PROGRAM LESTARI ALAM SK TEBING TINGGI
Pokok
Ati - Ati
Coleus.
Pokok Ati - AtiPengenalan
Coleus.
Pokok Ati-ati (Tulisan Jawi: ٢)ڤوکوق أتي
merupakan sejenis pokok saka yang
berasal dari kawasan tropika di Afrika, Asia,
Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu
dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di
bawah genus Coleus, sebahagian spesies
dalam genus ini kini diletakkan di bawah
genus Solenostemon, manakala bakinya di
dalam genus Plectranthus.
Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok
hiasan yang mempunyai daun dua warna.
Warnanya yang bertentangan memberikan
daya tarikan yang menyerlah sebagai
tanaman penghias taman.
PROGRAM LESTARI ALAM SK TEBING TINGGI
Pokok Ati - AtiPeCanra-caaranaman
Coleus. Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang
banyak mengandungi bahan organik tetapi
tidak menakung air disebabkan keadaan ini
akan membantu pertumbuhan dan proses
pengakaran yang baik.
Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen
perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua
minggu sekali untuk mendapatkan daun yang
cantik.
Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi
tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok
yang telah matang mengeluarkan bunga kecil
dalam satu jambak dan setelah berbunga,
proses mengeluarkan daun muda berhenti
yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.
Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan
dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan
pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang
susah untuk digubah atau dibentuk berikutan
serlahan warna daun semakin pucat boleh
dijadikan baka untuk semaian pokok baru
dengan penanaman semula menggunakan
batang.
PROGRAM LESTARI ALAM SK
TEBING TINGGI
Pokok Ati - AtiPeKhrasuiatbatan
Coleus.
Pokok Ati-ati mengandungi air, gula, karbohidrat, serat,
mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin,
glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta
karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan
minyak volatil.
Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak
lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing
bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai
penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi
meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan
awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.
Membantu mengubati Batuk, Asma atau Sakit Kepala.
caranya rebuskan dulu daun bangun bangun ini untuk
mendapatkan ekstraknya sebelum diminum sebagi jus atau
tonik. Orang yang pitam juga boleh dikejutkan dengan
menyuakan ramasan daun tadi kepada mereka.
Antara lain khasiat daun bangun-bangun
Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus
kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum
setelah suam.
PROGRAM LESTARI ALAM SK TEBING TINGGI