KERTAS KONSEP
UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
22 NOVEMBER – 25 NOVEMBER 2022
ANJURAN:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGELOLA:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
1
1.0 Pengenalan
1.1 Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta
mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di
pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, peringkat daerah, peringkat
negeri, peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
1.2 Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan (TKRS) secara dalam talian merupakan
inisiatif penting yang dilaksanakan oleh KPM untuk kadet kadet TKRS
semasa dunia menghadapi Novel Coronavirus (Covid-19) untuk memberi
peluang kepada mereka mempamerkan kemahiran yang telah mereka
pelajari di sekolah seperti kawad kaki, ikatan dan simpulan, bantu mula,
kerohanian dan moral, ujian kecergasan dan sebagainya selain menerapkan
ilmu serta kemahiran teknologi maklumat.
1.3 Pelaksanaan ujian kenaikan pangkat ini diharap dapat memberi ruang
kepada kadet kadet untuk menunjukkan kemahiran ilmu dan kemahiran
pasukan badan beruniform walaupun pelaksaaan aktiviti secara berpusat
seperti perkhemahan, kursus, dan sebagainya tidak dilaksanakan.
2.0 Objektif
2.1 Memberi ruang kepada kadet TKRS menyandang pangkat yang
bersesuaian dengan tahap penguasaan masing-masing.
2.2 Mempraktikkan kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari
daripada guru dan jurulatih.
2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat.
2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti TKRS.
2
3.0 Syarat Penyertaan
3.1 Penyertaan murid dalam ujian ini ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Guru penasihat TKRS hendaklah
mengenalpasti murid yang layak sahaja untuk mengambil bahagian dalam
pengujian ini.
3.2 Bilangan penyertaan bagi setiap negeri adalah 100 peserta iaitu 50 kadet
putera dan 50 kadet puteri
3.3 Penyertaan adalah kepada ahli TKRS TAHUN 5 sahaja (tahun 2022)
sekolah-sekolah rendah KPM dan telah menyandang pangkat Kopral TKRS
sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan.
3.4 Penyediaan semua bahan pengujian ini hendaklah dilaksanakan secara
individu. Semasa menyelesaikan tugasan ini. Peserta boleh dapatkan
bimbingan guru atau memohon bantuan ahli keluarga jika perlu.
3.5 Peserta hendaklah berambut pendek dan berpakaian no. 3 (uniform
lengkap) atau uniform separa (kemeja-t TKRS) dengan tatacara pemakaian
yang telah termaktub di dalam buku panduan rasmi KRS Malaysia
sepanjang rakaman video.
4.0 Pendaftaran Peserta
4.1 Setiap peserta dari setiap negeri perlulah didaftarkan terlebih dahulu
sebelum menyertai pengujian.
4.2 Pendaftaran ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap peserta
mendapat nombor siri penyertaan yang akan digunakan semasa mengisi
borang ujian objektif dan borang penghantaran video pengujian.
4.3 Pemberian nombor siri penyertaan ini digunakan bagi memudahkan urusan
pentadbiran ujian.
4.4 Pengagihan nombor siri penyertaan ini perlu dibuat oleh pengurusan negeri
masing-masing.
4.5 Pengagihan nombor siri penyertaan adalah berdasarkan jadual di bawah
BIL. NEGERI HURUF NO. SIRI
DAFTAR PENYERTAAN
1 PERLIS NEGERI
2 KEDAH R001L - R050L
R R001P - R050P
K001L - K050L
K K001P - K050P
3
3 PULAU PINANG P P001L - P050L
4 PERAK P001P - P050P
5 SELANGOR
6 KUALA LUMPUR A A001L - A050L
7 PUTRAJAYA A001P - A050P
8 NEGERI
B B001L - B050L
SEMBILAN B001P - B050P
9 MELAKA
10 JOHOR W W001L - W050L
11 PAHANG W001P - W050P
12 TERENGGANU
13 KELANTAN F F001L - F050L
14 SARAWAK F001P - F050P
15 SABAH
16 LABUAN N N001L - N050L
N001P - N050P
M M001L - M050L
M001P - M050P
J J001L - J050L
J001P - J050P
C C001L - C050L
C001P - C050P
T T001L - T050L
T001P - T050P
D D001L - D050L
D001P - D050P
Q Q001L - Q050L
Q001P - Q050P
E E001L - E050L
E001P - E050P
L L001L - L050L
L001P - L050P
Penerangan penggunaan Nombor Siri Penyertaan :
Contoh :
R001L
R(Perlis)001(bilangan dalam senarai pendaftaran) L ( Lelaki )
R001P
R(Perlis)001(bilangan dalam senarai pendaftaran) P ( Perempuan )
4
4.6 Lengkapkan borang pendaftaran ‘Borang P1’ (rujuk lampiran) setiap negeri
dan hantarkan borang pendaftaran tersebut dalam pautan google form yang
akan disediakan nanti.
Borang yang dihantar mestilah ditetapkan dalam format PDF.
5.0 Langkah Pengujian
5.1 Peserta dikehendaki menyediakan keseluruhan paparan video berdurasi
tidak melebihi 10 minit. Video yang melebihi masa 10 minit tidak akan
dinilai.
Video berkenaan hendaklah memaparkan 4 pengujian iaitu Kawad Kaki,
Bantu Mula, Tali Temali dan Hafazan / Moral. Ujian Objektif dibuat
secara dalam talian.
5.1.1 Kawad kaki
Elemen kawad kaki yang wajib dipaparkan oleh peserta adalah
seperti berikut:
a. Senang diri & sedia
b. Kanan Lurus & Pandang Depan
c. Berpusing ke kanan
d. Cepat Jalan
e. Hormat Terima Sijil
f. Tukar Langkah Perlahan
g. Perlahan Jalan
h. Tukar Langkah Cepat
i. Belakang Pusing Semasa Cepat Jalan
j. Hentak Kaki
k. Berhenti
Pergerakan kawad kaki hendaklah mengikut urutan yang
ditetapkan.
Paparan video bagi elemen kawad kaki hendaklah secara
berterusan. Video tidak boleh disunting tetapi kesan khas
grafik dibenarkan. (caption dan sebagainya).
Peserta dikehendaki memaparkan bahasa hukuman dan
pergerakan secara jelas.
5
5.1.2 Bantu Mula
Elemen yang diuji ialah merawat luka terhiris di tapak tangan dan
merawat patah antara pergelangan tangan hingga siku.
Peserta hendaklah memberi penerangan dan menunjukkan semua
perbuatan secara jelas.
Paparan video hendaklah secara berterusan bermula dari langkah
pertama hingga selesai. Video tidak boleh disunting tetapi kesan
khas grafik dibenarkan (caption dan sebagainya).
5.1.3 Tali Temali
Elemen yang diuji adalah seperti berikut:
a. Simpulan Buku Sila.
b. Simpulan Bunga Keti.
c. Ikatan Seraya.
Peserta hendaklah memberi penerangan dan menunjukkan semua
perbuatan secara jelas
Paparan video bagi elemen tali temali boleh diedit atau disunting
mengikut kesesuaian paparan.
5.1.4 Ujian Bacaan Doa dan Hafazan (ahli TKRS beragama Islam) dan
Moral (bagi ahli TKRS bukan beragama Islam)
Peserta (beragama Islam) dikehendaki menghafaz 2 doa harian dan
2 surah lazim daripada senarai berikut: (surah al-kafirun, surah al-
syarhu, surah at-tin, surah at-takathur) dalam keadaan mata
tertutup.
Paparan video bagi ujian bacaan doa dan hafazan hendaklah
secara berterusan. Video tidak boleh disunting tetapi kesan
khas grafik dibenarkan (caption dan sebagainya).
Peserta (bukan beragama Islam) dikehendaki menyebut 5 contoh
nilai murni dan membina ayat secara lisan bagi setiap nilai murni
tersebut.
Paparan video bagi ujian bacaan nilai murni hendaklah secara
berterusan. Video tidak boleh disunting tetapi kesan khas
grafik dibenarkan (caption dan sebagainya).
6
5.2 Ujian Objektif Secara Dalam Talian (Soalan berbentuk aneka pilihan)
Peserta dikehendaki menjawab Ujian Objektif secara dalam talian (aneka
pilihan) sebanyak 40 soalan selama 1 jam pada satu tarikh yang akan
dimaklumkan nanti.
Peserta dikehendaki bersedia 15 minit lebih awal dengan peranti masing-
masing, data telekomunikasi yang mencukupi atau talian internet yang stabil
bagi mengelakkan gangguan semasa ujian dijalankan.
PESERTA HANYA BOLEH MENJAWAB SEKALI SAHAJA. Pautan Ujian
mengikut negeri akan diberikan melalui Laman Rasmi Ujian Sarjan TKRS
2022.
5.3 Penghantaran bahan ujian
5.3.3 Pautan berkenaan akan dibuka bermula dari 10 hingga 20
NOVEMBER 2022.
5.3.4 Penghantaran bahan-bahan pengujian yang lewat tidak akan dinilai.
6.0 Penilaian dan Sijil
6.1 Penilaian Video akan dibuat oleh jurulatih-jurulatih kanan TKRS dari seluruh
Malaysia.
6.2 Pecahan pemarkahan bagi elemen video adalah seperti berikut:
6.2.1 Kawad Kaki - 60 markah
6.2.2 Tali Temali - 35 markah
6.2.3 Bantu Mula - 25 markah
6.2.4 Doa dan Hafazan / Moral - 25 markah
6.2.5 Pakaian dan kekemasan - 05 markah
6.2.6 Ujian Objektif (Atas Talian) - 50 markah
6.3 Markah keseluruhan berjumlah 200 markah. Markah minimum untuk layak
ditauliahkan pangkat Sarjan TKRS adalah sebanyak 110 markah.
6.4 Semua peserta yang mengambil bahagian dalam pengujian ini akan
menerima sijil penyertaan, manakala peserta yang layak diberikan kenaikan
pangkat sarjan akan menerima Sijil Pentauliahan.
6.5 Tiada sijil pencapaian disediakan dalam ujian kenaikan pangkat ini.
7
7.0 Sebarang keterangan lanjut mengenai pengujian ini, sila berhubung dengan
Pegawai Tadbir TKRS Negeri masing-masing.
Perlis : Pn. Ida Rosalwani Bt. (012-4116237)
Kedah : En. Mohd Khairul Syafiq b. Azmi (016-2566349)
P.Pinang : En. Mohd Yusof B. Daud (019-5427159)
Perak : En. Mohd Hafiz Helmi b. Md Hashim (013-4851272)
Selangor : En. Mohd Ismadi B. Hj. Damsuki (019-2344003)
K.Lumpur : En. Imran Bin Amir Salim (018-9181871)
Putrajaya : En. Mohd Sofian b. Jusoh (019-4232907)
N.Sembilan : En. Mohd Amer bin Masuri (019-6502508)
Melaka : En. Mohd. Khairulamin B. Mohamad (019-3830507)
Johor : En. Mohd. Nor Hafiz Bin Mazlan (0197668087)
Pahang : En. Nor Alfian B. Adnan (019-2411748)
Terengganu : En. Ismarhadi bin Ismail (012-9886709)
Kelantan : En. Muhamad Hazizan bin Mat Lazim (013-9802677)
Sabah : Pn. Siti Rokiah Binti Kadir (013-4690208)
Labuan : En. Mohd Azwan Bin Saad (019-4682512)
Sarawak : En. Dexter Bong (014-6982271)
8.0 Penutup
Pelaksanaan ujian kenaikan pangkat ini akan memberi ruang dan peluang kepada
ahli TKRS untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam
bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran pengawalan aktiviti sempena
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerjaaan bagi
menangani penularan Novel Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid dalam
pengujian ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan
kemahiran tambahan iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping
mempraktikkan ilmu kemahiran yang telah mereka pelajari.
8
BORANG P1 BORANG PENDAFTARAN PESERTA
NEGERI:
KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN TKRS
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HURUF : __________
KADET PUTERA
BIL. NAMA PENUH NO. K/P NO. SIRI
PENDAFTARAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
9
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
10
KADET PUTERI
BIL. NAMA PENUH NO. K/P NO. SIRI
PENDAFTARAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
11
38 COP RASMI
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
PENGESAHAN OLEH
........................................................................
12