The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program ini dibuat untuk maklumat tanaman yang banyak ditanam di SK Tebing Tinggi, Selama, Perak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fizaeppy, 2022-08-24 10:35:24

PROGRAM LESTARI ALAM SK TEBING TINGGI

Program ini dibuat untuk maklumat tanaman yang banyak ditanam di SK Tebing Tinggi, Selama, Perak.

PROGRAM LESTARI ALAM SK TEBING TINGGI

Pokok
Asam Batu

Begonia Sp.

Pokok Asam Batu Pengenalan
Begonia Sp.
Pokok asam batu atau lebih dikenali dengan
nama begonia merupakan tanaman hiasan

daripada divisi Magnoliophyta. Begonia
merupakan spesis berbunga dalam famili
Begoniaceae. Terdapat lebih 1500 spesis
pokok begonia di seluruh dunia. Ianya boleh
dibezakan melalui bentuk daun, corak dan

warnanya.



Setiap spesis ini mempunyai
sejarahnya yang tersendiri. Misalnya spesis
Begonia Rajah; ia dikatakan ditemui pada
tahun 1892 di Terengganu dan dibiakkan di

Taman Botani di Singapura. Kemudian di
bawa ke England, di mana pada tahun 1894,
ia telah dianugerahkan First Class Certificate

oleh Floral Committee of the Royal
Horticultural Society.






PROGRAM LESTARI ALAM SK TEBING TINGGI

Pokok Asam Batu PeCanra-caaranaman
Begonia Sp.
Kebiasaan pokok Begonia mempunyai
batang yang lembut dan mempunyai daun

yang berbulu.Jambak bunganya pula
terletak pada hujung batang. Bunganya ada

yang jantan dan ada yang betina. Pokok
Begonia di tanam di dalam pasu dan

diletakkan di kawasan yang redup dan tidak
terlalu panas.



Begonia atau asam batu ialah
tanaman hiasan yang disukai kerana
daunnya yang bewarna dan berbentuk hati.
Ada orang menggelarnya pokok 'asam batu'
mungkin kerana bunga dari sejenis begonia
yang berasa sangat masam bila dimakan.



Ia mudah ditanam dan perlukan
tempat yang tidak terlalu panas. Tanah
gembur yang tidak menakung air sangat
sesuai kerana begonia perlu kerap disiram.
Daun dan batangnya yang lembut tidak
boleh kekurangan air dalam jangka masa

yang lama.



PROGRAM LESTARI ALAM SK TEBING TINGGI

Pokok Asam Batu BeKumgpoulann ia Sp.
Begonia Sp.
Begonia terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu yang berbunga dan tidak berbunga.
Ada beberapa jenis begonia namun yang
paling popular ialah Begonia rex kerana
daunnya yang sangat menarik. Pokok boleh
dibiakkan dengan menyemai keratan daun
atau tampang pada tanah untuk semaian.

Kumpulan begonia berbunga dibahagikan
kepada dua iaitu pokok berbatang tegak

dan terjuntai (trailaing).



Begonia berbatang tegak mempunyai daun
bentuk hati, memanjang dan berwarna hijau

dengan jambak bunga kemerahan. Ia juga
begonia yang biasa dilihat di negara ini.

Pokok boleh dibiak melalui keratan tampang
sahaja.



PROGRAM LESTARI ALAM SK TEBING TINGGI

Pokok Asam Batu PeKhrasuiatbatan
Begonia Sp.
Selain ditanam sebagai pokok hiasan,
begonia juga mepunyai khasiat perubatan.
Ia boleh digunakan untuk mengubati luka

kecil kerana pokoknya mengandungi
saponin. Ada spesis begonia ini digunakan

untuk menurunkan panas badan.



Batang pokok ini mengandung polifenol dan
flavonoida. Daun begonia glabra yang segar
dibersihkan dan ditumbuk sehingga lumat

digunakan untuk merawat luka kecil.



Gunakan daun begonia glabra yang
ditumbuk lumat untuk dibalut pada luka.
Pokok begonia fimbristipulata pula boleh

meredakan demam. Seluruh bahagian
pokok dibersihkan dan direbus. Setelah
sejuk, air rebusan tersebut ditapis dan
diminum. Ia dipercayai dapat menurunkan

panas badan akibat demam.



PROGRAM LESTARI ALAM SK TEBING TINGGI


Click to View FlipBook Version