sel dan isi nombor pertama dalam siri 1005001. Anda dapat perhatikan satu
petak hitam di sisi kanan bahagian bawah sel yang dipilih. Ia dikenali sebagai Fill Handle.

3. Tekan dan seret Fill Handle ke bahagian bawah. Kemudian klik Auto Fill option, pilih
fill series untuk memulakan operasi pengisian automatik.

Selain itu, anda juga boleh menyalin data yang sama ke sel lain dengan mudah.
(Contohnya, setiap sel mengandungi 5E di bawah class murid. Tekan dan seret Fill Handle
ke bahagian bawah sel.)

Keluar dari Microsoft Excel

Terdapat tiga cara untuk keluar dari Microsoft Excel.
1. Klik File > Exit.
2. Klik butang ikon Excel pada sebelah kiri atas lembaran kerja. Kemudian, tekan Close.
3. Klik pada ikon x berwarna merah yang berada di sebelah kanan atas lembaran kerja.

6

Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2

Lajur dan Baris
Ringkasan

• Ubahsuai lebar lajur
• Menyalut teks
• Menambah baris
• Menambah lajur
• Menggabungkan sel
• Menyusun atur teks
• Menyimpan dokumen

7

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Kita boleh menyediakan satu jadual untuk mempersembahkan statistik penggunaan telefon
bimbit bagi kategori umur yang berlainan. Lembaran kerja ini dibina dan disimpan dalam
dokumen.

Mengubah Suai Kelebaran Lajur (Adjust the Column Width)

Untuk membina dokumen seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah, adakah teks di
sel A1 terlalu panjang dan terpendam? Bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah
ini?

Terdapat dua cara untuk mengubah suai lebar lajur di lembaran kerja.

Cara 1:

Gerakkan kursor tetikus pada lajur utama setelah simbol kursor bertukar menjadi .
Heret kursor tersebut ke sebelah kanan dan cuba ubah suai kelebaran lajur.

Lajur pertama menjadi lebih lebar

8

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
Cara 2:
Gerakkan kursor ke lajur utama sehingga kursor tetikus bertukar kepada . Klik dua kali
supaya kelebaran lajur akan diubah suai secara automatik berpandukan kepada panjang teks
dalam lajur tersebut.

Menyalut Teks (Wrap text)

Apabila teks perkataan terlalu panjang dalam satu sel, teks tersebut akan hilang terpendam.
Untuk menampilkan teks yang terpendam, anda boleh menggunakan fungsi Wrap Text.
Pertama sekali, klik pada sel yang dikehendaki untuk fungsi Wrap Text, tekan pada butang

9

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menambah Baris

Terdapat dua kaedah untuk menambah baris:
Kaedah 1:
Pilih baris pertama, klik pada Home > Cells> Insert> Insert Sheet Rows.

Kaedah 2:
Pilih baris pertama, klik pada butang kanan tetikus dan pilih Insert.

Baris baharu ditambah Anda boleh tambah
teks perkataan dalam
baris yang baharu.

10

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menambah Lajur

Terdapat dua kaedah untuk menambah jalur yang baharu:
Kaedah 1:
Pilih lajur pertama, klik pada Home > Cells> Insert> Insert> Insert Sheet Columns.

Kaedah 2:
Setelah memilih lajur pertama, tekan butang kanan pada tetikus dan pilih Insert.

11

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
Nota Tambahan:
Jika anda perlu memadamkan satu baris atau lajur, pilih baris atau lajur tesebut, kemudian
Cara 1:
Tekan butang kanan pada tetikus dan pilih Delete.
Cara 2:
Anda boleh memilih Home > Cells > ikon Delete.

Penggabungan Teks

Kita boleh menggabungkan beberapa sel ke dalam satu sel dan mengubah suai teks ke bahagian
tengah dalam sel gabungan teks.
PIlih sel A1 ke D1 untuk digabungkan, klik pada ikon Merge & Centre, untuk menggabungkan
serta menyusun atur teks ke bahagian tengah dalam sel yang baharu.

12

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menyusun Atur Teks

Pilih sel yang diingini untuk disusun atur, klik Home > Alignment > ikon Center
Semua teks perkataan akan disusun atur ke tengah (center) sel.

Semua teks telah disusun atur ke
bahagian tengah dalam sel.

13

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menyimpan Fail

Klik File dan klik Save As untuk menyimpan dokumen.
Dalam petak dialog Save As:
a. Buka lokasi yang diingini untuk menyimpan dokumen tersebut.
b. Isi nama untuk fail tersebut.
c. Klik pada Save untuk menyimpan fail.

a

b
c

Setelah fail disimpan, kita boleh mengubah suai fail untuk disimpan melalui kaedah yang
berikut:
Kaedah 1:
Klik pada butang Save .
Kaedah 2:
Tekan Ctrl dan S pada papan kekunci secara serentak.

14

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Nota Tambahan:

Jika anda ingin memasukkan nombor yang sama atau huruf yang berulang berkali-kali pada
sel yang berlainan, anda boleh menggunakan fungsi Copy dan Paste.

Kaedah 1 :
Pilih nombor atau huruf dan tekan Ctrl dan C secara serentak pada papan kekunci untuk
menyalin (Copy). Kemudian, klik pada sel yang diingini serta tekan Ctrl dan V secara
serentak pada papan kekunci untuk menampal teks pada sel tersebut.

Kaedah 2 :
PIlih nombor dan huruf, kemudian

Tekan butang kanan pada Tekan butang kanan pada
tetikus untuk memilih sel tetikus dan pilih ikon Paste
yang diingini, pilih Copy

15

Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2

Memasukkan Gambar
Ringkasan

• Buka fail Excel
• Mengubah suai Teks
• Menukar Warna Latar Belakang
• Mengubah suai Sempadan
• Memasukkan Gambar
• Memasukkan Tajuk dan Footer

16

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Cuti sekolah sudah hampir tiba! Saya dan keluarga
merancang untuk melancong ke Pulau Langkawi. Kini, saya
boleh mencari maklumat penginapan dengan melayari
Internet!

Wah, terdapat banyak hotel untuk dipilih! Marilah kita
mengumpulkan maklumat dan mencipta satu jadual untuk
membandingkan harga mereka!

17

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Buka Fail Excel

Terdapat tiga cara untuk membuka satu fail Excel:
1. Tekan dua kali pada ikon Excel.
2. Tekan File > Open.
3. Tekan butang Open pada bar alat ringkas.

Membuka fail “holiday” pada Microsoft Excel.

a
b

Ubah suai bahagian tertentu dengan mengikut arahan.
a. Gunakan Merge & Center.
b. Selaraskan lebar lajur.
Nota: Gunakan arahan Merge & Center dan Center dengan mengikut kesesuaian.

18

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Mengubah suai Teks

Kita boleh mengubah format perkataan seperti jenis, saiz, warna dan gaya.

1. Klik pada sel perkataan yang ingin diubah.
2. Kemudian, klik butang Font pada bar alat Home.

ab

cd e f gh

a. Jenis Perkataan i
b. Saiz Perkataan
c. Tebal f. Sempadan
d. Huruf Condong g. Warna Latar Belakang
e. Garisan h. Warna Perkataan
i. Format Cell

Anda juga boleh membuka kotak dialog Format Cells (klik
pada tempat i) untuk mengubah format perkataan.

19

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

ac

b

d a. Jenis Perkataan
b. Garisan
c. Saiz Perkataan
d. Warna Perkataan
Apabila anda telah siap
mengubah suai,
klik pada butang OK.

Teks telah diubah suai dan diformat.
3. Teruskan dengan mengubah jenis, gaya, saiz dan warna pada perkataan yang lain.

20

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Menukar Warna Latar Belakang

1. Untuk memilih warna latar belakang pada sel, klik-kanan pada sel tersebut dan pilih
Format Cells.

2. Dalam kotak dialog Format Cells, pilih tab Fill dan pilih warna kesukaan anda.

Ini adalah warna yang anda pilih.
Jika anda ingin menukar warna yang
lain, klik pada warna tersebut.

3. Anda juga boleh pilih Pattern Style pada kotak dialog Format Cells.
Klik OK apabila siap.

21

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
4. Teruskan dengan memasukkan warna latar belakang pada sel yang lain.

Mengubah suai Sempadan

1. Pilih seluruh jadual, klik-kanan pada jadual dan pilih Format Cells.
2. Pada kotak dialog Format Cells, pilih tab Border, kemudian pilih Line Style, Color dan

Presets.

Anda boleh menyemak hasil jadual anda di sini.

Sempadan telah muncul!

22

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
3. Teruskan dengan sempadan bahagian jadual yang lain.

Memasukkan Gambar

Untuk menunjukkan maklumat dengan lebih jelas, gambar boleh dimasukkan.
1. Tambahkan satu baris yang baru di bawah baris ke-4 dan selaraskan lebar lajur.

Kemudian klik pada Insert > Illustration > Picture.

23

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)

Tahun 3

2. Pada kotak dialog Insert Picture:

a. Buka lokasi gambar. Microsoft Excel

b. Tekan pada gambar a b
yang ingin c
dimasukkan.

c. Tekan butang Insert
untuk memasukkan
gambar.

Mengagihkan gambar ke lokasi yang
sesuai dan mengubahkan saiznya
dengan mengikut lebar lajur.

Teruskan dengan
memasukkan gambar
yang lain.

Ilmu Tambahan:

Jika terdapat dua gambar bertindih, klik-kanan pada gambar itu dan pilih Bring to Front
(gambar di atas) atau Send to Back (gambar di bawah) untuk menyesuaikan mereka.

Jika anda ingin menyalin gambar tersebut, anda boleh menekan kunci Ctrl dan
menyeretkan gambar dengan tetikus anda.

24

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Memasukkan Tajuk dan Footer

Anda boleh memasukkan tajuk pada jadual anda. Pilih
Insert> Text> Header & Footer.

Anda boleh memasukkan tajuk
“HOLIDAY LANGKAWI”.
Selepas itu, pilih sel yang anda ingin masukkan bilangan muka surat, kemudian klik
Header& Footer Design > Header & Footer Elements > Page Number.

25

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Latihan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

a Fill b Font c Klik-kanan d Picture

1. Untuk membuka kotak dialog Format Cells, _____________ tetikus.

2. Dalam kotak dialog Format Cells, pilih ____________untuk memasukkan warna latar
belakang.

3. Dalam kotak dialog Format Cells, __________ membolehkan kita untuk mengubah suai
format perkataan.

4. Untuk memasukkan gambar, boleh pilih Insert> Illustration> ______________ .

Latih Tubi

1. Masukkan maklumat di bawah dalam Microsoft Excel dan ubah suai dengan mengikut
arahan berikut:

a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:

Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.

b. Gabungkan sel bagi tajuk dalam jadual.

c. Selaraskan semua teks ke tengah.

d. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.

e. Masukkan gambar yang sesuai. Contoh
f. Masukkan tajuk “Fast Food”. Jawapan

g. Simpan fail tersebut.

26

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

2. Dengan menggunakan Microsoft Excel, buka fail “Motorola_ipad”, kemudian
ubah suai fail tersebut dengan mengikut arahan berikut:

a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.

b. Gabungkan sel bagi tajuk dalam jadual.
c. Selaraskan teks baris ke-2 ke tengah.
d. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
e. Masukkan gambar yang sesuai.
f. Simpan fail tersebut.

Contoh
Jawapan

3. Masukkan maklumat ke dalam Microsoft Excel dan ubah suai teks dengan mengikut
arahan berikut:

a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.

b. Gabungkan sel tajuk jadual.
c. Selaraskan teks baris ke-2 ke tengah.
d. Selaraskan teks Column A ke tengah.
e. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
f. Masukkan gambar yang sesuai.
g. Simpan fail tersebut.

Hari Jadual UPSR Tahun 2012 Subjek
Selasa Masa BM (Pemahaman)
BM (Penulisan)
Rabu 08:15a.m. – 09:05a.m. Matematik (Kertas 2)
Khamis 09:45a.m. – 11:00a.m. Matematik (Kertas 1)
11:45a.m. – 12.25p.m. BC (Pemahaman)
08:15a.m. – 09.15a.m. BC (Penulisan)
09:45a.m. – 10:45a.m. Sains
11:45a.m. – 1.00p.m. BI (Kertas 1)
08:15a.m. – 09.35a.m. BI (Kertas 2)
10:15a.m. – 11:05a.m.
11:45a.m. – 1.00p.m.

Contoh
Jawapan

27

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
4. Masukkan maklumat ke dalam Microsoft Excel dan ubah suai teks dengan mengikut

arahan berikut:

a. Ubah suai dengan mengikut kreativiti anda:
Jenis, saiz, warna dan gaya perkataan, warna latar belakang, corak latar belakang.

b. Gabungkan sel tajuk jadual.
c. Selaraskan teks mengikut format paragraph yang sesuai.
d. Tambahkan sempadan yang sesuai pada jadual.
e. Masukkan gambar yang sesuai.
f. Simpan fail tersebut.

Contoh
Jawapan

28

Modul Kemahiran Asas TMK Microsoft Excel

MODUL TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

(MICROSOFT EXCEL)
Tahun 2

Formula dan Fungsi
Ringkasan

• Memahami formula dan fungsi
• Mempelajari kegunaan fungsi: SUM, MAX, MIN, AVERAGE
• Mempelajari kegunaan operasi: tambah, tolak

29

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Marilah kita menggunakan Microsoft Excel untuk Microsoft Excel
menghasilkan rumusan keputusan peperiksaan dan mengira
serta menganalisis data tersebut dengan fungsi.

Peranan utama spreadsheet adalah untuk mengira dengan
cepat dan tepat. Oleh itu, formula dan fungsi dalam
spreadsheet memainkan peranan yang penting.

Apakah itu Formula dan Fungsi dalam Spreadsheet?

Formula Fungsi

Kita boleh memasukkan apa-apa Menggunakan cara pengiraan
formula yang ingin dikira, yang telah ditetapkan, asalkan
contohnya jumlah dan purata. argumen yang betul dimasukkan,
hasil pengiraan akan diperolehi.

Jika input yang salah dimasukkan, Kita tidak boleh mengubah
pengiraan akan menjadi salah. formula pengiraan yang telah
ditetapkan.
Diwakili oleh simbol,
contohnya =C2+C3 Diwakili oleh teks tertentu,
contohnya =SUM(C2:C3)

30

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
(Microsoft Excel)

Tahun 3

SUM – Mengira Jumlah

1. Buka fail yang baharu dan masukkan data berikut: Microsoft Excel

2. Pilih sel G3 dan pilih ∑ (Sum).

3. Kemudian akan muncul =SUM(B3:F3) dalam Formula Bar. Disebabkan tiada data pada sel
F3, maka tukarkan F kepada E.

31

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
4. Selepas itu, klik √ atau tekan kunci Enter pada papan kekunci anda.

Jumlah markah telah dikira!
5. Kita boleh tekan dan seret Fill Handle ke bawah untuk mengira jumlah markah murid

yang lain dengan cepat.

32

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

MAX - Cari nombor yang tertinggi dalam kumpulan

1. Untuk mencari markah yang tertinggi bagi setiap subjek, pilih sel B10. Kemudian, klik
pada panah di sebelah ∑ (Sum) dan pilih Max daripada menu yang muncul.

*=MAX(B3:B9) akan mumcul dalam Formula Bar.
Memandangkan sel B9 tidak mempunyai data,
kita tukarkan 9 kepada 8.
Selepas itu, klik √ atau tekan kunci Enter pada papan kekunci anda.

33

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3
Gunakan Fill Handle untuk menyalin formula tersebut supaya markah tertinggi bagi subjek
yang lain dapat ditentukan.

Inilah markah tertinggi bagi semua subjek!

MIN – Cari nombor yang paling rendah dalam kumpulan

Langkah yang sama dengan MAX. Untuk mencari markah yang paling rendah, pilih MIN.

Tukarkan “=MIN(B10)
kepada “=MIN(B3:B8)
di Formula Bar.

34

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Inilah markah paling rendah
bagi semua subjek!

AVERAGE – Mengira purata bagi nilai

Langkah yang sama dengan MIN dan MAX. Pilih AVERAGE untuk mengira purata.

Inilah nilai purata bagi semua subjek.
35

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

MINUS – Mengira perbezaan antara 2 nilai

Dalam Formula Bar, taip “G3-G4” untuk mencari perbezaan jumlah markah antara Henry Yip dan
Leon Chan.

ADD – Mengira jumlah bagi 2 nilai

Dalam Formula Bar, taip “=D5+E5” untuk menambahkan jumlah markah bagi subjek Bahasa
Cina dan Matematik Jenny Lim.

36

Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi Microsoft Excel
(Microsoft Excel)

Tahun 3

Latihan

Letakkan (√) untuk pernyataan yang betul. Letakkan (x) untuk

pernyataan yang salah.

1 Formula dan Fungsi boleh dikira memainkan peranan yang penting
dalam aplikasi spreadsheet.

2. Apabila menggunakan formula, jika input salah, anda masih boleh
mendapatkan keputusan yang betul.

3. Formula penambahan dalam Excel ialah “=B4-B5”.
4. Fungsi MAX adalah untuk mengenal pasti nombor tertinggi dalam suatu

kumpulan.
5. Contoh bagi suatu fungsi ialah “=SUM(B5:B8)”.

Latih Tubi

1. Masukkan maklumat di bawah ke dalam Microsoft Excel dan ubah suai teks dengan
mengikut arahan berikut:

37


Click to View FlipBook Version