KAMPUS KENINGAU
KERJA KURSUS
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
NAMA PELAJAR : SHAROLINE INEZ JOMINIT
ANGKA GILIRAN : 2020012380031
NO. KAD PENGENALAN : 920518-12-5476
KUMPULAN/UNIT : PDPM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KURSUS : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
KOD KURSUS : PAKK2302D
NAMA PENSYARAH : DR.HANIFAH BINTI SABIN
TARIKH HANTAR : 09 OKTOBER 2021
TAJUK TUGASAN : PENGHASILAN PRODUK
“SEPAKAT DAN KOLEKTIF MENJULANG KECEMERLANGAN”
1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Manusia yang dicpta akan berubah mengikut waktu dari masa ke masa. Oleh itu, setiap
perkembangan mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan
individu tersebut. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat
perubahan yang tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi ternyata dimana dapat dilihat
melalui sifat seseorang individu daripada peringkat yang terdahulu.
Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’
serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Manakla menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang
saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan,
sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah,
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas,
perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan
kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur
secara kuantitatif namun jelas dilihat terhadap perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma.
Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat
matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan
dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga
akhir hayat sesuatu organisma.
Seterusnya, Mok Soon Sang (2008), menjelaskan bahawa perkembangan dan
pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir
(prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur
0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat
pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-
kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11
hingga15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun,
peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur
21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas. Perubahan dari segi
bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna,
perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti
serta kualiti.
2.0 TEORI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI MENURUT ERIK ERIKSON
Menurut Erik Erikson (1902-1994), mengatakan bahawa terdapat lapan peringkat
perkembangan psikososial sepanjang hidup seseorang individu. Namun terdapat tiga
peringkat yang utama dalam perkembangan kanak-kanak. Erikson menegaskan bahawa
proses pembentukan sahsiah berlaku melalui beberapa peringkat. Kejayaan atau
kegagalan pada setiap peringkat akan memberi kesan kepada personality yang sedang
terbentuk. Dalam setiap peringkat, wujudnya satu tingkah laku yang positif dan negatif
yang membawa kepada masalah penyesuaian psikologikal kerana adanya konflik dalam
menangani emosi tersebut. Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak dinasihatkan untuk
menyelesaikan sesuatu konflik agar setiap individu dapat berfungsi dengan baik pada
tahap seterusnya cara menangani emosi mereka.
Teori Psikososial Perkembangan Sosio-Emosi dan Tingkah Laku
Umur Peringkat Perkembangan
0-1 Tahun Percaya vs Tidak percaya
1-2 Tahun Autonomi vs Ragu-ragu
3-5 Tahun Insiatif vs Rasa Bersalah
Pengenalan kepada Perkembangan Sahsiah, Sosio-emosi dan kerohanian
Perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian kanak-kanak dapat dipupuk dengan
adanya persekitaran yang kondusif, bahan yang digunakan sesuai bagi kanak-kanak 0
hingga 4 tahun serta kaedah pendekatan yang menarik sesuai dengan tahap perkembangan
dan minat kanak-kanak.
Definisi Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian
SAHSIAH
Sahsiah adalah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang ada pada seseorang individu.
Secara langsung akan mempengaruhi perwatakan, perangai, konsep kendiri dan
pemikiran individu dalam rutin kehidupan mereka ( Mak Soon Sang, 2012). Sahsiah
merupakan gabungan pelbagai sifat dalam diri kanak-kanak bagi menghasilkan tingkah
laku, tindakan atau amalan kehidupan harian yang bersesuaian dengan keperluan dan
kehendak masyarakat.
SOSIO-EMOSI
Sosio-emosi adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi.
Perkembangan sosial adalah proses kanak-kanak mempelajari kemahiran komunikasi
dan interaksi, agar dapat membina hubungan dengan persekitarannya. Emosi adalah jiwa
batin manusia yang menggambarkan perasaan diri seperti gembira, suka atau marah.
Pembinaan hubungan dengan persekitaran yang terdiri daripada keluarga, rakan atau
masyarakat setempat supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan peraturan,
adat resam, norma dan etika yang menjadi amalan.
EMOSI
Emosi adalah perkataan yang berasal dari latin, emorere, yang bermaksud bergerak.
Emosi merupakan satu perasaan dalaman yang kuat datang dalam pelbagai pernyataan
seperti gembira, suka, marah, bimbang, terkejut atau cemburu. Tujuannya adalah untuk
melepaskan perasaan bagi mendapat kepuasaan diri. Emosi juga membawa maksud
perasaan jiwa yang kuat yang ditunjukkan dalam perlakuan dan pergerakan.
KEROHANIAN
Kerohanian pula berasal daripada perkataan rohani yang bermaksud jiwa, roh atau batin.
Imam al-Ghazali mendefinisikan bahawa kerohanian sebagai kesatuan insan secara
sepadu yang merangkumi akal, nafsu, jiwa dan roh. Kerohanian atau spiritual adalah
merupakan penerapan nilai-nilai keagamaan di dalam diri kanak-kanak bagi membina
kekuatan dalaman. Antara contoh aspek kerohanian ialah kepercayaan kepada Tuhan,
keyakinan kepada agama, berakhlak dan bersopan santun yang sentiasa dipupuk dalam
kalangan kanak-kanak oleh ibu bapa, masyarakat dan pendidik.
3.0 Faktor yang mempengaruhi Perkembangan Sosio-emosi dan tingkah laku kanak-
kanak.
Faktor Keluarga
Faktor keluarga biasanya melibatkan corak kehidupan kanak-kanak di rumah, makanan,
asuhan dan status ekonomi. Oleh itu, ianya akan memperngaruhi perbezaan
perkembangan setiap kanak-kanak tersebut. Makanan yang berzat dan seimbang akan
dapat membantu dalam memperkembangkan jasmaninya dengan lebih sempurna.
Manakala kanak-kanak yang diasuh dengan baik akan mengalami perkembangan emosi,
tingkah laku dan potensi dengan sempurna. Contohnya, Kanak-kanak yang dilahirkan
dalam sebuah keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang akan mengalami
perkembangan sosio-emosi dan tingkah laku yang baik.
Faktor Pengaruh Rakan Sebaya
Dalam faktor pengaruh rakan sebaya ia merangkumi perkembangan intelek, emosi,
sahsiah dan sosial kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak yang bergaul
dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong ke arah positif kanak-kanak
dalam perkembangan intelek dan potensi diri ke tahap yang lebih optimum. Seterusnya
kanak-kanak yang bergaul dengan rakan yang bersikap sopan santun secara tidak
langsung kanak-kanak dapat menerapkan nilai-nilai murni daripada rakan sebaya
tersebut. Namun jika kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya agak nakal ianya akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut mengikuti tingkal laku negatif rakan sebaya itu.
Sebagai contoh, jika kanak-kanak yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pendidik maka kemungkinan kanak-kanak tersebut juga tidak menyiapkan tugasan yang
diberikan.
Faktor Guru dan Sekolah
Bagi faktor guru dan sekolah pula, sebagai guru berperanan dalam perkembangan
intelek, sosial dan emosi kanak-kanak. Guru yang bersifat penyayang dan cekap dalam
menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan dapat
melahirkan kanak-kanak yang berpengetahuan, berilmu, pintar, berakhlak serta
bertanggungjawab. Oleh yang demikian peranan guru sangat penting dalam membentuk
perkembangan sosio-emosi dan tingkah laku kanak-kanak tersebut. manakala bagi iklim
sekolah yang kondusif yang dilengkapi pelbagai jenis kemudahan yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor kanak-kanak tersebut.
Faktor Sumber Teknologi
Faktor sumber teknologi ianya merujuk kepada penyampaian maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada bahan-bahan seperti surat khabar, majalah, ilkan, filem, radio,
televisyen, komputer atau capaian dalam talian internet. Sehubungan dengan itu,
pendedahan kepada sumber teknologi yang sihat akan dapat meningkatkan kadar
perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak itu. Jika sebaliknya, kanak-kanak
yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, lucah atau
kezaliman akan membentuk sikap dan personaliti yang neagtif terhadap perkembangan
sosio-emosi dan tingkah laku kanak-kanak tersebut.
Faktor Pengaruh Media
Dari segi pengaruh media ianya berfungsi untuk memberikan informasi mengenai segala
aspek di dunia. Misalnya, bagi ibu bapa yang terdedah dengan maklumat-malumat
penting mengenai kesihatan, kehidupan dan budaya akan lebih mengutamakan
perkembangan pertumbuhan dalam faktor pemakanan yang sihat serta pendidikan anak-
anak mereka. Sebagai contoh, biasanya ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan sering
mengunakan media seperti majalah, bahan bacaan ilmiah serta internet sebagai sumber
rujukan bagi pemakanan dan pendidikan anak mereka secara sihat dan terancang.
Dengan kemudahan ibu bapa mendapatkan maklumat begitu cepat iia akan dapat
mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang lebih baik berbanding ibu bapa yang
kurang celik dengan media massa. Ini dapat dilihat bahawa gaya kehidupan yang kurang
sihat dari segi pemakanan, pendidikan dan membantutkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak tersebut.
Faktor Pusat Ibadat
Pusat ibadat juga merupakan salah satu daripada faktor dalam mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, bagi kanak-kanak yang tinggal berhampir
dengan pusat ibadat seperti pusat ibadat gereja atau masjid dan sering kali mengikuti
ibadah atau belajar tentang keagamaan ia mampu membentuk perkembangan jasmani
dan rohani yang lebih positif.
4.0 Implikasi perkembangan sosio-emosi dan tingkah laku terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran.
1. Bina Asas kepercayaan diri di dalam bilik darjah.
Memberi layanan sama rata terhadap semua murid.
Elakkan daripada membandingkan antara murid tetapi tumpukan kepada
pencapaian individu.
Tidak menjalankan hukuman berdasarkan khabar angin.
2. Bantu murid menyedari emosi dan meluahkan perasaan.
Perkenalkan perbendaharaan kata emosi dan bincangkan frasa-frasa emosi dalam
penceritaan.
Galakkan murid menulis jurnal untuk luahkan emosi dan guru menyimpan rahsia
tersebut.
Jelaskan dan ceritakan emosi anda sendiri dalam situasi tertentu.
3. Bantu murid mengenali emosi orang lain.
Murid meneka emosi rakan pada situasi tertentu. Menyuruh murid membayang diri
mereka berada dalam situasi yang dialami rakan.
Semasa menonton filem, membaca petikan cerita atau membuat simulasi murid
diminta mengenal pasti emosi watak-watak dalam situasi tersebut.
4. Bincang strategi-strategi mengawal emosi.
Memberikan alternatif-alternatif yang boleh digunakan untuk mengawal emosi
seperti berhenti seketika/sejenak dan tinggalkan tempat kejadian.
Guru menjadi model kepada murid dengan menceritakan pengalaman sendiri
bagaimana mengawal perasaan marah, kecewa dan gelisah dan kaitkan dengan
pengalaman murid dan cuba fahami emosi yang dialami.
5. Bantu murid mengenal perbezaan budaya dalam ekspresi emosi.
Beri peluang kepada murid membincangkan emosi-emosi yang terdapat dalam
keluarga masing-masing.
Beri kesedaran supaya murid lebih peka terhadap emosi orang lain kerana
perbezaan emosi antara individu wujud dalam situasi yang sama.
5.0 ANALISIS PERANAN GURU DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG SESUAI MENGIKUT
PERINGKAT UMUR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang
berterusan. Proses pendidikan yang berkembang serentak dengan perkembangan individu
seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Melalui ilmu
atau kemahiran yang diperoleh, kanak-kanak seterusnya mengaplikasikannya dalam
konteks yang pelbagai sama ada dalam kehidupan sehariannya ataupun sebagai
persediaan untuk kehidupannya pada masa yang akan datang. Pengajaran merupakan
suatu proses yang kompleks yang memerlukan kepelbagaian aktiviti yang bermakna jika
ingin sesuatu proses pembelajaran itu berjaya. Kejayaan sesuatu perkara ia memerlukan
gabungan atau Kerjasama antara guru dan murid tersebut. Oleh itu, peranan seorang guru
sangat penting dalam membangunkan perkembangan sosio-emosi dan tingkah laku murid.
Guru yang prihatin amat membantu dalam perkembangan murid dalam bilik darjah ini
disebabkan guru adalah penjaga yang kedua selain ibu bapa murid tersebut. Di sekolah,
guru adalah role model kepada kanak-kanak jika guru itu menunjukkan tingkah laku dan
emosi yang positif maka murid akan mengikutinya. Sebagai contoh, guru memenuhi
keperluan kasih sayang dan perhatin, menjalinkan hubung mesra dan erat kepada murid
secara tidak langsung murid tersebut dapat meningkatkan kemahiran sosio-emosi dan
tingkah laku mereka.
Sebagai guru Pendidikan awal kanak-kanak untuk membangunkan sosio-emosi
kanak-kanak sangat penting kerana ianya akan membantu kanak-kanak mendapat kejayaan
dan kesejahteraan dalam kehidupan mereka dalam kanak-kanak seharusnya mengetahui
perkembangan emosi terlebih dahulu. Perkara ini dapat membangunkan sosio-emosi kanak-
kanak dan membantu mereka lebih Berjaya dalam kehidupan seterusnya. Sebagai guru
harus mengambil tahu tentang bagaimana emosi kanak-kanak berkembang mengikut
peringkat umur 0 hingga 2 tahun , 3 hingga 4 tahun dan 5 hingga 6 tahun. Jika guru tersebut
mempunyai kemahiran tentang memahami perkembangan sosioemosi kanak-kanak secara
tidak langsung guru tersebut dapat mengenal pasti kaedah dan teknik yang sesuai dalam
membangunkan perkembangan sosio emosi dan tingkah laku kanak-kanak bawah jagaan
guru tersebut. Maka dengan itu kanak-kanak akan lebih berjaya di masa hadapan dan
mereka dapat menangani dengan masalah stress serta dapat mencegah masalah emosi
yang keterlaluan kelak.
Seterusnya, peranan guru menggunakan kaedah strategi pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid. Strategi berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid
secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah ataupun luar kelas.
Strategi ini lebih kepada tanggungjawan murid ke atas pembelajaran mereka sendiri.
Strategi pembelajaran berpusatkan murid memainkan peranan penting dalam memupuk
perkembangan sosial murid ini kerana proses pembelajaran digerakkan atas minat,
dorongan dan keperluan murid. Murid juga diberikan kebebasan untuk memilih jenis aktiviti
yang mereka minat, bahan yang mereka tertarik dan masa semasa pembelajaran
belangsung. Guru hanya sebagai fasilitator yang mana pemudahcara atau pembimbing yang
mengalakkan dan memandu murid dalam menjalankan aktiviti tersebut. Strategi
berpusatkan murid ini boleh dilakuka secara indivudi atau berkumpulan. Sebaliknya, jika
guru menggunakan strategi berpusatkan guru ianya kaedah yang tradisional dan
kemungkinan proses perkembangan sosio-emosi dan tingkah laku kurang
memberansangkan ini kerana guru hendak murid tersebut hanya mendengar kata dan harus
mengikuti sesuatu perkara yang sudah ditetapkan oleh guru tersebut. Contoh aktiviti yang
digalakan dalam strategi pembelajaran seperti perbincangan, forum dan sebagainya. Aktiviti
perbincangan dapat membentuk kemahiran sosial murid, ianya boleh dilihat dalam sesi
perbincangan tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Peranan guru seterusnya adalah guru perlu memberi peluang kepada murid dalam
menyalurkan emosi. Tambahan pula, emosi adalah penggerak utama bagi menggambarkan
tingkah laku murid khususnya peringkat pertengahan dan akhir. Ini kerana melalui emsi
yang lahir dari mereka dapat menonjolkan segala bentuk perkara yang dirasai serta yang
difikirkan. Biasanya emosi kesedaran kendiri ini wujud pada usia 2 tahun dan masa itulah
konsep kendiri wujud dalam diri kanak-kanak tersebut. Pada umur 18 hingga 36 bulan
kanak-kanak mula menunjukkan emosi seperti malu, bersalah, dengki dan bangga. Kanak-
kanak peringkat umur begini mempunyai perasan malu dan bersalah sekiranya ditegur di
hadapan rakan mereka yang lain oleh guru tersebut. Oleh itu, untuk meningkatkan
perkembangan sosio-emosi dan tingkah laku kanak-kanak sebagai guru seharusnya tidak
mudah melatah dan menegur kanak-kanak secara bersemuka agar air muka kanak-kanak
tidak jatuh dan mereka tidaklah berasa malu melampau. Menurut Bandura (1986-1989),
menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperolehi melalui secara
peniruan. Jika di sekolah guru menunjukkan emosi sedih, gelisah atau marah kemungkinan
murid juga turut meniru emosi tersebut walaupun tidak memahami bagaimana emosi itu
berlaku.
Selain itu, guru juga boleh menggalakkan kanak-kanak dalam nilai sikap tolong
menolong. Kaedah pembelajaran koperatif dapat memupuk sikap bekerjasama antara murid
dan guru, sikap tolong menolong juga wujud dalam diri kanak-kanak. Jika murid sentiasa
memperaktikkan amalam tersebut ianya akan dapat membentuk sifat empati dalam diri
kanak-kanak itu. Selain itu, juga sekiranya guru dapat membantu kanak-kanak menguruskan
konflik secara berkesan masa pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah. Murid juga
dapat lebih bersedia dengan melakukan kerja secara berkumpulan dan berkolaborasi
semasa aktiviti dijalankan secara kumpulan kecil dan besar.
6.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG SESUAI MENGIKUT PERINGKAT UMUR
Jadual 2 menunjukkan beberapa contoh aktiviti yang menggalakkan perkembangan
sahsiah, sosio-emosi dan nilai kerohanian mengikut peringkat dari bayi dan kanak-kanak di
TASKA, seperti berikut.
Bil Peringkat Umur Cadangan Aktiviti
1. 0 hingga 12 bulan Dampingan, urutan dan belaian
Pendidik memodelkan perlakuan baik
Pelukan ketika menyusu
Bermian ibu jari
Perdengarkan bunyi yang berbeza
Komunikasi memujuk
2. 12 hingga 24 bulan Pergerakan wajah ekspersi emosi
3. 2 hingga 3 tahun Simulasi ikut arahan ringkas
4. 3 hingga 4 tahun Bermain permainan mobile
Latihan tandas
Cuci tangan sebelum makan
Mengemas kelas
Menyimpan barang permainan
Beratur dan ikut giliran
Kanak-kanak berpeluang memilih alat
permainan
Permainan patung berbulu lembut
Bercerita tentang keluarga
Main peranan tanggungjawab sebagai ibu
bapa atau adik-beradik
Bercerita didatik
Perbualan pagi
Memadangkan gambar
Soal jawab
Berlakon spontan
Mengajuk kata-kata hikmah
Menderma dan berkongsi
Simulasi sembahyang
Simulasi bantu orang tua
Menyayangi bintang seperti kucing
Lawatan
Gotong-royong mengemas TASKA
Nyanyian
7.0 PENERANGAN TENTANG AKTIVITI
Nama Aktiviti : Nyanyian (memberi tindak balas dalam lagu)
Kanak-kanak suka mendengar dan melibatkan diri dalam aktiviti muzik. Terdapat juga
kanak-kanak yang akan menyanyi sendirian ketika bermain. Oleh itu, pengalaman aktiviti
muzik yang dirancang untuk kanak-kanak boleh memupuk perkembangan emosi mereka.
Hal ini kerana muzik sentiasa dianggap penting sebagai pengamalan hidup setiap hari
kanak-kanak di TASKA.
Kepentingan aktiviti nyanyian terhadap perkembangan sahsiah, sosio emosi dan
kerohanian kanak-kanak.
Menarik minat kanak-kanak untuk belajar
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan
Memberikan peluang meluahkan perasaan
Memantapkan kemahiran asas berbahasa
Mengawal suara dan sebutan perkataan ketika berkomunikasi
Meningkatkan daya intelektual
Mengenali lagu dan bunyi yang didengari
Menerapkan nilai murni melalui lagu
Menerapkan amalan kerjasama ketika nyanyian berkumpulan
Pelaksanaan Aktiviti Nyanyian
Pelaksanaan aktiviti nyanyian hendaklah mengikut perancangan sebelum, semasa
dan selepas nyanyian supaya mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan.
Sebelum
Memilih lagu yang sesuai dengan usia kanak-kanak
Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan lagu yang dipilih.
Memastikan bahan bantu mengajar yang sesuai dan mencukupi.
Lagu yang dipilih sesuai dengan objektif aktiviti
Memilih ruang yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang.
Selepas
Set induksi yang ada kaitan dengan aktiviti nyanyian.
Memberi arahan yang jelas dalam aktiviti yang dilakukan.
Menunjukkan poster lirik lagu yang jelas kepada kanak-kanak.
Membimbing kanak-kanak dengan kaedah pemudahcaraan yang sesuai.
Menggunakan bahan bantu mengajar seperti alat muzik sebagai tarikan
Selepas
Merumuskan aktiviti nyanyian yang telah dilakukan.
Membuat pengukuhan dan aktiviti susulan jika perlu.
Merekodkan pencapaian kanak-kanak dalam rekod pentaksiran murid.
Mengemas barang-barang selepas aktiviti.
Membersihkan ruang aktiviti supaya kemas seperti sediakala.
Penyediaan bahan bantu mengajar yang kreatif
Bahan bantu Ruang Langkah
mengajar pembelajaran penyediaan
Topeng emosi ikon Ruang aktiviti Sediakan lirik lagu
Tanda lampu isyarat pembelajaran Buat draf garisan di kad
Rakaman audio atau manila
video Tuliskan lirik di atas draf
Poster lirik lagu garisan
Hias poster dengan
ilustrasi
Gantung poster di ruang
pembelajaran.
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti
Implikasi aktiviti terhadap perkembangan emosi dan tingkah lagu kanak-kanak
Aktiviti nyanyian yang dilakukan dapat membantu dalam perkembangan sosio-emosi
dan tingkah laku kanak-kanak sebagai contoh, aktiviti nyanyian ini dapat membantu kanak-
kanak meluahkan perasaan. Sebagai guru kitab oleh lihat dari emosi gembira kanak-kanak
ketika aktiviti berlangsung. Kanak-kanak menunjukkan perasaan gembira melalui mimik
muka dan bahasa tubuh badan jika mereka senang hati.
Melalui aktiviti nyanyian juga kanak-kanak akan dapat menerapkan nilai murni
melalui lagu tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengamalkan kerjasama ketika
nyanyian yang berkumpulan. Tambahan pula, aktiviti nyanyian yang mereka ketahui atau
pernah didengar melalui televisyen, radio atau lawan sesawang youtube dan sebagainya
akan menimbulkan lagi rasa minat dan keseronokan mereka.
Lampiran Gambar Aktiviti Nyanyian
Aktiviti Nyanyian Screenshot video aktiviti
nyanyian yang dilakuan.
Kanak-kanak TASKA
Hospital Mesra Bukit Sumber : Facebook Taska
KEMAS HMBP
Padang
PENUTUP
Kesimpulannya, perkembangan adalah salah satu perubahan dialami oleh
seseorang individu dan bersifat kualitatif. Perubahan dari aspek sosio-emosi dan tingkah
laku akan sentiasa berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-
peringkat kematangan tertentu seseorang. Bagi membantu murid dalam perkembangan
sosio-emosi dan tingkah laku yang sentiasa stabil dan meningkat mengikut aturan, pelbagai
cara dan factor yang mempengaruhi seperti faktor persekitaran dan baka. Sebagai guru
ianya merupakan pihak utama yang harus menguasai ilmu perkembangan kanak-kanak.
Kemahiran pengetahuan seperti teori-teori perkembangan mampu mebri impak dalam
sesuatu institusi di sekolah. Oleh yang demikian, dengan adanya kemahiran tentang
perkembangan kanak-kanak seperti teori perkembangan kanak-kanak Erik Erikson ianya
meberi satu dimensi baru peranan guru untuk mendidik dan sentiasa peka dalam
menguruskan sosio-emosi dan tingkah laku kanak-kanak dalam bilik darjah.
Rujukan
Razaly, S. (n.d.). Kurikulum PERMATA Negara. Retrieved October 9, 2021, from
https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_Negara
Gthavan, K. (n.d.). KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
(KSPK. Retrieved October 9, 2021, from
https://www.academia.edu/30699296/KURIKULUM_STANDARD_PRASEK
OLAH_KEBANGSAAN_KSPK
Implikasi Perkembangan Emosi Dan Sosio-Emosi Terhadap Proses Pengajaran.
(n.d.). Scribd.Com. Retrieved October 9, 2021, from
https://www.scribd.com/doc/158385093/Implikasi-Perkembangan-Emosi-
Dan-Sosio-emosi-Terhadap-Proses-Pengajaran
Sadin, B. (n.d.). PERANAN GURU DAN IBU BAPA MERANGSANG
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK KANAK MELALUI AKTIVITI
BERMAIN. Retrieved October 9, 2021, from
https://www.academia.edu/30267374/PERANAN_GURU_DAN_IBU_BAPA
_MERANGSANG_PERKEMBANGAN_SOSIOEMOSI_KANAK_KANAK_ME
LALUI_AKTIVITI_BERMAIN
zamzuriajin. (n.d.). Kajian perkembangan kanak. Slideshare.Net. Retrieved October
9, 2021, from https://www.slideshare.net/zamzuriajin/kajian-perkembangan-
kanak