Din, Zul dan Faiz ke
DUNIA TERBALIK
DIN FAIZ
Nakal, berani dan Berprinsip, taat dan
berimaginasi tinggi penakut
ZUL JEBON
Serba boleh dan Tegas
bertanggungjawab
Pada suatu hari, selepas balik sekolah, Din mengajak Faiz dan Zul ke suatu rumah usang dihujung
kampung mereka untuk bermain-main. Ketika asyik bermain sorok-sorok di dalam rumah itu, mereka
menemui satu almari yang agak cantik. Din dengan perangai nakalnya mengajak Faiz dan Zul untuk
membuka almari tersebut. Setelah membuka pintu almari tersebut, mereka menjumpai satu pintu
rahsia yang besar. Faiz dan Zul melarang memasuki pintu tersebut namun seperti biasa Din yang nakal
tetap ingin memasuki kedalam pintu tersebut. Faiz dan Zul tiada pilihan dan akhirnya ketiga-tiga orang
itu memasuki pintu tersebut. Mereka tiba-tiba menembusi dunia yang penuh dengan fantasi.
Bermulalah pengembaraan mereka di dunia yang penuh dengan fantasi.
Pada suatu hari, selepas balik sekolah, Din mengajak Faiz dan Zul ke suatu rumah usang
dihujung kampung mereka untuk bermain-main. Setelah tiba di kawasan tersebut, Faiz
meminta Din dan Zul untuk bermain-main hanya disekitar luar rumah itu sahaja. Hampir 15
minit bermain, Din mengajak Faiz dan Zul untuk memasuki kedalam rumah yang usang
tersebut.
Apabila memasuki rumah itu, Din mengajak
Zul dan Faiz untuk bermain sorok-sorok.
Ketika bermain-main, Din Zul menjumpai
sebuah almari yang cantik didalam rumah
yang usang itu.
Din dengan perangai nakalnya mengajak Faiz dan Zul untuk membuka almari tersebut. Setelah
membuka pintu almari tersebut, mereka menjumpai satu pintu rahsia yang besar. Faiz dan Zul melarang
memasuki pintu tersebut namun seperti biasa Din yang nakal tetap ingin memasuki kedalam pintu
tersebut. Faiz dan Zul tiada pilihan dan akhirnya ketiga-tiga orang itu memasuki pintu tersebut.
Mereka tiba-tiba menembusi dunia yang penuh
dengan fantasi. Suasana tersebut merupakan hutan
yang tidak begitu lebat dan memaparkan satu air
terjun yang cantik.
Setelah memasuki dunia tersebut, tiba-tiba muncul
seorang lelaki tua yang merupakan penjaga pintu
dunia fantasi tersebut. Jebon memberitahu mereka
bahawa dunia fantasi ini merupakan dunia terbalik
dengan dunia nyata. Din tersenyum lebar kerana
pemikiran berimaginasi tingginya seakan-akan realiti.
Jebon juga memberikan pantang larang yang
tidak boleh dilanggar oleh Din, Faiz dan Zul.
Jebon menyatakan mereka tidak boleh makan
buah anggur dan meminum air dari telaga
yang ada dalam dunia tersebut. Mereka
bertiga bersetuju dan menjalankan
pengembaraan mereka dalam dunia itu.
Ketika berjalan-jalan, mereka bertiga terkejut
kerana menjumpai pokok semalu begitu besar dan
pokok kelapa yang begitu kecil. Suasana tersebut
semakin mengujakan Din yang kuat berimaginasi.
Setelah mereka bertiga penat menikmati dunia yang penuh dengan fantasi,
mereka berehat dibawah teduhan daun pokok semalu. Faiz menyatakan dia
lapar dan dahaga. Zul yang mempunyai sifat penuh tanggungjawab cuba
mencari makanan yang boleh dimakan oleh mereka di sekitar kawasan
tersebut.
Ketika Zul sedang mencari makanan, tiba-tiba dia dikejar oleh sekumpulan lebah yang besar.
Zul berlari dan menjerit mengajak kawan-kawannya lari daripada dikejar oleh lebah
tersebut. Ketika mereka berlari, Faiz menemui satu air terjun dan dia mengajak Din dan Zul
untuk terjun kedalam air supaya lebah tersebut tidak dapat mengejar mereka lagi. Setelah
terjun kedalam air, mereka berjaya melepaskan diri daripada dikejar oleh lebah besar
tersebut. Beberapa minit kemudian, mereka naik ke darat semula. Din merengek bahawa
dia lapar dan dahaga.
Zul pergi mencari semula makanan yang boleh dimakan oleh mereka untuk
menghilangkan lapar mereka. Cuaca di kawasan tersebut semakin lama semakin panas.
Akhirnya, Zul menjumpai sebuah pokok anggur yang besar dan satu telaga yang airnya
sangat sejuk.
Zul memanggil Din dan Faiz untuk datang ke kawasan itu. Dengan cuaca yang semakin
panas, mereka bertiga sangat dahaga dan lapar. Di depan mata mereka terdapat sepohon
pokok anggur yang buahnya besar- besar dan satu telaga yang airnya sangat sejuk
menyebabkan mereka sangat ingin memakan buah tersebut. Apabila Din dan Zul
berhasrat untuk memakan buah anggur tersebut, Faiz menghalang mereka berdua untuk
makan buah tersebut kerana Faiz mengingati pantang larang yang diberitahu oleh Jebon.
Namun Din yang nakal dengan beraninya ingin melanggar pantang larang tersebut kerana
cuaca yang terlalu panas menyebabkan dia tiada pilihan.
Akhirnya Din memakan buah anggur tersebut dan Zul meminum air yang sejuk
dari telaga tersebut. Faiz juga terpaksa mengikut perbuatan kedua-dua kawannya
kerana terlalu lapar dan dahaga. Setelah melanggar peraturan tersebut, mereka
tiba-tiba pengsan. Setelah mereka bertiga membuka mata, mereka berada di
dalam rumah usang itu semula. Mereka bertiga mencari almari tersebut dan
mereka tidak menjumpai. Mereka bertiga tidak dapat lagi ke dunia fantasi
tersebut. Din sedih kerana tidak puas lagi menikmati dunia fantasinya. Akhirnya
mereka bertiga pulang kerumah masing-masing pada lewat petang tersebut.