The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur ilham rosdi, 2025-03-01 09:26:28

CERPEN HADIAH

CERPEN HADIAH

BMMB 2073M PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU NAMA: NUR ILHAM BINTI MOHD ROSDI NAMA PENSYARAH : PUAN IDAWATI BINTI MOIN BMMB 2073M PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU NAMA: NUR ILHAM BINTI MOHD ROSDI NAMA PENSYARAH : PUAN IDAWATI BINTI MOIN KEMAHIRAN MEMBACA CERPEN “HADIAH”


Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya. Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya. Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan. Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar CikguAzizah. CERPEN “ HADIAH “ 01 SINOPSIS


Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan. Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan. TEMA 02


Keprihatinan dan penghargaan murid kepada guru Rahimah akan menghadiahi Cikgu Khalid bunga di dalam plastik (hal. 41) Kegigihan seorang murid yang berusaha membalas jasa guru “...Zah nak buat tudung saji yang paling cantik untuk Cikgu Zaleha. Kalau cukup duit, Zah nak buat tudung saji dalam empat warna. Tentu cantik, kan mak?” kata Azizah dengan riang dan yakin. (hal. 48-49) Peranan guru dalam mengembangkan bakat dan potensi murid Dengan bersungguh-sungguh Cikgu Zaleha meletakkan Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah di tangan kanan Azizah. (hal.51) Usaha untuk melahirkan sesuatu yang unik dan menarik Habis daun nipah, urat mengkuang, daun lalang dikerjakannya. Dengan berulang-ulang, dicubanya untuk meneroka pelbagai bentuk dan warna aneka rupa dan teknik, cara dan persembahan. (hal.52) PERSOALAN 03


Rakan-rakan sekelas Azizah sibuk berserita tentang hadiah yang ingin diberikan kepada guru kesayangan masing-masing sempena Hari Guru. Azizah gerlisah kerana dia tidak mampu membeli hadiah Azizah berhasrat untuk membeli hadiah namun duit tabungnya tidak mencukupi. Ibunya mencadangkan supaya Azizah menganyam tudung saji untuk dihadiahkan kepada cikgunya PLOT 04 PERMULAAN PERKEMBANGAN


Azizah memberi hadiah kepada gurunya. Cikgu Zaleha mencabar Azizah untuk bertanding seni kraf tangan. Pada mulanya, Azizah menolak. Akhirnya Azizah menetima tawaran tersebut setelah Cikgu Zaleha telah meberi kata-kata semangat kepadnya PLOT 05 Akhirnya Azizah telah berjaya menjadi johan peringkat daerah dan naib jphan peringkat negeri dalam pertandingan kraf tangan. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan sebagai guru inovatif KLIMAKS PELERAIAN


01 03 02 Membalas jasa “Cikgu ... ini saja yang mampu saya berikan. Jangan buka sekarang, cikgu. Buka di rumah.” Azizah merayu kepada Cikgu Zaleha. (hal.51) NLAI 06 Prihatin “Kalau macam tu, Zah pun boleh buat sendiri hadiah untuk Cikgu Zaleha,” kata emak memujuk. (hal.48) Berjimat-cermat Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam yabungnya. (hal.48)


01 03 02 Kita mestilah menjadi seorang anak dan murid yang baik dan bertanggungjawab PENGAJARAN 07 kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa kita Kita mestilah membalas jasa guru kita yang telah banyak mendidik kita.


TERIMA KASIH TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version