VARIASI MAKANAN MALAYSIA MENYATUKAN HATI PELBAGAI KAUM DAN BANGSA DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH KURSUS: USTAZAH RAIHAN BINTI AHMAD
Penelong Editor : Pravin A/L Muruggan Penulis : Kagesh A/L Athithan Editor : Thinesh A/L Muniandy
ISI KANDUNGAN PRAKATA PENGENALAN MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU -MULUT TAPAI -JUADAH SAJIAN HARIAN KAUM MELAYU -KUIH-MUIH TRADISIONAL MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA -ROTI CANAI -ROTI NAAN -VADAI MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA -YEE SANG -KUIH BULAN -KUIH BAKUL KESIMPULAN
Selamat sejahtera dan bersyukur dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya.Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah Raihan Binti Ahmad,Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 21032),di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami.Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung.Selain itu,tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.Akhir kata,kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.Tanpa bantuan dari semua pihak,tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. PRAKATA
Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dengan identiti nasional yang tersendiri.Maka,kita telah ketahui Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri yang berkait rapat dengan berlatar belakangkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.Mahupun Melayu,Iban,Cina,Melanau ataupun India dan pelbagai lagi etnik yang lain telah saling berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa rasmi sebagai bahasa perantaraan untuk mereka bertutur dengan lebih baik iaitu,Bahasa Melayu.Oleh itu,dengan kesemua kumpulan etnik yang berbeza dan sedia ada ini telah diberikan kebebasan sendiri untuk mengamalkan cara hidup masing-masing termasuk dari pelbagai aspek sepertinya makanan. Dari segi aspek kepelbagiaan makanan ini telah sedikit sebanyak menjadi pemangkin perpaduan yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan tersendiri yang beraneka warna mahupun dari segi rasa serta mempunyai sejarah masakan yang tersendiri untuk diketahui,dipelajari bersama dan bahkan untuk dimiliki bersama Oleh sebab itu,Malaysia memiliki aset yang paling berharga dari segi kepelbagaiaan makanan yang bukan sahaja dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan bahkan turut menarik keperhatian dari pelbagai sektor ekonomi yang lain.Sebagai contohnya,Nasi Lemak kepada asalnya merupakan hidangan sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu tetapi kini ia telah menjadi pilihan utama bagi semua etnik di Malaysia.Bukan setakat ini sahaja,makanan kepada kepelbagai jenis dim sum,mi,kuih kepau dan sebagainya yang juga merupakan makanan kegemaran bagi etnik Cina turut menjadi kegemaran oleh etnik yang lain sepertinya Melayu,India dan lain-lain lagi.Makanan kumpulan etnik dari Sabah Sarawak sepertinya umai,linut,kepasuh ayam turut menjadi kepilihan bagi masyarakat dari kepelbagai etnik yang secara tidak langsung telah menyumbang kepada kesepaduan sosial. PENGENALAN
Tapai ialah sejenis manisan yang diperbuat daripada pulut, ia sesuai juga dijadikan pencuci mulut.Terdapat dua jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular daripada tapai ubi.Tapai pulut rasanya lebih sedap berbanding tapai ubi kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut. Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit.Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut (pulut biasa atau pulut hitam) ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus dengan daun. Kebiasaannya daun yang digunakan adalah daun pisang, getah.Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain putih. Setelah diperam dan disimpan selama beberapa hari, tapai ini akan masak dengan sendirinya dan barulah boleh dimakan. Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau dalam berkeadaan kotor. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rosak.Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama.Ia hanya mengambil masa lebih kurang beberapa hari sahaja. PELBAGAI JENIS MAKANAN TRADISIONAL MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU PENCUCI MULUT TAPAI
JUADAH SAJIAN HARIAN KAUM MELAYU Malaysia merupakan negara bertuah yang memiliki berbilang kaum dan etnik.Hal ini sekaligus memperlihatkan keunikan dan kepelbagaiaan adat dan budaya yang wujud dalam setiap kaum.Sebagai contoh,makanan memainkan peranan dalam perpaduan kaum di Malaysia.Secara terperinci kaum Melayu kebiasaannya memperkenalkan makanan-makanan tradisional yang dijadikan sebagai hidangan untuk para tetamu samada di majlis perkahwinan,kenduri kesyukuran ataupun untuk santapan harian sekeluarga.Jenis-jenis hidangannya sebagai contoh tapai ubi dan ubi kayu.Kuih ini biasanya lebih digemari oleh golongan yang lebih berusia memandangkan kehidupan nenek moyang kita pada masa dahulu menjadikan ubi kayu sebagai makanan utama mereka.Selain itu,makanan kaum Melayu yang digemari adalah sata yang diperbuat daripada isi ikan dan juga pulut panggang yang dikukus pulutnya didalam balutan daun pisang.
KUIH-MUIH TRADISIONAL Seterusnya, hidangan yang menjadi pilihan orang ramai untuk juadah minum petang dan juga majlis-majlis kesyukuran, mereka lebih gemar menggunakan hidangan kuih-muih seperti tepung pelita, lompat tikam, abuk-abuk sagu, koci, tepung gomak dan juga seri muka.Kuih-muih ini lebih senang disediakan dan digemari oleh semua golongan samada tua mahupun muda.Makanan-makanan tradisional haruslah sentiasa diperkenalkan agar tidak dilupakan oleh generasi muda akan datang.Oleh itu,di setiap perayaan contohnya,terdapat pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan lengkap dengan hidangan lauk pauk dan juga ketupat.Hal ini dapat dikenal pasti dimana setiap tahun
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA Mungkin kita sebagai rakyat Malaysia tidak tahu dengan jelas bahawa terdapat pelbagail agi keunikan dan keistimewaan makanan tradisional kaum India.Keunikan yang dimaksudkan di sini ialah apabila makanan itu dihiasi atau dimakan dengan pelbagai jenis kuah rempah ratus.Seperti sedia maklum, masyarakat India lebih dikenali dengan kepelbagaian rempah ratus sejak abad yang lalu lagi.Perdagangan rempah di antara India dan Eropah pada zaman Penjelajahan Eropah telah memperkenalkan pelbagai gaya masakan Eropah kepada India dan secara tidak langsung telah menambahkan kepelbagaian masakan India. Masakan India juga mempunyai suatu pengaruh luar biasa pada masakan di seluruh dunia terutamanya, dari Asia Tenggara.Disamping itu juga,masakan India lebih banyak menghasilkan masakan seperti kari dengan menggunakan rempah ratusnya dan dimasak dengan menggunakan minyak sayur. Berbanding pula dengan Negara di India Utara dan Barat, minyak kacang banyak digunakan secara tradisional dalam masakan mereka. Minyak kelapa digunakan secara luas di pesisir pantai Baratdan India Selatan. Selain daripada itu, minyak sayur hydrogenated atau lebih dikenali sebagai minyak ghee vanasphati juga sering digunakan bagi menggantikan Desi ghee iaitu mentega
Antara contoh makanan India yang popular di kalangan rakyat Malaysia ialah roti canai.Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini merupakan makanan yang sinonim bagi rakyat Malaysia terutamanya apabila dihidangkan pada waktu pagi.Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik atau teh ais. Biasanya roti canai dihidangkan dengan kuah dal, parpu, kari atau sambal ikan bilis.Penggunaan perkataan canai dalam Bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut sendiri dalam meleperkan, mengaginkan dan menebar doh roti tersebut. Ada juga yang menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis kuah dal yang digunakan bersama roti ini yakni “channal”.Pada versi yang lain, perkataan canai ini juga datangnya dari nama Bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakannya berasal daripada sana.
2)ROTI NAAN Roti naan juga seperti roti canai yang biasanya dimakan bersama kuah kari dan cara pembuatannya juga unik.Hal ini demikian kerana roti naan dicanai dan ditampal pada dinding tempayan.Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah,herba dan sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat.Setiap keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik hidangan dan masakan.Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India yang secara etnik berpelbagai.Seperti sedia maklum, roti naan yang dikenali dalam etnik india ini disukai oleh kaumlain seperti Melayu dan Cina.Kebiasaannya kita akan jumpai roti ini di kedai makan India atau India Muslim yang sinonimnya dikenali sebagai“kedai mamak”yang rata-ratanya pengunjungnya adalah dari semua etnik dan kaum di Malaysia.Roti naan yang biasanya dimasak pada serabi besi rata atau sedikitcekung dipanggil tavaa.
3)VADAI Vadai sejenis makanan tradisional jenis kering malah kuih tersebut berbentuk gelung.Ianya amat sesuai dihidangkan ketika masih panas dan sebagai hidangan minum petang. Selain itu,ianya turut dihidangkan pada hari perayaan Deepavali.Vadai atau disebut ‘Wah-dei’,merupakan sejenis makanan orang India selatan.Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak untuk memastikan gorengannya menjadi mampat.Ia juga merupakan sejenis makanan orang India selatan.Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang.Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang ditengah.Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari.Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.
Kalau kebiasaanya di musim perayaan Tahun Baru Cina, anda mesti selalu lihat satu adegan seperti dalam movie Chinese Block Buster di mana kaum keluarga duduk di meja bulat dan menggaulkan makanan-makanan sayuran bersama-sama dengan menggunakan chop stik. Makan besar ! Yee Sang ini terdiri daripada beberapa hirisan memanjang sayuran yang berwarna warni dan pelbagai tekstur. Ianya merupakan simbolik majmuk yang cukup penting dalam masyarakat Cina untuk mengeratkan silaturahim sesama kaum keluarga dan sehabat handai. MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Sejenis kuih manisan yang sangat cantik dan kebiasaanya disediakan sempena Pesta Tanglung yang berlangsung pertengahan bulan 8 dalam kalenda Lunar. Ada juga sumber yang mengatakan ianya disediakan ketika Perayaan Pertengahan Musim Luruh dan bentuknya datang dalam bulat ataupun bersegi. kuih bulan
Kuih tradisional masyarakat Tiong Hwa yang sering mendapat sambutan terutamanya pada musim perayaan Cina. Manisan kuih ini memang enak dan sedap dikunyak kerana diperbuat daripada tepung beras yang dimasak dengan gula putih. Secara tradisionalnya, kuih ini kebiasaanya dimasak di dalam bekas yang berlapik daun pisang di dalamnya bagi memberi aroma yang wangi dan menjadikan kuih ini lembut. KUIH BAKUL
KESIMPULAN Akhir kata kami berbesar hati, untuk membentuk sebuah kesimpulan bagi mengambarkan penyatupaduan etnik di Malaysia seperti ‘Kisah Nasi Lemak’.Cuba kita letak beberapa bungkus di atas meja.Kemudian kita akan lihat hasilnya dimana semua kaum akan duduk semeja yang sama sambil menikmati nasi lemak yang terhidang.Walaupun mereka berlainan agama, fahaman, pemikiran,latar belakang kerjaya,usia mahupun politik, namun tiada siapa yang menafikan budaya ‘memakan nasi lemak’ mampu menjadi kuasa integrasi antara kaum.Apa tidaknya,dimeja itulah mereka gelak ketawa, berbual, berbincang dan paling penting nasi lemak itu menjadi kuasa penyatuan rakyat. Ini adalah antara ungkapan yang disampaikan oleh masyarakat dan pembeli nasi lemak sehinggakan mereka tidak boleh hidup tanpa menikmati makanan nasi lemak yang terhidang. Hal ini, merupakan sesuatu yang begitu unik dan sukar difahami malah juga diterangkan.Begitu juga sebaliknya apabila makanan menjadi kegemaran masyarakat dan semakin diterima oleh etnik yang lain seperti roti canai, kuih bulan dan dodol.Ini jelas menunjukan sikapketerbukaan kita untuk menerima keunikan masing-masing.Jadi kami berangggapan makanan sudah menjadi identiti masyarakat di Malaysia dan kami berasa sangat selesa untuk menikmati bersama rakan-rakan yang lain. Inilah Malaysia, sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik tetapi bagaimana kita boleh menghidupkan suasana yang aman damai yang mana tidak terdapat di negara lain,kesyukuran setiap rakyat diluahkan melaui perkongsian budaya tetapi menghormati agama masing-masing. Begitu juga dengan makanan, kaum yang berbilang bangsa mengambil tahu tentang apa makanan yang boleh dimakan atau yang tidak boleh dimakan oleh masyarakat yang mempunyai perintah keagamaan masing-masing.Unik bukan?Bukan sekadar kesedapan makanan itu yang dinikmati tetapi di sebalik penerimaan itu, mewujudkan keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang menjadi keunikan Malaysia hingga dicemburui banyak negara di dunia.
2)BUKU NAMA PENULIS: NAIMAH BINTI ISMAIL TAHUN: TEMPAT:POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH PENERBIT:UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAN 1)LAMAN SESAWANG *https://www.anajingga.com/2013/01/makanan-tradisional-dimalaysia.html *http://www.arenasejarah.com/index.php/today-inhistory/makanan/nian-gao *http://she1012012.blogspot.com/2012/05/makananmasyarakat-india-roti-canai dan.html RUJUKAN