The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-96335521, 2022-09-21 07:16:06

TEMPLATE KERJA KURSUS USULUDDIN

TEMPLAT KERJA KURSUS 21.9

TEMPLAT KERJA KURSUS USULUDDIN STPM 2022
TEMA 1 : PERKARA LUAR BIASA
TEMA 2 : IJAZ AL QURAN

1. Kandungan
2. Abstrak
3. Penghargaan
4. Pengenalan
5. Objektif kajian
6. Kaedah kajian
7. Perbincangan dan hasil kajian
8. Rumusan
9. Cadangan
10. Senarai rujukan
11. Lampiran (jika ada)

2.0 ABSTRAK

Elemen yang perlu ada dalam abstrak ialah:

1. Permasalahan kajian
2. Objektif kajian
3. Metodologi kajian
4. Dapatan kajian / Penemuan utama kajian / Implikasi Kajian

CONTOH ABSTRAK

BOTANI DAN GEOLOGI DALAM AL-QURAN DARI ASPEK I‘JAZ ‘ILMI
SERTA HUBUNGANNYA DENGAN AKIDAH :KAJIAN PERBANDINGAN

ANTARA MUFASSIR ‘ILMI DAN PENGKAJI SAINS MODEN

ABSTRAK

Kemukjizatan al-Quran dari aspek i‘jaz ‘ilmi merujuk kepada ilmu saintifik yang terdapat
dalam ayat al-Quran. Ilmu saintifik al-Quran tidak diketahui pada zaman Nabi Muhammad
SAW, sebaliknya rahsia itu tersingkap ekoran kemajuan ilmu pengetahuan bermula seawal
abad ke-17. Ilmu saintifik ini merujuk kepada i‘jaz al-Quran dalam bidang kosmologi,
astronomi, botani, zoologi, geografi, perubatan, geologi, meteorologi, fizik, kimia dan biologi.
Walau bagaimanapun umat Islam tidak menyedari bahawa al-Quran adalah sumber primer
dalam memahami sains. Hal ini kerana umat Islam telah menjalani proses pendidikan melalui
sistem pendidikan yang bersifat dikotomi. Sains dan al-Quran diajar secara berasingan tanpa
melihat hubung kait yang signifikan antara keduanya. Justeru kajian ini bertujuan
membuktikan bahawa tiada pemisahan antara agama dan penemuan sains dengan menganalisis
ayat i‘jaz ‘ilmi berkaitan dengan botani dan geologi dalam al-Quran. Selain itu pandangan ahli
tafsir dan kajian saintifik juga diketengahkan serta menghubungkannya dengan akidah. Kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dan temu bual separa
struktur sebagai kaedah pengumpulan data.Analisis kandungan melibatkan huraian tentang
penggunaan istilah, pandangan ahli tafsir, fakta dan teori saintifik. Metode temu bual separa
struktur bersama beberapa orang informan diaplikasikan bagi mendapat data yang sah
berkaitan dengan botani dan geologi. Manakala data dianalisis secara perbandingan antara
penemuan sains dan tafsiran al-Quran. Ayat berkaitan dianalisis dengan menghubungkannya
dengan rukun iman. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam al-Quran terdapat 218 tempat
berkaitan botani dan geologi iaitu 25 tempat berkaitan botani, 117 tempat berkaitan geologi
dan 76 tempat kombinasi antara botani dan geologi. Kesemua ayat tersebut didapati tiada
satupun yang bercanggah dengan fakta saintifik. Kajian juga mendapati kesemua ayat tersebut
terikat dengan akidah beriman kepada Allah SWT, para malaikat, kitab, para rasul, hari akhirat
serta qada’ dan qadar. Ayat berunsur saintifik yang terdapat dalam al-Quran perlu
diketengahkan kepada masyarakat sebagai salah satu medium bagi membuktikan kebenaran
Islam dan al-Quran. Kajian ini dapat memberi dimensi baharu dalam pembelajaran sains
khususnya bidang botani dan geologi melalui penelitian ayat al-Quran yang dapat
menghubungkan seorang hamba dengan Tuhan Yang Maha Pencipta.

4.0 PENGENALAN

Elemen yang perlu ada dalam pengenalan ialah :

1. Latarbelakang masalah
2. Pernyataan masalah kajian

CONTOH PENGENALAN
4.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Al-Quran merupakan kitab dan wahyu terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada nabi
terakhir iaitu nabi Muhammad SAW . Proses penurunan wahyu oleh Allah kepada para nabi
dan rasul telah disempurnakan di dalam kitab al-Quran. Ini bermakna al-Quran kitab panduan
yang lengkap dan sempurna untuk dijadikan panduan oleh seluruh manusia dan jin. Isi
kandungan al-Quran menyentuh semua aspek kehidupan manusia sama ada hubungan manusia
dengan Allah dan hubungan manusia dengan alam, malah kehidupan di akhirat juga
didedahkan dengan terperinci.

Al-Quran merupakan kitab rujukan yang lengkap kepada manusia dalam menjalani
kehidupan di dunia. Ia merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak, ibadah, sosial, ekonomi,
pendidikan, perundangan, ilmu pengetahuan dan politik. Inilah mukjizat yang dikurniakan
oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak ada sesiapapun yang boleh
menandinginya. Allah SWT mencabar jin dan manusia untuk membawa sesuatu yang boleh
menyamai al-Quran, tetapi ternyata manusia dan jin tidak mampu berbuat demikian walaupun
mereka bekerjasama .

4.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Adaptasi perkembangan sains dan teknologi dalam konteks pengajian Islam perlu
dipandu dengan keperluan masyarakat kini. Dengan berpaksikan sumber utama iaitu al-Quran,
penggemblengan usaha yang dinamik dalam memahami ayat-ayat tauhid amat perlu agar
mampu mendepani cabaran yang bersifat multi-demensi demi menyerlahkan kesyumulan,
kesejagatan, dan keanjalan ajaran Islam.

Di sinilah pengkaji melihat kepentingan sebenar di dalam pengolahan maksud tersirat
al-Quran berlandaskan situasi masyarakat kini yang lebih bersifat saintifik. Jika dahulu, tradisi
keilmuan para sarjana dan ulama silam lebih cenderung menterjemah al-Quran secara Ma’thur,
Ra’yi dan Ishari berdasarkan situasi pada ketika itu, maka satu pendekatan baru amat
perlu dalam memahami konteks al-Quran selaras dengan perkembangan kini, iaitu
menggabung jalin sains dan teknologi dalam memahami al-Quran. Tidak mengimani
olahan sains Barat, sebaliknya melakukan telahan dan anjakan paradigma terhadap
penemuan saintifik untuk diislamisasikan mengikut acuan Islam yang bersifat ta‘abbudi
dan tauhid.

5.0 OBJEKTIF
TEMPLAT 1 (Kualitatif)
Objektif kajian:

1. Mengenalpasti kategori ayat-ayat berkaitan botani dan geologi berdasarkan rukun
iman.

2. Menganalisis perkaitan di antara ayat-ayat botani dan geologi serta hubungannya
dengan akidah.

TEMPLAT 2 (Kualitatif)
Objektif kajian:

1. Menjelaskan konsep amalan perbomohan.
2. Membandingkan amalan perbomohan yang menyesatkan dan perbomohan yang

dibenarkan dalam Islam.

TEMPLAT 3 (Kuantitatif)
Objektif kajian:

1. Menerangkan konsep Solat Sunat Istikharah berdasarkan hadis-hadis Nabi.
2. Menganalisis tahap kefahaman pelajar asrama tingkatan 5 SMKA Falahiah berkaitan

Solat Sunat Istikharah.

TEMPLAT 4 (Kuantitatif)
Objektif kajian:

1. Menerangkan konsep Qailullah menurut perspektif Islam.
2. Mengukur tahap kefahaman Jemaah Masjid Iktikaf Tuan Guru Haji Omar berkaitan

amalan Qailullah.

6.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini membincangkan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mencapai objektif
utama kajian yang dilakukan.

1) Metode Kualitatif

Melalui metodologi ini, pengkaji akan menjelaskan tentang konsep dan khasiat susu
kambing serta menunjukkan hadis berkenaan amalan sunnah minum susu kambing untuk
mencapai objektif kajian. Melalui kaedah tersebut, pengkaji akan melakukan kajian dengan
merujuk bahan-bahan ilmiah seperti buku, akhbar, dan laman sesawang supaya dapat
menambahkan maklumat kajian dengan tepat dan teratur.

2) Metode Kuantitatif

Pengkaji akan menggunakan kajian lapangan bagi mencapai objektif yang kedua iaitu
menganalisa tahap kefahaman penduduk Kampung Kutan mengenai tahap pengamalan dan
pengetahuan berkaitan khasiat meminum susu kambing. Borang soal selidik akan disediakan
kepada penduduk Kampung Kutan seramai 30 orang responden bagi mendapatkan maklumat
dengan tepat. Responden yang dipilih ini terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang
perempuan. Hal ini bertujuan agar pengkaji memperolehi jawapan yang berkaitan dengan
objektif yang akan dijalankan.

7.0 PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN
7.1 Mukjizat Nabi Muhammad SAW
7.1.1. Dua Mukjizat Nabi Muhammad SAW
a) Huraian mukjizat 1
b) Huraian mukjizat 2
7.1.2. Hikmah mukjizat
a) Hikmah mukjizat 1
- isi dan huraian
b) Hikmah mukjizat 2
- isi dan huraian
7.2. Sejauhmana kefahaman penduduk Taman ….. mengenai hikmah dua mukjizat
Nabi Muhammad SAW
7.2.1. Analisis Bahagian A
a. Taburan responden berdasarkan jantina
Jadual dan penerangan
b. Taburan responden berdasarkan umur
Jadual dan penerangan
7.2.2. Analisis Bahagian B
- Analisis berdasarkan soal selidik / temu bual dan sebagainya dalam bentuk
jadual dan penerangan

8.0 RUMUSAN
8.1 Rumusan objektif pertama.
Bagi mencapai objektif yang pertama, pengkaji telah mengumpul data-data menerusi
kajian kepustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan bercetak seperti buku, artikel
jurnal, makalah, kertas kerja, prosiding dan juga tesis. Sumber-sumber rujukan tersebut
diperolehi daripada perpustakaan sekolah dan juga laman sesawang dengan
menggunakan enjin carian google scholar. Data-data yang telah dikumpul diteliti dan
dianalisis sehingga menghasilkan sebuah dapatan kajian iaitu …..

8.2 Rumusan objektif kedua
Manakala objektif yang kedua, pengkaji memperolehi data-data menerusi instrumen
soal selidik ke atas ……responden yang dipilih secara rawak berstrata. Keputusan soal
selidik tersebut dianalisis bagi mendapatkan hasil kajian iaitu……………..

9.0 CADANGAN
Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini mendorong pengkaji untuk mengemukakan
cadangan-cadangan berikut:
6.1 Pihak Kerajaan …………………
6.2 Pihak sekolah …………………

10. SENARAI RUJUKAN
(SEKURANG-KURANGNYA 3 BUKU/ 2 ARTIKEL / WEB) = 5 RUJUKAN

Ibn Majah, Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid. (2015). Sunan Ibn Majah, Riyadh:
Dar al-Hadarah.

Sabry & Vohra. (2013). Role of Islam in the Management of Psychiatric Disorders,
Indian Journal of Psychiatry, 55(6): 205-214.

Yusuf Al-Hajj Ahmad, (2012), Ensiklopedia Kemukjizatan sains Dalam al-Quran &
Sunnah, Selangor: Al-Risalah Publication.

______,(2010), Scientific Wonders on the Earth & in Space, Riyadh: Saudi, Maktaba Dar-us-
Salam.
Yusuf al-Qaradhawi(1996), Tafsir Surah Al-Ra`d, Tahqiq Mahmud ‘Iwad , Mesir.
Zaghlul Raghib Muhammad al-Najjar, (2008), Min Ayat al-I`jaz al-Ilmi, Ard fi al-
Quran al-Karim, Beirut: Lubnan, Dar al-Ma`rifah.

_______, (2009), Al-I‘jÉz Al-‘Ilmi fi al-Sunnah al-Nabawiyyah, Kaherah: Dar NahÌah
MiÎr.

_______, (2008), Min Ayat al-I‘jÉz al-‘Ilmi Khalq al-Insan fi al-Quran al-Karim,
Beirut:Lubnan, Dar al-Ma‘rifah.

_______, (2013), Min ÓyÉt al-I‘jÉz al-AnbÉiy wa al-Tarikhiy fi al-Quran al-Karim,
Beirut:Lubnan, Dar al-Ma‘rifah.

Zulkifli Hj Muhammad Yusuf (1996), Kunci Mengenal al-Quran, Kuala Lumpur.
Berita Publishing Sdn.Bhd.

INTERNET
http.www.jpnn.com. laman sesawang, dimuat turun pada 26 April 2019.
https://www.jmg.gov.my, laman sesawang, dicapai pada 31 Januari 2019.

https:// ms.wikipedia.org./wiki/Gempa-bumi, laman sesawang, dicapai pada 31,
Januari 2019
https:// root of science.com/blog/2017/sains-fizikal/geologi, laman sesawang, dicapai
pada 31, Januari 2019.

DosenBiologi.com/tumbuhan/proses- fotosintesis, laman sesawang, dicapai pada Julai
2018

Sri Sudarmiyati Tjitrosoedirdjo, Sejarah Klasifikasi dan Perkembangan Taksonomi
Tumbuhan, BIOL431/Modul 1,1.15. http,://repository.ut.ac.id, laman sesawang
dimuat turun pada 13 April 2021.

TEMUBUAL

Mohd Firdaus bin Ismail, pensyarah Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian,
UPM, ( temubual dengan pengkaji, 18 November 2019).
Mohamad Yusof bin Che Sulaiman, pegawai geosains, Jabatan Mineral dan Geosains
Malaysia, Kelantan ( temubual dengan pengkaji, 9 Mei 2019).

Munawaruzzaman bin Harun, Pegawai Pertanian Komunikasi, Jabatan Pertanian
Negeri Kelantan, ( temubual dengan pengkaji, 27 Mei 2019).

Ahmad Rosli b. Othman, pegawai geosains, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Kelantan ( temubual dengan pengkaji, 9 Mei 2019).

11. LAMPIRAN (SOAL SELIDIK DLL) JIKA ADA


Click to View FlipBook Version