SYAIR
BURUNG NURI
AMIRA DZETTI BINTI AMERUDDIN I JP190075
AHMAD FAZLY BIN ABDUL RAHMANI JP190144
3 OXFORD
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
Syair
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
RANGKAP 1
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
RANGKAP 2
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nasta.
RANGKAP 3
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan.
Terperilah madah patik nin tuan.
RANGKAP 4
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Syair
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
RANGKAP 5
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah tautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
RANGKAP 6
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
RANGKAP 7
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
RANGKAP 8
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
Maksud Rangkap
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
RANGKAP 1
Penyair menceritakan tentang sebuah warkah yang ditulis
oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata
yang ditulisnya itu mungkin salah berdasarkan hasil buah
fikirannya yang cacat.
RANGKAP 2
Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak
berakal ,bersikap kurang sopan, tidak berakhlak, dan hidup
dalam keadaan fakir miskin.
RANGKAP 3
Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang
ditulis daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan
kataa-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.
RANGKAP 4
Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada
pasangan yang sedang bercinta agar mereka tidak kecewa dan
menjadikan surat sebagai tempat mereka meluahkan
perasaan.
Maksud rangkap
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
RANGKAP 5
Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara
berulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan
menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan duka dan lara.
RANGKAP 6
Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa
arah tuju, tidak terurus hingga mengabaikan makan dan minum
RANGKAP 7
Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam
kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya
menjadi musnah.
RANGKAP 8
Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa
boleh menyebabkan fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti
perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik mati berbanding
hidup dalam keadaan sebegitu.
Tema
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
ADAB DALAM
KEHIDUPAN SESEORANG
Persoalan-3
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia
-sentiasa memiliki ilmu pengetahuan yang cukup untuk
menjalinkan hubungan yang serius
-sentiasa berakhlak mulia supaya dihormati dan
disegani orang.
Persoalan kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta
-sentiasa bijak mengawal diri dan nafsu terhadap
pasangan.
Persoalan berfikiran rasional dalam berfikir dan membuat
tindakan
-sentiasa berfikir secara rasional dan elakkan sebarang
pergurauan supaya tidak berlaku perselisihan faham
-berfikir dahulu sebelum bercakap dan gunakan
perkataan-perkataan yang sesuai
Nilai-4
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
KESEDARAN
Penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam kekecewaan
sehingga boleh menyebabkan hidupnya hancur
maksud rangkap 7
MERENDAH DIRI
Penyair merendah diri kerana dia memohon maaf sekiranya perkara
yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata
yang kurang menarik.
maksud rangkap 3
RASIONAL
.Penyair sedar apabila dia berada dalam keadaan sebegitu,fikirannya akan
menjadi tidak waras dan sekiranya dia mengikut perasaannya ketika
itu,dia berfikir lebih baik mati daripada hidup
maksud rangkap 8
KEBIJAKSANAAN
.Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada
pasangan yang sedang bercinta agar mereka tidak kecewa dan
bijak kerana menjadikan surat sebagai saluran meluahkan perasaan
maksud rangkap 4
Pengajaran-4
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
Kita sepatutnya bersikap merendah diri
supaya disenangi dan dihormati orang.
Rangkap ke-3
Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah
dilakukan supaya kita tidak akan mengulangi
kesalahan yang sama
Rangkap ke-7
Kita tidak boleh berputus asa kerana setiap
rancangan ada jalan penyelesaiannya.
Rangkap ke-4
Kita janganlah bertindak mengikut kata hati
kerana kita perlu berfikir sebelum bertindak
Rangkap ke-8
Ib Learner Profile
UNIT 1:PUISI TRADISIONAL
Knowledgeable-Kami dapat mengetahui maksud setiap
rangkap,tema,persoalan,nilai dan pengajaran daripada syair ini
Communicators-Kami dapat berkomunikasi dengan baik supaya
dapat menerangkan semuanya dengan lebih jelas