PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH
GANG
STERISME
Disediakan oleh:
Khairunnisa Binti Sarail (140321)
Masliana Binti Abdul Lemin (136370)
Nadiya Binti Burhan (136401)
Wati Binti Hussam (136516)
Wan Akhmal Alif Bin Wan Zaini (136513)
Disediakan untuk:
Dr. Abdul Jalil Ali
E-BOOK
Gangsterisme
Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah
Read
Isi Kandungan
KLIK PADA NOMBOR UNTUK KE TOPIK
PILIHAN ANDA! :)
PENGENALAN PROSEDUR
01 02
STATISTIK VIDEO PUNCA-
TERKINI PUNCA
04
03 05
KESAN- KESIMPULAN RUJUKAN
KESAN
07 08
06
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 01
PENGENALAN
GANGSTERISME DI SEKOLAH
Gengsterisme merupakan apa-apa bentuk perlakuan yang mempunyai
matlamat untuk merosakkan, memudaratkan, menyakitkan atau
mencederakan individu lain, selain melanggar peraturan undang-undang
(Fahilah et al.,2016).
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 pula, gengsterisme adalah gengster atau
kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan
jenayah tertentu. Bagi erti kata lain, gengsterisme adalah tingkah laku yang
melanggar peraturan dan undang-undang atau berkelakuan tidak boleh
diterima oleh masyarakat.
Gangsterisme di sekolah berlaku dengan kewujudan kumpulan gangster
yang melibatkan para pelajar sekolah sama ada ahli aktif atau penyokong
sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku atau pelanggaran disiplin
dan undang-undang (Fahilah et al, 2016).
Menurut Trasher (1963), kewujudan gangster adalah hasil daripada
perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang bertukar
kepada perlakuan deviant. Kumpulan ini seterusnya menjadi satu
kumpulan gangster.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 02
Gangsterisme
bukan sesuatu
yang baru
Masalah disiplin gengsterisme ini
bukanlah sesuatu yang baru, ia
wujud dalam kalangan pelajar
sejak dulu lagi dan masih
berterusan sehingga ke hari ini
Apa yang memeranjatkan, sekali "Ebook ini akan
menbincangkan statistik
gus membimbangkan, semakin gejala gangsterisme
dalam kalangan pelajar,
ramai pelajar sekolah di kesan prosedur menangani
masalah ini serta punca
terlibat dengan gejala dan kesan berlakunya
gejala gengsterisme dalam
gangsterisme tidak kira lelaki kalangan pelajar"
ataupun perempuan.
Keadaan menjadi lebih serius
apabila gejala ini bukan hanya
berleluasa dalam kalangan
pelajar sekolah menengah sahaja
tetapi juga dalam kalangan murid
sekolah rendah.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 03
02
Prosedur
Menangani Masalah
Disiplin
Gengsterisme atau kegiatan samseng dalam
kalangan murid adalah gejala apabila kumpulan
murid ini menganggu ketenteraman sekolah dan
murid-murid lain dengan cara mengancam,
mengugut ataupun memeras wang. Untuk
menangani gejala gengsterisme daripada terus
menular, penggunaan proses “SARA” sebagai
model sangat baik untuk menangani gejala ini
dengan berkesan.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 04
CLARKE DAN ECK (2003)
MENERANGKAN EMPAT LANGKAH
DALAM PROSES "SARA" SEPERTI
BERIKUT:
Scan
Tentukan masalah
dengan teliti
Analyze
Lengkapkan analisis
terperinci mengenai
dimensi masalah
Respond
Jana penyelesaian untuk
mengatasi punca masalah
yang mendasari
Access
Menilai kejayaan
penyelesaian tersebut
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 05
01 SCANNIG
MENGIMBAS MASALAH GANGSTERISME
““Scanning” merupakan langkah pertama dalam proses
“SARA”.
Semasa fasa pengimbasan, adalah penting untuk
mengenal pasti masalah berulang yang
membimbangkan pihak sekolah dan masyarakat serta
memahami akibatnya.
Setelah masalah dan akibatnya dikenal pasti dan diberi
keutamaan tinggi, adalah perlu untuk menentukan sama
ada masalah itu memang berkait dengan gengsterisme.
Hal ini kerana, tidak semua masalah penagihan dadah,
keganasan, atau gangguan dalam komuniti disebabkan
oleh gengsterisme.
Masalah yang berkaitan dengan gengstrisme mungkin
memerlukan satu set penyelesaian yang berbeza
daripada masalah yang tidak mempunyai aktiviti
gengsterisme sebagai terasnya.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 06
02 ANALYZE
MENGANALISIS MASALAH GANGSTERISME
Langkah kedua dalam proses “SARA” iaitu analisis
merupakan elemen yang paling penting, tetapi
memerlukan perhatian dan masa yang mencukupi.
Analisis boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk
seperti membuat inventori bagaimana masalah
gengsterisme tertentu ditangani dan kekurangan dan
kelebihan dalam setiap pendekatan yang digunakan oleh
pihak sekolah.
Dalam hal ini, pelajar yang disyaki terlibat dengan gejala
gengsterisme perlulah disiasat latarbelakangnya terlebih
dahulu sebelum tindakan lanjut diberikan seperti
merujuk kumpulan dan sumber yang berkaitan dengan
jenayah di laman web Office of Community Oriented
Policing Services (COPS Office) dan Center for Problem-
Oriented Policing (POP Center) yang mendapat sokongan
dana dari Pejabat COPS.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 07
03 RESPOND
MEMBERI TINDAKBALAS TERHADAP
MASALAH GENGSTERISME
Setelah masalah dikenal pasti dan dianalisis, langkah
seterusnya adalah mengembangkan respons.
Dalam hal ini, mesyuarat akauntabiliti secara berkala
perlu diadakan di mana langkah-langkah tindakan
dikenal pasti dan individu tertentu ditugaskan untuk
mengendalikan tugas tersebut.
Individu tersebut memikul hak untuk menggerakkan
tindak balas ke depan dan diminta melaporkan
kemajuan pada pertemuan berikutnya.
Dalam konteks ini, penggunaan kad laporan amat
bersesuaian untuk memerhati respons yang dapat
memberitahu keputusan sama ada mengikuti tindakan
tertentu atau tindak balas yang dikenal pasti tepat
sasaran atau harus diubah atau ditinggalkan untuk
memihak kepada yang lain.
Kebanyakan tindak balas ini menggunakan kerangka
umum bagi menyesuaikan sifat tindak balas terhadap
gengsterisme ke dalam kategori pencegahan, campur
tangan dan penindasan.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 08
04 ASSESS
MENILAI MASALAH GANGSTERISME
Langkah terakhir dalam proses “SARA” adalah penilaian.
Penilaian adalah proses yang melibatkan lima langkah,
iaitu:
Tentukan sama ada rancangan itu dilaksanakan
(penilaian proses).
Kumpulkan data kualitatif dan kuantitatif sebelum
dan selepas tindak balas.
Tentukan sama ada tujuan luas dan objektif spesifik
dicapai dengan membandingkan asas maklumat
sebelum tindak balas dilaksanakan dengan hasil
program.
Kenal pasti strategi baru yang diperlukan untuk
menambah rancangan asal.
Lakukan penilaian berterusan untuk memastikan
keberkesanan berterusan.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 09
03
Statistik Terkini
Masalah
Gangsterisme
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 10
statistik gangsterisme
Kajian “Gangsterisme di sekolah menengah harian”
Bahagian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (Tahun 2000)
459 daripada 1560 sekolah menengah harian di seluruh negara berisiko
tinggi terdedah kepada salah laku gangsterisme (Roslan, 2016).
Berdasarkan kajian tersebut, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi
dengan 77 sekolah menghadapi masalah gangsterisme, diikuti Perak
(60), Johor (51), Pulau Pinang (49), Kelantan (37), Sabah (37), Wilayah
Persekutuan (37), Pahang (35), Kedah (32), Negeri Sembilan (14), Melaka
(10), Terengganu (8), Sarawak (6) dan Perlis (6).
Sistem Sahsiah Diri Murid pada tahun 2014-2017
Kementerian Pendidikan Malaysia
Statistik gejala dan salah laku gangsterisme dalam kalangan murid
sekolah di seluruh negara merekodkan sebanyak 0.002 peratus murid
(Astro Awani, 2017). Jumlah murid yang direkodkan terlibat hanya 0.002
peratus pada tahun 2014; 0.001 peratus pada tahun 2015; 0.002 peratus
pada tahun 2016 dan 0.002 peratus sehingga 13 Oktober 2017.
statistik salah laku gangsterisme di pulau pinang
(Morgan & Suhaili (2020)
Di Pulau Pinang, statistik salah laku gangsterime menunjukkan
peningkatan pada tahun 2014 hingga tahun 2019 terutamanya dalam
kalangan remaja India (Morgan & Suhaili, 2020). Menurut statistik yang
dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, 20 kes salah
laku gangsterime yang direkodkan pada tahun 2014 meningkat kepada
29 kes pada tahun 2018 dengan peningkatan sebanyak 68.97 peratus
manakala pada bulan Mei 2019 pula, 21 kes telah direkodkan (Morgan &
Suhaili, 2020).
40
30
20
10
0
Q1 Q2 Q3 Q4
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 11
statistik gangsterisme di johor
Rozeman, Zainudin Hassan & Julius (2019)
Pada tahun 2019, kajian tentang kegiatan
gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Johor telah dijalankan oleh Rozeman,
Zainudin Hassan & Julius. Berikut adalah dapatan
statistik daripada kajian tersebut.
Jadual 1 menunjukkan kegiatan kumpulan gengsterisme yang disertai
oleh pelajar sekolah di negeri Johor dari tahun 2015 hingga bulan Mac
2019. Terdapat 14 geng aktif dan sebanyak 54 jumlah kes dikumpul bagi
geng-geng tersebut dalam masa lima tahun.
Jadual 2 menunjukkan pecahan tangkapan mengikut bangsa, dan umur
pelajar sekolah di Johor dalam penglibatan kegiatan gengsterisme bagi
tahun 2015 hingga bulan Mac 2019.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 12
Dalam lima tahun tersebut, pecahan bangsa tertinggi yang terlibat dalam
kegiatan gangsterisme adalah bangsa Cina iaitu seramai 48 orang
manakala bangsa Melayu dan India hanya melibatkan 3 orang sahaja.
Bagi pecahan umur pula, pecahan umur tertinggi dalam penglibatan
kegiatan gengsterisme yang terkumpul adalah 13 hingga 15 tahun yang
melibatkan sebanyak 40 kes.
Jadual 3 menunjukkan statistik kes melibatkan pelajar sekolah dalam
kegiatan gengsterisme bagi tahun 2015 hingga bulan Mac 2019.
Berdasarkan statistik tersebut, sebanyak 16 kesalahan dalam seksyen
kanun keseksaan direkodkan sepanjang tempoh lima tahun. Kes paling
tinggi sebanyak 5 kes adalah kes di bawah seksyen 506 kanun keseksaan
iaitu bagi kesalahan menakutkan secara jenayah kepada pelajar lain.
note!!
Laporan-laporan statistik yang telah kita bincangkan adalah berdasarkan
kepada kajian yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Namun
begitu sehingga awal 2021 sekarang, tidak ada kajian terbaru yang dijalankan
untuk mengenalpasti kekerapan kegiatan gengsterisme secara menyeluruh
yang melibatkan semua pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 13
04
Video
Gangsterisme
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 14
Video Masalah
Disiplin Gangsterisme
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 15
05
Punca-Punca
Masalah
Gangsterisme
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 16
Punca-Punca
KLIK PADA BULATAN !
Individu Rakan
Sebaya
Keluarga Media
Massa
THU
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 17
Punca Individu
Sikap individu itu sendiri turut menjadi punca kepada
berlakunya masalah gangsterisme dalam kalangan remaja.
Misalnya, remaja yang mengalami gangguan emosi akibat
tekanan, sikap egosentrisme, ketahanan diri dan keyakinan
pada diri yang lemah turut menjadi penyebab kepada
gengsterisme.
Dalam hal ini, emosi sangat mempengaruhi pemikiran dan
tingkah laku seseorang individu.
Menurut Muhammad Uthman Najati, (1993) emosi merupakan
kebangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas
seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa
yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka
dan kasih sayang.
Rohaty Majzub (1992) menyatakan bahawa remaja mengalami
tekanan emosi yang memuncak lebih banyak disebabkan
perubahan fisiologi dan psikologi yang dialami oleh mereka.
Oleh yang demikian mereka lebih banyak bertindak mengikut
perasaan berbanding dengan kewarasan akal fikiran. Oleh itu,
mereka cenderung untuk bertindak lebih agresif walaupun
hanya disebabkan oleh masalah yang kecil sahaja.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 18
Egosentrisme pula merupakan perhatian yang
keterlaluan terhadap diri sendiri sehingga seseorang itu
menganggap dirinya seorang yang penting tanpa
mempedulikan orang lain.
Kebanyakan mereka mengamalkan penilaian yang
berpusat pada diri sendiri tanpa disedari. Individu yang
memiliki egosentris dalam pergaulannya selalu
mengharapkan orang lain dapat memahami dan
mengetahui keperluan dan pemikirannya.
Individu seperti ini juga cenderung untuk tidak
mendengar nasihat dan teguran daripada orang lain
malah mereka berasa bahawa diri mereka sentiasa betul.
Maka individu yang memiliki sikap egosentris
sedemikian akan bertindak memukul atau melakukan
keganasan kepada individu lain sekiranya terdapat
percanggahan pendapat yang tidak boleh diterima oleh
individu tersebut.
Tambahan lagi, penglibatan dalam kegiatan
gangsterisme akan membolehkan seseorang remaja itu
mendapat kepuasan sendiri apabila mereka berjaya
menyakiti mangsa sama ada secara lisan atau fizikal
tanpa mempedulikan akibat yang ditanggung oleh
mangsa berkenaan.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 19
Pengaruh Rakan
Sebaya
Rakan sebaya merupakan orang penting yang paling banyak
mempengaruhi remaja kerana rakan sebaya merupakan orang
yang rapat dengan seseorang remaja selain ahli keluarganya.
Menurut Papalia (2001) perkembangan sosial pada peringkat
remaja banyak melibatkan kelompok rakan sebaya berbanding
dengan orang tua.
Dalam hal ini, remaja lebih selesa untuk berkongsi semua
masalah dengan rakan sebaya mereka terutamanya masalah
berkaitan keluarga, emosi dan masalah ketika di sekolah.
Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai
tingkah laku seseorang remaja, lebih-lebih lagi mereka yang
tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga.
Pengaruh sebegini merupakan kunci perkembangan sikap
remaja.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 20
Remaja yang mengalami masalah sedemikian akan
cenderung untuk memberontak dan tidak mematuhi
segala peraturan yang ditetapkan.
Tambahan lagi, remaja-remaja yang bermasalah akan
membentuk kelompok mereka sendiri sehingga
wujudlah kumpulan yang dipenuhi oleh remaja yang
suka memberontak dan menimbulkan masalah.
Masalah disiplin seperti pergaduhan dan mengganggu
ketenteraman orang lain akan mula terjadi akibat
penyertaan mereka dalam kumpulan-kumpulan seperti
ini.
Sikap remaja itu akan berubah sedikit demi sedikit
tanpa disedari bahawa ia telah terlibat dalam gejala
gengsterisme.
Ego yang tinggi dalam diri remaja menyebabkan mereka
sanggup melakukan apa sahaja, mengikut arahan rakan-
rakan semata-mata untuk membuktikan kehebatan dan
kekuatan masing-masing agar mendapat pujian dan
kedudukan yang tinggi di kalangan rakan-rakannya.
Akhirnya mereka akan terjerumus ke dalam masalah
disiplin yang serius yang akan melibatkan pelbagai
pihak terutamanya ibu bapa mereka.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 21
Pengaruh Keluarga
Sikap ibu bapa pada masa ini yang terlalu mementingkan
kerjaya sehingga tidak mempunyai masa untuk diluangkan
bersama anak-anak juga merupakan salah satu faktor yang
membawa kepada gangsterisme.
Terdapat situasi tertentu yang mana ibu bapa dan anak-anak
mereka terpaksa tinggal berjauhan untuk tujuan mencari rezeki
bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Keadaan sedemikian akan menyebabkan perhubungan
kekeluargaan menjadi renggang dan membawa kepada
wujudnya masalah-masalah tertentu dalam kalangan ahli
keluarga terutamanya remaja.
Tambahan lagi sikap Ibu bapa yang tidak mengambil serius
terhadap tanggung jawab untuk mendidik anak-anak akan
menyebabkan anak mereka keluar dari rumah untuk mencari
kebebasan dan ketenangan kerana mereka berasa kekosongan,
tidak tentu arah, kurang mendapat perhatian dan mengalami
tekanan perasaan.
Kesannya, mereka melepaskan tekanan perasaan yang dialami
dengan merosakkan harta benda awam.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 22
Misalnya, pada 20 Mac 2005, Jeff Weise merupakan
seorang pelajar di Red Like High School, Minnesota,
Amerika Syarikat telah mengamuk dan menembak lima
orang rakannya, seorang guru dan seorang pengawal
keselamatan. Ini adalah contoh kritikal pelepasan
tekanan perasaan yang dialami oleh seorang remaja.
Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak dengan
kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak
menyebabkan anak-anak berkemampuan untuk bersuka
ria dan melepak.
Mereka juga cenderung terikut-ikut dengan rakan-rakan
yang terlibat dengan gengsterisme kerana mereka
mempunyai masa lapang yang panjang dan
kemampuan kewangan yang menjadikan mereka
berupaya mencuba sesuatu yang mencabar,iaitu
perlakuan gangster.
Selain itu, remaja yang berasal dari keluarga porak-
peranda juga cenderung terlibat dengan aktiviti
gangster.
Ibu bapa yang sering berselisih faham dan bergaduh
ataupun yang sudah bercerai selalunya tidak akan dapat
memberikan perhatian dan mengawal anak-anak.
Selain itu, ibu bapa yang mengamalkan tabiat negative
seperti suka berjudi, suka berfoya-foya, menagih dadah
dan melibatkan diri dengan jenayah akan turut
menjebak anak-anak mereka dalam gejala gengterisme,
khasnya anak-anak remaja.
Hal ini demikian kerana bagi mereka beranggapan
bahawa dengan melakukan kegiatan sedemikian,
tekanan perasaan dan masalah yang dihadapi akan
berkurangan.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 23
Pengaruh Media
Massa
Media Massa juga menjadi salah satu faktor yang membawa
kepada masalah gangsterisme.
Keruntuhan akhlak golongan muda hari ini sebahagiannya
disebabkan oleh program dan rancangan Televisyen yang sering
ditonton oleh mereka semasa zaman kanak-kanak
Semasa remaja pada zaman kanak-kanak, mereka telah
disajikan dengan rancangan hiburan yang bercorak ganas dan
sehingga ke hari ini mereka terus disogokkan dengan
rancangan hiburan yang sedemikian, sama ada melalui
televisyen, filem atau internet.
Unsur-unsur negatif daripada rancangan hiburan yang ditonton
oleh merakam sejak zaman kanak-kanak telah diserap menjadi
sebati dalam jiwa mereka.
Keadaan sedemikian menyebabkan para remaja begitu mudah
terdorong kepada gejala-gejala sosial.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 24
Murray (1997) menyatakan kanak-kanak dan remaja yang
terdedah kepada filem jenayah dan gangster akan
mengalami perubahan tingkah laku sosial.
Golongan remaja yang berumur antara 13 hingga 15 tahun
dikatakan sangat mudah terpengaruh dengan unsur-unsur
negatif disebabkan psikologi mereka yang sedang melalui
tempoh penyesuaian dari alam kanak-kanak ke alam
dewasa.
Kebanyakan rancangan televisyen pada hari ini
mengutamakan hiburan berbanding maklumat dan
pengajaran tertentu.
Misalnya, filem-filem yang banyak mengandungi adegan-
adegan negatif seperti perlakuan jenayah, dan gengster
boleh dikatakan dipaparkan dalam semua filem yang
ditayangkan untuk tontonan.
Para penonton, terutamanya golongan remaja secara
umumnya akan terikut untuk meniru aksi-aksi yang
dikatakan hebat di samping meniru gaya penampilan artis
pujaan masing-masing.
Paparan aksi-aksi negatif ini seolah-olah memberikan
tunjuk ajar kepada para remaja untuk melibatkan diri
dengan perlakuan gangster.
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kajian
The Effect of TV Violence on Malaysia Children yang
dilakukan pada tahun 1983 merumuskan bahawa aksi-aksi
ganas dan jenayah dalam rancangan televisyen seperti siri
kartun dan filem cereka sangat mempengaruhi minda
kanak-kanak untuk melakukan jenayah.
Pengaruh-pengaruh yang tidak baik dari Media Massa ini
akan menyebabkan ramai remaja terjerumus dalam
kegiatan gengstrisme kerana sikap ingin mencuba sendiri
perlakuan yang mereka tonton di mana-mana saluran
Media Massa akan timbul dalam diri remaja itu sendiri.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 25
06
Kesan
Gangsterisme
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 26
Kesan-Kesan
KLIK PADA NOMBOR!
1 KESAN TERHADAP INDIVIDU
KESAN TERHADAP INSTITUSI
2
KELUARGA
3 KESAN TERHADAP SEKOLAH
4 KESAN TERHADAP NEGARA
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 27
Kesan Terhadap
Individu
Kegiatan gangsterisme adalah salah satu pelanggaran kepada masalah
disiplin di sekolah. Dalam hal ini, sekiranya pelajar terlibat dalam
kegiatan gangsterisme ia akan memberi kesan buruk terhadap diri
sendiri.
Sebagai contoh, masa depan pelajar akan terjejas disebabkan tindakan
mereka sendiri. Remaja merupakan benteng kepada negara dalam
mentadbir dan memimpin di masa hadapan.
Namun demikian, remaja yang terlibat dalam kegiatan gangsterisme
tidak layak dalam memimpin dan hal ini menyebabkan mereka
dianggap tidak berguna dalam kalangan masyarakat.
Masyarakat akan memandang serong serta dianggap sebagai sampah
masyarakat disebabkan penglibatan mereka dalam kegiatan
gangsterisme
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 28
Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tidak
mempunyai masa hadapan yang cerah serta tidak
mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas dalam
hidupnya.
Tambahan pula, adalah sukar untuk mendapatkan
semula kepercayaan daripada masyarakat sekiranya
remaja tersebut insaf dan sedar akan kesilapan mereka
yang terdahulu.
Hal ini sekaligus akan menyebabkan remaja sukar untuk
mendapat peluang pekerjaan disebabkan rekod
kesalahan mereka yang terdahulu.
Selain itu, remaja bukan sahaja disisihkan daripada
masyarakat malah ahli keluarga sendiri kerana mereka
tidak dapat menerima kelakuan mereka yang telah
menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 29
Kesan Terhadap
Keluarga
Kegiatan gangsterisme akan melahirkan pelajar yang kurang berdisiplin
dan bermasalah.
Hal ini menyebabkan pelajar mudah untuk memberontak dan tidak
mengendahkan nasihat dan arahan yang diberikan oleh ibu bapa
mereka.
Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa memberikan nasihat kepada anak-
anak mereka, perasaan dan jiwa untuk memberontak akan timbul
dalam diri remaja.
Keadaan ini akan menyebabkan pelajar mula untuk menggunakan
kekerasan serta memarahi ibu bapa mereka semula kerana mereka
beranggapan bahawa perbuatan gangster bukanlah perbuatan yang
kurang baik.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 30
Selain itu, masyarakat juga akan hilang kepercayaan
terhadap keluarga pelajar yang terlibat dalam kegiataan
gangsterisme.
Dalam hal ini, perbuatan yang dilakukan oleh pelajar
seakan-akan menconteng arang ke muka yang
menyebabkan imej dan nama baik keluarga akan
tercemar.
Hal ini menjejaskan masa depan ahli keluarga yang lain
serta menganggu emosi mereka.
Ahli keluarga pelajar akan dikritik, dikutuk dan
dipandang serong oleh masyarakat yang akhirnya
menjejaskan hubungan baik keluarga itu sendiri.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 31
Kesan Terhadap
Sekolah
Kegiatan gangsterisme akan menyebabkan kes salah laku dan masalah
disiplin di sekolah. Dalam hal ini, peningkatan masalah disiplin sekolah
akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan iaitu proses
pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan di sekolah.
Kewujudan kumpulan-kumpulan gengsterisme memberi pengaruh
negatif kepada pelajar. Sebagai contoh, ahli-ahli kumpulan yang
terlibat dalam kegiatan gangster lebih cenderung melakukan kegiatan-
kegiatan yang ganas di sekolah.
Pelajar akan cenderung untuk melakukan kerosakan harta benda
sekolah. Dalam hal ini, pelajar akan merosakkan harta benda sekolah
seperti kerusi, meja, lampu dan kipas serta menconteng dinding
sekolah.
Keadaan ini adalah sukar dan memerlukan kos perbelanjaan yang besar
untuk memperbaiki dan membersihkan semula harta benda sekolah
yang dirosakkan.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 32
Tambahan pula, sekiranya kegiatan gangstrisme tidak
dapat dibendung, ia akan memberikan kesan terhadap
pengurusan sekolah, keselamatan pelajar dan proses
penyampaian pendidikan di sekolah.
Dalam hal ini, perasaan takut akan wujud dalam
kalangan pelajar yang lain.
Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar di sekolah akan
berasa takut dan tidak selamat untuk hadir ke sekolah.
Keadaan dan persekitaran sebegini akan menyebabkan
Ibu bapa pelajar tidak akan membenarkan anak-anak
mereka pergi ke sekolah kerana takut akan kegiatan
gangsterisme yang semakin meningkat.
Oleh itu, ibu bapa tidak akan membenarkan anak-anak
mereka untuk meneruskan persekolahan di sekolah
tersebut kerana mereka percaya pihak sekolah tidak
dapat mentadbir dan mengurus masalah disiplin pelajar
dengan cekap.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 33
Kesan Terhadap
Negara
Remaja merupakan harapan dan barisan hadapan yang akan
memimpin dan mentadbir negara maka sekiranya masalah
gangsterisme tidak dapat dibendung, ia akan memberi kesan terhadap
pembentukan modal insan.
Dalam hal ini, pembentukan sahsiah dan modal insan yang baik
haruslah dipupuk dari bangku sekolah lagi.
Sekiranya pembentukan tersebut gagal ia akan memberi kesan buruk
kepada imej dan nama baik negara.
Tambahan pula, peningkatan masalah gangsterisme akan
mempengaruhi perkembangan pembangunan dan kemajuan negara.
Hal ini demikian kerana, remaja mula terjebak dengan masalah
gangsterisme dan menyebaban mereka terlibat dalam kes jenayah.
Penglibatan tersebut sekali gus akan mempengaruhi sahsiah dan masa
depan mereka.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 34
07
Kesimpulan
Golongan remaja merupakan aset yang paling
bernilai bagi sesebuah negara yang sedang
membangun. Maka pelbagai langkah yang berkesan
perlu dilaksanakan untuk mengelakkan mereka
terjebak dalam gejala gangsterisme yang boleh
membawa impak negatif kepada masyarakat. Oleh
sebab itu, semua pihak harus memainkan peranan
dalam membanteras gejala ini daripada menjadi
lebih teruk lagi.
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 35
08
AKTIVITI
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 36
kahoot !
Klik di sini !
PGT434 - PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH PAGE 37
SENARAI RUJUKAN Astro Awani (2017). Gejala gengsterisme murid
terkawal – Kamalanathan. Diakses daripada
https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/gejala-gengsterisme-murid-terkawal-
kamalanathan-159225 pada 7 Januari 2021.
Azizi Yahaya, et al., (2012). Penyelewengan
Tingkah Laku Remaja: Punca & Rawatan. Johor
Bahru: Penerbit UTM Press.
Clarke, R. V. and Eck, J.E., Crime Analysis for
Problem Solvers in 60 Small Steps, (Washington,
D.C.: Office of Community Oriented Policing
Services, 2003).
Decker, Scott H., Strategies to Address Gang
Crime: A Guidebook for Local Law Enforcement,
(Glendale, Arizona: Arizona State University,
2008).
Fahilah Akmal et al., (2016). Buli dan gengsterisme
di sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi,
Selangor.
Morgan, J., & Suhaili, S. (2020). Gangsterism
among Indian Youth in Penang. International
Journal of Academic Research in Progressive
Education and Development, 9(2), 259–268.
doi:10.6007/IJARPED/v9-i2/7299
Roslan Suraji (2016). Gangsterisme. Diakses
daripada
http://roslansuraji.blogspot.com/2016/05/gangsteri
sme-gengstarismemerupakan-satu.html pada 7
Januari 2021.
Rozeman R. A., Zainudin H. & Julius V. J. J. (2019).
Kegiatan Gengsterisme Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Negeri Johor. 3-5. Universiti
Teknologi Malaysia.Trasher, F.M. (1963). The Gangs:
A study of 1,313 Gangs in Chicago. Chicago:
University of Chicago Press.
Terima
Kasih!