Dewan
ABDULLAH MUNSHI
Pada tahun 1939, kerajaan British telah mendirikan sebuah bangunan
papan berbentuk bangunan panjang, atas tanah kepunyaan Puan Han
Binti Ngah Hasan. Bagunan tersebut telah dijadikan bilik darjah.
Pada tahun 1975, kerajaan telah membina sebuah bangunan dua
tingkat yang mengandungi enam bilik darjah, satu bilik pejabat, dua
buah tandas guru, dua tandas murid dan sebuah stor
Oleh kerana bangunan papan tersebut semakin usang dan dindingnya
telah reput,bangunan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan bilik darjah.
Berdasarkan keperluan untuk mewujudkan dewan untuk peperiksaan
UPSR. Bangunan papan tersebut telah dinaiktaraf kepada dewan pada
tahun 2010. Setelah dinaiktaraf, bagunan tersebut digunakan sebagai
dewan peperiksaan UPSR, tempat perhimpunan mingguan dan majlis
rasmi sekolah sehingga sekarang
Dewan ini telah diberi nama sebagai Dewan Abdullah Munshi kerana
mengenang jasa beliau sebagai seorang sasterawan Melayu. Beliau
telah menghasilkan karya sastera didaktis yang penuh dengan nasihat-
nasihat. Beliau juga ialah tokoh lokal pertama yang menuliskan
kehidupan sehari-hari di Malaya yang dipublikasikan pada tahun 1849.
Beliau juga menulishikayat-hikayat yang bersifat realistis dan kontempori
dan dianggap seorang pemikir yang melampaui abadnya.
05-839 2831 [email protected] SK TEBING TINGGI, PERAK
Tokoh
ABDULLAH MUNSHI
Abdullah bin Abdul kadir Munshi
• Lahir: 1797, Malaka
• Meningal: 1854, Jedah, Arab Saudi.
• Pekerjaan: pengarang, penerjemah, guru
• Periode menulis: abad ke-19
• Aliran sastra: nonfiksi
• Tema: Seja
rah Melayu
• Penguasaan Bahasa: Arab, Tamil, India, Inggris, dan Melayu.
Munshi Abdullah lahir pada Ogos 1796 di Kampung Pali (kini dikenali sebagai Kampung Ketek)
di Bandaraya Melaka, beliau seorang berketurunan kacukan Jawi Peranakan hasil
perkahwinan Tamil dan Hadhrami Yaman melalui seorang datuk. Ayahnya sendiri seorang
pengajar bahasa kepada para pegawai jajahan Barat yang ada di Nusantara.
Beliau anak bongsu lima adik beradik. Keempat-empat abangnya meninggal dunia semasa
kecil, dan beliau dijaga seberapa orang tua angkat mengikut adat setempat untuk menjaga
dayalali badannya. Butiran hidup ini ada diterangkan dalam autobiografi beliau berjudul
Hikayat Abdullah
Abdullah bertolak dari Singapura dalam suatu pelayaran ke Mekah pada tahun 1854
untukmengerjakan ibadah haji di sana. Dalam pelayaran inilah beliau menulis catatan
pengalamannya sepanjang perjalanan dengan judul Kisah pelayaran sampai ke Mekah. Beliau
meninggal dunia akibat kolera tidak lama selepas memulakan ibadat hajinya antara 8 dan 18
Mei 1854 pada usia 59 tahun
05-839 2831 [email protected] SK TEBING TINGGI, PERAK
Tokoh
ABDULLAH MUNSHI
Beliau mengikuti jejak ayahnya sebagai seorang guru bahasa Melayu kepada askar-askar
India dalam garison Melaka. Beliau kemudiannya beralih mengajar bahasa Melayu kepada
para peniaga British dan Amerika Syarikat yang mengunjungi.
Beliau juga menjadi petugas di Negeri-Negeri Selat. Beliau menjadi jurutulis dan penyalin bagi
Sir Stamford Raffles, kemudian menjadi penterjemah kitab Injil dan teks lain untuk London
Missionary Society pada tahun 1815.
Beliau juga telah bekerja dengan American Board of Missions. Beliau mula mendalami bidang
penulisan atas galakan seorang mubaligh yang mengupahnya, Alfred North, berikutan
pembacaan catatan pelayarannya merantau ke pantai timur Tanah Melayu. Beliau merupakan
penyunting terbitan bahasa Melayu berbentuk majalah pertama iaitu Bustan Arifin yang terbit
dari tahun 1821 hingga 1822
Antara karya-karya penting milik beliau adalah Hikayat Abdullah (autobiografi), Kisah
Pelayaran Abdullah ke Kelantan (kisah perjalanan beliau ke Kelantan untuk kerajaan) dan Kisah
Pelayaran Abdullah ke Mekah (sebuah naratif ziarah beliau ke Mekah 1854). Karya beliau telah
menjadi inspirasi kepada generasi penulis pada masa hadapan dan menjadi titik permulaan
peringkat awal peralihan daripada kusasteraan Melayu klasik kepada Melayu moden
Hikayat Abdullah merupakan karya sastera utama Munshi Abdullah. Ia telah siap pada tahun
1843 dan seterusnya diterbitkan pada tahun 1849, menjadikan karya tersebut salah satu teks
sastera Melayu pertama yang diterbitkan secara komersial. Kepengarangan Abdullah
terserlah di dalam teks ini dan kandungannya disampaikan dalam bahasa Melayu
kontemporari yang ringkas. Tidak seperti karya-karya sastera Melayu klasik biasa yang
mengandungi cerita-cerita fantasi dan legenda, karya milik Abdullah adalah realistik. Buku
tersebut kekal sebagai sebuah rujukan yang boleh dipercayai dan mempunyai maklumat yang
tepat mengenai sejarah awal Melayu sehingga ke hari ini.
05-839 2831 [email protected] SK TEBING TINGGI, PERAK