The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahir000001, 2021-01-18 09:10:26

nota RBT tingkatan 1

nota RBT tingkatan 1

TINGKATAN 1
Bab 1: PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Definisi reka bentuk: Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan
sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.

Definisi teknologi: Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber
semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.

Definisi reka bentuk dan teknologi:
Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan
pengetahuan sains dan matematik.

Bidang-bidang dalam reka bentuk
 Konkrit : peralatan, mesin, seramik, arca, pakaian, senjata
 Abstrak : Pengangkutan, sewaan, Bahasa, atur cara, pengiklanan, grafik

Elemen reka bentuk
 Garisan : cantuman siri titik yang mempunyai panjang dan jarak
 Rupa : hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya
 Bentuk : objek yg mempunyai ruang, isipadu dan lebih dari satu permukaan
 Tekstur : teknik yg memberi impak atau kesan serta boleh juga dirasa melalui sentuhan
 Saiz : ukuran bagi sesuatu objek
 Warna : kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
 Ruang : kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek

Prinsip Reka Bentuk
 Keseimbangan : seimbang dari sudut berat, tarikan, tumpuan perhatian atau bentuk asimetri
 Pengulangan : penyusunan semula objek secara berulang-ulang
 Kontras : perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan
 Kepelbagaian : penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza
 Kesatuan : bhgn elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna
 Keringkasan : idea yang kompleks perlu diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas
 Harmoni : melihat sesuatu yang dapat memberi keamanan dan kedamaian

Kriteria Reka Bentuk yang Baik
 Kecenderungan inovasi
 Kreativiti
 Keaslian reka bentuk
 Kekuatan kualiti
 Ergonomik

Teknik Pembinaan Objek
 Pembenaman

 Pembuangan

 Penyatuan

 Peleraian


Click to View FlipBook Version