The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imanskr258, 2022-05-11 09:53:26

MAJALAH MPU SIAP-converted-compressed

MAJALAH MPU SIAP-converted-compressed

NAMA PENSYARAH: PUAN SITI AISHAH
KURSUS&KOD: PENGAJIAN ISLAM &
MPU23012
TAJUK: MASJID MEDIUM PENDIDIKAN
MEMBINA MASYARAKAT BERAKHLAK

PENULIS/PELAJAR:

Muhammad Iman bin Sukri(16DPR21F1055)
Hafizuddin bin Rossham (16DPR21F1050)



ISI KANDUNGAN MAJALAH

ABSRAK PENULIS .................................................................................................................................... 1
PENGENALAN ...................................................................................................................................... 2

PENDAHULUAN....................................................................................................................................... 3
Masjid Sebagai Pusat Keilmuan Dan Kegiatan Keislaman ................................................................ 4
MASJID SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN MASYARAKAT .............................................................. 5
RUJUKAN ............................................................................................................................ 6

ABSTRAK

Masjid merupakan pusat ibadah, pentadbiran, masyarakat, pendidikan, ekonomi dan
pembangunan sosial pada zaman Rasulullah SAW. Walau bagaimana pun peranan dan fungsi
masjid ini telah berubah berikutan perubahan masa dan zaman. Kajian ini akan
membincangkan peranan masjid sebagai salah sebuah institusi pendidikan Islam dan
pembangunan masyarakat untuk dijadikan panduan oleh pelbagai pihak. Kajian telah
dilakukan ke atas beberapa buah masjid yang telah disenaraikan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) sebagai masjid yang berdikari dengan kepelbagaian program
pendidikan dan pembangunan masyarakat. Kertas kerja ini juga membincangkan sejarah
masjid pada zaman Baginda Rasulullah SAW.

PENGENALAN
Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi yang terpenting. Bukan sahaja dilihat
sebagai lambang syiar Islam, tetapi ia juga lebih menyerlah sebagai lambang perpaduan
ummah bahkan telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam dan telah berfungsi
sebagai sebuah institusi terpenting dalam memenuhi keperluan umat Islam. Al-Quran
menjelaskan bahawa individu muslim yang baik adalah individu yang hatinya sentiasa terikat
untuk mendekati masjid dan mengimarahkannya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-
Taubah ayat 18.

Ayat tersebut menunjukkan ciri-ciri muslim yang terbaik iaitu sentiasa mengimarahkan
masjid. Usaha pengimarahan masjid bukan sahaja terhad kepada amalan ibadat khusus sahaja
bahkan mengoptimumkan fungsinya sebagai sebuah institusi pembangunan masyarakat.
Masjid juga merupakan jambatan memperkukuhkan persaudaraan, kesefahaman, kecintaan
sesama umat Islam dalam menghayati ajaran Islam. Fungsi dan peranan masjid perlu
digerakkan agar ia bukan sahaja menjadi tempat yang sepi, kosong dan sunyi kecuali pada
waktu-waktu tertentu sahaja. Jangan sampai kita merasa gah dengan kemodenan dan
kecanggihan masjid kita tetapi tidak dapat dimaksimumkan penggunaannya.

PENDAHULUAN

Secara umumnya masyarakat hari ini melihat masjid sebagai tempat ibadah khusus
dalam kehidupan Muslim. Persepsi sedemikian perlu dimurnikan agar seluruh masyarakat
memahami konsep sebuah masjid dan menyedari pentingnya peranan sebuah masjid dalam
membangunkan ummah. Masjid bukan sekadar lambang dan syiar dalam kehidupan
masyarakat Islam malahan lebih penting dari itu di mana masjid adalah nadi dan pusat
kegiatan aktiviti umat Islam. Oleh itu, kehebatan sesebuah masjid bukanlah bergantung
kepada seni binanya semata-mata tetapi juga kepada tahap pengimarahannya. Masjid
menduduki tempat yang mulia dalam Islam kerana mempunyai fungsi utama sebagai tempat
ibadat. Oleh yang demikian, umat Islam harus memantapkan lagi peranan masjid dalam
usaha membangunkan ummah yang cemerlang memandangkan hubungan masyarakat Islam
dan masjid tidak boleh dipisahkan kerana saling berkait dan saling memerlukan.

Istilah masjid adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari perkataan “sajada, yasjudu,
sajdan”. Perkataan sajada ini merujuk kepada maksud bersujud, taat, patuh serta tunduk

dengan penuh hormat. Apabila merujuk kepada sesuatu tempat maka istilahnya menjadi
“masjidun” yang membawa kepada maksud tempat sujud menyembah Allah SWT. Oleh itu,

istilah masjid merujuk kepada suatu tempat atau bangunan yang fungsi utamanya adalah

sebagai tempat solat, bersujud menyembah

Allah SWT. Menurut Noresah masjid

bermaksud bangunan khas untuk umat Islam

melakukan solat jumaat dan ibadah -

ibadah lain. Perkataan masjid dan Jamek adalah

merupakan dua perkataan yang seringkali

digabungkan. Ia mengambarkan sifat

masjid itu sendiri yang berfungsi sebagai tempat

berhimpun umat Islam untuk mendirikan solat

Jumaat dan solat berjemaah

Dalam al-Quran pula perkataan masjid telah disebut sebanyak 26 kali. Jumlah ini
menunjukkan bahawa masjid memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan
masyarakat. Ianya bukan sekadar tempat solat, namun ibadah-ibadah lain seperti perniagaan,
perbincangan, pelajaran, aktiviti kekeluargaan, tarikan dakwah muslim dan non-muslim dan

sebagainya yang menjadi sebagai pemusatan aktiviti orang Islam seharusnya.

MASJID SEBAGAI PUSAT KEILMUAN DAN KEGIATAN KEISLAMAN

Masjid adalah institusi ilmu untuk kecemerlangan
masyarakat Islam. Budaya ilmu ini perlu diluaskan
dengan mengadakan kelas-kelas keagamaan dan juga
kelas-kelas ilmiah yang lain seperti tuisyen akademik,
pelajaran kemahiran komputer, kelas sains, matematik
dan lain-lain pelajaran dari peringkat kanak-kanak
hingga ke peringkat dewasa. Hal ini sangat
bersesuaian dengan keperluan kehidupan masyarakat
Islam kini terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman dan jauh dari
pusat-pusat kegiatan ilmu. Oleh itu, peranan masjid sebagai pusat ilmu perlu dioptimumkan
bagi membangunkan masyarakat Islam. Sebuah perpustakaan yang lengkap
dengan buku-buku rujukan fardhu ain dan kifayah boleh diwujudkan dalam sebuah masjid.
Hal ini bererti rujukan di masjid bukan hanya terhad kepada naskah al-Quran dan Yaasin
semata-mata, tetapi turut dimuatkan dengan pelbagai buku agama dan buku mengenai ilmu
sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Selain itu, masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran al-
Quran (ulum al-Quran) dan al-hadith (ulum al-Hadith). Kebanyakan masjid kini telah
digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran dan al-Hadith. Amalan ini haruslah
diteruskan tetapi ada baiknya jika ditambah dengan menerangkan maknanya atau diberi
tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya al-Quran dapat difahami dan diamalkan
sebaiknya. Begitu juga kefahaman terhadap al-Hadith yang sebaiknya diajar dengan
menggunakan kitab-kitab hadith secara konsisten. Lantaran itu, satu modul khas boleh
diwujudkan mengikut tahap kebolehan individu bagi memudahkan urusan pengajaran dan
pembelajaran al-Quran dan al-hadith di seluruh masjid di Malaysia. Usaha ini sekaligus dapat
mengurangkan masalah buta al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam.

MASJID SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan masyarakat serta pembangunan minda dan
fizikalnya memberikan isyarat bahawa institusi masjid juga perlu berkembang untuk
mengimbangi keperluan dan perkembangan masyarakat Islam. Khususnya masjid-masjid
yang berkedudukan strategik di negara ini perlu mengorak langkah bagi menampung dan
memenuhi keperluan masyarakat. Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah
institusi, maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan
masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh
diterjemahkan sebagai ibadah.

Pembangunan masyarakat tidak hanya tertumpu kepada soal akhlak atau memfokuskan pada
program-program keagamaan semata-mata, malah untuk menjadikan masjid sebagai pusat
pembangunan masyarakat yang terulung, masjid harus memahami kehendak masyarakat
semasa. Dalam erti kata lain segala aktiviti kemasyarakatan bermula di masjid sebagaimana
masjid di zaman Rasulullah. Aktiviti-aktiviti pembangunan sosial masyarakat diadakan bagi
mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli qariah dengan institusi masjid. Ini bermaksud

bukanlah segala aktiviti dilakukan di dalam
masjid tetapi pihak masjid boleh menganjurkan
sesuatu program dan diadakan di luar masjid.
Contohnya masjid menganjurkan program sukan
untuk remaja seperti pertandingan bola sepak,
takraw dan sebagainya, tidak menjadi suatu
kesalahan jika sukan dianjurkan oleh masjid.
Islam sendiri menggalakan umatnya supaya
beriadah, malah itu dapat mendekatkan remaja
dengan masjid seperti pepatah Arab menyebut:

‫العقل السلييف س اسسيف السلييف‬

Maksudnya: Akal yang sihat dari badan yang sihat

Selain daripada itu bagi memenuhi keperluan masyarakat semasa supaya terus relevan
seharusnya masjid perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan riadah,
kemudahan pusat rawatan kesihatan, kemudahan pusat komuniti, kemudahan pusat
pendidikan atau kemudahan kedai jualan barangan halal. Pihak pengurusan masjid boleh
meluaskan program yang dianjurkan, tetapi jangan sampai mencemarkan kesucian masjid.

RUJUKAN

Saalim, A. M. (1994). Adab Ziarah Maqam dan Masjid Nabi s.a.w. Adab Ziarah Maqam dan Masjid
Nabi s.a.w.

Suhid., A. (2006). Pengajaran Adab Akhlak Islamiah Dalam Membangunkan Modal Insan. Prosiding
Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Fakulti.

Sulaiman, A. Z. (2011). Pentadbiran Masjid Secara Professional. Model Kajian Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Click to View FlipBook Version