Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
Modul Aplikasi
SAINS
Tahun 2
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
Sains
Tahun 2
MENCIPTA ANEMOMETER
Standard Pembelajaran
9.2.5 Mencipta alat atau model dengan mengaplikasikan
pengetahuan yang menunjukkan kegunaan udara
yang bergerak.
1
||SENARAI SEMAK KEMAHIRAN ASAS TMK
Sebelum memulakan sesi PdP, guru perlu
memastikan murid telah menguasai kemahiran
asas yang berikut.
Melancarkan perisian pemproses kata
Menutup perisian pemproses kata
Menyimpan tugasan dalam perisian pemproses kata
Menaip, memilih atau menyunting teks dalam
perisian pemproses kata
Mencetak dokumen dalam pemproses kata
2
||RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tajuk Penerapan Kemahiran
Mencipta Anemometer TMK
Masa Pengajaran 1.1 Menaip, memilih atau
1 jam menyunting teks.
1.12 Menggunakan fitur
dalam sesuatu perisian
untuk tujuan tertentu.
Standard Kandungan Bahan Bantu Mengajar
9.2 Udara
Bahan untuk guru
Standard Pembelajaran • Komputer
• Projektor
• Fail video anemometer.
mp4
9.2.5 Mencipta alat atau model dengan mengaplikasikan Bahan untuk setiap
pengetahuan yang menunjukkan kegunaan udara kumpulan murid
yang bergerak. • Komputer
• Fail Microsoft Word Pelan
Objektif Pembelajaran
Pembinaan Anemometer.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: docx
i. Merancang dan mencipta anemometer untuk • 5 cawan kertas
• 1 botol air mineral
mengukur kelajuan angin. • 3 batang penyepit
ii. Menaip dan mengedit teks serta mencetak hasil kerja makanan atau rotan
• Pita pelekat (duct tape)
dalam perisian pemproses kata. • Gunting
• Penebuk lubang
• Pen marker
• Batu kecil
• Jam randik
3
||SET INDUKSI Durasi
5 minit
1. Guru memaparkan video anemometer.mp4.
Cekupan skrin video anemometer.mp4
2. Guru bersoal jawab dengan murid. Nota Guru
Mengapakah alat itu berpusing?
Jawapan: Guru mengaitkan
pengetahuan sedia ada murid
Alat itu ditiup angin. daripada S.P. sebelum ini
Ingatkah anda, apakah itu angin? kepada aktiviti yang
Jawapan: akan dijalankan.
Angin ialah udara yang bergerak.
Alat ini terletak di stesen cuaca. Pada pendapat
anda, apakah kegunaan alat ini?
Jawapan:
Untuk mengukur kelajuan angin.
3. Guru menjelaskan bahawa kelajuan angin boleh
dinyatakan dengan mengira berapa kali anemometer
berpusing dalam tempoh masa tertentu.
4. Murid diberitahu bahawa mereka akan mencipta
anemometer mereka sendiri dan menggunakannya
untuk mengukur kelajuan angin.
4
||LANGKAH 1 Durasi
10 minit
1. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada
4 orang. Setiap kumpulan diberi fail Microsoft Word Nota Guru
Pelan Pembinaan Anemometer.docx dan bahan
yang diperlukan. Rujuk video ini untuk
langkah-langkah membina
anemometer:
https://youtu.be/w65F-
ZyMw-c
Video ini tidak perlu
dipertontonkan
kepada murid. Guru perlu
membimbing murid untuk
memikirkan cara membina
anemometer dengan
menggunakan bahan yang
telah diberi.
Kandungan fail Microsoft Word Pelan Pembinaan Nota Pemikiran
Anemometer.docx Komputasional
2. Murid diberitahu bahawa anemometer boleh
dileraikan kepada bahagian-bahagian utama seperti
yang telah dilabelkan dalam fail Microsoft Word.
3. Bagi setiap bahagian, guru membimbing murid secara Leraian
soal jawab. Anemometer dileraikan
kepada bahagian-
Apakah antara bahan yang diberikan boleh bahagian yang kecil untuk
dijadikan bahagian-bahagian pada anemometer? memudahkan murid
mengenal pasti bahan yang
sesuai digunakan bagi
pembinaannya.
5
4. Murid dikehendaki memadamkan teks "bahan Penerapan Kemahiran
yang sesuai?" dalam kotak teks dan menaip bahan TMK
tersebut.
Murid mengedit dan
menaip teks dalam perisian
pemproses kata.
Fail Microsoft Word Pelan Pembinaan Anemometer.
docx yang telah dilengkapkan.
5. Setelah murid mengisi ketiga-tiga kotak teks, guru
membimbing murid sekali lagi.
Dengan menggunakan bahan yang diberi,
bagaimanakah anda akan mencantumkan cawan
kertas dengan penyepit makanan?
Jawapan:
Pita pelekat akan digunakan untuk melekatkan
cawan kertas kepada penyepit makanan.
6. Murid diminta memadamkan teks "(taip nota di sini)" Penerapan Kemahiran
dan menaip jawapan mereka. TMK
7. Murid menyimpan fail Microsoft Word dan mencetak Murid menggunakan fitur
fail tersebut sebagai rujukan. Save dan Print untuk tujuan
dijadikan rujukan.
6
||LANGKAH 2 Durasi
10 minit
1. Guru membimbing murid secara langkah demi
langkah untuk membina anemometer.
2. Untuk menguji anemometer yang telah dihasilkan,
murid memutarkan anemometer dengan
mengipasnya menggunakan buku atau kipas meja.
||LANGKAH 3 Durasi
10 minit
1. Dalam kumpulan yang sama, murid membawa
anemometer yang telah mereka hasilkan ke padang
atau kawasan lapang di sekolah untuk mengukur
kelajuan angin.
2. Murid diminta menandakan salah satu cawan kertas
dengan "X".
3. Seorang dari ahli kumpulan ditugaskan menjaga
masa dengan menggunakan jam randik. Semasa
angin bertiup, murid lain mengira bilangan pusingan
yang dibuat oleh anemometer dalam tempoh 1 minit
dengan merujuk kepada cawan yang bertanda "X".
3. Murid dibimbing untuk membuat rumusan bahawa
semakin kuat angin bertiup, semakin banyak
anemometer berpusing. Ini menandakan semakin
tinggi kelajuan angin.
7
||PENUTUP Durasi
5 minit
1. Murid menerangkan semula kepada guru tentang
perkara berikut:
• Kegunaan anemometer
• Cara mereka merancang pembinaan anemometer
• Cara mereka membina anemometer
• Cara mereka menggunakan anemometer untuk
mengukur kelajuan angin.
8
||RUBRIK PENTAKSIRAN
Nama:
Bil. Komponen TMK Kemahiran TMK R
1 1. 1.1 Murid da
Mengemukakan idea Menaip, memilih atau dan men
dan maklumat secara menyunting teks. teks dala
kreatif dan inovatif pempros
melalui TMK. dengan
guru sep
Kelas: Tarikh:
Rendah Tahap Cemerlang
1 3
Mahir
apat menaip 2 Murid dapat menaip
nyunting dan menyunting
am perisian Murid dapat menaip teks dalam perisian
ses kata dan menyunting pemproses kata tanpa
bimbingan teks dalam perisian bimbingan guru.
penuhnya. pemproses kata
dengan bimbingan
guru.
9
||BORANG RUBRIK PENTAKSIRAN MURID
Kelas:
Tandakan () di ruangan yang disediakan.
Kemahiran TMK (1.1)
Bil. Nama Murid
RMC
10
Modul Teknologi Maklumat & Komunikasi
Sains
Tahun 2
PERWARISAN
Standard Pembelajaran
3.1.5 Memberi contoh ciri yang diwarisi oleh anak daripada ibu
bapa atau keturunan seperti warna kulit, warna anak mata
dan jenis rambut.
11
||RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tajuk Penerapan Kemahiran
Perwarisan TMK
Masa Pengajaran Pemikiran Komputasional:
1 jam Pengecaman Corak
3.1 Menganalisis data
Standard Kandungan melalui pengecaman
corak.
3.1 Pembiakan dan tumbesaran manusia Bahan Bantu Mengajar
Standard Pembelajaran Bahan untuk guru
• Komputer
3.1.5 Memberi contoh ciri yang diwarisi oleh anak • Projektor
daripada ibu bapa atau keturunan seperti warna • Fail Microsoft Powerpoint
kulit, warna anak mata dan jenis rambut.
Sains Tahun 2
Pengajaran 3.1.5.pptx
Objektif Pembelajaran Bahan untuk murid
• Setiap murid perlu
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Mengenal pasti ciri-ciri pada diri sendiri yang diwarisi membawa sekeping foto
keluarga masing-masing.
daripada ibu bapa atau keturunan seperti warna kulit, • Lembaran Kerja 3.1.5-1
warna anak mata dan jenis rambut. • Lembaran Kerja 3.1.5-2
ii. Menyatakan ciri-ciri pada paras muka manusia yang
boleh diwarisi daripada ibu bapa atau keturunan.
12
||SET INDUKSI Durasi
5 minit
1. Dua atau tiga orang murid yang mempunyai ciri yang Nota Guru
jelas dilihat seperti rambut kerinting, warna anak
mata, warna kulit, warna rambut dan ketinggian Guru mengaitkan
diminta tampil ke hadapan kelas. pengetahuan sedia ada murid
mengenai bahagian pada
2. Murid yang terpilih bergilir menunjukkan bahagian- muka dan tubuh manusia
bahagian pada muka dan tubuh mereka dan murid kepada ciri-ciri yang akan
yang lain menyebut nama bahagian tersebut. dibincangkan dalam sesi
PdP ini.
Contoh:
Mata, telinga, hidung, rambut, bibir dan kulit.
3. Murid diminta memerhatikan ciri-ciri seperti jenis
rambut, warna anak mata dan warna kulit murid
yang berada di hadapan kelas itu dan menyatakan
persamaan atau perbezaannya.
Contoh
• Jenis rambut (kerinting atau lurus)
• Warna anak mata (hitam, coklat atau kelabu)
• Warna kulit (cerah atau gelap)
4. Murid diberitahu bahawa mereka akan mempelajari
ciri-ciri tersebut secara lebih terperinci.
13
||LANGKAH 1 Durasi
20 minit
1. Guru memaparkan Slaid 1 dalam fail Microsoft
Powerpoint Sains Tahun 2 Pengajaran 3.1.5.pptx. Nota Guru
Aktiviti ini bertujuan
membantu murid memahami
dan mengenal pasti ciri-ciri
yang berbeza yang akan
dibincangkan dalam
Langkah 2 nanti.
Slaid 1
2. Berdasarkan slaid, guru bersoal jawab dengan murid
dan membimbing murid untuk membezakan rambut
kerinting dan lurus.
3. Guru memaparkan Slaid 2.
Slaid 2
14
4. Murid dibimbing untuk mengenal pasti persamaan Nota Pemikiran
dari segi jenis rambut. Komputasional
Jawapan:
Semua orang dalam paparan slaid mempunyai Pengecaman Corak
rambut kerinting. Aktiviti ini bagi membolehkan
murid mengecam ciri sebenar
5. Semua murid yang berambut kerinting dengan memerhati dan
diminta berdiri. Murid yang lain memerhati dan membandingkan ciri tersebut
mengesahkan bahawa rakan sekelas mereka yang dengan gambar dalam slaid
sedang berdiri sememangnya berambut kerinting. dan rakan sekelas.
6. Guru memaparkan Slaid 3.
Slaid 3
7. Murid dibimbing untuk mengenal pasti persamaan
dari segi rambut.
Jawapan:
Semua orang dalam paparan slaid mempunyai
rambut lurus.
8. Guru mengulangi aktiviti ini dengan setiap ciri berikut:
• Slaid 4 hingga 7: Warna anak mata
• Slaid 8 hingga 10: Warna kulit
15
||LANGKAH 2 Durasi
20 minit
1. Setiap murid diberi Lembaran 3.1.5-1. Murid
menampal foto keluarga masing-masing di ruangan
yang disediakan.
2. Murid dikehendaki mengenal pasti dan menulis jenis
rambut, warna anak mata dan warna kulit mereka
sendiri serta ibu bapa dalam jadual.
3. Murid kemudiannya diminta membandingkan ciri Nota Pemikiran
mereka sendiri dengan ciri ibu dan bapa. Komputasional
• Jika murid mempunyai ciri yang sama dengan Pengecaman Corak
bapa sahaja, maka murid mewarisi ciri tersebut Murid mengecam corak
daripada bapa. persamaan untuk
menentukan daripada
• Jika murid mempunyai ciri yang sama dengan siapakah sesuatu ciri
ibu sahaja, maka murid mewarisi ciri tersebut itu diwarisi.
daripada ibu.
• Jika murid mempunyai ciri yang sama dengan
kedua-dua ibu dan bapa, maka murid mewarisi ciri
tersebut daripada ibu dan bapa.
• Jika murid tidak mempunyai ciri yang sama
dengan ibu mahupun bapa, maka murid mewarisi
ciri tersebut daripada keturunan.
4. Secara berpasangan, murid bertukar lembaran
kerja dan menyemak lembaran kerja rakan dengan
berpandukan foto keluarganya.
16
||LANGKAH 3 Durasi
10 minit
1. Guru membuka perisian pemproses kata seperti
Microsoft Word dan perisian persembahan seperti
Microsoft Powerpoint.
2. Murid dibahagi kepada kumpulan yang terdiri
daripada 2 orang.
3. Setiap pasangan murid diberi Lembaran Kerja 3.1.5-
2 untuk dilengkapkan.
4. Murid dikehendaki membandingkan 2 perisian
tersebut seperti mereka membandingkan ciri ibu bapa
dengan ciri mereka sendiri tadi. Tujuannya ialah bagi
mengecam persamaan dan perbezaan antara kedua-
dua perisian tersebut.
5. Murid diberi soalan-soalan berikut sebagai panduan
dan guru boleh membimbing murid mengenal pasti
persamaan dan perbezaan antara kedua-dua perisian
itu.
Apakah butang yang ada pada kedua-dua
perisian ini?
Jawapan:
“New”, “Open”, “Save”, “Print” dan sebagainya.
Apakah yang boleh anda lakukan dengan
menggunakan setiap perisian ini?
Jawapan:
Menyisip gambar, kotak teks, audio, video
dan sebagainya.
Apakah tujuan kita menggunakan perisian-
perisian ini?
Jawapan:
Untuk menghasilkan penulisan, bahan grafik dan
persembahan slaid.
17
6. Guru merumuskan bahawa jika murid ingin mereka
cipta sesuatu perisian kelak, murid boleh merujuk
kepada persamaan antara ciri-ciri perisian yang sedia
ada bagi memastikan perisian yang bakal mereka
hasilkan boleh memenuhi keperluan pengguna. Murid
juga harus fikirkan perbezaan antara perisian mereka
dengan perisian yang sedia ada supaya perisian yang
bakal mereka hasilkan ada keistimewaannya
yang tersendiri.
||PENUTUP Durasi
5 minit
1. Murid diminta merumuskan contoh ciri yang boleh
diwarisi daripada ibu bapa atau keturunan.
2. Murid diminta menceritakan semula cara mereka
menentukan daripada siapakah mereka mewarisi ciri-
ciri tersebut.
18
||LEMBARAN KERJA 3.1.5-1
Tampalkan foto anda dan
keluarga anda di sini.
19
Perhatikan foto keluarga anda dan lengkapkan jadual
Ciri Anda Bapa
Jenis rambut
(kerinting atau lurus)
Warna anak mata
(hitam, biru atau
perang)
Warna kulit
(cerah atau gelap)
l berikut. Ibu Anda Mewarisi
a Ciri Daripada...
Bapa
Ibu
Ibu dan bapa
Keturunan
Bapa
Ibu
Ibu dan bapa
Keturunan
Bapa
Ibu
Ibu dan bapa
Keturunan
20
||LEMBARAN KERJA 3.1.5-2
Perhatikan dan nyatakan persamaan dan perbezaan antara
perisian pemproses kata dan perisian persembahan.
Persamaan
Perbezaan
21
JAWAPAN
Perhatikan dan nyatakan persamaan dan perbezaan antara
perisian pemproses kata dan perisian persembahan.
Persamaan
• Kedua-dua perisian mempunyai butang “File”,
“Home” dan “Save”.
• Imej dapat disisip dalam kedua-dua perisian.
• Teks dapat ditaip dalam kedua-dua perisian.
Perbezaan
• Video tidak dapat disisip dalam perisian
pemproses kata tetapi boleh disisip dalam
perisian persembahan.
• Animasi tidak dapat dihasilkan dalam perisian
pemproses kata tetapi boleh dihasilkan dalam
perisian persembahan.
• Slaid pembentangan tidak dapat dihasilkan
dalam perisian pemproses kata tetapi boleh
dihasilkan dalam perisian persembahan.
22
||RUBRIK PENTAKSIRAN
Nama:
Bil. Komponen TMK Kemahiran TMK R
1 3. 3.1 Murid be
Menggunakan Menganalisis data pengeca
Pemikiran melalui pengecaman dengan
Komputasional untuk corak. pasti dar
proses penyelesaian ciri mere
masalah dengan
guru sep
Kelas: Tarikh:
Tahap
Rendah Mahir Cemerlang
1 2 3
erjaya membuat Murid berjaya membuat Murid berjaya membuat
aman corak pengecaman corak pengecaman corak
mengenal dengan mengenal dengan mengenal pasti
ripada siapa pasti daripada siapa daripada siapa ciri
eka diwarisi ciri mereka diwarisi mereka diwarisi tanpa
bimbingan dengan bimbingan bimbingan guru.
penuhnya. guru.
23
||BORANG RUBRIK PENTAKSIRAN MURID
Kelas:
Tandakan () di ruangan yang disediakan.
Kemahiran TMK (3.1)
Bil. Nama Murid
RMC
24
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E
62604 Putrajaya
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http://bpk.moe.gov.my/
PAUTAN BAHAN POWER POINT TMK SAINS TAHUN 2
Sains Tahun 2 Pengajaran 3.1.5
http://tiny.cc/SAINSL3-1-5TMKTAHUN2
Pelan Pembinaan Anemometer
http://tiny.cc/SAINSPPSTMKTAHUN2
Disusun semula oleh Unit TMK Sektor Pembelajaran (SPb) JPN Pulau Pinang
PAUTAN BAHAN POWER POINT TMK SAINS TAHUN 2
Anemometer
http://tiny.cc/SAINSMP4TMKTAHUN2
MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Modul Kemahiran Asas TMK
Tahun 2
Komputer Saya
Prasyarat
Murid telah menguasai
kemahiran asas yang diterapkan dalam
Modul Kemahiran Asas TMK (Komputer Pertama Saya).
Murid boleh:
• Mengenali bahagian komputer
• Menghidupkan komputer dengan cara yang betul
• Menggunakan tetikus (klik dan klik dua kali)
• Menutup komputer dengan cara yang betul
• Membuka dan menyimpan fail dalam Microsoft Paint
• Membuka dan menyimpan fail dalam Microsoft Word
Kemahiran
Mengenali peranti input, proses dan output
Mengenali pelbagai jenis perisian
Menghasilkan nama fail yang baik
Mengutamakan amalan ergonomik semasa
menggunakan komputer
Komputer Saya 1
Input, Proses dan Output
Komputer menerima input daripada anda,
memproses maklumat dan menghasilkan output
seperti gambarajah di bawah.
Input Proses Output
Contoh Proses Output
Input Komputer Paparan
memproses dihasilkan.
Anda klik pada arahan anda.
Komputer Saya 2
Peranti Input, Proses dan Output
Pengimbas Unit sistem Pencetak
(Unit pemprosesan
pusat)
Pembesar Monitor
suara
Mikrofon Kamera
Tetikus
Papan kekunci
Peranti Input
Peranti input membolehkan anda
memberi arahan atau memasukkan
maklumat ke dalam komputer.
Komputer Saya 3
Peranti Proses
Unit sistem memproses arahan atau
maklumat yang anda beri.
Peranti Output
Peranti output memaparkan data yang
telah diproses sama ada dalam bentuk
paparan, bunyi atau cetakan.
Komputer Saya 4
Mengenali Jenis Perisian
Jenis perisian diwakili oleh
Perisian Pemprosesan Kata
Microsoft Word Google Docs WordPad
Perisian Persembahan
Microsoft Powerpoint Google Slides
Komputer Saya 5
Perisian Pelayar Web
Internet Google Mozilla Safari
Explorer Chrome Firefox
Jenis Fail Multimedia
Fail audio Fail video
Fail imej
Jenis perisian yang berbeza
diwakili oleh ikon yang berbeza.
Komputer Saya 6
Menghasilkan Nama Fail yang Baik
1 Berikan nama yang
mencerminkan isi
kandungan fail.
Nama fail keluargaku
Microsoft Word
tentang keluarga.
2 Elakkan nama yang
terlalu panjang.
3 aktiviti penulisan mengenai
keluargaku yang tersayang
Elakkan simbol seperti
%, &, #, $, @ dan sebagainya.
Gunakan abjad, nombor,
- dan _ sahaja.
keluargaku ##^## keluargaku 250318
Komputer Saya 7
Amalan Ergonomik
Duduk tegak dan Rehatkan diri 10 minit
pastikan monitor setelah menggunakan
selaras dengan mata. komputer selama
1 jam.
Gerakkan anggota
badan setiap 30 minit
bagi mengelakkan
kesakitan otot.
Letakkan tetikus dan
papan kekunci pada
kedudukan yang
selesa.
Komputer Saya 8
Uji Diri
1 Padankan.
Sistem unit
Peranti output
Peranti input
Komputer Saya 9
2 Bulatkan ikon-ikon yang mewakili fail imej.
3
Apakah nama fail yang paling sesuai bagi menyimpan gambar
di atas?
A ikan emas
B ikan$emas123%
C kucing suka makan ikan
D dua ekor ikan emas sedang berenang dalam akuarium
4 Apakah yang perlu anda lakukan apabila letih semasa
menggunakan komputer?
A Berehat seketika.
B Melayari internet.
C Berdiri tegak dan terus menggunakan komputer.
D Duduk tegak dan terus menggunakan komputer.
Komputer Saya 10
Saya Boleh!
Tandakan jika anda boleh melakukannya.
Saya Boleh
Saya boleh mengenal pasti peranti input,
proses dan output.
Saya boleh mengenal pasti pelbagai jenis perisian.
Saya boleh menamakan fail dengan baik.
Saya boleh menggunakan komputer
secara ergonomik.
Komputer Saya 11
MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Modul Kemahiran Asas TMK
Tahun 2
Microsoft Word
Prasyarat
Murid telah menguasai kemahiran Microsoft Word dalam
Modul Tahun 1.
Murid boleh:
• Melancarkan perisian Microsoft Word
• Menyimpan fail menggunakan “Save As”
• Menutup perisian Microsoft Word
• Menaip teks dalam Microsoft Word
• Mengubah fon
• Menambah fungsi senarai bullet atau senarai nombor
• Membina jadual dalam perisian Microsoft Word
• Menyisip imej
• Melancarkan pelayar web
• Mencari maklumat menggunakan enjin carian
Microsoft Word 1
Kemahiran
Menyisip kotak teks
Memilih, menyalin dan menampal teks
Membetulkan kesilapan menggunakan fungsi
“Undo” dan kekunci “Backspace” serta “Delete”
Menyusun atur teks menggunakan
“Paragraph Alignment”
Mengubah inden menggunakan
fungsi “Indentation”
Melukis bentuk
Mengubah bentuk
Mewarnakan “Fill” dan “Outline” pada bentuk
Menggunakan pintasan papan kekunci
Mengubah orientasi halaman dan memilih
saiz kertas
Microsoft Word 2
Mata Pelajaran Terlibat
• Bahasa Melayu
Standard Pembelajaran 3.2.1
• Matematik
Standard Pembelajaran 1.4.1
• Sains
Standard Pembelajaran 9.2.4
Perisian Setara dan
Rujukan Tambahan
Perisian lain yang boleh digunakan selain daripada
perisian Microsoft Word serta tutorial video sebagai
rujukan tambahan:
• Google Docs
https://youtu.be/s6V_h43-BIY
Microsoft Word 3
Menyisip Kotak Teks
Teks diletakkan dalam kotak agar boleh digerakkan ke mana-mana
bahagian pada halaman.
Mari Cuba
1 Klik “Insert”.
2 Klik “Text Box”. 2
3 Klik “Draw Text Box”.
3
Microsoft Word 4
4 Klik dan seret untuk menghasilkan kotak teks.
Klik...
...dan seret
ke sini.
5 Isikan teks di dalam kotak.
6 Kotak teks boleh dibesarkan atau dikecilkan.
Klik dan seret
penjuru kotak.
Microsoft Word 5
7 Klik pada kotak dan seret untuk mengubah kedudukan kotak.
8 Klik dan seret ikon untuk memusingkan kotak teks.
Microsoft Word 6