The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KAVITHA A/P PARIMAL Moe, 2022-05-27 08:46:23

Booklet SKS

Booklet SKS

Di sini bermula, mengenal dunia
bersama guru tercinta

Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA

Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah, generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah, Malaysia di mata dunia

SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

Sekolahku SEJAHTERA merupakan amalan baik yang diamal dan dihayati sehingga menjadi budaya
dalam kehidupan di dalam dan di luar sekolah. Penerapan tersebut boleh dilaksana secara
bersepadu melalui pemikiran atau kognitif (cognitive), sosioemosi (socioemotional) dan tingkah laku
(behavioural) menerusi elemen SEJAHTERA, iaitu:
 

Selamat, Seronok & Sihat
Etika & Empati
Jati Diri
Adab Sopan
Harmoni
Tekun, Teliti & Terampil
Eksplorasi
Rasional
Artikulasi

Sekolahku SEJAHTERA

Sekolahku SEJAHTERA merupakan amalan baik yang diamal dan dihayati sehingga menjadi budaya
dalam kehidupan di dalam dan di luar sekolah. Penerapan tersebut boleh dilaksana secara
bersepadu melalui domain pemikiran (cognitive), sosioemosi (socioemotional) dan tingkah laku
(behavioural).



Matlamat Sekolahku SEJAHTERA adalah untuk melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada

kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global. Oleh yang demikian, penerapan elemen
SEJAHTERA bermula dari peringkat prasekolah dan berterusan sehingga peringkat menengah dan diamalkan
sepanjang hayat.
 
Prasekolah:
Murid dapat mengetahui, memahami dan mempamerkan nilai murni, adab, sayang pada diri dan keluarga,
tabiat yang baik serta tahu membezakan antara betul dan salah dalam sesuatu tindakan. Pada peringkat ini,
guru memperkenalkan nilai-nilai murni dan membimbing murid dalam amalan harian.
 
Sekolah Rendah:
Pada peringkat rendah pula, murid dapat meneruskan amalan asas nilai yang telah didedahkan pada
peringkat prasekolah. Murid dapat mempamerkan nilai-nilai seperti menghargai kepelbagaian, semangat
berpasukan dan kolaborasi, yakin dalam berkomunikasi dan artikulasi serta menonjolkan potensi kepimpinan,
sayang pada diri dan keluarga, empati kepada orang lain, menghormati alam sekitar dan mengamal gaya
hidup sihat. Pada peringkat ini, peranan guru mula berubah daripada pembimbing kepada mentor. Murid
memainkan peranan yang lebih besar dalam penerapan nilai dan amalan baik tersebut.

Sekolah Menengah dan Pasca Menengah:
Murid pada peringkat menengah dan pasca menengah dapat menghayati dan mengamalkan nilai murni dan
amalan baik. Pada peringkat ini, guru berperanan sebagai fasilitator dan murid/pelajar mengambil peranan
yang lebih utama dalam penerapan nilai dan amalan baik.

Proses penerapan elemen SEJAHTERA akan berubah ansur daripada berpusat guru (teacher-centred) kepada
berpusat murid (student-centred) sejajar dengan perubahan tahap persekolahan murid ke arah melahirkan
insan sejahtera.

dari Prasekolah sehingga Pasca Menengah

MENENGAH DAN
PASCA MENENGAH

guru sebagai pembimbing

kepada penerapan nilai dan
amalan baik.
murid mengetahui, memahami
dan menunjukkan perilaku
nilai-nilai murni.

MURID SEJAHTERA

Penerapan elemen SEJAHTERA adalah melalui pelaksanaan aktiviti di institusi pendidikan yang
melibatkan aktiviti kurikulum dan kokurikulum serta program dalam komuniti. Setiap aktiviti perlu
berbentuk konstruktif dan konstekstual yang menyediakan peluang untuk murid mencipta idea
baharu dan meningkatkan kemahiran seperti melakukan pembentangan, melukis peta minda dan
membuat refleksi. Aktiviti yang konstruktif dan kontekstual perlu diperkukuh dengan memberi fokus
kepada aktiviti berpusatkan murid (student-centred activities). Penekanan kepada aktiviti mengikut
konteks harian murid dengan penerapan elemen SEJAHTERA akan membantu murid memahami,
menghayati dan belajar daripada pengalaman mereka dan menerokai potensi diri (experiential
learning). Aktiviti yang konstruktif membuka ruang untuk murid berkolaborasi, bekerjasama dalam
satu pasukan, membuat refleksi dan membuat kesimpulan.

(Mindset Change)
(Behavioural Change)
(Culture Change)







Saya sangat suka
makan buah epal, ia
baik untuk kesihatan



Terima kasih. Kamu
sangat baik hati.
Boleh saya bantu
bawa barangan
puan?







Terima kasih
kepada kamu
berdua, terharu

saya

H









It’s autumn
here

Hi Lee,
How’s the weather

in Seoul?










Click to View FlipBook Version