The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Khuzairi Mohd Yusme, 2023-03-26 03:00:23

MPU 13011 E folio AYU (1)

MPU 13011 E folio AYU (1)

1 | P a g e 100 % MPU 13012 – PENDIDIKAN ISLAM TOPIK 1 : KONSEP ASAS ISLAM Masa : 30 Minit E-FOLIO (PENILAIAN SUMATIF) Markah X 30% = Nama Pelajar : NUR MARLIANA IDAYU BINTI HASSAN No. Pendaftaran : T21SSK22F021 HPK 1 - Menunjukkan dengan yakin amalan Islam dalam kehidupan seharian seorang muslim. (A1, CLS 3d) ARAHAN SOALAN: “Pengetahuan dan kefahaman yang jitu terhadap konsep asas Islam adalah sangat penting bagi memastikan setiap amalan yang dilaksanakan adalah betul dan selari dengan kehendak dan ajaran Islam yang sebenar. Sebarang salah faham atau penyelewengan menyebabkan seseorang individu muslim merosakkan amalannya dan mencemarkan kesucian agama.” 1. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran dalam Topik 1: Konsep Asas Islam, setiap pelajar dikehendaki mengupas isu-isu berkaitan dengan kefahaman dan amalan dalam Islam.


2 | P a g e 2. Sediakan SATU (1) Folio dalam bentuk MS Word dengan menggunakan format penulisan; muka hadapan, Isi Kandungan, Pendahuluan/Pengenalan, Olahan Isi, Kesimpulan/Rumusan, Artikulasi dan Rujukan. Penggunaan ilustrasi, keratan akhbar, gambar, video, gambarajah atau peta minda amat digalakkan. Sila gunakan format penulisan yang bersesuaian merangkumi; Font (Arial/Times New Roman), Saiz (12) dan Spacing (1.5). 3. Seterusnya anda perlu menukar (convert) Folio berkenaan kepada PDF dan kemudian jadikannya Flip Book dengan memuat naik di platform FlipHTML5. 4. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat atau bahan-bahan rujukan ilmiah daripada buku, surat khabar, majalah, internet dan sebagainya. Pemarkahan adalah berdasarkan kepada rubrik yang telah disediakan. 5. Anda dikehendaki memilih hanya SATU (1) soalan sahaja sama ada SOALAN A atau SOALAN B. SOALAN B : Konsep Akidah Islamiyyah Rasulullah SAW menjelaskan keistimewaan golongan yang berakidah dengan akidah benar menerusi sabdanya bermaksud: "Barang siapa mengucapkan 'Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Serta Isa adalah hamba Allah dan anak salah seorang hambaNya. Kalimah-Nya disampaikan kepada Maryam dan rohnya adalah ciptaan Allah. (Dia juga bersaksi) bahawa syurga adalah benar, neraka juga adalah benar'; nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dari manamana lapan pintunya yang Dia kehendaki." (Hadis riwayat Muslim)


3 | P a g e Berdasarkan carian maklumat, huraikan isu-isu berikut; 1. Apakah pengertian akidah Islamiyyah? 2. Jelaskan ciri-ciri akidah yang benar. 3. Kenalpasti tiga (3) fahaman/ajaran yang bertentangan dan merosakkan akidah 4. Cadangkan tiga (3) kaedah menangani fahaman/ajaran yang menyeleweng. ISI KANDUNGAN M/S PENGENALAN 3 SOALAN B 4-8 KESIMPULAN 8 RUJUKAN 8 PENGENALAN Perkataan akidah dalam Bahasa Arab diambil daripada perkataan aqada (عقد )yang bermaksud ikatan atau perjanjian. Dari segi istilah pula akidah bermaksud apa yang menjadi tujuan pegangan hati seseorang. Ia merupakan suatu hukum yang tidak mempunyai ruang syak bagi seseorang tersebut dan hukum ini bersifat relatif. Hukum yang bersifat begini menjelaskan maksud umum tentang akidah, merangkumi akidah yang sahih dan batil. Bagi sesetengah orang merasakan pegangan mereka adalah betul walhal bagi setengah yang lain pula pegangan demikian adalah salah. Oleh kerana itu akidah yang bersifat relatif adalah batil kerana akidah ini hanya bersumberkan fahaman sendiri dan kecenderungan hawa nafsu. Dalam Bahasa Arab, akidah ini disebutkan dengan aqidah al-sayyi’ahatau aqidah al-batilahdengan maksud akidah yang buruk atau jahat kerana merosakan kefahaman dan amalan tuannya. Berbeza dengan Akidah Islamiyyah, ia bersumberkan wahyu daripada Allah SWT. Melalui wahyu Akidah Islamiyyah dijelaskan tanpa memberi sebarang ruang kepada hawa nafsu manusia menghasilkan fahaman sendiri malah memberi pedoman kepada akal mereka memilih fahaman yang baik dan menghindari fahaman yang buruk. Dengan demikian Akidah Islamiyyah disebutkan sebagai aqidah al-hasanah atau aqidah al-sahihah yang bermaksud akidah yang baik atau betul.


4 | P a g e 1. Aqidah Islamiyah adalah ikatan manusia antara Allah SWT sebagai Rabb Semesta Alam dan bumi sebagai kurniaan Allah untuk disyukuri. Simpulan ini semestinya disertai dengan pengakuan syahadah atau persaksian (baik secara lisan mahupun perbuatan). Tanpa persaksian yang kuat, maka persaksian itu terbatal. Makna Iman adalah pembenaran secara pasti (tashdiq al-jazim) sesuai dengan kenyataan berdasarkan dalil. Jika pembenaran saja tanpa disertai dalil tidak digolongkan Iman, kerana tidak termasuk pembenaran yang pasti kecuali apabila bersumber dari dalil. Jika tidak disertai dalil maka tidak ada kepastian. Aqidah Islamiyah adalah Iman kepada Allah SWT, Malaikat-MalaikatNya, KitabKitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Kiamat, Qada dan Qadar (baik buruknya) dari Allah SWT. Makna Iman adalah pembenaran secara pasti (tashdiq al-jazim) sesuai dengan kenyataan berdasarkan dalil. Jika pembenaran saja tanpa disertai dalil tidak digolongkan Iman, kerana tidak termasuk pembenaran yang pasti kecuali apabila bersumber dari dalil. Jika tidak disertai dalil maka tidak ada kepastian. Jadi, kalau cuma pembenaran saja terhadap suatu berita tidak termasuk Iman. Berdasarkan hal ini pembenaran harus berdasarkan dalil agar menjadi bersifat pasti, atau agar tergolong Iman. Ini bererti adanya dalil terhadap segala sesuatu yang dituntut untuk diimani adalah suatu hal yang pasti agar pembenaran terhadap sesuatu tadi tergolong Iman. Maka adanya dalil merupakan syarat utama adanya keimanan, tanpa melihat lagi apakah hal itu sahih (benar) atau fasid (rosak).


5 | P a g e 2. Ciri-ciri akidah yang benar ialah: ➢ Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya, hari akhirat, qadha’ dan qadar yang menjadi rukun iman. ➢ Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas agama Islam. ➢ Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari aqidah yang sahih. ➢ Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah. ➢ Ciri ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah. ➢ Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu, rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas. ➢ Ciri ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid. ➢ Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu. ➢ Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka. ➢ Aqidah yang sahih adalah aqidah yang berlandaskan “al Quran dan al Sunnah” uang diistilahkan “aqidah ahli al sunnah wal jamaah” iaitu iktikad yang mengikut iktikad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.


6 | P a g e 3 3 ajaran yang merosakkan akidah ialah: a) Tangkal Ia wujud dalam pelbagai bentuk. Ada yang menggunakan benang, tulang, kayu dan sebagainya. Ada yang diletakkan di pintu rumah, meletak gunting bawah bantal, digantung di leher, meletak surah yasin di sebelah ketika tidur dan sebagainya. ِش ْر ك َولَةَ ِّ َ َوالتِ َمائِم َّن ال ُّرقَى َوالتَّ ِ إ Sesungguhnya jampi-jampi (yang syirik), tangkal, dan guna-guna (sihir yang selalu " isteri kenakan pada suami) adalah syirik". [HR. Ahmad dalam Al-Musnad (1/381), Abu [Daud dan lain-lain Termasuk tangkal ialah apabila kita menggantung ayat al-Quran seperti ayat Kursi, surah 3 kul dengan mempercayai ia akan menghalang syaitan. Adapun menggantung untuk memudahkan ia dibaca tidaklah menjadi masalah. Hendaklah adik-adik memerhatikan keadaan di rumah adik-adik. Wujudkah tangkal atau yang seumpama dengannya. Jika ada? Buang segera. b) Menghina hukum hakam لَبُوا ِه ُم ا ْنقَ ْهِل َ ِلَى أ لَبُوا إ ا ا ْنقَ ِذَ ِ ِه ْم يَتَغَا َم ُزو َن)30َ)وإ ا َم ُّروا ب ِذَ ِذي َن َءا َمنُوا يَ ْض َح ُكو َن)29َ)وإ ْج َر ُموا َكانُوا ِم َن الَّ َ ِذي َن أ َّن الَّ ِ إ ِر ُكفَّا ِذي َن َءا َمنُوا ِم َن الْ الْيَ ْو َم الَّ ِه ْم َحا ِف ِظي َن)33)فَ ْي ْر ِسلُوا َعلَ ُ َّن َه ُؤ ََل ِء لَ َضالُّو َن)32َ)و َما أ ِ الُوا إ ْم قَ ْوهُ َ َرأ ا ِذَ ِهي َن)31َ)وإ ِك فَ ْفعَلُو َن)36 ) ُر َما َكانُوا يَ ُكفَّا ِِّو َب الْ ْن ُظ ُرو َن)35َ )ه ْل ثُ َرائِ ِك يَ يَ ْض َح ُكو َن)34َ )علَى ا ْْلَ Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia)“ mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. Dan apabila orang- orang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang mu'min, mereka mengatakan: "Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat", padahal orang-orang yang berdosa


7 | P a g e itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mu'min. Maka pada hari ini, orang- orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir, mereka (duduk) di atas di tempat duduk sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (al-Muthaffifin:29-36) Ia adalah lanjutan kepada ketidakyakinan dengan kesempurnaan Islam. Dosa ini termasuklah menghina orang yang melaksanakan Islam. Contohnya, kerana kita tidak mahu bersolat, kita menyatakan bahawa orang yang solat pun ada yang melakukan maksiat, atau kita tidak mahu menutup aurat, lalu kita menghina orang yang menutup aurat. Sewajarnya, jika adik-adik masih belum sempurna mempraktiskan Islam, contohnya, tidak menutup aurat. Adik-adik hendaklah menghindarkan diri daripada mempertahankan maksiat yang adik-adik lakukan, sebaliknya ucaplah terima kasih kepada yang menasihati, dan berdoa serta berusahalah agar adik-adik diberi hidayah. c) Bermain-main dengan agama ِي َمانِ ُكْم ْم بَ ْعَد إ ْرتُ ْد َكفَ ْعتَِذُروا قَ ْستَ ْهِزئُو َن)65ََ)ل تَ ْم تَ ِا ََِّّلل َو َءايَاتِ ِه َو َر ُسوِل ِه ُكْنتُ ب َ ْل أ َما ُكنَّا نَ ُخو ُض َونَلْعَ ُب قُ ِنَّ ُه ْم لَيَقُولُ َّن إ لْتَ َ َولَئِ ْن َسأ ُه ْم َكانُوا ُم ْجِر ِمي َن)66) نَّ َ ِأ ب ْب َطائِفَةً ٍة ِم ْن ُكْم نُعَ ِذِّ ْع ُف َع ْن َطائِفَ ْن نَ ِ إ ,Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu)“ tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta ma`af, kerana kamu kafir sesudah ,beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka taubat) nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orangorang yang selalu berbuat dosa.” (At-Taubah :65,66) Ayat ini diturunkan ketika sebahagian umat Islam bersenda gurau dengan perkataan yang menghina Islam dan umat Islam. Oleh itu bergurau dengan hal-hal yang merendahkan Islam walau tanpa niat menghina, tetap merosakkan akidah. Ini sering berlaku walaupun sebenarnya gurauan itu tiada niat menghina Islam. Contohnya, adik melihat seorang kawan memakai tudung, lalu adik menggelarnya sebagai ‘mak nenek’,


8 | P a g e atau melihat seorang kawan berjanggut (membela janggut adalah sunnah), lalu adik mengejeknya sebagai kambing. Ia lumrah berlaku apabila kita sering bergurau-gurau tanpa mengetahui ia sudah melampaui batas. 4. (3) kaedah menangani fahaman/ajaran yang menyeleweng. ➢ Meperlengkapkan diri dengan ajaran Islam yang benar. ➢ Menjauhkan diri daripada golongan tersebut. ➢ Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi larangannya. Kesimpulan Dengan ini terbuktila bahawa Akidah Islam adalah prinsip utama dalam pemikiran Islami yang dapat membina setiap individu muslim sehingga memandang alam semesta dan kehidupan dengan kaca mata tauhid dan melahirkan konotasi-konotasi valid baginya yang merefleksikan persfektif Islam mengenai berbagai dimensi kehidupan serta menumbuhkan perasaan-perasaan yang murni dalam dirinya. Atas dasar ini, akidah mencerminkan sebuah unsur kekuatan yang mampu menciptakan mu’jizat dan merealisasikan kemenangan-kemenangan besar di zaman permulaan Islam. Demi membina setiap individu muslim, perlu kiranya kita mengingatkannya tentang sumbangsih-sumbangsih akidah yang telah dimiliki oleh orang-orang sebelumnya dan meyakinkannya akan validitas akidah itu dalam setiap zaman dan keselarasannya dengan segala era. RUJUKAN ➢ http://www.almujtaba.com/malay/Al-Shia.Com%20Indonesian%20Page/AlShia.Com%20Indonesian%20Page/www.alshia.com/html/id/books/Peran%2 0Akidah/07.htm ➢ https://www.google.com/search?q=kaedah+menangani+fahaman/ajaran+ya ng+menyeleweng.&hl=en&prmd=inv&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2 ahUKEwi1u_ul7sT9AhX77XMBHR3FDS8Q_AUoAXoECAMQAQ&biw=686&bi h=1143&dpr=1.75#imgrc=DYxt_jrC5CK_kM&imgdii=KdvTPzsZSjqKxM


9 | P a g e ➢ http://yeopmadiny.blogspot.com/2011/03/perkara-perkara-yangmerosakkan-akidah.html ➢ https://fitrahislami.wordpress.com/2012/01/15/ciri-ciri-aqidah-yang-sahih/


Click to View FlipBook Version